cara buat baja organik

5
CARA MEMBUAT BAJA RAMPA Formula 1 BAJA ORGANIK untuk Pokok: Batang Dan Daun Membesar Bahan: Pelbagai jenis daun atau satu jenis daun hijau secukupnya. [Jika Di Pasar ada banyak daun sayur yang masih hijau dibuang, boleh diambil dengan percuma. Daun dan pokok ulam gila (pentutup bumi) juga boleh digunakan.] 1 kg Gula Merah dibancuh dengan 1 liter Air dijadikan sebagai Air Larutan Gula Merah setakat cukup untuk membasahkan daun-daun yang dicincang itu apabila daun-daun itu digaul. Sejemput Kapur - iaitu Calcium Carbornate atau kapur sireh; dibancuh dengan sedikit air secukupnya. Sebotol minuman Yakult Cara Memproses: 1. Semua daun dicincang dan dimasukkan ke dalam satu tong takungan. 2. Bancuh 1 kg Gula Merah dengan 1 liter Air dan gaul dengan daun yang dicincang tadi dengan Air Larutan Gula Merah ini. 3. Gaulkan adunan (daun) dengan sedikit (sejemput) kapur – Calcium Carbonate. [Fungsi Kapur ialah supaya wujudnya kepanasan dalam adunan bagi bekteria bertindak cepat meleraikan bahan-bahan organan (nutrients) yang terdapat dalam daun-daun yang diperam/jeruk itu supaya menjadi air baja. Penggunaan kapur ini tidak boleh terlalu banyak, gunakan sedikit saja secara asal ada sahaja.] 4. Tuang sebotol minuman Yakult dan digaul adunan menjadi rata. 5. Tutup tong supaya adunan terperam selama 14 hari. [Tong takungan pemeraman daun-daun yang dicincang hendaklah diletak di tempat yang tidak terkena terus cahaya mata hari kerana kesan kepanasan cahaya mata hari boleh mematikan bekteria. Peranan bekteria ialah sebagai pelerai organan dari daun-daun yang dijeruk-peram. Lebih banyak bekteria hidup berada dalam daun-daun yang diperam itu akan lebih berkualiti baja itu.]. 6. Setelah 14 hari daun akan menghasilkan air baja, dan air baja ini ditapis untuk dibotolkan sedia boleh digunakan untuk Pokok: Batang Dan Daun Membesar. Cara Penggunaan: Sebanyak 10 ml (2 sudu teh) Air Baja dibancuh dengan 10 liter Air; dijadian sebagai air semburan kepada seluruh pokok dan juga tanah; disembur sebanyak 2

Upload: fairus

Post on 01-Jul-2015

1.170 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

Uploaded from Google Docs

TRANSCRIPT

Page 1: Cara Buat Baja Organik

CARA MEMBUAT BAJA RAMPA

Formula 1

BAJA ORGANIK untuk Pokok: Batang Dan Daun Membesar

Bahan:

Pelbagai jenis daun atau satu jenis daun hijau secukupnya.

[Jika Di Pasar ada banyak daun sayur yang masih hijau dibuang, boleh diambil dengan

percuma. Daun dan pokok ulam gila (pentutup bumi) juga boleh digunakan.]

1 kg Gula Merah dibancuh dengan 1 liter Air dijadikan sebagai Air Larutan Gula Merah

setakat cukup untuk membasahkan daun-daun yang dicincang itu apabila daun-daun itu

digaul.

Sejemput Kapur - iaitu Calcium Carbornate atau kapur sireh; dibancuh dengan sedikit air

secukupnya.

Sebotol minuman Yakult

Cara Memproses:

1. Semua daun dicincang dan dimasukkan ke dalam satu tong takungan.

2. Bancuh 1 kg Gula Merah dengan 1 liter Air dan gaul dengan daun yang

dicincang tadi dengan Air Larutan Gula Merah ini.

3. Gaulkan adunan (daun) dengan sedikit (sejemput) kapur – Calcium Carbonate.

[Fungsi Kapur ialah supaya wujudnya kepanasan dalam adunan bagi bekteria bertindak

cepat meleraikan bahan-bahan organan (nutrients) yang terdapat dalam daun-daun yang

diperam/jeruk itu supaya menjadi air baja. Penggunaan kapur ini tidak boleh terlalu

banyak, gunakan sedikit saja secara asal ada sahaja.]

4. Tuang sebotol minuman Yakult dan digaul adunan menjadi rata.

5. Tutup tong supaya adunan terperam selama 14 hari.

[Tong takungan pemeraman daun-daun yang dicincang hendaklah diletak di tempat yang

tidak terkena terus cahaya mata hari kerana kesan kepanasan cahaya mata hari boleh

mematikan bekteria. Peranan bekteria ialah sebagai pelerai organan dari daun-daun yang

dijeruk-peram. Lebih banyak bekteria hidup berada dalam daun-daun yang diperam itu

akan lebih berkualiti baja itu.].

6. Setelah 14 hari daun akan menghasilkan air baja, dan air baja ini ditapis untuk

dibotolkan sedia boleh digunakan untuk Pokok: Batang Dan Daun Membesar.

Cara Penggunaan:

Sebanyak 10 ml (2 sudu teh) Air Baja dibancuh dengan 10 liter Air;

dijadian sebagai air semburan kepada seluruh pokok dan juga tanah; disembur sebanyak 2

Page 2: Cara Buat Baja Organik

kali seminggu. Jangan membaja lebih dari 2 kali seminggu kerana daun pokok akan

menjadi kuning, rosak. Jika pokok kelapa sawit atau pokok getah yang tinggi, memadai

disembur 2 kali seminggu pada bahagian batang pokok kelapa sawit atau pokok getah itu

saja dan dipangkal bahagian tanahnya.

Formula 2

BAJA ORGANIK untuk Buah Membesar

Bahan:

Pelbagai jenis buah yang masak dan juga yang masih muda, dicampur secukupnya. Buah-

buah masak yang dibuang di Pasar boleh digunakan.

[Jika di pasar ada buah-buahan yang dibuang boleh digunakan, tak kira apa juga jenis

buah; pisang, betik, mangga, epal, nenas dan sebagainya. Nenas hendaklah jangan

dibuang kulitnya, dicincang dengan kulit-kulitnya sekali kerana kulit nenas itu sendiri

disukai oleh

bekteria. Kalau boleh nenas dan juga buah labu besar mesti ada dimasukkan.]

1 biji buah labu besar (labu yang isinya berwarna kuning, berkulit keras)

1 biji nenas (jangan dibunag kulitnya); dicincang.

1 kg Gula Merah dibancuh dengan 1 liter Air dijadikan sebagai

Air Larutan Gula Merah setakat cukup untuk membasahkan buah-buah yang dicincang

itu.

Sedikit Kapur – Calsium Carbonate atau kapur sireh dibancuh dengan sedikit air

secukupnya.

[Fungsi Kapur ialah supaya wujudnya kepanasan dalam adunan bagi bekteria bertindak

cepat meleraikan bahan-bahan organan yang terdapat dalam buah-buah itu menjadi air

baja. Penggunaan kapur ini tidak boleh terlalu banyak, gunakan sedikit saja secara asal

ada sahaja.

1 botol minuman Yakult

Cara Memproses:

1. Semua buah dicincang dan dimasukkan ke dalam satu tong takungan.

2. Bancuh 1 kg Gula Merah dengan 1 liter Air dan gaul buah-buah masak yang dicincang

tadi dengan Air Larutan Gula Merah ini.

3. Gaulkan sedikit kapur (sejemput) – Kalsium Karbonat.

4. Tuang sebotol minuman Yakult dan digaul adunan.

5. Tutup tong supaya adunan terperam selama 14 hari.

Page 3: Cara Buat Baja Organik

[Tong takungan pemeraman hendaklah diletak di tempat yang tidak terkena cahaya panas

mata hari kerana kepanasan cahaya mata hari boleh memanaskan tong dan mematikan

bekteria yang berperanan sebagai pelerai organan dari daun yang dijeruk-peram.

6. Setelah 14 hari buah-buahan akan reput menghasilkan air baja, dan air baja ini ditapis

untuk dibotolkan sedia digunakan untuk membaja Pokok yang sedang mula berbuah dan

juga pada buah yang sedang muda dan membesar.

Cara Penggunaan:

Sebanyak 10 ml (2 sudu teh) Air Baja dibancuh dengan 10 liter Air Sejuk;

dijadikan sebagai air semburan kepada seluruh pokok dan juga tanah; disembur sebanyak

2 kali seminggu (atau 3 hari sekali). Jangan lebih dari 2 kali seminggu.

Jika pokok kelapa sawit atau lain-lain pokok seperti pokok mangga, pokok getah dsb.

yang tinggi, memadai disembur 2 kali seminggu pada bahagian buah (sawit) dan batang

pokok getah itu saja dan dipangkal bahagian tanahnya.

Formula 3

BAJA ORGANIK untuk Pelbagai Guna: Batang, Daun Dan Buah Membesar

Pelbagai jenis daun atau satu jenis daun hijau secukupnya.

[Jika Di Pasar ada banyak daun sayur yang masih hijau dibuang, boleh dimabil dengan

percuma.]

Pelbagai jenis buah masak termasuk nenas dan buah labu besar.

1 kg Gula Merah dibancuh dengan 1 liter Air dijadikan sebagai

Air Larutan Gula Merah setakat cukup untuk membasahkan buah-buah yang dicincang

itu.

Sedikit Kapur - Kalsium Karbonat dibancuh dengan sedikit air secukupnya.

[Fingsi Kapur ialah supaya wujudnya kepanasan dalam adunan bagi bekteria bertindak

cepat meleraikan bahan-bahan organan yang terdapat dalam daun itu menjadi air baja.

Penggunaan kapur ini tidak boleh terlalu banyak, gunakan sedikit saja secara asal ada

sahaja.]

1 botol minuman Yakult

Cara Memproses:

1. Daun dan semua buah dicincang dan dimasukkan ke dalam satu tong takungan.

2. Bancuh 1 kg Gula Merah dengan 1 liter Air dan gaul daun dan buah-buahan yang telah

dicincang tadi dengan Air Larutan Gula Merah ini.

3. Gaulkan adunan dengan sedikit kapur – Kalsium Karbonat.

Page 4: Cara Buat Baja Organik

4. Tuan 1 botol minuman Yakult dan digaul aduan.

5. Tutup tong supaya adunan terperam selama 14 hari.

[Tong takungan pemeraman hendaklah diletak di tempat yang tidak terkena cahaya panas

mata hari kerana kepanasan cahaya mata hari boleh mematikan bekteria yang berperanan

sebagai pelerai organan dari daun yang dijeruk-peram.]

6. Setelah 14 hari daun-daun dan buah-buahan akan reput menghasilkan air baja, dan air

ditapis dibotolkan untuk digunakan untuk Baja Pelbagai Guna bagi Batang, Daun dan

Buah Membesar.

Cara Penggunaan:

Sebanyak 10 ml (2 sudu teh) Air Baja dibancuh dengan 10 liter Air Sejuk;

dijadikan sebagai air semburan kepada seluruh pokok dan juga tanah; disembur sebanyak

2 kali seminggu. Jangan membaja lebih dari 2 kali seminggu kerana daun pokok akan

menjadi kuning, rosak. Jika pokok kelapa sawit yang tinggi, atau pokok getah, memadai

disembur 2 kali seminggu pada bahagian batang pokok kelapa sawit itu saja dan

dipangkal bahagian tanahnya.

Nota:

1. Bagi semua jenis formula di atas boleh dimasukkan buah labu besar (labu tukai berisi

kuning) sebagai bahan untuk meningkatkan kualiti baja.

2. Buah nenas jika digunakan, jangan dibuang kulitnya.

3. Setelah 14 hari pemeraman, air baja ditapis. Bagi mendapatkan air baja lagi, daun dan

buah yang sudah reput itu boleh diperah sebagaimana orang memerah santan kelapa;

masukkan ke dalam guni dan bilas supaya airnya keluar. Air-baja hendaklah ditapis

supaya bersih dari adanya kelodak daun yang reput.

4. Hasilan air baja sudah pasti baunya busuk. Bagi menghilangkan bau busuk itu bolehlah

ditambah haruman seperti menggunakan perisa oren – orange flavour atau lain-lain

haruman, dicampur sedikit ke dalam air baja itu sebelum dibotolkan untuk dijual. Jika

kegunaan sendiri tak perlulah diwangikan.

5. Penggunaan baja bagi pokok-pokok muda baru membesar; gunakan 10 ml Air Baja (2

sudu teh) dicampur dengan 15 – 20 liter Air sebagai air semburan kepada pokok,

disembur 2 kali seminggu (atau 3 hari sekali).

6. Dalam semua jenis baja (formula) boleh dimasukkan sebotol Air Minuman berjenama

Yakut ke dalam Air Larutan Gula Merah. Ini akan meningkatkan lagi kualiti hasil Baja

kerana bekteria yang terdapat di dalam Yakut itu akan membiak lebih banyak dan

membantu meningkatkan kualiti baja.

7. Bagi menghasilkan baja jenis organik ini yang terbaik sekali ialah mencampurkan

adunan digaul dengan embryo telor ayam. Hanya embryo telor ayam saja digunakan,

Page 5: Cara Buat Baja Organik

bukan kesemua telor ayam. Untuk mendapatkan embryo telor ayam ini bagaimanakah

caranya, perlu dipelajari daripada mereka yang tahu di makmal. Walau bagaimana pun,

Insya Allah tanpa menggunakan embrayo itu pun baja sudah cukup berkualiti.