buku peraturan sekolah_contoh

35

Upload: zainal-amry-zainy

Post on 01-Feb-2016

67 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

cover

TRANSCRIPT

Page 1: Buku Peraturan Sekolah_Contoh
Page 2: Buku Peraturan Sekolah_Contoh

PROFIL MURID

NAMA : _________________________________________________________

NO KP / SIJIL LAHIR: __________________________________________________

NO PENDAFTARAN SEKOLAH : ________________________________________

NAMA IBU BAPA/ PENJAGA : __________________________________________

ALAMAT : ___________________________________________________________

_____________________________________________________________________

NO TELEFON : (R) : __________________________

(HP) : __________________________

TAHUN KELAS NAMA GURU KELAS

Catatan : Buku peraturan ini hendaklah dibawa pada setiap hari persekolahan. Meninggalkannya/ menghilangkannya / merosakkanya dan menconteng buku peraturan ini adalah menjadi satu kesalahan.

PUNCA KUASA

Page 3: Buku Peraturan Sekolah_Contoh

BUKU PERATURAN SEKOLAH DILAKSANAKANSurat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9 / 1975

Disiplin di SekolahPeraturan-peraturan Sekolah untuk Murid-Murid

Para 4. Peraturan-peraturan Sekolah, ( School Rules) yang Bertulis untuk Murid-Murid :

Tindakan oleh tiap-tiap Sekolah – Lampiran C

Tiap-tiap sekolah hendaklah mempunyai peraturan-peraturan sekolah masing-masing secara bertulis. Peraturan-peraturan itu hendaklah mengandungi maksud yang jelas dan tiap-tiap murid mestilah mengetahuinya. Satu salinan peraturan sekolah hendaklah dipamerkan di tiap-tiap bilik darjah, di bilik guru dan juga di papan kenyataan sekolah. Guru-guru Besar dan Pengetua hendaklah selalu menarik perhatian murid-murid kepada peraturan-peraturan sekolah yang telah digubal itu. Pengawas-pengawas Sekolah/ketua-ketua murid ( School Prefects) mestilah faham benar-benar akan tugas dan tanggungjawab mereka. Tindakan Pengawas ini mestilah mendapat sokongan dari guru-guru dan Guru Besar. Mereka juga hendaklah memahami bahawa perlantikan mereka itu bertujuan membantu pihak yang berkuasa sekolah dalam memelihara tatatertib.

4.1 : ”........Guru-guru Besar dan Pengetua-pengetua hendaklah meneliti semula dan membaharui peraturan-peraturan sekolah mereka dan untuk panduan mereka itu satu senarai satu senarai perkara-perkara yang patut ditimbangkan mengikut keadaan sekolah adalah disertakan dalam lampiran C. Guru Besar boleh juga menimbangkan perkara-perkara lain yang tidak ada dalam senarai itu mengikut keadaan sekolah masing-masing

Para 6.Adalah menjadi tanggungjawab semua guru memberi tauladan budi pekerti dan

perangai yang baik kepada murid-murid mereka. Seterusnya adalah menjadi tugas mereka untuk membantu murid-murid supaya mengetahui perbezaan antara tingkah laku yang baik dan yang buruk. Guru-guru hendaklah sentiasa ingat bahawa tiap-tiap murid itu adalah individu yang masih belum matang untuk membuat sesuatu keputusan yang baik.

KATA ALU-ALUAN

(Sekolah masing-masing)

Page 4: Buku Peraturan Sekolah_Contoh

LATAR BELAKANG SEKOLAH

(Sekolah masing-masing)

PROFIL SEKOLAH

(Sekolah masing-masing)

PELAN SEKOLAH

(Sekolah masing-masing)

LENCANA SEKOLAH

COGANKATA SEKOLAH

BENDERA SEKOLAH

ISI KANDUNGAN

Kata-kata AluanLatar Belakang SekolahProfil SekolahPelan SekolahLencana SekolahCogankata SekolahBendera SekolahRukunegaraFalsafah Pendidikan Kebangsaan

Page 5: Buku Peraturan Sekolah_Contoh

Misi SekolahVisi SekolahLagu NegarakuLagu Bangsa JohorIkrar PelajarLagu SekolahDisiplin

A Definisi DisiplinB Matlamat DisiplinC Prinsip-prinsip Asas Disiplin

Etika PelajarATanggungjawab pelajar terhadap diri sendiriB Tanggungjawab pelajar terhadap keluargaC Tanggungjawab pelajar terhadap rakanD Tanggungjawab pelajar terhadap sekolahE Tanggungjawab pelajar terhadap masyarakatF Tanggungjawab pelajar terhadap agamaG Tanggungjawab pelajar terhadap negara

Penguatkuasa PeraturanKuasa Menghukum

PANDUAN PERATURAN SEKOLAH1. Pakaian2. Rambut3. Perhimpunan4. Kebersihan5. Kawasan sekolah6. Sakit7. Kawasan yang dilarang8. Kebersihan

SampahKantinBilik DarjahTandas

9. KeselamatanBeraturWaktu BalikMakmalBilik-bilik Khas

10. Pelawat11. Tidak hadir ke sekolah dan Kelas12. Ketua Murid dan Pengawas13. Waktu Sembahyang14. Waktu Rehat15. Latihan Kebakaran dan Kecemasan16. Bayaran Yuran Tambahan17. Kerosakan Harta Benda Sekolah18. Kegiatan Luar Bilik Darjah (Aktiviti kokurikulum)

Page 6: Buku Peraturan Sekolah_Contoh

RUKUNEGARA

Maka kami, rakyat MalaysiaBerikrar akan menumpukan Seluruh tenaga dan usaha kami Untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan di atas prinsip-prinsip berikut :

Kepercayaan kepada TuhanKesetiaan kepada Raja dan NegaraKeluruhan PerlembagaanKedaulatan Undang-undangKesopanan dan Kesusilaan

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dan mewujudkan insane yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.

Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.

MISI SEKOLAH

VISI SEKOLAH

LAGU NEGARAKU

NegarakuTanah tumpahnya darahkuRakyat hidup bersatu dan majuRahmat bahgia tuhan kurniakanRaja kita Selamat bertakhta

Page 7: Buku Peraturan Sekolah_Contoh

LAGU BANGSA JOHOR

Allah peliharakan SultanAnugerahkannya segala kehormatanSihat dan ria kekal dan makmurLuaskan kuasa menaungkan kamiRakyat dipimpini berzaman lagiDengan bersatu hati Allah berkati JohorAllah selamatkan sultan

IKRAR PELAJAR

BAHAWA KAMI, pelajar-pelajar SK ABDUL RAHMAN YASSIN berikrar akan mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang ada di sekolah ini yang berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Negara dan prinsip-prinsip Rukunegara sepanjang masa.

Kami juga berikrar akan menghormati ibu bapa, guru-guru dan orang yang lebih tua daripada kami.

Kami juga berjanji akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum demi kesejahteraan diri, keluarga, bangsa, agama dan Negara.

LAGU SEKOLAH

DISIPLIN

A. DEFINISI DISIPLIN

Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan Tahun 1979 mentakrifkan disiplin sebagai :

“…..kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-undang sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri. Disiplin juga bermakna kesanggupam sesorang itu bekerja atau membuat sesuatu dengan cukup tertib, kesanggupan menghormati hak individu lain, kesanggupan mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak mengganggu kepentingan orang lain, kesanggupan hormat menghormati di antara satu dengan lain dan mempunyai semangat tolong menolong, dan kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada

Page 8: Buku Peraturan Sekolah_Contoh

menerusi usaha yang membina serta sanggup berkhidmat kepada masyarakat.”

B. MATLAMAT DISIPLIN

Disiplin akan menjadikan seorang pelajar itu sebahai manusia yang dapat memimpin diri sendiri dalam hidupnya di masa hadapan. Disiplin diri bagi setiap individu adalah mustahak dalam usaha mewujudkan satu masyarakat Malaysia yang bertatasusila, bersatupadu, demokratik, adil, liberal dan progresif. Disiplin diri juga akan melahirkan individu-individu yang kreatif serta mempunyai kesedaran harga diri dalam masyarakat yang bergerak ke arah kemajuan.

C. PRINSIP-PRINSIP DISIPLIN

Disiplin di sekolah hendaklah berasaskan kepada prinsip-prinsip atau dasar berikut :

keadilan dan layanan sama rata pertimbangan minat dan keperluan pelajar kebebasan – tertakluk kepada undang-undang amalan menghormati seseorang individu perhubungan sihat sesame manusia untuk kehidupan

berharmonis perpaduan masyarakat dan Negara

ETIKA PELAJARA. Tanggungjawab pelajar terhadap diri sendiriB. Tanggungjawab pelajar terhadap keluargaC. Tanggungjawab pelajar terhadap rakanD. Tanggungjawab pelajar terhadap sekolahE. Tanggungjawab pelajar terhadap masyarakatF. Tanggungjawab pelajar terhadap agamaG. Tanggungjawab pelajar terhadap negara

A.Tanggungjawab pelajar terhadap diri sendiri

1. Menjaga kebersihan diri termasuklah kebersihan fizikal dan mental.

2. Bersopan santun, jujur dan amanah.3. Menghargai masa dan menepati masa4. Berjimat cermat 5. Bersifat sederhana dan tidak sombong6. Sabar dan bertolak ansur7. Menghormati hak asasi orang lain8. Berani dan cekal hati9. Bersikap dedikasi 10. Bersifat berdikari

Page 9: Buku Peraturan Sekolah_Contoh

11. Bersifat rajin dan berusaha

B. Tanggungjawab pelajar terhadap keluarga

1. Menghormati orang-orang tua dan ibu bapa2. Memupuk hubungan yang baik di antara keluarga3. Memenuhi hasrat dan cita-cita keluarga untuk

menjadikannya seorang yang bermoral4. Menjaga nama baik sekolah

C. Tanggungjawab pelajar terhadap rakan

1. Menghormati rakan2. Tolong menolong antara rakan

D.Tanggungjawab pelajar terhadap sekolah1. Mematuhi dan menghormati peraturan-peraturan sekolah2. Menghormati guru-guru3. Belajar dengan bersungguh-sungguh4. Menaikkan imej sekolah5. Memupuk nilai-nilai moran yang tinggi6. Bekerjasama di antara satu sama lain7. Menceburkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan di

sekolahE. Tanggungjawab pelajar terhadap Masyarakat

1. Tolong menolong dan bekerjasama 2. Menghormati orang-orang yang ebih tua3. Boleh bertolak ansur 4. Menghormati agama, pantang larang dan adat resam

suku bangsa lain5. Bersifat sederhana dan tidak sombong6. Rasa kesefahaman dan sabar7. Melibatkan diri terhadap kerja-kerja kebajikan8. Bersifat kasihan terhadap sesame manusia dan bukan

manusia

F. Tanggungjawab pelajar terhadap agama1. Taat kepada perintah Allah (Tuhan)2. Mempertahankan kesucian agama3. Mengamalkan ajaran dalam kehidupan sehari-hari

G.Tanggungjawab pelajar terhadap Negara1. Bersedia untuk berkhidmat dan mempertahankan Negara2. Mematuhi undang-undang3. Mengamalkan konsep Rukunegara4. Menjaga kemudahan-kemudahan awam5. Menjaga dan menaikkan imej negara

Page 10: Buku Peraturan Sekolah_Contoh

PENGUATKUASA PERATURANGuru-guru dan pengawas diberi kuasa untuk menguatkuasakan peraturan-peraturan sekolah.

KUASA MENGHUKUM

Pengetua, Guru Penolong Kanan, Penyelia Petang, Guru Disiplin dan guru-guru yang diberi kuasa oleh pengetua.

PANDUAN PERATURAN SEKOLAH

GARIS PANDUAN PERATURAN-PERATURAN SEKOLAHUNTUK MURID-MURID

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 9/1975

1. PAKAIAN

Pakaian seragam sekolah mestilah dipakai sepanjang pelajar-pelajar berada di

sekolah. Pakaian hendaklah sentiasa bersih dan kemas.

1.1 PAKAIAN SERAGAM BAGI PELAJAR LELAKI1.1.1Baju (a) Baju lengan pendek berwarna putih sahaja. (b) Ukuran baju tidak terlalu besar dan tidak terlalu sempit. Ukuran baju hendaklah sesuai dengan bentuk badan. (c) Baju tidak boleh dikeluarkan sepanjang masa sama ada di dalam atau di luar sekolah. (d) Butang baju hendaklah sentiasa dikenakan.

1.1.2. Seluar (a) Semua pelajar lelaki berseluar panjang berwarna biru tua (dark blue).

Page 11: Buku Peraturan Sekolah_Contoh

(b) Pergelangan kaki seluar panjang mestilah antara 20cm-23cm ukuran lintang. (c) Seluar kembang serta labuh atau seluar yang kecil kaki serta singkat atau sebarang potongan yang tidak sesuai tidak dibenarkan. (d) Poket seluar jenis tampal atau ala jeans seperti berbutang besi tidak dibenarkan.

1.1.3 Kasut dan stoking (a) Semua pelajar berkasut kanvas putih / kasut yang bertali hendaklah sentiasa diikat. (b) Kasut berkenaan tidak boleh berjalur atau sengaja diwarnakan. (c) Kasut plastik atau kasut kulit berwarna putih tidak dibenarkan. (d) Stoking putih tanpa jalur sahaja dibenarkan.

1.1.4 Lencana dan Tanda Nama (a) Semua pelajar dikehendaki memakai lencana sekolah dan tanda nama sepanjang masa.

(b) Lencana hendaklah dipakai dan dijahit di bahagian luar poket atau di dada

sebelah kiri baju. (c) Lencana yang pudar atau hilang warnanya hendaklah diganti dengan segera.1.1.5 Tali Pinggang (a) Tali pinggang yang dibenarkanialah yang berukuran 3cm berwarna gelap atau hijau yang dperbuat daripada kain kanvas. (b) Kepala tali pinggang hendaklah kosong dan tidak besar, berhias dan beraneka corak. (c) Tali pinggang yang bercirikan budaya Rap tidak dibenarkan sama sekali.

1.1.6 Tali leher(a) Tali leher dipakai oleh pelajar biasa pada setiap hari

persekolahan dan hari-hari lain yang diarahkan.

1.1.7 Barang Kemas / Perhiasan a) Pelajar-pelajar DILARANG memakai apa jua barang perhiasan sepanjang berada di sekolah.

1.1.8 Pakaian kebangsaan

Page 12: Buku Peraturan Sekolah_Contoh

a) Pelajar-pelajar lelaki dikehendaki memakai pakaian kebangsaan pada hari jumaat. b) Baju hendaklah sentiasa berbutang penuh. c) Songkok berwarna hitam tanpa hiasan .

1.2 PAKAIAN SERAGAM PELAJAR PEREMPUAN BERAGAMA ISLAM

1.2.1. Baju kurung a) Semua pelajar perempuan beragama Islam berbaju kurung putih teluk belanga yang labuh di paras lutut dan kain sarung bersusun berwarna biru muda. b) Baju mestilah tidak jarang sehingga boleh menampakkan bentuk badan. Pelajar perempuan juga diwajibkan memakai anak baju. c) Kain mestilah tidak terlalu singkat dan buku lali hendaklah terlindung tetapi tidak mencecah lantai danwajib memakai kain dalam.

1.2.2 Mini telekung a) Setiap pelajar Islam diwajibkan memakai mini telekung berwarna putih tanpa berenda, bersulam atau berfesyen. b) Bentuk yang dibenarkan ialah segi tiga atau rata di bahagian bawah tudung. c) Labuhnya hendaklah melebihi paras dada. Kain janganlah terlalu nipis. (d) Anak tudung yang berwarna putih sahaja mestilah dipakai bersama mini telekung. 1.2.3 Kasut dan stoking a) Sama seperti 1.1.3

1.2.4 Lencana dan tanda nama a) Sama seperti 1.1.4

1.1.5Barang kemas / perhiasan a) Pelajar-pelajar perempuan DILARANG memakai barang-barang kemas, alat-alat solek dan lain-lain perhiasan.

1.3 PAKAIAN PELAJAR PEREMPUAN BUKAN BERAGAMA ISLAM 1.3.1 Baju lengan pendek dan pinafore biru muda yang labuhnya di bawah

Page 13: Buku Peraturan Sekolah_Contoh

lutut. 1.3.2 Lain-lain pemakaian sama seperti pada 1.2.3 dan1.2.4 dan 1.2.5

1.4 PAKAIAN PENGAWAS1.4.1 Baju lengan panjang berwarna biru muda dan seluar berwarna biru

tua bagi lelaki. 1.4.2 Baju kurung berwarna biru muda dan kain sarung bersusun berwarna

biru tua dan mini telekung berwarna biru tua bagi pengawas perempuan beragama Islam. 1.4.3 Baju lengan panjang berwarna biru muda dan skirt

labuh bawah paras lutut bagi pengawas perempuan bukan beragama islam.

1.4.4 Kasut kanvas berwarna hitam dan berstokin hitam.1.4.5 Lencana pengawas dan tali leher serta tanda nama

hendaklah sentiasadipakai setiap waktu di sekolah atau pada bila-bila masa pengawas itu berada di sekolah.

1.4.6 Segala perubahan pakaian pengawas adalah tertakluk kepada persetujuan pihak pentadbiran sekolah dan ianya

difikirkan sesuai.

1.5. BERPAKAIAN PADA WAKTU BIASAPelajar-pelajar hendaklah sentiasa berpakaian sekolah lengkap atau berbaju T sekolah berseluar sekolah dan berkasut sewaktu hadir ke sekolah untuk mengikuti sebarang aktiviti di luar waktu belajar.

1.5.1 Kelas / Aktiviti Tambahan a) Pakaian sekolah atau baju t sekolah dan seluar slack atau trek.

1.5.2 Pendidikan Jasmani a) Lelaki – Baju T berlambang sekolah dan seluar trek biru tua. b) Perempuan – Baju T lengan panjang berlambang sekolah dan seluar trek

biru tua serta mini telekung putih.

1.5.3 Latihan Sukan / Permainan a) Lelaki – Baju T mengikut warna rumah dan seluar trek biru. b) Perempuan – Baju T lengan panjang mengikut warna rumah dan seluar

trek biru tua serta mini telekung putih

1.5.4 Badan beruniform / persatuan / kelab

Page 14: Buku Peraturan Sekolah_Contoh

Pelajar-pelajar hendaklah memakai pakaian sebagaimana yang ditetapkan oleh guru penasihat masing-masing.

2.0 RAMBUT

2.1 RAMBUT PELAJAR LELAKI

2.1.1 Rambut pelajar lelaki mestilah sentiasa pendek iaitu bahagian belakang dinipiskan,tidak mencecah dahi, telinga dan tengkuk

Rambut mestilah sentiasa disikat kemas dan tidak dibenarkan berbelah tengah. (Rujuk gambar rajah)

2.1. 3 Dilarang menyimpan janggut, jambang dan misai

2.2 RAMBUT PELAJAR PEREMPUAN

2.2.1 Rambut pelajar perempuan dibenarkan hingga ke paras bahu.2.2.2 Rambut yang melepasi paras bahu hendaklah diikat supaya

sentiasa kemas2.2.3 Hanya reben berwarna putih dan hitam sahaja dibenarkan.2.2.4 Pelajar tidak dibenarkan mewarna rambut, mengerintingkan rambut,

menyapu gel,menggunting atau menyikat rambut secara berfesyen

mengikut tafsiran sekolah.

3.0 PERHIMPUNAN

Perhimpunan rasmi sidang pagi akan diadakan pada hari Ahad setiap minggu mulai jam 7.20 pagi.Perhimpunan harian pula diadakan pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis mulai 7.15 pagi.Semua murid diwajibkan menghadiri perhimpunan.Para pelajar dilarang berbual semasa perhimpunan.Semua murid dikehendaki menyanyi lagu patriotik dengan penuh semangat

4.0 KEBERSIHAN DIRI

4.1 Semua pelajar hendaklah menjaga kebersihan diri.4.2 Kuku mestilah pendek, bersih dan tidak boleh diwarnakan.4.3 Pelajar tidak dibenarkan bersolek.

Page 15: Buku Peraturan Sekolah_Contoh

5.0 KAWASAN SEKOLAH

5.1 MENINGGALKAN KAWASAN SEKOLAH

5.1.1 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan meninggalkan kelas pada sebarang waktu kecuali waktu kecemasan dan mendapat kebenaran guru. Pelajar yang dibenarkan mesti memakai “PAS KELUAR”.

5.1.2 Sewaktu pembelajaran sedang berjalan pelajar-pelajar tidak dibenarkan meninggalkan kelas walaupun ke tandas melainkan dalam keadaan terdesak dan mendapat kebenaran guru.

5.1.3 Tiada seorang pun dibenarkan berada di luar kelas pada waktu belajar dengan tugas-tugas yang lain selain dari belajar. Dalam masa belajar, pelajar-pelajar tidak dibenarkan mengadakan mesyuarat, menjalankan kegiatan persatuan, membawa surat-surat pengumuman atau tugas-tugas lain yang tidak penting.

5.1.4 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan keluar dari kelas semasa pertukaran waktu umpamanya ke tandas atau lainnya. Ketua-ketua tingkatan bertanggungjawab mengawal kelas sehingga guru tiba untuk mengajar.

5.1.5 Pelajar-pelajar yang hendak meninggalkan kelas dengan sebab-sebab tertentu hendaklah mendapat kebenaran bertulis dari guru tingkatan.

5.1.6 Sekiranya pelajar sakit dan hendak berehat di bilik rawatan, pelajar berkenaan hendaklah mendapatkan surat kebenaran dari guru tingkatan dengan mengisi borang khas. Surat kebenaran tersebut hendaklah diserahkan kepada guru atau pelajar yang bertugas.

5.1.7 Sekiranya pelajar hendak meninggalkan sekolah atas sebab-sebab tertentu, pelajar hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis dari pengetua, penolong kanan atau penyelia petang dengan mengisi borang khas. Satu salinan hendaklah kepada guru tingkatan dan satu salinan hendaklah disimpan oleh pelajar.

Page 16: Buku Peraturan Sekolah_Contoh

6.0 SAKIT DAN PENYAKIT BERJANGKIT6.1 Pelajar-pelajar yang sakit/cedera hendaklah segera memberitahu Guru Bertugas, Pengawas atau Ketua Tingkatan.

6.2 Pelajar-pelajar yang mengidap penyakit berjangkit mesti berada di rumah sehingga sembuh. 6.3 Pelajar yang sakit di kawasan sekolah mestilah berada di bilik rawatan atau mendapat rawatan di hospital setelah mendapat kebenaran daripada pihak sekolah 6.4 Untuk tinggal di bilik rawatan pelajar-pelajar mestilah mendapat kebenaran dari pihak sekolah. 6.5 Guru bertugas akan menguruskan penghantaran pelajar ke hospital kerajaan jika sakit kuat.

7.0 KAWASAN YANG DILARANGTempat letak kenderaan guruKawasan tangki septik Bilik Guru Bilik PeperiksaanKawasan Tangki Air

8.0 KEBERSIHAN

Rujukan SPI Bil. 4/1981, SPI Bil. 2/1983, SPI Bil. 1/1996 dan SPI Bil. 6/1997

8.1 Tong Sampah

8.1.1 Semua pelajar adalah bertanggungjawab menjaga kebersihan di sekolah.

8.1.2 Tong-tong sampah yang disediakan adalah untuk kegunaan membuang sampah sahaja.

8.1.3 Bagi sampah yang boleh dikitar semula, sila pastikan bahawa sampah dimasukkan di tong-tong kitar semula yang betul.

8.2 Kantin Sekolah

8.2.1 Semua pelajar tidak dibenarkan makan atau minum di luar dari kawasan kantin sekolah.

8.2.2 Sinki-sinki yang disediakan adalah untuk kemudahan membasuh tangan sahaja.

8.2.3 Pelajar dilarang membuang sampah atau lebihan makanan ke dalam sinki atau parit di sekeliling kantin.

Page 17: Buku Peraturan Sekolah_Contoh

8.2.4 Bekas-bekas makanan dan minuman hendaklah dimasukkan ke dalam tempat-tempat yang disediakan setelah selesai digunakan.

8.3 Bilik Darjah

8.3.1 Setiap bilik darjah hendaklah berada dalam keadaan bersih, kemas dan teratur.

8.3.2 Papan hitam, meja, kerusi dan lain-lain harta benda hendaklah dijaga, tidak dicakar atau dikotorkan.

8.3.3 Setiap bilik darjah mesti mempunyai jadual bertugas bertujuan memastikan kebersihan dan keceriaan bilik darjah serta kawasan laluan koridor.

8.3.4 Segala harta benda yang berada di dalam bilik darjah yang dirosakkan seperti kerusi, meja, tingkap dan lain-lain perlu dibayar gantirugi.

8.4 Tandas

8.4.1 Semua pelajar perlu membersihkan tandas selepas digunakan.

8.4.2 Pelajar tidak dibenarkan menconteng dinding tandas.

8.4.3 Segala sampah tidak dibenarkan dibuang ke dalam mangkuk tandas sebaliknya dibuangkan ke dalam tong-tong yang disediakan.

9.0 KESELAMATAN

Rujukan SPI Bil. 8/1988, SPI Bil. 8/1999 dan SPI Bil. 4/2002

9.1. Beratur

9.1.1 Semua pelajar mesti beratur di tapak perhimpunan sebelum permulaan kelas.

9.1.2 Pelajar dikehendaki beratur apabila pergi ke makmal, bengkel, pusat sumber atau pun mana-mana bilik khas yang lain.

9.1.3 Pelajar perlu berjalan dengan tertib dan teratur apabila bergerak ke mana-mana tempat.

9.2. Waktu balik

9.2.1 Lima minit sebelum loceng terakhir, pelajar mestilah mengemaskan kerusi meja, membersihkan kelas dan menutup suis lampu serta kipas jika digunakan.

9.2.2 Apabila loceng dibunyikan, pelajar boleh keluar kelas dengan teratur. Pelajar hendaklah beratur di

Page 18: Buku Peraturan Sekolah_Contoh

tempat yang ditetapkan dan berjalan apabila diarahkan.

9.2.3 Semua pelajar hendaklah mengikut arahan pengawas yang mengawal laluan.

9.2.4 Pelajar yang balik menaiki bas atau kenderaan lain hendaklah menunggu di tempat menunggu bas sebelum menaiki kenderaan.

9.2.5 Pelajar dikehendaki beratur dengan tertib ketika menaiki kenderaan.

9.2.6 Pelajar yang berjalan kaki perlu berjalan dengan teratur di atas bahu jalan dan tidak secara beriringan.

9.3. Makmal

9.3.1 Pelajar dilarang masuk ke makmal tanpa kebenaran / kehadiran guru berkenaan.

9.3.2 Beg sekolah hendaklah diletakkan di tempat yang telah dikhaskan.

9.3.3 Dilarang menyentuh atau mengambil bahan-bahan kimia dan alat-alat yang terdapat di bilik makmal tanpa kebenaran atau arahan guru berkenaan.

9.3.4 Pelajar dilarang membawa keluar sebarang peralatan dari makmal.

9.3.5 Pelajar dilarang menjalankan sebarang ujikaji tanpa arahan guru berkenaan.

9.3.6 Pelajar dilarang menyalakan penunu Bunsen dengan sebarang kertas.

9.3.7 Barang-barang seperti mancis, kertas turas atau bahan-bahan pepejal yang telah digunakan jangan dibuang di merata-rata tempat.

9.4. Bilik-bilik khas

9.4.1 Pelajar dilarang masuk ke mana-mana bilik khas seperti bengkel KH, pusat sumber, bilik tayang dan makmal komputer tanpa kebenaran / kehadiran guru berkenaan.

9.4.2 Beg sekolah hendaklah diletakkan di tempat yang telah dikhaskan.

9.4.3 Pelajar dilarang menyentuh atau mengambil apa-apa bahan dan alatan yang terdapat di bilik berkenaan tanpa kebenaran atau arahan guru.

9.4.4 Sekiranya berlaku apa-apa kecemasan, pelajar hendaklah mengikut arahan guru berkenaan.

Page 19: Buku Peraturan Sekolah_Contoh

10.0 PELAWAT

10.1 Ibu bapa atau penjaga hanya dibenarkan berjumpa anak mereka pada

waktu rehat. Pada waktu belajar tiada pelawat dibenarkan berjumpa dengan pelajar.

10.2 Pihak sekolah berhak melarang mana-mana pelawat untuk berjumpa

dengan pelajar tanpa memberi sebarang penjelasan.

10.3 Pada hari-hari persekolahan ibu bapa atau penjaga tidak dibenarkan

berjumpa dengan anak mereka kecuali jika keadaan mendesak setelah

mendapat kebenaran dari pihak sekolah terlebih dahulu.

10.4 Pelawat mestilah mematuhi papan arahan yang disediakan.

11.0 TIDAK HADIR KE SEKOLAH DAN KELAS

11.1 Pelajar yang tidak hadir mestilah memberi surat doktor atau surat ibu bapa/penjaga dengan tanda tangan yang sah untuk tempoh masa pelajar itu tidak hadir.

11.2 Surat amaran pertama dihantar kepada ibu bapa sekiranya pelajar tidak hadir pada hari ketiga untuk pelajar yang tidak hadir ke sekolah secara berturut-turut atau hari kesepuluh sekiranya ketidakhadiran adalah secara berturut-turut.

11.2 Surat amaran kedua hendaklah dihantar kepada ibubapa penjaga sekiranya pelajar tidak hadir TUJUH hari berturut-turut atau sebanyak 20 hari secara tidak berturut-turut.

11.3 Surat amaran terakhir secara berdaftar hendaklah

dihantar kepada ibu bapa penjaga sekiranya tiada komunikasi selepas tujuh hari daripada surat amaran kedua dihantar bagi pelajar yang tidak hadir secara berturut-turut atau 20 hari bagi ketidakhadiran

secara tidak berturut-turut.

Page 20: Buku Peraturan Sekolah_Contoh

11.4 Tindakan buang sekolah boleh diambil selepas 2 minggu surat amaran terakhir dihantar bagi ketidakhadiran secara berturut-

turut atau 20 hari bagi ketidakhadiran secara tidak berturut-turut. (Pek.

K (BS) 8548/ 12 (17))

11.5 Pelajar tidak dibenarkan sama sekali meninggalkan atau keluar dari kawasan sekolah dalam waktu belajar kecuali dengan kebenaran khas dari Pengetua, Penolong kanan atau Penyelia Petang. Kebenaran bertulis hendaklah diperolehi.

12.0 KETUA MURID DAN PENGAWAS

12.1 Perlantikan dan pemilihan pengawas-pengawas akan dibuat oleh Pengetua dengan kerjasama guru-guru.

12.2 Badan Pengawas mestilah mengandungi seorang guru Penasihat,

Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan Pengawas-pengawas Tingkatan Atas.

12.3 Seorang pengawas biasanya akan memegang jawatannya berterusan

tetapi Pengetua dan guru-guru boleh menyingkirkan seseorang itu

dari Badan Pengawas sekiranya perlu.12.5 Pengetua ada kuasa membuat pindaan dalam

perlembagaan itu.12.6 Sifat-sifat Kelayakan

Untuk dilantik sebagai seorang pengawas, seorang pelajar hendaklah mempunyai perangai dan kelakuan yang elok di samping prestasi akademik yang baik dan mengambil bahagian yang cergas dalam kegiatan sekolah.Lain-lain kelayakan :- bertanggungjawab dengan sepenuhnya- berwibawa dan bekerjasama- rajin dan berusaha, sedia memberi perkhidmatan - jujur dan berakal- menepati masa

12.7 Tugas-tugas pengawas

Page 21: Buku Peraturan Sekolah_Contoh

(a) Mereka hendaklah menolong Jawatankuasa tatatertib sekolah untuk mengekalkan suasana yang baik semasa perhimpunan semasa belajar, semasa rehat dan setiap masa dan menentukan peraturan-peraturan sekolah dipatuhi.

(b) Mereka hendaklah mengawasi semua harta benda sekolah terutama sekali di perpustakaan, makmal sains, bilik Pendidikan Jasmani, bilik alat pandang dengar dan bilik Ekonomi Rumahtangga supaya tidak dirosakkan. Mereka mesti juga menolong pihak sekolah menjaga kebersihan kelas dan sekolah.

(c) Pengawas-pengawas mestilah menjalankan tugas-tugas mereka semasa perhimpunan sekolah, masa bersurai sekolah dan upacara sekolah. Ketua pengawas akan menyediakan giliran tugas Pengawas. Pengawas-pengawas yang berulang kali kurang bertanggungjawab akan diberi amaran.

(d) Semasa menjalankan tugas, pengawas-pengawas patut bersikap tegas tetapi bersopan santun dengan pelajar-pelajar. Mereka tidak boleh berkelakuan kasar. Mereka hendaklah menjaga keharmonian pelajar. Sekiranya ada pelajar melanggar peraturan, dia hendaklah diberi dua amaran. Pada amaran ketiga, pelajar itu mesti dilaporkan kepada guru Lembaga Disiplin.

13.0 WAKTU SEMBAHYANG

Waktu sembahyang zohor dan asar bagi sesi petang adalah mengikut sekolah masing-masing

14.0 WAKTU REHAT

Waktu rehat adalah mengikut kesesuaian jadual waktu sekolah masing-masing

15.0 LATIHAN KEBAKARAN DAN KECEMASAN

(a) Apabila loceng isyarat dibunyikan, pelajar-pelajar mesti berbaris di luar kelas dan turun melalui tangga yang ditetapkan (tangga yang paling dekat)

(b) Pelajar-pelajar mestilah bergerak secara senyap, tidak terburu-buru atau berlari dan tanpa cuba berlumba-lumba antara satu sama lain

(c) Di tempat berkumpul itu, guru-guru tingkatan hendaklah berada bersama barisan pelajar-pelajarnya. Dengan menggunakan daftar kedatangan pastikan setiap pelajar di dalam kelasnya berada di situ.

Page 22: Buku Peraturan Sekolah_Contoh

(d) Guru tingkatan hendaklah melaporkan dengan serta-merta kepada Pengetua jika ada sesiapa yang diketahui tidak ada di situ dan hendaklah mencari pelajar itu dengan segera.

(e) Tidak seorang pun dibenarkan memasuki bangunan itu semula untuk mengambil barang-barang seperti buku, baju dan lain-lain.

(f) Sekiranya ada sesiapa yang tidak berada di bilik darjah semasa loceng isyarat berbunyi hendaklah mereka pergi terus ke tempat berkumpul yang telah ditetapkan. Mereka dikehendaki melaporkan diri kepada guru tingkatan dan berada bersama-sama rakan-rakan setingkatannya.

16.0 BAYARAN TAMBAHAN

Bayaran tambahan adalah berdasarkan oleh pakej yang dipilih oleh sekolah.

17.0 KEROSAKAN HARTA BENDA SEKOLAH

Pelajar-pelajar mestilah bersama-sama menjaga dengan baik semua harta benda sekolah semasa berada di sekolah seperti :

(a)Kerusi meja pelajar jangan diukir/diconteng(b) Dinding bangunan sekolah jangan dilukis/diconteng(c) Buku yang dipinjam daripada perpustakaan hendaklah dijaga dengan baik(d) Tandas hendaklah diguna dengan betul(e) Cermin tingkap jangan dipecahkan(f) Kipas dan alatan elektrik hendaklah digunakan dengan baik dan tidak membazir(g) Alatan pendidikan jasmani, alatan bilik sumber, ERT dan Sains hendaklah digunakan dengan baik.

18.0 KEGIATAN LUAR BILIK DARJAH (AKTIVITI KOKURIKULUM)

18.1 Setiap pelajar diwajibkan menyertai :a) satu pasukan berunifomb) satu persatuan/kelab atau lebihc) satu kegiatan sukan /permainan atau lebih.

Page 23: Buku Peraturan Sekolah_Contoh

Seseorang pelajar dibenarkan memegang sebanyak-banyaknya 2 jawatan tertinggi sahaja untuk kesemua persatuan/kelab sekolah yang dianggotai.

Pelajar –pelajar tidak dibenarkan untuk turut serta dalam kegiatan-kegiatan luar sekolah yang bukan dianjurkan oleh sekolah.

Kebenaran bertulis mestilah diperolehi terlebih dahulu daripada pengetua sekiranya seseorang pelajar ingin atau dikehendaki mengambil bahagian di dalam kegiatan-kegiatan luar atau pertubuhan luar, persatuan, permainan dan lain-lain yang dianjurkan sekolah atau jabatan pendidikan.

Pelajar-pelajar adalah DILARANG KERAS memasuki sebarang pertubuhan haram atau kongsi gelap.

19.0 KATEGORI KESALAHAN

KESALAHAN RINGAN1. Menyimpan misai, janggut dan jambang.2. Berambut panjang atau menyimpan rambut yang

menyerupai kumpulan tertentu.3. Bermain dalam bilik darjah, koridor atau kawasan yang

dilarang.4. Menggunakan atau membawa keluar sebarang peralatan

bilik darjah dari sekolah tanpa kebenaran.5. Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran Pengetua, atau

Guru-guru Penolong Kanan atau guru yang bertugas di dalam bilik darjah pada ketika itu.

6. Berada di kantin pada waktu pengajaran dan pembelajaran (P & P) tanpa kebenaran.

7. Menyimpan atau menggunakan peralatan permainan kepunyaan sekolah tanpa kebenaran.

8. Menggunakan alat hiburan atau elektronik sekolah tanpa kebenaran Pengetua atau wakilnya.

9. Memasuki makmal/bilik khas/bengkel tanpa kebenaran atau tidak mematuhi peraturan makmal/bilik khas/bengkel.

10. Memakai barang kemas atau perhiasan alat solek kecuali jam.

11. Makan dan minum di dalam bilik darjah.12. Melakukan pembaziran air atau elektrik.

Page 24: Buku Peraturan Sekolah_Contoh

13. Tidak memakai pakaian sekolah yang lengkap atau memakai pakaian sekolah dengan kemas.

14. Semua kesalahan yang bersabit dengan pembelajaran (tidak membawa buku, tidak membuat kerja rumah, tidak memberi perhatian dan lain-lain)

15. Lewat ke sekolah.16. Lewat bergerak ke perhimpunan/bengkel/makmal.17. Bising dalam kelas sehingga menganggu kelas lain.18. Menunggang atau memandu kenderaan dalam kawasan

sekolah.19. Berjalan-jalan dalam kawasan sekolah.20. Tidak membuat tugasan yang diarahkan.21. Mengganggu kawan.22. Mengganggu guru.23. Lewat masuk kelas.24. Mengotorkan kelas.25. Tidak duduk setempat.26. Berada dalam kawasan larangan.27. Pergi ke tandas pada waktu pengajaran dan pembelajaran

(P & P) tanpa kebenaran. 28. Tidak beratur semasa membeli makanan di kantin..29. Berada di kawasan yang tersembunyi pada sebarang waktu.30. Membuang sampah merata-rata.31. Meludah atau membuang barang-barang dari atas

bangunan.32. Mengguna atau menyimpan sebarang alatan orang lain

tanpa kebenaran.33. Menjalankan perniagaan sendiri atau menjadi agen

perniagaan tanpa kebenaran pihak sekolah.34. Memakai cermin mata berfesyen.35. Tidak mendaftarkan kenderaan (motor/kereta)yang dibawa

ke sekolah .36. Kesalahan lain yang ditentukan oleh Pengetua.37. Membawa telefon bimbit dan MP3.

KESALAHAN SEDERHANA

1. Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi tiga kali.2. Menyalahgunaan / menggunakan peralatann/sumber

bekalan elektrik sekolah tanpa kebenaran.3. Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran.4. Tiga amanan, menipu, berbohong dan meniru ketika ujian /

peperiksaan.5. Ponteng sebarang acara rasmi sekolah.6. Tidak menghormati lagu-lagu / bendera / jata sekolah,

negeri dan kebangsaan.7. Fesyen rambut yang keterlaluan, seperti punk / skin head

atau bewarna.8. Menconteng pada harga benda sekolah.

Page 25: Buku Peraturan Sekolah_Contoh

9. Memakai barang kemas keterlaluan, seperti menindik telinga dan memakai subang lebih daripada satu pada satu cuping telinga.

10. Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh Jawatankuasa Disiplin Sekolah.

KESALAHAN BERAT

1. Melakukan mana-mana kesalahan sederhana kali ketiga2. Menyimpan, membawa, mengedar, menghisap atau terbabit

dalam kegiatan dadah.3. Membawa, meminum, menyimpan atau mengedar minuman

keras atau sebarang benda yang memabukkan / menghayalkan.

4. Membawa, menyimpan, menghisap aau mengedar bahan tembakau.5. Menyebabkan / melakukan pergadakan atau kekerasan.6. Melayan, mengancam, memukul atau mengugut /

mencederakan guru / pengawas / murid.7. Biadap terhadap guru / pengawas / murid.8. Memeras ugut guru / pengawas / murid.9. Membawa / menggunakan senjata atau alat berbahaya.10. Melakukan buli (pelancoan), penderaan atau paksaan terhadap murid lain.11. Mencuri, merompak, memecah masuk dan menceroboh kawasan larangan.12. Melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam pertaruhan.13. Mencetak, menerbit, mempamer, mengedar atau menyimpan rencana,

majalah atau pita dan multimedia yang terlarang.14. Membabitkan diri dalam kumpulan haram.15. Mencabul kehormatan guru / murid.16. Melakukan zina, liwat, hubungan luar tabii.17. Melacur / menjadi bohsia / bohjan / pondan.18. Bersekududukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak bermoral.19. Mengintai murid lelaki / perempuan.20. Menulis atau mengeluarkan kenyataan akhbar yang mencemarkan.21. Merosakkan harta benda sekolah / guru / murid.22. Membawa atau menggukanan bahan letupan.23. Menulis / melukis perkataan atau gambar lucah atau

melakukan perbuatan lucah.

24. Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan, perhimpunan haram atau

merusuh.25. Menyalahgunakan alat permainan, elektronik atau bahan-

bahan

Page 26: Buku Peraturan Sekolah_Contoh

multimedia.26. Membawa atau menggunakan alat yang menyebabkan kecederaan atau

mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran / ujian.27. Menganjur atau membebitkan diri dalam acara kebudayaan yang

bertentangan dengan nilai-nilai masyarakat Malaysia.28. Menganjur atau membabitkan diri dalam diri dalam acara kebudayaan tanpa

kebenaran pihak sekolah, PPD, JPNJ dan Kementerian Pelajaran.29. Melakukan ponteng sekolah berterusan (berturut-turut) selama 30 hari atau

berkala (tidak berturut-turut) selama 60 hari / selama 1 tahun sessi

persekolahan.30. Mengganggu / menjejaskan kuasa Guru Besar / Pengetua atau guru yang

menjalankan tugas.31. Membawa masuk tetamu dari luar ke kawasan sekolah tanpa kebenaran

Pengetua atau wakilnya.32. Mengedar, memiliki, membawa, melukis dan mempamerkan bahan lucah.33. Mengeluarkan kata-kata lucah dan kesat.34. Melakukan hubungan yang dicurigai.35. Kesalahan-kesalakan lain yang difikirkan trmasuk dalam kategori ini oleh Jawatankuasa Disiplin Sekolah .

Jenis-jenis salah laku yang berlaku di sekolah adalah banyak dan pelbagai. Menurut buku panduan Bagu Ibu Bapa Mengenai Disiplin Murid-murid Sekolah, (DPM, 1982) salah laku ini dapat dibahagikan kepada 5 kumplan yang besar iaitu:

1. TINGKAH LAKU JENAYAH

a) Mendera dan mencederakan.b) Bertindak ganas dan mencederakan.c) Memeras ugut.d) Bergaduh.e) Mencuri.f) Menipu atau memperdayakan.

Page 27: Buku Peraturan Sekolah_Contoh

g) Menimbulkan kegelisahan dikalangan pelajar.h) Menyalahgunakan dadah.i) Khalwat.j) Segala perbuatan jenayah mengikut Undang-undang

Negara.k) Menyertai kumpulan kongsi gelap.

2. TINGKAHLAKU LUCAHa) Mencarut.b) Berdua-duaan.c) Becumbu-cumbuan.d) Melihat / membaca bahan lucah.e) Melukis / menujlis bahan lucah.f) Menyimpan / meminjamkan bahan lucah.g) Besubahat dalam perbuatan sumbang.h) Berpakaian tidak senonoh.

3. TINGKAHLAKU ANTI-SOSIAL

a) Tidak mahu bergaul.b) Merosakkan hartabenda individu / sekolah.c) Membuat bising.d) Menjerit-jerit tidak tentu pasal.e) Mengganggu orang lain.f) Menulis dan menconteng bangunan.g) Membuang sampah merata-rata.h) Mendendam / hasat dengki / cemburu.i) Memaki hamun.j) Sombong , bongkak dan biadap.

4. TINGKAHLAKU TIDAK JUJUR.

a) Meniru dalam ujian dan peperiksaan.b) Meniru tandatangan orang lain.c) Bercakap bohong.d) Mengubah markah yang dicatat oleh guru.e) Ponteng sekolah atau aktiviti sekolah.f) Menganiaya sesame rakan.g) Tidak amanah.h) Mengampu.i) Memperdayakan ibu bapa dan orang lain.j) Mengambil barang orang lain tanpa izin.k) Melakukan kerja tanpa kesungguhan dan tanggungjawab.l) Berdolak-dalik.m)Membuat kerja tanpa keikhlisan diri.

Page 28: Buku Peraturan Sekolah_Contoh

4. TINGKAHLAKU TIDAK SOPAN

a) Berbahasa kasar.b) Tidak menghormati guru.c) Menghisap rokok.d) Berambut panjang.e) Tidak memberi perhatian semasa guru mengajar.f) Lalai dan cuai terhadap pelajaran.g) Mempermain / memperlekehkan guru.h) Selalu lewat.i) Suka bertengkar.j) Pakaian tidak sesuai.

Rujukan Surat Pekeliling Ikhtisas

1. Pakaian Seragam :- SPI Bil. 12/1978- SPI Bil. 14/1976- SPI Bil. 3/1983- SPI Bil. 8/1985- SPI Bil. 3/1992- SPI Bil. 6/1993- SPI Bil. 2/1993- SPI Bil. 9/1975

2. Kesihatan Murid :- SPI Bil. 2/1982- SPI Bil. 6/1998

3. Perhimpunan Sekolah :- SPI Bil. 4/1984

4. Keselamatan :- SPI Bil. 8/1988- SPI Bil. 8/1999- SPI Bil. 7/2000

5. Kesihatan :- SPI Bil. 4/1989- SPI Bil. 1/1996

6. Ponteng :- SPI Bil. 6/1995

7. Sekolah Selamat :- SPI Bil. 4/2002

Page 29: Buku Peraturan Sekolah_Contoh

8. Kuasa Merotan :- SPI Bil. 7/2003

9. Disiplin/Peraturan Sekolah :- SPI Bil. 9/1975

10. Garis Panduan Pakej Bayaran Tambahan :- SPI Bil. 13/2007

11. Larangan Membawa Telefon Bimbit :- SPI Bil. 1/2006

12. Potongan Rambut Murid :- SPI Bil. 2/1976

13. Hukuman ke Atas Murid Menghisap Rokok :- SPI Bil. 4/1997

14. Peraturan Tatatertib :- SPI Bil. 8/1968- SPI Bil. 6/1968- SPI Bil. 11/1972- SPI Bil. 9/1975

15. Penyalahgunaan Dadah :- SPI Bil. 7/1975

16. Kempen Anti Merokok :- SPI Bil. 1/1983

17. Mengenakan Hukuman Biasa :- SPI Bil. 8/1983

18. Perhimpunan Sekolah :- SPI Bil. 4/1984

19. Langkah-langkah Keberkesanan Disiplin Sekolah :- SPI Bil. 7/1986

Page 30: Buku Peraturan Sekolah_Contoh

PENGAKUAN SETIA PELAJAR

Bahawasanya saya …………………………………….........................................murid SK ABDUL RAHMAN YASSIN telah membaca dan memahami segala peraturan sekolah ini. Dengan ini saya mengaku akan mematuhi peraturan-peraturan sekolah dan bersedia menerima tindakan yang akan dikenakan oleh pihak sekolah jika saya melanggar peraturan-peraturan tersebut.

Tandatangan murid,

________________________( )

PENGAKUAN IBU BAPA / PENJAGA

Bahawasanya saya ……………………………………ibu bapa / penjaga murid yang bernama…………………………….................................................... yang belajar di SK ABDUL RAHMAN YASSIN telah membaca dan memahami segala peraturan sekolah ini. Saya sedia bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menentukan supaya anak jagaan saya mematuhi peraturan-peraturan tersebut.

Tandatangan ibu bapa / penjaga

________________________( )

Page 31: Buku Peraturan Sekolah_Contoh