cahaya matahari menyilau mata

1
Cahaya matahari menyilau mata, Rasa pedih berusaha menahan; Lafaz bismillah pembuka kata, Gelanggang syarahan saya mulakan. Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pensyarah kita, Encik Azhar Bin Osman serta rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Berdirinya saya disini adalah untuk berkongsi serba sedikit ilmu pengetahuan yang saya ada. Berdasarkan perkembangan semasa dalam profesional keguruan, kesantunan dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu kesantunan berpakaian, kesantunan tingkah laku, kesantunan bahasa, kesantunan sifat dan kesantunan dalam penggunaan ICT. Kesantunan bahasa dan kesantunan dalam penggunaan ICT telah dijelaskan oleh rakan saya sebentar tadi. Dalam kesantunan berpakaian beberapa perkara perlu diberi perhatian oleh guru. Kesantunan berpakaian merujuk kepada jenis pakaian yang digunakan, fesyen pakaian dan juga solekan. Guru haruslah berpakaian yang sopan sesuai dengan etika berpakaian yang disarankan dalam Peraturan Tatatertib dan Kelakaun bagi penjawat awam. Guru tidak boleh berpakaian yang merangsang orang lain terutamanya dari segi jantina yang berbeza contohnya berpakaian pakaian tembus pandang (transparence), menampakkan bahagian badan, blause yang terlalu mini atau terbelah terlalu tinggi. Kesantunan tingkah laku pula adalah merujuk kepada tatacara bertindak atau gerak geri guru ketika menghadapi sesuatu dalam situasi tertentu. Sebagai contohnya pada waktu makan bersama misalnya, memerlukan kesantunan dalam cara duduk, cara mengambil makanan, cara makan atau mengunyah, cara menggunakan senduk, cara membersihkan mulut setelah makan dan cara memakai tusuk gigi. Seterusnya. seorang guru perlu mempunyai beberapa sifat kesantunan. Sifat kesantunan yang pertama ialah baik hati. Sikap baik hati dan timbang rasa seseorang guru amat dihargai oleh murid-murid kerana mereka akan belajar dalam suasana yang tenteram, yakin dan senang hati. Ciri yang kedua ialah jenaka. Sifat jenaka seseorang guru akan membawa suasana riang gembira kepada murid- murid dalam bilik darjah. Guru yang suka berjenaka adalah guru yang suka didekati oleh muridnya. Ciri yang ketiga ialah bertanggungjawab. Sifat bertanggungjawab akan sentiasa mendorongkan guru mementingkan tugas yang telah diamanahkan kepadanya. Beliau juga akan sentiasa berusaha menjalankan tugasnya dengan sempurna.Ciri yang keempat ialah kepimpinan. Murid-murid akan mematuhi segala tunjuk ajar dan arahan guru yang mewarisi sifat kepimpinan dan juga kualiti kepimpinan. Dengan kualiti kepimpinan ini, segala aktiviti pembelajaran akan dapat dijalankan dengan licin dan lebih berkesan. Sebelum kaki melangkah pergi,sebelum kata penutup bicara, ingin saya tegaskan kesantunan membentuk identiti dan jati diri yang jitu. Saya ingin memohon jutaan kemaafan kepada para hadirin atas segala ketelanjuran kata.Sekian, terima kasih.

Upload: ahmad-taufiq

Post on 14-Dec-2015

49 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

syarahan

TRANSCRIPT

Page 1: Cahaya Matahari Menyilau Mata

Cahaya matahari menyilau mata,

Rasa pedih berusaha menahan;

Lafaz bismillah pembuka kata,

Gelanggang syarahan saya mulakan. 

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pensyarah kita, Encik Azhar Bin Osman serta rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Berdirinya saya disini adalah untuk berkongsi serba sedikit ilmu pengetahuan yang saya ada. Berdasarkan perkembangan semasa dalam profesional keguruan, kesantunan dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu kesantunan berpakaian, kesantunan tingkah laku, kesantunan bahasa, kesantunan sifat dan kesantunan dalam penggunaan ICT. Kesantunan bahasa dan kesantunan dalam penggunaan ICT telah dijelaskan oleh rakan saya sebentar tadi.

Dalam kesantunan berpakaian beberapa perkara perlu diberi perhatian oleh guru. Kesantunan berpakaian merujuk kepada jenis pakaian yang digunakan, fesyen pakaian dan juga solekan. Guru haruslah berpakaian yang sopan sesuai dengan etika berpakaian yang disarankan dalam Peraturan Tatatertib dan Kelakaun bagi penjawat awam. Guru tidak boleh berpakaian yang merangsang orang lain terutamanya dari segi jantina yang berbeza contohnya berpakaian pakaian tembus pandang (transparence), menampakkan bahagian badan, blause yang terlalu mini atau terbelah terlalu tinggi.

Kesantunan tingkah laku pula adalah merujuk kepada tatacara bertindak atau gerak geri guru ketika menghadapi sesuatu dalam situasi tertentu. Sebagai contohnya pada waktu makan bersama misalnya, memerlukan kesantunan dalam cara duduk, cara mengambil makanan, cara makan atau mengunyah, cara menggunakan senduk, cara membersihkan mulut setelah makan dan cara memakai tusuk gigi.

Seterusnya. seorang guru perlu mempunyai beberapa sifat kesantunan. Sifat kesantunan yang pertama ialah baik hati. Sikap baik hati dan timbang rasa seseorang guru amat dihargai oleh murid-murid kerana mereka akan belajar dalam suasana yang tenteram, yakin dan senang hati. Ciri yang kedua ialah jenaka. Sifat jenaka seseorang guru akan membawa suasana riang gembira kepada murid- murid dalam bilik darjah. Guru yang suka berjenaka adalah guru yang suka didekati oleh muridnya. Ciri yang ketiga ialah bertanggungjawab. Sifat bertanggungjawab akan sentiasa mendorongkan guru mementingkan tugas yang telah diamanahkan kepadanya. Beliau juga akan sentiasa berusaha menjalankan tugasnya dengan sempurna.Ciri yang keempat ialah kepimpinan. Murid-murid akan mematuhi segala tunjuk ajar dan arahan guru yang mewarisi sifat kepimpinan dan juga kualiti kepimpinan. Dengan kualiti kepimpinan ini, segala aktiviti pembelajaran akan dapat dijalankan dengan licin dan lebih berkesan.

Sebelum kaki melangkah pergi,sebelum kata penutup bicara, ingin saya tegaskan kesantunan membentuk identiti dan jati diri yang jitu. Saya ingin memohon

Page 2: Cahaya Matahari Menyilau Mata

jutaan kemaafan kepada para hadirin atas segala ketelanjuran kata.Sekian, terima kasih.