buletin32.pdf

6
e-BULETIN UTMSPACE EDISI 32 / 2015 DARI PEJABAT PENGARAH URUSAN Mesyuarat Lembaga Pengarah UTMSPACE telah melantik Prof. Ir. Dr. Mohd Azraai bin Kassim sebagai Pengarah Urusan berkuatkuasa mulai 1 Februari 2015. Beliau pernah berkhidmat di UTMSPACE sebelum ini sebagai Dekan UTMSPACE dari tarikh 12 Januari 2004 hingga 28 Februari 2008. UTMSPACE mengucapkan selamat datang kepada Prof. Ir. Dr. Mohd Azraai bin Kassim dan berharap semua warga UTMSPACE dapat memberikan kerjasama sepenuhnya kepada beliau. UTMSPACE telah melantik Prof. Dr. Mohd Fua’ad bin Hj. Rahmat sebagai Dekan dan Prof. Madya Dr. Liza binti Abdul Latiff sebagai Timbalan Dekan bagi memantapkan aktiviti akademik yang merangkumi Program Pengajian Separuh Masa, Program Kerjasama, Program Diploma Sepenuh Masa dan Program Diploma Eksekutif berkuatkuasa mulai 15 Februari 2015. UTMSPACE mengucapkan selamat bertugas dan berharap agar semua staf dapat memberikan kerjasama sepenuhnya dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing. PELANTIKAN BAHARU PENGURUSAN PENJENAMAAN SEMULA UNIT PEMBANGUNAN PROFESIONAL Prof. Dr. Mohd Fua’ad bin Hj Rahmat Prof. Madya Dr. Liza binti Abdul Latiff LIPUTAN ACARA UTMSPACE Global Outreach Programme 2015 Pendaftaran Mahasiswa Baharu (Pengambilan Februari 2015) Majlis Penghargaan Lawatan Presiden dan Dekan dari Sahmyook Health University College, Korea Pemilihan Jawatankuasa 2015/2017 & Mesyuarat Agung KESUKEB UTMSPACE Johor 01 02 04 03 05 Unit Pembangunan Profesional telah diberi penjenamaan semula sebagai Pusat Pembangunan Profesional sejajar dengan fungsi dan peranannya. UTMSPACE juga telah melantik Prof. Madya Dr. Zakaria bin Mohd Yusof sebagai Pengarah bagi mengetuai Pusat Pembangunan Profesional berkuatkuasa mulai 1 Mac 2015. Prof. Madya Dr. Zakaria bin Mohd Yusof

Upload: hanin-alimuslim

Post on 15-Sep-2015

34 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

  • e-BULETIN UTMSPACEEDISI 32 / 2015

    DARI PEJABAT

    PENGARAH URUSAN

    Mesyuarat Lembaga Pengarah UTMSPACE telah melantik Prof. Ir. Dr. Mohd Azraai bin Kassim sebagai Pengarah Urusan berkuatkuasa mulai 1 Februari 2015. Beliau pernah berkhidmat di UTMSPACE sebelum ini sebagai Dekan UTMSPACE dari tarikh 12 Januari 2004 hingga 28 Februari 2008.

    UTMSPACE mengucapkan selamat datang kepada Prof. Ir. Dr. Mohd Azraai bin Kassim dan berharap semua warga UTMSPACE dapat memberikan kerjasama sepenuhnya kepada beliau.

    UTMSPACE telah melantik Prof. Dr. Mohd Fuaad bin Hj. Rahmat sebagai Dekan dan Prof. Madya Dr. Liza binti Abdul Latiff sebagai Timbalan Dekan bagi memantapkan aktiviti akademik yang merangkumi Program Pengajian Separuh Masa, Program Kerjasama, Program Diploma Sepenuh Masa dan Program Diploma Eksekutif berkuatkuasa mulai 15 Februari 2015.

    UTMSPACE mengucapkan selamat bertugas dan berharap agar semua staf dapat memberikan kerjasama sepenuhnya dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing.

    PELANTIKAN BAHARU PENGURUSAN PENJENAMAAN SEMULA UNIT PEMBANGUNAN PROFESIONAL

    Prof. Dr. Mohd Fuaad bin Hj Rahmat

    Prof. Madya Dr. Liza binti Abdul Latiff

    LIPUTANACARA

    UTMSPACE Global Outreach Programme 2015Pendaftaran Mahasiswa Baharu (Pengambilan Februari 2015)

    Majlis PenghargaanLawatan Presiden dan Dekan dari Sahmyook Health University College, Korea

    Pemilihan Jawatankuasa 2015/2017 & Mesyuarat Agung KESUKEB UTMSPACE Johor

    010204

    0305

    Unit Pembangunan Profesional telah diberi penjenamaan semula sebagai Pusat Pembangunan Profesional sejajar dengan fungsi dan peranannya. UTMSPACE juga telah melantik Prof. Madya Dr. Zakaria bin Mohd Yusof sebagai Pengarah bagi mengetuai Pusat Pembangunan Profesional berkuatkuasa mulai 1 Mac 2015.

    Prof. Madya Dr. Zakaria bin Mohd Yusof

  • UTMSPACE GLOBAL OUTREACH PROGRAMME 2015

    Perjalanan udara mengambil masa 8 jam untuk tiba ke destinasi. Para peserta program telah mendarat di lapangan terbang Tullamarine, Melbourne jam 12.10 pagi (waktu Australia). Peserta terus dibawa ke hotel untuk berehat. Keesokan pagi (14 Januari 2015), rombongan peserta di bawa ke Daekin University Australia (Burwood Campus). Ms Gretchen selaku penyambut tetamu di universiti tersebut terus membawa semua peserta ke bilik mesyuarat untuk sesi bertukar pandangan dan

    Tarikh 13 Januari 2015, seramai 20 orang staf UTMSPACE telah berlepas ke Melbourne, Victoria, Australia. Mereka mewakili UTMSPACE dalam program UTMSPACE Global Outreach Programme 2015 Melbourne, Australia. Peserta program telah berlepas dari lapangan terbang Kuala Lumpur II pada pukul 1.30 petang.

    MELBOURNE, AUSTRALIA

    pendapat. Selepas itu, para peserta di bawa melawat ke seluruh kawasan Deakin University Australia.

    Jam 10 pagi (waktu Australia) tarikh 17 Januari 2015, para peserta telah berkumpul semula di lapangan terbang Tullamarine untuk bertolak pulang ke tanah air. Para peserta telah selamat mendarat semula di lapangan terbang Kuala Lumpur II pada jam 3.30 petang (waktu Malaysia).

    Deakin University

    Maru Koala and Animal Park

    Cape Woolamai Beach

    Pannys Chocolate Factory

    Churchill Island

    Restoran Nelayan

  • UTMSPACE GLOBAL OUTREACH PROGRAMME 2015

    PENDAFTARAN MAHASISWA BAHARU

    UTMSPACE telah mengadakan sesi pendaftaran mahasiswa baharu yang pertama untuk tahun 2015 pada 7 Februari 2015 (Sabtu). Sesi pendaftaran tersebut telah diadakan di Bangunan N24, Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru.

    PENGAMBILAN FEBRUARI 2015

    Jumlah calon yang berjaya ditawarkan untuk menyambung pelajaran di UTMSPACE adalah seramai 803 orang. Pada hari pendaftaran, seramai 503 orang mahasiswa yang telah datang mendaftar. Mahasiswa dari seluruh Malaysia berkumpul di UTM Skudai untuk memeriahkan lagi hari pendaftaran mahasiswa baru UTMSPACE. Mereka kelihatan sangat bersemangat untuk memulakan pengajian Program Sarjana Muda Separuh Masa UTMSPACE bagi sesi Februari 2014 / 2015.

    Seramai 13 mahasiswa lepasan Program Diploma Separuh Masa telah berjaya menyambung pengajian di peringkat Sarjana Muda Separuh Masa UTMSPACE bagi pengambilan kali ini. Ini adalah satu langkah positif dan pengurusan yang cemerlang daripada UTMSPACE.

    Sesi pembelajaran bermula pada 27 Februari 2015. UTMSPACE ingin mengucapkan tahniah kepada semua mahasiswa. Semoga terus mencipta kejayaan demi masa depan yang cemerlang. Tahniah!

    LAWATAN PRESIDEN DAN DEKAN

    Pada 2 Februari 2015, Presiden Prof. Kim Gwang-Yu dan Dekan, Prof. Park Joo Hee dari Sahmyook Health University College (SHUC) telah mengadakan lawatan dan perbincangan di UTMSPACE dan UTM. Mereka turut melawat makmal Institute of Bioproduct Development (IBD) dan Hospital Penawar, Pasir Gudang. Tujuan lawatan adalah untuk meninjau peluang kerjasama yang boleh diwujudkan untuk STAR Oversea Employment Project mereka.

    Dari Sahmyook Health University College, Korea

  • Pada 29 Januari 2015, UTMSPACE telah mengadakan Majlis Penghargaan bagi menghargai jasa di atas perkhidmatan Prof. Dr. Khairul Anuar bin Abdullah, Pengarah Urusan/Dekan dan Prof. Madya Sr. Dr. Mohd Zulkifli bin Mohd

    Yunus, Pengarah PPSM yang berakhir di UTMSPACE pada 31 Januari 2015.

    Perkhidmatan Prof. Dr. Khairul Anuar bin Abdullah bermula di UTMSPACE pada 1 November 2008 sebagai Timbalan Dekan (Pembangunan) dan seterusnya telah dilantik oleh

    Universiti sebagai Dekan pada 1 April 2009. Selepas pengkorporatan, beliau telah dilantik sebagai Pengarah Urusan/Dekan mulai 1 Februari 2011 hingga 31 Januari 2015.

    Bagi Prof. Madya Sr. Dr. Mohd Zulkifli bin Mohd Yunus pula,

    beliau memulakan perkhidmatan di UTMSPACE sebagai Ketua Unit Program Eksekutif pada 1 Januari 2009. Seterusnya beliau telah dilantik sebagai Timbalan Dekan (Akademik) pada 1 Mac 2009 dan sebagai

    Pengarah PPSM pada 1 Februari 2011 iaitu selepas pengkorporatan.

    UTMSPACE mengucapkan terima kasih di atas perkhidmatan kedua-dua mantan pengurusan tertinggi ini. Semua sumbangan dan pengorbanan yang diberikan kepada pihak syarikat akan diingati sampai bila-bila. UTMSPACE berharap agar mereka akan terus kekal cemerlang pada masa hadapan.

    MAJLIS PENGHARGAAN

  • PEMILIHAN JAWATANKUASA 2015/2017 & MESYUARAT AGUNG KESUKEB UTMSPACE JOHOR

    Pada 28 Februari 2015, UTMSPACE cawangan Johor Bahru telah mengadakan mesyuarat agung KESUKEB dan pemilihan jawatankuasa baru bagi penggal 2015/2017. Mesyuarat ini telah diadakan di Bilik Seminar, UTMSPACE Johor. Semua staf UTMSPACE Johor dan ahli jawatankuasa KESUKEB 2013/2015 hadir dan membincangkan perkara berbangkit.

    Pemilihan jawatankuasa KESUKEB 2015 / 2017 adalah seperti berikut :

    PengerusiEN. NORHAIZAL BIN RAMLEY

    Penolong Setiausaha PN. NUR FADHILAH BT MD SALLEH

    Penolong BendahariPN. SUZELAWATI BT DJONI @ JOHAN

    Setiausaha CIK MASHANIDA BT MOHAMAD MAZALAN

    BendahariPN. NURUL NADIA BT AZEHA

    BiroEN. AMIRUL HUSNI BIN SHAARINEN. AHMAD TARMIZI BIN JAAFAREN. MOHD ROSLYZAM BIN ABD RAFIEN. FAHMIE BIN YAZIDPN. NORFARHAWA BT KHAIRI

    SIDANG RIDAKSIEDITOR | Farhan Khair bin Fawazul Khair GRAFIK | Maria Ahmad FOTOGRAFI | Syed Muhammad Hilmi bin Syed Yahya

  • CLOSE PROTECTION OFFICER TRAINING FOR VIP PROTECTION TECHNIQUES

    KURSUS ASAS APLIKASI AUTOCAD 2D & 3D

    PENGENDALIAN MESYUARAT & PENULISAN MINIT YANG BERKESAN

    BENGKEL PENULISAN LAPORAN & KERTAS KERJA

    NOTE TAKING FOR EVERYONE

    PEMANTAUAN DAN PENGAWALAN DALAM PERLAKSANAAN PROJEK PEMBINAAN

    SAFETY ENVIRONMENT

    SEMINAR SETIAUSAHA SUPERMenjana Minda Setiausaha Berkarisma

    ASPEK BAHASA DALAM PENULISAN SURAT RASMI

    KURSUS PENYEDIAAN TENDER & SEBUT HARGA KERJA BANGUNAN

    SCIENTIFIC VISUALISATION USING VTK

    PENGENALAN KEPADA PENULISAN RINTAS(TULISAN RINGKAS)

    UKUR BAHAN UNTUK BUKAN JURUKUR BAHAN

    TRANSFORMASI KETERAMPILAN DIRI

    TOUCH-TYPING WITH 10 FINGERS

    15 22 FEB 2015

    23 25 MAC 2015

    30 31 MAC 2015

    1 2 APRIL 2015

    4 5 MEI 2015

    11 12 MEI 2015

    24 25 OGOS 2015

    25 27 OGOS 2015

    28 29 SEPT 2015

    29 30 SEPT 2015

    12 13 OKT 2015

    28 29 OKT 2015

    3 4 NOV 2015

    4 5 NOV 2015

    7 8 DIS 2015

    UTM JOHOR BAHRU

    UTMSPACE KUALA LUMPUR

    HOTEL THE ROYALE BINTANG THE CURVE, SELANGOR

    HOTEL THE ROYALE BINTANG THE CURVE, SELANGORHOTEL THE ROYALE BINTANG THE CURVE, SELANGORHOTEL THE ROYALE BINTANG THE CURVE, SELANGOR

    HOTEL THE ROYALE BINTANG THE CURVE, SELANGOR

    HOTEL PREMIERA, KUALA LUMPUR

    HOTEL THE ROYALE BINTANG THE CURVE, SELANGOR

    PULAU PINANG

    UTM JOHOR BAHRU

    HOTEL PREMIERA, KUALA LUMPUR

    MELAKA

    HOTEL THE ROYALE BINTANG THE CURVE, SELANGORMAKMAL KOMPUTER, UTMSPACEKUALA LUMPUR

    1.

    2.

    3.

    4.

    5.

    6.

    7.

    8.

    9.

    10.

    11.

    12.

    13.

    14.

    15.

    BIL TAJUK KURSUS TARIKH TEMPAT

    PembangunanProfesionalProgramPembangunanProfesionalProgram

    20152015PembangunanProfesional 2015Program

    Johor Bahru : 07-521 2000 / 5166 / 8164 / En. Khalidi @ Pn. Maizatul 012-745 6818

    www.utmspace.edu.my [email protected] / [email protected]

    KURSUS DALAMAN boleh direka khas mengikut keperluan organisasiUTMSPACE adalah Penyedia Latihan di bawah PSMB

    (Reg. No. 0902)

    KURSUS DALAMAN boleh direka khas mengikut keperluan organisasiUTMSPACE adalah Penyedia Latihan di bawah PSMB

    (Reg. No. 0902)