burung unta

3
Burung Unta merupakan burung terbesar yang masih hidup. Dengan ketinggian sehingga 2.5 meter (8 kaki), ia cukup besar untuk seseorang dewasa berbadan kecil menunggang mereka dan telah digunakan disesebahagian Afrika Utara dan Arab sebagai tunggangan lumba. Burung ini tidak boleh terbang dan termasuk dalam kumpulan primitif yang kurang dikenali, iaitu ratit (Palaeognaths ). Nama sainsnya Struthio camelus. Burung Unta berasal dari savana dan separa-gurun Afrika di utara dan selatan zon hutan khatulistiwa . Spesies yang terdapat di Timur Tengah , yakni S. c. syriacus, telah pun pupus. Burung Unta dipelihara sebagai sumber daging di kawasan sejuk seperti Sweden . Rasan dagingnya seperti daging tak berlemak. Menurut kepercayaan rakyat, burung Unta terkenal kerana menyembunyikan kepala mereka di dalam tanah apabila sahaja berhadapan dengan bahaya. Tabiat ini tidak pernah direkod atau dilihat, walaupun burung Unta diketahui merendahkan kepala dan leher mereka ke tanah untuk melindungkan diri apabila pemangsa ada berhampiran. Apabila diancam, burung Unta mampu menyebabkan kecederaan yang serius dengan tendangan dari kaki mereka yang kuat itu. Ahli lain kumpulan Palaeognaths termasuk burung Rea , burung Emu , burung Kasuari serta burung terbesar diketahui tetapi sekarang terpupus, burung Aepyornis . Burung Unta adalah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah . Bulu pelepah mereka tidak berfungsi sebagai kerajang udara, tetapi pernah popular sebagai hiasan topi wanita dan sebagainya. Paruhnya tidak bergigi. Burung Unta mempunyai leher yang panjang dan mampu memecut sehingga 65 kilometer sejam (40 batu sejam). Burung Unta terkenal dengan sarang masyarakat, di mana beberapa ekor burung betina akan bertelur dalam satu sarang, untuk diramkan oleh betina alpha

Upload: janjiada

Post on 02-Sep-2015

232 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

kajian haiwan

TRANSCRIPT

Burung Unta merupakan burung terbesar yang masih hidup. Dengan ketinggian sehingga 2.5 meter (8 kaki), ia cukup besar untuk seseorang dewasa berbadan kecil menunggang mereka dan telah digunakan disesebahagian Afrika Utara dan Arab sebagai tunggangan lumba. Burung ini tidak boleh terbang dan termasuk dalam kumpulan primitif yang kurang dikenali, iaitu ratit (Palaeognaths). Nama sainsnya Struthio camelus.

Burung Unta berasal dari savana dan separa-gurun Afrika di utara dan selatan zon hutan khatulistiwa. Spesies yang terdapat di Timur Tengah, yakni S. c. syriacus, telah pun pupus. Burung Unta dipelihara sebagai sumber daging di kawasan sejuk seperti Sweden. Rasan dagingnya seperti daging tak berlemak.

Menurut kepercayaan rakyat, burung Unta terkenal kerana menyembunyikan kepala mereka di dalam tanah apabila sahaja berhadapan dengan bahaya. Tabiat ini tidak pernah direkod atau dilihat, walaupun burung Unta diketahui merendahkan kepala dan leher mereka ke tanah untuk melindungkan diri apabila pemangsa ada berhampiran. Apabila diancam, burung Unta mampu menyebabkan kecederaan yang serius dengan tendangan dari kaki mereka yang kuat itu.

Ahli lain kumpulan Palaeognaths termasuk burung Rea, burung Emu, burung Kasuari serta burung terbesar diketahui tetapi sekarang terpupus, burung Aepyornis. Burung Unta adalah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Bulu pelepah mereka tidak berfungsi sebagai kerajang udara, tetapi pernah popular sebagai hiasan topi wanita dan sebagainya. Paruhnya tidak bergigi.

Burung Unta mempunyai leher yang panjang dan mampu memecut sehingga 65 kilometer sejam (40 batu sejam). Burung Unta terkenal dengan sarang masyarakat, di mana beberapa ekor burung betina akan bertelur dalam satu sarang, untuk diramkan oleh betina alpha pada waktu siang dan jantan pada waktu malam. Telur burung Unta adalah telur terbesar.Burung unta biasanya suka memakan biji-bijian, rumput-rampai, buah-buahan dan bunga-bungaan; mereka juga memakan serangga seperti locust. Mempunyai gigi yang sikit dan lemah, juga ada yang langsung tidak ada gigi, mereka kebanyakkan menelan makanan mereka bersama batu kerikil yang berfungsi sebagai gastrolith untuk menggiling makanan di rempela. Burung unta dewasa membawa bersama kira-kira 1 kilogram (2.2lb) batu kerikil kecil kedalam perut mereka. Apabila mereka makan, mereka akan mengisi kerongkong mereka dengan makanan, dimana bolus yang mengandungi campuran makanan dan kerikil kecil akan ditolak masuk melalui esofagus dan seterusnya ke perut (rempela) untuk dicerna. Besar bolus makanan ialah sebanyak 210ml (7.1USfloz). Rempela boleh memuatkan kira-kira 1,300g (46oz). Burung unta boleh bertahan tanpa meminum air untuk beberapa hari, dengan menggunakan cecair metabolik tubuh dan kelembapan ketika menghadam tumbuhan sebagai sumber pendapatan air badan, namun mereka juga sangat menyukai air dan acap kali bermandi jika air ada disekeliling mereka.

Burung unta boleh bertoleransi dan mudah menyesuaikan diri dengan perubahan cuaca dan suhu yang tinggi dan ekstrem. Di habitat semulajadi mereka, julat perbezaan suhu antara waktu siang dan malam sangat ekstrem. Waktu siang sangat panas sehingga 40 C dan malam boleh mencecah suhu sehingga -10 C. Mekanisme kawalan suhu ada secara semulajadi pada tubuh burung, dimana burung unta menggunakan kepaknya untuk menutup tubuhnya yang tidak berbulu ketika sejuk atau melebarkan kepaknya pada waktu panas bagi membebaskan haba.

Populasi Burug unta liar didunia telah menurun secara drastik sejak 200 tahun kebelakangan ini. kedapatan burung unta hanya banyak dilihat jika melawat di taman burung atau zoo; walaubagaimanapun, jumlah burung unta tetap dalam bahaya jika tren penurunan populasi burung unta terus menurun dari hari ke hari. Menurut IUCN, status konservasi haiwan ini dalam kategori Kurang Perhatian, dengan kira-kira julat populasi haiwan ini 12,000,000km2 (4,600,000btpersegi).