buku peraturan sekolah

Upload: aril-roslan

Post on 06-Jan-2016

14 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

buku peraturan sekolah

TRANSCRIPT

NAMA SEKOLAH

BUKU PERATURAN SEKOLAH

PROFIL MURID

NAMA : _________________________________________________________NO KP / SIJIL LAHIR: __________________________________________________NO PENDAFTARAN SEKOLAH : ________________________________________NAMA IBU BAPA/ PENJAGA : __________________________________________ALAMAT : ________________________________________________________________________________________________________________________________NO TELEFON : (R) : __________________________

(HP): __________________________

TAHUNKELASNAMA GURU KELAS

Catatan : Buku peraturan ini hendaklah dibawa pada setiap hari persekolahan. Meninggalkannya/ menghilangkannya / merosakkanya dan menconteng buku peraturan ini adalah menjadi satu kesalahan.

PUNCA KUASA

BUKU PERATURAN SEKOLAH DILAKSANAKANSurat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9 / 1975

Disiplin di Sekolah

Peraturan-peraturan Sekolah untuk Murid-Murid

Para 4.

Peraturan-peraturan Sekolah, ( School Rules) yang Bertulis untuk Murid-Murid : Tindakan oleh tiap-tiap Sekolah Lampiran C

Tiap-tiap sekolah hendaklah mempunyai peraturan-peraturan sekolah masing-masing secara bertulis. Peraturan-peraturan itu hendaklah mengandungi maksud yang jelas dan tiap-tiap murid mestilah mengetahuinya. Satu salinan peraturan sekolah hendaklah dipamerkan di tiap-tiap bilik darjah, di bilik guru dan juga di papan kenyataan sekolah. Guru-guru Besar dan Guru besar hendaklah selalu menarik perhatian murid-murid kepada peraturan-peraturan sekolah yang telah digubal itu. Pengawas-pengawas Sekolah/ketua-ketua murid ( School Prefects) mestilah faham benar-benar akan tugas dan tanggungjawab mereka. Tindakan Pengawas ini mestilah mendapat sokongan dari guru-guru dan Guru Besar. Mereka juga hendaklah memahami bahawa perlantikan mereka itu bertujuan membantu pihak yang berkuasa sekolah dalam memelihara tatatertib.

4.1 : ........Guru-guru Besar dan Guru besar-guru besar hendaklah meneliti semula dan membaharui peraturan-peraturan sekolah mereka dan untuk panduan mereka itu satu senarai satu senarai perkara-perkara yang patut ditimbangkan mengikut keadaan sekolah adalah disertakan dalam lampiran C. Guru Besar boleh juga menimbangkan perkara-perkara lain yang tidak ada dalam senarai itu mengikut keadaan sekolah masing-masingPara 6.

Adalah menjadi tanggungjawab semua guru memberi tauladan budi pekerti dan perangai yang baik kepada murid-murid mereka. Seterusnya adalah menjadi tugas mereka untuk membantu murid-murid supaya mengetahui perbezaan antara tingkah laku yang baik dan yang buruk. Guru-guru hendaklah sentiasa ingat bahawa tiap-tiap murid itu adalah individu yang masih belum matang untuk membuat sesuatu keputusan yang baik.

KATA ALU-ALUAN

(Sekolah masing-masing)

LATAR BELAKANG SEKOLAH

(Sekolah masing-masing)

PROFIL SEKOLAH

(Sekolah masing-masing)

PELAN SEKOLAH

(Sekolah masing-masing)

LENCANA SEKOLAH

COGANKATA SEKOLAH

BENDERA SEKOLAH

ISI KANDUNGAN

Kata-kata Aluan

Latar Belakang Sekolah

Profil Sekolah

Pelan Sekolah

Lencana Sekolah

Cogankata Sekolah

Bendera Sekolah

Rukunegara

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Misi Sekolah

Visi Sekolah

Lagu Negaraku

Lagu Bangsa Johor

Ikrar Pelajar

Lagu Sekolah

Disiplin

A Definisi Disiplin

B Matlamat Disiplin

C Prinsip-prinsip Asas Disiplin

Etika Pelajar

ATanggungjawab pelajar terhadap diri sendiri

B Tanggungjawab pelajar terhadap keluarga

C Tanggungjawab pelajar terhadap rakan

D Tanggungjawab pelajar terhadap sekolah

E Tanggungjawab pelajar terhadap masyarakat

F Tanggungjawab pelajar terhadap agama

G Tanggungjawab pelajar terhadap negara

Penguatkuasa Peraturan

Kuasa Menghukum

PANDUAN PERATURAN SEKOLAH

1. Pakaian

2. Rambut

3. Perhimpunan

4. Kebersihan

5. Kawasan sekolah

6. Sakit

7. Kawasan yang dilarang

8. Kebersihan

Sampah

Kantin

Bilik Darjah

Tandas

9. Keselamatan

Beratur

Waktu Balik

Makmal

Bilik-bilik Khas

10. Pelawat

11. Tidak hadir ke sekolah dan Kelas

12. Ketua Murid dan Pengawas

13. Waktu Sembahyang

14. Waktu Rehat

15. Latihan Kebakaran dan Kecemasan

16. Bayaran Yuran Tambahan

17. Kerosakan Harta Benda Sekolah

18. Kegiatan Luar Bilik Darjah (Aktiviti kokurikulum)

RUKUNEGARA

Maka kami, rakyat Malaysia

Berikrar akan menumpukan

Seluruh tenaga dan usaha kami

Untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan di atas prinsip-prinsip berikut :

Kepercayaan kepada Tuhan

Kesetiaan kepada Raja dan Negara

Keluruhan Perlembagaan

Kedaulatan Undang-undang

Kesopanan dan Kesusilaan

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dan mewujudkan insane yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.

Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.

MISI SEKOLAH

VISI SEKOLAH

LAGU NEGARAKU

Negaraku

Tanah tumpahnya darahku

Rakyat hidup bersatu dan maju

Rahmat bahgia tuhan kurniakan

Raja kita

Selamat bertakhta

LAGU BANGSA JOHOR

Allah peliharakan Sultan

Anugerahkannya segala kehormatan

Sihat dan ria kekal dan makmur

Luaskan kuasa menaungkan kami

Rakyat dipimpini berzaman lagi

Dengan bersatu hati Allah berkati Johor

Allah selamatkan sultan

IKRAR PELAJAR

BAHAWA KAMI, pelajar-pelajar SMK berikrar akan mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang ada di sekolah ini yang berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Negara dan prinsip-prinsip Rukunegara sepanjang masa.

Kami juga berikrar akan menghormati ibu bapa, guru-guru dan orang yang lebih tua daripada kami.

Kami juga berjanji akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum demi kesejahteraan diri, keluarga, bangsa, agama dan Negara.

LAGU SEKOLAHDISIPLIN

A. DEFINISI DISIPLIN

Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan Tahun 1979 mentakrifkan disiplin sebagai :

..kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-undang sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri. Disiplin juga bermakna kesanggupam sesorang itu bekerja atau membuat sesuatu dengan cukup tertib, kesanggupan menghormati hak individu lain, kesanggupan mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak mengganggu kepentingan orang lain, kesanggupan hormat menghormati di antara satu dengan lain dan mempunyai semangat tolong menolong, dan kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina serta sanggup berkhidmat kepada masyarakat.

B. MATLAMAT DISIPLIN

Disiplin akan menjadikan seorang pelajar itu sebahai manusia yang dapat memimpin diri sendiri dalam hidupnya di masa hadapan. Disiplin diri bagi setiap individu adalah mustahak dalam usaha mewujudkan satu masyarakat Malaysia yang bertatasusila, bersatupadu, demokratik, adil, liberal dan progresif. Disiplin diri juga akan melahirkan individu-individu yang kreatif serta mempunyai kesedaran harga diri dalam masyarakat yang bergerak ke arah kemajuan.

C. PRINSIP-PRINSIP DISIPLIN

Disiplin di sekolah hendaklah berasaskan kepada prinsip-prinsip atau dasar berikut :

keadilan dan layanan sama rata

pertimbangan minat dan keperluan pelajar

kebebasan tertakluk kepada undang-undang

amalan menghormati seseorang individu

perhubungan sihat sesame manusia untuk kehidupan berharmonis

perpaduan masyarakat dan Negara

ETIKA PELAJARA. Tanggungjawab pelajar terhadap diri sendiri

B. Tanggungjawab pelajar terhadap keluarga

C. Tanggungjawab pelajar terhadap rakan

D. Tanggungjawab pelajar terhadap sekolah

E. Tanggungjawab pelajar terhadap masyarakat

F. Tanggungjawab pelajar terhadap agama

G. Tanggungjawab pelajar terhadap negara

A.Tanggungjawab pelajar terhadap diri sendiri1. Menjaga kebersihan diri termasuklah kebersihan fizikal dan mental.

2. Bersopan santun, jujur dan amanah.

3. Menghargai masa dan menepati masa

4. Berjimat cermat

5. Bersifat sederhana dan tidak sombong

6. Sabar dan bertolak ansur

7. Menghormati hak asasi orang lain

8. Berani dan cekal hati

9. Bersikap dedikasi

10. Bersifat berdikari

11. Bersifat rajin dan berusaha

B. Tanggungjawab pelajar terhadap keluarga

1. Menghormati orang-orang tua dan ibu bapa

2. Memupuk hubungan yang baik di antara keluarga

3. Memenuhi hasrat dan cita-cita keluarga untuk menjadikannya seorang yang bermoral

4. Menjaga nama baik sekolah

C. Tanggungjawab pelajar terhadap rakan

1. Menghormati rakan

2. Tolong menolong antara rakan

D.Tanggungjawab pelajar terhadap sekolah1. Mematuhi dan menghormati peraturan-peraturan sekolah

2. Menghormati guru-guru

3. Belajar dengan bersungguh-sungguh

4. Menaikkan imej sekolah

5. Memupuk nilai-nilai moran yang tinggi

6. Bekerjasama di antara satu sama lain

7. Menceburkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan di sekolah

E. Tanggungjawab pelajar terhadap Masyarakat

1. Tolong menolong dan bekerjasama

2. Menghormati orang-orang yang ebih tua

3. Boleh bertolak ansur

4. Menghormati agama, pantang larang dan adat resam suku bangsa lain

5. Bersifat sederhana dan tidak sombong

6. Rasa kesefahaman dan sabar

7. Melibatkan diri terhadap kerja-kerja kebajikan

8. Bersifat kasihan terhadap sesame manusia dan bukan manusia

F. Tanggungjawab pelajar terhadap agama1. Taat kepada perintah Allah (Tuhan)

2. Mempertahankan kesucian agama

3. Mengamalkan ajaran dalam kehidupan sehari-hari

G.Tanggungjawab pelajar terhadap Negara1. Bersedia untuk berkhidmat dan mempertahankan Negara

2. Mematuhi undang-undang

3. Mengamalkan konsep Rukunegara

4. Menjaga kemudahan-kemudahan awam

5. Menjaga dan menaikkan imej negara

PENGUATKUASA PERATURANGuru-guru dan pengawas diberi kuasa untuk menguatkuasakan peraturan-peraturan sekolah.

KUASA MENGHUKUM

Guru besar, Guru Penolong Kanan, Guru disiplin, Guru Disiplin dan guru-guru yang diberi kuasa oleh guru besar.

PANDUAN PERATURAN SEKOLAH

GARIS PANDUAN PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH

UNTUK MURID-MURID

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 9/1975

1. PAKAIANPakaian seragam sekolah mestilah dipakai sepanjang pelajar-pelajar berada di

sekolah.

Pakaian hendaklah sentiasa bersih dan kemas.

1.1 PAKAIAN SERAGAM BAGI PELAJAR LELAKI1.1.1Baju

(a) Baju lengan pendek berwarna putih sahaja.

(b) Ukuran baju tidak terlalu besar dan tidak terlalu sempit. Ukuran baju hendaklah sesuai dengan bentuk badan.

(c) Baju tidak boleh dikeluarkan sepanjang masa sama ada di dalam atau di luar sekolah.

(d) Butang baju hendaklah sentiasa dikenakan.

1.1.2. Seluar

(a) Semua pelajar lelaki berseluar panjang berwarna Biru Gelap (Blue Navy).

(b) Pergelangan kaki seluar panjang mestilah bersesuian dengan ukuran lintang

kaki murid.

(c) Seluar kembang serta labuh atau seluar yang kecil kaki serta singkat atau

sebarang potongan yang tidak sesuai tidak dibenarkan.

(d) Poket seluar jenis tampal atau ala jeans seperti berbutang besi tidak

dibenarkan.

1.1.3 Kasut dan stoking

(a) Semua pelajar berkasut kanvas putih / kasut yang bertali hendaklah sentiasa diikat.

(b) Kasut berkenaan tidak boleh berjalur atau sengaja diwarnakan.

(c) Kasut plastik atau kasut kulit berwarna putih tidak dibenarkan.

(d) Stoking putih tanpa jalur sahaja dibenarkan.

1.1.4 Lencana dan Tanda Nama

(a) Semua pelajar dikehendaki memakai lencana sekolah dan tanda nama

sepanjang masa.

(b) Lencana hendaklah dipakai dan dijahit di bahagian luar poket atau di dada

sebelah kiri baju.

(c) Lencana yang pudar atau hilang warnanya hendaklah diganti dengan segera.

1.1.5 Tali Pinggang

(a) Tali pinggang yang dibenarkanialah yang berukuran 3cm berwarna gelap atau hijau yang dperbuat daripada kain kanvas.

(b) Kepala tali pinggang hendaklah kosong dan tidak besar, berhias dan beraneka corak.

(c) Tali pinggang yang bercirikan budaya Rap tidak dibenarkan sama sekali.

1.1.6 Tali leher

(a) Tali leher dipakai oleh pelajar biasa pada setiap hari persekolahan kecuali hari Jumaat

dan hari-hari lain yang diarahkan.

1.1.7 Barang Kemas / Perhiasan

a) Pelajar-pelajar DILARANG memakai apa jua barang perhiasan sepanjang berada di sekolah.

1.1.8 Pakaian kebangsaan

a) Pelajar-pelajar lelaki dikehendaki memakai pakaian kebangsaan pada hari jumaat.

b) Baju melayu mestilah berwarna putih dan seluar puth dengan samping berwarna biru muda.

c) Baju hendaklah sentiasa berbutang penuh.

d) Songkok berwarna hitam tanpa hiasan hendaklah dipakai bersama-sama pakaian kebangsaan.

1.2 PAKAIAN SERAGAM PELAJAR PEREMPUAN BERAGAMA ISLAM 1.2.1. Baju kurung

a) Semua pelajar perempuan beragama Islam berbaju kurung putih teluk belanga yang labuh di paras lutut dan kain sarung bersusun berwarna biru muda.

b) Baju mestilah tidak jarang sehingga boleh menampakkan bentuk badan.

Pelajar perempuan juga diwajibkan memakai anak baju.

c) Kain mestilah tidak terlalu singkat dan buku lali hendaklah terlindung tetapi tidak mencecah lantai danwajib memakai kain dalam.

1.2.2 Mini telekung

a) Setiap pelajar Islam diwajibkan memakai mini telekung berwarna putih

tanpa berenda, bersulam atau berfesyen.

b) Bentuk yang dibenarkan ialah segi tiga atau rata di bahagian bawah tudung.

c) Labuhnya hendaklah melebihi paras dada. Kain janganlah terlalu nipis.

(d) Anak tudung yang berwarna putih sahaja mestilah dipakai bersama mini telekung.

1.2.3 Kasut dan stoking

a) Sama seperti 1.1.3

1.2.4 Lencana dan tanda nama

a) Sama seperti 1.1.4

1.1.5Barang kemas / perhiasan

a) Pelajar-pelajar perempuan DILARANG memakai barang-barang kemas, alat-alat solek dan lain-lain perhiasan.

1.4 PAKAIAN PENGAWAS

1.4.1 Baju lengan panjang berwarna biru muda dan seluar berwarna biru tua bagi lelaki.

1.4.2 Baju kurung berwarna biru muda dan kain sarung bersusun berwarna

biru tua dan mini telekung berwarna biru tua bagi pengawasperempuan beragama Islam.

1.4.3 Baju lengan panjang berwarna biru muda dan skirt labuh bawah paras

lutut bagi pengawas perempuan bukan beragama islam.

1.4.4 Baju melayu putih dan samping sekolah bagi pengawas lelaki pada hari jumaat.

1.4.5 Kasut kulit atau kanvas berwarna hitam dan berstokin hitam.

1.4.6 Lencana pengawas dan tali leher serta tanda nama hendaklah sentiasa

dipakai setiap waktu di sekolah atau pada bila-bila masa pengawas itu berada di sekolah.

1.4.7 Segala perubahan pakaian pengawas adalah tertakluk kepada persetujuan pihak pentadbiran sekolah dan ianya difikirkan sesuai.

1.5. BERPAKAIAN PADA WAKTU BIASAPelajar-pelajar hendaklah sentiasa berpakaian sekolah lengkap atau berbaju T sekolah berseluar sekolah dan berkasut sewaktu hadir ke sekolah untuk mengikuti sebarang aktiviti di luar waktu belajar.

1.5.1 Kelas / Aktiviti Tambahan

a) Pakaian sekolah atau baju t sekolah dan seluar slack atau trek.

1.5.2 Pendidikan Jasmani

a) Lelaki

Baju T putih berlambang sekolah dan seluar trek biru tua.

b) Perempuan Baju T lengan panjang berlambang sekolah dan seluar trek biru tua serta mini telekung putih.

1.5.3 Latihan Sukan / Permainan

a) Lelaki

Baju T mengikut warna rumah dan seluar trek biru.

b) Perempuan Baju T lengan panjang mengikut warna rumah dan seluar trek biru tua serta mini telekung putih

1.5.4 Badan beruniform / persatuan / kelab

Pelajar-pelajar hendaklah memakai pakaian sebagaimana yang ditetapkan oleh guru penasihat masing-masing.

2.0 RAMBUT2.1 RAMBUT PELAJAR LELAKI

2.1.1 Rambut pelajar lelaki mestilah sentiasa pendek iaitu bahagian belakang dinipiskan,tidak mencecah dahi, telinga dan tengkuk

Rambut mestilah sentiasa disikat kemas dan tidak dibenarkan berbelah tengah. (Rujuk gambar rajah)

2.1. 3 Dilarang menyimpan janggut, jambang dan misai

2.2 RAMBUT PELAJAR PEREMPUAN

2.2.1 Rambut pelajar perempuan dibenarkan hingga ke paras bahu.

2.2.2 Rambut yang melepasi paras bahu hendaklah diikat supaya sentiasa kemas

2.2.3 Hanya reben berwarna putih dan hitam sahaja dibenarkan.

2.2.4 Pelajar tidak dibenarkan mewarna rambut, mengerintingkan rambut, menyapu gel,menggunting atau menyikat rambut secara berfesyen

mengikut tafsiran sekolah.

3.0 PERHIMPUNAN

Perhimpunan rasmi siding pagi akan diadakan pada hari Isnin setiap minggu mulai jam 7.30 pagi.

Perhimpunan harian pula diadakan pada hari Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat mulai 7.15 pagi.

Semua murid diwajibkan menghadiri perhimpunan.

Para pelajar dilarang berbual semasa perhimpunan.

Semua murid dikehendaki menyanyi lagu patriotic dengan penuh semangat

4.0 KEBERSIHAN DIRI

4.1 Semua pelajar hendaklah menjaga kebersihan diri.

4.2 Kuku mestilah pendek, bersih dan tidak boleh diwarnakan.

4.3 Pelajar tidak dibenarkan bersolek.

5.0 KAWASAN SEKOLAH

5.1 MENINGGALKAN KAWASAN SEKOLAH

5.1.1 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan meninggalkan kelas pada sebaran waktu kecuali waktu kecemasan dan mendapat kebenaran guru. Pelajar yang dibenarkan mesti memakai PAS KELUAR.

5.1.2 Sewaktu pembelajaran sedang berjalan pelajar-pelajar tidak dibenarkan meninggalkan kelas walaupun ke tandas melainkan dalam keadaan terdesak dan mendapat kebenaran guru.

5.1.3 Tiada seorang pun dibenarkan berada di luar kelas pada waktu belajar dengan tugas-tugas yang lain selain dari belajar. Dalam masa belajar, pelajar-pelajar tidak dibenarkan mengadakan mesyuarat, menjalankan kegiatan persatuan, membawa surat-surat pengumuman atau tugas-tugas lain yang tidak penting.

5.1.4 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan keluar dari kelas semasa pertukaran waktu umpamanya ke tandas atau lainnya. Ketua-ketua kelas

bertanggungjawab mengawal kelas sehingga guru tiba untuk mengajar.

5.1.5 Pelajar-pelajar yang hendak meninggalkan kelas dengan sebab-sebab tertentu hendaklah mendapat kebenaran bertulis dari guru kelas.

5.1.6 Sekiranya pelajar sakit dan hendak berehat di bilik rawatan, pelajar berkenaan hendaklah mendapatkan surat kebenaran dari guru kelas dengan mengisi borang khas. Surat kebenaran tersebut hendaklah diserahkan kepada guru atau pelajar yang bertugas.

5.1.7 Sekiranya pelajar hendak meninggalkan sekolah atas sebab-sebab tertentu, pelajar hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis dari guru besar, penolong kanan atau Guru disiplin dengan mengisi borang khas. Satu salinan hendaklah diserahkan kepada guru kelas dan satu salinan hendaklah disimpan oleh pelajar.

6.0 SAKIT DAN PENYAKIT BERJANGKIT6.1 Pelajar-pelajar yang sakit/cedera hendaklah segera memberitahu Guru Bertugas, Pengawas atau Ketua Kelas.

6.2 Pelajar-pelajar yang mengidap penyakit berjangkit mesti berada di rumah sehingga sembuh.

6.3 Pelajar yang sakit di kawasan sekolah mestilah berada di bilik rawatan atau mendapat rawatan di hospital setelah mendapat kebenaran daripada pihak

sekolah

6.4 Untuk tinggal di bilik rawatan pelajar-pelajar mestilah mendapat

kebenaran dari pihak sekolah.

6.5 Guru bertugas akan menguruskan penghantaran pelajar ke hospital kerajaan jika sakit kuat.

7.0 KAWASAN YANG DILARANGTempat letak kenderaan guru

Kawasan tangki septik

Bilik Guru

Padang sekolah (tanpa pengawasan guru)Bilik-bilik khasKawasan Tangki Air

8.0 KEBERSIHAN

Rujukan SPI Bil. 4/1981, SPI Bil. 2/1983, SPI Bil. 1/1996 dan SPI Bil. 6/1997

8.1 Tong Sampah

8.1.1 Semua pelajar adalah bertanggungjawab menjaga kebersihan di sekolah.

8.1.2 Tong-tong sampah yang disediakan adalah untuk kegunaan membuang sampah sahaja.

8.1.3 Bagi sampah yang boleh dikitar semula, sila pastikan bahawa sampah dimasukkan di tong-tong kitar semula yang betul.

8.2 Kantin Sekolah

8.2.1 Semua pelajar tidak dibenarkan makan atau minum di luar dari kawasan kantin sekolah.

8.2.2 Sinki-sinki yang disediakan adalah untuk kemudahan membasuh tangan sahaja.

8.2.3 Pelajar dilarang membuang sampah atau lebihan makanan ke dalam sinki atau parit di sekeliling kantin.

8.2.4 Bekas-bekas makanan dan minuman hendaklah dimasukkan ke dalam tempat-tempat yang disediakan setelah selesai digunakan.8.2.5 Semua peralatan dan harta benda pelajar dilarang diletakkan atau disimpan di kantin sekolah.

8.2.6 Harta benda yang ditinggalkan di kantin akan dianggap tidak diperlukan dan akan dilupuskan.8.3 Bilik Darjah

8.3.1 Setiap bilik darjah hendaklah berada dalam keadaan bersih, kemas dan teratur.

8.3.2 Papan hitam, meja, kerusi dan lain-lain harta benda hendaklah dijaga, tidak dicalar, diconteng atau dikotorkan.

8.3.3 Setiap bilik darjah mesti mempunyai jadual bertugas bertujuan memastikan kebersihan dan keceriaan bilik darjah serta kawasan laluan koridor.

8.3.4 Segala harta benda yang berada di dalam bilik darjah yang dirosakkan seperti kerusi, meja, tingkap dan lain-lain perlu dibayar gantirugi.

8.4 Tandas

8.4.1 Semua pelajar perlu membersihkan tandas selepas digunakan.

8.4.2 Pelajar tidak dibenarkan menconteng dinding tandas.

8.4.3 Segala sampah tidak dibenarkan dibuang ke dalam mangkuk tandas sebaliknya dibuangkan ke dalam tong-tong yang disediakan.

9.0 KESELAMATAN

Rujukan SPI Bil. 8/1988, SPI Bil. 8/1999 dan SPI Bil. 4/2002

9.1.Beratur

9.1.1 Semua pelajar mesti beratur di tapak perhimpunan sebelum permulaan kelas.

9.1.2 Pelajar dikehendaki beratur apabila pergi ke makmal, bengkel, pusat sumber atau pun mana-mana bilik khas yang lain.

9.1.3 Pelajar perlu berjalan dengan tertib dan teratur apabila bergerak ke mana-mana tempat.

9.2.Waktu balik

9.2.1 Lima minit sebelum loceng terakhir, pelajar mestilah mengemaskan kerusi meja, membersihkan kelas dan menutup suis lampu serta kipas jika digunakan.

9.2.2 Apabila loceng dibunyikan, pelajar boleh keluar kelas dengan teratur. Pelajar hendaklah beratur di tempat yang ditetapkan dan berjalan apabila diarahkan.

9.2.3 Semua pelajar hendaklah mengikut arahan pengawas yang mengawal laluan.

9.2.4 Pelajar yang balik menaiki bas atau kenderaan lain hendaklah menunggu di dalam kawasan sekolah sehingga bas atau kenderaan yang mengambil pelajar tiba.9.2.5 Pelajar dikehendaki beratur dengan tertib ketika menaiki kenderaan.

9.2.6 Pelajar yang berjalan kaki perlu berjalan dengan teratur di atas bahu jalan dan tidak secara beriringan.

9.3.Makmal

9.3.1 Pelajar dilarang masuk ke makmal tanpa kebenaran / kehadiran guru berkenaan.

9.3.2 Pelajar hendaklah beratur dengan tertib di luar makmal dan hanya boleh masuk ke dalam makmal dengan kebenaran guru.9.3.3 Dilarang menyentuh atau mengambil bahan-bahan kimia dan alat-alat yang terdapat di bilik makmal tanpa kebenaran atau arahan guru berkenaan.

9.3.4 Pelajar dilarang membawa keluar sebarang peralatan dari makmal.

9.3.5 Pelajar dilarang menjalankan sebarang ujikaji tanpa arahan guru berkenaan.

9.3.6 Pelajar dilarang menyalakan penunu Bunsen dengan sebarang kertas.

9.3.7 Barang-barang seperti mancis, kertas turas atau bahan-bahan pepejal yang telah digunakan jangan dibuang di merata-rata tempat.

9.4.Bilik-bilik khas

9.4.1 Pelajar dilarang masuk ke mana-mana bilik khas seperti bengkel RBT, pusat sumber, bilik tayang dan makmal komputer tanpa kebenaran / kehadiran guru berkenaan semasa PdP berjalan.

9.4.2 Beg sekolah hendaklah diletakkan di tempat yang telah dikhaskan.

9.4.3 Pelajar dilarang menyentuh atau mengambil apa-apa bahan dan alatan yang terdapat di bilik berkenaan tanpa kebenaran atau arahan guru.

9.4.4 Sekiranya berlaku apa-apa kecemasan, pelajar hendaklah mengikut arahan guru berkenaan.

10.0 PELAWAT

10.1 Ibu bapa atau penjaga hanya dibenarkan berjumpa anak mereka pada

waktu rehat.

Pada waktu belajar tiada pelawat dibenarkan berjumpa denganpelajar.

10.2 Pihak sekolah berhak melarang mana-mana pelawat untuk berjumpa

dengan pelajar tanpa memberi sebarang penjelasan.

10.3 Pada hari-hari persekolahan ibu bapa atau penjaga tidak dibenarkan

berjumpa dengan anak mereka kecuali jika keadaan mendesak setelah

mendapat kebenaran dari pihak sekolah terlebih dahulu.

10.4 Pelawat mestilah mematuhi papan arahan yang disediakan.

11.0 TIDAK HADIR KE SEKOLAH DAN KELAS

11.1 Pelajar yang tidak hadir mestilah memberi surat doktor atau surat ibu bapa/penjaga dengan tanda tangan yang sah untuk tempoh masa pelajar itu tidak hadir.

11.2 Surat amaran pertama dihantar kepada ibu bapa sekiranya pelajar tidak hadir pada hari ketiga untuk pelajar yang tidak hadir ke sekolah secara berturut-turut atau hari kesepuluh sekiranya ketidakhadiran adalah secara tidak berturut-turut.

11.2 Surat amaran kedua hendaklah dihantar kepada ibubapa penjaga sekiranya pelajar tidak hadir TUJUH hari berturut-turut atau sebanyak 20 hari secara tidak berturut-turut.

11.3 Surat amaran terakhir secara berdaftar hendaklah dihantar kepada ibu bapa penjaga sekiranya tiada komunikasi selepas tujuh hari daripada surat amaran kedua dihantar bagi pelajar yang tidak hadir secara berturut-turut atau 20 hari bagi ketidakhadiran

secara tidak berturut-turut.

11.4 Tindakan buang sekolah boleh diambil selepas 2 minggu surat amaran terakhir dihantar bagi ketidakhadiran secara berturut-turut atau 20 hari bagi ketidakhadiran secara tidak berturut-turut. (Pek. K (BS) 8548/ 12 (17))11.5 Pelajar tidak dibenarkan sama sekali meninggalkan atau keluar dari kawasan sekolah dalam waktu belajar kecuali dengan kebenaran khas dari Guru besar, Penolong kanan atau Guru disiplin. Kebenaran bertulis hendaklah diperolehi.

12.0 KETUA MURID DAN PENGAWAS

12.1 Perlantikan dan pemilihan pengawas-pengawas akan dibuat oleh Guru besar dengan kerjasama guru-guru.

12.2 Badan Pengawas mestilah mengandungi seorang guru Penasihat, Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan Pengawas-pengawas Kelas Atas.

12.3 Seorang pengawas biasanya akan memegang jawatannya berterusan tetapi Guru besar dan guru-guru boleh menyingkirkan seseorang itu dari Badan Pengawas sekiranya perlu.

12.5 Guru besar ada kuasa membuat pindaan dalam perlembagaan badan pengawas sekolah.

12.6 Sifat-sifat Kelayakan seorang pengawas sekolah:Untuk dilantik sebagai seorang pengawas, seorang pelajar hendaklah mempunyai perangai dan kelakuan yang elok di samping prestasi akademik yang baik dan mengambil bahagian yang cergas dalam kegiatan sekolah.

Lain-lain kelayakan :

- bertanggungjawab dengan sepenuhnya

- berwibawa dan bekerjasama

- rajin dan berusaha, sedia memberi perkhidmatan

- jujur dan berakal

- menepati masa

12.7 Tugas-tugas pengawas

(a) Mereka hendaklah menolong Jawatankuasa tatatertib sekolah untuk mengekalkan suasana yang baik semasa perhimpunan semasa belajar, semasa rehat dan setiap masa dan menentukan peraturan-peraturan sekolah dipatuhi.

(b) Mereka hendaklah mengawasi semua harta benda sekolah terutama sekali di perpustakaan, makmal sains, bilik Pendidikan Jasmani, bilik komputer dan bengkel Reka Bentuk dan Teknologi supaya tidak dirosakkan. Mereka mesti juga menolong pihak sekolah menjaga kebersihan kelas dan sekolah.

(c) Pengawas-pengawas mestilah menjalankan tugas-tugas mereka semasa perhimpunan sekolah, masa bersurai sekolah dan upacara sekolah. Ketua pengawas akan menyediakan giliran tugas Pengawas. Pengawas-pengawas yang berulang kali kurang bertanggungjawab akan diberi amaran.

(d) Semasa menjalankan tugas, pengawas-pengawas patut bersikap tegas tetapi bersopan santun dengan pelajar-pelajar. Mereka tidak boleh berkelakuan kasar. Mereka hendaklah menjaga keharmonian pelajar. Sekiranya ada pelajar melanggar peraturan, dia hendaklah diberi dua amaran. Pada amaran ketiga, pelajar itu mesti dilaporkan kepada guru Lembaga Disiplin.

13.0 WAKTU SEMBAHYANG

Waktu sembahyang zohor adalah mengikut aturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah dan penglibatan pelajar adalah wajib.Waktu sembahyang zohor:

a) Tahap 1 : selasa- khamis (1.40 petang)

b) Tahap 2 : Isnin- khamis ( 2.10 petang)14.0 WAKTU REHAT

1.14.1 Waktu rehat selama 20 minit.

1.14.2 Masa Rehat: 9.55 pagi hingga 10.15 pagi

1.14.3 Semua murid mesti keluar dari kelas pada waktu rehat dengan arahan dan pengawasan guru.

1.3.4 Murid tidak dibenarkan makan di dalam kelas, di luar kelas dan di tangga bangunan.Makan hanya dibenarkan di kantin sekolah sahaja.

1.3.5 Apabila loceng tamat rehat dibunyikan murid mesti berbaris di luar kelas masing-masing dan masuk ke kelas dengan arahan guru.

15.0 LATIHAN KEBAKARAN DAN KECEMASAN

(a) Apabila loceng isyarat dibunyikan, pelajar-pelajar mesti berbaris di luar kelas dan turun melalui tangga yang ditetapkan (tangga yang paling dekat)

(b) Pelajar-pelajar mestilah bergerak secara senyap, tidak terburu-buru atau berlari dan tanpa cuba berlumba-lumba antara satu sama lain

(c) Di tempat berkumpul itu, guru-guru kelas hendaklah berada bersama barisan pelajar-pelajarnya. Dengan menggunakan daftar kedatangan pastikan setiap pelajar di dalam kelasnya berada di situ.

(d) Guru kelas hendaklah melaporkan dengan serta-merta kepada Guru besar jika ada sesiapa yang diketahui tidak ada di situ dan hendaklah mencari pelajar itu dengan segera.

(e) Tidak seorang pun dibenarkan memasuki bangunan itu semula untuk mengambil barang-barang seperti buku, baju dan lain-lain.

(f) Sekiranya ada sesiapa yang tidak berada di bilik darjah semasa loceng isyarat berbunyi hendaklah mereka pergi terus ke tempat berkumpul yang telah ditetapkan. Mereka dikehendaki melaporkan diri kepada guru kelas dan berada bersama-sama rakan-rakan sekelasnya.

17.0 KEROSAKAN HARTA BENDA SEKOLAHPelajar-pelajar mestilah bersama-sama menjaga dengan baik semua harta benda sekolah semasa berada di sekolah seperti :

(a)Kerusi meja pelajar jangan diukir/diconteng

(b) Dinding bangunan sekolah jangan dilukis/diconteng

(c) Buku yang dipinjam daripada perpustakaan hendaklah dijaga dengan baik

(d) Tandas hendaklah diguna dengan betul

(e) Cermin tingkap jangan dipecahkan

(f) Kipas dan alatan elektrik hendaklah digunakan dengan baik dan tidak membazir

(g) Alatan pendidikan jasmani, alatan bilik sumber, ERT dan Sains hendaklah digunakan dengan baik.

18.0 KEGIATAN LUAR BILIK DARJAH (AKTIVITI KOKURIKULUM)18.1 Setiap pelajar diwajibkan menyertai :

a) satu pasukan berunifom

b) satu persatuan/kelab atau lebih

c) satu kegiatan sukan /permainan atau lebih.

Seseorang pelajar dibenarkan memegang sebanyak-banyaknya 2 jawatan tertinggi sahaja untuk kesemua persatuan/kelab sekolah yang dianggotai.

Pelajar pelajar tidak dibenarkan untuk turut serta dalam kegiatan-kegiatan luar sekolah yang bukan dianjurkan oleh sekolah.

Kebenaran bertulis mestilah diperolehi terlebih dahulu daripada guru besar sekiranya seseorang pelajar ingin atau dikehendaki mengambil bahagian di dalam kegiatan-kegiatan luar atau pertubuhan luar, persatuan, permainan dan lain-lain yang dianjurkan sekolah atau jabatan pendidikan.

Pelajar-pelajar adalah DILARANG KERAS memasuki sebarang pertubuhan haram atau kongsi gelap.

19.0 KATEGORI KESALAHANKESALAHAN RINGAN1. Menyimpan misai, janggut dan jambang.

2. Berambut panjang atau menyimpan rambut yang menyerupai kumpulan tertentu.

3. Bermain dalam bilik darjah, koridor atau kawasan yang dilarang.

4. Menggunakan atau membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah dari sekolah tanpa kebenaran.

5. Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran Guru besar, atau Guru-guru Penolong Kanan atau guru yang bertugas di dalam bilik darjah pada ketika itu.

6. Berada di kantin pada waktu pengajaran dan pembelajaran (P & P) tanpa kebenaran.

7. Menyimpan atau menggunakan peralatan permainan kepunyaan sekolah tanpa kebenaran.

8. Menggunakan alat hiburan atau elektronik sekolah tanpa kebenaran Guru besar atau wakilnya.

9. Memasuki makmal/bilik khas/bengkel tanpa kebenaran atau tidak mematuhi peraturan makmal/bilik khas/bengkel.

10. Memakai barang kemas atau perhiasan alat solek kecuali jam.

11. Makan dan minum di dalam bilik darjah.

12. Melakukan pembaziran air atau elektrik.

13. Tidak memakai pakaian sekolah yang lengkap atau memakai pakaian sekolah dengan kemas.

14. Semua kesalahan yang bersabit dengan pembelajaran (tidak membawa buku, tidak membuat kerja rumah, tidak memberi perhatian dan lain-lain)

15. Lewat ke sekolah.

16. Lewat bergerak ke perhimpunan/bengkel/makmal.

17. Bising dalam kelas sehingga menganggu kelas lain.

18. Menunggang atau memandu kenderaan dalam kawasan sekolah.

19. Berjalan-jalan dalam kawasan sekolah.

20. Tidak membuat tugasan yang diarahkan.

21. Mengganggu kawan.

22. Mengganggu guru.

23. Lewat masuk kelas.

24. Mengotorkan kelas.

25. Tidak duduk setempat.

26. Berada dalam kawasan larangan.

27. Pergi ke tandas pada waktu pengajaran dan pembelajaran (P & P) tanpa kebenaran.

28. Tidak beratur semasa membeli makanan di kantin..

29. Berada di kawasan yang tersembunyi pada sebarang waktu.

30. Membuang sampah merata-rata.

31. Meludah atau membuang barang-barang dari atas bangunan.

32. Mengguna atau menyimpan sebarang alatan orang lain tanpa kebenaran.

33. Menjalankan perniagaan sendiri atau menjadi agen perniagaan tanpa kebenaran pihak sekolah.

34. Memakai cermin mata berfesyen.

35. Tidak mendaftarkan kenderaan (motor/kereta)yang dibawa ke sekolah .

36. Kesalahan lain yang ditentukan oleh Guru besar.

37. Membawa telefon bimbit dan MP3.

KESALAHAN SEDERHANA1. Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi tiga kali.

2. Menyalahgunaan / menggunakan peralatann/sumber bekalan elektrik sekolah tanpa kebenaran.

3. Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran.

4. Tiga amanan, menipu, berbohong dan meniru ketika ujian / peperiksaan.

5. Ponteng sebarang acara rasmi sekolah.

6. Tidak menghormati lagu-lagu / bendera / jata sekolah, negeri dan kebangsaan.

7. Fesyen rambut yang keterlaluan, seperti punk / skin head atau bewarna.

8. Menconteng pada harga benda sekolah.

9. Memakai barang kemas keterlaluan, seperti menindik telinga dan memakai subang lebih daripada satu pada satu cuping telinga.

10. Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh Jawatankuasa Disiplin Sekolah.

KESALAHAN BERAT1. Melakukan mana-mana kesalahan sederhana kali ketiga2. Menyimpan, membawa, mengedar, menghisap atau terbabit dalam kegiatan dadah.

3. Membawa, meminum, menyimpan atau mengedar minuman keras atau sebarang benda yang memabukkan / menghayalkan.

4. Membawa, menyimpan, menghisap aau mengedar bahan tembakau.

5. Menyebabkan / melakukan pergadakan atau kekerasan.

6. Melayan, mengancam, memukul atau mengugut / mencederakan guru / pengawas / murid.

7. Biadap terhadap guru / pengawas / murid.

8. Memeras ugut guru / pengawas / murid.

9. Membawa / menggunakan senjata atau alat berbahaya.

10. Melakukan buli (perbuatan atau kata-kata), penderaan atau paksaan terhadap murid lain.

11.Mencuri, merompak, memecah masuk dan menceroboh kawasan larangan.

12.Melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam pertaruhan.

13.Mencetak, menerbit, mempamer, mengedar atau menyimpan rencana, majalah atau pita dan multimedia yang terlarang.

14.Membabitkan diri dalam kumpulan haram.15.Mencabul kehormatan guru / murid.16.Melakukan zina, liwat, hubungan luar tabii.17. Melacur / menjadi bohsia / bohjan / pondan.18.Bersekududukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak bermoral.19.Mengintai murid lelaki / perempuan.20. Menulis atau mengeluarkan kenyataan akhbar yang mencemarkan.21. Merosakkan harta benda sekolah / guru / murid.22. Membawa atau menggukanan bahan letupan.23. Menulis / melukis perkataan atau gambar lucah atau melakukan perbuatan lucah.

24. Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan, perhimpunan haram atau merusuh.

25. Membawa atau menyalahgunakan alat permainan, elektronik atau bahan-bahan multimedia.26. Membawa atau menggunakan alat yang menyebabkan kecederaan atau mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran / ujian.

27. Menganjur atau membebitkan diri dalam acara kebudayaan yang bertentangan dengan nilai-nilai masyarakat Malaysia.28. Menganjur atau membabitkan diri dalam diri dalam acara kebudayaan tanpa kebenaran pihak sekolah, PPD, JPNJ dan Kementerian Pelajaran.29. Melakukan ponteng sekolah berterusan (berturut-turut) selama 30 hari atau berkala (tidak berturut-turut) selama 60 hari / selama 1 tahun sessi persekolahan.30. Mengganggu / menjejaskan kuasa Guru Besar / Pentadbir atau guru yang menjalankan tugas.31. Membawa masuk tetamu dari luar ke kawasan sekolah tanpa kebenaran Guru besar atau wakilnya.32. Mengedar, memiliki, membawa, melukis dan mempamerkan bahan lucah.

33. Mengeluarkan kata-kata lucah dan kesat.34. Melakukan hubungan yang dicurigai.35. Kesalahan-kesalakan lain yang difikirkan trmasuk dalam kategori ini oleh Jawatankuasa Disiplin Sekolah .

Jenis-jenis salah laku yang berlaku di sekolah adalah banyak dan pelbagai. Menurut buku panduan Bagu Ibu Bapa Mengenai Disiplin Murid-murid Sekolah, (DPM, 1982) salah laku ini dapat dibahagikan kepada 5 kumplan yang besar iaitu:

1. TINGKAH LAKU JENAYAH

a) Mendera dan mencederakan.

b) Bertindak ganas dan mencederakan.

c) Memeras ugut.

d) Bergaduh.

e) Mencuri.

f) Menipu atau memperdayakan.

g) Menimbulkan kegelisahan dikalangan pelajar.

h) Menyalahgunakan dadah.

i) Khalwat.

j) Segala perbuatan jenayah mengikut Undang-undang Negara.

k) Menyertai kumpulan kongsi gelap.

2. TINGKAHLAKU LUCAHa) Mencarut.

b) Berdua-duaan.

c) Becumbu-cumbuan.

d) Melihat / membaca bahan lucah.

e) Melukis / menujlis bahan lucah.

f) Menyimpan / meminjamkan bahan lucah.

g) Besubahat dalam perbuatan sumbang.

h) Berpakaian tidak senonoh.

3. TINGKAHLAKU ANTI-SOSIAL

a) Tidak mahu bergaul.

b) Merosakkan hartabenda individu / sekolah.

c) Membuat bising.

d) Menjerit-jerit tidak tentu pasal.

e) Mengganggu orang lain.

f) Menulis dan menconteng bangunan.

g) Membuang sampah merata-rata.

h) Mendendam / hasat dengki / cemburu.

i) Memaki hamun.

j) Sombong , bongkak dan biadap.

4. TINGKAHLAKU TIDAK JUJUR.

a) Meniru dalam ujian dan peperiksaan.

b) Meniru tandatangan orang lain.

c) Bercakap bohong.

d) Mengubah markah yang dicatat oleh guru.

e) Ponteng sekolah atau aktiviti sekolah.

f) Menganiaya sesame rakan.

g) Tidak amanah.

h) Mengampu.

i) Memperdayakan ibu bapa dan orang lain.

j) Mengambil barang orang lain tanpa izin.

k) Melakukan kerja tanpa kesungguhan dan tanggungjawab.

l) Berdolak-dalik.

m) Membuat kerja tanpa keikhlisan diri.

4. TINGKAHLAKU TIDAK SOPAN

a) Berbahasa kasar.

b) Tidak menghormati guru.

c) Menghisap rokok.

d) Berambut panjang.

e) Tidak memberi perhatian semasa guru mengajar.

f) Lalai dan cuai terhadap pelajaran.

g) Mempermain / memperlekehkan guru.

h) Selalu lewat.

i) Suka bertengkar.

j) Pakaian tidak sesuai.

Rujukan Surat Pekeliling Ikhtisas

1. Pakaian Seragam :

- SPI Bil. 12/1978

- SPI Bil. 14/1976

- SPI Bil. 3/1983

- SPI Bil. 8/1985

- SPI Bil. 3/1992

- SPI Bil. 6/1993

- SPI Bil. 2/1993

- SPI Bil. 9/1975

2. Kesihatan Murid :

- SPI Bil. 2/1982

- SPI Bil. 6/1998

3. Perhimpunan Sekolah :

- SPI Bil. 4/1984

4. Keselamatan :

- SPI Bil. 8/1988

- SPI Bil. 8/1999

- SPI Bil. 7/2000

5. Kesihatan :

- SPI Bil. 4/1989

- SPI Bil. 1/1996

6. Ponteng :

- SPI Bil. 6/1995

7. Sekolah Selamat :

- SPI Bil. 4/2002

8. Kuasa Merotan :

- SPI Bil. 7/2003

9. Disiplin/Peraturan Sekolah :

- SPI Bil. 9/1975

10. Garis Panduan Pakej Bayaran Tambahan :

- SPI Bil. 13/2007

11. Larangan Membawa Telefon Bimbit :

- SPI Bil. 1/2006

12. Potongan Rambut Murid :

- SPI Bil. 2/1976

13. Hukuman ke Atas Murid Menghisap Rokok :

- SPI Bil. 4/1997

14. Peraturan Tatatertib :

- SPI Bil. 8/1968

- SPI Bil. 6/1968

- SPI Bil. 11/1972

- SPI Bil. 9/197515. Penyalahgunaan Dadah :

- SPI Bil. 7/1975

16. Kempen Anti Merokok :

- SPI Bil. 1/1983

17. Mengenakan Hukuman Biasa :

- SPI Bil. 8/1983

18. Perhimpunan Sekolah :

- SPI Bil. 4/1984

19. Langkah-langkah Keberkesanan Disiplin Sekolah :

- SPI Bil. 7/1986

PENGAKUAN SETIA PELAJAR Bahawasanya saya ...................................... murid tahun .............. Sekolah Rendah Arab Jaim Pernu, telah membaca dan memahami segala peraturan sekolah ini. Dengan ini saya mengaku akan mematuhi peraturan-peraturan sekolah dan bersedia menerima tindakan yang akan dikenakan oleh pihak sekolah jika saya melanggar peraturan-peraturan tersebut.

Tandatangan murid,

________________________

(

)

PENGAKUAN IBU BAPA / PENJAGA

Bahawasanya saya ibu bapa / penjaga murid yang bernama................................................... tahun ................. Sekolah Rendah Arab Jaim Pernu, telah membaca dan memahami segala peraturan sekolah ini. Saya sedia bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menentukan supaya anak jagaan saya mematuhi peraturan-peraturan tersebut dan tidak akan mengambil sebarang tindakan ke atas pihak sekolah mahupun warga pendidik sekolah diatas tindakan ataupun hukuman bagi setiap kesalahan disiplin selagi mengikuti peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan malaysia.

Tandatangan ibu bapa / penjaga

________________________

(

)

LENCANA

SEKOLAH