buku panduan kemasukan & pendaftaran ... -...

15
BUKU PANDUAN KEMASUKAN & PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU MAKLUMAT YANG TERDAPAT DI DALAM BUKU INI :- 1) MAKLUMAT AM 2) GARIS PANDUAN PEMAKAIAN & PENAMPILAN DIRI 3) SENARAI SEMAK DOKUMEN PENDAFTARAN 4) MAKLUMAT PEMBAYARAN YURAN ARAHAN 1. Baca dengan teliti semua maklumat yang terkandung di dalam buku ini. Fahamkan dan ambil semua tindakan yang berkaitan dengan SEGERA. 2. Lengkapkan SEMUA borang yang berkaitan. 3. Bawa Buku Panduan Kemasukan & Pendaftaran ini semasa MENDAFTAR POLITEKNIK MUADZAM SHAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI Lebuhraya Tun Abdul Razak 26700 Muadzam Shah PAHANG, MALAYSIA Tel : 09-450 2007 Faks : 09-450 2009 Laman Web : www.pms.edu.my Facebook : politeknik.edu

Upload: hadieu

Post on 02-Feb-2018

451 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: BUKU PANDUAN KEMASUKAN & PENDAFTARAN ... - …spmp.pms.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · buku panduan kemasukan & ... 1) maklumat am 2) garis panduan pemakaian

BUKU PANDUAN KEMASUKAN &

PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

MAKLUMAT YANG TERDAPAT DI DALAM BUKU INI :-

1) MAKLUMAT AM

2) GARIS PANDUAN PEMAKAIAN & PENAMPILAN DIRI

3) SENARAI SEMAK DOKUMEN PENDAFTARAN

4) MAKLUMAT PEMBAYARAN YURAN

ARAHAN

1. Baca dengan teliti semua maklumat yang terkandung di dalam buku ini.

Fahamkan dan ambil semua tindakan yang berkaitan dengan SEGERA.

2. Lengkapkan SEMUA borang yang berkaitan.

3. Bawa Buku Panduan Kemasukan & Pendaftaran ini semasa

MENDAFTAR

POLITEKNIK MUADZAM SHAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI Lebuhraya Tun Abdul Razak 26700 Muadzam Shah PAHANG, MALAYSIA

Tel : 09-450 2007 Faks : 09-450 2009 Laman Web : www.pms.edu.my Facebook : politeknik.edu

Page 2: BUKU PANDUAN KEMASUKAN & PENDAFTARAN ... - …spmp.pms.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · buku panduan kemasukan & ... 1) maklumat am 2) garis panduan pemakaian

POLITEKNIK MUADZAM SHAH PAHANG TELAH MENGAMALKAN “KEMPEN KAMPUS HIJAU”. BAGI MEREALISASIKAN KEMPEN TERSEBUT, PENGGUNAAN POLISTERIN ADALAH TIDAK DIGALAKKAN. PELAJAR DIKEHENDAKI MEMBAWA BEKAS MAKANAN SENDIRI. BERIKUT ADALAH CONTOH BEKAS MAKANAN YANG DIGALAKKAN.

“say no to OLYSTYRENE”

Page 3: BUKU PANDUAN KEMASUKAN & PENDAFTARAN ... - …spmp.pms.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · buku panduan kemasukan & ... 1) maklumat am 2) garis panduan pemakaian

PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI DISEMBER 2017

TARIKH : 20 NOVEMBER 2017 (ISNIN)

MASA : 8.30 PAGI HINGGA 4.00 PETANG

TEMPAT : DEWAN BESAR POLITEKNIK MUADZAM SHAH PAHANG

ANDA DIKEHENDAKI MEMBUAT “PENDAFTARAN SECARA ONLINE”

SELEPAS SATU (1) HARI BAYARAN YURAN DIJELASKAN. PENDAFTARAN

BOLEH DIBUAT DI LAMAN WEB, WWW.PMS.EDU.MY DI BAHAGIAN

BAKAL PELAJAR.

Page 4: BUKU PANDUAN KEMASUKAN & PENDAFTARAN ... - …spmp.pms.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · buku panduan kemasukan & ... 1) maklumat am 2) garis panduan pemakaian

A. MAKLUMAT AM

Baca maklumat am berikut dengan teliti dan sila ambil tindakan yang sewajarnya agar anda dapat memulakan pengajian anda di Politeknik dengan selesa.

1. PERINGATAN SEBELUM PENDAFTARAN

a. Semakan DOKUMEN ASAL akan dilakukan pada hari pendaftaran.

i. Sila bawa semua DOKUMEN ASAL.

ii. Kegagalan anda menunjukkan dokumen asal boleh mengakibatkan anda tidak dibenarkan mendaftar.

iii. Kementerian Pendidikan Tinggi juga berhak menarik balik tawaran belajar di PMS sekiranya terdapat percanggahan maklumat di antara dokumen asal dengan maklumat yang telah anda berikan semasa memohon ke Poliktenik.

b. Lengkapkan semua borang dan bawa bersama semasa mendaftar .

c. Pelajar yang mendapat tajaan daripada mana-mana agensi kerajaan atau swasta hendaklah membawa bersama surat pengesahan penajaan (surat asal) semasa mendaftar. Sila maklum bahawa kebiasaannya pihak penaja hanya akan menanggung Yuran Pengajian anda sahaja. Oleh itu bayaran-bayaran selain Yuran Pengajian hendaklah dibayar sendiri oleh anda.

B. PERKARA-PERKARA YANG MESTI DIBAWA PADA HARI PENDAFTARAN 1.1 Dokumen / salinan sijil yang disahkan seperti berikut :-

Salinan Kad Pengenalan

Salinan Sijil Kelahiran

Salinan Sijil atau Slip Keputusan Peperiksaan SPM/SPMV

Salinan Sijil Berhenti Sekolah Yang Disahkan

-Kurikulum yang berkaitan

3 keping 1.2 Borang –borang Pendaftaran berikut yang telah lengkap diisi:-

(HEP 1 – HEP 6) (serah di kaunter semakan dokumen-ikut jabatan)

(serah di kaunter kad matrik)

Page 5: BUKU PANDUAN KEMASUKAN & PENDAFTARAN ... - …spmp.pms.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · buku panduan kemasukan & ... 1) maklumat am 2) garis panduan pemakaian

C. BAYARAN YANG PERLU DIJELASKAN SEMASA PENDAFTARAN Semua bayaran yang berkaitan perlu dijelaskan sebelum hari pendaftaran berlangsung dan slip bayaran hendaklah diserahkan semasa hari pendaftaran.TIDAK BOLEH DIPOS.

NOTA Sila pastikan nama, no.kad pengenalan dan kursus anda tertulis pada setiap slip pembayaran,

PEMBAYARAN YANG TELAH DIBUAT TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN.

D. GAMBAR Semua pelajar diminta menyediakan tiga (3) keping gambar warna yang terbaru

berukuran pasport. Pelajar lelaki hendaklah bertali leher dan berambut pendek ketika bergambar. Pelajar perempuan pula, berpakaian yang tidak mendedahkan bahagian bahu dan pelajar perempuan Islam haruslah bertudung . Sila catatkan nama, no. kad pengenalan dan kursus anda di belakang setiap keping gambar.

E. PAKAIAN DAN RUPADIRI SEMASA PENDAFTARAN a) Pelajar –pelajar hendaklah berpakaian kemas, bersih dan menutup aurat (bagi

pelajar Islam). Semua jenis pakaian hendaklah tidak menjolok mata seperti pakaian yang ketat, jarang, pendek, berbelah, nipis dan mendedahkan mana-mana bahagian badan seperti dada,bahu dan belakang. Pelajar juga dikehendaki berkuku pendek.

b) Berkasut serta berstokin c) Rambut pelajar lelaki hendaklah pendek serta kemas, manakala pelajar perempuan

muslim haruslah bertudung. d) Topi, baju T, seluar jeans, seluar pendek dan seluar sukan adalah DILARANG sama sekali semasa mendaftar.

F. KOLEJ KEDIAMAN PELAJAR Semua pelajar PMS ditawarkan dengan asrama. Semasa mendaftar di kamsis, sila bawa:- a. Kain selimut b. Kain cadar c. Sarung bantal d. Baju melayu (lengkap dengan bersampin) bagi pelajar lelaki beragama islam. e. Pakaian sukan – kasut, seluar trek berwarna BIRU GELAP/HITAM, baju t-shirt, dll. f. Pakaian harian secukupnya (rujuk perkara G – Rupadiri – pakaian ke kuliah) g. Bakul sampah, penyapu, cermin muka dan baldi untuk kegunaan semasa di kamsis

h. Kasut kulit / kanvas berwarna hitam.

Page 6: BUKU PANDUAN KEMASUKAN & PENDAFTARAN ... - …spmp.pms.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · buku panduan kemasukan & ... 1) maklumat am 2) garis panduan pemakaian

G. RUPADIRI

Pelajar adalah tertakluk kepada semua peraturan bertulis di PMS. Secara umumnya. Pelajar hendaklah sentiasa berpakaian kemas, bersih, sopan dan menutup aurat (bagi pelajar islam).

Semua jenis pakaian yang menjolok mata adalah DILARANG. Semua pelajar diwajibkan memakai baju-T berkolar, seluar trek berwarna biru gelap

atau hitam dan kasut yang bersesuaian semasa aktiviti kokurikulum. Panduan pakaian dan rupadiri pelajar semasa menghadiri kuliah dan aktiviti di kampus:-

Pelajar hendaklah senantiasa berpakaian kemas, bersih dan sopan. Pelajar islam digalakkan berpakaian menutup aurat.

( RUPADIRI PELAJAR LELAKI ) a. Pakaian ke Kelas / Bengkel / Makmal I. Baju kemeja berlengan panjang atau pendek. II. Baju „T‟ berkolar yang tidak mempunyai tulisan atau gambar yang membawa

pengertian liar, negetif, lucah atau melambangkan mana-mana parti politik. Baju T tidak berkolar TIDAK dibenarkan.

III. Baju hendaklah sentiasa dimasukkan ke dalam seluar (tuck-in) IV. Pemakaian baju kebangsaan adalah dibenarkan tetapi hendaklah lengkap

bersampin, berkasut dan bersongkok hitam. V. Berseluar slack VI. Berkasut dan berstokin (selipar, terompah, capal dan seumpamanya TIDAK dibenarkan) VII. Sebarang bentuk perhiasan TIDAK dibenarkan. b. Rambut I. Rambut hendaklah sentiasa pendek dan kemas. Paras belakang tidak melebihi paras

kolar baju, paras tepi tidak melebihi paras atas telinga dan parasa depan tidak melebihi paras dahi.

II. Rambut berfesyen “afro, punk” berekor atau diwarnakan TIDAK dibenarkan.

Page 7: BUKU PANDUAN KEMASUKAN & PENDAFTARAN ... - …spmp.pms.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · buku panduan kemasukan & ... 1) maklumat am 2) garis panduan pemakaian

( RUPADIRI PELAJAR PEREMPUAN ) a. Pakaian ke Kelas / Bengkel / Makmal I. Pakaian yang menjolok mata seperti yang ketat, jarang, pendek, berbelah, nipis dan mendedahkan mana-mana bahagian badan TIDAK dibenarkan. II. Pelajar TIDAK dibenarkan memakai “skirt‟ yang lebih pendek dari lutut. III. Baju „T‟ berkolar yang tidak mempunyai tulisan atau gambar yang membawa

pengertian liar, negetif, lucah atau melambangkan mana-mana parti politik. Baju T tidak berkolar TIDAK dibenarkan

IV. Berseluar yang tidak ketat. V. Selipar, terompah, kasut tumit tinggi (yang runcing) TIDAK dibenarkan. b. Rambut I. Rambut hendaklah kemas. Rambut berfesyen seperti berekor atau diwarnakan

TIDAK dibenarkan. II. Pelajar islam digalakkan memakai tudung. c. Perhiasan I. Memakai perhiasan berlebihan adalah TIDAK digalakkan.

H. HAL-HAL LAIN

Pelajar dikehendaki membuat pendaftaran atas talian (online) yang boleh dicapai di www.pms.edu.my , “Pendaftaran Online Pelajar Baharu Sesi Disember 2017” mulai 27 OKTOBER 2017. Walaubagaimanapun, pendaftaran online tersebut hanya boleh dilaksanakan setelah satu (1) hari pelajar membuat pembayaran Yuran Pengajian dan Asrama. Pelajar juga dikehendaki mencetak Slip Pendaftaran Online tersebut dan dibawa bersama pada hari pendaftaran.

Pelajar Baharu adalah TIDAK DIBENARKAN membawa kenderaan.

Pelajar lelaki dikehendaki membawa SELUAR SLACK HITAM/ BIRU TUA dan pelajar

perempuan membawa KAIN HITAM untuk digunakan semasa mengikuti Program Minggu Suaikenal.

Semua pelajar diwajibkan mengikuti Program Minggu Suaikenal yang bermula pada

petang hari pendaftaran.

Semua pelajar dinasihatkan membawa kelengkapan diri dan pakaian yang sesuai dan mencukupi.

Pelajar digalakkan membawa tiga(3) salinan fotostat dokumen-dokumen peribadi yang

telah disahkan untuk urusan permohonan biasiswa/ pinjaman pelajaran.

Page 8: BUKU PANDUAN KEMASUKAN & PENDAFTARAN ... - …spmp.pms.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · buku panduan kemasukan & ... 1) maklumat am 2) garis panduan pemakaian
Page 9: BUKU PANDUAN KEMASUKAN & PENDAFTARAN ... - …spmp.pms.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · buku panduan kemasukan & ... 1) maklumat am 2) garis panduan pemakaian

SENARAI SEMAK DOKUMEN PENDAFTARAN Semak dan tanda ( √ ) pada petak yang berkenaan sekiranya perkara – perkara berikut telah disediakan oleh anda sebelum bertolak ke Politeknik Muadzam Shah pada tarikh , masa dan tempat yang ditetapkan untuk mendaftar.

NAMA :

NO. K/P :

KURSUS :

BIL PERKARA CATATAN

1 Borang Jawapan Terima Tawaran (BJT-JPP)

2 Surat Tawaran Program Pengajian Politeknik KPT

3 Salinan Kad Pengenalan

4 Salinan Keputusan SPM

5 Salinan Sijil Berhenti Sekolah

6 Salinan Sijil Ko-Kurikulum Tingakatan 4 dan Tingkatan 5

7 Salinan Transkrip Keputusan Peperiksaan atau Surat Tamat Pengajian (untuk pelajar lepasan Sijil Politeknik, Kolej Komuniti, ILKA dan lain-lain)

8 Salinan Sijil Kolej Komuniti

9 Salinan Sijil Ko-Kurikulum semasa belajar di Kolej komuniti

10 Salinan Sijil Kelahiran

11 Salinan Surat Tajaan (untuk pelajar yang mendapat tajaan sahaja)

12 Borang HEP1_BORANG MAKLUMAT PERIBADI PELAJAR

13 Borang HEP2_LAPORAN PEMERIKSAAN DOKTOR

14 Borang HEP3_KEBENARAN IBUBAPA/PENJAGA UNTUK RAWATAN PEMBEDAHAN

15 Borang HEP4_IKRAR PELAJAR DAN LEPAS TANGGUNG

16 Borang HEP5_AKUAN PELAJAR

17 Borang HEP6_AKU JANJI PELAJAR

18 Gambar Ukuran Passport - 3 keping

19 Slip Bayaran Yuran Pengajian (BIMB) - RM 200

20 Slip Bayaran Yuran Asrama (BIMB) - RM 360

21 Slip Bayaran Pelbagai (BIMB) – RM 600

Page 10: BUKU PANDUAN KEMASUKAN & PENDAFTARAN ... - …spmp.pms.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · buku panduan kemasukan & ... 1) maklumat am 2) garis panduan pemakaian

MAKLUMAT PEMBAYARAN PENDAFTARAN

PELAJAR BAHARU

SESI DISEMBER 2017

Page 11: BUKU PANDUAN KEMASUKAN & PENDAFTARAN ... - …spmp.pms.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · buku panduan kemasukan & ... 1) maklumat am 2) garis panduan pemakaian

Terdapat tiga (3) jenis yuran yang perlu dijelaskan oleh semua pelajar baharu. Butiran mengenai

pembayaran yuran adalah seperti berikut :

i. Yuran Pengajian

ii. Yuran Kamsis (Asrama)

iii. Yuran Semasa Pendaftaran – Bayaran ini dibayar sekali sepanjang pengajian

Bagi memudahkan pelajar, semua yuran di atas boleh dijelaskan di mana-mana Cawangan Bank

Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang berdekatan. Semua pembayaran hendaklah melalui CDM atau

ATM Bank Islam sahaja.

BIL PERKARA BAYARAN CATATAN

1. YURAN PENGAJIAN / SEMESTER RM 200.00 Bayaran perlu dibayar melalui

Bank Islam Malaysia Berhad

(BIMB) NO.AKAUN : 16-018-01-001754-1

BAYARAN KEPADA : POLITEKNIK

KPT

2. YURAN ASRAMA RM 360.00

JUMLAH RM 560.00

-1

KAEDAH BAYARAN YURAN PELAJAR BAHARU

MAKLUMAT BAYARAN TERPERINCI

Page 12: BUKU PANDUAN KEMASUKAN & PENDAFTARAN ... - …spmp.pms.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · buku panduan kemasukan & ... 1) maklumat am 2) garis panduan pemakaian

BIL PERKARA BAYARAN

(RM) CATATAN

SUKAN & KEBUDAYAAN

* Sukan 10.00 KAEDAH BAYARAN YURAN :-

* Kebudayaan, Kesenian & Warisan 5.00

* Majlis Sukan Politeknik (MSP) 20.00 * MELALUI CDM BANK ISLAM (M) BERHAD

KEUSAHAWANAN # Pilih menu

* Aktiviti Keusahawanan Pelajar 15.00 - Pilih menu YURAN IPT/BILL PRESENTMENT

PERKHIDMATAN PSIKOLOGI & KERJAYA - Masukkan No Kad Pengenalan Pelajar

* Perkhidmatan Psikologi 5.00 - Pilih BIL POLI MUADZAM

* Perkhidmatan Kerjaya 5.00 - Sahkan maklumat dan masukkan wang

HAL EHWAL PELAJAR - Sahkan jumlah kemasukan wang

* Majlis Perwakilan Pelajar 15.00 - Transaksi selesai dan ambil resit

* Sukarelawan YES! 10.00

* Kelab dan Persatuan 10.00

* Kebajikan Pelajar 25.00

* Program Outreach 5.00

* Pembangunan Sahsiah 5.00

* Insuran Pelajar 110.00

* Kelengakapan Minggu Suaikenal 160.00

* Pengurusan Minggu Suaikenal 120.00

AKADEMIK * MELALUI ATM BANK ISLAM (M) BERHAD

* Kokurikulum Berkredit 20.00 # Pilih menu lain-lain

JABATAN AKADEMIK - Pilih menu pembayaran bill / yuran IPT

* Aktiviti Jabatan 20.00 - Pilih menu YURAN IPT/BILL PRESENTMENT

* Kemahiran dan Inovasi 15.00 - Pilih Akaun Pembayar

JABATAN MATEMATIK, SAINS & KOMPUTER 10.00 (Akaun Yang Akan Didebitkan)

JABATAN PENGAJIAN AM - Masukkan No Kad Pengenalan Pelajar

* Program Pendidikan Islam & Moral 5.00 - Pilih BIL POLI MUADZAM

* Poly. English Enhancement Programme 5.00 - Sahkan maklumat dan masukkan wang

UNIT PEPERIKSAAN - Transaksi selesai dan ambil resit

* Pengurusan Peperiksaan Pelajar 5.00

600.00

ATAU

JUMLAH

1

2

3

4

5

6

Page 13: BUKU PANDUAN KEMASUKAN & PENDAFTARAN ... - …spmp.pms.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · buku panduan kemasukan & ... 1) maklumat am 2) garis panduan pemakaian

KAEDAH MEMBAYAR YURAN PENGAJIAN/ASRAMA DI BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB)

____________________________________________________________________________

MAKLUMAT PENTING 1. Semua pelajar Politeknik KPT (pelajar baru dan senior) diwajibkan membuat

pembayaran yuran pengajian / yuran asrama di mana-mana cawangan Bank Islam (M) Berhad.

2. Tarikh kuatkuasa : Sesi Disember 2011 3. Yuran Pengajian wajib dibayar sebelum pengajian.

KAEDAH PEMBAYARAN Bayaran boleh dibuat melalui saluran berikut:

a. Perkhidmatan Perbankan Internet (bankislam.biz) b. Mesin ATM BIMB c. Mesin CDM BIMB

A. PEMBAYARAN MELALUI PERBANKAN INTERNET (bankislam.biz)

1. Calon perlu mempunyai akaun BIMB dan ID untuk mengakses perbankan internet Bank Islam. Sila layari www.bankislam.com.my

a) Klik logo "Internet Banking Login" dan tekan butang "ok" pada "Security Alerts". b) Masukkan ID pengguna dan kata laluan untuk memasuki sistem Perbankan

Internet Bank Islam. c) Pilih "Bill Presentment" pada menu "Bill Payment". d) Pilih “Politeknik KPT” pada senarai payee corporation. e) Masukkan “No Kad Pengenalan” pada ruang IC/Passport number dan klik "next". f) Klik ‘select’ pada bill reference untuk paparan maklumat pembayaran g) Maklumat bil yang hendak dibayar akan dipaparkan. Pilih "source account" yang

hendak di debitkan dan masukkan jumlah amaun yang hendak dibayar dan klik "pay"

h) Maklumat bayaran dipamirkan untuk tujuan varifikasi. Klik ‘confirm’ untuk pengesahan pembayaran.

i) Cetak pengesahan pembayaran sebagai bukti pembayaran. (Calon adalah dinasihatkan untuk membuat salinan makluman bayaran yang dilakukan sebagai rujukan. Caj perkhidmatan sebanyak RM0.50 akan didebitkan daripada akaun pembayar).

Page 14: BUKU PANDUAN KEMASUKAN & PENDAFTARAN ... - …spmp.pms.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · buku panduan kemasukan & ... 1) maklumat am 2) garis panduan pemakaian

-3

PERHATIAN. **SILA CETAK BAHAGIAN INI DAN BAWA BERSAMA KETIKA MEMBUAT PEMBAYARAN BAGI MENGELAKKAN BERLAKUNYA KESILAPAN.

UNIT HAL EHWAL DAN PEMBANGUNAN PELAJAR Politeknik Muadzam Shah

Pahang

C) Pembayaran Melalui CDM Bank Islam

Pilih Menu

* Pilih menu YURAN IPT /BILL PRESENTMENT

* Masukkan No Kad Pengenalan Pelajar

* Pilih - POLITEKNIK KPT – bagi bayaran Yuran Pengajian (RM200) dan,

Yuran Asrama (RM360)

- KOP POLI MUADZAM – bagi bayaran pelbagai (RM600)

* Sahkan maklumat dan masukkan wang

* Sahkan jumlah kemasukkan wang

* Transaksi selesai dan ambil Resit

B) Pembayaran Melalui ATM Bank Islam

* Pilih menu LAIN-LAIN

* Pilih menu PEMBAYARAN BIL / YURAN IPT

* Pilih menu YURAN IPT / BILL PRESENTMENT

* Pilih Akaun Pembayar ( akaun yang akan didebit )

* Masukkan No Kad Pengenalan

* Pilih – POLITEKNIK KPT – untuk bayaran Yuran Pengajian(RM200) dan,

Yuran Asrama (RM360)

- KOP POLI MUADZAM – untuk bayaran pelbagai (RM600)

* Sahkan maklumat dan masukkan Amaun yang ingin dibayar

* Transaksi selesai dan ambil Resit

Page 15: BUKU PANDUAN KEMASUKAN & PENDAFTARAN ... - …spmp.pms.edu.my/uspmp2/filedownload/dokumen_pendaftaran.pdf · buku panduan kemasukan & ... 1) maklumat am 2) garis panduan pemakaian