cabaran industri ikan hiasan · kejuruteraan perikanan global yang cenderung kepada tadbir urus...

28
Disember 2013 Berita Perikanan 1 • Pasukan Petugas Rangkaian Kedamparan Mamalia Marin Kebangsaan Malaysia Ditubuhkan • Serai (Cymbopogon citratus) Penawar Penyakit Ikan Marin • Kekapis Iklim Sederhana Diternak Di Kawasan Tropika • Intai Pengalaman Vietnam Sebagai Pengeluar Akuakultur Dunia TEKA SILANG KATA Cabaran Industri Ikan Hiasan Bil. 87 (Disember 2013) • (PERCUMA)

Upload: duongliem

Post on 18-Mar-2019

628 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Cabaran Industri Ikan Hiasan · Kejuruteraan perikanan global yang cenderung kepada tadbir urus yang baik (: ... syarat-syarat baharu penggunaannya telah ... seperti Persatuan Akuarium

Disember 2013 Berita Perikanan 1 

• Pasukan Petugas Rangkaian Kedamparan Mamalia Marin Kebangsaan Malaysia Ditubuhkan

• Serai (Cymbopogon citratus) Penawar Penyakit Ikan Marin

• Kekapis Iklim Sederhana Diternak Di Kawasan Tropika

• Intai Pengalaman Vietnam Sebagai Pengeluar Akuakultur Dunia

TEKA SILANG KATA

Cabaran Industri Ikan

Hiasan

Bil. 87 (Disember 2013) • (PERCUMA)

Page 2: Cabaran Industri Ikan Hiasan · Kejuruteraan perikanan global yang cenderung kepada tadbir urus yang baik (: ... syarat-syarat baharu penggunaannya telah ... seperti Persatuan Akuarium

2 Berita Perikanan Disember 2013

PenasihatHj. Ahmad Azahari Ahmad

Ketua EditorialNoraisyah Abu Bakar

Sidang RedaksiPengurusan Maklumat : Nor Khalilah Zainuddin, Mohd Fakhrudin Yasok & Mohd Nor Effendi Aziz Pengembangan Perikanan : Kasim Tawe Pengembangan Akuakultur : Azura Markus Biosekuriti Perikanan : Norashikin Daliyana Pelesenan & PS : Azwa Hj. Abd. Hamid Perlindungan Sumber : Noor Azean Md SuhimiAntarabangsa, Perdagangan : Mohd Yusri Ismail& Pelaburan Kejuruteraan : Lindy EnggongSumber Manusia : Abdul Aziim Mat YusopPenyelidikan Perikanan : Nor Hadzirah RamliDPPSPM : Wahidah Mohd Arshaad

KorespondenKedah: Siti Shuhada Azahari , Perlis: Masoffi Ab. Karim, Pulau Pinang: Thanaletchumy Chandrasegar, Perak: Norul Fahezah Salehhuddin, Selangor: Mohd Fazlan Abd. Ghani, Melaka: Mohd. Azam Jusoh, Negeri Sembilan: Khanisah Mujin, Johor: Nur Afifah A. Rahman, Pahang: Mohamed Semail, Terengganu: Muslihah Abdul Rahaman, Kelantan: Wan Azman Wan Mamat, Labuan: Ryanto Saifuddin, Sarawak: Nata Bakar, Sabah: Sairin Samin

JurufotoNor Yubas Sahari YaacobMohd Azhan Che Omar

EdaranAbdul Razak Mat Aini

Reka Bentuk dan PercetakanSasyaz Holding Sdn. Bhd.

Isi Kandungan

Editorial

Perutusan

(DATO’ HAJI AHAMAD SABKI BIN MAHMOOD)Ketua Pengarah Jabatan Perikanan MalaysiaPutrajaya

• Perutusan 2• Cabaran Industri Ikan Hiasan 3• ‘Agroteknologi Pemangkin Transformasi Agropreneur’ 4• Dialog Isu Perikanan Dan Pemuliharaan Penyu 5• Pasukan Petugas Rangkaian Kedamparan Mamalia 6 Marin Kebangsaan Malaysia Ditubuhkan • Pembungkusan Vakum Tingkat Jangka Hayat Bebola Ikan 7 • Serai (Cymbopogon citratus) Penawar Penyakit 8 Ikan Marin• Kekapis Iklim Sederhana Diternak Di Kawasan Tropika 9• Perlukah Tukun Tiruan Dan Unjam Dibersihkan? 10• Sumber Ikan Pelagik Lonjakkan Industri Perikanan 11 Laut Dalam Sarawak • MERC Pulihara Stok Kima, Gamat Di Perairan Umum 12• Lim Siak Hooi Penternak Ikan Jaya Tahun 2013 13• Lensa Perikanan 14, 15, & 16 • Intai Pengalaman Vietnam Sebagai Pengeluar 17 Akuakultur Dunia • Penternakan Ketam Berkulit Lembut 18• Penternakan Kupang Tingkat Pendapatan Orang Asli 19 Johor • Pesara Tentera Berjaya Ternak Keli 19• Nelayan Selangor Sokong Pukat Keroncong 38MM 20• Enak, Segar Dan Berpatutan 20 • Tinjau Tagal Pengalaman Yang Menakjubkan 21• Tagal Pulih Sumber Ikan, Tingkat Pendapatan 21• Hanya Yang Berlesen Terima Pampasan 22• 96 Usahawan, 40 Jabatan Sertai HPPN Melaka 22• Perak Agrofest Promosi Teknologi Pertanian Moden 23• Skim Persijilan Makanan Selamat Tanggungjawab 23 Industri (MeSTI) • Mengantarabangsakan Produk Pekasam 24• Dari Warisan Asli Ke Produk Invovasi 24• Kumpulan Sasar Pangkalan Sg. Timun Dapat Perhatian 25 Pemimpin • Sistem Sangkar Separa Tenggelam Di Pulau Bidong 25• Pusat Pemantauan Perikanan Daerah Yan Cegah 26

Pencerobohan • RM15 Juta Untuk Projek Membaik Pulih Rumah 26 Nelayan Darat • Uji Minda Anda!! - Teka Silang Kata 27• Resipi Pilihan – Pizza Tilapia, Pekasam Tom Yam dan

Pekasam Kari 28• Kartun - Ikan Oh! Ikan 28

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam satu Malaysia.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan izin-Nya kita dapat meneruskan aktiviti kehidupan dalam keadaan sihat dan sejahtera.

Pembaca yang dihormati sekalian,Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Hj. Abdul Razak telah membentangkan Bajet 2014 di Parlimen pada 25 Oktober 2013 dengan tema “Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji”. Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM264.2 bilion bagi melaksanakan program dan projek kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara. Dari jumlah tersebut, RM217.7 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus dan RM46.5 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.

Dari bajet berkenaan, sejumlah RM6 bilion telah diperuntukkan untuk melaksanakan program pertanian yang mempunyai nilai tambah tinggi dan berdaya komersial yang merupakan antara langkah yang diambil kerajaan bagi meningkatkan rantaian dalam sektor pertanian. Antara inisiatif utama yang akan dilaksanakan di bawah program itu ialah menubuhkan Majlis Makanan dan Pertanian untuk Eksport (FACE) yang akan bertindak sebagai pemudah cara untuk meningkatkan eksport produk pertanian tempatan.

Pembaca yang dihormati sekalian,Untuk memastikan kesegaran produk pertanian, kerajaan akan menyediakan kemudahan bilik sejuk

di KLIA yang bertujuan untuk meningkatkan eksport negara dan memberi pulangan yang lebih tinggi kepada kumpulan sasar. Kerajaan juga akan memastikan harga berpatutan bagi produk makanan dengan membuka tambahan 60 pasar tani, 50 pasar ikan, 50 karavan tani dan memperluas 100 gerai buah-buahan segar di seluruh negara yang akan memberi kemudahan kepada peniaga menjual secara langsung produk makanan kepada pengguna.

Kerajaan juga akan memperuntukkan sejumlah RM2.4 bilion bagi meneruskan bantuan subsidi dan insentif termasuk insentif hasil tangkapan nelayan. Bagi meningkatkan produktiviti serta menghasilkan produk pertanian yang mempunyai permintaan tinggi, kerajaan akan memperuntukkan RM634 juta di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara. Antara projek yang terbabit adalah projek penternakan ikan dalam sangkar dan projek pengkulturan rumpai laut bagi pasaran eksport. Projek penternakan udang kara juga akan dilaksanakan di Semporna, Sabah dengan kerjasama syarikat multinasional untuk menghasilkan sebanyak 18 ribu tan metrik udang kara sebulan. Projek ini dijangka dapat mewujudkan 20 ribu peluang pekerjaan dan membantu lebih 6,000 pengusaha tempatan dalam jangka masa panjang serta meningkatkan pendapatan sehingga RM4,000 sebulan.

Pembaca yang dihormati sekalian,Dalam usaha menangani sumber perikanan di dunia termasuk Malaysia yang semakin merosot,

pihak kerajaan telah menggubal dan mewartakan banyak perundangan berkaitan penangkapan ikan di laut termasuk Peraturan Berhubung Penggunaan Saiz Mata Pukat Keroncong Pukat Tunda Tidak Kurang Dari 38 Milimeter yang telah diwartakan melalui Peraturan-peraturan Perikanan (Laut) (Pindaan) 1982 [P.U.(A) 380]. Namun demikian, penguatkuasaannya tertangguh beberapa kali sehinggalah ia diteliti semula dan memutuskan untuk menguatkuasakannya mulai 1 November 2013.

Manakala bagi menangani penggunaan pukat boya, syarat-syarat baharu penggunaannya telah dimasukkan ke dalam buku lesen. Syarat baharu iaitu “saiz mata pukat tunda di bahagian sayap pukat tunda tidak melebihi lima meter (195 inci)” dikenakan ke atas semua vesel pukat tunda Zon B di Semenanjung Malaysia.

Peraturan ini dikuatkuasaan setelah mengambil kira senario perkembangan pengurusan sektor perikanan global yang cenderung kepada tadbir urus yang baik (good governance) serta operasi penangkapan ikan yang tidak destruktif, status sumber perikanan negara yang semakin merosot, aduan yang diterima, konflik antara nelayan, hasil kajian yang telah dijalankan dan juga tempoh masa yang wajar serta munasabah. Mengambil kira senario dan kepentingan tersebut, semua pihak yang bertanggungjawab terutamanya para nelayan seharusnya menyokong dan mematuhi peraturan ini yang telah dikuatkusakan mulai 1 November 2013.

Sekian, wassalam.

Page 3: Cabaran Industri Ikan Hiasan · Kejuruteraan perikanan global yang cenderung kepada tadbir urus yang baik (: ... syarat-syarat baharu penggunaannya telah ... seperti Persatuan Akuarium

Disember 2013 Berita Perikanan 3 

Oleh: Mohd Fakhrudin Yasok Bahagian Pengurusan Maklumat, Ibu Pejabat Perikanan, Putrajaya ([email protected])

Ayer Keroh, Melaka: Pada tahun 2012, sektor perikanan negara menyumbang sebanyak 1.74 juta tan metrik ikan bernilai RM11.4 bilion, termasuk 376 juta ekor ikan hiasan bernilai RM630 juta. Pengeluaran ikan hiasan telah meningkat sebanyak 22.16 peratus iaitu dari 308 juta ekor kepada 376 juta ekor.

Menyedari prospek yang besar, industri ini telah disenaraikan di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara sehingga 2020. Ia dijangka menyumbang tidak kurang daripada RM600 juta kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan menawarkan kira-kira 100,000 peluang pekerjaan baharu menjelang akhir tahun 2020. Sebanyak 1.5 bilion ikan hiasan dan tumbuhan akuatik bernilai RM1.7 bilion disasarkan dapat dieksport dalam Rancangan Malaysia Ke-10.

Walau bagaimanapun, kemelesetan ekonomi global menjejaskan perniagaan ikan hiasan di seluruh dunia dan ini memberi tamparan hebat kepada industri berkenaan. Perkembangan ini memberi kesan yang signifikan ke atas eksport hiasan ikan Malaysia ke negara-negara Kesatuan Eropah (EU) yang bernilai RM16 juta setahun. Pengimport utama ikan hiasan negara EU ialah United Kindom dan Jerman dan kedua-dua pasaran telah mencatatkan penurunan import pada tahun 2010 berbanding 2009.

Dalam usaha menangani cabaran kemelesetan ekonomi global, industri ini perlu mengambil langkah dengan memberi tumpuan

YAB Datuk Seri Ir. Hj. Idris Bin Hj. Haron, Ketua Menteri Melaka melawat pameran Aquafair di MITC, Ayer Keroh, Melaka.

mereka. Dalam hal ini, Jabatan Perikanan telah melaksanakan beberapa program jaminan kualiti dengan memberi penekanan dalam aspek biosekuriti dan dokumentasi.

Justeru, dengan kerjasama yang kukuh antara sektor swasta dan awam, cabaran-cabaran ini diharap akan dapat diatasi. Penganjuran Aquafair Malaysia 2013 yang telah diadakan pada 21-24 November 2013 di Melaka, menjadi satu platform dalam usaha untuk meneroka pasaran global yang baharu.

YAB Datuk Wira Ir. Hj. Idris Bin Hj. Haron, Ketua Menteri Melaka semasa merasmikan majlis berkenaan berkata, industri ini akan terus berkembang jika semua pihak yang berkepentingan bekerja secara kolektif.

Sementara itu, YBrs. Tuan Haji Ismail Bin Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Jabatan Perikanan Malaysia berkata, kejayaan dalam tiga acara yang diadakan pada tahun 2006, 2008 dan 2010 telah memberi inspirasi ke arah mencari pasaran global baharu secara agresif. Penganjuran Aquafair Malaysia 2013 dengan tema “Living Colours of Aquaworld” ini telah disertai lebih daripada 70 syarikat tempatan dan asing.

kepada tiga aspek utama iaitu meningkatkan produktiviti, teknologi inovasi dan jaminan kualiti.

Pertama, produktiviti dan daya saing dalam industri ini perlu ditingkatkan. Ia dapat direalisasikan dengan meningkatkan kerjasama antara persatuan-persatuan ikan dengan institusi-institusi penyelidikan seperti Persatuan Akuarium Malaysia yang mengadakan kerjasama erat dengan Institut Penyelidikan Perikanan Malaysia (FRI). Langkah ini akan menjimatkan kos melalui guna sama kepakaran, perkongsian manfaat dan kemahiran baharu.

Kedua, industri ini seharusnya menerima pakai inovasi teknologi untuk kekal kompetitif dalam pasaran ikan hiasan global. Dalam hal ini, Jabatan Perikanan telah bekerjasama rapat dengan pengusaha dan institusi pengajian tinggi bagi meningkatkan teknologi pengeluaran dan kualiti ikan melalui projek penyelidikan dan pembangunan. Salah satu fokus utama adalah dengan mewujudkan standard dalam menentukan kualiti ikan hiasan. Justeru, Jabatan Perikanan Malaysia melalui Institut Penyelidikan Perikanan di Jelebu, Negeri Sembilan telah membangunkan

kit DNA Biosensor untuk mengenal pasti jantina ikan arowana, dan menentukan jenis arowana empat kali lebih cepat berbanding kaedah konvensional.

Cabaran ketiga ialah pengeksport ikan hiasan perlu memperoleh persijilan jaminan kualiti sebelum dapat mengeksport ikan hiasan

Pelancaran Malaysia Standard MS 2536:2013 untuk ikan Arowana Emas.

Adakah sistem pengangkutan untuk mengeksport ikan hiasan kita mampu memberi perkhidmatan yang cekap setanding negara jiran?

Cabaran Industri Ikan Hiasan

Page 4: Cabaran Industri Ikan Hiasan · Kejuruteraan perikanan global yang cenderung kepada tadbir urus yang baik (: ... syarat-syarat baharu penggunaannya telah ... seperti Persatuan Akuarium

4 Berita Perikanan Disember 2013

Oleh: Mohd Fakhrudin Yasok Bahagian Pengurusan Maklumat, Ibu Pejabat Perikanan, Putrajaya ([email protected])

penyertaan daripada 40 syarikat swasta yang mempamerkan teknologi dan aplikasi terkini dalam industri pertanian negara.

HPPNK telah dikunjungi seramai 200,000 pengunjung dan mencatatkan nilai jualan sebanyak RM12.5 juta sepanjang program tersebut berlangsung dari 8 – 15 November 2013.

Menurut YB Dato’ Sri Ismail Sabri, pihaknya turut mewujudkan Unit Agropreneur Muda yang menawarkan khidmat latihan, bimbingan, perundingan, sokongan teknikal, kewangan dan pemasaran secara berpakej bagi membantu mereka untuk terus maju dalam bidang pertanian. Tambahnya, beliau turut mengisytiharkan

Kuantan, Pahang: Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Kebangsaan telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia di Kuantan, Pahang. Selaras dengan temanya ‘Agroteknologi Pemangkin Transformasi Agropreneur’, Dato’ Seri Najib menyarankan golongan peladang, penternak dan nelayan di seluruh negara menjadi lebih progresif, inovatif dan kreatif serta tidak berada di takuk lama untuk melonjakkan pendapatan mereka.

Beliau berkata, para petani, penternak dan nelayan perlu menggunakan benih yang lebih baik berasaskan pembangunan dan penyelidikan (R&D), baja yang boleh menjamin pertambahan hasil, di samping menggunakan teknologi terkini. Mereka juga perlu mengeluarkan sesuatu produk dengan kos lebih murah dan menggunakan sumber secara optimum. Selain itu, mereka perlu mengeluarkan produk atau perkhidmatan yang tidak ditawarkan pihak lain dan menerokai pasaran baharu di peringkat global yang mempunyai kuasa beli yang tinggi, sekali gus melonjakkan pendapatan mereka dengan ketara.

Majlis perasmian turut dihadiri YB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, YB Dato’ Tajuddin

‘Agroteknologi Pemangkin Transformasi Agropreneur’

Bin Abdul Rahman, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, YB Datuk Shafik Fauzan Bin Sharif, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Pahang.

YB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata sambutan kali ini melibatkan penyertaan sebanyak 72 buah gerai pameran termasuk 14 buah gerai yang mewakili negeri-negeri di Malaysia. Selain itu, terdapat juga

YAB Dato’ Seri Mohd Najib bersama penerima-penerima anugerah.

Pertandingan mewarna untuk kanak-kanak turut diadakan.

‘Jihad Menghapuskan Orang Tengah’ untuk menghapuskan peranan orang tengah yang menjadi punca utama majoriti golongan peladang, penternak dan nelayan di negara ini masih mundur dan miskin. Jihad ini tidak akan berjaya tanpa sokongan Ahli-ahli Pertubuhan Peladang dan Persatuan Nelayan.

Anugerah HPPNK pada tahun 2013 dibahagikan kepada enam kategori individu dan tujuh kategori berkumpulan yang mana individu menerima hadiah RM20,000 dan sijil manakala berkumpulan menerima RM25,000 dan sijil. Syarikat Azhar Manufacturing Sdn. Bhd., pengeluar pelbagai jenis kerepek dan kuih tradisional telah dipilih sebagai pemenang Anugerah Khas Perdana Menteri Sektor Pertanian dan Industri Asas Tani dan layak menerima hadiah RM60,000, trofi dan sijil. Syarikat ini turut menerima Anugerah Industri Asas Tani Jaya Peringkat Kebangsaan.

Anugerah Nelayan Jaya dimenangi oleh Tengku Adnan Tengku Husin dari Pahang; Penternak Ikan Jaya (Lim Siak Hooi, Kedah) dan Persatuan Nelayan Jaya dimenangi oleh Persatuan Nelayan Kawasan Bruit, Sarawak.

Gerai Jabatan Perikanan Malaysia mendapat tempat kedua terbaik bagi kategori Pavilion Jabatan/Agensi.

Penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan Tilapia Tercantik.

Page 5: Cabaran Industri Ikan Hiasan · Kejuruteraan perikanan global yang cenderung kepada tadbir urus yang baik (: ... syarat-syarat baharu penggunaannya telah ... seperti Persatuan Akuarium

Disember 2013 Berita Perikanan 5 

Petaling Jaya, Selangor: J a b a t a n Perikanan Malaysia bersama WWF-Malaysia (World Wide Fund for Nature) telah menganjurkan “Dialog Penguatkuasaan Bagi Isu-isu Perikanan dan Pemuliharan Penyu Di Malaysia” di Hotel Armada, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini. Program ini dirasmikan oleh YBrs. Tn. Hj. Gulamsarwar bin Jan Mohammad, Pengarah Bahagian Perlindungan Sumber, Ibu Pejabat Perikanan Malaysia dan bertujuan untuk berkongsi maklumat serta pengalaman dalam aspek

lapan kertas taklimat telah dibentangkan iaitu daripada Jabatan Perikanan Malaysia, WWF Malaysia, Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara, Jabatan Hidupan Liar Sabah, TRAFFIC dan PIFWA.

Jabatan Perikanan Malaysia telah menjelaskan peranan dan tanggungjawab

Oleh: Noor Azean Md Suhimi Bahagian Perlindungan Sumber, Ibu Pejabat Perikanan Malaysia, Putrajaya ([email protected])

penguatkuasaan Akta Perikanan 1985 khususnya berhubung perlindungan kepada penyu. Selain itu, program ini juga dapat mengenal pasti kelemahan dari aspek penguatkuasaan undang-undang dan mengenal pasti tindakan-tindakan yang perlu dijalankan bagi membanteras aktiviti penangkapan ikan yang bertentangan dengan Akta Perikanan 1985 khususnya berhubung perlindungan kepada penyu.

Program ini disertai seramai kira-kira 50 orang peserta daripada pelbagai jabatan termasuk Jabatan Taman Laut Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara, Jabatan Hidupan Liar Sabah dan Pasukan Polis Marin. Program ini juga turut disertai oleh Persatuan Kebajikan Nelayan-nelayan Pantai Pulau Pinang (PIFWA) dan sebuah NGO iaitu TRAFFIC (The Wildlife Trade and Monitoring Network). Sebanyak

Dialog Isu Perikanan dan Pemuliharaan Penyu

menguatkuasakan Akta Perikanan 1985 dan Peraturan-peraturan Perikanan termasuk Kaedah-kaedah Perikanan berkaitan dengan penyu di bawah bidang kuasa pihak kerajaan negeri. Sesungguhnya kerjasama erat dari pelbagai jabatan / agensi ini sedikit sebanyak dapat menyelaraskan peranan masing-masing dalam aspek penguatkuasaan yang melibatkan isu-isu perikanan.

YBrs. Tn. Hj. Gulamsarwar bin Jan Mohammad, Pengarah Bahagian Perlindungan Sumber, Jabatan Perikanan Malaysia merasmikan program.

Kerjasama erat dari pelbagai jabatan / agensi dapat menyelaraskan peranan masing-masing dalam aspek penguatkuasaan yang melibatkan isu-isu perikanan.

Program disertai oleh 50 orang peserta.

Page 6: Cabaran Industri Ikan Hiasan · Kejuruteraan perikanan global yang cenderung kepada tadbir urus yang baik (: ... syarat-syarat baharu penggunaannya telah ... seperti Persatuan Akuarium

6 Berita Perikanan Disember 2013

Pasukan Petugas Rangkaian Kedamparan Mamalia Marin Kebangsaan Malaysia DitubuhkanOleh: Tan Geik Hong Bahagian Pelesenan dan Pengurusan Sumber Ibu Pejabat Perikanan Malaysia, Putrajaya ([email protected])

Rantau Abang, Terengganu: Jabatan Perikanan Malaysia telah menubuhkan Pasukan Petugas Rangkaian Kedamparan Mamalia Marin Kebangsaan Malaysia untuk menyelamat spesies mamalia marin terancam yang terdampar dengan pantas, cekap dan berkesan. Pasukan yang dianggotai oleh sembilan agensi kerajaan, tiga badan berkanun, enam universiti dan lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ini, mempunyai objektif seperti berikut:

• Memberi bantuan kecemasan yang pantas dan efektif bagi menyelamatkan nyawa mamalia marin yang terdampar atau tertangkap;

• Menyelaras usaha menyelamat mamalia marin yang terdampar dan tertangkap yang melibatkan pelbagai agensi dan institusi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan, pihak swasta serta orang awam yang berkaitan;

• Mengenal pasti dan menggunakan kepakaran dan fasiliti tertentu yang terdapat di organisasi ahli rangkaian;

• Mengumpul statistik kedamparan mamalia marin di Malaysia bagi meningkatkan kecekapan pengurusan;

• Meningkatkan peluang untuk penyelidikan mamalia marin yang terdampar dan tertangkap;

• Menyediakan garis panduan dan prosedur piawai bagi menyelamat mamalia marin terdampar dan terperangkap selaras dengan Akta CITES 2008; dan

• Mempertingkatkan kesedaran awam mengenai pemuliharaan mamalia marin.

Penubuhan Pasukan Petugas Kebangsaan ini juga sejajar dengan konsep “Blue Ocean Strategy” iaitu meningkatkan kecekapan tadbir urus negara melalui perkongsian pintar. Dengan adanya pasukan petugas tersebut, maka pelbagai kemahiran, kecekapan, peralatan dan kemampuan dapat dikongsi bersama untuk menyelamatkan mamalia marin yang terdampar sama ada di laut atau di darat. Justeru, ahli-ahli pasukan ini telah mengikuti Kursus Menyelamat Mamalia Marin yang telah diadakan sehari sebelum majlis perasmian.

Dalam majlis perasmian tersebut, YH Dato’ Haji Ahamad Sabki telah menyerahkan peralatan menyelamat mamalia marin kepada semua Pejabat Perikanan Negeri serta menyampaikan sijil pelantikan kepada ahli-ahli pasukan petugas. Penubuhan pasukan ini juga diharapkan dapat mengurangkan insiden kematian mamalia marin, sekali gus menaikkan imej Malaysia di mata masyarakat antarabangsa dalam pemuliharaan spesies mamalia marin yang terancam.

Sehubungan itu, Majlis Pelancaran Pasukan Petugas Kebangsaan Rangkaian Kedamparan Mamalia Marin Malaysia telah disempurnakan oleh YH Dato’ Ahamad Sabki bin Mahmood, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia pada 3 September 2013 di Pusat Penyu dan Ekosistem Marin (TUMEC), Rantau Abang, Terengganu. YH Dato’ Ahamad Sabki berkata, pasukan petugas ini ditubuhkan selaras dengan matlamat kelima Spesies Terancam - Menambah Baik Status (Threatened Species - Status Improving) di bawah Coral Triangle Initiative yang mana Jabatan Perikanan Malaysia telah dilantik untuk menerajuinya. Mamalia marin iaitu ikan lumba-lumba, paus, yu paus dan dugong yang terdapat di perairan Malaysia dilindungi di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 (Akta 686).

Usaha untuk menyelamat spesies mamalia marin terancam yang terdampar memerlukan kerjasama daripada semua pihak.

Penyampaian peralatan untuk menyelamatkan mamalia marin yang terdampar sama ada di laut atau di darat.

Ikan lumba-lumba Anjing laut Singa laut Porpoise

Page 7: Cabaran Industri Ikan Hiasan · Kejuruteraan perikanan global yang cenderung kepada tadbir urus yang baik (: ... syarat-syarat baharu penggunaannya telah ... seperti Persatuan Akuarium

Disember 2013 Berita Perikanan 7 

Pasukan Petugas Rangkaian Kedamparan Mamalia Marin Kebangsaan Malaysia Ditubuhkan

Oleh: Dr. Wan Norhana Noordin Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Batu Maung, Pulau Pinang ([email protected])

agen antimikrob tertua dan telah digunakan untuk mengawet makanan sejak dahulu lagi. Pembungkusan tanpa oksigen atau pembungkusan vakum juga boleh membantu mengawal kadar kerosakan makanan melalui pengurangan bakteria perosak aerobik dan perencatan oksidasi lemak disebabkan oleh kandungan molekul oksigen yang terhad dalam kaedah pembungkusan ini.

Kini terdapat perkembangan yang ketara dalam pasaran produk pembungkusan vakum di kebanyakan negara disebabkan oleh permintaan yang meningkat untuk produk segar dan semula jadi serta kurang/tidak diawet dengan bahan kimia. Justeru, terdapat banyak mesin pembungkusan vakum di pasaran, sama ada untuk industri atau pun yang ringkas dan mudah alih untuk kegunaan di rumah atau di kedai.

Atas dasar ini, satu kajian ringkas telah dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perikanan, Batu Maung, Pulau Pinang untuk melihat kesan merendam bebola ikan dalam air garam (2.5%, 5.0%, 10%) atau pembungkusan vakum dalam meningkatkan jangka hayat bebola ikan yang disimpan dalam peti sejuk (4˚C).

Penyelidikan ini menggunakan sebanyak lima kilogram bebola ikan yang baharu diproses. Di makmal, ia dibilas dengan air suling yang disterilkan dan dibahagikan kepada lima kumpulan. Satu kumpulan dibungkus dalam plastik yang bersih (kawalan); satu kumpulan lagi diletakkan dalam beg vakum yang khusus, divakum (80 mm Hg) dan dimeteri (sealed). Tiga kumpulan lagi direndamkan dalam air garam yang berkepekatan 2.5%, 5.0% and 10.0%. Bebola ikan disimpan dalam peti sejuk (4ºC) selama 14 hari. Penilaian sensori oleh sekumpulan panel sensori terlatih dan analisis profil tekstur bebola ikan dijalankan pada hari 0 (sejurus selepas rawatan) dan pada hari ke-14 penyimpanan.

Keputusan yang didapati menunjukkan jangka hayat berdasarkan penilaian sensori bebola ikan yang direndam dalam air garam 2.5% dan 5.0% adalah sembilan hari berbanding yang disimpan dalam beg plastik (kawalan). Jangka hayat bebola ikan yang direndam dalam air garam 10.0% adalah sekitar enam hingga lapan hari. Ini adalah kerana, walaupun berwarna putih, berkilat dan tiada bau yang tidak menyenangkan, tetapi rasanya terlalu masin. Di samping itu, ia juga menjadi lembut dan tidak kenyal disebabkan oleh ikatan protein yang musnah pada hari ke-14.

Bebola ikan yang dibungkus secara vakum pula mempunyai jangka hayat 14 hari atau lebih berbanding yang disimpan dalam beg plastik (kawalan). Ia dapat mengekalkan bau, rasa, warna pada tahap yang boleh diterima oleh panel sensori walaupun pada pada hari ke -14. Walaupun bebola ikan yang divakum tidak menyerupai rupanya yang asal (bulat) selepas divakum akibat dari tekanan semasa pembungkusan, tetapi bentuknya kembali menjadi bulat seperti bebola ikan biasa apabila dimasak.

Kesimpulan daripada kajian ini menunjukkan bahawa pembungkusan vakum (14 hari) adalah paling berkesan untuk meningkatkan jangka hayat bebola ikan yang disimpan dalam peti sejuk (4˚C) diikuti dengan rendaman dalam air garam 2.5% (9 hari) berbanding dengan bebola ikan yang terus disimpan dalam beg plastik seperti yang biasa diamalkan pengguna atau peniaga.

Maklumat yang diperolehi dari kajian ini diharap dapat membantu pengguna dan peniaga agar dapat mengekalkan kesegaran serta kualiti bebola ikan untuk tempoh masa yang lebih lama. Apabila ini berlaku, peniaga dan pengguna dapat memperoleh keuntungan maksimum serta dapat mengelakkan pembaziran akibat penyimpanan yang tidak betul.

Bebola ikan adalah produk makanan yang dihasilkan dari isi ikan dan tepung kanji. Ia popular di Malaysia dan juga

di negara-negara Asia Tenggara yang lain. Di Malaysia, pengeluaran bebola ikan pada tahun 2011 adalah sebanyak 14,138.90 tan metrik dan merupakan produk makanan laut kedua tertinggi selepas ikan masin (15,826.92 tan metrik) (Perangkaan Perikanan, 2011).

Bebola ikan dianggap sebagai produk makanan sihat dengan kandungan kalori dan lemak yang rendah iaitu masing-masing 83.0 Kcal/g dan 3.4g/100g serta nilai nutrisi yang baik (protein 12.9 g/100g, kalsium 57.0 mg/g, fosforus 100.0 mg/g, kalium 665.0 mg/g, retinol 28.0 µg/g, vitamin B2 0.13 mg/g dan niasin 0.8 mg/g). Ia semakin mendapat tempat di pasaran kerana harganya yang murah, mudah disediakan dan boleh digunakan dalam pelbagai masakan seperti nasi goreng, mi goreng, sup sayur dan juga sebagai snek. Ia boleh didapati di pasar basah, kedai runcit, pasar mini dan pasar raya dalam keadaan sejuk (4˚C), sejuk beku (<-10 ˚C) dan biasa.

Bebola ikan sejuk (chilled fish ball) semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia kerana ia kenyal, berkilat dan lut sinar serta baunya yang segar berbanding dengan bebola ikan beku yang keras dan legap. Walau bagaimanapun, jangka hayat yang singkat iaitu sekitar antara empat hingga lima hari dalam peti sejuk (4ºC) atau dua hari jika disimpan pada suhu bilik, merupakan antara masalah utama yang dihadapi oleh peniaga atau pengguna produk ini. Sebagai produk yang mempunyai kelembapan yang tinggi serta kaya dengan protein, bebola ikan sangat mudah terdedah kepada tumbesaran mikroorganisma perosak. Kebanyakan pengguna atau peniaga tidak mahu menyimpan bebola ikan ini pada suhu beku kerana tidak mahu merosakkan tekstur, rasa dan kesegarannya. Oleh itu satu kaedah yang murah, mudah serta praktikal amat diperlukan bagi meningkatkan jangka hayat bebola ikan di samping mengekalkan kesegaran, rasa dan teksturnya.

Garam adalah bahan yang murah, mudah didapati dan tidak merbahaya kepada persekitaran. Garam adalah salah satu

Pembungkusan Vakum Tingkat Jangka Hayat Bebola Ikan

Penyediaan bebola ikan untuk analisis sensori.

Page 8: Cabaran Industri Ikan Hiasan · Kejuruteraan perikanan global yang cenderung kepada tadbir urus yang baik (: ... syarat-syarat baharu penggunaannya telah ... seperti Persatuan Akuarium

8 Berita Perikanan Disember 2013

Serai (Cymbopogon citratus) Penawar PenyakitIkan Marin Oleh: Fadzilah Yusof Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Gelang Patah, Johor ([email protected])

Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Gelang Patah, Johor telah berjaya menemui kaedah untuk merawat penyakit ikan marin dengan

menggunakan ekstrak serai (Cymbopogon sp.). Kajian peringkat awal yang dijalankan di makmal institut ini menunjukkan bahawa serai amat berkesan untuk digunakan sebagai salah satu herba terapeutik terhadap parasit yang menyerang ikan siakap yang diternak dalam tangki dan kolam seperti Trichodyna sp. dan Hexamita sp. (sejenis parasit usus). Walau bagaimanapun, kajian lanjut perlu dijalankan untuk mendapatkan dos yang lebih optimum dan berkesan untuk digunakan semasa merawat ikan yang diserang parasit.

Serai adalah satu daripada tumbuh-tumbuhan perubatan atau herba yang mengandungi bahan-bahan penting sebagai agen terapeutik. Terdapat banyak spesies serai telah dianalisis dan didapati berpotensi untuk digunakan sebagai anti kanser (terpenoid), antispasmodik, antibiotik dan penghalang serangga termasuk nyamuk. Ekstrak serai juga berpotensi sebagai immunostimulant dalam penternakan ikan.

Kelebihan serai adalah antaranya ia mudah diperoleh, harganya murah dan dapat bertindak balas terhadap spektrum patogen yang luas. Serai mengandungi bahan-bahan aktif seperti saponin dan mycrene yang berkesan sebagai antimikrobial, manakala beberapa komponen aktif seperti citronella, citronellol, geranilol dan lain-lain bertindak sebagai pembasmi kuman.

Dalam beberapa penyelidikan lain juga menunjukkan bahawa minyak serai mempunyai ciri-ciri anti-kulat. Dalam industri ayam, serai digunakan sebagai makanan tambahan bagi

Ikan yang dijangkiti Hexamita sp mengalami perut yang kembung.

Ikan yang sama telah pulih dari jangkitan Hexamita sp. (Selepas rawatan dengan ekstrak serai).

30 ppm untuk rendaman selama 23 jam lagi. Hasil pemerhatian ini menunjukkan sebanyak 96% ikan di dalam tangki rawatan yang menggunakan ekstrak serai didapati masih hidup selepas tempoh rawatan selama 24 jam. Ikan-ikan tersebut kemudiannya dipindahkan ke dalam tangki lain yang dimasukkan air bersih dan ia diapati berkeadaan stabil, warnanya tidak gelap dan tidak menunjukkan simptom-simptom berpenyakit.

Sebagai perbandingan, dua buah lagi tangki rawatan bertindak sebagai tangki kawalan yang tidak dimasukkan sebarang bahan rawatan serta sebuah tangki lagi menggunakan formalin sebagai bahan perawat. Kaedah rawatan dengan formalin juga adalah sama iaitu rendaman selama satu jam dengan kepekatan 150 ppm dan rendaman selama 23 jam lagi pada kepekatan 30 ppm. Didapati semua ikan dalam tangki kawalan telah mati sebelum tempoh 24 jam manakala ikan-ikan di dalam tangki rawatan yang menggunakan formalin hanya hidup sebanyak 23% sahaja.

Kesimpulan untuk kajian awal ini mendapati ekstrak serai berpotensi sebagai bahan rawatan teraputik yang selamat untuk merawat penyakit terutamanya serangan parasit terhadap ikan penternakan marin. Namun begitu, kajian lanjut untuk memperhalusi penggunaannya sedang diteruskan oleh institut ini.

awal di makmal mendapati serai berkesan untuk membunuh dan membasmi parasit yang menyerang ikan siakap yang diternak.

Percubaan awal telah dijalankan ke atas ikan siakap yang telah dijangkiti penyakit hexamitiasis (jangkitan parasit Hexamita sp.). Ikan-ikan berkenaan dirawat dengan cara merendamkannya selama satu jam di dalam tangki rawatan yang mengandungi sebanyak 150 ppm ekstrak serai selama satu jam. Air rendaman itu kemudiannya dicairkan menjadi

menjamin produktiviti yang tinggi secara tidak langsung menjamin keuntungan yang berlipat ganda. Walau bagaimanapun, laporan mengenai penggunaan ekstrak serai sebagai rawatan penyakit dalam bidang akuakultur sangat terhad. Namun begitu, disebabkan ekstrak serai yang sangat berkesan sebagai salah satu agen terapeutik terhadap penyakit yang menjangkiti manusia, maka ia juga berpotensi sebagai agen terapeutik dalam pengkulturan ikan marin.

Sebelum ini, pengusaha akuakultur menggunakan formalin bagi merawat ikan yang terkena serangan parasit, bakteria dan virus. Namun, penggunaan formalin memberi kesan kepada manusia kerana boleh menyebabkan penyakit kanser.

Institut ini mendapat idea untuk menghasilkan kajian ini setelah melihat kesukaran yang dialami oleh pengusaha akuakultur apabila ternakan mereka diserang parasit dan bakteria. Kajian

Proses ekstraksi serai.

370C - 24 hours/1000C - 1 hour

3-4 hours untilreduce to 20%

Filtered throughmuslin cloth

1L 80% metanol+ 200g Lemongrass

Keepin RT 2-5days

Refrigerate the extract untilfurther process

Drv blend

Page 9: Cabaran Industri Ikan Hiasan · Kejuruteraan perikanan global yang cenderung kepada tadbir urus yang baik (: ... syarat-syarat baharu penggunaannya telah ... seperti Persatuan Akuarium

Disember 2013 Berita Perikanan 9 

Kekapis Iklim Sederhana Diternak Di Kawasan TropikaOleh: Dr. Zainuddin JamariInstitut Penyelidikan Perikanan (FRI) Pulau Sayak Kota Kuala Muda, Kedah ([email protected])

Jabatan Perikanan Malaysia melalui Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Pulau Sayak, Kota Kuala Muda, Kedah

telah mengadakan kerjasama penyelidikan dengan IKRAM Education Sdn. Bhd. yang diwakili oleh Kuala Lumpur Infrastructure University College (KLIUC) dalam bidang penyelidikan gamat (Apostichopus japonicus) dan teknologi pembenihan kekapis (Chlamys farreri dan Argopecten irradians).

Perjanjian yang telah ditandatangani pada November 2011 ini, merangkumi skop perjanjian seperti berikut:

• Mengkaji kebolehsesuaian gamat dan kekapis spesies beriklim sederhana dengan persekitaran tropika;

• Membangunkan teknologi pembiakan gamat spesies beriklim sederhana: Apostichopus japonicus, kekapis beriklim sederhana dan kekapis spesies tempatan yang dilaksana dengan kepakaran FRI Pulau Sayak dengan menggunakan teknik dari negara China dalam persekitaran terkawal iaitu di hatceri; dan

• Pembangunan perkhidmatan sokongan untuk pembiakan, pengkulturan, pemprosesan dan pengkomersialan gamat dan kekapis.

Kajian telah bermula pada 6 Jun 2012 dengan memperoleh bekalan induk sejumlah 40 ekor induk kekapis (Agropecten irridians) dari negara China. Kajian oleh para penyelidik di FRI Pulau Sayak telah berjaya mencapai kejayaan dengan menghasilkan sejumlah lebih 20 juta telur dengan merangsang induk kekapis berkenaan secara rangsangan peneluran alamiah. Induk-induk kekapis berkenaan telah bertelur sebanyak empat kali. Telur

dan tumbesaran yang direkod menunjukkan prestasi yang sangat baik.

Kekapis yang diternak dalam persekitaran tertutup menunjukkan tumbesaran mencapai saiz panjang badan empat sentimeter dalam tempoh empat bulan. Bagaimanapun kemandirian selepas peringkat ini agak rendah. Kajian lanjut dicadangkan bagi mengatasinya.

Penyelidik FRI Pulau Sayak dan KLIUC telah mengadakan beberapa siri perbincangan setiap tiga bulan sekali bagi membincangkan aspek pencapaian penyelidikan dan membuat cadangan penambaikan yang berkaitan.

Sekiranya projek ini berjaya, Jabatan Perikanan Malaysia dan pihak KLIUC merancang untuk mengkomersialkan penternakan kekapis. Bagi melaksana program pengkomersialan ternakan, kajian awal penternakan di perairan terbuka akan dibincangkan secara lanjut.

yang dihasilkan menunjukkan perkembangan, peratus persenyawaan dan menghasilkan peratus penetasan yang sangat baik.

Seterusnya pembenihan dilakukan dalam tangki dengan suhu air di antara 200C hingga 220C. Suhu air disejukkan dengan menggunakan “chiller” dan dilakukan dalam persekitaran tertutup. Makanan larva terdiri daripada alga jenis “Chaetoceros sp., Isochrysis sp., dan Pavlova sp., dengan jumlah anggaran pemberian sebanyak 2 x 104 sel/ml. Perkembangan larva sehingga peringkat spat menunjukkan tumbesaran yang baik dan peratus kemandirian yang tinggi telah dicapai. Benih kekapis akan melekat pada tali pukat nilon yang dimasukkan ke dalam tangki pembenihan.

Benih kekapis yang dihasilkan kemudiannya dipindahkan ke tangki asuhan dan diberi alga Chaetoceros sp, Pavlova sp. dan Nannochloropsis sp. sebagai makanan. Asuhan dijalankan di dalam tangki dengan menggunakan sistem air pusingan (RAS) dan air statik bagi tujuan perbandingan. Kadar kemandirian

Serai (Cymbopogon citratus) Penawar PenyakitIkan Marin

Induk kekapis yang diperoleh dari negara China.

Anak kekapis diasuh di dalam tangki. Larva kekapis peringkat veliger yang dihasilkan.

Kolam penternakan benih kekapis.

Benih kekapis yang dihasilkan dalam hatceri.

Anak kekapis yang diasuh di dalam tangki RAS menunjukkan tumbesaran yang sangat baik.

Page 10: Cabaran Industri Ikan Hiasan · Kejuruteraan perikanan global yang cenderung kepada tadbir urus yang baik (: ... syarat-syarat baharu penggunaannya telah ... seperti Persatuan Akuarium

10 Berita Perikanan Disember 2013

Dua agensi kerajaan yang paling banyak melabuhkan tukun tiruan dan unjam adalah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)

dan Jabatan Perikanan Malaysia (JPM). Mulai tahun 2011, LKIM tidak lagi diberikan peruntukan untuk membina unjam kerana tugas ini diambil alih oleh JPM.

Bot penangkapan ikan yang menggunakan pukat hanyut mendominasi perairan Zon A (kurang lima batu nautika dari pantai). Memandangkan semua tapak tukun tiruan dan unjam berada di dalam Zon A, maka kejadian pukat tersangkut pada tukun tiruan dan unjam tidak dapat dielakkan. Sisa-sisa pukat, mata kail dan batu ladung yang tersangkut pada unjam perlu dibersihkan kerana dikatakan menjadi punca ikan tidak berkumpul berdekatan unjam, sekali gus mengurangkan hasil tangkapan nelayan pancing dan bubu. Pukat yang tersangkut itu juga akan menyebabkan kematian ikan secara berterusan sehinggalah pukat itu reput dan ia disebut sebagai ‘ghost fishing’. Ikan yang mati akan berbau busuk dan menyebabkan ikan-ikan lain menjauhi dari kawasan unjam dan tukun.

Sehubungan itu, nelayan-nelayan pancing sering mendesak LKIM dan JPM supaya membersihkan pukat yang tersangkut pada unjam supaya ikan dapat berkumpul dan tangkapan mereka boleh ditingkatkan. Namun, JPM tidak menyediakan sebarang peruntukan untuk membersihkan pukat yang tersangkut pada tukun tiruan yang dilabuhkan di seluruh negara kerana objektif pembinaan tukun tiruan dan unjam adalah berbeza. Unjam yang dibina oleh LKIM adalah untuk dijadikan sebagai peranti pengumpul ikan supaya mudah ditangkap oleh nelayan pancing dan bubu. JPM pula membina tukun tiruan untuk tujuan pemuliharaan sumber perikanan dan menghalang pencerobohan pukat tunda ke dalam kawasan Zon A. Reka bentuk tukun tiruan yang dibina oleh JPM memang bertujuan untuk memerangkap bot pukat tunda yang menceroboh supaya mereka serik untuk melakukannya lagi.

Tukun tiruan diharap akan berubah menjadi satu ekosistem yang baharu bagi menggantikan ekosistem terumbu karang yang telah rosak. Oleh yang demikian, JPM tidak membersihkan pukat yang tersangkut di tukun kerana

boleh memusnahkan flora dan fauna yang terdapat di atasnya yang akan membantutkan kewujudan ekosistem baharu seperti mana yang diharapkan.

Pemantauan secara selaman skuba oleh kakitangan JPM di tapak-tapak tukun di Terengganu, mendapati pukat yang tersangkut pada tukun tidak menyebabkan ‘ghost fishing’ seburuk yang disangka. Gambar dan video yang dirakamkan mendapati kurang daripada lima ekor ikan kunyit (Lutjanus lutjanus) dan ikan sebekah (Famili Apogonidae) terperangkap pada pukat hanyut yang tersangkut pada sesuatu tapak tukun tiruan. Ikan yang mati itu juga tidak berbau busuk seperti yang didakwa oleh nelayan dan tidak pula menakutkan ikan lain untuk berada di kawasan tukun. Ikan yang mati ini akan menjadi makanan ketam, sotong katak dan ikan-ikan lain dan sisanya akan hancur. Kumpulan ikan batu karang terutama dari famili Apogonidae, ikan kunyit, remong, kerapu, cermin dan kaci dilihat berenang berdekatan dengan pukat yang tersangkut itu.

Tidak ada apa-apa spesies ikan yang terperangkap pada pukat tunda yang tersangkut kerana saiz benangnya yang besar dan saiz mata pukat pula sangat kecil. Sebaliknya, pukat tunda ini menarik perhatian pelbagai spesies ikan kerana ia menjadi kawasan perlindungan daripada arus yang kuat.

Pukat jerut yang tersangkut pada tukun tiruan berdekatan dengan Pulau Kapas, Terengganu. Pelbagai spesies ikan berada berdekatan tukun ini. Gambar dirakam pada tahun 2000.

Kumpulan ikan batu karang di sekeliling tukun kuboid yang dilekati oleh pukat hanyut. Gambar ini membuktikan pukat yang terlekat tidak menakutkan ikan untuk berada berdekatan tukun. Jika pukat yang sudah melekat pada tukun ini dibersihkan, banyak flora dan fauna yang tumbuh dan melekat akan musnah. Ikan bersaiz besar akan bertumpu ke kawasan ini kerana banyak makanan.

Keroncong pukat tunda yang tersangkut pada tukun tetrapod di Cherating, Pahang. Gambar dirakam pada tahun 2007, iaitu lapan bulan selepas tukun dilabuhkan. Perhatikan span yang mula tumbuh di atas permukaan pukat. Tempoh pukat tunda ini tersangkut kurang dari tiga bulan.

Pukat yang tersangkut pada tukun tetrapod di Kemaman, Terengganu. Karang lembut dan span telah tumbuh di atas permukaan pukat. Perhatikan juga ‘octacoral’ yang tumbuh dengan padat di puncak tukun ini. Jika pukat ini dibersihkan, semua hidupan berkenaan akan mati. Gambar ini dirakam pada tahun 2010. Tempoh masa pukat ini tersangkut pada tukun tidak lebih dari enam bulan.

Pukat yang terlekat pada tukun dikatakan akan menyebabkan kematian ikan yang serius dan berpanjangan kerana ‘ghost fishing’, tetapi gambar ini menyatakan sebaliknya. Apabila pukat tersangkut pada tukun, kebanyakannya akan berbelit dan tidak efektif. Gambar ini menunjukkan hanya seekor sahaja ikan yang kelihatan tersangkut pada pukat. Ikan-ikan lain juga masih tinggal berdekatan dengan tukun.

Perlukah Tukun Tiruan Dan Unjam Dibersihkan?Oleh: Ahmad Ali Departemen Pembangunan dan Pengurusan Sumber Perikanan Marin (DPPSPM), Chendering, Terengganu ([email protected])

Page 11: Cabaran Industri Ikan Hiasan · Kejuruteraan perikanan global yang cenderung kepada tadbir urus yang baik (: ... syarat-syarat baharu penggunaannya telah ... seperti Persatuan Akuarium

Disember 2013 Berita Perikanan 11 

Oleh: Jamil Musel Bahagian Pengembangan Perikanan Ibu Pejabat Perikanan, Putrajaya ([email protected])

SUMBANGAN ARTIKEL DAN GAMBARKami mengalu-alukan sumbangan artikel dan gambar daripada pembaca terutamanya:

• PERSATUAN-PERSATUAN AKUAKULTUR• PERSATUAN-PERSATUAN NELAYAN • PESARA-PESARA JABATAN PERIKANAN MALAYSIA• LAIN-LAIN

Hantarkan sumbangan artikel dan gambar anda kepada:Pengarang Berita Perikanan, E-mel: [email protected] atau [email protected]: 03-8889-2498

Sumber Ikan PelagikLonjakkan Industri Perikanan Laut Dalam Sarawak

Menje lang tahun 2020, negara memerlukan sebanyak 1.9 juta tan metrik ikan sebagai keperluan protein

rakyat selaras dengan peningkatan jumlah penduduk. Penggunaan ikan per kapita juga dijangka meningkat sebanyak 20 peratus iaitu dari 46 kilogram kepada 55 kilogram menjelang tahun 2020. Peningkatan ini disebabkan oleh timbulnya kesedaran di kalangan orang ramai di seluruh dunia yang memilih protein dari ikan sebagai makanan sihat.

Justeru, ia memberi cabaran yang perlu digalas oleh semua pihak yang terlibat dalam industri perikanan seperti para penyelidik dan nelayan. Cabaran ini akan dapat diatasi dengan adanya sumber perikanan pelagik yang banyak di perairan ZEE Malaysia di Sarawak yang berkeluasan 160,000 kilometer persegi. Jika sumber pelagik ini diterokai sepenuhnya, pendaratan ikan di negeri Sarawak dijangka dapat ditingkatkan dari 160,000 tan metrik pada masa ini kepada lebih 300,000 tan metrik setahun. Ia diperkasakan lagi dengan adanya galakan dan peningkatan pembangunan industri penangkapan ikan pelagik yang akan merancakkan lagi pembangunan industri

penangkapan ikan di negeri Sarawak. Bag i mempero leh data terk in i , FR I

Bintawa telah menjalankan penyelidikan bagi menentukan sumber dan penerokaan ikan pelagik di perairan ZEE Malaysia di Sarawak. Bagi menganggar potensi sumber ikan pelagik, dua kaedah telah dijalankan iaitu survei akustik menggunakan peralatan saintifik Echo Sounder FQ80 dan kajian biologi. Penyelidikan ini bertujuan bagi mendapat maklumat terkini seperti biojisim serta taburan sumber, potensi sumber, kadar tangkapan, komposisi ikan dan parameter biologi setiap spesies. Kaj ian tersebut menunjukkan bahawa Tahap Tuaian Maksimum Yang Mapan (Maximum Sustainable Yield, MSY) atau pun potensi sumber ikan pelagik kecil di perairan

Penyelidik mengenal pasti spesies ikan pelagik.Penggunaan tong HDPE untuk menyimpan hasil tangkapan.

Penggredan jenis ikan komersial sebelum dipasarkan. Ikan dibersihkan sebelum disimpan di tempat penyimpanan ikan.

ZEE Malaysia - Sarawak dianggar sebanyak 340,000 tan metrik.

Pada tahun 1996, survey akustik telah di ja lankan oleh M/V SEAFDEC dengan menggunakan peralatan saintifik Echo Sounder FQ70 bagi mendapat data anggaran biomas di perairan Sarawak. Dalam kajian itu, biomas yang diperoleh bagi ikan pelagik ialah 360,000 tan metrik (Hadil et al., 1999).

Data terkini yang diperoleh ini akan dapat digunakan sebagai panduan bagi membangun industri perikanan pelagik kecil dengan lebih cekap dan mapan. Selain itu, pengukuhan infrastruktur dan pembangunan sumber manusia dalam bidang perikanan pelagik juga akan dipertingkatkan dengan mewujudkan strategi-strategi khas bagi industri ini.

Page 12: Cabaran Industri Ikan Hiasan · Kejuruteraan perikanan global yang cenderung kepada tadbir urus yang baik (: ... syarat-syarat baharu penggunaannya telah ... seperti Persatuan Akuarium

12 Berita Perikanan Disember 2013

Cik Vienna bersama benih kima berusia tiga tahun yang sedia untuk dilepaskan di perairan umum.

Induk gamat untuk pembiakan.

Cik Vienna (kiri) dan Cik Marina bersama gamat yang turut diternak di MERC.

Pulau Gaya, Sabah: Usaha Pusat Penyelidikan Ekologi Marin (Marine Ecology Research Centre, MERC) di Pulau Gaya, Sabah yang berjaya menternak kima, gamat dan batu karang untuk mengelakkan spesies-spesies berkenaan terus pupus, sesungguhnya perlu dihargai.

Menurut kakitangan MERC, Cik Vienna Anastasia Admodisastro, 26, penyelidikan itu dilakukan atas kesedaran pihak MERC untuk memulihara sumber berkenaan agar tidak pupus serta dapat menarik pelancong ke pulau tersebut. Salah satu faktor kejayaannya adalah kerana kawasan perairan persekitaran Pulau Gaya yang sesuai dengan spesies-spesies berkenaan.

Kepupusan spesies-spesies ini dipercayai berlaku kerana aktiviti penuaian yang berlebihan dan juga aktiviti pengeboman ikan di kawasan batu karang. Kesannya, banyak hidupan akuatik yang menghuni di kawasan berkenaan mengalami kepupusan teruk.

Kajian telah dilakukan sejak lebih 16 tahun lalu terhadap tujuh spesies kima tempatan yang terdapat di perairan Sabah antaranya spesies Tridacna gigas, Hippopus porcellanus dan Tridacna derasa.

“Lazimnya, kaedah pembiakan menggunakan suntikan hormon dilakukan terhadap induk segar yang berumur antara 10 hingga 20 tahun. Induk berkenaan akan disuntik hormon Serotonim mengikut kadar tertentu.

“Selepas lima hingga 10 minit disuntik, induk mula kelihatan cergas dengan membuka dan menutup cengkerangnya berulang kali. Biasanya,

MERC PuliharaStok Kima, Gamatdi Perairan Umum

Oleh: Mohamed Semail Pejabat Perikanan Negeri Pahang ([email protected])

induk akan mengeluarkan sperma tiga hingga empat kali selepas disuntik. Kehadiran sperma ini boleh dilihat apabila air di persekitaran mulai berubah kepada warna kelabu.

“Keadaan ini mampu merangsang induk lain untuk mengeluarkan telur dan proses persenyawaan berlaku dengan sendirinya”, jelasnya.

Katanya lagi, larva yang terhasil akan dipindahkan ke dalam tangki asuhan dalam tempoh 24 jam. Larva yang baharu menetas

itu perlu diberi makan fitoplankton untuk membesar. Benih yang berumur tiga tahun akan mula dipindahkan ke tapak penternakan di laut dengan memasukkannya di dalam sangkar bagi mengelak dari pemangsa seperti ikan buntal dan jebong (Trigger fish).

Selain kima, kajian juga dijalankan terhadap batu karang dan gamat atau dikenali dengan panggilan balat oleh penduduk tempatan. Kajian ini juga bertujuan untuk menambah stok spesies berkenaan di habitat dasar laut.

Gamat juga mampu menarik pelancong yang berkunjung ke sini, khususnya penyelam yang datang untuk menjalankan kajian.

“Keadaan laut yang terlindung dari arus deras menjadi faktor utama kejayaan kepada kajian ini. Benih kima, batu karang dan juga gamat yang baharu menetas mampu membesar dan hidup bebas tanpa gangguan manusia yang dikatakan menjadi agen perosak kepada habitat dan ekosistem laut,” katanya.

Page 13: Cabaran Industri Ikan Hiasan · Kejuruteraan perikanan global yang cenderung kepada tadbir urus yang baik (: ... syarat-syarat baharu penggunaannya telah ... seperti Persatuan Akuarium

Disember 2013 Berita Perikanan 13 

Sangkar Encik Lim menghasilkan 25 tan metrik ikan bernilai RM425 ribu sebulan.

Memenangi Anugerah Penternak Ikan Jaya sempena sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Kebangsaan 2013.

melalui agen. Manakala udang putih pula dijual kepada pengilang tempatan.

Pelaburan Encik Lim telah memberi pulangan yang lumayan. Ladangnya kini mampu menghasilkan 25 tan metrik ikan bernilai RM425 ribu dan 17 tan metrik udang putih bernilai RM323 ribu sebulan. Di samping itu, beliau juga memperoleh RM10 ribu sebulan hasil dari usaha pemprosesan ikan masin.

Encik Lim kini adalah Pengerusi PIBG Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Choong Cheng, Tanjung Dawai dan memegang jawatan Timbalan Pengerusi Persatuan Penternak Ikan Sangkar Sungai Merbok dan Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Tanjung Dawai, Pantai Merdeka, Kedah.

Sebagai menghargai usahanya, pihak Jabatan Perikanan Malaysia telah memilihnya sebagai pemenang Anugerah Penternak Ikan Jaya sempena sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Kebangsaan 2013.

Peruntukan besar yang dilaburkan oleh Encik Lim Siak Hooi dalam bidang penternakan ikan pada tahun 2003 sememangnya tidak

sia-sia apabila beliau memperoleh kejayaan besar dalam meningkatkan pendapatan.

Segala-galanya bermula apabila bapa berusia 46 tahun ini mengusahakan penternakan ikan di tanahnya sendiri seluas tujuh hektar. Sebagai tambahan, beliau menyewa sebidang tanah T.O.L seluas 0.16 hektar di Sungai Merbok, Pantai Merdeka, Kedah untuk membina sangkar ikan. Berbekalkan modal sebanyak sejuta ringgit, beliau membina 100 buah sangkar dan tujuh buah kolam untuk menternak ikan merah, kerapu kertang, kerapu hibrid, jenahak merah, siakap, aruan tasik dan udang putih.

menyimpan makanan, peralatan dan bahan kimia. Ladangnya dibantu oleh empat orang pekerja tempatan dan dua orang pekerja asing.

Ikan ternakan diberi makanan pelet bagi memastikan ia cepat membesar dan tidak mencemarkan perairan. Selain pelet, beliau juga memproses sendiri makanan ikan dengan menggunakan mesin.

Kesungguhannya untuk berjaya dalam bidang yang diceburi mendorong bapa kepada tiga orang anak ini membuat pelaburan tambahan sebanyak sejuta ringgit lagi untuk membina 260 buah sangkar. Kini beliau mempunyai 360 buah sangkar dan tujuh buah kolam penternakan ikan dan udang.

Ikan yang diternak memerlukan masa antara 14 bulan hingga tiga tahun sebelum dapat dituai mengikut spesies. Manakala udang putih memerlukan masa selama 70 hari sebelum dapat dipasarkan. Selain dipasarkan dalam negara, hasilnya juga dieksport ke Taiwan dan Hongkong

Bagi memastikan projeknya mengikut prosedur amalan yang baik, Encik Lim mewujudkan zon penampan, mengasingkan saluran air masuk dan keluar serta membina kolam enapan dan sangkar rawatan. Bukan itu sahaja, reka bentuk kolamnya juga dibina bersesuaian untuk penuaian hasil. Ikan dituai secara berperingkat dan hasilnya dikumpulkan di dalam holding tank yang dilengkapi dengan blower.

Bagi memudahkan penyelenggaraan, ladangnya turut dilengkapi jentera pengangkut, pencuci pukat dan pam penyembur. Beliau juga membina tiga buah stor yang khusus untuk

Maklumat: Aishah Yusof Bahagian Pembangunan Akuakultur ([email protected])Suntingan: Mohd Fakhrudin Yasok Bahagian Pengurusan Maklumat Perikanan, Ibu Pejabat Perikanan Malaysia, Putrajaya

Lim Siak Hooi Penternak Ikan Jaya Tahun 2013

Page 14: Cabaran Industri Ikan Hiasan · Kejuruteraan perikanan global yang cenderung kepada tadbir urus yang baik (: ... syarat-syarat baharu penggunaannya telah ... seperti Persatuan Akuarium

14 Berita Perikanan Disember 2013

Majlis Pelancaran Pasukan Petugas Kebangsaan Rangkaian Kedamparan Mamalia Marin Malaysia oleh YH Dato’ Ahamad Sabki Bin Mahmood, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia di Pusat Penyelidikan Penyu dan Ekosistem Marin, Rantau Abang, Dungun, Terengganu.

Persidangan Tahunan Pegawai-pegawai Kanan Jabatan Perikanan Malaysia 2013 yang telah dirasmikan oleh YH Dato’ Ahamad Sabki Bin Mahmood, Ketua Pengarah, Jabatan Perikanan Malaysia di Miri, Sarawak.

3 September 2013

5 – 9 September 2013

YH Dato’ Ahamad Sabki Bin Mahmood, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia merasmikan Majlis Taklimat Dasar dan Prosedur Perolehan Vesel Laut Dalam Dari Luar Negara Untuk Syarikat Peneraju Industri Perikanan Laut Dalam di Ibu Pejabat Perikanan Malaysia, Putrajaya.

10 September 2013

Majlis Perasmian Program Penternakan Ikan Dalam Sangkar Komuniti Taman Impian Putra oleh YBhg. Dato’ Hj. Raihan Bin Sharif, Timbalan Ketua Setiausaha Perancangan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia di Taman Impian Putra, Bangi, Selangor.

12 September 2013

14 Berita Perikanan Disember 2013

Peserta Program Latihan Khas Nelayan Angkat Untuk Projek Sistem Penentuan Lokasi Penangkapan Ikan (FSI) bergambar bersama YM Raja Bidin Bin Raja Hassan, Penyelidik Kanan SEAFDEC/MFRDMD, Chendering, Kuala Terengganu semasa taklimat di Hotel Kuala Lumpur International.

17 September 2013

Page 15: Cabaran Industri Ikan Hiasan · Kejuruteraan perikanan global yang cenderung kepada tadbir urus yang baik (: ... syarat-syarat baharu penggunaannya telah ... seperti Persatuan Akuarium

Disember 2013 Berita Perikanan 15 

YB Dato’ Haji Tajuddin Bin Abdul Rahman, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia bergambar bersama Penganjur Bersama sempena Majlis Pra Pelancaran Pameran dan Persidangan Antarabangsa Industri Hiasan Akuatik Malaysia di Hotel IOI Marriott, Putrajaya.

19 September 2013

YAB Datuk Wira Ir. Hj. Idris Bin Hj. Haron, Ketua Menteri Melaka menyampaikan bantuan kepada Rakan Fish Paya Lebar sempena sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Melaka di Ayer Keroh, Melaka.

20 September 2013

Majlis Pembukaan Mesyuarat Menteri-menteri Pertanian dan Perhutanan ASEAN ke-35, Mesyuarat Menteri-menteri Pertanian dan Perhutanan ASEAN + Tiga ke-13 serta Mesyuarat Kementerian Pertanian dan Perhutanan ASEAN–India Ke-3 oleh YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Hj. Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Hotel Sheraton Imperial, Kuala Lumpur.

YBhg. Dato’ Dr. Baharom Bin Jani, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (kanan) melepaskan benih ikan pada Majlis Pelepasan Benih Ikan Ke Perairan Umum Sempena Karnival Pertanian dan Keusahawanan Parlimen Pasir Salak di Kg. Gajah, Perak.

26 September 2013

12 Oktober 2013

Disember 2013 Berita Perikanan 15 

Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman Antara Kerajaan Malaysia yang diwakili oleh YH Dato’ Ahamad Sabki Bin Mahmood, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia dan Syarikat Re Millennium Sdn. Bhd. yang diwakili oleh YBhg. Dato’ Baseri Bin Lamsah, Ketua Pegawai Eksekutif mengenai Projek EPP#6 – Projek Zon Akuakultur Integrasi bagi membangunkan kemudahan infrastruktur “Flow-Through Aquaculture System, (FAS)” di Mukim Pantai Timur, Kota Tinggi, Johor. Majlis diadakan di Ibu Pejabat Perikanan, Malaysia, Putrajaya.

20 September 2013

Page 16: Cabaran Industri Ikan Hiasan · Kejuruteraan perikanan global yang cenderung kepada tadbir urus yang baik (: ... syarat-syarat baharu penggunaannya telah ... seperti Persatuan Akuarium

16 Berita Perikanan Disember 201316 Berita Perikanan Disember 2013

YBhg. Dato’ Dr. Baharom Bin Jani, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (tengah) mengadakan lawatan kerja ke Projek Penternakan Udang Laut (EPP6-NKEA) yang diusahakan oleh LKPP Corp. Sdn. Bhd. dan Pegagau Aquaculture Sdn. Bhd. di Pulau Permatang Pauh, Pekan, Pahang.

23 Oktober 2013

YBhg. Dato’ Haji Ahamad Sabki Bin Mahmood, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia melancarkan Pelan Tindakan Kebangsaan untuk Mencegah, Menghalang dan Membanteras Penangkapan Ikan Secara Tidak Sah, Tidak Dilapor dan Dikawal (Malaysia’s NPOA IUU Fishing) sempena Majlis Perasmian 6th Coordination Committee Meeting of the Regional Plan of Action To Promote Responsible Fishing Practices Including Combating IUU Fishing in SEA Region (CC RPOA IUU FISHING) di Kota Kinabalu, Sabah.

19 November 2013

Pameran dan Persidangan Antarabangsa Industri Hiasan Akuatik Malaysia Ke-Empat (Aquafair 2013) dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Ir. Hj. Idris Bin Hj. Haron, Ketua Menteri Melaka di MITC, Ayer Keroh, Melaka.

Majlis Perasmian Tukun Tiruan Negeri Kedah 2013 Bersama Penyampaian Elaun Sara Hidup Nelayan oleh YAB Dato’ Paduka Mukhriz Bin Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah di Kuala Kedah, Kedah.

YBrs. Encik Mohamad Shaupi Bin Derahman, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan Perikanan Malaysia menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Inovasi sempena Hari Inovasi Jabatan Perikanan Malaysia 2013 yang diadakan di Kuala Perlis, Perlis.

21 November 2013

1 Disember 2013 14 Disember 2013

YAB Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Hj. Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Kebangsaan di Kuantan, Pahang.

9 November 2013

Page 17: Cabaran Industri Ikan Hiasan · Kejuruteraan perikanan global yang cenderung kepada tadbir urus yang baik (: ... syarat-syarat baharu penggunaannya telah ... seperti Persatuan Akuarium

Disember 2013 Berita Perikanan 17 

Oleh: Anis Mazidah Haji Abd Samad Pejabat Perikanan Negeri Terengganu ([email protected])

Saya telah mengikuti Kursus Akuakultur Ikan Air Tawar di Institut Penyelidikan Akuakultur #1 (RIA1), Bach Ninh, Hanoi,

Vietnam pada 15 – 28 September 2013. Kursus ini dianjurkan oleh Sekretariat Rancangan Colombo dan Kementerian Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Vietnam. Fungsi utama Institut Penyelidikan Akuakultur #1 (RIA1) yang ditubuhkan pada 1963 adalah untuk menjalankan penyelidikan saintifik dan teknologi serta melaksanakan aktiviti pengembangan dan pendidikan dalam bidang akuakultur.

Kursus ini turut dihadiri seramai 11 peserta dari pelbagai negara yang menganggotai Program Rancangan Colombo iaitu Sri Lanka, Bhutan, Thailand, Nepal, Maldives, Fij i , Bangladesh, Iran dan Brunei ( dua peserta).

Modul kursus dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu pengajaran di kelas (teori), latihan praktikal di kolam dan makmal serta lawatan ke projek-projek. Tenaga pengajar terdiri dari penyelidik-penyelidik dari RIA1 yang berkelulusan dari universiti-universiti luar negara Vietnam.

Peserta diberi pendedahan mengenai kejayaan Vietnam dalam sektor akuakultur, teknik pembenihan dan asuhan ikan air tawar seperti tilapia, patin dan kap, sistem penternakan ikan air tawar serta kaedah pengurusan ternakan dan alam sekitar. Selain teori, peserta turut menjalani latihan praktikal mengenai penyakit ikan, penyediaan makanan untuk benih ikan bagi menghasilkan tilapia monoseks, penentuan jantina dan kualiti air.

Peserta juga dibawa melawat beberapa projek akuakultur di Utara Hanoi seperti

akuakultur yang mereka laksanakan tidak menggunakan kecanggihan teknologi, sebaliknya kegigihan penduduknya yang berkerja keras telah memperkasakan bidang akuakultur, sekali gus meningkatkan ekonomi negara mereka.

Hasi l penyel idikan oleh pusat-pusat penyelidikan diturunkan kepada pengusaha untuk diguna pakai. Projek-projek yang dijalankan oleh kumpulan sasar akan sentiasa dipantau secara berterusan bagi memastikan kejayaannya. Mengikut maklumat yang diberikan, penduduk Vietnam tidak menjadikan ikan patin sebagai makanan harian mereka, sebaliknya diternak untuk tujuan eksport semata-mata. Mereka hanya menjadikan ikan kap dan beberapa spesies ikan air tawar lain sebagai hidangan harian.

Pusat Pembenihan Perikanan (kerajaan) di Thai Nguyen, aktiviti perikanan darat di Tasik Cuc Noi, Pusat Induk Akuakultur Air Tawar Kebangsaan untuk RIA1 di Hai Duong dan Projek Penternakan Ikan Air Tawar di Tu Kyd dan Nam Sach, Hai Duong.

Kursus ini telah mendedahkan peserta mengenai pendekatan yang dilaksanakan oleh Vietnam sehingga menjadi negara pengeksport ikan patin yang ketiga utama di dunia. Dari sebuah negara yang menghadapi suasana perang yang agak lama, kini muncul sebagai salah satu gergasi dunia di dalam sektor perikanan terutamanya akuakultur. Projek

Intai Pengalaman VietnamSebagai Pengeluar Akuakultur Dunia

Penulis (tiga dari kanan) bersama peserta-peserta kursus di Hanoi, Vietnam.

Sistem penternakan ikan dalam sangkar milik syarikat swasta.

Mengenal pasti jantina anak ikan.

Latihan amali memeriksa kualiti air.

Untuk perbandingan, kaedah yang diguna pakai oleh penternak Vietnam dan Malaysia dalam aktivit i pembenihan, asuhan dan penternakan tidak terlalu banyak perbezaannya. Walau bagaimanapun mereka tidak terlalu bergantung kepada subdisi atau bantuan kerajaan. Apa yang membezakan di antara Malaysia dan Vietnam adalah dari segi pelaksanaan polisi untuk sektor akuakultur dan ianya tidak begitu ditekankan dalam kursus ini.

Secara keseluruhannya kursus ini juga telah memberi ruang untuk peserta menambah pengetahuan dan berkongsi pengalaman berkaitan kaedah dan teknik yang diguna pakai oleh negara-negara lain. Ilmu yang diterima diharapkan dapat digunakan untuk menyumbang kepada pembangunan perikanan negara Malaysia. Kursus ini juga telah memberikan motivasi untuk mencontohi kejayaan masyarakat Vietnam yang berdisiplin dan gigih dalam melakukan kerja.

Page 18: Cabaran Industri Ikan Hiasan · Kejuruteraan perikanan global yang cenderung kepada tadbir urus yang baik (: ... syarat-syarat baharu penggunaannya telah ... seperti Persatuan Akuarium

18 Berita Perikanan Disember 2013

Kuala Gula dalam daerah Kerian adalah kawasan yang terletak paling utara di Hutan Simpan Paya Laut Matang. Ia

merupakan sebuah hutan simpan bakau yang mempunyai pelbagai spesies flora dan fauna termasuk ketam nipah (Scylla serrata). Faktor alam berlumpur dan berhutan paya bakau di muara sungai menjadikan Kuala Gula sebagi lokasi pembiakan ketam nipah. Jadi tidak hairanlah, ia merupakan pengeluar utama ketam nipah di daerah Kerian.

Salah seorang penternak ketam nipah di Kuala Gula ialah Encik Muhammad Nur Rafizzi Bin Razak, 23, yang menghasilkan ketam berkulit lembut. Beliau mewarisi aktiviti ini daripada ayahnya iaitu Encik Razak Bin Md Desa, seorang pesara polis. Ayahnya mula menjalankan aktiviti ini setelah mendapati banyak ketam nipah bersaiz 100 gram hingga 120 gram dibuang oleh nelayan. Semasa keluar ke laut untuk menangkap ikan di kawasan

Ketam nipah yang telah dipotong kaki.

Bakul yang diisi dengan ketam nipah dan disusun di dalam sangkar.

Ketam kulit lembut yang telah menjalani proses persalinan kulit.

hutan bakau, beliau mengamati ketam berkulit lembut dan timbul ilham untuk menternak spesies krustasea tersebut. Beliau yang juga merupakan penternak ikan di dalam sangkar, adalah pengusaha produk ketam berkulit lembut yang ulung di daerah Kerian.

Pada tahun 2010, Encik Razak telah menyerahkan kerja-kerja berkenaan kepada anaknya iaitu Encik Muhammad Nur Rafizzi. Bagi mengembangkan projek ini, Jabatan Perikanan Malaysia melalui Jabatan Perikanan Neger i Perak te lah menjadikan bel iau sebagai Usahawan Bimbingan pada tahun 2010 dengan bantuan pinjaman peralatan berjumlah RM38,000. Di samping itu, Rafizzi turut mengeluarkan modal sendiri sejumlah RM50,000 untuk meneruskan projek ini dengan bantuan tujuh orang pekerja.

Rafizzi mendapat bekalan ketam dari nelayan di kawasan Tanjung Piandang, Selinsing dan Kuala Gula. Terdapat lebih kurang 40 penangkap ketam di kawasan Kuala Gula yang menggunakan bintoh dan takul. Ketam dibeli dengan harga antara RM5 hingga RM10 sekilogram.

Beliau kini mempunyai 107 buah sangkar ketam berukuran tiga meter kali empat meter dengan luas keseluruhan 2,025 meter persegi. Ketam nipah yang beratnya antara 100 gram hingga 120 gram seekor, terlebih dahulu dipotong kesemua kakinya termasuk sepit, kecuali kaki renang sebelum diternak. Setiap sangkar dimasukkan sebanyak 500 ekor. Ketam diternak selama antara 23 hingga 27 hari sebelum dituai.

Pada hari pertama hingga hari ke-17 penternakan, ketam diberi makan pada waktu pagi dan petang. Pada hari ke-18 hingga hari ke-23, makanan dikurangkan sehingga dituai. Biasanya ketam yang dibeli dari kawasan Kuala Gula, lebih rendah kadar kematiannya berbanding dari kawasan Tanjung Piandang dan Selinsing. Masalah ini dapat diatasi dengan mengangkat sarang ketam dari sangkar pada waktu malam dan dimasukan semula pada waktu siang.

“Dahulu, saya penternak ikan siakap, kerapu dan jenahak, tetapi sekarang semua sangkar dipenuhi dengan ketam nipah kerana usaha ini kurang menimbulkan masalah pemasaran dan penyakit berbanding menternak ikan”, katanya.

Beliau berkata, pengedar dan pemborong yang berminat untuk membel i produk keluarannya boleh menghubungi syarikatnya seperti berikut:-

Fizzi Syukur Enterprise,Pelantar Nelayan Kuala Gula,Kuala Kurau, Perak.

Tel: 017-5457362 / 017-5467450 / 012-5240450.

YBrs. Tn. Hj. Ismail Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Jabatan Perikanan Malaysia melawat projek penternakan ketam kulit lembut Encik Rafizzi.

Oleh: Aziz Adinan Pejabat Perikanan Daerah Kerian, Perak ([email protected])

PerternakanKetam BerkulitLembut

Page 19: Cabaran Industri Ikan Hiasan · Kejuruteraan perikanan global yang cenderung kepada tadbir urus yang baik (: ... syarat-syarat baharu penggunaannya telah ... seperti Persatuan Akuarium

Disember 2013 Berita Perikanan 19 

Pesara Tentera Berjaya Ternak Keli

Oleh: Hj. Abd. Ghani Abd. Karim Pejabat Perikanan Daerah Seberang Perai Pulau Pinang ([email protected])Mampu mengeluarkan purata sebanyak lima tan metrik ikan keli sebulan.

Tiga belas tahun lalu, Encik Omar Harun, 53, merupakan seorang tentera dalam Angkatan Tentera Laut Diraja Malaysia

(TLDM). Namun minatnya yang mendalam dalam bidang penternakan ikan, membuatkan beliau mengambil keputusan untuk bersara secara pilihan. Pada tahun 1994, beliau mengikuti Kursus Penternakan Ikan Air Tawar di Pusat Pengembangan Akuakultur (PPA) Jitra, Kedah.

Bermodalkan wang sebanyak RM50,000, beliau telah membeli sebidang tanah seluas dua ekar di Bumbung Lima, Seberang Prai Utara, Pulau Pinang untuk menternak ikan keli di dalam dua buah kolam tanah. Beliau menggunakan makanan rumusan sebagai makanan ternakannya.

Pada per ingka t awa l , te rnakannya menghadapi masalah tumbesaran yang perlahan kerana benih yang kurang bermutu dan membawa kepada kerugian. Jabatan Perikanan membantunya untuk mendapatkan bekalan benih yang bermutu daripada pembekal yang boleh diyakini di samping mengeluarkan sendiri benih ikan keli untuk keperluannya.

Beliau juga mengikuti kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia dan institusi-institusi lain. Kini Encik Omar memiliki 10 buah kolam yang mengeluarkan purata lima tan metrik ikan keli yang memberikan pendapatan bersih

antara RM3,000 hingga RM5,000 sebulan. Encik Omar dibantu oleh beberapa orang pekerja untuk menguruskan kolam-kolam dan menghantar ikan keli ke restoran di sekitar kawasannya.

Beliau yang menjadi ahli Persatuan Penternak Akuakultur Negeri Pulau Pinang (PENKUA), telah dianugerahkan Usahawan Ikan Air Tawar Jaya sempena sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Pulau Pinang baru-baru ini.Encik Omar Harun.

Kolam penternakan ikan keli milik Encik Omar di kawasan seluas dua ekar.

mengusahakannya secara berkelompok. Mereka menggunakan kaedah rawai yang diikatkan pada tong sebagai pelampung, sementara talinya dilabuhkan ke dasar perairan bertujuan memerangkap benih liar untuk diternak. Anak benih akan melekat pada tali dan akan mengambil masa selama enam hingga lapan bulan sebelum boleh dituai. Projek yang bermula pada Januari 2013 dengan menggunakan sejumlah 14,000 tali perangkap benih itu, kini berjaya mengeluarkan 43.96 tan metrik kupang bernilai RM48,267.00.

Projek ini telah menarik perhatian Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Jabatan Perikanan Malaysia iaitu YBrs. Tn. Hj. Ismail Abu Hassan, yang mengadakan lawatan rasmi. Katanya, walaupun baru menceburi bidang itu, namun kerana minat serta kesungguhan, mereka mampu mengeluarkan hasil lumayan dengan purata pendapatan tidak kurang dari RM1,000 sebulan.

Antara pengusaha yang terlibat ialah Encik Nah Bachik, 58, yang merupakan Tok Batin dan bekerja sebagai nelayan. Sementara itu Encik Lel Jaton, 65, pula berharap supaya Jabatan Perikanan akan terus membantu bagi meningkatkan pendapatan mereka.

Penternakan Kupang Tingkat Pendapatan Orang Asli Johor

Johor kini muncul sebagai pengeluar kupang (Perna viridis) utama di Malaysia. Pada tahun 2010, negeri ini menghasilkan

sebanyak 10,407.70 tan metrik atau 98.8% daripada keseluruhan pengeluaran kupang negara. Negeri ini mempunyai seramai 187 orang penternak kupang yang mengusahakan penternakan di kawasan seluas 251,284 meter persegi. Dari jumlah itu, seluas 241,725 meter persegi terletak di Sungai Danga hingga ke Teluk Kabung, Pasir Gudang dan seluas 9,559 meter persegi lagi terletak di muara Sungai Johor.

Perairan Selat Tebrau sesuai untuk penternakan kupang kerana terdapat banyak benih kupang dan makanan semula jadi. Kesesuaian Selat Tebrau ini untuk penternakan kupang telah dimanfaatkan oleh seramai 52 masyarakat orang Asli dari Kampung Kuala Masai, Johor yang telah

Tok Batin Orang Asli, Encik Nah Bachik.

Encik Lel Jaton berharap Jabatan Perikanan akan terus membantu.

Oleh: Mohamed Semail Pejabat Perikanan Negeri Pahang ([email protected])

Tn. Hj. Ismail teruja dengan kupang segar.

Page 20: Cabaran Industri Ikan Hiasan · Kejuruteraan perikanan global yang cenderung kepada tadbir urus yang baik (: ... syarat-syarat baharu penggunaannya telah ... seperti Persatuan Akuarium

20 Berita Perikanan Disember 2013

Kota Kinabalu, Sabah: Selain terkenal sebagai destinasi pelancongan yang popular di dunia, Sabah juga terkenal dengan produk-produk hasil lautnya yang segar dan murah. Jika anda ke Bandaraya Kota Kinabalu, sila pastikan anda mencuba keenakan ikan bakar di pinggir laut yang dikenali sebagai Pasar Malam Filipina. Pasar ini akan mula aktif pada pukul 5 petang hingga pukul 11.00 malam.

Salah seorang pengusaha ikan bakar iaitu Kinilda Abraham, 27, berkata, gerainya menyajikan ikan bakar dari spesies ikan putih, jenahak, bayan dan tongkol selain udang kara, ketam dan sotong. Ikan putih dijual dengan harga antara RM10 hingga RM30 seekor. Udang kara RM30 seekor, ketam RM10 seekor dan sotong RM15 secucuk. Sheila Ajal

YBrs. Tuan Haji Ismail Bin Abu Hassan bersama nelayan pukat tunda yang menyokong penguatkuasaan penggunaan keroncong pukat bersaiz 38mm.

Kinilda Abraham

Enak, Segar dan BerpatutanOleh: Mohd Fakhrudin Yasok, Ibu Pejabat Perikanan Malaysia, Putrajaya, & Jurufoto: Aidi Sapri, Jabatan Perikanan Sabah, Kota Kinabalu

“Bekalan ikan segar tidak menjadi masalah kerana ia diperoleh dari Pasar Besar yang terletak berhampiran”.

“Pelanggan yang kebanyakannya pelancong dari luar Sabah akan memesan ikan bersama nasi dan ulam-ulaman serta minuman”.

“Kami mampu meraih hasil jualan sebanyak RM500 sehari bergantung kepada musim”, katanya.

Dia menyewa tiga lot gerai dengan bayaran hanya RM660 sebulan.

Seorang lagi peniaga iaitu Sheila Ajal, 22, pula mampu memperoleh jualan sebanyak RM500 sehari.

“Jika cuti sekolah, saya mampu memperoleh RM1,000 sehari”, katanya.

Klang, Selangor: Penggunaan saiz mata keroncong pukat tunda kepada 38 milimeter (mm) telah menjadi isu hangat sejak ia dikuatkuasakan pada 1 November lalu. Pelbagai provokasi dilakukan oleh nelayan bot pukat tunda yang mahu pihak kerajaan membatalkan peraturan ini dengan alasan akan menyekat rezeki mereka.

Nelayan pukat tunda telah mengadakan demonstrasi di hadapan Parlimen untuk mendesak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani membatalkan peraturan berkenaan. Di Tumpat, Kelantan, lebih 200 nelayan Kawasan Tumpat mengadakan perhimpunan aman di

Nelayan Selangor SokongPukat Keroncong 38mmMohd Fazlan Abdul Ghani Pejabat Perikanan Negeri Selangor ([email protected])

Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Geting untuk tujuan yang sama. Lebih 400 pengusaha bot tunda kawasan tersebut yang masih menggunakan pukat lama, tidak turun ke laut kerana khuatir

dengan mencegah penangkapan ikan yang bersaiz kecil.

Jadi, bagi memperjelaskan perkara ini kepada para nelayan, Jabatan Perikanan Negeri Selangor telah mengadakan Program Interaksi Dengan Pengusaha Bot Pukat Tunda pada 11 November 2013 di Pejabat Perikanan Daerah Klang yang telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Ismail Bin Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Jabatan Perikanan Malaysia.

Program berkenaan telah membuka mata kebanyakan nelayan pukat tunda dan mereka telah menukar mata keroncong pukat kepada yang bersaiz 38mm. Program seperti ini akan diteruskan supaya objektif sebenar dapat difahami iaitu memberi peluang kepada generasi akan datang untuk menyambung legasi mereka.

ditahan pihak penguat kuasa. Kepada mereka yang tidak memahami tujuan

sebenar kerajaan, akan beranggapan bahawa pihak kerajaan telah menganiayai golongan nelayan. Sedangkan pelaksanaannya adalah untuk memulihara sumber perikanan negara

Page 21: Cabaran Industri Ikan Hiasan · Kejuruteraan perikanan global yang cenderung kepada tadbir urus yang baik (: ... syarat-syarat baharu penggunaannya telah ... seperti Persatuan Akuarium

Disember 2013 Berita Perikanan 21 

dialog, akhirnya mereka akur dengan kewujudan sistem ini yang kini menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara. Pelancong dikenakan bayaran sebanyak RM5.00 untuk melawat kawasan dan tambahan RM5.00 untuk mandi dan bermain dengan ikan.

Pelancong amat teruja dengan kejinakan ikan-ikan yang seberat antara 400 gram hingga dua kilogram seekor yang boleh disentuh dan dibelai. Gelagat ikan-ikan ini memberi suatu pengalaman baharu yang sukar dilupakan.

Oleh: Mohamed Semail Pejabat Perikanan Negeri Pahang ([email protected])

Oleh: Josepth Charles Pejabat Perikanan Laut Sarawak ([email protected])

Perkataan “Tagal” yang berasal dari bahasa suku Dusun membawa maksud “mencegah”. Dalam aspek pengurusan

sumber perikanan, ia bermaksud ikan yang berada dalam sungai di kawasan tertentu dicegah atau dilarang ditangkap. Ini merujuk kepada kejayaan Jawatankuasa Tagal Sungai Moroli, Luanti, Ranau, Sabah yang bukan hanya berjaya mewujudkan satu kaedah pemuliharaan sumber perikanan sungai paling efisien, malah ia kini muncul sebagai destinasi pelancong yang popular.

Menurut Setiausaha Tagal Sungai Moroli, Puan Anastasia Majangki, 44, Jawatankuasa Tagal yang ditubuhkan pada 12 Oktober 2002 itu telah memenangi anugerah “The Sabah Environmental Awards” pada tahun 2005 dan “Malaysia River Care Award” pada tahun 2006.

Tagal ini meliputi sepanjang tiga kilometer Sungai Moroli dan terdapat lebih 20 spesies ikan antaranya ikan lampan, serawi, kelah,

ikan. Zon kuning adalah kawasan menangkap ikan, tetapi lebih kepada rekreasi iaitu tangkap dan lepas. Manakala Zon Hijau merupakan zon bebas menangkap ikan. Namun, untuk mengekalkan sumber ikan, komuniti tempatan akan dimaklumkan dan mereka boleh keluar menangkap ikan bersama keluarga pada tarikh-tarikh tertentu yang telah ditetapkan.

Mengikut Mahkamah Anak Negeri, jika sesiapa yang ditangkap kerana menangkap ikan di kawasan larangan, dan jika disabitkan kesalahan mereka boleh didenda sebanyak RM2,500 bagi setiap ekor ikan yang ditangkap.

Katanya, tagal berpotensi meningkatkan pendapatan masyarakat tempatan. Pakej menarik disediakan untuk pelancong dan yang paling mendapat sambutan ialah sukan memancing, mandi bersama ikan dan juga spa ikan. Mereka akan dikenakan bayaran minimum yang akan digunakan untuk perbelanjaan mengurus, membersih kawasan dan juga menyediakan kemudahan prasarana seperti chalet dan restoran.

Tagal Sungai Moroli, Luanti, ini telah menarik minat rombongan lawatan kerja dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia iaitu Encik Amran Alias, Encik Mhd. Adnan Md. Yazid; Datuk Zamimi Awang dan Encik Che Leman Hamzah.

(Dari kiri) Datuk Zamimi Awang, Mhd. Adnan Md. Yazid, Che Leman Hamzah dan Encik Amran Alias bersama ikan kelah yang jinak dan makan di tangan.

Puan Anastasia, Setiausaha Tagal Sungai Meroli, Luanti, Ranau, Sabah.

Tn. Hj. Sani Mat Isa, Pengarah Perikanan Negeri Perak, menyampaikan cendera hati kepada Encik Jefrin, Pengerusi Jawatankuasa Sistem Tagal Sungai Moroli.

Terdapat 20 spesies ikan di Tagal Sungai Moroli.

Sistem Tagal Sungai Kiulu di Tamparuli dan Sungai Moroli di Kampung Luanti Baru, Ranau, Sabah adalah dua sistem

tagal yang paling berjaya di Sabah dan terkenal bukan sahaja di Malaysia bahkan di luar negara. Kejayaan sistem tagal ini telah mendapat perhatian daripada pegawai-pegawai dari Jabatan Perikanan Malaysia yang diketuai oleh Tn. Hj. Azlisha, Pengarah Perikanan Laut Sarawak dan Tn. Hj. Sani Mohd Isa, Pengarah Perikanan Negeri Perak yang membuat lawatan pada 28 Jun 2013 bersama rombongan seramai 50 orang.

Tinjau Tagal Pengalaman Yang Menakjubkan

Tagal Pulih Sumber Ikan, Tingkat Pendapatan

Sungai Moroli di Kampung Luanti Baru terletak 20 kilometer dari Pekan Ranau. Rombongan bertolak dari Kota Kinabalu pada jam 7.30 pagi dengan menggunakan dua bas ekspres dan mengambil masa selama satu jam sebelum tiba di Sg. Kiulu, Tamparuli. Rombongan singgah selama 30 minit untuk melihat sistem tagal di situ.

Per ja lanan d i te ruskan ke Kampung Luanti Baru dan tiba lima jam kemudiannya. Kedatangan rombongan disambut oleh Pengerusi Jawatankuasa Sistem Tagal Sungai Moroli, Encik Jefrin Majangki@Md. Mazli yang memberi taklimat ringkas mengenai sistem tagal berkenaan.

Encik Jefrin Majangki berkata, semasa sistem ini mula diperkenalkan, ia mendapat bantahan daripada penduduk kampung yang mendakwa sistem ini menghalang kebebasan mereka untuk mandi-manda, membasuh kain dan aktiviti-aktiviti lain. Namun, setelah mengadakan ceramah dan

sembilang dan keli. Ia dibahagikan kepada tiga zon utama iaitu merah, kuning dan hijau. Zon merah bermaksud kawasan larangan menangkap

Page 22: Cabaran Industri Ikan Hiasan · Kejuruteraan perikanan global yang cenderung kepada tadbir urus yang baik (: ... syarat-syarat baharu penggunaannya telah ... seperti Persatuan Akuarium

22 Berita Perikanan Disember 2013

96 Usahawan, 40 Jabatan Sertai HPPN MelakaOleh: Mohd. Azam Jusoh Pejabat Perikanan Negeri Melaka ([email protected])

YAB Datuk Wira Ir. Hj. Idris Hj. Haron, Ketua Menteri Melaka menyampaikan sagu hati kepada nelayan.

Seramai 111 orang nelayan dari Kg. Hailam, Balik Bukit dan Lereh menerima bayaran sagu hati.

YAB Datuk Wira Ir. Hj. Idris Haron, Ketua Menteri Melaka bersama YBrs. Tn. Hj. Ismail Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Jabatan Perikanan Malaysia (kanan) melawat gerai pameran Jabatan Perikanan.

YAB Ketua Menteri menyampaikan cek Bantuan Elaun Sara Hidup Nelayan Negeri Melaka 2013.

Oleh: Mohd. Azam Jusoh Pejabat Perikanan Negeri Melaka ([email protected])

Ayer Keroh, Melaka: Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Melaka (HPPNNM) telah dirasmikan oleh YAB Datuk Wira Ir. Hj. Idris Bin Hj. Haron, Ketua Menteri Melaka pada 20 September 2013 di MITC, Ayer Keroh. Hadir sama YB Datuk Hasan Bin Abdul Rahman, Exco Pertanian dan Pembangunan Usahawan; YBrs. Tn. Hj. Ismail Bin Abu Hassan, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Jabatan Perikanan Malaysia; Exco-exco Kerajaan Negeri dan pengarah-pengarah negeri di bawah portfolio

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Melaka.

Pameran yang berlangsung pada 20-23 September 2013 itu telah disertai oleh 96 orang usahawan dan 40 jabatan dan agensi. Jabatan Perikanan turut mengadakan pameran yang berkaitan penyu karah, ikan arowana dan peralatan keselamatan nelayan serta demonstrasi pemprosesan makanan rumusan. Bagi menarik lebih ramai pengunjung ke pameran, Jabatan Perikanan menganjurkan Pertandingan Kuiz

Tg. Kling, Melaka: Kerajaan amat prihatin terhadap nelayan-nelayan tradisional yang menghadapi masalah kawasan penangkapan ikan yang semakin sempit akibat pelbagai projek pembangunan yang sedang dilaksanakan berhampiran Zon A (lima batu nautika dari pantai) di Melaka. Justeru, mereka (sama ada yang berlesen atau tidak), telah menerima bayaran sagu hati yang berjumlah tidak kurang dari RM2.792 juta sejak tahun 2007. Jumlah ini hanya untuk bayaran pampasan akibat kehilangan punca pendapatan sahaja dan tidak termasuk kerugian akibat kerosakan dan kehilangan bot dan peralatan menangkap ikan serta bencana alam.

Walau bagaimanapun, setelah sekian lama membantu komuniti nelayan yang berlesen dan tidak berlesen, pihak Kerajaan Negeri Melaka telah memutuskan hanya nelayan yang berlesen dan berdaftar dengan Jabatan Perikanan sahaja layak dipertimbangkan bayaran sagu hati. Keputusan ini diambil adalah kerana nelayan yang berlesen menjalankan aktiviti

melalui radio Melaka FM dan Pertandingan Karaoke.

Pada majlis perasmian, YAB Ketua Menteri telah menyampaikan Anugerah Usahawan Penternak Ikan Air Tawar Jaya yang telah dimenangi oleh Encik Nor Azlan Salim dari Kg. Ulu Sg. Buluh, Alor Gajah yang menjalankan penternakan ikan keli dan patin. Manakala Encik Chong Seng Heong menerima Anugerah Usahawan Penternak Ikan Air Payau Jaya yang menternak udang putih di Kg. Tedong, Merlimau. Kategori Nelayan Jaya dimenangi oleh Encik Ali bin Maan dan Persatuan Nelayan Jaya dimenangi oleh Persatuan Nelayan Melaka Barat.

YAB Ketua Menteri turut menyampaikan bantuan Program Touch Point kepada 60 orang nelayan dan 10 orang peserta Rakan Fish Paya Lebar dalam bentuk tong berinsulasi, jaket keselamatan dan first aid kit.

Hanya Yang Berlesen Terima Pampasan

menangkap ikan secara sah mengikut Akta Perikanan 1985 serta mereka mudah dipantau dan dapat dikawal dari segi undang-undang. Selain itu, mereka juga menyumbang hasil kepada kerajaan negeri.

Sehubungan itu, satu majlis telah diadakan untuk menyerahkan bayaran sagu hati kepada seramai 111 orang nelayan dari Kg. Hailam, Balik Bukit dan Lereh dalam daerah Melaka Tengah kerana terjejas pendapatan akibat aktiviti penambakan laut. YAB Datuk Wira Ir. Hj. Idris bin Hj. Haron, Ketua Menteri Melaka telah menyampaikan sagu hati tersebut kepada nelayan yang dibahagikan kepada dua katogeri iaitu pemilik bot yang berlesen dan awak-awak

yang berdaftar. Pemilik bot yang berlesen mendapat RM500 setiap orang, manakala awak-awak yang berdaftar mendapat RM300 setiap orang. Untuk tujuan ini, Kerajaan Negeri Melaka telah meluluskan peruntukan sebanyak RM47,900.

Menurut Ketua Komuniti Perikanan, Encik Mustapah bin Japar, bayaran tersebut berbaloi bagi mengimbangi pendapatan nelayan-nelayan yang terjejas. Walaupun pangkalan mereka tidak terlibat secara langsung, namun lokasi penangkapan ikan telah menjadi sempit akibat aktiviti projek penambakan laut, pembinaan jeti dan pemasangan paip dasar laut oleh Petronas.

22 Berita Perikanan December 2013

Page 23: Cabaran Industri Ikan Hiasan · Kejuruteraan perikanan global yang cenderung kepada tadbir urus yang baik (: ... syarat-syarat baharu penggunaannya telah ... seperti Persatuan Akuarium

Disember 2013 Berita Perikanan 23 

Tanggungjawab Industri (MeSTI)

Skim Persijilan Makanan Selamat

Peseta Kursus Penyediaan Manual

Jaminan Keselamatan Makanan.

YAB Datuk Seri Diraja Dr. Zambry yang diiringi Tn Hj. Sani Bin Mohd Isa, Pengarah Perikanan Perak melawat gerai pameran Jabatan Perikanan.

Oleh: Mohd Johanis Sabirin Yahaya Pusat Pengembangan Teknologi Produk Perikanan, Lenggong, Perak ([email protected])

Oleh: Mohd Johanis Sabirin Yahaya Pusat Pengembangan Teknologi Produk Perikanan, Lenggong, Perak ([email protected])

Lenggong, Perak: Di kala para usahawan produk makanan berlumba-lumba mengejar keuntungan, kadangkala mereka alpa bagi memastikan produk yang dihasilkan selamat untuk pengguna. Justeru, Pusat Pengembangan Teknologi Produk Perikanan Lenggong (PPTPPL) mengambil inisiatif untuk mengubah minda dan sikap pengusaha supaya lebih peka terhadap aspek kualiti dan jaminan keselamatan makanan. Ini adalah kerana bermula pada tahun 2014,

Kursus disampaikan oleh Pegawai Teknologi Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Perak iaitu Puan Salizawati di mana peserta kursus dititikberatkan mengenai prosedur kerja dan pengurusan rekod. Antara contoh sistem jaminan keselamatan makanan yang telah dipraktikan di Malaysia dan di luar negara ialah Skim Pensijilan HACCP, GMP dan HCP. Walau bagaimanapun, syarat-syarat untuk memperoleh skim-skim persijilan ini adalah terlalu ketat dan memerlukan kos yang tinggi kerana usahawan terpaksa membuat pengubahsuaian premis. Contohnya, usahawan perlu membayar sebanyak RM4,000 bagi memperoleh persijilan GMP bagi tempoh setahun, sedangkan untuk Skim Pensijilan MeSTI, ia adalah percuma dan tempoh sah laku adalah tiga tahun.

‘Peraturan Kebersihan Makanan 2009’ akan dikuatkuasakan, di mana denda minimum RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun bakal dikenakan kepada pengendali makanan yang ingkar.

S e h u b u n g a n i t u , P P T P P L d e n g a n ker jasama Jaba tan Kes iha tan Neger i Perak telah berjaya mengadakan ‘Kursus Penyediaan Manual Jaminan Keselamatan Makanan’ bagi memberi kefahaman yang je las kepada usahawan. Kursus yang diadakan pada 20 Ogos 2013 ini telah diserta i seramai 15 pengeluar produk makanan. Setelah tamat kursus ini premis pemprosesan mereka akan diaudit sebelum dianugerahkan Skim Persiji lan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI).

Sungai Siput, Perak: Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Perak (Agrofest) telah diadakan di Ladang Infoternak, Sg. Siput dan telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Bin Abdul Kadir, Menteri Besar Perak. Program yang bermula dari 28

Perak Agrofest Promosi Teknologi Pertanian Moden

September hingga 1 Oktober 2013 ini diadakan bertujuan untuk mempamer dan mempromosikan teknologi terkini ke arah pertanian moden.

Jabatan Perikanan Perak turut menjalankan pelbagai aktiviti termasuklah Pertandingan Ikan Betta dan fish scooping serta demonstrasi penghasilan produk makanan

ikan pekasam, mi ikan, keropok perisa dan piza tilapia yang dikendalikan oleh Pusat Pengembangan Teknologi Produk Perikanan Lenggong (PPTPPL).

YAB Datuk Seri Diraja Dr. Zambry yang diiringi Tn Hj. Sani Bin Mohd Isa, Pengarah Perikanan Perak turut melawat gerai Jabatan Perikanan dan meluangkan sedikit masa untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang Pertandingan Ikan Betta.

Beliau turut menyampaikan anugerah kepada petani, penternak dan nelayan yang telah berjaya dalam bidang masing-masing.

December 2013 Berita Perikanan 23 

YAB Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bersama pemenang-pemenang anugerah dalam bidang pertanian.

Page 24: Cabaran Industri Ikan Hiasan · Kejuruteraan perikanan global yang cenderung kepada tadbir urus yang baik (: ... syarat-syarat baharu penggunaannya telah ... seperti Persatuan Akuarium

24 Berita Perikanan Disember 2013

Demonstrasi memproses pekasam.Aspek pembungkusan dan pemasaran perlu diberi penekanan.

Lenggong, Perak: Dalam era pemodenan kini, makanan tradisional seperti ikan pekasam semakin terpinggir di kalangan masyarakat. Mereka lebih menggemari makanan segera yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat antarabangsa. Mungkinkah kerana kurangnya promosi terhadap makanan tradisional ini serta aspek pelabelan dan keselamatan makanan yang tidak diberi penekanan menyebabkan namanya tenggelam ditelan zaman?

Sehubungan itu, Pusat Pengembangan Teknologi Produk Perikanan Lenggong (PPTPPL) telah menyediakan Kursus Persijilan Halal dan MeSTi (Makanan Selamat Tanggungjawab Industri), Indeks Kesegaran Ikan, Pemprosesan Ikan Air Tawar dan Pengendali Makanan untuk memberi pengetahuan dan menimbulkan

Oleh: Mohd Hardy Jelany Rosli ([email protected]), Mohd Khairul Khairunnasat & Wan Nurul Shuhada Wan Ibrahim ([email protected]) Pejabat Perikanan Negeri Perak

Peserta menghasilkan produk keropok yang diadakan di Bagan Serai, Perak.

Piza tilapia antara produk demonstrasi yang diajar kepada para peserta.

Pekasam Tom Yam yang berjaya diinovasikan oleh Pusat PPTPP Lenggong.

Pekasam Kari

Lenggong, Perak: Pekasam tom yam, pekasam kari dan piza tilapia adalah antara produk yang berjaya dicipta dan diinovasikan oleh Jabatan Perikanan Negeri Perak melalui Cawangan Pemprosesan dan Pengendalian Ikan selaras dengan fungsinya membangun produk berasaskan ikan. Produk-produk yang dihasilkan ini telah dibuat promosi dan teknologi pemprosesannya telah diperturunkan kepada kumpulan sasar dan orang ramai. Usaha ini dapat membuka minda mereka mengenai produk-produk berasaskan ikan, sekali gus dapat menjana pendapatan.

Sehubungan itu, dalam usaha membangunkan modal insan di kalangan kumpulan sasar, beberapa siri program Demonstrasi Pemprosesan Produk Perikanan telah dijalankan di beberapa daerah di negeri Perak. Sehingga bulan Oktober 2013, Jabatan Perikanan Negeri Perak dengan kerjasama Pusat Pengembangan Perikanan Manjung dan Pusat Pengembangan Teknologi Produk Perikanan

Lenggong, telah menjalankan enam siri program demonstrasi yang melibatkan daerah Kerian, Taiping, Kuala Kangsar, Lenggong, Grik dan Kampar.

Program ini telah mendapat sambutan yang agak memberangsangkan daripada golongan sasar terutamanya golongan wanita yang mewakili ketua isi rumah masing-masing. Para peserta telah diberi tunjuk ajar mengenai penghasilan produk inovasi seperti pekasam tom yam, pekasam kari dan piza tilapia. Sudah semestinya mereka teruja dengan produk-produk baharu yang belum ada di pasaran lagi. Sehinggakan,

ada diantara peserta menyatakan komitmen untuk menjalankan perniagaan setelah mengikuti demonstrasi tersebut.

Secara keseluruhannya, impak yang dapat dilihat daripada pelaksanaan program ini adalah wujudnya jalinan kerjasama antara Jabatan Perikanan dan golongan sasar di samping turut meningkatkan ekonomi keluarga peserta. Pihak Jabatan Perikanan juga berharap program ini akan dapat terus diadakan dari semasa ke semasa dengan pengenalan produk inovasi yang lain.

Mengantarabangsakan Produk PekasamOleh: Mohd Johanis Sabirin Yahaya Pusat Pengembangan Teknologi Produk Perikanan, Lenggong, Perak ([email protected])

Yang Betul di daerah Kuala Kangsar, Batang Padang, Kuala Kurau, Taiping dan Teluk Intan. Program ini telah mendapat sambutan yang baik terutamanya daripada kaum ibu. Mereka diajar cara-cara memproses ikan pekasam dengan menggunakan teknik yang betul bermula dari penyediaan bahan-bahan sehinggalah ke pasaran dengan menekankan aspek kebersihan, kualiti, pembungkusan dan pelabelan.

Asasnya, program sepert i in i per lu dilaksanakan secara berterusan agar generasi akan datang dapat menikmati pekasam dalam bentuk yang menarik, mudah disediakan, berkuait i dan selamat dimakan dengan berpegang kepada slogan “Alang-alang mengusaha pekasam, biar sampai ke peringkat antarabangsa”.

kesedaran di kalangan usahawan betapa pentingnya menjaga kualiti produk.

Rata-rata masyarakat menyedari kurangnya penekanan diberi terhadap kebersihan ketika memproses ikan pekasam bermula dari penerimaan bahan mentah sehinggalah ke pemasaran produk. Kini, PPTPPL telah berjaya memainkan peranan dengan mengubah persepsi dan minda masyarakat dengan memastikan pengusaha pekasam memperoleh Sijil Halal dan MeSTi yang memberi jaminan bahawa produk yag dihasilkan adalah bersih, berkualiti dan selamat dimakan.

Sehubungan itu, PPTPPL dengan kerjasama Unit Pengembangan, Jabatan Perikanan Negeri Perak telah berjaya menjalankan program Demonstrasi Cara Memproses Pekasam

Salah satu jenama pekasam yang popular di Perak.

Para peserta menumpukan perhatian melihat demonstrasi yang diadakan di Dewan Orang Ramai Kg. Tanah Merah, Kuala Kangsar.

Dari Warisan Asli Ke Produk Inovasi

24 Berita Perikanan December 2013

Page 25: Cabaran Industri Ikan Hiasan · Kejuruteraan perikanan global yang cenderung kepada tadbir urus yang baik (: ... syarat-syarat baharu penggunaannya telah ... seperti Persatuan Akuarium

Disember 2013 Berita Perikanan 25 

Oleh: Mariam Marip Pejabat Perikanan Negeri Terengganu ([email protected])

Oleh: Mohd Shubli Md Saad Pejabat Perikanan Negeri Sembilan ([email protected])

Syarikat Gagnar Corporation Sdn. Bhd. dari Malaysia telah mengorak langkah dengan mempelopori penternakan

ikan menggunakan sistem Sangkar Separa Tenggelam (SST) di Pulau Bidong, Kuala Terengganu dengan sokongan Jabatan Perikanan Malaysia. Sistem sangkar yang mampu diapung dan ditenggelamkan ini direka khas untuk bertahan di persekitaran laut yang bergelora.

Teknologi sangkar moden yang mengguna pakai teknologi Sweden ini terbukti mampu bertahan di persekitaran lautan yang bergelora di kawasan pulau tersebut. Selain dari konsep sangkar yang anti karat, sangkar yang berbentuk heksagon ini mampu menampung jumlah ikan sehingga 100 tan metrik setiap sangkar.

Terdapat tiga buah sangkar SST ditempatkan di perairan Pulau Bidong. Setiap buah sangkar berkeluasan permukaan 1,372.5 meter persegi,

kedalaman sangkar ialah 18 meter dan isipadu ialah 24,705 meter padu setiap buah.

Sebagai permulaan, dua spesies ikan iaitu kerapu harimau dan kerapu hibrid telah diternak sebagai percubaan bagi mengkaji sesesuaian di dalam sangkar berkenaan di persekitaran Pulau Bidong pada tahun 2012. Hasil daripada percubaan selama lapan bulan, spesies tersebut didapati sesuai diternak di persekitaraan pulau berkenaan.

Secara umumnya, projek ini terbahagi kepada

Rembau, Negeri Sembilan: Majlis Pelancaran Rakan Fish, Penyampaian Dividen Azam Tani, Pelepasan Benih Ikan dan Jamuan Hari Raya Bersama Nelayan dan Penternak telah diadakan di Pangkalan Sungai Timun, Rembau pada 22 Ogos 2013. Sempena majlis berkenaan, YBrs. Encik Ruzaidi bin Mamat, Pengarah Perikanan Negeri Sembilan telah menyampaikan taklimat kepada Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Sembilan, YB

dua peringkat utama iaitu peringkat mengasuh benih kerapu di dalam sangkar HDPE sehingga mencapai saiz 100 gram/ekor. Anak ikan seterusnya dipindahkan ke dalam SST untuk diternak sehingga mencapai purata saiz satu kilogram hingga 1.5 kilogram/ekor dan akan dituai setelah mencapai saiz pasaran.

Secara keseluruhannya, projek ini dijangka memberikan hasil yang lebih tinggi dan mampu untuk lebih bertahan kepada persekitaran khususnya terhadap angin monsun.

Dua spesies ikan iaitu kerapu harimau dan kerapu hibrid diternak sebagai percubaan.

Sangkar HDPE yang digunakan untuk asuhan benih ikan.

Pemberian dividen kepada peserta Azam Tani.

Sangkar Separa Tenggelam (SST) di Pulau Bidong, Terengganu.

Sistem Sangkar Separa Tenggelam di Pulau Bidong

Kumpulan Sasar Pangkalan Sg. TimunDapat Perhatian Pemimpin

kit pertolongan cemas dan bendera Rakan Fish untuk digunakan semasa pemantauan.

Seramai 11 orang peserta Azam Tani Daerah Rembau turut menerima dividen bagi projek tanaman jagung secara berkelompok. Bagi meningkatkan produktiviti dan pemuliharaan sungai, sebanyak 10 ribu ekor benih ikan lampam telah dilepaskan ke Sungai Timun. Selain itu, pengunjung turut berpeluang melihat demonstrasi membuat ikan pekasam oleh kakitangan Pusat Pengembangan Perikanan Manjung, Perak.

Dato’ Haji Hasim bin Rusdi. Majlis turut dihadiri oleh YB Dato’ Awaluddin bin Said, ADUN Kota merangkap Speaker DUN Negeri Sembilan; ketua-ketua jabatan, para nelayan dan penternak serta penduduk kampung.

Rakan Fish ditubuhkan di Pangkalan Sungai Timun bertujuan untuk membendung aktiviti menuba di sekitar Sungai Timun yang terkenal dengan aktiviti memancing udang

galah dan menikmati keindahan serangga kelip-kelip pada waktu malam. Lokasi ini kini menjadi tumpuan pelancong terutama dari Taiwan, Korea dan Jepun. Anggota Rakan Fish yang dilantik dibekalkan peralatan seperti GPS, kamera, lampu suluh, vest,

Pelepasan benih ikan Lampam di Sg. Timun.

YB Dato’ Haji Hasim bin Rusdi menyerahkan peralatan dan vest kepada anggota Rakan Fish.

Page 26: Cabaran Industri Ikan Hiasan · Kejuruteraan perikanan global yang cenderung kepada tadbir urus yang baik (: ... syarat-syarat baharu penggunaannya telah ... seperti Persatuan Akuarium

26 Berita Perikanan Disember 2013

laut. Mereka juga akan memberi maklumat kepada JPM sekiranya terdapat aktiviti-aktiviti yang menyalahi Akta Perikanan. Di samping itu, Pusat Pemantauan ini juga menjadi penghubung antara

Oleh: Maidatul Suhana Mohd Bahagian Pengembangan Perikanan Ibu Pejabat Perikanan, Putrajaya ([email protected])

Oleh: Jai Ganesh A/L Raja Gopal Pejabat Perikanan Negeri Kedah ([email protected])

Putrajaya: Seramai 1,627 nelayan darat menerima agihan peruntukan hampir RM15 juta menerusi Projek Baik Pulih Perumahan Nelayan Darat (PPND) di seluruh negara dalam usaha meningkatkan taraf hidup mereka. Projek berkenaan telah mula dijalankan pada tahun 2012 di mana Bahagian Pengembangan Perikanan telah diberi tanggungjawab untuk melaksanakannya. Setiap nelayan yang layak diperuntukkan sebanyak RM10,000 (maksimum) untuk tujuan pembaikan rumah mereka.

Negeri Perak menerima bantuan tertinggi dengan 659 nelayan membabitkan kos RM5,736,842.40. Manakala negeri Selangor menerima bantuan terendah dengan 11 nelayan melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM91,994.20.

Salah seorang penerima iaitu Puan Che Ramlan bin Mat yang merupakan seorang nelayan darat dari Dungun, Terengganu berkata, dia sangat berpuas hati dan bersyukur dengan bantuan yang telah diterima melalui program ini. Beliau juga berharap dengan bantuan ini, taraf hidup keluarganya dapat ditingkatkan.

Daerah Yan terkenal sebagai daerah pelancongan di negeri Kedah kerana terdapat pusat-pusat peranginan dan

lokasi untuk aktiviti memancing. Daerah ini yang bersempadankan laut, turut popular dengan pendaratan hasil lautnya. Kebanyakan nelayan-nelayan di kawasan Yan, adalah nelayan tradisional dan terlibat dalam perikanan rekreasi atau “sport fishing” sebagai pendapatan sampingan.

Walau bagaimanapun, perairan Yan yang kaya dengan sumber perikanan, sering menjadi sasaran pencerobohan oleh nelayan-nelayan yang mengusahakan peralatan pukat rawa sorong, pukat tunda dan sebagainya. Pencerobohon bot-bot pukat jerut ke kawasan di mana

Negeri Jumlah PermohonanKos Yang Telah

Diluluskan (RM)

Perlis 28 273,000.00

Kedah 63 615,457.00

P.Pinang 75 666,000.00

Perak 659 5,736,842.40

Selangor 11 91,994.20

Johor 169 1,457,749.00

Pahang 314 3,140,000.00

Terengganu 174 1,688,300.00

Kelantan 134 1,313,900.00

Jumlah 1,627 14,983,242.60

Jumlah permohonan yang telah diluluskan mengikut negeri seperti berikut:-

Ketua Cawangan Teknologi Perikanan dan Komuniti Nelayan membuat pemantauan membaik pulih rumah Che Ramlan.

Pusat Pemantauan Perikanan Kuala Sungai Udang, Yan, Kedah.

terdapat pengoperasian peralatan tuas juga agak membimbangkan para nelayan kerana merosakkan peralatan berkenaan, sekali gus menjejaskan sumber pendapatan mereka.

Bagi mengatasi masalah ini, Jabatan Perikanan Malaysia (JPM) telah membina sebuah Pusat Pemantauan Perikanan di Kuala Sungai Udang untuk mengawal aktiviti penangkapan ikan secara haram. Pusat ini juga berfungsi sebagai tempat untuk nelayan-nelayan membuat aduan tentang masalah-masalah yang mereka hadapi di

Pusat Pemantauan Perikanan Daerah Yan Cegah Pencerobohan

Rm15 Juta Untuk Projek Membaik Pulih Rumah Nelayan Darat

26 Berita Perikanan December 2013

JPM dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam melakukan aktiviti-aktiviti pemantauan di laut secara bersama.

Dengan ini, usaha JPM untuk menjadikan perairan Yan sebagai kawasan “pencerobohan sifar” akan dapat direalisasikan. Justeru, kerjasama daripada semua pihak terutama para nelayan tradisional dan komersial diperlukan bagi memastikan sumber perikanan tidak diterokai sewenang-wenangnya bagi manfaat bersama dalam jangka masa panjang.

Page 27: Cabaran Industri Ikan Hiasan · Kejuruteraan perikanan global yang cenderung kepada tadbir urus yang baik (: ... syarat-syarat baharu penggunaannya telah ... seperti Persatuan Akuarium

Disember 2013 Berita Perikanan 27 

TEKA SILANG KATA

Nama: .................................................................................................................................

No. K/P: ................................................. No. Telefon: .......................................................

Jawapan Teka Silang KataBP September 2013

BORANG PENYERTAAN TEKA SILANG KATA (BP DISEMBER 2013)

Mendatar:1. Rampasan kuasa untuk memerintah secara

ganas dan tidak sah. 4. Jawatan (pekerjaan) kosong: Tahun hadapan

akan terbuka banyak ___________ kerja di jabatan itu.

8. Diterima atau dikabulkan (apa-apa yang dipinta). 9. “Universiti” di Indonesia.10. Nama sungai yang utama di pakistan. 11. Suku kaum Orang Asli.12. Sedikit wang atau upah yang diberikan

seseorang sebagai menghargai khidmatnya. 14. Kata-kata atau perintah Allah.18. Buluh atau bambu. Seperti _____ dengan

tebing. 19. Bersifat duniawi dan tidak berkaitan dengan

keagamaan. 21. Nama saintifik ketam nipah ialah Scylla

__________.22. Salah sebuah santuari ikan yang wujud

di Selangor iaitu Santuari Ikan Sungai ___________.

24. Nama seorang nabi yang ada kaitan dengan pengorbanan anak lelakinya.

27. Menyertakan sesuatu (kertas, surat dll.) bersama yang lain.

28. Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban.29. Jika disebut dua kali ia bermakna makanan

ringan seperti minuman kopi dan kuih-muih yang dimakan sekadar mengalas perut dalam sesuatu majlis.

30. Sebuah gua yang popular di Sarawak.

Menegak:1. Keadaan sesuatu benda; buruk baik sesuatu;

mutu.2. Budu inovasi baharu yang dihasilkan dalam

bentuk serbuk.3. Dapat masuk ke dalam lubang dsb; tiada hal

yang tersembunyi.4. Anak serangga yang masih dalam bentuk ulat.

5. Kegemukan yang disebabkan terdapatnya lemak yang berlebihan.

6. Hydrilla verticillata ialah sejenis tumbuhan ________.

7. Kejujuran: Pengarah yang ber_______ pasti akan mempertahankan nama baik mereka daripada sebarang bentuk penyelewengan.

12. Beruntung: Ia berasa ber______ kerana mempunyai anak yang bijak.

13. Jabatan Perikanan Malaysia telah berjaya menghasilkan benih ikan Jade ________.

14. Belangkas adalah antara _________ hidup tertua di dunia.

15. ______ Fish ditubuhkan untuk menjadi “mata dan telinga” kepada Jabatan Perikanan Malaysia.

16. Kaum: Penduduk _______ sesebuah negara.

17. Anak nabi Ibrahim.20. Terdapat sebuah tempat yang banyak menjual

ikan pekasam di Alor Setar, Kedah iaitu Pekan _______.

22. Ikan Aruan Tasik juga dikenali sebagai Ikan ________ dalam Bahasa Inggeris.

23. Agama rasmi di Malaysia.25. Sudah kukuh, stabil dan mantap; tidak berubah-

ubah dan sudah diterima umum. 26. Susut; menjadi kurang (kerana diambil dsb.).

December 2013 Berita Perikanan 27 

Page 28: Cabaran Industri Ikan Hiasan · Kejuruteraan perikanan global yang cenderung kepada tadbir urus yang baik (: ... syarat-syarat baharu penggunaannya telah ... seperti Persatuan Akuarium

28 Berita Perikanan Disember 2013

Piza Tilapia Pekasam Tom Yam Lenggong

Pekasam Kari Lenggong

Bahan-bahan:

1 kg. Ikan air tawar 250 gram Garam 500 gram Beras goreng50 gram Daun kari50 gram Serbuk kari ikan50 gram Asam keping / gelugur50 gram Halba campur10 gram Jintan manis

Cara membuat:1. Ikan disiang, dibersih dan ditoskan. Masukkan ikan ke

dalam bekas pemeraman dan diperam bersama garam selama dua minggu.

2. Selepas dua minggu, keluarkan ikan dari bekas pemeraman. Kemudian bersih dan toskan ikan.

3. Gaulkan beras goreng bersama serbuk kari dan asam keping. Lumurkan ikan dan peram selama tiga hari.

4. Selepas tiga hari, masukkan halba campur, daun kari dan jintan manis dan gaul bersama ikan.

5. Ikan pekasam boleh dimasak atau boleh dipasarkan dengan membungkusnya di dalam plastik bersama sedikit daun kari.

Jabatan Perikanan Malaysia(Department of Fisheries Malaysia)

Aras 1-6, Blok 4G2, Wisma Tani, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62628 PUTRAJAYA.Tel: 03 - 8870 4000 No. Faksmili: 03 - 8889 2498 Laman Web: http://www.dof.gov.my E-mel: [email protected]

Resipi Pilihan

Selamat Mencuba!!!Resipi disediakan oleh:

Pejabat Perikanan Negeri PerakTingkat 8, Kompleks Islam Darul RidzuanJalan Panglima Bukit Gantang Wahab30628 Ipoh, PerakTel: 05-2554061, 2554062 Faks: 05-2542148

Bahan-bahan:

Bahan A:11 gram Yis segera (mauri pan)2 sudu besar Gula 260 ml Air suam / air rebusan ikan / ayam /

udang

Bahan B:500 gram Tepung gandum50 gram Susu tepung1 sudu besar Garam60 gram Mentega1 sudu teh Oregano1 sudu besar Bread improver

Bahan-bahan sos topping:1 sudu Mentega1 cawan Sos cili thai2 sudu besar Sos tomato1 sudu besar Sos cili1 sudu besar Serbuk bawang putih1 sudu teh Serbuk perasa

Bahan-bahan toping:Filet ikan tilapia yang dipotong bentuk kiubKeju parmesan Kiub nanasCendawan butangLada benggala (hijau dan merah)

Cara menyediakan doh piza: 1. Bancuh Bahan A dan biarkan selama 10 - 15 minit.2. Gaul Bahan B di dalam bekas yang berasingan

sehingga sebati. 3. Campurkan Bahan A ke dalam adunan Bahan B

sehingga menjadi doh.4. Adunan direhatkan selama 15 minit.5. Bentukkan adunan menjadi leper dan letakkan di

dalam bekas piza. Letakkan bahan-bahan toping bersama sos di atasnya dan bakar di dalam ketuhar pada suhu 170 – 180oC selama 20 minit.

6. Sedia untuk dihidangkan.

Cara menyediakan sos dan toping piza:1. Panaskan kuali dan masukkan mentega, sos cili thai,

sos tomato, sos cili, serbuk bawang putih dan serbuk perasa. Masak sos sehingga pekat.

2. Taburkan bahan-bahan toping ke atas doh piza dan curahkan sos ke atasnya.

Bahan-bahan:

1 kg. Ikan air tawar 500 gram Beras goreng250 gram Garam100 gram Bawang putih100 gram Gula merah 50 gram Serbuk cili 50 gram Cili padi Serai Cili merah Halia Asam keping Daun limau purut Lengkuas

Cara membuat:1. Ikan disiang, dibersih dan ditoskan. Masukkan

ikan ke dalam bekas pemeraman dan diperam bersama garam selama dua minggu.

2. Keluarkan ikan dari bekas pemeraman, bersih dan toskan ikan. Sementara itu didihkan sedikit air dan masukkan serai, bawang putih, halia dan lengkuas.

3. Masukkan gula merah, asam keping dan serbuk cili ke dalam air rebusan.

4. Campurkan beras goreng ke dalam air rebusan yang telah sejuk dan gaulkan bersama ikan. Ikan diperam lagi selama tujuh hari.

5. Selepas tujuh hari, ikan boleh dimasak atau boleh dipasarkan dengan membungkusnya di dalam plastik pembungkus bersama sedikit daun limau purut dan serai.

OK! Tuan-tuan! Bagi menjaga sumber perikanan, mulai hari ini kita memancing tangkap dan lepas?

Nak kena si Mat ni!Kita potong si Mat ni buat umpan!!Sesiapa ada tali untuk ikat si Mat ni!!!