buku peraturan dan skema peperiksaan baharu stpm 2012-13

Upload: sifu-k

Post on 06-Apr-2018

247 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 Buku Peraturan Dan Skema Peperiksaan Baharu STPM 2012-13

    1/30

    1

    STPM

    SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

    2012/2013

    PERATURAN DAN SKEMA

    PEPERIKSAAN

    Majlis Peperiksaan MalaysiaPersiaran 1, Bandar Baru Selayang

    68100 BATU CAVESSelangor Darul Ehsan

  • 8/3/2019 Buku Peraturan Dan Skema Peperiksaan Baharu STPM 2012-13

    2/30

    2

    MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

    SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

    2012/2013

    PERATURAN DANSKEMA PEPERIKSAAN

  • 8/3/2019 Buku Peraturan Dan Skema Peperiksaan Baharu STPM 2012-13

    3/30

    3

    KETUA EKSEKUTIF

    MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

    PERSIARAN 1, BANDAR BARU SELAYANG68100 BATU CAVES

    SELANGOR DARUL EHSAN

    Telefon: 03 - 6136 9663Faksimile: 03 - 6136 1488

    Laman web:www.mpm.edu.myE-mel:[email protected]

    [email protected]

    Majlis Peperiksaan Malaysia 2012

    Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-manabahagian isi kandungan buku ini dalam apa-apa bentuk dan dengan

    apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman,atau cara-cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada

    Ketua Eksekutif, Majlis Peperiksaan Malaysia.

    Muka taip teks: ArialSaiz taip teks: 12/16 poin

    http://www.mpm.edu.my/http://www.mpm.edu.my/http://www.mpm.edu.my/mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]://www.mpm.edu.my/
  • 8/3/2019 Buku Peraturan Dan Skema Peperiksaan Baharu STPM 2012-13

    4/30

    4

    KANDUNGAN

    Pengenalan . 1

    Struktur Organisasi Majlis Peperiksaan Malaysia . 2

    Peraturan Peperiksaan

    Pendaftaran Masuk Peperiksaan ............................................................ 3

    Pendaftaran Calon Lewat ........................................................................ 6

    Pusat Peperiksaan .................................................................................. 6

    Jadual Waktu Peperiksaan ...................................................................... 6

    Perpindahan Pusat Peperiksaan ............................................................. 7

    Penarikan Diri daripada Peperiksaan ...................................................... 7

    Penangguhan Peperiksaan ..................................................................... 7Penyakit Berjangkit .................................................................................. 8

    Calon Kes Istimewa ................................................................................. 8

    Bahan yang Dibawa oleh Calon .............................................................. 8

    Perhatian untuk Calon ............................................................................. 9

    Pembatalan Keputusan dan Penyingkiran Calon ............................... ..... 9

    Pemberitahuan tentang Keputusan Peperiksaan .................................... 10

    Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ................................................. 11

    Peluang Memperbaiki Keputusan Peperiksaan ....................................... 12

    Rayuan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan .......................... 12

    Sijil ........................................................................................................... 13

    Laporan Peperiksaan .............................................................................. 14

    Hasil Kerja Calon ..................................................................................... 14

    Skema Peperiksaan

    Syarat Kelayakan untuk Menduduki Peperiksaan ................................... 15

    Mata Pelajaran yang Ditawarkan dan Buku Sukatan Pelajaran............... 16

    Pemilihan Mata Pelajaran ........................................................................ 17

    Senarai Mata Pelajaran dan Kertas . 18

    Senarai Buku Sukatan Pelajaran ..... 26

  • 8/3/2019 Buku Peraturan Dan Skema Peperiksaan Baharu STPM 2012-13

    5/30

    5

    PENGENALAN

    Majlis Peperiksaan Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Majlis Peperiksaan Malaysia 1980[Akta 225] merupakan badan berkanun yang beroperasi di bawah naungan Kementerian PelajaranMalaysia. Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) ditadbir urus oleh lembaga pengelola yang disebutMajlis yang keanggotaannya terdiri daripada sembilan belas orang naib canselor universiti awam

    tempatan, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Ketua Pengarah Pelajaran MalaysiaPengarah Peperiksaan, Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia, dan lima orang ahli yangdilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Pengerusi Majlis dilantik oleh SerPaduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam kalangan naib canselor universiti awam tempatan.

    MPM dipertanggungjawabkan untuk mengelolakan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia(STPM) mulai peperiksaan tahun 1982. Peperiksaan ini menggantikan peperiksaan Sijil TinggPersekolahan/Higher School Certificate yang dikelolakan oleh University of Cambridge LocaExaminations Syndicate. Mulai peperiksaan STPM tahun 2012 bagi pelajar tingkatan enam bawahMPM akan menukar sistem peperiksaan STPM sedia ada yang ditadbirkan pada penghujungtempoh pengajian STPM selama 1 tahun kepada sistem pentaksiran baharu. Ini merupakan

    kohort pertama dan pentaksiran baharu STPM ini akan dilaksanakan pada setiap penggal dsepanjang tempoh pengajian yang terdiri daripada tiga penggal. Gabungan keputusan terbaik bagketiga-tiga penggal ini akan menentukan pencapaian keseluruhan dalam pengajian baharu STPMini. Sistem pentaksiran baharu STPM ini diharapkan dapat meningkatkan kualiti pelajar lepasanSTPM sejajar dengan matlamat bidang keberhasilan utama peringkat Kementerian PelajaranMalaysia dalam Rancangan Malaysia Ke-10. Walau bagaimanapun, bagi pelajar tingkatan enamatas sedia ada pada tahun 2012 ini merupakan kohort terakhir yang akan meneruskan peperiksaanSTPM sedia ada.

    Di samping mengurus peperiksaan STPM, MPM mengelolakan Malaysian University English Tes(MUET) mulai tahun 1999. Ujian penguasaan bahasa Inggeris ini wajib diambil oleh pelajartempatan yang ingin mengikuti program ijazah pertama di universiti awam tempatan. MUET

    ditadbirkan dua kali setahun hingga tahun 2011 dan tiga kali setahun mulai tahun 2012.

    Dalam mengelolakan peperiksaan STPM dan MUET, MPM melaksanakan fungsi yang berikut:(a) menyediakan dan menerbitkan sukatan pelajaran peperiksaan;(b) menyediakan kertas soalan peperiksaan;(c) mendaftarkan calon;(d) mentadbirkan peperiksaan;(e) menganugerahkan sijil.

    Untuk mentadbir urus MPM, Majlis dibantu oleh sepuluh jawatankuasa yang ditubuhkan sepertyang ditunjukkan dalam carta struktur organisasi pada halaman 2. Pentadbiran MPM danpengurusan peperiksaan dijalankan oleh Urus Setia Majlis yang bertanggungjawab kepada Majlis

    Urus Setia Majlis diketuai oleh Ketua Eksekutif yang menjadi ketua pegawai eksekutif, ketuapegawai pentadbir, dan ketua pegawai akademik.

    Dalam pengurusan peperiksaan, MPM mendapat kerjasama daripada Kementerian PelajaranMalaysia, institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, University of Cambridge LocaExaminations Syndicate, badan profesional yang berkaitan, serta individu yang mempunyakepakaran khusus.

  • 8/3/2019 Buku Peraturan Dan Skema Peperiksaan Baharu STPM 2012-13

    6/30

    6

    Urus SetiaMajlis

    STRUKTUR ORGANISASIMAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

    MAJLIS

    JawatankuasaTetap Pengurusan

    dan Kewangan

    JawatankuasaTender

    Jawatankuasa

    Naik Pangkat

    Jawatankuasa

    Tatatertib

    Jawatankuasa

    Audit

    JawatankuasaPengambilanKakitangan

    Jawatankuasa

    Pensijilan

    JawatankuasaSukatan Pelajaran

    Jawatankuasa

    Siasatan

    Jawatankuasa

    Pelaburan

  • 8/3/2019 Buku Peraturan Dan Skema Peperiksaan Baharu STPM 2012-13

    7/30

    7

    PERATURAN PEPERIKSAAN

    1 Pendaftaran Masuk Peperiksaan

    1.1 Pengumuman tentang tarikh pendaftaran dibuka dan tarikh pendaftaran ditutupakan dibuat melalui akhbar tempatan, Kalendar Akademik Pengajian Baharu SijilTinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Sesi 2012/2013, dan pada portal MajlisPeperiksaan Malaysia (MPM) http://mpm.edu.my pada bulan April 2012.

    1.2 Calon yang mengambil peperiksaan ini terbahagi kepada lima jenis seperti yangberikut:

    (a) Calon Jenis 1, iaitu calon sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan

    (b) Calon Jenis 2, iaitu calon sekolah swasta

    (c) Calon Jenis 3, iaitu calon persendirian individu

    (d) Calon Jenis 7, iaitu calon sekolah kerajaan negeri

    (e) Calon Jenis 8, iaitu calon sekolah integriti

    1.3 Semua calon jenis 1, 7, dan 8 dikehendaki mendaftar sekali sahaja, iaitu dalamPenggal 1, untuk menduduki peperiksaan baharu STPM bagi ketiga-tigapenggal. Calon dibenarkan mengambil hingga lima mata pelajaran termasukPengajian Am.

    1.4 Bayaran yuran* untuk mengambil peperiksaan ini adalah seperti yang berikut:

    (a) Yuran Asas RM120.00

    (b) Yuran setiap mata pelajaran RM90.00

    (c) Caj menduduki semula peperiksaanakhir per kertas

    RM50.00

    Nota: * Calon sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan dikecualikan daripada membayar yuranbaharu STPM. Walau bagaimanapun, calon yang ingin menduduki semula peperiksaan akhirsesuatu penggal akan dikenakan caj sebanyak RM50.00 per kertas.

  • 8/3/2019 Buku Peraturan Dan Skema Peperiksaan Baharu STPM 2012-13

    8/30

    8

    1.5 Bagi calon jenis 2 dan calon jenis 3, bayaran yuran baharu STPM, bolehdilakukan melalui tiga cara seperti yang berikut:

    (a) Calon membayar secara sekali gus, iaitu semasa calon mendaftar padapenggal 1 persekolahan tingkatan enam.

    (b) Calon membayar secara sekali gus, iaitu semasa calon mendaftar pada

    penggal 2 persekolahan tingkatan enam tetapi memilih untuk mendudukisemua kertas peperiksaan bertulis sahaja pada akhir penggal 3.

    (c) Calon membayar secara dua kali bayaran semasa mendaftar padapenggal 1 persekolahan tingkatan enam. Melalui cara ini, calon perlumembayar bayaran asas sebanyak RM120.00 dan bayaran per matapelajaran sebanyak RM30.00 pada penggal 1 persekolahan tingkatanenam. Manakala bakinya pula perlu dibayar oleh calon pada penggal 2persekolahan tingkatan enam, iaitu sebanyak RM60.00 bagi setiap matapelajaran (untuk peperiksaan penggal 2 dan penggal 3).

    1.6 Pendaftaran masuk peperiksaan bagi semua jenis calon hendaklah dibuatsecara dalam talian. Pengetua/Setiausaha Peperiksaan Sekolah/calondikehendaki melayari portal MPM http://www.mpm.edu.my bagi tujuanpendaftaran.

    1.7 Bagi calon sekolah swasta, Pengetua/Setiausaha Peperiksaan Sekolahdikehendaki membayar bayaran asas dan bayaran mata pelajaran STPM yanghendak diambil oleh calon sekolahnya dengan membeli nombor PIN MEC(nombor pengenalan diri Malaysian Examinations Council) bagi setiap calondaripada Bank Simpanan Nasional (BSN). Caj perkhidmatan BSN sebanyakRM1.00 akan dikenakan bagi setiap pembelian PIN MEC. Calon boleh membeliPIN MEC tersebut melalui empat cara seperti berikut:

    (a) Pembelian di kaunter BSN secara tunai

    (b) Pembelian di kiosk BSN secara tunai

    (c) Pembelian secara terus melalui internet banking BSN

    (d) Pembelian PIN MEC secara pukal di kaunter BSN dengan menggunakancek (bagi calon sekolah swasta sahaja)

    1.8 Bagi calon persendirian individu, pembayaran boleh dibuat melalui satu daripadaduacara yang berikut:

    (a) Calon membayar bayaran asas dan bayaran mata pelajaran STPM yanghendak diambil melalui akaun perbankan Internet atau kad kredit (financialpayment exchangeatau credit card exchange).

    (b) Calon membayar bayaran asas dan bayaran mata pelajaran STPM yanghendak diambil dengan membeli PIN MEC di kaunter BSN. Cajperkhidmatan BSN sebanyak RM1.00 akan dikenakan bagi setiap PINMEC.

    http://www.mpm.edu.my/http://www.mpm.edu.my/
  • 8/3/2019 Buku Peraturan Dan Skema Peperiksaan Baharu STPM 2012-13

    9/30

    9

    1.9 Semua Pengetua/Setiausaha Peperiksaan Sekolah/calon yang ingin membeliPIN MEC di BSN hendaklah mengemukakan nombor pengenalan diri calonsama ada nombor kad pengenalan baharu/lama, nombor pasport, nombor sijillahir atau nombor kad pengenalan polis/tentera.

    1.10 Semua Pengetua/Setiausaha Peperiksaan Sekolah/calon diingatkan bahawasebarang pindaan atau pembetulan maklumat hendaklah dilakukan sebelumtarikh tutup pendaftaran. Caj RM50.00 akan dikenakan jika pembetulandilakukan selepas pendaftaran ditutup.

    1.11 Calon bertanggungjawab menentukan bahawa semua butiran dan maklumatyang dimasukkan dalam sistem pendaftaran dalam talian adalah betul denganmenyemak maklumat pendaftaran yang tercatat pada Penyata Pendaftaran(STPM/PP).

    1.12 Jika calon telah mendaftar bagi sesuatu mata pelajaran dan ingin menukar matapelajaran itu dengan mata pelajaran yang lain selepas tamat tempoh yangdibenarkan, caj sebanyak RM50.00 akan dikenakan. Penukaran mata pelajaran

    hanya dibenarkan pada penggal 1 dan penggal 2 sahaja. Bagi penggal 2,penukaran mata pelajaran hanya dibenarkan jika mata pelajaran itu tidakmempunyai komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) pada penggal 1.

    1.13 Jika calon ingin menambah mata pelajaran, caj sebanyak RM50.00 akandikenakan di samping caj bagi mata pelajaran yang ditambah, iaitu sebanyakRM90.00 per mata pelajaran. Penambahan mata pelajaran hanya boleh dibuatpada penggal 1 dan penggal 2 sahaja. Bagi penggal 2, penukaran matapelajaran hanya dibenarkan jika mata pelajaran itu tidak mempunyai komponenPBS pada penggal 1.

    1.14 Bagi calon yang ingin menggugurkan sesuatu mata pelajaran, bayaran bagimata pelajaran yang digugurkan itu tidak akan dikembalikan.

    1.15 Calon boleh menyemak status pendaftaran STPM mereka dengan melayariportal MPM http://www.mpm.edu.my atau melalui sistem mesej singkat (SMS)dengan menaip INFOSTPM, danmenghantarnya kepada 15888.

    1.16 Laporan Pendaftaran Kemasukan Calon (LPKC) akan digunakan oleh calonsebagai tiket untuk menduduki peperiksaan bagi setiap penggal. Calon perlumencetak LPKC masing-masing dari portal MPM. Calon hendaklah

    menghubungi MPM atau JPN jika maklumat calon tiada dalam senarai LPKCdengan kadar SEGERA.

    http://www.mpm.edu.my/http://www.mpm.edu.my/
  • 8/3/2019 Buku Peraturan Dan Skema Peperiksaan Baharu STPM 2012-13

    10/30

    10

    2 Pendaftaran Lewat

    2.1 Pendaftaran lewat hanya dibenarkan kepada calon yang gagal memasukiInstitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

    2.2 Calon hendaklah membuat pendaftaran lewat dalam tempoh satu minggu

    selepas keputusan kemasukan ke IPTA dikeluarkan.

    2.3 Calon yang mendaftar lewat ini boleh menduduki peperiksaan mengikut penggaltahun semasa atau menduduki peperiksaan bagi ketiga-tiga penggal sekali guspada penggal 3.

    2.4 Calon yang mendaftar lewat juga dikehendaki menyiapkan tugasan/kerja kursusPBS mengikut keperluan mata pelajaran yang diambil (rujuk halaman 18 25).

    2.5 Calon hendaklah merujuk kepada sukatan pelajaran STPM untuk mendapatkanmaklumat tentang kerja kursus.

    3 Pusat Peperiksaan

    Senarai pusat peperiksaan bagi sesebuah negeri akan ditentukan oleh PengarahPelajaran Negeri (u.p. Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan) yang berkenaan.Semasa mendaftar, calon hendaklah memilih pusat peperiksaan di mana calonbercadang hendak mengambil peperiksaan ini. Walau bagaimanapun, PengarahPelajaran Negeri (u.p. Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan) berhak menetapkanpusat peperiksaan di bandar pilihan calon atau di bandar yang berhampiran.

    4 Jadual Waktu Peperiksaan

    4.1 Peperiksaan bertulis akan diadakan pada setiap akhir penggal, manakala UjianLisan Bahasa Arab akan diadakan pada penggal 3.

    4.2 Jadual waktu peperiksaan bertulis STPM untuk penggal 1 akan dimuat naik keportal MPM pada awal penggal 1, manakala jadual waktu peperiksaan bertulisSTPM untuk penggal 2 dan penggal 3 akan dimuat naik pada awal penggal 2.

    4.3 Masa yang diperuntukkan kepada tiap-tiap kertas soalan akan dinyatakandalam sukatan pelajaran bagi mata pelajaran yang berkenaan dan dalam jadualwaktu peperiksaan. Masa untuk membaca soalan adalah termasuk dalam masa

    yang dinyatakan bagi setiap kertas dalam jadual waktu peperiksaan. Calontidak dibenarkan membawa masuk jadual waktu peperiksaan ke dalamdewan/bilik peperiksaan.

  • 8/3/2019 Buku Peraturan Dan Skema Peperiksaan Baharu STPM 2012-13

    11/30

  • 8/3/2019 Buku Peraturan Dan Skema Peperiksaan Baharu STPM 2012-13

    12/30

    12

    7 Penangguhan Peperiksaan

    Calon yang ingin menangguhkan peperiksaannya hendaklah mengemukakanpermohonannya dengan memberikan sebab dan menyertakan bukti kepada MPMsebelum tarikh peperiksaan bermula. Kelulusan permohonan untuk menangguhkanpeperiksaan ini tertakluk kepada pertimbangan MPM.

    8 Penyakit Berjangkit

    Calon yang menghidap sebarang penyakit berjangkit biasanya tidak dibenarkanmengambil peperiksaan. Jika dibenarkan, calon akan mengambil peperiksaan di bilikyang berasingan.

    9 Calon Kes Istimewa

    9.1 Bagi calon yang kurang upaya dari segi fizikal (buta, rabun, sengau, bisu,pekak, spastik, autisme) permohonan awal diperlukan supaya penyiasatan

    dapat dibuat dan persediaan khas dapat diadakan bagi calon berkenaan.Permohonan hendaklah dikemukakan secara dalam talian semasa pendaftaran,sebelum pendaftaran secara dalam talian ditutup. Pengetua sekolahdikehendaki mengemukakan dokumen sokongan kepada MPM melalui JPNselewat-lewatnya satu minggu selepas tarikh tutup pendaftaran. Calonpersendirian individu boleh mengemukakan permohonan melalui JPN bersertadengan dokumen sokongan selewat-lewatnya satu minggu selepas tarikhtutup pendaftaran.

    9.2 Pengetua sekolah boleh memohon pertimbangan khas untuk diberikan kepadaseseorang calon sekolah yang prestasi peperiksaannya mungkin terjejas oleh

    sesuatu penyakit yang baru dihidapnya atau kejadian malang yang menimpadirinya. Permohonan boleh dibuat secara bertulis berserta dengan buktidokumen sokongan kepada MPM selewat-lewatnya sehari selepas tarikh akhirpeperiksaan bertulis.

    10 Bahan yang Dibawa oleh Calon

    10.1 Calon dikehendaki membawa Kad Pengenalan/Mykad atau dokumenpengenalan diri yang bergambar yang lain semasa menghadiri setiap sesipeperiksaan.

    10.2 Calon hendaklah membawa alat tulis, alat matematik, dan alat lukisan merekasendiri. Mereka dikehendaki menulis jawapan dengan pena mata bulatberdakwat hitam atau biru sahaja. Penggunaan dakwat merah tidakdibenarkan, tetapi pensel dan dakwat warna lain boleh digunakan untuk melukisgambar rajah dan peta. Penggunaan sebarang jenis pemadam tidakdigalakkan. Bagi ujian kertas aneka pilihan, calon hendaklah membawa pensel2B atau BB dan getah pemadam.

  • 8/3/2019 Buku Peraturan Dan Skema Peperiksaan Baharu STPM 2012-13

    13/30

    13

    10.3 Kalkulator elektronik yang senyap dan tidak boleh diprogram sahaja yang bolehdigunakan dalam peperiksaan STPM kecuali soalan tertentu tidakmembenarkan penggunaannya. Pusat peperiksaan tidak bertanggungjawabuntuk menyediakan punca kuasa bagi kalkulator. Bahan lain yang berkaitandengan kalkulator tersebut seperti manual pengguna tidak boleh dibawa masukke dalam dewan/bilik peperiksaan.

    10.4 Flexicurve boleh digunakan bagi mana-mana kertas yang memerlukan lukisanbergraf.

    11 Perhatian untuk Calon

    Calon diminta mengambil perhatian tentang perkara yangberikut:

    (a) Calon tidak boleh membawa masuk alat seperti telefon bimbit, kamera, radio,perakam suara, dan apa-apa peranti elektronik berkeupayaan bluetooth/wifike dalam dewan/bilik peperiksaan.

    (b) Calon hendaklah memberitahu Pengawas dengan serta-merta sekiranya

    (i) calon telah diberi kertas soalan bagi sesuatu kertas yang tidak diambilolehnya, atau

    (ii) calon telah diberi kertas soalan yang lain daripada yang dijadualkan bagisesi peperiksaan berkenaan.

    (c) Calon tidak dibenarkan melipat kertas tulis yang dibekalkan untuk mengelakkancalon daripada disyaki membawa masuk kertas tulis. Jika calon menerimakertas tulis yang mempunyai kesan lipatan, calon diminta menyerahkan semulakertas tulis itu kepada Pengawas.

    (d) Calon tidak dibenarkan membawa keluar kertas tulis sama ada yang telah atauyang belum digunakan dari dewan/bilik peperiksaan.

    (e) Calon tidak dibenarkan merokok di dalam dewan/bilik peperiksaan/kawasansekolah.

    (f) Calon dinasihati supaya berpakaian kemas dan sesuai (calon sekolah memakaipakaian seragam sekolah), dan sentiasa mengikut tatatertib di dalam dewan/bilik peperiksaan.

    12 Pembatalan Keputusan dan Penyingkiran Calon

    12.1 Calon diberi amaran oleh MPM supaya:

    (a) Jangan membawa atau menerima daripada sesiapa sahaja, apa-apabuku, nota, kertas, dokumen, gambar, atau apa-apa peranti lain, kecualiapa yang dibenarkan oleh Ketua Pengawas peperiksaan;

    (b) Janganberhubung dengan mana-mana calon lain atau mana-mana orangsemasa peperiksaan berlangsung, walau dengan apa cara sekalipun,kecualidengan kebenaran Ketua Pengawas;

  • 8/3/2019 Buku Peraturan Dan Skema Peperiksaan Baharu STPM 2012-13

    14/30

    14

    (c) Jangan melanggar atau tidak mematuhi apa-apa arahan MajlisPeperiksaan Malaysia, Ketua Pengawas, atau Pengawas;

    (d) Janganmengganggu ketenteraman atau melakukan kekacauan di dalamatau di sekitar dewan/bilik peperiksaan;

    (e) Janganbersubahat dengan seorang lain dengan tujuan untuk menipu;

    (f) Janganmewakilkan orang lain menduduki peperiksaan ini untuk diri calon;(g) Jangan menipu atau cuba menipu, atau berkelakuan dengan cara yang

    boleh dianggap sebagai menipu, atau cuba menipu untuk tujuanpeperiksaan ini.

    12.2 Jika calon melanggar mana-mana amaran pada para 12.1 di atas sama adadengan cara disedari atau tidak disedari, calon akan didakwa di bawah kaedah3 dan 4, Akta Majlis Peperiksaan Malaysia 1980 [Akta 225], Kaedah MajlisPeperiksaan Malaysia (Tatacara Dalam Kes Salah Laku, 1986).

    12.3 Jika MPM berpuas hati bahawa seseorang calon telah melanggar arahan danamaran bagi peperiksaan ini atau terlibat dalam sebarang perbuatan luar biasa,biadab atau melakukan sebarang perbuatan tidak jujur yang bersabit denganpeperiksaan ini, MPM berhak menyingkirkan calon berkenaan daripadapeperiksaan ini dan tidak membenarkannya meneruskan peperiksaan ini,membatalkan keputusannya bagi mana-mana kertas atau mata pelajaran ataumembatalkan keputusannya bagi seluruh peperiksaan ini, dan tidakmembenarkan ia mendaftarkan diri sebagai calon untuk peperiksaan STPMbagi suatu tempoh yang difikirkan patut oleh MPM.

    12.4 Jika MPM berpuas hati bahawa sesuatu perbuatan salah laku atau perbuatanmelanggar arahan atau amaran bagi peperiksaan ini telah berlaku denganmeluas di sesuatu pusat peperiksaan, atau keadaan pada masa peperiksaan itudijalankan tidak memuaskan, maka MPM berhak membatalkan seluruhpeperiksaan di pusat berkenaan atau membatalkan peperiksaan bagi satu matapelajaran atau lebih di pusat peperiksaan berkenaan.

    13 Pemberitahuan tentang Keputusan Peperiksaan

    13.1 Keputusan bagi ketiga-tiga penggal yang menunjukkan gred kertas akan dimuatnaik ke portal MPM http://www.mpm.edu.my. Calon boleh mencetak slipkeputusan masing-masing dari portal tersebut. Keputusan ini boleh jugadisemak melalui SMS. Untuk menghantar SMS, taip STPM, dan hantar kepada 15888.

    13.2 Keputusan peperiksaan bagi semua penggal yang digabungkan yangmenunjukkan gred kertas, gred mata pelajaran, dan nilai gred mata pelajaranakan dikeluarkan semasa pengumuman keputusan peperiksaan STPM melaluiPengarah Pelajaran Negeri (Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan) dalambentuk slip keputusan STPM. Slip keputusan ini bukan sijil (rujuk para 17.1pada halaman 13). Calon boleh juga menyemak keputusan STPM masing-masing melalui portal dan SMS.

    http://www.mpm.edu.my/http://www.mpm.edu.my/
  • 8/3/2019 Buku Peraturan Dan Skema Peperiksaan Baharu STPM 2012-13

    15/30

    15

    13.3 Gred kertas dan gred mata pelajaran ditunjukkan dengan gred A hingga F,dengan gred A sebagai gred yang tertinggi, dan gred F sebagai gred gagal.Setiap gred mata pelajaran diberi Nilai Gred Mata Pelajaran (NGMP).

    Gred kertas, gred mata pelajaran, dan NGMP yang akan dinyatakan dalam slipkeputusan adalah seperti dalam jadual yang berikut:

    GREDKERTAS

    GRED MATAPELAJARAN

    NGMP TAHAPPENCAPAIAN

    A A 4.00 Lulus Penuh

    A A 3.67 Lulus Penuh

    B+ B+ 3.33 Lulus Penuh

    B B 3.00 Lulus Penuh

    B B 2.67 Lulus Penuh

    C+ C+ 2.33 Lulus Penuh

    C C 2.00 Lulus Penuh

    C C 1.67 Lulus Sebahagian

    D+ D+ 1.33 Lulus Sebahagian

    D D 1.00 Lulus Sebahagian

    F F 0.00 Gagal

    Bagi gred mata pelajaran, gred C hingga A yang diberi nilai 2.00 hingga 4.00ialah gred lulus penuh, manakala gred D hingga C yang diberi nilai 1.00hingga 1.67 ialah gred lulus sebahagian, dan gred F yang diberi nilai 0.00 ialahgred gagal. NGMP ditentukan berasaskan wajaran setiap kertas dan jumlahmarkah bagi mata pelajaran berkenaan.

    13.4 Majlis Peperiksaan Malaysia berhak meminda maklumat pada slipkeputusan yang dikirimkan kepada calon sebelum pengeluaran sijil.

    14 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

    14.1 PBS merupakan komponen yang wajib diambil oleh setiap calon dalam sistempentaksiran baharu STPM. Kegagalan calon menjalankan PBS akanmenyebabkan keputusan bagi mata pelajaran tersebut mendapat gred gagal.

    14.2 PBS STPM baharu terdiri daripada tiga bentuk kerja kursus, iaitu kerja projek,kajian luar, dan kerja amali. Dalam aspek wajaran pula, peratusan wajaran yangditawarkan dalam PBS adalah berbeza mengikut mata pelajaran, iaitu antara20% hingga 40%.

  • 8/3/2019 Buku Peraturan Dan Skema Peperiksaan Baharu STPM 2012-13

    16/30

    16

    14.3 Manual PBS bagi setiap mata pelajaran untuk guru dan calon boleh dimuatturun daripada portal MPM http://www.mpm.edu.my pada penggal yangmenawarkan PBS.

    14.4 Soalan PBS boleh dimuat turun pada penggal yang menawarkan PBS melaluiportal MPM http://www.mpm.edu.my.

    15 Peluang Memperbaiki Keputusan Peperiksaan

    15.1 TIADA prasyarat kelulusan gred minimum dalam sesuatu penggal untukmelayakkan pelajar mengikuti pengajian pada penggal yang berikutnya.

    15.2 Calon dibenarkan mengulang peperiksaan bertulis penggal 1 dan/ataupeperiksaan bertulis penggal 2 bagi tujuan memperbaiki keputusan peperiksaanberkenaan pada hujung penggal 3sahaja.

    15.3 Calon yang tidak mencapai keputusan yang baik bagi peperiksaan bertulispenggal 3 boleh juga mengulang peperiksaan bertulis tersebut. Tarikh untuk

    mendaftar dan menduduki peperiksaan bertulis ulangan boleh dirujuk padaKalendar Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Baharu Sesi2012/2013 yang terdapat di portal MPM http://www.mpm.edu.my.

    15.4 Keputusan peperiksaan yang terbaik (skor tertinggi) akan diambil kira antarapeperiksaan bertulis yang diduduki kali pertama dengan kali kedua.

    15.5 Calon yang ingin mengulang peperiksaan bertulis sesuatu penggal akandikenakan caj sebanyak RM50.00 per kertas.

    15.6 Tiada ulangan untuk PBS. Calon yang mengulang peperiksaan STPM pada

    tahun berikutnya tidak perlu menjalani semula PBS. Calon dikehendakimenduduki kertas peperiksaan bertulis bagi menggantikan PBS. Sekiranyatidak terdapat kertas peperiksaan bertulis yang sedemikian bagi sesuatu matapelajaran, maka markah PBS yang diperoleh dalam peperiksaan STPMsebelumnya akan digunakan untuk skor PBS tahun mengulang. Kemudahan initidak boleh digunakan sekiranya calon mengulang peperiksaan STPM duatahun atau lebih selepas menduduki peperiksaan pertama.

    16 Rayuan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan

    16.1 Rayuan penyemakan semula keputusan peperiksaan sama ada oleh calonsekolah atau calon persendirian individu hendaklah dibuat secara dalam talianmelalui http://www.mpm.edu.my dalam tempoh seminggu selepaspengumuman keputusan peperiksaan. Calon dikehendaki melayari portal MPMuntuk mengetahui tarikh rayuan semak semula dibuka dan ditutup, iaitu selepaspengumuman keputusan peperiksaan bagi setiap penggal.

    16.2 Bayaran sebanyak RM50.00 bagi satu kertas hendaklah dibuat denganmembeli nombor PIN MEC dari Bank Simpanan Nasional (caj RM1.00 akandikenakan) atau secara perbankan Internet. Penyemakan semula keputusanpeperiksaan hanya akan dibuat setelah bayaran dijelaskan.

    http://www.mpm.edu.my/http://www.mpm.edu.my/http://www.mpm.edu.my/http://www.mpm.edu.my/http://www.mpm.edu.my/http://www.mpm.edu.my/
  • 8/3/2019 Buku Peraturan Dan Skema Peperiksaan Baharu STPM 2012-13

    17/30

    17

    16.3 Cara penyemakan semula keputusan peperiksaan adalah seperti yang berikut:

    (a) Menyemak penghitungan markah dan ketepatan gred yang diberikan bagisesuatu kertas dan mata pelajaran

    (b) Memeriksa semula skrip jawapan calon

    16.4 Keputusan penyemakan semula akan dimaklumkan kepada calon melalui portalMPM.

    16.5 Keputusan penyemakan semula yang dibuat oleh Majlis Peperiksaan Malaysiaadalah muktamad.

    17 Sijil

    17.1 Sijil akan dianugerahkan kepada calon yang mendapat sekurang-kurangnyalulus sebahagian dalam satu mata pelajaran (rujuk para 13.2 pada halaman 10).

    Semua sijil akan dikeluarkan melalui Pengarah Pelajaran Negeri selewat-lewatnya pada bulan Ogos 2014.

    17.2 Calon sekolah kerajaan hendaklah mengambil sijil mereka di sekolah masing-masing.

    17.3 Calon sekolah swasta dan calon persendirian individu hendaklah mengambilsijil mereka di Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing.

    17.4 Calon diberi tempoh 12 bulan selepas sijil dihantar kepada Pengarah PelajaranNegeri (u.p. Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan) untuk mengambil sijil

    mereka. Selepas tempoh tersebut, pihak sekolah atau Jabatan Pelajaran Negeri(u,p. Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan) akan mengembalikan sijil-sijilyang tidak dituntut ke MPM. Calon yang ingin mendapatkan sijil selepas tempohtersebut hendaklah berurusan terus dengan MPM dan akan dikenakan cajsebanyak RM50.00. Bayaran hendaklah dibuat dengan menggunakan kirimanwang/wang pos atas nama Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia.

    17.5 Sijil STPM hanya dikeluarkan sekali sahaja bagi tahun peperiksaan berkenaan,iaitu selepas calon selesai menduduki peperiksaan bagi ketiga-tiga penggal.Calon yang kehilangan sijil hanya boleh memohon untuk mendapatkan penyatakeputusan atau salinan sijil. Permohonan ini hendaklah disertai maklumattentang calon, seperti nama penuh, nama sekolah (jika ada), tahun peperiksaandiambil, nama pusat peperiksaan, nombor kad pengenalan, dan angka giliran.Caj sebanyak RM20.00 bagi satu penyata keputusan akan dikenakan bagipermohonan kali pertama, RM30.00 bagi permohonan kali kedua, dan RM50.00bagi permohonan kali ketiga dan seterusnya. Bagi salinan sijil, caj sebanyakRM50.00 akan dikenakan bagi setiap permohonan. Bayaran hendaklah dibuatdengan menggunakan kiriman wang/wang pos atas nama Ketua EksekutifMajlis Peperiksaan Malaysia.

  • 8/3/2019 Buku Peraturan Dan Skema Peperiksaan Baharu STPM 2012-13

    18/30

    18

    17.6 Calon yang ingin mendapatkan transkrip sijil STPM dalam versi bahasa Inggerishendaklah mengemukakan bahan yang berikut:

    (a) Surat permohonan transkrip sijil yang menyatakan alamat universiti luarnegara yang dipohon

    (b) Salinan slip keputusan atau salinan sijil

    (c) Bayaran perkhidmatan sebanyak RM50.00 bagi setiap transkrip yangdibuat secara kiriman wang/wang pos atas nama Ketua Eksekutif MajlisPeperiksaan Malaysia

    Transkrip tersebut akan dihantar terus oleh MPM ke universiti berkenaan tanpamelalui calon. Walau bagaimanapun, salinan transkrip dan salinan surat tentangpenghantaran transkrip ke universiti berkenaan akan dihantar kepada calon.

    17.7 Sekiranya terdapat sebab tertentu keputusan calon dibatalkan, MPM berhakmenarik balik sijil STPM yang telah dikeluarkan kepada calon.

    18 Laporan Peperiksaan

    Laporan peperiksaan yang memberikan ulasan tentang jawapan calon dalampeperiksaan STPM akan dikeluarkan pada tahun berikutnya. Laporan ini akan dimuatnaik ke portal MPM.

    19 Hasil Kerja Calon

    19.1 Skrip jawapan calon dan hasil kerja calon dalam sebarang bentuk untukpeperiksaan ini akan menjadi hak milik Majlis Peperiksaan Malaysia.

    19.2 Markah yang diperoleh oleh calon dalam peperiksaan STPM diperingkatkansebagai SULIT.

  • 8/3/2019 Buku Peraturan Dan Skema Peperiksaan Baharu STPM 2012-13

    19/30

    19

    SKEMA PEPERIKSAAN

    20 Syarat Kelayakan untuk Menduduki Peperiksaan

    20.1 Calon yang mempunyai satu daripada kelayakan yang berikut,termasuk lulus Bahasa Melayu* dalam peperiksaan Sijil PelajaranMalaysia (SPM), layak menduduki peperiksaan Sijil TinggiPersekolahan Malaysia (STPM).

    (a) SPM tahun 1999 atau tahun-tahun sebelumnya

    (b) SPM (Vokasional)

    (c) Malaysia Certificate of Education(MCE)

    (d) Federation of Malaya Certificate of Education

    (e) Cambridge School Certificate(f) GCE/SAP (Malaysia atau Cambridge dengan tiga kelulusan

    peringkat biasa** yang diperoleh dalam satu peperiksaan)

    (g) SPM tahun 2000 hingga tahun 2010 yang diperoleh dalam satupeperiksaan dengan mendapat

    (i) sekurang-kurangnya gred C bagi tiga mata pelajaran,atau

    (ii) sekurang-kurangnya gred C bagi dua mata pelajaran danlulus empat mata pelajaran

    20.2 Calon yang mempunyai kelayakan seperti yang disenaraikan dalampara 19.1 di atas mestilah memperoleh kelayakan itu sekurang-kurangnya dua tahun sebelum mengambil peperiksaan STPM.

    20.3 Calon yang mempunyai mana-mana kelayakan luar negara yangsetaraf dengan SPM hendaklah terlebih dahulu memohonkebenaran untuk mengambil peperiksaan STPM daripada MajlisPeperiksaan Malaysia.

    * Calon yang memenuhi syarat (g) tetapi gagal Bahasa Melayu boleh

    menggunakan keputusan lulus Bahasa Melayu yang diambil dalampeperiksaan SPM Ulangan. Calon yang berasal dari luar negaradikecualikan daripada syarat lulus Bahasa Melayu peringkat peperiksaanSPM.

    ** Kelulusan peringkat biasa GCE/SAP bermakna kepujian pada peringkatSPM/MCE.

  • 8/3/2019 Buku Peraturan Dan Skema Peperiksaan Baharu STPM 2012-13

    20/30

    20

    21 Mata Pelajaran yang Ditawarkan dan Buku Sukatan Pelajaran

    21.1 Sebanyak 23 mata pelajaran ditawarkan dalam peperiksaan baharu STPM2012/2013 seperti yang disenaraikan di bawah ini:

    Kod Mata Pelajaran

    900 Pengajian Am910 Bahasa Melayu

    911 Bahasa Cina

    912 Bahasa Tamil

    913 Bahasa Arab

    920 Literature in English

    922 Kesusasteraan Melayu Komunikatif

    930 Syariah

    931 Usuluddin

    940 Sejarah

    942 Geografi

    944 Ekonomi

    946 Pengajian Perniagaan

    948 Perakaunan

    950 Mathematics (M)

    954 Mathematics (T)

    956 Further Mathematics

    958 Information and Communications Technology

    960 Physics

    962 Chemistry

    964 Biology

    966 Sains Sukan

    970 Seni Visual

  • 8/3/2019 Buku Peraturan Dan Skema Peperiksaan Baharu STPM 2012-13

    21/30

    21

    21.2 Sukatan pelajaran bagi mata pelajaran peperiksaan baharu Sijil TinggiPersekolahan Malaysia (STPM) boleh diperoleh dari portal MPMhttp://www.mpm.edu.my.

    Perhatian:

    (i) Calon yang mengambil kurang daripada lima mata pelajaran dalampeperiksaan STPM dinasihati supaya mengambil mata pelajaran PengajianAm kerana pemilihan masuk ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)mengambil kira gred keputusan Pengajian Am yang diambil dalam satupeperiksaan.

    (ii) Calon yang mengambil STPM perlu mengambil Malaysian UniversityEnglish Test (MUET) dan memperoleh slip keputusan MUET untukmemohon masuk ke IPTA.

    (iii) MUET dijalankan tiga kali setahun.

    (iv) Maklumat tentang MUET dapat diperoleh dalam buku MALAYSIANUNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET) Regulations, TestSpecifications, Test Format and Sample Questions, danmelalui portalMPM http://www.mpm.edu.my

    22 Pemilihan Mata Pelajaran

    22.1 Calon hendaklah mengambil sekurang-kurangnya satu mata pelajaran.

    22.2 Calon dibenarkan mengambil hingga lima mata pelajaran termasukPengajian Am.

    22.3 Calon tidak boleh mengambil kombinasi mata pelajaran atau kertas yangtidak dibenarkan oleh sukatan pelajaran.

    http://www.mpm.edu.my/http://www.mpm.edu.my/http://www.mpm.edu.my/http://www.mpm.edu.my/
  • 8/3/2019 Buku Peraturan Dan Skema Peperiksaan Baharu STPM 2012-13

    22/30

    22

    SENARAI MATA PELAJARAN DAN KERTAS

    Yang berikut ialah senarai mata pelajaran dan kertas yang ditawarkan dalam peperiksaan baharu SijilTinggi Persekolahan Malaysia 2012/2013.

    Kod dan Nama

    Mata Pelajaran

    Kod dan Nama KertasWajaran

    (%)

    Masa Nota

    900 Pengajian Am 900/1 Pengajian Am 1 29 2 jam Semua kertas mestidiambil oleh semua

    jenis calon.900/2 Pengajian Am 2 22 1 jam

    900/3 Pengajian Am 3 29 2 jam

    900/4 Pengajian Am 4(PentaksiranBerasaskan Sekolah)

    20 Penggal 2

    910 Bahasa Melayu 910/1 Bahasa Melayu 1 35 2 jam Semua kertas mestidiambil oleh semua

    jenis calon.910/2 Bahasa Melayu 2 20 1 jam

    910/3 Bahasa Melayu 3 20 1 jam

    910/4 Bahasa Melayu 4(PentaksiranBerasaskan Sekolah)

    8 Penggal 2

    910/5 Bahasa Melayu 5(PentaksiranBerasaskan Sekolah)

    17 Penggal 3

    911 Bahasa Cina 911/1 Bahasa Cina 1 33.33 2 jam Semua kertas mestidiambil oleh semua

    jenis calon.911/2 Bahasa Cina 2 33.33 2 jam

    911/3 Bahasa Cina 3 33.33 2 jam912 Bahasa Tamil 912/1 Bahasa Tamil 1 33.33 2 jam Semua kertas mesti

    diambil oleh semuajenis calon.

    912/2 Bahasa Tamil 2 33.33 2 jam

    912/3 Bahasa Tamil 3 33.33 2 jam

    913 Bahasa Arab 913/1 Bahasa Arab 1 28 2 jam Semua kertas mestidiambil oleh semua

    jenis calon.913/2 Bahasa Arab 2 28 2 jam

    913/3 Bahasa Arab 3 20 1 jam

    913/4 Bahasa Arab 4(Ujian Lisan)

    12 15 minit

    913/5 Bahasa Arab 5(PentaksiranBerasaskan Sekolah)

    12 Penggal 3

  • 8/3/2019 Buku Peraturan Dan Skema Peperiksaan Baharu STPM 2012-13

    23/30

    23

    Kod dan NamaMata Pelajaran

    Kod dan Nama KertasWajaran

    (%)Masa Nota

    920 Literature inEnglish

    920/1 Literature in English 1 33.33 2 jam Semua kertas mestidiambil oleh semua

    jenis calon.920/2 Literature in English 2 33.33 2 jam920/3 Literature in English 3 33.33 2 jam

    922 KesusasteraanMelayuKomunikatif

    922/1 Kesusasteraan MelayuKomunikatif 1

    26.67 2 jam Semua kertas mestidiambil oleh semua

    jenis calon.922/2 Kesusasteraan MelayuKomunikatif 2

    26.67 2 jam

    922/3 Kesusasteraan MelayuKomunikatif 3

    26.67 2 jam

    922/4 Kesusasteraan MelayuKomunikatif 4(PentaksiranBerasaskan Sekolah)

    20 Penggal 2dan 3

    930 Syariah 930/1 Syariah 1 26.67 2 jam Semua kertas mestidiambil oleh semuajenis calon.

    930/2 Syariah 2 26.67 2 jam

    930/3 Syariah 3 26.67 2 jam

    930/4 Syariah 4(PentaksiranBerasaskan Sekolah)

    20 Penggal 2

    931 Usuluddin 931/1 Usuluddin 1 26.67 2 jam Semua kertas mestidiambil oleh semua

    jenis calon.931/2 Usuluddin 2 26.67 2 jam

    931/3 Usuluddin 3 26.67 2 jam

    931/4 Usuluddin 4(PentaksiranBerasaskan Sekolah)

    20 Penggal 3

    940 Sejarah 940/1 Sejarah 1 26.67 2 jam Semua kertas mestidiambil oleh semua

    jenis calon.940/2 Sejarah 2 26.67 1 jam

    940/3 Sejarah 3 26.67 2 jam

    940/4 Sejarah 4(PentaksiranBerasaskan Sekolah)

    20 Penggal 2

  • 8/3/2019 Buku Peraturan Dan Skema Peperiksaan Baharu STPM 2012-13

    24/30

    24

    Kod dan Nama MataPelajaran

    Kod dan Nama KertasWajaran

    (%)Masa Nota

    942 Geografi 942/1 Geografi 1 32 2 jam Kertas 1, Kertas 2,dan Kertas 3 mestidiambil oleh semua

    jenis calon.Calon jenis 1 dan 7dikehendakimengambil Kertas 4.Calon jenis 2, 3, 8,dan calonmengulangpeperiksaan STPMdikehendakimengambil Kertas 5.

    942/2 Geografi 2 32 2 jam

    942/3 Geografi 3 16 1 jam

    942/4 Geografi 4(PentaksiranBerasaskan Sekolah)

    20 Penggal 3

    942/5 Geografi 5 20 1 jam

    944 Ekonomi 944/1 Ekonomi 1 32 2 jam Semua kertas mestidiambil oleh semua

    jenis calon.944/2 Ekonomi 2 32 2 jam

    944/3 Ekonomi 3 16 1 jam

    944/4 Ekonomi 4(PentaksiranBerasaskan Sekolah)

    20 Penggal 3

    946 PengajianPerniagaan

    946/1 Pengajian Perniagaan 1 25 1 jam Semua kertas mestidiambil oleh semua

    jenis calon.946/2 Pengajian Perniagaan 2 25 1 jam

    946/3 Pengajian Perniagaan 3 25 1 jam

    946/4 Pengajian Perniagaan 4

    (PentaksiranBerasaskan Sekolah)

    25 Penggal 3

    948 Perakaunan 948/1 Perakaunan 1 33.33 2 jam Kertas 1, Kertas 2dan Kertas 3 mestidiambil oleh semua

    jenis calon.

    Calon jenis 1, 2, 7,dan 8 dikehendakimengambil Kertas 4.

    Calon jenis 3 dancalon mengulang

    peperiksaan STPMdan calon yangmengambilPerakaunan di luarpakej yangditawarkan olehsekolah dikehendakimengambil Kertas 5.

    948/2 Perakaunan 2 33.33 2 jam948/3 Perakaunan 3 16.67 1 jam948/4 Perakaunan 4

    (PentaksiranBerasaskan Sekolah)

    16.67 Penggal 3

    948/5 Perakaunan 5 16.67 1 jam

  • 8/3/2019 Buku Peraturan Dan Skema Peperiksaan Baharu STPM 2012-13

    25/30

  • 8/3/2019 Buku Peraturan Dan Skema Peperiksaan Baharu STPM 2012-13

    26/30

    26

    Kod dan Nama MataPelajaran

    Kod dan Nama KertasWajaran

    (%)Masa Nota

    960 Physics 960/1 Physics 1 26.67 1 jam Kertas 1, Kertas 2dan Kertas 3 mestidiambil oleh semua

    jenis calon. Calonjenis 1 dan 7dikehendakimengambil Kertas 4.

    Calon jenis 2 bolehmemilih untukmengambil Kertas 4atau Kertas 5tertakluk kepadakelulusan MajlisPeperiksaanMalaysia.

    Calon jenis 3, 8,calon mengulangpeperiksaan STPM,dan calon yangmengambil Physicsdi luar pakej yangditawarkan olehsekolah dikehendakimengambil Kertas 5.

    960/2 Physics 2 26.67 1 jam

    960/3 Physics 3 26.67 1 jam

    960/4 Physics 4

    (School-basedAssessment)

    20 Penggal 1,2, dan 3

    960/5 Physics 5 20 1 jam

  • 8/3/2019 Buku Peraturan Dan Skema Peperiksaan Baharu STPM 2012-13

    27/30

    27

    Kod dan Nama MataPelajaran

    Kod dan Nama KertasWajaran

    (%)Masa Nota

    962 Chemistry 962/1 Chemistry 1 26.67 1 jam Kertas 1, Kertas 2dan Kertas 3 mestidiambil oleh semua

    jenis calon. Calonjenis 1 dan 7dikehendakimengambil Kertas 4.

    Calon jenis 2 bolehmemilih untukmengambil Kertas 4atau Kertas 5tertakluk kepadakelulusan MajlisPeperiksaanMalaysia.

    Calon jenis 3, 8,calon mengulangpeperiksaan STPM,dan calon yangmengambilChemistry di luarpakej yangditawarkan olehsekolah dikehendakimengambil Kertas 5.

    962/2 Chemistry 2 26.67 1 jam

    962/3 Chemistry 3 26.67 1 jam

    962/4 Chemistry 4

    (School-basedAssessment)

    20 Penggal 1,2, dan 3

    962/5 Chemistry 5 20 1 jam

  • 8/3/2019 Buku Peraturan Dan Skema Peperiksaan Baharu STPM 2012-13

    28/30

    28

    Kod dan Nama MataPelajaran

    Kod dan Nama KertasWajaran

    (%)Masa Nota

    964 Biology 964/1 Biology 1 26.67 1 jam Kertas 1, Kertas 2dan Kertas 3 mestidiambil oleh semua

    jenis calon. Calon

    jenis 1 dan 7dikehendakimengambil Kertas 4.

    Calon jenis 2 bolehmemilih untukmengambil Kertas 4atau Kertas 5tertakluk kepadakelulusan MajlisPeperiksaanMalaysia.

    Calon jenis 3, 8,calon mengulangpeperiksaan STPM,dan calon yangmengambil Biology diluar pakej yangditawarkan olehsekolah dikehendakimengambil Kertas 5.

    964/2 Biology 2 26.67 1 jam

    964/3 Biology 3 26.67 1 jam

    964/4 Biology 4

    (School-basedAssessment)

    20 Penggal 1,2, dan 3

    964/5 Biology 5 20 1 jam

    966 Sains Sukan 966/1 Sains Sukan 1 25 1 jam Kertas 1, Kertas 2dan Kertas 3 mestidiambil oleh semua

    jenis calon. Calonjenis 1, 7, dan 8dikehendakimengambil Kertas 4.

    Calon jenis 2 bolehmemilih untukmengambil Kertas 4atau Kertas 5tertakluk kepadakelulusan MajlisPeperiksaanMalaysia.

    Calon jenis 3, calonmengulangpeperiksaan STPM,dan calon yangmengambil SainsSukan di luar pakejyang ditawarkan olehsekolah dikehendakimengambil Kertas 5.

    966/2 Sains Sukan 2 25 1 jam

    966/3 Sains Sukan 3 25 1 jam966/4 Sains Sukan 4

    (PentaksiranBerasaskan Sekolah)

    25 Penggal 1,2, dan 3

    966/5 Sains Sukan 5 25 2 jam

  • 8/3/2019 Buku Peraturan Dan Skema Peperiksaan Baharu STPM 2012-13

    29/30

    29

    Kod dan Nama MataPelajaran

    Kod dan Nama KertasWajaran

    (%)Masa Nota

    970 Seni Visual 970/1 Seni Visual 1 40 2 jam Kertas 1 danKertas 2 mestidiambil oleh semua

    jenis calon. Calon

    jenis 1 dan 7dikehendakimengambil Kertas3. Calon jenis 2, 3,8, dan calonmengulangpeperiksaan STPMdikehendakimengambil Kertas4.

    970/2 Seni Visual 2 35 3 jam

    970/3 Seni Visual 3

    (PentaksiranBerasaskan Sekolah)

    25 Penggal 3

    970/4 Seni Visual 4 25 3 jam

  • 8/3/2019 Buku Peraturan Dan Skema Peperiksaan Baharu STPM 2012-13

    30/30

    SENARAI BUKU SUKATAN PELAJARAN

    Sukatan pelajaran yang lengkap bagi peperiksaan baharu Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia2012/2013 dicetak dalam buku-buku yang berasingan mengikut mata pelajaran seperti yangberikut:

    Bil. Mata Pelajaran Tahun MulaDigunakan*

    1. Pengajian Am 2012

    2. Bahasa Melayu 20123. Bahasa Cina 20124. Bahasa Tamil 20125. Bahasa Arab 20126. Literature in English 20127. Kesusasteraan Melayu Komunikatif 20128. Syariah 20129. Usuluddin 2012

    10. Sejarah 201211. Geografi 201212. Ekonomi 201213. Pengajian Perniagaan 201214. Perakaunan 201215. Mathematics (M) 201216. Mathematics (T) 201217. Further Mathematics 201218. Information and Communications Technology 201219. Physics 201220. Chemistry 201221. Biology 201222. Sains Sukan 2012

    23. Seni Visual 2012

    * Sukatan pelajaran digunakan bagi peperiksaan tahun berkenaan dan tahun-tahun seterusnyasehingga perubahan dimaklumkan. Sukatan pelajaran ini boleh dimuat turun dalam portaMPM http://www.mpm.edu.my.