cara kaunselor boleh membantu ahli-ahli secara kelompok

3
CARA KAUNSELOR BOLEH MEMBANTU AHLI-AHLI SECARA KELOMPOK Peringkat Permulaan o Membentuk peraturan serta norma kelompok o Mengajar proses kelompok yang asas o Hadir dari segi psikologi dan emosi o Bersifat terbuka terhadap diri dan ahli o Berkongsi ekspektasi dan harapan terhadap kelompok o Memberitahu ahli bahawa mereka adalah bertanggungjawab terhadap arah dan hasil kelompok o Membantu ahli menentukan matlamat yang konkrit dan bermakna o Menentukan matlamat kelompok o Membincangkan rasa takut dan bimbang dikalangan ahli o Mengajar ahli kepentingan menerima dan meluahkan perasaan cemas o Memberi contoh perlakuan yang memudahcarakan ahli membuat pendedahan kendiri serta perlakuan teraputik o Menentukan semua ahli melibatkan diri o Membantu ahli mengenal sikap membantah dan memberitahu ahli bahawa sikap ini adalah natural dan sihat dan seterusnya mengujudkan suasana yang terbuka supaya mereka dapat membincangkan sikap tersebut Peringkat Konflik o Memberitahu ahli kebaikan menerima dan membincangkan secara terbuka konflik yang berlaku dalam kelompok o Menegur perlakuan-perlakuan merebut kuasa dan mengajar ahli cara mereka boleh membahagikan tanggungjawab di antara mereka untuk menentukan arah kelompok o Menunjukkan contoh supaya ahli berbincang secara terus terang dan jujur dengan pemimpin sebagai seorang profesional dan juga seorang manusia

Upload: nor-hasanah

Post on 24-Sep-2015

220 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

aaaaaaaaaaa

TRANSCRIPT

CARA KAUNSELOR BOLEH MEMBANTU AHLI-AHLI SECARA KELOMPOKPeringkat Permulaan

Membentuk peraturan serta norma kelompok Mengajar proses kelompok yang asas Hadir dari segi psikologi dan emosi Bersifat terbuka terhadap diri dan ahli Berkongsi ekspektasi dan harapan terhadap kelompok Memberitahu ahli bahawa mereka adalah bertanggungjawab terhadap arah dan hasil kelompok Membantu ahli menentukan matlamat yang konkrit dan bermakna Menentukan matlamat kelompok Membincangkan rasa takut dan bimbang dikalangan ahli Mengajar ahli kepentingan menerima dan meluahkan perasaan cemas Memberi contoh perlakuan yang memudahcarakan ahli membuat pendedahan kendiri serta perlakuan teraputik Menentukan semua ahli melibatkan diri Membantu ahli mengenal sikap membantah dan memberitahu ahli bahawa sikap ini adalah natural dan sihat dan seterusnya mengujudkan suasana yang terbuka supaya mereka dapat membincangkan sikap tersebut

Peringkat Konflik

Memberitahu ahli kebaikan menerima dan membincangkan secara terbuka konflik yang berlaku dalam kelompok Menegur perlakuan-perlakuan merebut kuasa dan mengajar ahli cara mereka boleh membahagikan tanggungjawab di antara mereka untuk menentukan arah kelompok Menunjukkan contoh supaya ahli berbincang secara terus terang dan jujur dengan pemimpin sebagai seorang profesional dan juga seorang manusia Membantu ahli berbincang apa sahaja perkara yang boleh membawa kebebasan mereka serta membuat mereka berdikari Menggalakkan ahli supaya sentiasa mengingat apa yang mereka kehendaki dari kelompok dan sentiasa minta apa yang diperlukan Membantu ahli menimbangkan pilihan dan alternatif apabila berhadapan dengan keadaan yang serba salah

Peringkat Kerja

Mengekalkan kemuafakatan kelompok Memberi peneguhan yang sistematik terhadap perlakuan yang mendatangkan kemuafakatan dan kerja-kerja yang produktif Memberi contoh perlakuan yang sesuai, terutama bersemuka secara jujur dan berhati-hati, mendedahkan kepada kelompok reaksi-reaksi yang sentiasa berlaku di dalam kelompok serta menunjukkan hormat terhadap ahli lain Membuat interpretasi atau memberi makna sesuatu pola perlakuan secara membina dan pada masa yang sesuai supaya ahli rela membuat penjelajahan kendiri dan memikirkan perlakuan alternatif Membantu ahli meluahkan perasaan sebak pada waktu-waktu yang sesuai Membantu ahli memberi makna serta memikirkan semula tentang apa yang dialami di dalam kelompokPeringkat Penamatan

memberi peneguhan kepada perubahan ahli dan mengingatkan isu-isu yang belum selesai di antara ahli denganahli dan di antara ahli dengan pemimpin sebelum kelompok tamat Membantu ahli menentukan cara mereka hendak aplikasikan apa yang dipelajari di dalam kelompok pada hidup mereka di luar kelompok Memberi masa yang secukupnya kepada ahli membawa unfinished business atau perkara-perkara yang terkilan semasa berada di dalam atau di luar kelompok Memberi ahli maklumbalas supaya boleh membantu mereka aplikasikan apa yang dipelajari dan menstruktur kelompok supaya semua ahli boleh memberi dan menerima maklumbalas Mengajak ahli merenung perkara-perkara lain yang hendak diperbaiki supaya dapat terus berkembang Menggalakkan ahli meluahkan dengan sepenuhnya perasaan mereka mengenai penamatan dan membantu mereka menghadapi perasaan sedih atau cemas kerana hendak berpisah Menegaskan kepentingan menyimpan rahsia selepas kelompok tamat dengan cara tidak bercakap tentang mana-mana ahli di dalam kelompok atau situasi spesifik yang telah berlaku Menyediakan satu panduan untuk ahli menilai kesan kelompok ke atas diri mereka Merancang sesi susulan untuk semua ahli berkumpul semula Menimbangkan keperluan sesi susulan bersama ahli secara individu untuk membincangkan hasil kelompok yang mereka alami Mencari sumber rujukan untuk ahli merujuk jika mereka perlukan perundingan yang lanjut