cadangan bina rumahsalinan surat pengesahan jawatan adalah dokumen wajib yang perlu disertakan...

4

Upload: others

Post on 15-Nov-2020

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: CADANGAN BINA RUMAHSalinan Surat Pengesahan jawatan adalah dokumen wajib yang perlu disertakan bersama permohonan pembiayaan. Pemohon yang berkhidmat secara kontrak TIDAK LAYAK untuk
Page 2: CADANGAN BINA RUMAHSalinan Surat Pengesahan jawatan adalah dokumen wajib yang perlu disertakan bersama permohonan pembiayaan. Pemohon yang berkhidmat secara kontrak TIDAK LAYAK untuk

CADANGAN BINA RUMAH

Sekiranya anda menggunakan kewangan

sendiri(tunai)ataupun pinjaman untuk projek pembinaan

rumah, pastinya anda akan pertimbangkan idea-idea yang

bernas bagi memastikan anda mendapat nilai yang setimpal.

Justeru, anda perlu kenalpasti apa yang diperlukan di dalam

rumah baru anda.

DESIGN PELAN DAN 3D

RUMAH

Pelan rumah adalah diagram di mana bilik ataupun rumah

dilihat dari pandangan atas. Pelan boleh menunjukkan ruang

keseluruhan rumah anda. Pelan tersebut juga menunjukkan

ukuran, kedudukan perabot dan sistem pendawaian rumah.

SEDIAKAN PELAN DAN

KELULUSAN MAJLIS

Terdapat beberapa syarat kelayakan sebelum anda boleh

memohon kelulusan pelan bangunan:

Punyai tanah milik sendiri

Sekiranya nama belum ada di dalam geran tanah,

dokumen perjanjian jualbeli yang disahkan pengamal

undang-undang boleh diterima

Syarat nyata tanah adalah bangunan, kediaman atau

pertanian

Penyewaan tanah orang lain hendaklah mendapat

perjanjian persetujuan yang sah dari tuan tanah

Andainya tanah adalah milik bersama, maka

persetujuan dari kesemua pemilik hendaklah diperolehi

Page 3: CADANGAN BINA RUMAHSalinan Surat Pengesahan jawatan adalah dokumen wajib yang perlu disertakan bersama permohonan pembiayaan. Pemohon yang berkhidmat secara kontrak TIDAK LAYAK untuk

DEPOSIT AIR SERTA

PEMASANGAN METER AIR

Memasang peranti pemeteran baru untuk air adalah dikhususkan

kepada firma-firma yang mempunyai lesen khas untuk kerja jenis ini.

Sebelum kerja pemasangan, pengguna mesti menyediakan

senarai lengkap dokumen permohonan yang diperlukan. Dokumen

yang sama perlu dikumpulkan sebelum mendaftarkan meter air

yang dipasang secara berasingan. Permohonan perlu dihantar ke

syarikat pengurusan air terdekat.

KONTRAK PEGUAM

1. Jual beli hartanah melibatkan undang-undang

a. Jadi, sekiranya anda tidak mahir dalam urusan

perundangan, janganlah ambil risiko untuk uruskan

sendiri urusan jual beli hartanah anda. Kelak, apabila

berlaku sesuatu perkara yang melibatkan isu

perundangan, pasti ia akan menyebabkan

kesusahan kepada anda.

b. Sekiranya anda melantik peguam, pastinya segala

hak dan kepentingan anda berkaitan dengan

urusniaga jual beli hartanah tersebut akan sebaik

mungkin dilindungi oleh peguam anda.

2. Memudahkan kelulusan pinjaman hartanah

a. Kelebihannya adalah, urusan kelulusan pinjaman /

pembiayaan hartanah anda akan menjadi lebih

mudah, dan cepat berbanding jika anda serahkan

sendiri permohonan pinjaman / pembiayaan tersebut

terus kepada bank.

3. Peguam akan bertindak sebagai stakeholder

a. Dalam urusan sesuatu jual beli hartanah, Peguam

juga akan bertanggungjawab sebagai stakeholder

(pemegang pertaruhan) terhadap semua bayaran

yang anda akan jelaskan kepada penjual nanti.

Page 4: CADANGAN BINA RUMAHSalinan Surat Pengesahan jawatan adalah dokumen wajib yang perlu disertakan bersama permohonan pembiayaan. Pemohon yang berkhidmat secara kontrak TIDAK LAYAK untuk

PERMOHONAN KE LPPSA

DAN GADAIAN TANAH

Beberapa syarat kelayakan gadaian:

Setiap orang yang layak mesti mengemukakan

permohonan menggunakan borang yang disediakan dan

diterima oleh LPPSA sebelum tarikh akhir bersara atau tamat

perkhidmatan.

Salinan Surat Pengesahan jawatan adalah dokumen wajib

yang perlu disertakan bersama permohonan pembiayaan.

Pemohon yang berkhidmat secara kontrak TIDAK LAYAK

untuk memohon pembiayaan perumahan sektor awam.

MULA BINA RUMAH

Kontrak (tempoh pembinaan) selalunya bergantung kepada

keluasan kawasan binaan rumah. Secara am, tempoh pembinaan

sekitar 6 – 8 bulan.

DEPOSIT TNB DAN

PEMASANGAN METER

Boleh dilakukan di awal projek (meter sementara) atau di akhir

projek.

CCC/CF (KELAYAKAN

MENDUDUKI RUMAH)

Permohonan akan dibuat oleh arkitek/pelukis pelan yang dilantik di

awal projek.