burma.docx

Upload: jeshwary-kumar

Post on 03-Jun-2018

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 burma.docx

    1/28

    Di Burma pula, British telah tertarik dengan kesuburan tanahnya selain kekayaan hasil

    hutan Burma seperti kayu jati dan perlombongan batu permata. Selain itu, Burma juga

    memiliki kualiti beras yang berkualiti tinggi selain pokok kapas yang diperlukan untuk

    membuat tekstil. British sangat meminati kayu jati Burma yang sangat diperlukan dalam

    industri pembuatan kapal kerana jenis kayunya yang berkualiti tinggi.

    Di negara-negara Indochina pula, negara-negara tersebut merupakan negara yang

    berasaskan pertanian, perikanan dan perhutanan berbanding negara-negara Selat

    Melaka yang mengamalkan tradisi ekonomi maritim. Walaubagaimanapun, negara ini

    juga kaya dengan bahan-bahan perlombongan seperti antimoni, emas dan bijih besi.

    * Kata kunci kekayaan bahan mentah di Asia Tenggara: TM - Bijih timah, emas, hasil

    hutan dll. Indonesia - bijih timah, lada hitam, rempah, cengkih dll. Burma - kayu jati,

    kapas, beras, permata, dll. Filipina - perak, batu arang, batu kapur. Indo-China - emas,

    bijih besi, antimoni dll.

    Faktor 3: Revolusi Perindustrian

    Pada akhir abad ke 18 dan awal abad ke 19, telah berlakunya satu revolusi dalam

    bidang ekonomi di Britain yang telah menggantikan ekonomi berasaskan tenaga buruh

    kepada ekonomi berasaskan mesin terutamanya dalam bidang pertanian dan

    pembuatan. Revolusi ini kemudiannya telah merebak ke seluruh Eropah.

    Menurut John A Schey (2009) dalam bukunya Pengenalan Proses Pembuatan,

    revolusi perindustrian semuanya dilihat bermula dengan penciptaan enjin wap oleh

    James Watt. Hal ini telah banyak merubah sektor perindustrian yang menggantikan

    kuasa fizikal manusia kepada kuasa mekanik mesin. Penerimaan mesin kuasa wap

    oleh kaum pemodal disebabkan kosnya yang lebih murah berbanding tenaga buruh

    yang memerlukan bayaran gaji tetap setiap bulan.

    Semenjak itu, revolusi perindustrian telah menyaksikan banyak penciptaan teknologi

    baru seperti teknologi pengetinan, teknologi pembuatan kereta dan pelbagai teknologi

    lainnya.

  • 8/12/2019 burma.docx

    2/28

    Masalah yang dihadapi Eropah pada ketika itu adalah, mereka telah mempunyai

    teknologi tetapi mengalami masalah untuk melaksanakan teknologi tersebut disebabkan

    ketiadaan bahan-bahan mentah yang diperlukan oleh mereka.

    Teknologi pengetinan misalnya memerlukan penggunaan timah, manakala teknologi

    pembuatan kereta memerlukan bijih besi dan getah untuk dibuat tayar. Selain itu, getah

    sangat diperlukan untuk industri seperti dalam pembinaan rel kereta api bagi dijadikan

    pelapik di antara dua rel, pembuatan sarung tangan, but getah dan lainlain.

    Oleh itu, para penjajah Eropah melihat perlunya mereka untuk menduduki Asia

    Tenggara bagi mengeksploitasi bahan-bahan mentah seperti bijih timah dan getah.

    Menurut Nicholas Tarling (2001), British pada mulanya menjalankan perdagangan

    dengan negeri-negeri Melayu seperti Perak dengan membeli bekalan bijih timah

    daripada mereka.

    Walaubagaimanapun, British mula bertindak untuk campurtangan di Perak bagi

    memonopoli negeri Perak yang kaya dengan bijih timah. Melalui Perjanjian Pangkor

    1874 menyebabkan Perak menerima sistem Residen British yang berkuasa dalam

    ekonomi termasuk dalam perlombongan bijih timah. Malah, berdasarkan perjanjian

    tersebut British telah menduduki daerah Dindings (Manjung) yang kaya dengan bijih

    timah.

    Seterusnya, eksperimen penanaman getah di Singapura dan Tanah Melayu pada 1886

    oleh Sir H.N Ridley telah membuahkan hasil, seterusnya menyebabkan penanaman

    getah menjadi tanaman komersil terpenting bukan sahaja di Tanah Melayu tetapi ke

    seluruh Asia Tenggara. Kejayaan ini adalah kerana keadaan iklim di Asia Tenggara

    yang sama dengan tempat berasalnya getah iaitu Brazil.

    Di Indonesia, Belanda telah mula menanam getah yang memberi keuntungan yanglebih tinggi untuk tanaman eksport berbanding tanaman lada hitam dan tebu.

    Perkara sama turut dilaksanakan oleh penjajah Perancis di Indochina dan Sepanyol di

    Filipina. Di Burma, British turut membawa masuk tanaman getah untuk ditanam di sana

    dalam bentuk perladangan dan kebun kecil. Boleh dikatakan hampir kesemua negara di

  • 8/12/2019 burma.docx

    3/28

    Asia Tenggara mula menanam getah sebagai tanaman komersil yang menguntung

    menjadikan kawasan tersebut sebagai kawasan pengeluar getah terbesar di dunia yang

    didominasi Tanah Melayu, Indonesia dan Siam.

    Selain melihat Asia Tenggara sebagai pusat untuk mendapatkan bahan mentah, para

    penjajah juga melihat Asia Tenggara sebagai pasaran yang baik untuk mengeksport

    barangan yang telah dikeluarkan oleh mereka ke negara-negara di Asia Tenggara. Hal

    ini kerana, negara-negara seperti Indonesia dan Indo-China sebagai sebuah

    Persekutaan yang besar mempunyai jumlah penduduk yang sangat ramai.

    Faktor 4: Kemajuan Pengangkutan dan Perhubungan di Barat

    Pada abad ke 16, pelayaran bangsa Eropah ke Timur telah mula dirintis oleh

    kebanyakan negara terutamanya Sepanyol dan Portugis. Vasco da Gama dengan

    sokongan Putera Emmanuel telah berjaya menemui Goa di India setelah berlayar dari

    Portugal melalui jalan ke Tanjung Harapan di Afrika Selatan.

    Selepas penemuan jalan ke laut ke Timur tersebut, bangsa Eropah telah

    berlumbalumba ke Timur yang telah memecahkan monopoli perdagangan kerajaan

    Islam di darat.

    Pada zaman imperialisme Barat, perkembangan revolusi perindustrian telah

    memajukan sistem pengangkutan untuk ke Timur. Sekiranya sebelum ini perjalanan ke

    Timur banyak dibantu oleh penggunaan kapal layar yang memerlukan penggunaan kain

    layar untuk menggerakkan kapal mengikut arah pergerakan angin, penciptaan kapal

    wap pertama yang mampu berlayar oleh British pada 1807 berinspirasikan ciptaan enjin

    wap oleh James Watt telah mencipta satu lagi teknologi dalam pelayaran moden.

    Usaha untuk membina kapal yang digerakkan oleh enjin telah lama dilakukan di Eropah

    oleh negara seperti Sepanyol, Perancis dan lain-lain dalam usaha berlumba untuk

    memajukan teknologi masing-masing. Walaubagaimanapun, British akhirnya menjadi

    negara pertama yang berjaya merealisasikan penciptaan kapal wap tersebut.

  • 8/12/2019 burma.docx

    4/28

  • 8/12/2019 burma.docx

    5/28

    Pembukaan Terusan Suez pula dilihat seiring dengan kewujudan kapal wap berjaya

    memudahkan pergerakan ke Timur. Hal ini kerana penggunaan kapal layar di terusan

    tersebut adalah tidak sesuai kerana halaju angin yang agak kuat di kawasan tersebut.

    Sebagai menjamin keselamatan terusan tersebut, akhirnya Convention Constantinople

    ditandatangani bagi menjadikan terusan tersebut sebagai sebuah zon berkecuali yang

    membenarkan kesemua kapal dari negara Eropah untuk lalu di kawasan tersebut.

    Faktor 5: Tugas Menyebarkan Tamadun

    Bangsa Eropah menganggap bangsa mereka sebagai sebuah bangsa bertamadun

    tinggi manakala bangsa-bangsa lain di dunia sebagai tidak bertamadun. Ketamadunan

    Eropah dilihat berasaskan teknologi moden dalam pelbagai bidang, ilmu pengetahuan

    dan keagamaan.

    Mereka menganggap tugas ini sebagai whites man burden iaitu menjadi

    tanggungjawab dan beban kepada orang putih untuk menyebarkan tamadun ke Asia

    Tenggara. Sebenarnya, beban ini adalah bermakna kuasa Eropah cuba untuk

    mewujudkan satu order baru di dunia yang mengikut segala telunjuk dan acuannya

    dalam bidang politik, sosial dan ekonomi.

    Perkara ini banyak dilihat dengan pengenalan dasar-dasar dan birokrasi Barat di

    negara-negara yang didudukinya. Menurut K.Gilbert dan L.Dorothy (1978) sebagai

    contoh, apabila Perancis bertindak menduduki Indochina, mereka mendakwa mereka

    bertanggungjawab menyebarkan perutusan tamadun ke Indochina. Oleh itu, dasar-

    dasar Perancis telah diserap masuk ke dalam sistem pentadbiran Indochina secara

    asimilasi.

    Selain itu, tanggungjawab menyebarkan tamadun ini juga adalah salah satu proses

    kristianisasi ke atas para penduduk asal di negara yang dijajah. Misalnya di Filipina,Sepanyol telah berjaya mengkristiankan penduduk tempatan di negara tersebut kecuali

    di bahagian Moro dan Mindanao yang kekal dengan Islam kerana pengaruh Islam yang

    kuat telah berjaya diwujudkan oleh para pemerintah Kesultanan Sulu.

  • 8/12/2019 burma.docx

    6/28

    Di Vietnam, Perancis telah giat membawa masuk mubaligh-mubaligh Kristian ke

    Vietnam sehinggakan Maharaja Minh Mang di Vietnam menguatkuasakan

    undangundang melarang kemasukan mubaligh Kristian Peranchis kerana merosakkan

    kebudayaan tempatan pada tahun 1825.

    Walaubagaimanapun, British dan Belanda tidak berusaha untuk mengkristiankan

    penduduk tempatan secara langsung kerana perjanjian di antara British dan Raja-raja

    Melayu untuk menyerahkan hal ehwal agama dan budaya kepada penguasaan Sultan

    di Tanah Melayu manakala Belanda di Indonesia pula lebih berminat dalam soal

    perdagangan semata-mata.

    Faktor 6: Persaingan Antara Kuasa-kuasa Barat

    Perancis dan Inggeris mempunyai sejarah persengketaan yang panjang. Malah,

    Perancis dan Inggeris pernah terlibat dalam Perang Seratus Tahun yang berlaku dalam

    abad ke 14 hingga abad ke 15. Kemudian, dalam era Napoleon, berlaku pula perang

    200 tahun antara Kesatuan British dan Perancis. Oleh kerana Perancis dan British

    dilihat sama kuat dan maju, pertembungan mereka di Timur bermula apabila kedua-

    duanya berminat untuk menguasai India.

    Semenjak itu, kuasa-kuasa besar Eropah berusaha untuk terlebih dahulu kawasan yang

    dirasakan mereka berpotensi dan kaya dengan hasil bumi sebelum dirampas oleh

    pesaing mereka di Eropah.

    Menurut Andaya (1982), dalam keadaan pegawai British di Pulau Pinang dan

    Singapura menganggap Siam sebagai satu ancaman kepada mereka, di London para

    pembuat dasar bimbang mengenai kemungkinan perluasan kuasa oleh negara Eropah

    lain, terutamanya Perancis, masuk ke kepulauan tersebut.

    Sebagai respons terhadap perkara tersebut, satu perjanjian di antara British dan

    Belanda yang dikenali sebagai Anglo-Dutch Treaty 1824 telah ditandatangani untuk

    membahagikan kawasan pengaruh mereka kepada dua bahagian supaya tidak berlaku

    pertikaian ke atas dua kawasan yang sama dalam proses perluasan kuasa. Untuk itu,

  • 8/12/2019 burma.docx

    7/28

    Belanda telah mendapat bahagian Kepulauan Indonesia manakala British akan

    mengambilalih Tanah Melayu.

    Sebelum daripada itu, semasa era Perang Napoleon (1803-1815) yang disertai oleh

    Perikatan British-Austria-Russia dan kerajaan-kerajaan lain menentang Perikatan

    Napoleon Perancis telah menyebabkan Belanda yang menyertai Perikatan British

    diserang dan diduduki oleh tentera Napoleon.

    Kerajaan Belanda yang terpaksa berlindung di Istana Kew England telah

    menandatangani Surat-surat Kew di mana Belanda bersetuju untuk menyerahkan

    wilayah jajahan mereka kepada British secara sementara dan British perlulah

    mengembalikannya semula kepada Belanda apabila perperangan Napoleon tamat.

    Belanda terpaksa membuat perjanjian sedemikian kerana bimbang kuasa-kuasa lain

    bertindak menguasai Indonesia tanpa mereka mampu untuk menghalangnya.

    Di Filipina, walaupun Sepanyol telah mula menduduki negara kepulauan itu sejak 1521,

    Belanda juga dilihat berminat untuk menguasai kawasan Kepulauan Filipina. Perebutan

    ini telah menyebabkan satu perang Sepanyol-Belanda berlaku pada 1646 yang dikenali

    sebagai Perang La Naval de Manila.

    Belanda dalam perang tersebut telah berlayar dari Indonesia ke Filipina dengan lapan

    belas buah kapal perang lengkap bersenjata berat, manakala tentera-tentera mereka

    telah dibahagikan kepada tiga skuadron.

    Perang yang berlaku di perairan Manila itu walaubagaimanapun gagal untuk dimenangi

    oleh Belanda setelah berlaku kekalahan teruk Belanda ke atas Sepanyol. Belanda yang

    tewas teruk dalam perperangan tersebut telah melupakan hasrat untuk menguasai

    Filipina.

    Selain kuasa Eropah, Amerika Syarikat juga berminat untuk menguasai kawasan Asia

    Tenggara. Amerika Syarikat misalnya, tercari-cari sebuah pengkalan di Asia Tenggara.

    Oleh itu, mereka telah menyatakan hasrat kepada Sultan Terengganu untuk membuka

    sebuah pengkalan di Pulau Redang.

  • 8/12/2019 burma.docx

    8/28

    Selain itu kuasa lain yang pernah berminat untuk bertapak di Asia Tenggara adalah

    Rusia yang berminat menguasai Ujong Salang di Indonesia manakala German pula

    berminat menguasai Pulau Langkawi di Kedah. Kesemua mereka walaubagaimanapun

    telah melupakan hasrat tersebut apabila British secara agresif mula menguasai

    keseluruhan Tanah Melayu dan Belanda pula menguasai seluruh Kepulauan Indonesia.

    Pun begitu, hasrat Amerika Syarikat untuk bertapak di Asia Tenggara tercapai apabila

    mereka berjaya mengalahkan Sepanyol di Filipina pada 1899 dalam Perang Sepanyol-

    Amerika dalam siri-siri Amerika menguasai beberapa jajahan Sepanyol seperti di Cuba,

    Puerto Rico,Guam dan Filipina. Perang yang pada mulanya adalah berdasarkan

    revolusi rakyat Filipina mengusir Sepanyol telah diambil kesempatan oleh Amerika

    Syarikat.

    Dasar-dasar Barat di Asia Tenggara

    1. Pengenalan Birokrasi Barat

    Bagi menguasai sesebuah negara, sesuatu kuasa itu perlu menguasai pemerintahan

    negara tersebut samada secara langsung mahupun tidak langsung. Di Indonesia,

    Filipina, Burma, sebahagian Tanah Melayu dan sebahagian Indochina, penguasaan

    penuh kuasa asing telah masuk ke negara tersebut manakala di sebahagian kawasan

    di Tanah Melayu dan wilayah Annam,Tongking,Kampuchea dan Laos menerima sistem

    Residen di mana pentadbiran asing dibuat secara tidak langsung (indirect) tetapi pada

    hakikatnya pemerintah tempatan dipaksa untuk mengikut telunjuk mereka.

    Di Tanah Melayu misalnya, sistem birokrasi Barat telah diperkenalkan oleh British

    dengan pengenalan kepada sistem pemerintahan berpusat.

    Menurut L.Y Fong (2005), pemerintahan berpusat mula diperkenalkan oleh British ke

    atas tiga buah negeri di Tanah Melayu iaitu Pulau Pinang, Melaka dan Singapura

    digabungkan di bawah sebuah unit politik yang dikenali sebagai Negeri-negeri Selat

    (Straits Sattlements). Bagi melicinkan pentadbiran negeri-negeri tersebut, Seorang

    gabenor dilantik dan ianya tertakluk kepada arahan-arahan dari Kerajaan India.

  • 8/12/2019 burma.docx

    9/28

    Kemudiannya, British telah menguasai keseluruhan Tanah Melayu dan menubuhkan

    Sistem Residen di Negeri-negeri Melayu Bersekutu meliputi Selangor, Negeri Sembilan,

    Perak dan Pahang manakala Sistem Penasihat diwujudkan di Negeri-negeri Tidak

    Bersekutu seperti Johor,Kelantan,Kedah,Perlis dan Terengganu.

    Selain itu, British ketika menduduki Burma pula telah melaksanakan sistem birokrasi

    Barat dengan melantik Pesuruhjaya Tinggi British menjadi pemerintah tertinggi di

    Burma.

    Seterusnya, di peringkat tempatan, sistem pentadbiran tempatan diambil alih oleh Myo-

    ok (pegawai bandaran) dan sistem undang-undang Barat diperkenalkan. Pada zaman

    British di Burma, Pengaruh golongan agama merosot berikutan fungsi raja sebagai

    penaung sami Buddha telah diambil alih oleh undang-undang Barat. Seterusnya,bagi

    melicinkan pentadbiran, beberapa jenis jabatan seperti jabatan perhutanan, jabatan

    kesihatan dan jabatan kesihatan telah ditubuhkan.

    Di Indonesia pula, menurut David J.Steinberg et al (1971), pemerintah Belanda perlu

    memastikan bahawa sistem pemerintahan yang dilaksanakan perlu mengambil kira

    jarak di antara wilayah di negara kepulauan tersebut, selain keterlibatan masyarakat

    tempatan dalam sistem politik yang diwujudkan.

    Oleh itu satu sistem pemerintahan berpusat telah diperkenalkan oleh Belanda dengan

    menjadikan Batavia (Betawi, kini Jakarta) sebagai pusat pemerintahan mereka.

    Pemerintahan di peringkat pusat diketuai oleh seorang Gabenor Jeneral dengan

    dibantu oleh Dewan Sektariat Hindia Belanda.

    Selain itu, Belanda juga telah mewujudkan beberapa buah jabatan bagi melicinkan

    pentadbiran pusat seperti Jabatan Pertanian dan Jabatan Pelajaran. Di peringkat

    wilayah pula, sistem pentadbiran tempatan diwujudkan dengan ditadbir oleh pembesartempatan tetapi diawasi oleh pegawai Belanda.

    Seterusnya, Dewan Tempatan telah diperkenalkan Belanda bagi menasihatkan

    pemerintah dalam pentadbiran tetapi dewan ini tidak pula mempunyai kuasa

    perundangan. Selain itu, hasil daripada desakan Sarekat Islam, Volksraad atau Dewan

  • 8/12/2019 burma.docx

    10/28

    Rakyat ditubuhkan oleh Belanda pada 1916 bagi menasihat dan membuat dasar

    kepada pemerintahan Belanda.

    Di Indochina pula, pentadbiran Perancis di negara tersebut telah menggabungkan tiga

    buah negara iaitu Vietnam, Kampuchea dan Laos di bawah satu Persekutuan yang

    dikenali sebagai Union Indochainoise (Indochina Bersatu).

    Melalui penggabungan ini, sebuah pentadbiran berpusat telah diwujudkan. Idea

    penubuhan Indochina telah diluluskan pembentukannya dalam Parlimen Perancis.

    Menurut K.Gilbert dan L.Dorothy (1978), melalui pentadbiran berpusat ini, pemerintah

    tertinggi di Indochina ialah Gabenor Jeneral.

    Pemerintahan wilayah di Perancis telah terbahagi kepada dua sistem iaitu pertama

    sistem gabenor dan keduanya adalah sistem residen. Perbezaan ini adalah kerana

    hanya wilayah Cochin-China yang diduduki secara langsung dan wilayah ini menerima

    Gabenor Muda sebagai pentadbir mereka.

    Di wilayah-wilayah lain diwujudkan dua orang Residen Kanan di mana Residen Kanan

    pertama mentadbir Tongkin dan Annam manakala Residen Kanan Kedua mentadbir

    wilayah Kampuchea dan Laos.

    Perancis juga telah mengekalkan sistem pemerintahan tempatan termasuklah sistem

    Maharaja di Vietnam walaupun pada dasarnya Residen dilihat lebih berkuasa dalam

    menentukan segala dasar. Bagi memudahkan pembahagian ekonomi, wilayah utara

    Indochina dikhususkan untuk industri manakala wilayah selatan untuk pertanian.

    Di Filipina pula, penjajahan Sepanyol telah menyebabkan pembentukan pentadbiran

    berpusat yang diketuai oleh Gabenor Jeneral sebagai pemerintah tertinggi, Datuk

    Bandar sebagai pemerintah di peringkat wilayah manakala Gabenor Kecil sebagai

    pentadbir di peringkat bandaran.

    Di peringkat tempatan pula, Sistem Encomienda diwujudkan hasil penyatuan barangay-

    barangay. Setiap Encomienda akan diperintah oleh seorang encomiendaro dan tugas

    mereka adalah untuk menjaga keamanan, mengutip cukai dan mengkristiankan

    penduduk.

  • 8/12/2019 burma.docx

    11/28

    2. Dasar Belanda di Indonesia Sistem Kultur

    Krisis kewangan yang meruncing di Belanda akibat pemulihan pasca Perang Napoleon,

    diikuti dengan perbelanjaan menentang pemberontakan dalam Perang Jawa dan

    kemudiannya pemberontakan pembebasan Belgium daripada penjajahan Belanda telah

    menyebabkan ekonomi Belanda hampir muflis.

    Selain itu, perdagangan Belanda di Betawi merosot dengan teruk setelah kemunculan

    pelabuhan British di Singapura yang menjadi tumpuan utama para pedagang Eropah.

    Bagi mengatasi masalah tersebut, Belanda telah memperkenalkan Sistem Kultur atau

    lebih dikenali sebagai tanaman paksa di Indonesia terutamanya di Pulau Jawa.

    Melalui sistem ini, para petani telah dipaksa untuk menanam beberapa jenis tanaman

    eksport yang telah ditetapkan oleh Belanda seperti kopi, tebu, tembakau, cengkih, teh

    dll.

    Untuk itu, para petani dikehendaki memperuntukkan satu per lima (1/5) daripada tanah

    mereka bagi ditanam dengan tanaman-tanaman eksport yang akan dijual kepada

    Belanda dan mereka akan dikecualikan daripada membayar cukai untuk tanah yang

    digunakan bagi menanam tanaman eksport.

    Bagi para petani yang tidak mempunyai tanah, mereka dikehendaki untuk berkerja di

    ladang-ladang milik Belanda selama 66 hari dalam setahun.

    Sistem tanaman paksa ini dianggap membebankan petani tempatan kerana mereka

    dipaksa meninggalkan amalan pertanian sara diri yang digunakan untuk menampung

    keperluan makanan harian mereka kepada pertanian eksport untuk keuntungan

    Belanda. Akibatnya, bekalan makanan meruncing dan semakin berkurangan dan

    beratus ribu penduduk telah mati kebuluran di Jawa Tengah disebabkan sistem yang

    telah diperkenalkan ini.

    Malah, sistem ini turut ditentang oleh golongan liberal di Belanda yang menganggap

    sistem ini seperti salah satu daripada bentuk amalan perhambaan ke atas penduduk

    tempatan selain memeras keringat rakyat untuk kepentingan ekonomi.

  • 8/12/2019 burma.docx

    12/28

    Dasar Liberal

    Penindasan dan penyelewengan dalam Sistem Kultur telah menyebabkan dasar baru

    telah diperkenalkan oleh pentadbiran Belanda di Indonesia.

    Dasar ini bukanlah satu bentuk dasar ekonomi oleh kerajaan Belanda di Indonesia,

    akan tetapi lebih kepada dasar pentadbiran dan perlaksanaan pentadbiran Belanda di

    Indonesia ke arah memperbaiki dan memulihkan taraf hidup rakyat Indonesia

    terutamanya di Pulau Jawa yang terjejas teruk akibat penindasan di bawah sistem

    kultur sebelumnya.

    Perlaksanaan dasar ini telah membolehkan ekonomi Indonesia mula dikawal oleh

    golongan kapitalis dan kaum pemodal Eropah, berbanding sistem kultur yang dikawal

    oleh kerajaan.

    Perubahan dasar Belanda di Indonesia adalah disebabkan pertukaran pemerintahan

    Belanda di bawah Parti Liberal yang lebih terbuka dan mendukung konsep liberalisme

    dan hak asasi manusia, selain pindaan di Parlimen yang memberi kuasa kepada

    Parlimen Belanda dalam menggubal dasar untuk tanah-tanah jajahan Belanda.

    Walaubagaimanapun, desakan terkuat untuk perlaksanaan dasar ini datang dari

    kalangan para kapitalisme Belanda yang tidak diberi peluang untuk menanam modal di

    Indonesia, tidak seperti pentadbiran British di tanah-tanah jajahannya seperti India,

    Tanah Melayu dan Burma yang menggalakkan pemodal kapitalis dalam menjalankan

    aktiviti perekonomian di tanah-tanah jajahan.

    Apabila dasar liberal diperkenalkan, aktiviti ekonomi di Indonesia menjadi rancak

    dengan suntikan modal dalam kalangan pemodal Eropah dan kerajaan, dan pelbagai

    jenis tanaman baru diperkenalkan seperti getah, kelapa sawit dan koko diperkenalkan,

    manakala aktiviti ekonomi tidak lagi hanya tertumpu di Pulau Jawa, akan tetapi turut

    dilaksanakan di wilayah lain di Indonesia terutamanya di Sumatera.

    Selain itu, suntikan modal membolehkan pelbagai aktiviti ekonomi baru diperkenalkan

    termasuk aktiviti perlombongan petroleum melalui penubuhan Royal Dutch Shell

    Company dan penumpuan kepada aktiviti perlombongan arang batu dan bijih timah.

  • 8/12/2019 burma.docx

    13/28

    Sistem liberal telah mula meningkatkan taraf sosial masyarakat tempatan dengan

    pembinaan sekolah-sekolah, kemudahan hospital, jalanraya dsb.

    Dasar Etika

    Walaupun dasar liberal dilihat lebih baik daripada sistem kultur yang pernah diamalkan

    sebelumnya, hakikatnya taraf hidup rakyat di Indonesia tidak banyak berubah dan

    segala hasil mahsul Indonesia tetap diangkut ke Belanda.

    Oleh itu, desakan terus timbul di Belanda supaya kerajaan Belanda di Indonesia untuk

    membalas budi Indonesia yang telah memberikan keuntungan kepada Belanda

    supaya dengan membantu meningkatkan taraf hidup rakyat tempatan.

    Dasar Etika diperkenalkan adalah bertujuan untuk membawa projek pembangunan dan

    kebajikan politik , ekonomi dan sosial kepada rakyat .

    Antara kesan positif dasar etika ialah penubuhan Volksrad membawa kepada

    perpaduan di kalangan pejuang kebangsaan Indonesia .

    Malah terdapat jalan raya dan keretapi memberi kemudahan perhubungan dan

    pengangkutan kepada penduduk Bandar dan kampung . Seterusnya , kemudahan

    sistem pertanian yang diperkenalkan oleh Belanda membawa pertanian lebih maju .

    Pertanian bukan lagi menjadi bahan makanan , tetapi telah menjadi sumber

    pendapatan negara seperti bahan eksport .

    Lantaran itu , kehidupan rakyat tidak lagi terhimpit dan menderita kerana kesihatan

    rakyat terkawal melalui perubatan moden . Malah, ceti yang memberi dan mengutip

    hutang turut dihapuskan dalam pelaksanaan dasar etika.

    Selain itu, pemberian pendidikan kepada masyarakat tempatan telah melahirkan ramai

    para intelektual yang akhirnya menjadi penggerak utama kepada kebangkitan

    nasionalisme masyarakat di Indonesia.

    3. Dasar British di Tanah Melayu Pengenalan Sistem Dwiekonomi

  • 8/12/2019 burma.docx

    14/28

    Kemasukan British ke Tanah Melayu telah menyaksikan dua sistem ekonomi

    diperkenalkan di mana masyarakat tempatan telah dikekalkan dengan aktiviti ekonomi

    mereka sebelum kedatangan British iaitu aktiviti ekonomi sara diri, manakala British

    telah mula memperkenalkan pelbagai aktiviti ekonomi dagangan terutamanya tanaman

    komersial dan perlombongan.

    Pengenalan sistem dwiekonomi ini telah menyebabkan orang-orang Melayu kekal

    dengan taraf hidup mereka di kawasan pedalaman dan kampung-kampung, manakala

    tanah-tanah baru telah dibuka untuk pertanian dagangan seperti buah pala, cengkih,

    tebu dll yang ditanam di negeri-negeri seperti Pulau Pinang, Perak, Melaka, Selangor

    dan Negeri Sembilan.

    Selain itu, aktiviti perlombongan seperti bijih timah telah dilombong secara

    besarbesaran dengan menggunakan buruh-buruh Cina, kemudiannya pengenalan

    kapal korek telah memodenkan sektor perlombongan yang membawa kepada

    penguasaan pemodal Eropah di lombong-lombong di seluruh Tanah Melayu.

    Seterusnya, pengenalan pelbagai tanaman dagangan yang menguntungkan telah

    diperkenalkan di Tanah Melayu diperkenalkan terutamanya getah dan kelapa sawit dan

    Tanah Melayu muncul sebagai antara pengeluar getah asli terbesar di dunia pada

    ketika itu.

    Dasar Kemasukan Buruh Asing

    Bagi memajukan ekonomi dagangan di Tanah Melayu seperti penanaman getah,

    perlombongan bijih timah dan aktiviti perburuhan di Tanah Melayu.

    Untuk itu, British telah menggalakkan kemasukan buruh-buruh asing terutamanya dari

    China dan India untuk memenuhi tuntutan para pemodal Eropah dalam pelbagai bidang

    ekonomi.

    Kemasukan buruh ini telah dibuat melalui beberapa kaedah terutamanya sistem tiket

    kredit dan rumah kongsi bagi buruh-buruh dari China manakala buruh-buruh dari India

    telah menggunakan kaedah kemasukan melalui sistem kontrak dan sistem kangani.

  • 8/12/2019 burma.docx

    15/28

    Kemasukan buruh asing ke Tanah Melayu telah mengubah komposisi penduduk di

    Tanah Melayu dan orang Melayu dilihat terpinggir daripada aktiviti ekonomi yang

    dijalankan di negara mereka sendiri.

    Dasar Pecah dan Perintah

    Bagi mengelakkan sebarang masalah perkauman terutamanya di antara kaum imigran

    dan penduduk tempatan, British telah mengenalkan dasar pecah dan perintah di Tanah

    Melayu, di mana setiap kaum dipisahkan melalui aktiviti ekonomi yang berbeza-beza.

    Misalnya, orang-orang Melayu telah dikekalkan di kampung-kampung dan

    mengusahakan aktiviti ekonomi sara diri, orang-orang Cina diletakkan di

    kawasankawasan lombong dan bandar-bandar manakala orang-orang India diletakkan

    di estet-estet dan menjadi buruh-buruh di estet-estet getah.

    Bagi menjayakan dasar pecah dan perintah, British telah mengeluarkan arahan untuk

    menghalang para pekebun kecil getah dalam kalangan orang Melayu untuk terus

    mengusahakan tanaman getah dengan pengenalan Enakmen Tanah Padi di mana

    tanah-tanah padi dilarang ditanam dengan tanaman komersial seperti getah dan

    pembukaan tanah-tanah baru untuk penanaman getah dalam kalangan orang Melayu

    adalah dilaran.

    Pengenalan Undang-undang Tanah

    Sebelum kedatangan British persoalan tanah tidak menjadi masalah kepada orang

    Melayu kerana tanah yang luas, penduduk rendah, urusan cukai dan kebenaran

    mengusahakan tanah hanya dengan pembesar Melayu. Pemilikan tanah amat mudah

    iaitu pemilik tanah ialah sesiapa yang meneroka dan mengerjakan tanah tersebut.

    Semasa zaman British, sistem pemilikan tanah dimodenkan dan rekod bertulis adalah

    elemen penting dalam mengesahkan pemilikan tanah pada masa British.Rekod ini juga

    digunakan dalam urusan tanah seperti cukai, pajakan, sewa beli, jual dan beli

    tanah.Tanah juga dilihat sebagai cagaran untuk mendapatkan modal.

  • 8/12/2019 burma.docx

    16/28

    Undang- undangan tanah pertama ialah Peraturan Tanah Perak. Seterusnya Kanun

    Tanah Selangor, Peraturan Tanah Sungai Ujong.

    Tanah dibahagikan mengikut nilai komersial seperti tanah ladang, pribumi dan

    perlombongan kemudiannya dikenakan cukai mengikut jenis tanah.

    Kemudiannya, British telah memperkenalkan undang-undang untuk melindungi tanah-

    tanah orang Melayu di bawah Akta Tanah Simpanan Tanah Melayu bagi mengelakkan

    tanah milik orang Melayu berpindah kepada tangan orang asing.

    Melalui undang-undang ini, Residen berhak mengisytiharkan mana-mana tanah orang

    Melayu sebagai TSM untuk mengelak TSM daripada dijual, dipajak gadai, atau ditukar

    milik.

    TSM juga ingin melindungi ekonomi penjajah, contohnya TSM tidak boleh diusahakan

    tanaman komersial. TSM tidak subur dan tidak sesuai untuk tanaman perladangan.

    4. Dasar Sepanyol di Filipina Sistem Polo

    Melalui sistem ini, semua lelaki berumur antara 18 sehingga 60 tahun kecuali penghulu

    dan putera sulung mereka dipaksa berkhidmat secara paksa selama 40 hari setahun

    dengan kerajaan Sepanyol.

    Sistem ini dianggap sebagai salah satu daripada bentuk buruh paksa yang diamalkan

    ke atas rakyat tempatan oleh penjajah Sepanyol.

    Sepatutnya, melalui sistem ini mereka akan dibayar sedikit gaji sebagai upah, namun

    disebabkan ekonomi Filipina yang sangat teruk pada ketika itu, mereka langsung tidak

    dibayar gaji dan hanya diberi sedikit beras bagi mengelakkan mereka mati kebuluran.

    Sistem Vandala

    Sistem Vandala pula merupakan satu kaedah di mana sejumlah barang yang tertentu

    yang mesti diserahkan oleh orang-orang Filipina kepada kerajaan.

  • 8/12/2019 burma.docx

    17/28

    Dalam sistem ini, rakyat Filipina dipaksa menjual hasil-hasil mereka kepada pihak

    pemerintah yang membayar mereka dengan tanda bayaran sahaja atau surat perjanjian

    hutang.

    Malah, kerajaan tidak pernah membayar semula hasil yang telah diambil daripada

    rakyat Filipina dengan alasan rakyat mempunyai hutang cukai tanah dengan kerajaan.

    Sistem ini telah menyebabkan rakyat terpaksa berkerja keras bagi mengeluarkan

    lebihan hasil untuk tujuan Vandala, selain hsil yang menjadi keperluan makanan

    seharian.

    Sistem Encomienda

    Encomienda pada umumnya merujuk kepada sesebuah wilayah pentadbiran kecil di

    Filipina yang menggabungkan beberapa buah barangay di bawah satu unit pentadbiran.

    Melalui sistem ini, seorang Encomiendaro dilantik untuk mentadbir sesebuah

    encomienda. Antara tugas seorang Encomiendaro termasuklah berperanan untuk

    mengawal keamanan, mengutip cukai dan mengkristiankan penduduk di sesebuah

    barangay.

    Encomiendaro juga adalah penyelia kepada sistem Polo dan Vandala dengan

    menyediakan kerahan tenaga seperti yang dikehendaki oleh kerajaan selain memungut

    hasil yang ditetapkan dalam sistem Vandala.

    Sistem Encomienda ini akhirnya telah mewujudkan pelbagai salahguna kuasa oleh

    Encomiendaro yang menindas dan bertindak kejam ke atas rakyat. Misalnya, sesiapa

    yang ingkar terhadap segala arahan Encomiendaro akan berhadapan dengan tindakan

    ditangkap atau dibakar rumahnya.

    5. Dasar British di Burma Dasar Pentadbiran British di Burma

    Selepas berjaya menamatkan pemerintahan Dinasti Konbaung di bawah tiga siri

    perperangan British-Burma, Raja Thibaw kemudiannya dibuang ke India dan

    seterusnya British telah menguasai pentadbiran Burma.

  • 8/12/2019 burma.docx

    18/28

    Semasa era pemerintahan Dinasti Konbaung, peranan sami-sami Buddha dalam

    pentadbiran Burma sangat penting dan Raja Thibaw dianggap sebagai penaung

    kepada para sami Buddha. Hal ini kerana istana Burma adalah penaja utama yang

    membantu kegiatan para sami Buddha.

    Hubungan istana dan kuil yang kukuh ini menyebabkan masyarakat sangat mendukung

    Raja mereka yang dianggap mulia dan menjadi pelindung kepada agama. Hal ini

    bertentangan dengan fahaman sekularisme yang merebak di Eropah yang

    mengasingkan agama daripada pemerintahan terutamanya selepas Era Rennaisance.

    Untuk itu, pemisahan di antara institusi keagamaan dan pentadbiran telah dilakukan

    oleh British di mana fungsi Raja sebagai penaung Sami Buddha dihapuskan.

    Kemudiannya, sistem pendidikan Barat telah mula diperkenalkan di Burma, selain

    menggalakkan penubuhan sekolah-sekolah oleh para mubaligh Kristian.

    Selain itu, bagi mengelakkan penentangan besar-besaran ke atas British, para

    pembesar tempatan yang dilihat cuba menentang British dan keluarganya akan dibuang

    negeri ke kawasan Hulu Burma.

    Kemudiannya, sistem pentadbiran dimodenkan dengan pengenalan Majlis

    Perundangan, pengenalan undang-undang Barat dan perlantikan pegawai Bandaran

    (Myo-ok) yang berkuasa ke atas pentadbiran daerah.

    Selain itu, beberapa akta diperkenalkan termasuklah Akta Perkampungan Ulu Burma

    dan Akta Perkampungan Burma.

    Dasar Ekonomi British

    Pembukaan Terusan Suez menyebabkan perdagangan beras menjadi penting dan

    mendapat permintaan yang tinggi.

    Oleh itu, British telah bertindak memajukan Delta Irrawady dalam meningkat

    pengeluaran beras di Burma.

  • 8/12/2019 burma.docx

    19/28

    Bagi meningkatkan hasil pengeluaran, para petani dari Hulu Burma dibawa masuk ke

    Delta Irrawady dan pada ketika itu juga, beribu-ribu buruh dari India berhijrah ke Delta

    Irrawady bagi mengusahakan penanaman padi.

    Perkembangan ini juga telah membawa kepada kewujudan para ceti dari India yang

    meminjamkan wang sebagai modal kepada para petani dalam mengusahakan tanaman

    padi di Burma.

    Hasil daripada usaha ini, Burma muncul sebagai antara pengeluar beras terbesar di

    dunia.

    6. Dasar Perancis di Indochina Penggabungan Vietnam-Laos-Kampuchea

    Setelah menguasai Vietnam dan Kampuchea, Perancis telah bertindak

    menggabungkan kesemua wilayah yang didudukinya sebagai sebuah Persekutuan

    yang dikenali sebagai French Indochainoise, atau Indochina.

    Kemudiannya, setelah berjaya menuntut Laos daripada Siam atas alasan Vietnam yang

    menguasai Laos sebelumnya telah dikuasai Perancis, Laos kemudiannya dimasukkan

    ke dalam Persekutuan Indochina pada 1904.

    Pembentukan sebuah Persekutuan telah memudahkan lagi pentadbiran Perancis di

    Indochina yang diketuai oleh seorang Gabenor Jeneral.

    Kesan Imperialisme Barat di Asia Tenggara

    1. Pengenalan Birokrasi Barat

    *rujuk di atas

    2. Keruntuhan Institusi Politik Tempatan dan Institusi Beraja

    Kedatangan penjajahan Barat juga telah menyebabkan berlakunya zaman kejatuhan

    kepada pemerintahan tradisional tempatan di negara-negara Asia Tenggara samada

    disebabkan kekuasaannya dijatuhkan melalui perperangan ataupun kekuasaannya

    diambil alih secara halus oleh penjajah Barat melalui birokrasi yang diperkenalkan.

  • 8/12/2019 burma.docx

    20/28

    Di Burma misalnya, pemerintahan Dinasti Konbaung ditamatkan oleh British setelah

    mereka tewas dalam Perang Inggeris-Burma III, sama seperti di Filipina apabila

    Sepanyol berjaya menakluk negara tersebut dan menghapuskan kekuasaan pembesar

    barangay.

    Di Tanah Melayu pula, menurut Andaya (1982) raja-raja Melayu kebanyakannya hilang

    kekuasaannya melalui siri-siri perjanjian, terutamanya menggunakan tipu helah. Melalui

    perjanjian yang dibuat, Sultan dikehendaki untuk menerima Residen atau Penasihat

    yang akan menasihatkannya dalam semua hal kecuali hal ehwal agama dan adat.

    Walaupun hanya bergelar residen dan penasihat, Sultan sebenarnya telah kehilangan

    kuasa mereka apabila mereka dikehendaki untuk mengikuti segala nasihat yang

    diberikan oleh para penasihat British tersebut.

    Selain itu, para pembesar juga telah kehilangan kuasa mereka terutamanya hak

    mengutip cukai setelah peranan tersebut diambilalih oleh Residen British.

    Di Indonesia dan Tanah Melayu, para Sultan telah kehilangan kuasa dan bagi

    mengelakkan penentangan oleh Sultan, ugutan dikenakan ke atas mereka termasuklah

    menurunkan mereka daripada takhta kerajaan.

    3. Penyusunan Semula Geografi Politik Asia Tenggara

    Kedatangan penjajah Eropah ke Asia Tenggara telah merubah geografi politik

    sesebuah negara. Menurut Gilbert Khoo dan Dorothy Lo (1979), hasil kedatangan

    penjajah yang menguasai wilayah-wilayah tertentu, maka wujudlah satu

    persempadanan politik yang telah memisahkan antara negara dengan negara, dan

    antara negeri dengan negeri yang tidak pernah berlaku sebelumnya.

    Di Indonesia misalnya, wilayah-wilayah Indonesia yang memiliki kerajaan-kerajaan kecil

    dan beberapa buah empayar sebelumnya kelihatan sangat berselerak tanpa satu

    pemusatan. Oleh itu, kedatangan Belanda ke Indonesia telah mewujudkan satu

    sempadan politik yang kekal sehingga hari ini. Sempadan ini pada dasarnya telah

    dibuat berdasarkan Anglo-Dutch Treaty 1824 di antara British dan Belanda.

  • 8/12/2019 burma.docx

    21/28

    Pemisahan wilayah yang bersempadan yang dikuasai oleh dua kuasa berasingan

    misalnya telah merubah sempadan politik. Misalnya, Laos yang hampir tiada akibat

    penguasaan wilayahnya oleh Vietnam dan Siam telah diselamatkan dengan

    kedatangan Perancis. Jika tidak, wilayah Laos mungkin tidak akan wujud dalam peta

    pada hari ini.

    Begitu juga di Tanah Melayu. Perjanjian Inggeris-Siam 1909 telah mencipta

    persempadanan negara di antara Tanah Melayu - Siam yang menyebabkan kerajaan

    Kelantan pada ketika itu hilang wilayah Tabal (Tak Bai) yang menjadi wilayahnya

    manakala negeri-negeri Melayu-Islam seperti Pattani, Yala, Songkhla dan Narathiwat

    telah terpecah daripada gugusan negeri-negeri Melayu yang lainnya di Tanah Melayu.

    Oleh itu, berdasarkan pemisahan wilayah mengikut kekuasaan penjajah ini akhirnya

    kesemua negara yang wujud dalam Asia Tenggara moden pada hari ini adalah

    berdasarkan perencanaan persempadanan yang telah dibuat oleh penjajah kecuali

    Singapura yang keluar dari Malaysia.

    4. Eksploitasi dan Penindasan

    Antara faktor pemangkin imperialisme di Asia Tenggara adalah kesungguhan penjajah

    untuk menguasai hasil mahsul dan kekayaan yang terdapat dalam sesebuah negara

    tersebut. Apabila mereka telah menguasai negara-negara terbabit, segala hasil dan

    tenaga penduduk akan dimanfaatkan walaupun pada hakikatnya menindas penduduk di

    negara terbabit.

    Di Indonesia dan Filipina misalnya, dasar kerahan tenaga yang membebankan rakyat

    telah dipaksa ke atas rakyat tempatan. Di Indonesia, sistem tanaman paksa di bawah

    Sistem Kultur dilaksanakan oleh Belanda bagi memenuhi keperluan eksportnya seperti

    tanaman teh, tebu dan kopi terutamanya di Pulau Jawa. Menerusi sistem paksaan ini,setiap pemilik tanah dikehendaki mengusahakan satu per lima daripada tanahnya untuk

    tanaman komersil yang wajib dijual kepada Belanda manakala mereka yang tidak

    memiliki tanah, mereka dipaksa bekerja di ladang atau kilang kerajaan selama satu per

    lima daripada jumlah hari dalam setahun. Malah, kadangkala hasil yang dijual tidak

    dibayar kepada petani kerana kononnya petani mempunyai hutang tanah dengan

  • 8/12/2019 burma.docx

    22/28

    pemerintah. Hasilnya, ramai penduduk yang kebuluran kerana jumlah hasil tuaian untuk

    makanan ruji tahunan ditukar kepada tanaman eksport.

    Begitu juga dengan pemerintah Sepanyol di Filipina. Kerahan tenaga turut dilaksanakan

    di sana di bawah Sistem Polo. Sistem ini dikenakan ke atas setiap lelaki di Filipina yang

    diarah untuk berkhidmat secara paksaan kepada kerajaan. Melalui sistem ini

    juga,semua lelaki berumur 18 hingga 60 tahun akan dipaksa berkhidmat selama 40 hari

    dalam setahun kecuali penghulu dan anak lelaki sulung kepada penghulu. Mereka tidak

    diberi gaji dan hanya diberikan sedikit beras supaya tidak mati kebuluran.

    Di Filipina, banyak penindasan yang dikenakan ke atas penduduknya termasuklah

    sistem encomienda (majlis tempatan) yang mengenakan cukai yang tinggi iaitu

    sebanyak 1 hingga 9 Peso sebagai tanda ufti kepada kerajaan dan Sistem Vandala iaitu

    satu bentuk rampasan harta benda rakyat kepada pemerintah. Encomiendaro telah

    bertindak kejam terhadap mereka yang cuba mengingkari setiap arahan pemerintah

    dengan ugutan membinasakan kampung, mencedera dan memenjarakan mereka.

    5. Kristianisasi

    Dua buah negara yang menerima proses kristianisasi yang serius adalah negara

    Filipina dan Indochina. Berbanding British yang sebolehnya mengekalkan agama dan

    adat resam tempatan manakala Belanda yang lebih berminat mengaut keuntungan

    semata-mata, kedatangan Sepanyol ke Filipina dan Perancis di Indochina turut

    melibatkan faktor keagamaan.

    Proses kristianisasi iaitu proses mengkristiankan penduduk di Filipina pada dasarnya

    adalah sangat serius sehinggakan pembesar di peringkat tempatan iaitu encomiendaro

    diarahkan untuk mengkristiankan penduduk.

    Hasilnya, sebahagian besar penduduk Filipina telah memeluk Kristian berbanding

    agama pagan dan animisme yang diamalkan sebelumnya. Menurut Gilbert Khoo dan

    Dorothy Lo (1978), sebelum kedatangan Kristian di Filipina, masyarakatnya

    menyembah tuhan yang bernama bathala. Mereka juga percaya kepada semangat roh

    yang dikenali sebagai dimata.

  • 8/12/2019 burma.docx

    23/28

    Walaubagaimanapun, di Kepulauan Sulu, Moro dan Palawan, masyarakat Filipina di

    sana menerima Islam sebagai agama anutan mereka. Oleh itu, penjajah Sepanyol

    gagal untuk mengkristiankan mereka kerana asas akidah yang kukuh dalam diri

    mereka.

    Di Indochina pula, proses kristianisasi turut berlaku walaupun masyarakat tempatah

    tetap berpegang dengan agama dan kebudayaan asal mereka di mana para mubaligh

    kristian telah dibawa ke Indochina bagi mengkristiankan penduduk.

    Perkara ini menyebabkan wujudnya gerakan penentangan Chan Vuong (slogan setia

    pada raja) di Vietnam yang bertindak menyerang dan membunuh orang Vietnam yang

    beragama Kristian kerana menganggapnya sebagai agama penjajahan Perancis di

    Vietnam.

    Hal ini kerana mereka beranggapan bahawa agama Kristian telah memecahbelahkan

    penduduk tempatan selain dilihat cuba menghilangkan jati diri agama dan budaya

    dalam diri masyarakat. Antara tokoh Chan Vuong termasuklah Phan Dinh Phung di Ha

    Tinh dan Hoang Hoa di pergunungan utara Vietnam.

    6. Proses Modenisasi

    Dalam usaha untuk mengeksploitasi ekonomi tempatan, pihak penjajah telah bertindak

    memajukan sistem perhubungan dan pengangkutan di negara jajahan mereka. Hal ini

    kerana mereka perlu untuk mengangkut bahan-bahan mentah seperti bijih timah, getah,

    tanaman komersil dan hasil-hasil yang lain dalam skala yang besar dari sebuah

    kawasan terutamanya di pedalaman, lombong-lombong dan estet ke pelabuhan

    sebelum dapat dieksport pulang ke negara mereka.

    Kebiasaannya jarak pusat pengeluaran hasil ke pelabuhan adalah jauh, oleh itu satu

    mekanisme diperlukan untuk membawa barangan tersebut dengan cepat dan selamat.

    Justeru, pembinaan jalanraya dan landasan kereta api telah menjadi satu keperluan di

    kebanyakan negara Asia Tenggara.

    Di Tanah Melayu misalnya, satu jaringan jalanraya yang lengkap di seluruh

    semenanjung telah berjaya disempurnakan dalam tahun 1928 manakala jaringan kereta

  • 8/12/2019 burma.docx

    24/28

    api dari Singapura di selatan ke Perlis di utara telah berjaya dihubungkan dalam tahun

    1918 dan pada tahun 1938 terdapat dua sambungan rel kereta api dari Tanah Melayu

    ke Siam iaitu di Padang Besar, Perlis dan Tumpat di Kelantan.

    Di Indonesia pula, penjajah Belanda telah memulakan pembinaan landasan kereta api

    yang siap menghubungkan Semarang ke Tanggung pada Ogos 1867 bagi mengangkut

    hasil pertanian ke pelabuhan.

    Kota Semarang adalah sebuah kota pelabuhan terpenting di Pulau Jawa pada zaman

    pendudukan Belanda. Seterusnya, pembinaan landasan kereta api diteruskan lagi oleh

    Hindia Belanda di Semarang-Surakarta (1870) dan ke kebanyakan daerahdaerah lain di

    Pulau Jawa kerana perekonomian tanaman komersil yang penting di pulau tersebut. Di

    luar kawasan Pulau Jawa pula, pelabuhan penting seperti di Acheh turut dihubungkan

    dengan kereta api pada tahun 1874, Sumatera (1874-1891) dan dari Makasar ke

    Takalar di Pulau Sulawesi pada tahun 1923.

    Seterusnya, jaringan jalanraya utama pertama di Indonesia telah mula dibina oleh

    Hindia Belanda sepanjang 1000 kilometer yang menghubungkan bandar-bandar utama

    di Pulau Jawa pada tahun 1809. Jalanraya yang panjang tersebut hanya memakan

    masa setahun sahaja untuk disiapkan apabila seluruh penduduk di Pulau Jawa

    dikerahkan untuk menyiapkan jalan tersebut secara kerja paksa.

    Jalan tersebut yang menghubungkan Banten di Jawa Barat sehingga ke Bandar

    Panarukan di Jawa Timur. kemudiannya dikenali sebagai De Groote Postweg

    (Jalanraya Pos).

    Di Filipina pula, kerajaan Sepanyol turut membina jaringan jalanraya di Filipina dengan

    menggunakan sistem kerahan tenaga. Hasil perkembangan jaringan jalanraya di

    negara tersebut, satu polisi telah dibuat oleh Sepanyol dengan menubuhkan JabatanKerjaraya dan Jalan pada 1867.

    Beberapa tahun kemudian, dalam tahun 1875, kerajaan Sepanyol telah mengarahkan

    jabatan tersebut untuk membuat kajian dalam membina landasan kereta api di Filipina

    yang membawa kepada pembinaan landasan pertama yang menghubungkan Kota

  • 8/12/2019 burma.docx

    25/28

  • 8/12/2019 burma.docx

    26/28

    dengan galian tersebut seperti di Belitung, Singkep, Karimun dan Kundur manakala di

    Filipina, Sepanyol membawa masuk orang-orang China ke bandar- bandar dan pekan

    di Filipina bagi memodenkan sektor perniagaan di negara tersebut.

    Menurut Gilbert Khoo dan Dorothy Lo (1979), di Burma pula, penjajah Inggeris telah

    membawa masuk para pegawai rendah dari India untuk berkerja dalam bidang

    perkhidmatan awam seperti perkeranian dan perkhidmatan kerana taraf pendidikan

    yang diperoleh oleh penduduk di tanah jajahan British di India itu adalah sangat baik

    berbanding penduduk tempatan di Burma.

    4.8 Penentangan Rakyat Terhadap Penjajah

    Dasar penjajah Eropah yang kebanyakannya telah menindas rakyat tempatan telah

    menyebabkan perasaan ketidakpuashatian rakyat terhadap penjajah menjadi meluap.

    Hal ini menyebabkan para penduduk telah bangun dan bangkit untuk menentang

    penjajahan samada dalam skala yang kecil mahupun besar.

    Kebangkitan antipenjajahan yang paling berjaya adalah di Filipina.

    Walaubagaimanapun, kejayaan tersebut bukanlah hasil perjuangan mereka secara

    bersendirian akan tetapi adalah dengan bantuan Amerika Syarikat yang menghadapi

    perang dengan Sepayol pada ketika itu.

    Menurut Nicholas Tarling (2001), penentangan rakyat di Filipina adalah disebabkan

    dasar yang menindas yang telah dibuat oleh pemerintah Sepanyol ke atas penduduk di

    Filipina terutamanya dalam Sistem Polo dan Sistem Vandala yang mengenakan

    kerahan tenaga, kerja paksa dan merampas harta benda rakyat selain berleluasanya

    kezaliman dalam pentadbiran bawahan Sepanyol di peringkat encomienda yang

    menindas rakyat sesuka hati.

    Selain itu, diskriminasi gereja ke atas penganut Kristian tempatan dengan penganut

    Kristian Sepanyol menyebabkan para paderi tempatan bangkit menentang penjajahan

    Sepanyol yang tidak beramal dengan ajaran Jesus yang sebenar.

    Kebangkitan bersenjata dalam pemberontakan Basi, Novales dan Tayabas dan

    beberapa pemberontakan lain telah gagal. Selepas itu kebanyakan pemberontakan

  • 8/12/2019 burma.docx

    27/28

    rakyat gagal kecuali apabila dibantu Amerika Syarikat yang berjaya mengusir keluar

    Sepanyol pada 1889 walaubagaimanapun hanya berjaya menamatkan pemerintahan

    Sepanyol tetapi Filipina tetap terjajah di bawah kuasa baru Amerika Syarikat.

    Di Indonesia, kebangkitan antipenjajah terbesar berlaku dalam Perang Jawa pada 1810

    dan perang menuntut kemerdekaan daripada Belanda pada tahun 1945. Perang Jawa

    yang dipimpin oleh Putera Jogjakarta iaitu Dipo Negoro dan para pengikutnya yang

    dilancarkan secara gerila bagi mengusir Hindia Belanda dari Indonesia. Perang yang

    berlanjutan selama setahun itu mengorbankan hampir dua ratus ribu orang Jawa dan

    enam belas ribu tentera. Seterusnya, peristiwa berdarah terbesar berlaku dalam

    perperangan rakyat Indonesia menentang penjajahan Belanda dalam Perang Buluh

    Runcing yang akhirnya menyebabkan Belanda mengiktiraf kemerdekaan Indonesia

    pada tahun 1949.

    Di Indochina, kebangkitan menentang penjajahan terbesar berlaku di Vietnam Rasa

    tidak puas hati juga timbul kerana sikap dan tindakan orang Perancis ke atas penduduk

    tempatan.Pada tahun 1858, satu pemberontakan bersenjata dalam kalangan penduduk

    menentang Perancis berlaku apabila pemberontak menyerang kubu Perancis di Dan

    Nan.

    Serangan tersebut telah memberikan peluang kepada Perancis untuk menyerang balas

    dan menduduki semula kubu tersebut. Malah, Perancis telah bertindak mara hingga ke

    Sungai Mekong dan menduduki kawasan Gia Dinh. Kemaraan Perancis itu

    menyebabkan rakyat di Delta Mekong bangkit mempertahankan kawasan mereka di

    bawah pimpinan Sarjana Ningrat dan para pemilik tanah. Mereka menganggap orang

    Perancis sebagai orang gasar yang tidak berperikemanusiaan dan berikrar mengusir

    Perancis keluar dari Indochina.

    Oleh itu, kumpulan tersebut bertindak menyerang kapal-kapal Perancis dan menyekat

    bekalan daripada masuk kepada Perancis. Pada 13 Julai 1883, Maharaja Ham Nghi

    mengumumkan tiga strategi menentang Perancis iaitu menyerang,bertahan dan

    berunding.

  • 8/12/2019 burma.docx

    28/28