cadangan skop tugas jpp 2016-2017

Upload: muhammad-azlin

Post on 08-Mar-2016

278 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

SKOP TUGASJAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR 2016/2107

SKOP TUGASJPP 2016/2017

Ahli Majlis TertinggiYang Dipertua (YDP) Menjadi jurucakap utama badan JPP Sebagai lidah rasmi bagi mewakili semua pelajar IPG Kampus Sultan Mizan dalam menyuarakan sebarang permasalahan dan isu yang timbul di dalam kampus kepada pihak pentadbiran Mewakili semua JPP dan semua pelajar dalam semua perjumpaan dan mesyuarat yang berkaitan bersama pihak pentadbiran kampus Menerima dan memanjangkan arahan pihak pengurusan Mengarah dan menguruskan aktiviti yang dirancang oleh pihak pengurusan dan pelajar Menjadi pengerusi bagi semua mesyuarat AMT dan mesyuarat AMM serta bertanggungjawab keatas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat tersebut Menjadi undi pemutus dan akan menandatangani setiap minit mesyuarat yang diluluskan Menjadi ex-officio bagi semua jawatan dalam JPP serta sayap-sayap JPP Menjaga kebajikan semua ahli JPP Bertanggungjawab secara khusus kepada Biro Perhubungan Domestik & Antarabangsa dan Biro Kediaman PelajarNaib Yang Dipertua 1 (NYDP 1) Membantu YDP dalam semua urusan JPP dan tugas-tugas sebagai seorang YDP Memantau dan memastikan semua biro menjalankan tugas yang diberikan dari semasa ke semasa khususnya di bahagian JPP lelaki Memastikan setiap program yang dijalankan oleh semua biro berjalan dengan lancar mengikut prosedur yang betul Memangku segala tugas YDP semasa ketiadaan YDP Menjadi pengarah program bagi setiap program-program besar JPP atas arahan YDP Menjaga kebajikan semua ahli JPP Bertanggungjawab secara khusus kepada Biro Akademik dan Biro Multimedia dan PenerbitanNaib Yang Dipertua 2 (NYDP 2) NYDP 2 merupakan portfolio yang tertinggi di bahagian perempuan bagi mewakili suara JPP perempuan dalam memutuskan hal-hal yang berkaitan di pihak JPP perempuan Membantu YDP dan NYDP 1 dalam semua urusan JPP Membantu YDP mengagihkan tugas bagi semua program yang dijalankan kepada setiap biro Memantau dan memastikan semua biro menjalankan tugas yang diberikan dari semasa ke semasa khususnya di bahagian JPP perempuan Menjaga kebajikan semua ahli JPP Bertanggungjawab secara khusus kepada Biro Hal Ehwal Wanita dan Biro Kerohanian, Moral & Disiplin

Setiausaha Agung Kehormat (SUAK) Menjadi jurucakap utama JPP selain YDP Menyemak segala dokumen surat-menyurat dan kertas kerja yang hendak dikeluarkan oleh Ahli Majlis Mesyuarat dan sayap-sayap JPP Mengendalikan segala urusan JPP khasnya berkenaan dengan surat-menyurat dan menyimpan segala surat, memo, kertas kerja dan minit mesyuarat Bertanggungjawab terhadap semua rekod dan data perfailan JPP dan maklumat biro JPP kecuali rekod-rekod kewangan Mengeluarkan memo, memanggil mesyuarat dan mencatat minit-minit mesyuarat Mendapatkan laporan aktiviti yang telah didokumentasikan daripada setiap biro untuk setiap aktiviti yang dikelolakan dan menyediakan laporan sepenuhnya pada hujung perkhidmatan JPP SUAK bersama-sama YDP mewakili JPP dalam semua perjumpaan dan mesyuarat yang berkaitan bersama pihak pentadbiran kampus Merancang dan mengadakan kursus berkaitan kepimpinan JPP Memantau secara khusus Biro Sukan dan RekreasiNaib Setiausaha Agung Kehormat (NSUAK) Membantu dalam semua urusan dan tugas-tugas sebagai seorang SUAK NSUAK akan menjalankan kerja-kerja SUAK dan memangku jawatan itu semasa ketiadaannya Memantau secara khusus bagi Biro Kebudayaan dan KesenianBendahari Agung Kehormat (BAK) Menjadi ketua penyelaras aset dan stok JPP Menyemak belanjawan program Ahli Majlis Mesyuarat dan sayap-sayap JPP Merancang dan menyediakan senarai semak bagi barang-barang keperluan JPP seterusnya mendapatkannya daripada stor Menguruskan urusan kewangan JPP bagi sesuatu program yang dijalankan di bahagian induk JPP Memungut, meyimpan dan membayar semua urusan kewangan bagi pihak JPP Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan JPP Membentangkan laporan kewangan mengikut keperluan Memantau secara khusus bagi Biro Keusahawanan Mengadakan kolaborasi dengan Akauntan atau Unit Kewangan berkenaan elaun pelajar:-elaun bulanan-elaun praktikum-elaun buku/peralatan-waran tuntutan tambang tiket borneo

Naib Bendahari Agung Kehormat (NBAK) Membantu dalam semua urusan dan tugas-tugas sebagai seorang BAK NBAK akan menjalankan kerja-kerja BAK dan memangku jawatan itu semasa ketiadaanya Memantau secara khusus bagi Biro Kebajikan dan Sosial

Ahli Majlis MesyuaratBiro Kerohanian, Moral dan Disiplin Bertanggungjawab dalam merancang dan melaksanakan segala aktiviti kerohanian bagi mengimarahkan Surau al-Firdaus Berkolaborasi dengan Persatuan Pelajar Islam (PPI) dalam pengurusan Surau al-Firdaus:-audit peralatan surau dan membuat laporan kerosakan untuk menaiktaraf infrastruktur surau-memastikan peralatan serta aset-aset Surau al-Firdaus berada dalam keadaan baik-memastikan kebersihan surau serta kawasan sekitarnya termasuk tandas dan luang legar surau-pemutus kepada pengurusan peminjaman aset-aset surau Melaksanakan aktiviti-aktiviti berkaitan hari-hari kebesaran Islam Menyediakan pembaca doa untuk majlis-majlis rasmi Menguruskan bacaan doa harian pada setiap 7.45 pagi di blok Akademik kecuali hari Rabu di perhimpunan Menguruskan kedatangan solat Zohor berjemaah Menyelaraskan dan memastikan kelancaran Kelas Tahsin al-Quran pada setiap pagi Khamis Mengadakan program berbentuk Pendidikan Moral kepada guru pelatih bukan Islam Menjadi ketua dalam memastikan kehadiran pelajar ke majlis-majlis rasmi IPG serta perhimpunan mingguan atau bulanan- disiplin guru pelatih Biro Hal Ehwal Wanita Merancang dan melaksanakan segala aktiviti kerohanian dan moral yang berfokuskan kepada guru pelatih perempuan Memastikan sebarang permasalahan dan isu yang timbul dalam kalangan guru pelatih perempuan dapat dikemukakan kepada pihak pentadbiran IPG Memastikan disiplin dan sahsiah guru pelatih perempuan dalam keadaan baik Ketua penyelaras kebersihan dan keceriaan bilik JPP Ketua penyelaras untuk Minggu Pengurusan Pelajar Baru Menganjurkan program-program yang mengetengahkan isu-isu berkaitan wanita dan kemasyarakatan seperti Biro Kebajikan dan Sosial Bertanggungjawab dalam menjaga hal-hal yang berkaitan dengan kebajikan guru-guru pelatih Menguruskan sumbangan derma untuk guru-guru pelatih yang kematian penjaga atau waris Memantau dan memastikan semua aduan guru pelatih dapat disalurkan kepada pihak pentadbiran kampus melalui saluran yang betul iaitu melalui borang aduan pelanggan atau borang kaji selidik Bertanggungjawab dalam mendapatkan respon dan maklum balas daripada pihak-pihak yang terlibat dalam sesuatu isu kebajikan Mengadakan Tabung Kebajikan Menyediakan rekod debit dan kredit duit Tabung Kebajikan JPP Memastikan kepuasan guru pelatih terhadap perkhidmatan yang disediakan di Kafe dan Kantin Menganjurkan program-program berbentuk kesukarelawanan di dalam mahupun di luar kampus.Biro Kediaman Pelajar Merancang dan melaksanakan aktiviti kebajikan dan rekreasi kolej kediaman Memastikan kebersihan kolej kediaman guru pelatih lelaki dan perempuan dalam keadaan yang memuaskan Mengemukakan cadangan dan bekerjasama dengan Jawatankuasa Kolej Kediaman untuk meningkatkan kemudahan-kemudahan guru pelatih di kolej kediaman Menyelaraskan aktiviti gotong-royong kolej kediaman Bekerjasama dengan warden kolej kediaman dan mewujudkan hubungan yang baik dengan organisasi Jawatankuasa Kolej Kediaman dalam memantau dan mengawal disiplin penghuni kolej kediaman Bertanggungjawab dalam urusan penempatan guru pelatih baharu serta tetamu-tetamu khas Mengurus bas solat JumaatBiro Akademik Bertanggungjawab dalam mengambil daya usaha bagi mewujudkan kemandirian budaya ilmu di dalam kawasan kampus Sebagai ketua protokol dalam semua majlis-majlis rasmi Menjadi perantara antara pihak Unit Peperiksaan, Setiausaha Akademik dan para guru pelatih dalam menyampaikan sebarang informasi yang berkaitan dengan akademik Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dapat mempertingkatkan sahsiah guru pelatih dalam menonjolkan potensi diri guru pelatih yang sebenar Memantau dan memastikan bahan-bahan ilmiah yang dikeluarkan oleh JPP atau mana-mana persatuan tidak mencetuskan sensitiviti dan kontroversi Ketua penyelaras untuk Majlis Penyerahan Watikah JPP dan Majlis Kecemerlangan Pelajar/Majlis Anugerah PengarahBiro Sukan dan Rekreasi Bekerjasama dengan setiausaha Ko-kurikulum dalam meyampaikan maklumat yang berkaitan dengan kegiatan unit beruniform, sukan & permainan dan persatuan kepada seluruh warga kampus Merancang dan melaksanakan kegiatan sukan dan aktiviti rekreasi yang sesuai untuk warga kampus Menyemai budaya kesukanan dan kesihatan dalam diri guru pelatih Ketua penyelaras Minggu Ko-kurikulum dan Hari Terbuka IPG Ketua penyelaras Minggu Pengurusan Pelajar Lama (1 PISMP)Biro Multimedia dan Penerbitan Membantu semua biro dalam menerbitkan poster atau risalah hebahan program Menyediakan pamplet, buku program dan backdrop pentas bagi setiap program anjuran JPP dan majlis rasmi Memastikan setiap aktiviti yang dijalankan oleh IPG dan JPP dapat dihebahkan kepada semua warga kampus melalui poster, Suara Mizan dan perhimpunan pagi ahad dan rabu Sebagai ketua papan informasi dan maklumat JPP Mendokumentasikan setiap aktiviti yang dijalankan oleh JPP dan pihak IPG dalam bentuk fotografi dan videografi Menjadi penyelaras kepada semua laman sesawang JPP seperti page FB JPP dan Suara Mizan Bertanggungjawab dalam menerbitkan video korporat JPP Biro Keusahawanan Mencari idea dalam menjana kewangan JPP Menguruskan pembekalan pakaian rasmi IPG kepada pelajar baharu Berkolaborasi bersama-sama pihak koperasi IPG dalam memasarkan hasil perniagaan Sebagai ketua penyelaras penaja dalam meningkatkan kewangan JPP Menguruskan bas guru pelatih ke Pasar Kuala Besut Menguruskan bas guru pelatih untuk ke Jerteh pada setiap kali cuti umum yang panjang atau cuti semesterBiro Kesenian dan Kebudayaan Menguruskan aktiviti kesenian dan kebudayaan guru pelatih di kampus Sebagai penyelaras kepada semua pertandingan berbentuk kesenian dan kebudayaan yang bakal diwakili oleh kampus Mengadakan sambutan kebudayaan yang mewakili kaum, bukan agama seperti sambutan Tahun Baru Cina, Kebudayaan Borneo dan lain-lain. Setiap program kebudayaan yang ingin dianjurkan, perlu merujuk kepada Biro Kerohanian, Moral & Disiplin terlebih dahulu Ketua penyelaras sambutan Kemerdekaan dan sambutan Hari GuruBiro Perhubungan Domestik dan Antarabangsa Bertindak sebagai pegawai perhubungan khas JPP mewakili YDP- berhubung dengan IPG atau IPT lain Mengurus dan memastikan kelancaran perhimpunan pagi Ahad Berkolaborasi dengan Jabatan Bahasa-bahasa untuk perhimpunan pagi Rabu Menyediakan pengacara majlis untuk setiap program rasmi dan JPP Ketua Penyelaras untuk lawatan penanda aras JPP