buku peraturan sekolah

32
SEKOLAH KEBANGASAAN BUKIT BANGKONG 43950 SUNGAI PELEK, SEPANG BUKU PANDUAN

Upload: iyatieku

Post on 27-Jun-2015

932 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: buku peraturan sekolah

SEKOLAH KEBANGASAAN BUKIT BANGKONG

43950 SUNGAI PELEK, SEPANG

BUKU PANDUAN

PERATURAN SEKOLAH

Page 2: buku peraturan sekolah

ISI KANDUNGAN

1. FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA2. FALSAFAH PENDIDIKAN SEKOLAH3. MATLAMAT SEKOLAH4. IKRAR MURID5. PERATURAN – PERATURAN DISPLIN SEKOLAH

PERKARA 1 : WAKTU PERSEKOLAHANPERKARA 2 : PAKAIAN MURIDPERKARA 3 : LENCANA , STOKIN, KASUTPERKARA 4 : RAMBUTPERKARA 5 : BASIKAL / MOTOSIKALPERKARA 6 : PERHIMPUNANPERKARA 7 : DISPLIN DAN TATATERTIB DALAM BILIK DARJAHPERKARA 8 : REHAT, MAKAN DAN MINUMANPERKARA 9 : GERAK KERJA KO-KURIKULUMPERKARA 10 : HAL – HAL LAINPERKARA 11 : KESALAHAN TATATERTIB YANG DIANGGAP BERAT

6. SENARAI SEMAK SALAH LAKU UNTUK MURID – MURID SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BANGKONG7. LAMPIRAN : i ) CONTOH PERATURAN RAMBUT MURID LELAKI

Ii ) CONTOH PERATURAN PAKAIAN MURID LELAKI Iii ) CONTOH PERATURAN PAKAIAN MURID PEREMPUAN Iv ) LENCANA SEKOLAH V ) LAGU SEKOLAH

Page 3: buku peraturan sekolah

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memeperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan member sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN SEKOLAH

Sekolah adalah wadah untuk melahirkan pelajar cemerlang dari segi emosi, jasmani, intelek, dan rohani selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Usaha ke arah kecemerlangan kurikulum dan ko-kurikulum adalah melibatkan pelajar selaras dengan proses pendemokrasian pendidikan dan usaha gigih dari semua pihak. Bimbingan dan panduan akan sentiasa menjurus agar pelajar berdaya upaya untuk mempertingkatkan prestasi akademik dan imej sekolah.

MATLAMAT SEKOLAH

Pelajar – pelajar memperolehi segenap peluang dan kemudahan pengajaran dan pembelajaran serta pendidikan yang berkualiti bagi menyediakan diri mereka sebagai insane yang seimbang dan harmonis sesusai dengan Falsafah

Pendidikan Negara dan berupaya manyumbang ke arah pencapaian matlamat WAWASAN 2020.

Page 4: buku peraturan sekolah

IKRAR MURID

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BANGKONG

Bahawa dengan sesungguhnya kami pelajar – pelajar Sekolah Bukit Bangkong berikrar dan

berjanji : -

1. Untuk menjadi pelajar yang bertanggungjawab dan berguna kepada diri, keluarga, masyarakat, agama dan rakyat.

2. Berusaha untuk menjadi insan yang baik dan berbudi pekerti mulia.3. Berusaha menjadi pelajar yang cemerlang.4. Patuh dan mentaati segala arahan dan peraturan sekolah.5. Menjaga dan menaikkan nama baik sekolah.

Page 5: buku peraturan sekolah

PERATURAN-PERATURAN DISPLIN SEKOLAH

PERKARA 1 : WAKTU PERSEKOLAHAN1.1 Semua murid mestilah berada di kawasan sekolah dalam waktu yang ditetapkan iaitu 7.00 pagi hingga 1.30

petang kecuali hari Jumaat iaitu mulai 7.00 pagi hingga 12.00 tengahari untuk sesi pagi.1.2 Semua murid di larang berada didalam bilik darjah sebelum loceng Dibunyikan kecuali murid-murid yang

menjalankan tugas harian.1.3 Pada waktu rehat, murid-murid tidak dibenarkan berada didalam bilik darjah kecuali kebenaran rasmi.1.4 Semua murid yang hadir lewat ke sekolah tanpa sebab yang munasabah selepas loceng pertama dibunyikan

akan dikenakan tindakan.1.5 Semua murid tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah sehingga tamat waktu persekolahan melainkan

dengan kebenaran GURU BESAR atau GURU PENOLONG KANAN atau GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID.

PERKARA 2 : PAKAIAN MURID

2.1 MURID LELAKI

2.1.1 BAJU Semua murid lelaki mestilah memakai kemeja biasa berwarna putih, lengan pendek atau berlengan panjang,

berkolar dan satu poket di sebelah kiri. Jika kemeja itu berlengan panjang, ia hendaklah di butangkan.

Page 6: buku peraturan sekolah

2.1.2 SELUAR Semua murid lelaki mestilah memakai seluar panjang berwarna biru tua ( navy blue ). Panjang seluar hendaklah sampai ke bawah buku lali. Paras seluar di pinggang. Ukuran di peha cukup untuk duduk bersila. Semua murid dilarang sama sekali memakai seluar ketat, jenis bottom, jeans atau yang pleat.

2.1.3 SONGKOK Murid-murid digalakkan untuk memakai songkok berwarna hitam pada hari Jumaat sahaja.

2.1.4 TALI PINGGANG Tali pinggang berwarna hitam atau coklat tanpa corak boleh digunakan. Lebarnya tidak melebihi 2.5cm. Kepala tali pinggang mestilah tidak besar atau berbentuk-bentuk.

2.2 MURID PEREMPUAN

2.2.1 BAJU Murid-murid adalah digalakkan untuk memakai baju kurung jenis tradisional leher teluk belanga berwarna putih. Panjangnya mestilah sampai ke lutut.

2.2.2 KAIN Kain hendaklah berbentuk A line atau kain bersusun dan berwarna biru tua.

Page 7: buku peraturan sekolah

2.2.3 Pelajar perempuan Islam adalah digalakkan memakai tudung kepala Berwarna putih, berbentuk segi tiga dua sama berukuran sesuai dengan murid yang memakainya.

2.2.4 Murid-murid perempuan juga dibolehkan memakai baju blouse putih dan gaun biru. Labuhnya hendaklah sampai ke lutut.

2.2.5 Murid-murid perempuan adalah dilarang keras memakai sebarang Perhiasan dan Barang-barang Kemas.

2.2.6 Kuku mestilah sentiasa pendek dan tidak diwarnakan.

2.2.7 Murid-murid perempuan adalah dilarang sama sekali menggunakan Alat Solek.

2.3 PAKAIAN PENDIDIKAN JASMANI

Semua murid mestilah memakai kemeja T – putih bersama seluar sukan ( trek bottom ) berwarna gelap sewaktu

menjalankan PENDIDIKAN JASMANI

Page 8: buku peraturan sekolah

PERKARA 3 : LENCANA SEKOLAH, STOKIN DAN KASUT

3.1 LENCANA SEKOLAH / TANDA NAMASemua murid adalah diwajibkan memakai lencana / tanda nama di atas poket atau disebelah kiri kemeja

atau baju. Lencana yang telah hilang warna, dikikis dan diubahsuai tidak boleh digunakan.

3.2 STOKINStokin pendek berwarna putih dan tidak berjalur sahaja yang boleh digunakan.

3.3 KASUTSemua murid adalah dimestikan memakai kasut kanvas berwarna, selipar dan kasut kulit adalah tidak

dibenarkan sama sekali.

PERKARA 4 : RAMBUT

4.1 RAMBUT MURID LELAKI( Rujuk gambarajah )

4.1.1 Murid-murid lelaki adalah dilarang menyimpan rambut panjang.

Page 9: buku peraturan sekolah

4.1.2 Istilah rambut panjang adalah seperi berikut : -

(a) di belakang : rambut jatuh melebihi di bawah cuping telinga.(b) di hadapan : rambut menutup garisan tengah dahi.(c) di sebelah : rambut menutup kedua-dua telinga atau(d) di atas : rambut melebihi daripada 15 cm panjang.

4.2 RAMBUT MURID PEREMPUAN

4.2.1 Bagi murid-murid perempuan, rambut yang panjang hendaklah sentiasa kemas kecuali mereka yang memakai tudung / mini telekung. Ikatan rambut sebagai

tocang atau ekor kuda dibenarkan.4.2.2 Sepit-sepit atau hiasan rambut yang beraneka warna atau bermanik Adalah tidak

dibenarkan.

Page 10: buku peraturan sekolah

PERKARA 5 : BASIKAL / MOTOSIKAL

5.1 Semua murid hendaklah meletakkan basikal di tempat yang dikhaskan.

5.2 Murid-murid adalah tidak dibenarkan sama sekali menunggang motosikal sendiri untuk hadir kesekolah kecuali jika dihantar oleh ibubapa/penjaga.

5.3 Semua basikal hendaklah dikunci dengan sempurna untuk keselamatan.

5.4 Segala rupa basikal yang membahayakan, dilarang dibawa ke sekolah.

PERKARA 6 : PERHIMPUNAN

6.1 Perhimpunan rasmi sekolah akan diadakan pada hari Isnin setiap minggu.

6.2 Perhimpunan ringkas akan diadakan pada hari lain jika difikirkan perlu.

6.3 Semua murid adalah diwajibkan menghadiri perhimpunan yang diadakan di tempat perhimpunan.

6.4 Sebelum perhimpunan, loceng akan dibunyikan sebanyak dua kali.

Page 11: buku peraturan sekolah

6.5 Semua murid dilarang bercakap-cakap sewaktu berada di tempat perhimpunan. Semua murid dikehendaki menyanyikan lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah dengan penuh semangat.

6.6 Bacaan Ikrar pelajar akan diadakan pada setiap perhimpunan hari Isnin.

6.7 Bacaan doa.

6.8 Ucapan guru bertugas/guru lain sekiranya ada.

6.9 Persembahan murid sekiranya ada.

6.10 Ucapan Guru Besar.

6.11 Bersurai - murid-murid berjalan masuk ke kelas didalam barisan dan tidak dibenarkan bercakap-cakap.

PERKARA 7 : DISPLIN TATATERTIB DALAM BILIK DARJAH

7.1 Murid yang bertugas hendaklah membersihkan kelas sebelum loceng pertama dibunyikan. Sampah-sarap hendaklah dibuang ke dalam tong sampah.

7.2 Semua murid tidak dibenarkan membuat bising dan bergaduh didalam bilik darjah.

Page 12: buku peraturan sekolah

7.3 Semua murid adalah dilarang makan dan minum didalam kelas.

7.4 Semua murid hendaklah menjimatkan penggunaan tenaga elektrik dan lain-lain kemudahan.

7.5 Semua murid hendaklah duduk di tempat yang telah ditetapkan.

7.6 Semua murid tidak dibenarkan keluar dari bilik darjah bila-bila masa tanpa keizinan guru.

7.7 Semua murid dilarang berkeliaran di luar bilik darjah.

7.8 Semua murid dilarang menconteng, merosakkan semua perabot, memecah tingkap, pintu dan peralatan bilik darjah.

7.9 Sewaktu ketiadaan guru, bilik darjah adalah dalam kawalan ketua dan penolong kelas yang berkenaan.

PERKARA 8 : REHAT, MAKANAN DAN MINUMAN

8.1 Semua murid mestilah makan dan minum di kantin sahaja.

8.2 Semua murid hendaklah beratur semasa membeli makanan dan minuman.

Page 13: buku peraturan sekolah

8.3 Semua murid hendaklah menggunakan kantin sepenuhnya untuk membeli makanan dan minuman. Segala sisa makanan hendaklah diletakkan ditempat yang telah disediakan.

8.4 Semua murid adalah dilarang mengambil, merosakkan dan memusnahkan alat-alat kantin seperti sudu, garfu, gelas, piring dan botol kosong.

PERKARA 9 : GERAK KERJA KO-KUKURIKULUM

9.1 Setiap murid diwajibkan menjadi ahli kepada sebuah rumah sukan dan mengambil bahagian dalam kegiatan sukan.

9.2 Setiap murid diwajibkan menjadi ahli kepada sekurang-kurangnya SATU persatuan atau kelab dan satu pasukan unit pakaian seragam.

9.3 Semua murid yang hadir untuk perjumpaan ko-kurikulum mestilah MEMAKAI PAKAIAN YANG BERSESUAIAN dengan aktiviti yang akan dijalankan.

Page 14: buku peraturan sekolah

PERKARA 10 : HAL-HAL LAIN

10.01 Semua murid dikehendaki mematuhi segala peraturan MAKMAL SAINS.

10.02 Semua murid dilarang menggunakan surau ( jika ada ) kecuali untuk beribadat dan pada waktu yang dibenarkan sahaja.

10.03 Semua murid diwajibkan mengikuti pelajaran pendidikan jasmani bagi mereka yang mendapat kebenaran surat akuan doctor.

10.04 Semua murid tidak dibenarkan masuk ke Bilik Guru atau Pejabat sekolah tanpa urusan rasmi.

10.05 Semua murid dilarang menggunakan tandas Guru.

10.06 Semua murid hendaklah menggunakan tandas dengan penuh tanggungjawab dan tidak merosakkan alat-alat tandas.

10.07 Penggunaan tandas adalah hanya pada waktu selepas Pendidikan Jasmani atau Waktu rehat sahaja kecuali dengan kebenaran guru.

10.08 Semua murid tidak dibenarkan membawa orang luar kawasan dan bangunan sekolah tanpa kebenaran Guru Besar.

Page 15: buku peraturan sekolah

10.09 Semua murid yang sakit dan hendak ke hospital pada waktu persekolah hendaklah mengisi nama dalam buku murid keluar dan juga mendapat surat RAWATAN

DOKTOR daripada guru bertugas.

10.10 Semua murid mestilah sentiasa menghormati guru-guru dan pengawas serta bersopan santun.

10.11 Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan wang atau barang kemas murid di sekolah. Semua murid digalakkan membawa Wang yg

Secukupnya untuk perbelanjaan harian.

10.12 Murid-murid yang hendak ke tandas atau keluar dari kelas mestilah mendapatkan kad / pas keluar dari guru atau ketua kelas ( jika ketiadaan guru )

PERKARA 11 : KESELAMATAN TATATERTIB YANG DIANGGAP BERAT

( PEKELILING BIL.9/1975 )

11.01 Menjadi ahli pertubuhan haram

11.02 Membawa senjata berbahaya dengan tujuan jahat.

Page 16: buku peraturan sekolah

11.03 Memukul kakitangan sekolah, guru dan Guru Besar.

11.04 Mengancam kakitangan sekolah, guru dan Guru Besar.

11.05 Melanggar peraturan dan undang-undang yang telah digubal oleh SEKOLAH dan KEMENTERIAN PENDIDIKAN.

11.06 Menulis surat kepada akhbar tanpa kebenaran dan pengetahuan Guru Besar.

11.07 Sengaja merosakkan harta persendirian guru-guru, kakitangan sekolah dan murid-murid.

11.08 Sengaja merosakkan harta kerajaan atau sekolah.

11.09 Mencuri.

11.10 Mengancam murid-lain dengan ancaman yang serius dan Merbahaya.

11.11 Merokok atau mengambil najis dadah didalam atau di luar sekolah.

11.12 Berjudi.

11.13 Meminum minuman keras atau memabukkan dalam kawasan sekolah.

11.14 Masih membantah hukuman guru walaupun sudah diberi tiga atau empat kali amaran.

Page 17: buku peraturan sekolah

11.15 Menunjukkan sikap bongkak atau menghina kakitangan sekolah, guru-guru dan Guru Besar.

11.16 Sengaja menimbulkan sesuatu perkara yang sensitive dengan tujuan menimbulkan kacau-bilau dan perpecahan kaum.

11.17 Melanggar peraturan tatatertib yang menurut budi bicara Guru Besar / Penolong Kanan sebagai melanggar tatatertib yang BERAT.

Page 18: buku peraturan sekolah

SENARAI SEMAK SALAH LAKU UNTUK MURID-MURID

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BANGKONG

1. Datang lewat ke sekolah.

2. Berambut panjang ( rujuk gambarajah gaya menyimpan rambut murid lelaki )

3. Mewarnakan rambut.

4. Memakai barang kemas berharga.

5. Memakai barang kemas hiasan ( costume jewellery )

6. Berkuku panjang / mewarnakan kuku.

7. Menunggang motosikal ke sekolah.

8. Tidak memakai pakaian yang besesuaian untuk Pendidikan Jasmani dan kegiatan Ko-Kurikulum.

9. Memakai seluar “ jeans ” di kawasan sekolah.

10. Memakai seluar ketat atau bel bottom.

Page 19: buku peraturan sekolah

11. Berjudi.

12. Mencuri.

13. Memeras ugut.

14. Membawa senjata berbahaya dan bahan-bahan berbahaya.

15. Membawa bahan-bahan bacaan lucah ke sekolah.

16. Membawa radio ke sekolah ( kecuali dengan kebenaran ).

17. Sengaja merosakkan harta persendirian sekolah ( contohnya ; - meconteng dinding ), guru, kakitangan sekolah dan murid-murid.

18. Mengancam atau menggangu murid lain.

19. Bersikap degil terhadap guru ( kurang sopan, angkuh ).

20. Bergaduh / bertumbuk.

21. Buli / ragging.

22. Tidak menghormati bendera kebangsaan negeri, lagu kebangsaan dan lagu negeri.

23. Berkhalwat / berdua-duaan.

Page 20: buku peraturan sekolah

24. Merokok, membawa rokok atau menagih rokok.

25. Memakai topi ( cap ), semua jenis selipar, baju T dalam yang berwarna dan tali pinggang kepala besar di kawasan sekolah.

26. Bercelak atau memakai ‘ make up ’.

27. Tidak mengancing lengan baju dan butang.

28. Memakai kain singkat dan memakai kasut kulit.

29. Berbaju jarang dan sempit ( bagi murid perempuan ).

30. Meninggalkan buku teks pinjaman ( SPBT ) dalam kelas selepas waktu persekolahan.

PERINGATANPada Jumaat semua murid sesi pagi mesti meninggalkan kawasan sekolah pada 12.30 tengahari.

Murid-murid adalah diwajibkan memakai lencan dalam mengikut setiap kegiatan sekolah.

Page 21: buku peraturan sekolah

CONTOH PERATURAN RAMBUT MURID LELAKI

Page 22: buku peraturan sekolah

CONTOH PAKAIAN MURID LELAKI DAN PEREMPUAN

Page 23: buku peraturan sekolah

LENCANA SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN

BUKIT BANGKONG (A)

Page 24: buku peraturan sekolah

LAGU SEKOLAH

SKBBSEKOLAH KAMI

TEMPAT MENUNTUT ILMUBELAJAR BERSUKAN

ERATKAN PERPADUANMENCAPAI KEJAYAAN

ILMU SULUH HIDUPTERANGI KEGELAPANMARI KIRA BERSAMA

MENCAPAI KEMAJUAN

SKBB SEKOLAH KAMI

TEMPAT MENUNTUT ILMUBELAJAR BERSUKAN

ERATKAN PERPADUANMENCAPAI KEJAYAAN

( ULANG RANGKAP 2 )