cakap ajuk dan cakap pindah.doc
TRANSCRIPT
`CAKAP AJUK DAN CAKAP PINDAHCakap Ajuk Cakap Ajuk merupakan percakapan atau perbualan seseorang ditulis semula perkataan diucapkan tanpa mengubah apa-apa makna.Cakap Pindah Cakap Pindah merupakan percakapan seseorang ditulis semula dengan menyusun tatabahasa yang betul.
Perubahan-perubahan yang berlaku secara umum dalam menukarkan Cakap Ajuk kepada
Cakap Pindah disenaraikan dalam jadual di bawah:
Ganti Nama Diri(Cakap Ajuk Pertama / Kedua)(Cakap Pindah - Ketiga)
Saya, aku, patik, hambaDia, mereka
Kita, kamuMereka
Kamu, awak, engkau, andaSaya atau kami, dia atau mereka, nya, kamu
DiaDia
MerekaMereka
Adverba Tempat (Cakap Ajuk)(Cakap Pindah)
IniItu
SiniSitu, sana, tempat itu
Di siniDi sana, di situ
Ke siniKe situ, ke sana
BeginiBegitu
Keterangan Waktu (Cakap Ajuk)(Cakap Pindah)
SekarangMasa itu, ketika itu
Malam tadi, semalamMalam kemarin, malam yang selpas, hari semalam
Hari iniHari itu.
Panduan menukar ayat penyata .....
Frasa yang boleh digunakan..... menyatakan bahawa..... menjelaskan bahawa..... memberitahu bahawa..... menghuraikan bahawa
Panduan menukar ayat tanya
mengapa - alasan , sebab, puncabila - masa, tarikh, tempoh, waktubagaimana - cara, langkah, kaedah,apa/siapa - nama, benda, perkaradi mana - tempat, lokasi, rumah, kedudukan
frasa yang boleh digunakan;
- bertanyakan..- bertanya tentang..- ingin tahu tentang..- menyoal tentang..
Panduan menunjukkan emosi dalam cakap pindah
frasa yang boleh digunakan;
- dengan perasaan sedih/gembira/bangga/marah/terharu/dll
Perkataan yang perlu diubah:aku/saya - diakami - merekaini - itu
Contoh:Cakap Ajuk1. "Anda sepatutnya tekun membuat kerja rumah," kata Ahmad kepada adiknya.
Cakap PindahAhmad menasihati adiknya supaya tekun membuat kerja rumah.
Cakap Ajuk
2. "Berapakah harga baju batik ini?" tanya kakak kepada penjual baju.
Cakap PindahKakak menanya penjual baju tentang harga baju batik itu.
Hai, Minah! Sudah lama kita tidak berjumpa. Apa khabar? kata Siti.Tidak, saya tidak pernah terlibat dalam kes kecurian. Semua ini fitnah orang lain yang cemburu saya, kata pemuda itu kepada seorang pegawai polis.Tolong, tolong! Adik saya terjatuh ke longkang. Adik saya tidak tahu berenang. Cepat, cepat tolongnya, jerit Fatimah.Baru-baru ini, kes ragut berlaku satu demi satu, saya sungguh kesal. Polis macam tidak bertindak sesuatu, kata seorang tua di kedai kopi.Saya tidak mahu kalian terus malas dan tidak membuat latihan. Jika kalian masih bersikap begini, saya akan menghubungi ibu bapa kalian, kata guru kelas kepada sekumpulan pelajar.