CADANGAN BINA RUMAH
Sekiranya anda menggunakan kewangan
sendiri(tunai)ataupun pinjaman untuk projek pembinaan
rumah, pastinya anda akan pertimbangkan idea-idea yang
bernas bagi memastikan anda mendapat nilai yang setimpal.
Justeru, anda perlu kenalpasti apa yang diperlukan di dalam
rumah baru anda.
DESIGN PELAN DAN 3D
RUMAH
Pelan rumah adalah diagram di mana bilik ataupun rumah
dilihat dari pandangan atas. Pelan boleh menunjukkan ruang
keseluruhan rumah anda. Pelan tersebut juga menunjukkan
ukuran, kedudukan perabot dan sistem pendawaian rumah.
SEDIAKAN PELAN DAN
KELULUSAN MAJLIS
Terdapat beberapa syarat kelayakan sebelum anda boleh
memohon kelulusan pelan bangunan:
Punyai tanah milik sendiri
Sekiranya nama belum ada di dalam geran tanah,
dokumen perjanjian jualbeli yang disahkan pengamal
undang-undang boleh diterima
Syarat nyata tanah adalah bangunan, kediaman atau
pertanian
Penyewaan tanah orang lain hendaklah mendapat
perjanjian persetujuan yang sah dari tuan tanah
Andainya tanah adalah milik bersama, maka
persetujuan dari kesemua pemilik hendaklah diperolehi
DEPOSIT AIR SERTA
PEMASANGAN METER AIR
Memasang peranti pemeteran baru untuk air adalah dikhususkan
kepada firma-firma yang mempunyai lesen khas untuk kerja jenis ini.
Sebelum kerja pemasangan, pengguna mesti menyediakan
senarai lengkap dokumen permohonan yang diperlukan. Dokumen
yang sama perlu dikumpulkan sebelum mendaftarkan meter air
yang dipasang secara berasingan. Permohonan perlu dihantar ke
syarikat pengurusan air terdekat.
KONTRAK PEGUAM
1. Jual beli hartanah melibatkan undang-undang
a. Jadi, sekiranya anda tidak mahir dalam urusan
perundangan, janganlah ambil risiko untuk uruskan
sendiri urusan jual beli hartanah anda. Kelak, apabila
berlaku sesuatu perkara yang melibatkan isu
perundangan, pasti ia akan menyebabkan
kesusahan kepada anda.
b. Sekiranya anda melantik peguam, pastinya segala
hak dan kepentingan anda berkaitan dengan
urusniaga jual beli hartanah tersebut akan sebaik
mungkin dilindungi oleh peguam anda.
2. Memudahkan kelulusan pinjaman hartanah
a. Kelebihannya adalah, urusan kelulusan pinjaman /
pembiayaan hartanah anda akan menjadi lebih
mudah, dan cepat berbanding jika anda serahkan
sendiri permohonan pinjaman / pembiayaan tersebut
terus kepada bank.
3. Peguam akan bertindak sebagai stakeholder
a. Dalam urusan sesuatu jual beli hartanah, Peguam
juga akan bertanggungjawab sebagai stakeholder
(pemegang pertaruhan) terhadap semua bayaran
yang anda akan jelaskan kepada penjual nanti.
PERMOHONAN KE LPPSA
DAN GADAIAN TANAH
Beberapa syarat kelayakan gadaian:
Setiap orang yang layak mesti mengemukakan
permohonan menggunakan borang yang disediakan dan
diterima oleh LPPSA sebelum tarikh akhir bersara atau tamat
perkhidmatan.
Salinan Surat Pengesahan jawatan adalah dokumen wajib
yang perlu disertakan bersama permohonan pembiayaan.
Pemohon yang berkhidmat secara kontrak TIDAK LAYAK
untuk memohon pembiayaan perumahan sektor awam.
MULA BINA RUMAH
Kontrak (tempoh pembinaan) selalunya bergantung kepada
keluasan kawasan binaan rumah. Secara am, tempoh pembinaan
sekitar 6 – 8 bulan.
DEPOSIT TNB DAN
PEMASANGAN METER
Boleh dilakukan di awal projek (meter sementara) atau di akhir
projek.
CCC/CF (KELAYAKAN
MENDUDUKI RUMAH)
Permohonan akan dibuat oleh arkitek/pelukis pelan yang dilantik di
awal projek.