buletin pengguna 0901d - konsumerkini

12

Upload: others

Post on 12-Nov-2021

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: buletin pengguna 0901d - KonsumerKINI
Page 2: buletin pengguna 0901d - KonsumerKINI

2 < JAN 2009

SIDANG REDAKSIPENASIHAT

Y. Bhg. Dato’ Mohd Zain bin Mohd DomKetua Setiausaha

Kementerian Perdagangan Dalam Negeridan Hal Ehwal Pengguna

KETUA SIDANG PENGARANGDr. Mohd Mokhtar bin Tahar

TIMBALANKETUA SIDANG PENGARANG

Mohd Yusof bin Abdul Rahman

SIDANG PENGARANGNor Azhar bin Manap

Effaizah binti ShahidanPaul Selva Raj

Ratna Revi NadarajanCheah Chee Ho

Buletin Pengguna merupakan penerbitan usahasamadi antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri danHal Ehwal Pengguna dan FOMCA. Ia diterbitkan padasetiap bulan. Sumbangan artikel amat dialu-alukan.

Sila hantarkan sumbangan kepada:

EDITORBuletin Pengguna

No. 1D-1, Bangunan SKPPKJalan SS9A/17

47300 Petaling JayaSelangor Darul Ehsan

Kementerian Perdagangan DalamNegeri dan Hal Ehwal Pengguna

No 13, Persiaran PerdanaPresint 2, Pusat Pentadbiran

Kerajaan Persekutuan62623 Putrajaya

[email protected]

LAMAN WEB KPDN & HEPwww.kpdnhep.gov.my

LAMAN WEB FOMCAwww.fomca.org.my

E-ADUANhttp://e-aduan.kpdnhep.gov.my

SMS E-ADUAN32255

HOTLINE KEMENTERIAN1-800-886-800

DICETAK OLEH

Percetakan Asas Jaya (M) Sdn Bhd

Artikel yang disiarkan dalam Buletin Pengguna initidak semestinya mencerminkan pendirian dan dasar

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal EhwalPengguna atau FOMCA.

Ia merupakan pendapat penulis sendiri.

BULETINPENGGUNA

Masa selama berjam-jam yang dihabiskan oleh golongan remaja untuk menonton TVdan bermain permainan video boleh membawa kepada masalah kemurungan. Iniberdasarkan satu kajian yang diterbitkan oleh sekumpulan penyelidik di Amerikadalam Archives of General Psychiatry Journal.

Para penyelidik mengkaji pendedahan media elektronik terhadap 4,142 remajayang tidak mempunyai masalah kemurungan. Kajian tersebut dijalankan pada tahun1995, sebelum DVD dan internet digunapakai secara meluas. Remaja-remaja tersebutdiberikan pendedahan media sebanyak 5.68 jam sehari, termasuk 2.3 jam menontonTV, 2.34 jam mendengar radio, 0.62 menonton kaset video, dan 0.41 jam bermainpermainan video.

Tujuh tahun kemudian, apabila remaja-remaja tersebut menjangkau usia dalamlingkungan 21.8 tahun, 308 (7.4%) daripada mereka telah mengalami gejala-gejalaberkaitan kemurungan. Menurut ketua penyelidik kajian tersebut, Brian Primackdari University of Pittsburgh School of Medicine, subjek-subjek mempunyai kebarangkalianyang lebih untuk mengalami kemurungan bagi setiap satu jam lebih masa menontonTV. Tambahan pula, mereka yang mempunyai jumlah pendedahan media yang tinggilebih cenderung untuk mengalami kemurungan.

Berbanding dengan golongan wanita muda, golongan pemuda lelaki didapatilebih cenderung untuk mengalami gejala-gejala kemurungan apabila terdedah kepadajumlah media elektronik yang sama. Kajian itu turut menjelaskan bahawa kemurungan,penyebab utama kecacatan non-fatal di dunia, sering bermula pada zaman remaja.

Kajian turut membuktikan bahawa masayang diluangkan untuk media elektronik telahmenggantikan masa aktiviti sosial dan sukanyang boleh menjadi pelindung terhadapkemurungan. Pesanan yang disalurkan melaluimedia elektronik boleh menggalakkankeganasan, ketakutan ataupun kerisauan, danmembantut pembangunan identiti individu.Tambahan pula, pendedahan media padawaktu malam juga akan menjejaskan masatidur yang penting untuk perkembanganemosi dan kognitif.

Sebagai langkah pencegahan, kajian inimenyarankan pesakit untuk menyertai aktivitiyang menggalakkan hubungan sosial dankemahiran sebagai faktor pelindungkemurungan.

semasa

TV dan permainanvideo meningkatkanrisiko kemurungan(depresi) remaja

Page 3: buletin pengguna 0901d - KonsumerKINI

JAN 09 > 3

Kerajaan telah melancarkan semula Kempen Beli BaranganBuatan Malaysia pada 16 Januari 2009. Para penggunaMalaysia disarankan menyokong Kempen ini sebagai langkahuntuk meminimumkan impak kemelesetan ekonomi duniaterhadap penduduk Malaysia.

Apabila pengguna membeli barangan buatan Malaysia, iaakan membolehkan syarikat- syarikat Malaysia menghasilkanlebih banyak barangan dan perkhidmatan untuk pasaran. Inijusteru dapat memastikan kedudukan syarikat yang lebihkukuh, pengekalkan pekerja-pekerja, dan juga pengambilanpekerja baru.

Untuk menjayakan Kempen ini, beberapa langkah harusdiambil.

Mengenali barang buatan Malaysia

• Pengguna perlu mengenali perbezaan di antara barangantempatan dan barangan yang diimport. Seringkali, banyakbarangan yang diimport turut dianggap sebagai hasiltempatan. Oleh itu, penggunaan label “Buatan Malaysia”menjadi rujukan untuk memberi gambaran yang jelas akanbarangan dan perkhidmatan Malaysia. Berdasarkanpengetahuan itu, pengguna boleh membuat pilihan.

• Pengguna Malaysia perlu mengikis persepsi bahawa produkimport adalah lebih baik daripada barangan tempatan.Ramai pengguna mempunyai persepsi bahawa baranganimport lebih berkualiti berbanding dengan barangantempatan.

Sebagai contoh, “house brand” yang dijual oleh beberapapasar raya adalah hampir sama dari segi kualiti berbandingdengan barangan yang berjenama terkenal. Namunpengguna tidak mahu mencuba jenama ini walaupunharganya kadang-kadang 30% lebih rendah daripadajenama yang terkenal. Apabila ditanya apakah kelebihanjenama yang terkenal, mereka tidak dapat memberikansebab yang logik atau munasabah. Oleh itu penggunaMalaysia harus bersedia untuk mencabar kepercayaan diriyang tidak memberi manfaat dan tidak menguntungkan

ekonomi negara. Sekurang-kurangnya mereka harusbersikap terbuka terhadap barangan dan perkhidmatantempatan.

• Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat persepsi bahawabarangan yang diimport adalah lebih berkualiti daripadabarangan tempatan. Adakah persepsi ini benar? Penggunaharus diberi keyakinan bahawa barangan tempatan jugaadalah sama ataupun lebih baik daripada barangan import.Salah satu cara bagi industri tempatan untuk membinaimej yang positif terhadap jenama mereka ialah denganmematuhi standard berkaitan barangan mereka. Merekaharus mendapatkan akreditasi daripada SIRIM untukmembuktikan barangan mereka mematuhi standardMalaysia dan mempunyai mutu yang tinggi. Akreditasioleh institusi yang bebas dan profesional ini memberikankeyakinan kepada pengguna terhadap keselamatan dankualiti barangan.

Menyokong industri tempatan

Kebanyakan barangan dan perkhidmatan di Malaysia dibuatoleh industri kecil dan sederhana (IKS). Apabila penggunaMalaysia menyokong barangan dan perkhidmatan mereka dalamkeadaan ekonomi lembab ini, syarikat kecil ini bukan sahajadapat terus beroperasi, tetapi juga akan tumbuh dengan baik.Mereka dapat terus mengekalkan pekerja mereka ataumenambah kapasiti pengeluaran dengan mengambil pekerjabaru. Pekerja yang sedia ada dan pekerja yang baru ini akanmembelanjakan pendapatan mereka untuk barangan danperkhidmatan tempatan yang lain. Secara tidak langsung iniakan menyokong pekerja dan syarikat tempatan yang lain.

Jika pengguna Malaysia tidak menyokong barangan danperkhidmatan tempatan, maka terdapat risiko syarikat-syarikat tempatan terpaksa mengurangkan atau menghentikanpengeluaran. Apabila ini berlaku, mereka terpaksamemberhentikan pekerja. Apabila ramai penduduk tidakmempunyai pekerjaan dan pendapatan, mereka terpaksabergantung kepada orang lain, atau lebih teruk lagi mengalamikemiskinan dan kesengsaraan.

isu pengguna

KEMPEN BELIBARANGANBUATANMALAYSIA

.. ke muka 4

Page 4: buletin pengguna 0901d - KonsumerKINI

4 < JAN 2009

Pada masa kini terdapat pengguna dan keluarganya yangterpaksa makan dengan berkurangan kerana tidak mempunyaipendapatan tetap. Ada yang tidak mampu membayar ansuranrumah dan rumahnya ditarik oleh bank atau institusikewangan. Ada keluarga yang tidak dapat meneruskanpendidikan anak mereka. Ini adalah kesan-kesan negatifapabila ekonomi menguncup dan syarikat terpaksa ditutup.

Walaupun Malaysia belum lagi menerima kesan yang terukdaripada kemelesetan ekonomi, namun tidak dapat dinafikanbahawa sekiranya ekonomi antarabangsa tidak dapatmengatasi keadaan ekonomi yang lembab ini, Malaysia jugaakan mengalami keadaan lebih teruk. Sebagai contoh di China,lebih 6 juta orang pekerja telah kehilangan kerja. Di AmerikaSyarikat pula sejumlah 196,600 orang telah kehilangan

pekerjaan, manakala di Eropah jumlah yang hilang pekerjaanadalah seramai 64,500 orang. Setakat ini di Malaysia, lebihdaripada 10,000 orang telah kehilangan pekerjaan. Denganmenyokong industri tempatan, kesan buruk ini dapatdiminimumkan.

Apakah cabaran terhadap Kempen ini?

Cabaran yang paling serius terhadap kempen beli baranganMalaysia ini adalah situasi ekonomi yang begitu negatif. Padasetiap hari, apabila seseorang membuka surat khabar, terdapatberita tentang beribu atau beratus-ratus ribu orang yanghilang pekerjaan. Walaupun kebanyakannya berlaku di luarnegara, ia turut memberikan satu gambaran dan imej yangcukup negatif terhadap pembangunan negara kita.

Dalam mengukur sentimen pengguna, indeks yangdikeluarkan oleh Institut Ekonomi Malaysia (MIER)menunjukkan satu kadar yang kurang memberangsangkan,iaitu penurunan kepada 71.4 mata pada suku keempat tahun

2008 berbanding 88.9 mata pada suku ketiga. Ini jelasmenunjukkan bahawa para pengguna Malaysia adalah pesimisterhadap suasana ekonomi. Apabila ini berlaku, satu reaksiadalah untuk mengurangkan perbelanjaan dan menjimatkanwang kerana tidak pasti bilakah keadaan ekonomi akankembali pulih. Para peramal dan ahli ekonomi juga tidakmemberikan gambaran yang positif bila masalah ini akan tamatdan ekonomi akan kembali tumbuh dengan positif.

Terdapat pakar berkata kelembaban ekonomi akan berakhirdalam masa enam bulan. Ada pula yang mengatakan 2 tahun.Bill Gates meramalkan bahawa keadaan akan hanya pulih dalam10 tahun. Apabila pengguna mendengar pandangan ini, yangjelas menunjukkan ketidakpastian dan ketidaktentuan, makamereka akan lebih berwaspada untuk membelanjakan wangmereka. Mungkin, mereka tidak pasti akan keselamatanpekerjaan mereka, dan khuatir apa yang mungkin telah berlaku

kepada rakan mereka yang telah hilang pekerjaan pada bila-bila masa boleh berlaku kepada diri mereka sendiri. Mungkin,mereka khuatir bahawa jika mengalami kecemasan sepertipenyakit dan sebagainya, mereka perlu menggunakan wangsimpanan mereka. Kesan daripada kekhuatiran danketidaktentuan ini, pengguna enggan berbelanja duit padamasa sekarang dan ini akan melembabkan pertumbuhanekonomi negara ini.

Apa yang disyorkan adalah pengguna meneruskanperbelanjaan mereka, tetapi secara yang berhemah, agarekonomi Malaysia boleh terus dijana, pekerja pekerja tidakakan hilang pekerjaan, belia-belia lepasan sekolah daninstitusi pengajian tinggi masih boleh mendapat pekerjaan.Bagi mereka yang kehilangan pekerjaan di satu sektor akanmemperolehi pekerjaan di sektor lain.

Diharapkan apabila pengguna Malaysia menyokong KempenBeli Barangan Buatan Malaysia, impak negatif kemelesetanekonomi dunia dapat diminimumkan.

“Walaupun Malaysia belum lagi menerima kesan yang teruk daripada kemelesetanekonomi, namun tidak dapat dinafikan bahawa sekiranya ekonomi antarabangsatidak dapat mengatasi keadaan ekonomi yang lembab ini, Malaysia juga akanmengalami keadaan lebih teruk. “

dari muka 3 ...

Page 5: buletin pengguna 0901d - KonsumerKINI

JAN 09 > 5

• Kajian mengenai kesan perubahan cuaca kepada hutandan juga penghuninya akan menjadi sebahagian daripadatindakan untuk memelihara kawasan ini. Ini juga patutdijalankan dengan kapasiti penyelidikan yang baik melaluipakar-pakar yang sesuai. Terdapat satu keperluan untukmembangunkan kepakaran di dalam negara sertamenjalinkan semua penyelidikan untuk kebaikan bersama.

• Kebanyakan rekabentuk infrastruktur adalah lama dan iamemerlukan pembaikan dalam konteks iklim melampau.Kapasiti operasi mungkin tidak dapat menampungperubahan yang sedang berlaku sekarang. Struktur-strukturini mungkin tidak dapat menampung peningkatan airpermukaan (surface run-off) dan akan memberikan impaknegatif kepada penghuni tempatan. Pada masa yang sama,lebih banyak kejadian tanah runtuh boleh berlaku keranakestabilan cerun banyak bergantung kepada kandunganair dalam tanah.

• Struktur bangunan pula perlu dikaji, perubahan iklim bolehmenyebabkan keretakan pada struktur yang bolehmemberikan kelemahan pada kekuatan bangunan.Tambahan pula, di Malaysia gegaran disebabkan gempabumi semakin dirasai. Kajian-kajian sedang dijalankanuntuk melihat kepada hubungkait antara perubahan cuacadan plat tektonik (plat-plat yang membentuk bumi).

• Kita juga patut melihat kesan perubahan cuaca kepadasektor pertanian. Hasil yang sekata memastikan bekalanyang mencukupi. Walaubagaimanapun, perubahan cuacaboleh memberikan kesan kepada kapasiti penghasilan danboleh menyebabkan gangguan bekalan makanan.

• Industri air dirawat juga perlu peka akan impak iklimmelampau seperti hujan yang lebat dan juga kemarau yangpanjang ke atas bekalan air mentah.

PERUBAHANIKLIM!Kita perlu bersedia

Pemanasan global memerlukan kita untuk menangani kesanperubahan cuaca. Tetapi, sebahagian besar lapisan masyarakatMalaysia tidak sedar ataupun bersedia untuk menghadapiperubahan yang tidak diduga ini.

Kita perlu mula merekod iklim yang keterlaluan dankekerapannya di kawasan-kawasan yang berisiko tinggi. Inidapat membantu agensi-agensi yang terlibat secara langsungdan tidak langsung dalam mengurangkan kesan perubahancuaca. Ini juga meliputi kerja-kerja infrastruktur seperti salirandan aktiviti pihak berkuasa tempatan untuk menghadapiperubahan ini serta meminimumkan kesannya kepada rakyat.

Terdapat bukti yang kukuh bahawa kita tidak dapatmengadaptasikan diri kita kepada perubahan cuaca. Kesannyayang tidak dapat di kawal kadang-kadang boleh mengatasipersediaan kita. Kita hanya boleh mengambil langkah untukmenangani kesan daripada perubahan cuaca sahaja.

Bagaimana kita boleh melakukannya?

• Perubahan keadaan cuaca mesti direkodkan denganmenggunakan pengkalan data yang cekap untukmerekodkan perubahan seperti tiupan angin, kemarau, arasair bawah tanah, banjir, kelebatan hujan, pengawasankawasan berisiko tanah runtuh dan sebagainya. Data-dataini diselaraskan dengan kawasan-kawasan yang mempunyaikesamaan geografi dan juga berkemungkinan mengalamimasalah yang sama. Melalui kaedah ini tindakan mengatasikesan iklim melampau ini mungkin dapat dikurangkan.

• Perubahan cuaca juga mengakibatkan kesan yangmemudaratkan ekosistem kita. Haiwan dan tumbuhansangat peka terhadap perubahan persekitaran yangmendadak. Adalah penting untuk mengkaji perubahan dihutan-hutan kawasan tanah tinggi dan tanah rendah danbagaimana flora dan fauna menyesuaikan diri kepadaperubahan ini.

alam sekitar

.. ke muka 6

Page 6: buletin pengguna 0901d - KonsumerKINI

6 < JAN 2009

perumahanMembeli rumah merupakan salah satu pelaburan yang palingpenting dan besar dalam kehidupan seseorang individu. Akantetapi, proses-proses yang terlibat seperti menandatanganiperjanjian jual beli, penglibatan peguam, yuran guaman danduti setem boleh mengelirukan. Aduan-aduan perumahan yangditerima oleh NCCC telah meningkat sebanyak 31.6% dari tahun2006 hingga 2007 dan ini jelas menunjukkan bahawa masihterdapat pemaju perumahan yang melanggar undang-undangdan menipu pengguna.

Terdapat pelbagai jenis aduan perumahan yang diterimadan salah satunya yang paling ketara ialah kualiti kerja yangtidak memuaskan. Pembeli biasanya memeriksa rumah merekasemasa dalam jangkamasa liabiliti 18 bulan untukmemaklumkan kepada pemaju sebarang masalah yangmemerlukan pembaikan. Dari aduan yang diterima, didapatikebanyakan pemaju menjalankan kerja pembaikan dengansambil lewa dan justeru mengabaikan aspek keselamatan.

Menurut Undang-Undang Pemaju Perumahan 1989,peraturan 26 (jangkamasa liabiliti kerosakan), sebarangkerosakan unit dalam 18 bulan pertama selepas penyerahanadalah di bawah tanggunjawab pemaju untuk membaikinyadalam masa 30 hari selepas menerima notis bertulis pembeli.Jika pemaju gagal berbuat demikian, pembeli berhak menuntutbalik kos pembaikan kerosakan yang telah dibayarnya.

Contoh perlaksanaan pengurangan kesan perubahan iklim sememangnya wujud.Environment Canada memastikan komunikasi yang kerap kepada pegawai-pegawaiperingkat daerah untuk memastikan penyampaian informasi yang tepat dan cepat.Terdapat juga laman web yang sedia ada untuk mendidik masyarakat untuk bersiapsedia dan senantiasa peka terhadap perubahan untuk mengelakkan sebarang keadaanyang tidak diingini. Walaupun kejadian di Kanada dan Malaysia jauh berbeza, tetapicara informasi disebarkan dan kecekapan perlaksanaan boleh digunakan.

Tindakan sebegini juga akan memastikan rakyat bersedia dan mengurangkankehilangan nyawa atau kecederaan jika berlaku kejadian yang tidak diingini.

Kita patut memfokuskan usaha-usaha penggabungan secara menyeluruh untukmengatasi kesan perubahan cuaca. Setiap langkah yang di ambil sekarang bolehmenyelamatkan banyak nyawa di masa depan. Masa depan terletak di tangan anda.

ruang nccc

Salah satu masalah perumahan yang sering diterima ialahpenyerahan lewat. Menurut Peraturan 23(2) dalam Undang-Undang Pemaju Perumahan, pemaju seharusnya memberipampasan kepada pembeli tetapi realitinya ia jarang belaku.Tambahan pula dalam Peraturan 23(4), ia menyatakan bahawauntuk tujuan menuntut pampasan di Tribunal TuntutanPerumahan, tuntutan tersebut harus dibuat tidak lewat dari12 bulan penyerahan CF atau tarikh luput jangkamasa liabilitikerosakan.

Dari segi yuran tempahan yang sering dikenakan olehpemaju, kebanyakannya tidak memberikan pemulangan balikwang kepada pembeli yang telah membatalkan pembelianmereka. Di bawah peraturan 11(2), sebarang yuran tidakseharusnya dikenakan oleh pemaju selain dari menandatanganiperjanjian jual dan beli.

Pihak NCCC juga seringkali menekankan kepentinganperlaksanaan konsep bina dan jual supaya pengguna tidakterjerumus dalam masalah rumah terbengkalai tetapi pihakpemaju tidak menunjukkan minat dan juga kurang dorongandari pihak kerajaan. Secara keseluruhan, NCCC berharap agarpolisi, undang-undang dan penguatkuasaan dapatdipertingkatkan untuk melindungi kebajikan penggunadengan lebih berkesan.

dari muka 5 ...

Page 7: buletin pengguna 0901d - KonsumerKINI

JAN 09 > 7

Apakah perancangan kewangan?Perancangan kewangan berkait rapat dengan apa yang

anda mahu lakukan dalam kehidupan anda, seperti berkahwin,mempunyai anak, membeli rumah atau kereta. Menerusiperancangan kewangan, anda akan melihat cara perbelanjaananda, dan mempelajari cara untuk merancang dan membuatanggaran belanjawan untuk mencapai hasrat anda.

Kebaikan perancangan kewanganApabila anda mempunyai satu perancangan kewangan

persendirian yang baik, anda akan lebih mengenali keperluanmasa depan anda dan sumber yang anda miliki. Keadaankewangan anda adalah di bawah kawalan anda. Antara kebaikanperancangan kewangan adalah;

• lebih pengawalan ke atas urusan kewangan

o dapat mengelakkan perbelanjaan yang berlebihan,hutang yang tidak dapat dijelaskan, bankrap ataukebergantungan kepada orang lain.

• jalinan hubungan sosial yang lebih baik

o tidak perlu meminjam

o hubungan yang lebih baik dengan kawan-kawan, ahlikeluarga dan rakan sekerja, kerana anda gembiradengan kehidupan anda dan anda tidak perlumeminjam wang daripada orang lain atau mengharapkanbantuan orang lain.

• bebas dari kebimbangan kewangan

o kerana anda telah merancang untuk kehidupan masadepan, membuat anggaran tentang perbelanjaan danmencapai tujuan anda di dalam kehidupan.

• mengambil berat tentang orang kesayangan anda

o berkesan dalam mencapai, mengguna dan melindungisumber kewangan anda menerusi kehidupan andasepanjang hayat, bukan sahaja untuk anda tetapi jugauntuk orang kesayangan anda.

Langkah – langkah dalam perancangankewangan

Terdapat 5 langkah dalam perancangan kewangan:

1. Memahami keadaan kewangan semasa anda• Anda perlu memahami keadaan kewangan anda dengan

mengambil kira semua aset dan tanggungan yang andamiliki.

• Aset ialah apa yang anda miliki, termasuklah wangtunai, simpanan, atau saham dalam sebuah syarikat.

• Tanggungan ialah apa yang anda berhutang, termasuksemua jenis pinjaman atau hutang kad kredit .

• Anda dapat mengetahui keadaan kewangan andadengan mengambil kira semua aset dan tanggunganyang anda miliki, untuk melihat sama ada andaberhutang atau tidak berhutang.

2. Menetapkan satu matlamat kewangan andaDi pelbagai peringkat di dalam kehidupan anda, terdapatkeutamaan, tanggungjawab dan tujuan kewangan yangberlainan. Setiap peringkat kehidupan anda mempunyaipeluang melabur dan cabaran yang berbeza. Semasaperingkat kehidupan anda berubah, begitu juga dengankeperluan dan tujuan anda. Perancangan kewanganmembolehkan anda bersedia untuk mencapai kejayaandalam matlamat tersebut.

3. Membuat satu perancangan kewanganSeterusnya anda perlu membuat satu perancangankewangan yang sesuai untuk keadaan kewangan danmatlamat kewangan anda. Perancangan tersebuthendaklah:• Mengikut kemampuan pendapatan bulanan anda.• Tidak mengganggu wang simpanan.• Menyimpan untuk tabung kecemasan.

kewangan

PerancanganKewanganPersendirian

.. ke muka 10

Page 8: buletin pengguna 0901d - KonsumerKINI

8 < JAN 2009

Objektif

Pelajar akan mengetahui kaedah untuk membuat aduanmenerusi surat dan melalui telefon.

Jangkamasa

50 minit

Aktiviti

a) Kemukakan soalan kepada pelajar “Apakah pengguna bolehlakukan jika mereka mempunyai masalah dengan barangandan perkhidmatan?” Pengguna seharusnya mendapatkanhak mereka menuntut ganti rugi atau membaiki barangandan perkhidmatan apabila produk tersebut :

i) rosak

ii) tidak bertepatan dengan keperluan yang dikehendaki.

iii)berlainan daripada contoh produk yang dipamerkan.

b) Kemukakan soalan kepada pelajar ” Di mana kita perlu pergisekiranya aduan tidak dapat diselesaikan secara muafakatdengan penjual/peniaga?

c) Berikan satu contoh kes kepada pelajar dan minta pelajarsediakan satu surat aduan. Surat tersebut harus mempunyaiperkara seperti berikut:-

i) menjelaskan secara terperinci tentang kejadian

ii) bila pengguna membeli produk tersebut

iii) berapa harga yang dibayar

iv) apakah yang pengguna ingin minta daripada pengadu

v) apakah pengguna tahu tentang hak dantanggungjawab mereka.Contohnya undang-undangyang berkaitan.

Surat tersebut boleh dipermudahkan dan dihantar menerusiemail atau ruangan e-aduan seperti yang disediakan di dalamlaman web KPDNHEP di www.kpdnhep.gov.my.

d) Senaraikan maklumat lengkap kepada pelajar agensi-agensiyang terlibat untuk mengemukakan aduan seperti:

i) Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM)

ii) Tribunal Tuntutan Perumahan (TTPR)

iii) Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)

iv) Biro Pengantaraan Kewangan

v) Bank Negara

vi) Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi (MCMC)

vii)Semua agensi kerajaan Penguatkuasaan

Penilaian

• Pelajar dapat mengetahui fungsi dan peranan setiap agensipenguatkuasaan yang melindungi pengguna.

• Mengetahui isu-isu pengguna menerusi laman web agensidan saluran bagi mengemukakan aduan berdasarkan kes.

kelab pengguna

AKTIVITIBAGAIMANACARA UNTUKMEMBUATADUAN

Page 9: buletin pengguna 0901d - KonsumerKINI

JAN 09 > 9

Penyakit jantung merupakan penyakit pembunuh nombor satudi Malaysia. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)dalam laporannya Mortality Country Fact Sheet 2006, penyakitkardiovaskular menyumbang kepada 11% daripada jumlahkematian di Malaysia.

Bagaimana caranya untuk mengelak daripada penyakitserangan penyakit jantung? Berikut adalah beberapa petua-petua utama untuk melindungi jantung anda;

Tingkatkan kolesterol baik (HDL) anda danturunkan tahap trigliserida (lemak)

Kebanyakan orang berusaha untuk menurunkan tahapkolesterol mereka tetapi tahap HDL yang tinggi didapatimelindungi jantung anda dari penyakit. Sementara itu,trigliserida yang tinggi adalah faktor utama bagi penyakitjantung. Jikalau digabungkan, trigliserida yang tinggidengan HDL yang rendah membawa lebih risiko daripadanisbah HDL dengan LDL. Tahap HDL boleh ditingkatkan dengansenaman dan lemak omega-3. Trigliserida pula bolehdikurangkan dengan melakukan senaman dengan kerap.

Memeriksa tahap zat besiBesi merupakan agen pengkarat semulajadi. Oleh itu,

jikalau terdapat tahap melampau dalam badan anda akanmenghadapi risiko pengoksidaan yang tinggi yang akanmembawa kepada penuaan awal. Besi berlebihan jugameningkatkan risiko penyakit jantung. Anda sebaiknya perlumemeriksa tahap zat besi anda, dan jikalau terlalu tinggi,cara yang paling senang untuk mengurangkannya ialah denganmenderma darah. Jika anda tidak boleh menderma darah,terdapat juga prosedur therapeutic phlebotomy, iaitupengeluaran darah dari vena.

Mengimbangi tahap insulinTahap insulin yang tinggi boleh membawa kepada masalah

rintangan insulin, salah satu faktor utama penyakit jantung.Untuk mengimbangi tahap insulin anda, buat senamandengan kerap dan juga elak dari makanan bergula.

Pastikan mulut anda sihatPenyakit gusi juga boleh mengakibatkan serangan penyakit

jantung disebabkan bakteria seperti Streptococcus sanguis (S.sanguis) and Porphyromonas gingivalis (P. gingivalis) yang bolehmengakibatkan penggumpalan platlet darah. Oleh itu, pastikananda sentiasa menjaga kebersihan dan kesihatan gigi, gusi,dan mulut anda.

Perubahan gaya hidup yang senang untukkesihatan jantung anda

Bersama dengan panduan di atas, tiga cadangan di bawahjuga boleh membantu meningkatkan kesihatan jantung anda:

• Lebihkan bersenam. Ia lebih berkesan daripada segala jenisubat untuk merawat penyakit jantung dan seharusnyadijadikan pertahanan pertama anda terhadap seranganpenyakit jantung.

• Kurangkan pengambilan makanan berkarbohidrat tinggiseperti makanan berasaskan jagung (minuman berasaskansirap jagung seperti minuman ringan/bergas), ubi, danmakanan bergula tinggi.

• Kawal tahap stres (tekanan) anda dengan aktiviti-aktivitirekreasi, mendengar muzik, dan sebagainya.

kesihatan

MENCEGAHSERANGANSAKITJANTUNG

Page 10: buletin pengguna 0901d - KonsumerKINI

10 < JAN 2009

Brokoli merupakan salah satu daripada sayuran yangmempunyai kandungan vitamin dan mineral yang palingbanyak. Ia tergolong dalam keluarga kobis, iaitu kumpulansayur cruciferous. Antara zat-zat yang ketara ialah vitamin C,vitamin A, asid folik, kalsium, dan serat. Walaupun kandungankalsiumnya tidak setanding segelas susu, tetapi brokolimerupakan sumber kalsium bagi mereka yang tidak memakanproduk tenusu. Kalsium bukan sahaja membina tulang yangkuat, malah memainkan peranan penting dalam mengawaltekanan darah tinggi, dan juga membantu dalam mencegahkanser kolon (usus).

Beta-karotin dan vitamin C adalah antioksidan pentingyang dikaitkan dengan menurunan risiko untuk pelbagaipenyakit, termasuk katarak, penyakit jantung, dan beberapajenis kanser.

Brokoli juga merupakan sumber serat yang kaya, danseparuh daripada kandungan seratnya adalah serat larut danseparuh lagi adalah tidak larut; dengan itu memenuhikeperluan untuk kedua-dua jenis. Seperti sayur cruciferousyang lain, brokoli mengandungi dua fitokimia yang penting– indoles dan isothiocyanates. Penyelidik dari Johns HopkinsUniversity School of Medicine di Baltimore telah berjayamengasingkan sejenis isothiocyanate dari brokoli iaitusulforaphane, yang meningkatkan aktiviti enzim dalam badan

dari muka 7 ...

khasiat tanaman

BROKOLI:mempunyaiVitamin danMineral yang banyak

yang menentang agen penyebab kanser.

Nilai zat brokoli segar dan dimasakSaiz hidangan: ½ cawanKalori .............................................................. 27Lemak .......................................................... <1 gLemak tepu .................................................... 0 gKolesterol ..................................................... 0 mgKarbohidrat .................................................... 6 gProtein .......................................................... 2 gSerat .............................................................. 2 gSodium ...................................................... 32 mgVitamin A ................................................ 1207 IUVitamin C ................................................... 49 mgRiboflavin .................................................. <1 mgVitamin B6 ................................................. <1 mgAsid Folik ........................................ 84 mikrogramKalsium ...................................................... 31 mgBesi ............................................................. 1 mgMagnesium ................................................. 16 mgMangan ...................................................... <1 mgKarotinoid ................................. 1,567 mikrogram

Sumber: Publications International, Ltd., the Editors of. ”Broccoli.” 15 March 2007.

4. Melaksanakan perancangan kewangan andaAnda perlu mengikut bajet yang telah anda buat untukmencapai matlamat kewangan anda. Sebarangpenangguhan akan melambatkan proses mencapaimatlamat kewangan anda.

5. Memantau dan menilai perancangan kewangan andaMengamalkan satu perancangan kewangan yang baikdengan sentiasa menyemak keadaan kewangan dan nilaibersih harta anda. Anda mungkin perlu mengubahperancangan anda dengan perubahan dalam kehidupananda atau perubahan semasa masyarakat.

KesimpulanKita perlu hidup mengikut kemampuan kita. Apabila kita

hidup mengikut kemampuan kita, kita telah membuatperbelanjaan mengikut wang yang kita ada. Pada masa yangsama, kita menyimpan wang kita untuk mencapai matlamatkewangan kita. Selain itu, kita juga kena membezakan apaitu keperluan dan kemahuan dalam hidup kita. Hanya belibarang keperluan seperti makanan dan kurangkan membelikemahuan seperti jam tangan atau kamera. Dengan ini, kitadapat berdikari dari segi kewangan dan bebas daripadahutang.

Page 11: buletin pengguna 0901d - KonsumerKINI

JAN 09 > 11

Infrastruktur yang sedia ada untukkeselamatan produk kanak-kanak

Pembangunan Standard – membantu mengenalpastiperalatan yang selamat dan yang tidak selamat.

Jabatan Standard Malaysia (STANDARDS MALAYSIA) telahmenubuhkan Jawatankuasa Teknikal atau Technical Committee(TC) untuk membangunkan standard bagi produk kanak-kanak.TC ini ditadbir dan diselenggara oleh SIRIM Berhad. BeberapaTC dan kumpulan kerja, Working Group (WG) lain jugamembangunkan standard keselamatan berkaitan denganproduk kanak-kanak.

Beberapa standard keselamatan yang telah dibangunkandan berkaitan keselamatan produk kanak-kanak adalah (tetapitidak terhad kepada):• MS 966 : Bahagian 1 (versi Bahasa Inggeris sahaja)

Peralatan Taman Permainan : Bahagian 1: Spesifikasi bahan• MS 966 : Bahagian 2 (versi Bahasa Inggeris sahaja)

Peralatan Taman Permainan : Bahagian 2: KeperluanKeselamatan Am

• MS 1727 (versi Bahasa Inggeris sahaja)Topi perlindungan impak bagi kanak-kanak

• MS 1725 : 2004 (versi Bahasa Inggeris sahaja)Keselamatan alat permainan elektrik

• MS ISO 8124-1 (versi Bahasa Inggeris sahaja)Keselamatan alat permainan – Bahagian 1: Keselamatanalat permainan berkaitan ciri-ciri mekanikal dan fizikal.

• MS ISO 8124-2 (versi Bahasa Inggeris sahaja)Keselamatan alat permainan – Bahagian 2: Ciri-cirikebolehan terbakar

• MS ISO 8124-3 (versi Bahasa Inggeris sahaja)Keselamatan alat permainan – Bahagian 3: Penghijrahanbahan-bahan

• MS 735 : 1996 (versi Bahasa Inggeris sahaja)Spesifikasi botol untuk kegunaan menyuap / menyusu(kanak-kanak / bayi)

• MS 1726 : 2004 (versi Bahasa Inggeris sahaja)Kod amalan bagi rekabentuk dan pengeluaran pakaiankanak-kanak yang menyokong keselamatan mekanikal.

dari muka 12 ...

Standard Malaysia berkaitan produk kanak-kanak yangakan dijadikan mandatori adalah:

1. MS ISO 8124-1 : Keselamatan alat permainan – Bahagian1: Keselamatan alat permainan berkaitan ciri-ciri mekanikaldan fizikal.

2. MS ISO 8124-2 : Keselamatan alat permainan – Bahagian2: Ciri-ciri kebolehan terbakar

3. MS ISO 8124-3 : Keselamatan alat permainan – Bahagian3: Penghijrahan bahan-bahan

4. MS 1725 : 2004 : Keselamatan alat permainan elektrik

5. MS 1774 : Bahagian 4 : Keselamatan alat permainan –Bahagian 4: Set ujian kimia dan aktiviti berkaitan

6. MS 1774 : Bahagian5 : Keselamatan alat permainan –Bahagian 5: Alat permainan kimia selain daripada set ujiankimia

7. MS 1774 : Bahagian 6 : Keselamatan alat permainan –Bahagian 6: Simbol grafik bagi pelabelan amaran umur

Alat permainan yang tidak mematuhi keperluan standardtersebut di atas tidak dibenarkan dijual di Malaysia. Ini jugatermasuk alat permainan ’second hand’ atau terpakai,penjualannya melalui internet, jualan langsung, diberikansebagai ganjaran, tawaran atau secara percuma bersamaproduk lain seperti makanan segera dan snek.

KPDNHEP, Jabatan Standard Malaysia bersama-sama denganagensi-agensi kerajaan yang berkaitan dan PersatuanPengguna-Pengguna Standard Malaysia (Standards Users) akanmeninjau keperluan standard mandatori bagi produk kanak-kanak dari masa ke semasa.

Sumbangan: Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia

‘Aqua Dots’ telah ditarik balik dari pasaran pada tahun2007 kerana bahan kimia ini telah menyebabkan kanak-kanak terlantar di hospital selepas tertelan ’aqua dots’tersebut. Lapisan ’dots’ akan bertukar kepada sejenisdadah iaitu GHB, atau gamma-hidroksi butirat selepasditelan. Pada dos yang tinggi GHB boleh menyebabkanseseorang menjadi koma.

Kereta jip ‘Sarge’ adalah salah satu jenis permainanyang ditarik balik kerana isu Pb pada tahun 2007

Page 12: buletin pengguna 0901d - KonsumerKINI

12 < JAN 2009

TTTTTALIAN ALIAN ALIAN ALIAN ALIAN ADUADUADUADUADUAN PENGGUNAN PENGGUNAN PENGGUNAN PENGGUNAN PENGGUNA BEBA BEBA BEBA BEBA BEBAS AS AS AS AS TTTTTOL :OL :OL :OL :OL : 1-800-886-8001-800-886-8001-800-886-8001-800-886-8001-800-886-800 SMS: SMS: SMS: SMS: SMS: 32255 32255 32255 32255 32255 E-ADUE-ADUE-ADUE-ADUE-ADUAN:AN:AN:AN:AN: http://e-aduan.kpdnhehttp://e-aduan.kpdnhehttp://e-aduan.kpdnhehttp://e-aduan.kpdnhehttp://e-aduan.kpdnheppppp.g.g.g.g.gooooovvvvv.m.m.m.m.myyyyy

Setiap tahun di Amerika Syarikat, Kumpulan PenyelidikBerkaitan Orang Awam atau US Public Interest Research Group(PIRG) menerbitkan laporan status keselamatan alatpermainan kanak-kanak di Amerika Syarikat.

Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna AmerikaSyarikat atau US Consumer Product Safety Commission (US CPSC)juga memberikan maklumat kepada orang awam tentangsebarang produk yang tidak selamat di pasaran dan telahditarik balik. Maklumat tersebut juga merangkumi keteranganuntuk pengguna bagaimana menghantar balik produk terbabitdan mendapatkan pampasan jika ada.

USCPSC dan agensi penguatkuasa di negara yang telahmembangun seperti di Australia, Jepun dan Korea mempunyaikawalan keselamatan yang lebih mantap dan berkesanberbanding Malaysia berkaitan produk untuk kanak-kanak.

Status keselamatan peralatan untuk kanak-kanak dan bayi

Di Malaysia pula tiada agensi kerajaan yang mempunyaibidang kuasa yang jelas terhadap keselamatan produk untukkanak-kanak. Sehingga tahun 2008 tiada sebarang peraturanatau akta bagi menguatkuasakan keperluan atau standardkeselamatan bagi sebarang peralatan kanak-kanak sehinggalahKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal EhwalPengguna (KPDNHEP) dengan sokongan Jabatan StandardMalaysia (STANDARDS MALAYSIA) dan Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia akan melaksanakan PeraturanKeselamatan Alat Permainan Kanak-Kanak pada tahun 2009.

Perlaksanaan peraturan ini menjadi sangat pentingberikutan isu keselamatan alat-alat permainan dengankandungan Plumbum (Pb) tinggi pada tahun 2007. Hampirsatu billion alat-alat permainan kanak-kanak terpaksa ditarik

balik daripada pasaran kerana kandungan Plumbum di dalampewarna yang digunakan untuk membuat alat-alat permainantersebut melebihi had keselamatan.

Di Malaysia, data kecederaan atau insiden keselamatandisebabkan produk kanak-kanak termasuk alat permainan sukardiperolehi. Ini adalah kerana ia tidak menjadi satu keperluanbagi profesional perubatan atau pentadbir hospital atau klinikuntuk merekod atau melaporkan insiden tersebut. Inimenyukarkan usaha menjustifikasi keperluan standardkeselamatan atau menjadikan sesuatu standard keselamatanmandatori dan dikuatkuasakan oleh undang-undang.

standard

KeselamatanProdukKanak-Kanak –Bahagian 1

Rocker bayi

Walker bayi

Harness - penyokonguntuk mendukungbayi

.. ke muka 11