panduan pendaftaran - bpa.ums.edu.mybpa.ums.edu.my/semakanums/panduanasasirayuan.pdf · buku...

34
PANDUAN PENDAFTARAN PROGRAM ASASI PUSAT PERSEDIAAN SAINS DAN TEKNOLOGI Sesi 2019/2020 PUSAT PERSEDIAAN SAINS DAN TEKNOLOGI, Universiti Malaysia Sabah Jalan UMS, 88400, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia Tel : (+6088) 320000 ext. 613611 Emel : [email protected]

Upload: lydan

Post on 29-Aug-2019

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PANDUAN PENDAFTARAN - bpa.ums.edu.mybpa.ums.edu.my/SemakanUMS/panduanAsasiRayuan.pdf · BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2019/2020 | 1 AMARAN Pelajar yang didapati memberi maklumat palsu

PANDUAN PENDAFTARAN PROGRAM ASASI PUSAT PERSEDIAAN SAINS DAN TEKNOLOGI

Sesi 2019/2020

PUSAT PERSEDIAAN SAINS DAN TEKNOLOGI, Universiti Malaysia Sabah

Jalan UMS, 88400, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

Tel : (+6088) 320000 ext. 613611 Emel : [email protected]

Page 2: PANDUAN PENDAFTARAN - bpa.ums.edu.mybpa.ums.edu.my/SemakanUMS/panduanAsasiRayuan.pdf · BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2019/2020 | 1 AMARAN Pelajar yang didapati memberi maklumat palsu

BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2019/2020 | 1

AMARAN

Pelajar yang didapati memberi maklumat palsu/ tidak benar/ manipulasi maklumat berkaitan dengan:

Kewarganegaraan Malaysia, bangsa Melayu, Pribumi Sabah/Sarawak dan Orang Asli Semenanjung

Keputusan peperiksaan dalam borang permohonan kemasukan

Akan diambil tindakan seperti berikut:

Surat tawaran ditarik balik, dan

Dikenakan tindakan undang-undang

Maklumat ini akan disemak secara terperinci pada hari pendaftaran.

PERINGATAN PENTING

SEORANG PENAGIH, PENGEDAR ATAU TERLIBAT

DENGAN KEGIATAN PENYALAHGUNAAN DADAH, ADALAH TIDAK

LAYAK UNTUK MENDAFTAR SEBAGAI PELAJAR UMS

Page 3: PANDUAN PENDAFTARAN - bpa.ums.edu.mybpa.ums.edu.my/SemakanUMS/panduanAsasiRayuan.pdf · BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2019/2020 | 1 AMARAN Pelajar yang didapati memberi maklumat palsu

BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2019/2020 | 2

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT LATAR BELAKANG PUSAT PERSEDIAAN SAINS DAN TEKNOLOGI, UMS

Visi 3 Misi Sistem pengajian di UMS

PANDUAN PENDAFTARAN

Tindakan yang perlu diambil oleh Calon 5 - 6 Syarat-syarat tawaran kemasukan ke UMS Pengguguran tawaran

CARTA ALIR PENDAFTARAN PROGRAM ASASI SAINS SESI 2019/2020

Carta alir proses pendaftaran Universiti 8 - 10 Carta alir proses pendaftaran secara talian (E-daftar) Carta alir semasa hari lapor diri

PERSEDIAAN SEBELUM HARI LAPOR DIRI

Dokumen yang perlu disediakan 11 - 14 Borang yang perlu dilengkapkan Proses pembayaran yuran pengajian pelajar Kaedah pembayaran yuran pengajian pelajar Biasiswa/ Tajaan Akaun Bank Islam Struktur yuran pengajian Penyediaan Gambar Keperluan Peribadi

SEMASA LAPOR DIRI

Dokumen yang perlu dibawa semasa mendaftar sebagai Pelajar UMS 16 -17 Sahsiah Rupa Diri Semasa Mendaftar

SELEPAS LAPOR DIRI

Program Minggu Suai Mesra Pelajar 19 Pakaian Minggu Suai Mesra Pemeriksaan Kesihatan

KEMUDAHAN-KEMUDAHAN UMUM

Pengangkutan Bas 21 - 25 Pusat Kesihatan Perpustakaan Perkhidmatan ICT Kemudahan-Kemudahan Lain

SENARAI SEMAK 27 MAKLUMAT UMUM 29 – 30 SOALAN-SOALAN LAZIM 32

KANDUNGAN

Page 4: PANDUAN PENDAFTARAN - bpa.ums.edu.mybpa.ums.edu.my/SemakanUMS/panduanAsasiRayuan.pdf · BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2019/2020 | 1 AMARAN Pelajar yang didapati memberi maklumat palsu

BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2019/2020 | 3

Pusat Persediaan Sains dan Teknologi ditubuhkan pada 25 Januari 2010. Pusat ini menawarkan Program Asasi dengan matlamat untuk melengkapkan pelajar-pelajar dengan asas yang kuat dan juga minat yang mendalam di dalam bidang sains agar dapat melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Malaysia Sabah. VISI Pusat Persediaan Sains dan Teknologi bertekad untuk menjadi pusat kecemerlangan pembelajaran untuk persediaan bagi program prasiswazah berdasarkan pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan gabungan amali dan teori bagi perkembangan sains dan teknologi yang mapan. MISI Pusat Persediaan Sains dan Teknologi berdedikasi di dalam penyediaan pelajar untuk program prasiswazah melalui proses

pengajaran dan pembelajaran yang bermutu dengan menyemai nilai-nilai murni di dalam kecemerlangan akademik beserta

tanggungjawab etika.

SISTEM PENGAJIAN

Pelajar hendaklah mengikuti minimum 50 kredit kursus atau yang ditetapkan oleh Senat untuk layak dianugerahi sijil asasi. Kalender Akademik Program Asasi UMS dibahagikan kepada dua semester. Pelajar mestilah mengikuti program asasi selama tidak kurang daripada dua (2) semester dan tidak lebih daripada empat (4) semester dikira dari tarikh pendaftaran masuk ke Pusat Persediaan Sains dan Teknologi.

PUSAT PERSEDIAAN SAINS DAN TEKNOLOGI

Page 5: PANDUAN PENDAFTARAN - bpa.ums.edu.mybpa.ums.edu.my/SemakanUMS/panduanAsasiRayuan.pdf · BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2019/2020 | 1 AMARAN Pelajar yang didapati memberi maklumat palsu

BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2019/2020 | 4

PANDUAN PENDAFTARAN

Page 6: PANDUAN PENDAFTARAN - bpa.ums.edu.mybpa.ums.edu.my/SemakanUMS/panduanAsasiRayuan.pdf · BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2019/2020 | 1 AMARAN Pelajar yang didapati memberi maklumat palsu

BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2019/2020 | 5

PANDUAN PENDAFTARAN

TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL OLEH CALON

1. Calon hendaklah mencetak surat tawaran dalam talian dan hendaklah dibawa bersama semasa Pendaftaran

Program Asasi Sains.

2. Calon hendaklah mengesahkan penerimaan atau penolakan tawaran melalui talian (E-Daftar) dalam tempoh 9 hari

(25 Jun 2019 – 04 Julai 2019) daripada tarikh surat tawaran. Sekiranya dalam tempoh tersebut Universiti tidak

menerima sebarang pengesahan, pelajar dianggap telah menolak tawaran tersebut. Pengesahan tawaran boleh

dibuat melalui pautan laman web http://bpa.ums.edu.my/semakanUMS. Untuk makluman pihak Universiti tidak akan

menghantar sebarang PERINGATAN.

Nota:

Anda dinasihati supaya membuat keputusan yang teliti termasuk berbincang dengan ibubapa sama ada menerima atau

menolak tawaran. Ini kerana setelah keputusan dibuat, keputusan tersebut tidak boleh lagi dipinda.

SYARAT-SYARAT TAWARAN KEMASUKAN KE PUSAT PERSEDIAAN SAINS DAN TEKNOLOGI

1. Tawaran ini tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-

i. Saudara/i diminta membuat pengesahan penerimaan tawaran melalui laman web http://bpa.ums.edu.my/semakanUMS yang dibuka bermula 25 Jun sehingga 4 Julai 2019.

ii. Tawaran ini adalah tertakluk kepada pengesahan Senat Universiti Malaysia Sabah.

iii. Program yang ditawarkan adalah muktamad. Sebarang permohonan pertukaran tidak dibenarkan.

iv. Tawaran ini adalah terbatal dengan sendirinya sekiranya pihak Universiti mendapati maklumat kelayakan masuk adalah tidak benar / manipulasi maklumat.

v. Pelajar hendaklah melaporkan diri pada tarikh yang ditetapkan dalam surat tawaran sekiranya menerima tawaran ini. Tawaran ini dianggap terbatal sekiranya calon gagal melaporkan diri pada tarikh tersebut, melainkan telah mendapat kebenaran terlebih dahulu dari pihak Pusat Persediaan Sains Dan Teknologi, UMS;

vi. Universiti tidak akan bertanggungjawab sekiranya anda masih terikat kontrak dengan mana-mana pihak.

vii. Tawaran ini sah untuk sesi kemasukan yang dinyatakan sahaja. Sebarang penangguhan pendaftaran adalah tidak dibenarkan.

viii. ix. x.

Pihak UMS berhak membatalkan tawaran yang telah dikeluarkan, sekiranya didapati calon tidak memenuhi syarat kelayakan masuk. Tidak terdapat sebarang kesilapan mengenai syarat minima yang diperolehi oleh calon dan calon mestilah memenuhi syarat-syarat khas program yang ditawarkan untuk diterima masuk oleh Pusat Persediaan Sains Dan Teknologi, UMS ini. Segala perbelanjaan yang timbul bersabit dengan pembatalan tawaran ini TIDAK akan ditanggung oleh Universiti Malaysia Sabah.

xi. xii.

Dengan penerimaan tawaran ini bermakna calon bersetuju mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Universiti Malaysia Sabah. Adalah menjadi tanggungjawab calon membaca dan memahami semua maklumat yang dibekalkan oleh Universiti Malaysia Sabah.

xiii. Sila bawa kad pengenalan dan sijil-sijil asal (Sijil Lahir, Sijil SPM) dan Slip Gaji, Surat Pengesahan Pendapatan,

Surat dari penaja Kewangan (sekiranya ada)) semasa lapor diri.

PANDUAN PENDAFTARAN

Page 7: PANDUAN PENDAFTARAN - bpa.ums.edu.mybpa.ums.edu.my/SemakanUMS/panduanAsasiRayuan.pdf · BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2019/2020 | 1 AMARAN Pelajar yang didapati memberi maklumat palsu

BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2019/2020 | 6

2.

Setelah mendaftar sebagai pelajar, seseorang calon adalah WAJIB :

i. Mematuhi Undang-undang Negara dan Undang-undang Universiti termasuk Akta Universiti dan Kolej Universiti

(AUKU);

ii. Mematuhi Peraturan Kaedah Pengajian Program Asasi Sains, Peraturan Asrama Universiti, Peraturan

Perpustakaan serta peraturan-peraturan Pusat yang berkenaan;

iii. Mematuhi Peraturan Lalulintas dan Undang-Undang Lalulintas Negara serta Peraturan Keselamatan Universiti;

iv. Sentiasa memelihara nama baik Universiti dan menjaga harta benda serta kemudahan perkhidmatannya daripada

dirosak oleh sesiapa juga;

v. Menghormati para Pegawai Universiti;

vi. Mengambil bahagian dalam segala kegiatan akademik, ko-kurikulum, khidmat masyarakat dan aktiviti lain yang

berkenaan yang dianjurkan oleh Pusat Persediaan Sains dan Teknologi, Universiti dan Negara;

vii.

viii.

ix.

Tidak terlibat dengan sebarang kegiatan yang menghalang perjalanan Universiti;

Menjelaskan semua yuran yang dikenakan oleh Universiti;

Mematuhi Etika Pakaian Universiti.

3.

4.

Pelajar DIWAJIBKAN mengikuti Minggu Suai Mesra (MSM) kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada pihak

Universiti;

Pihak berkuasa Universiti berhak menarik balik tawaran sekiranya pelajar didapati melanggar syarat-syarat tersebut di

atas.

Page 8: PANDUAN PENDAFTARAN - bpa.ums.edu.mybpa.ums.edu.my/SemakanUMS/panduanAsasiRayuan.pdf · BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2019/2020 | 1 AMARAN Pelajar yang didapati memberi maklumat palsu

BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2019/2020 | 7

PENGGUGURAN TAWARAN

1. Pihak Pusat Persediaan Sains Dan Teknologi, UMS berhak menarik balik tawaran sekiranya syarat-syarat yang ditetapkan tidak dipatuhi dan sekiranya calon mengemukakan maklumat/ dokumen palsu semasa permohonan/ pendaftaran.

2. Calon yang tidak mendaftar sebagai pelajar pada tarikh dan tempat pendaftaran yang ditetapkan, tawaran tersebut

akan terbatal dengan sendirinya. * sila rujuk laman web http://www.ums.edu.my/ppstv2 untuk keterangan lanjut dan maklumat terkini bagi proses pendaftaran dan minggu suai mesra seperti butiran berikut :

TARIKH MASA PERKARA TEMPAT

5 Julai 2019 (Jumaat)

8.30 pagi - 12.30 tengahari

Pendaftaran Kemasukan ke Program Asasi dan Pendaftaran Kolej Kediaman Pelajar-Pelajar Baharu

Bangunan Pusat Persediaan Sains dan Teknologi (PPST), UMS

10.00 pagi Taklimat bersama ibu bapa & pelajar

Bilik Kuliah 1 (BK 1) (Bangunan Pusat Persediaan Sains dan Teknologi (PPST), UMS

2.00 petang – 4.30 petang Taklimat Akademik & Majlis Perasmian Penutupan

Bilik Kuliah 1 (BK 1) (Bangunan Pusat Persediaan Sains dan Teknologi (PPST), UMS

Page 9: PANDUAN PENDAFTARAN - bpa.ums.edu.mybpa.ums.edu.my/SemakanUMS/panduanAsasiRayuan.pdf · BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2019/2020 | 1 AMARAN Pelajar yang didapati memberi maklumat palsu

BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2019/2020 | 8

CARTA ALIR PENDAFTARAN PROGRAM ASASI SAINS SESI

2019/2020

Page 10: PANDUAN PENDAFTARAN - bpa.ums.edu.mybpa.ums.edu.my/SemakanUMS/panduanAsasiRayuan.pdf · BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2019/2020 | 1 AMARAN Pelajar yang didapati memberi maklumat palsu

BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2019/2020 | 9

CARTA ALIR PROSES PENDAFTARAN

PROGRAM ASASI SAINS SESI 2019/2020

MULA

Kaunter E-Daftar

Makmal Komputer (Annexe)

Bilik Menunggu

Bilik Kuliah 3 (Annexe)

Pengesahan

Bendahari

Tidak Lengkap

lengkap

Kaunter Pendaftaran

Bilik Kuliah 4 (Annexe)

Kaunter Bendahari

Bilik Tutorial 4 (PPST)

Semakan FailKaunter Khas

Bilik Kuliah 4 (Annexe)

Kaunter Biasiswa

Bilik Tutorial 5 (PPST)

Kaunter Kit MSM & Kaunter Buku

Bilik Tutorial 2 (PPST)

Kaunter Buku Rujukan

Bilik Tutorial 1 (PPST)

Kaunter Web Check-in

Makmal ICT (Annexe)

Kaunter Serahan Kunci

Kolej Kediaman

TAMAT

Semakan Akaun

Bank Islam Pelajar

Ada

Kaunter Bank Islam

Bilik Tutorial 3 (PPST)

Tidak Lengkap

Lengkap

Tiada

Lengkap

Kaunter Kad Pelajar

Bilik Tutorial 2 (PPST)

Page 11: PANDUAN PENDAFTARAN - bpa.ums.edu.mybpa.ums.edu.my/SemakanUMS/panduanAsasiRayuan.pdf · BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2019/2020 | 1 AMARAN Pelajar yang didapati memberi maklumat palsu

BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2019/2020 | 10

CARTA ALIR PROSES PENDAFTARAN

UNIVERSITI SECARA ONLINE (E-DAFTAR)

Login

Langkah 1 : Perakuan Pelajar

Kemaskini MaklumatKemaskini / lengkapkan maklumat peribadi, ibu bapa, kesihatan dan

maklumat bankLangkah 2-5: Mengemaskini Maklumat

Langkah 7 : Muat Naik Gambar

Kaedah Pembayaran Yuran Pengajian Pembayaran melalui Bank Islam Malaysia Berhad:i. ATM (Automatic Teller Machine) bagi pemegang akaun Bank Islam sahaja.ii. Perbankan Internet bagi pemegang akaun Bank Islam sahaja.iii. Kaunter Bank Islam di mana-mana cawangan seluruh Malaysia

Kaedah bayaran juga boleh dibuat melalui:i. Perkhidmatan FPX (Financial Process eXpress) bagi semua pemegang akaun bank.ii. Kad Kredit / Debit (Visa dan Mastercard) untuk bayaran di Kaunter Bendahari sahaja.iii. Menggunakan Cek dan Deraf Bank (pembayaran hendaklah dibuat atas nama UNIVERSITI MALAYSIA SABAH dalam Ringgit Malaysia) menggunakan bank tempatan di dalam Malaysia sahaja.

Muat Naik GambarSila muat naik gambar yang bersesuaian mengikut garis panduan

yang diberikan

MULA

TAMAT

Sistem Pendaftaran UniversitiMasukkan no. matrik sebagai username dan nombor kad pengenalan

sebagai passwordhttp://smp.ums.edu.my/edaftar

Langkah 8 : Cetak Slip Pengesahan

Langkah 6 :Pembayaran Yuran Pengajian

CATATAN : SILA BAWA SLIP PENGESAHAN ANDA SEMASA HARI PENDAFTARAN

Page 12: PANDUAN PENDAFTARAN - bpa.ums.edu.mybpa.ums.edu.my/SemakanUMS/panduanAsasiRayuan.pdf · BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2019/2020 | 1 AMARAN Pelajar yang didapati memberi maklumat palsu

BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2019/2020 | 11

PERSEDIAAN SEBELUM LAPOR DIRI

Page 13: PANDUAN PENDAFTARAN - bpa.ums.edu.mybpa.ums.edu.my/SemakanUMS/panduanAsasiRayuan.pdf · BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2019/2020 | 1 AMARAN Pelajar yang didapati memberi maklumat palsu

BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2019/2020 | 12

Sekiranya calon bersetuju menerima tawaran ini, calon hendaklah;

1. Melengkapkan semua borang yang disertakan di dalam Buku Panduan Kemasukan dan bawa Semasa Pendaftaran iaitu;

Surat Tawaran ( 2 Salinan Akademik )

2 Salinan Kad Pengenalan pelajar, ibu dan bapa

2 Salinan Sijil Kelahiran pelajar, ibu dan bapa

2 Salinan Sijil SPM

2 Salinan Sijil Berhenti Sekolah

2 Salinan muka depan Buku Akaun BANK ISLAM

2 Salinan Slip Gaji/Akuan Pendapatan ibu dan bapa

Sekeping gambar untuk fail pelajar (berukuran pasport)

UMS/HEP/01 Ikrar

UMS/HEP/02 Akujanji Etika Berpakaian

UMS/HEP/03 Akujanji

Borang Laporan Pemeriksaan Perubatan (*Sekeping gambar perlu disertakan)

Wajib membuka akaun Bank Islam bagi tujuan biasiswa. *NOTA : PELAJAR DIWAJIBKAN MEMPUNYAI AKAUN BANK ISLAM sebelum datang mendaftar. Jika pelajar masih

tidak cukup umur untuk membuka AKAUN BANK ISLAM, perlulah ada sokongan daripada ibubapa (maklumat lanjut pembukaan AKAUN BANK ISLAM bolehlah rujuk laman web ini https://www.bankislam.com.my/).

2. PROSES PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN PELAJAR

i. Yuran pengajian hendaklah DIJELASKAN sebelum pelajar membuat proses pendaftaran Universiti melalui e-

Daftar secara talian.

ii. Jumlah yuran yang perlu dibayar boleh dirujuk pada perkara 6. Struktur Yuran Pengajian Program Asasi Sains.

iii. Bayaran boleh dibuat di mana-mana cawangan Bank Islam Malaysia Berhad di seluruh Malaysia.

iv. Proses pengesahan bayaran akan dikemaskini sebaik sahaja pihak Jabatan Bendahari menerima pengesahan

Terimaan bayaran daripada pihak bank.

v. Bagi bayaran yang dibuat pada hari Jumaat / Cuti Hujung Minggu / Cuti Umum, pengesahan bayaran hanya

akan dibuat pada hari bekerja berikutnya.

vi. Sila pastikan status bayaran pelajar di dalam e-Daftar telah dikemaskini oleh pihak Jabatan Bendahari sebelum

tarikh tutup proses iaitu pada 5 Julai 2019.

vii. Sila buat pembayaran lebih awal bagi mengelakkan kesulitan semasa hari pendaftaran.

viii. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Bahagian Kewangan Pelajar, Jabatan Bendahari UMS seperti berikut:

PERSEDIAAN SEBELUM LAPOR DIRI

Semua salinan sijil ini perlu disahkan benar oleh Pegawai Kerajaan Gred 41 ke atas yang tidak mempunyai kaitan persaudaraan dengan calon /Pesuruhjaya Sumpah/Ketua Kampung/Pengerusi JKK /Ketua Kampung/Pengerusi JKK/ Wakil Rakyat/Pegawai Daerah

Salinan perlu disahkan oleh Pegawai Jabatan Pendaftaran Negeri/Cawangan

Page 14: PANDUAN PENDAFTARAN - bpa.ums.edu.mybpa.ums.edu.my/SemakanUMS/panduanAsasiRayuan.pdf · BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2019/2020 | 1 AMARAN Pelajar yang didapati memberi maklumat palsu

BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2019/2020 | 13

KAMPUS INDUK K.K

Emel [email protected]

No. Telefon 088-320000

(Samb. 1019/1060/1116/1120/1432/1855)

No. Faks 088-320235 (u/p: Bahagian Kewangan Pelajar)

Kaunter Jabatan Bendahari, Aras 3, Blok Utara, Bangunan Canselori.

3. KAEDAH PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN PELAJAR

i. Kaedah bayaran di Bank Islam Malaysia Berhad melalui:

ATM (Automatic Teller Machine) bagi pemegang akaun Bank Islam sahaja di mana-mana cawangan Bank Islam di seluruh Malaysia.

Perbankan Internet bagi pemegang akaun Bank Islam sahaja.

Kaunter Bank di mana-mana cawangan Bank Islam di seluruh Malaysia.

ii. Kaedah bayaran juga boleh dibuat melalui:

Perkhidmatan FPX (Financial Process eXpress) bagi semua pemegang akaun bank.

Kad Kredit / Debit (Visa dan Mastercard) untuk bayaran di Kaunter Bendahari sahaja.

Menggunakan Cek dan Deraf Bank (pembayaran hendaklah dibuat atas nama UNIVERSITI MALAYSIA

SABAH dalam Ringgit Malaysia) menggunakan bank tempatan di dalam Malaysia sahaja.

4. BIASISWA / TAJAAN / PINJAMAN

i.

ii.

Bantuan kewangan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) adalah layak dipohon sekiranya jumlah

pendapatan kasar ibu dan bapa calon kurang daripada RM10,000.00 SAHAJA.

Pelajar yang mendapat biasiswa / tajaan / pinjaman DIWAJIBKAN untuk mengemukakan surat tawaran tajaan

tersebut kepada Jabatan Bendahari Universiti Malaysia Sabah semasa hari pendaftaran atau pada bila – bila masa

setelah mendapat tawaran daripada pihak penaja.

iii. Sila pastikan maklumat penaja sentiasa dikemaskini di dalam Sistem Maklumat Pelajar (SMP) untuk mengelakkan

sebarang kesulitan yang timbul.

5. AKAUN BANK ISLAM

i. Pembukaan akaun di Bank Islam semasa hari pendaftaran adalah PERCUMA. Walaubagaimanapun, deposit

minimum sebanyak RM10.00 adalah diperlukan bagi tujuan pengaktifan akaun tersebut.

ii. Pelajar DIGALAKKAN membuka akaun di Bank Islam bagi tujuan memudahkan pembayaran yuran pengajian

melalui kaedah:

Pindahan Wang dan bayaran Bil Pelajar melalui ATM (Automatic Teller Machine)

Pindahan Wang melalui Perbankan Internet

iii. Pelajar yang telah membuka akaun Bank Islam Malaysia Berhad atau di lain-lain bank WAJIB mengemaskini

maklumat akaun bank dalam e-Daftar dengan menyatakan NOMBOR AKAUN dan juga NAMA BANK bagi

memudahkan sebarang urusan bayaran pemulangan kepada pelajar sepanjang berada di universiti.

Page 15: PANDUAN PENDAFTARAN - bpa.ums.edu.mybpa.ums.edu.my/SemakanUMS/panduanAsasiRayuan.pdf · BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2019/2020 | 1 AMARAN Pelajar yang didapati memberi maklumat palsu

BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2019/2020 | 14

6. Struktur Yuran Pengajian Program Asasi Sains, Pusat Persediaan Sains dan Teknologi a) Struktur Yuran Pengajian Program Asasi Sains, 2 Semester Sesi 2019/2020 :

BIL. YURAN TIDAK BERULANG (A) AMAUN (RM)

1 Wang Hemat Diri 378.00 2 Insuran Kelompok Pelajar 25.00

Jumlah 403.00

BIL. YURAN SEMESTER (B) AMAUN (RM)

1 Yuran Pengajian 675.00 2 Yuran Asrama 336.00

JUMLAH 1,011.00

JUMLAH KESELURUHAN (A+B) 1,414.00

b) Struktur yuran keseluruhan mengikut yuran semester:

Caj Yuran Amaun (RM)

Jumlah Yuran Semester 1 1,414.00

Jumlah Yuran Semester 2 1,011.00

Jumlah Keseluruhan 2,425.00

c) Jadual Buku untuk 2 semester:

Buku Teks/Kursus Amaun (RM)

1. Fizik 2. Kimia 3. Biologi 4. Matematik 5. Bahasa Inggeris 6. Lab Manuals

600.00

PERINGATAN : Bayaran buku teks MESTI dijelaskan pada hari pendaftaran iaitu pada 17 Jun 2019.

d) Jadual Yuran MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET)

Caj Yuran Amaun (RM)

Yuran menduduki peperiksaan MUET 101.00

PERINGATAN : Jumlah dan bayaran yuran adalah tertakluk kepada perubahan dan makluman daripada Pusat Persediaan Sains dan Teknologi.

e) Semua pelajar Pusat Persediaan Sains dan Teknologi yang layak perlu memohon bantuan kewangan

mengikut kriteria yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (Nota : bantuan kewangan adalah layak dipohon sekiranya jumlah pendapatan kasar ibu dan bapa adalah kurang daripada RM10,000.00 sahaja)

7. Membuat Pemeriksaan Kesihatan

Anda WAJIB menjalani pemeriksaan kesihatan di Poliklinik UMS dengan tanggungan sendiri sebanyak RM60 selepas minggu MSM.

8. Penyediaan Gambar

Anda diminta menyediakan tiga (3) keping gambar berukuran pasport sebagai persediaan membuat permohonan yang berkaitan. Sila sediakan softcopy gambar yang terbaru dalam bentuk "CD" (format jpg).

Page 16: PANDUAN PENDAFTARAN - bpa.ums.edu.mybpa.ums.edu.my/SemakanUMS/panduanAsasiRayuan.pdf · BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2019/2020 | 1 AMARAN Pelajar yang didapati memberi maklumat palsu

BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2019/2020 | 15

9. Keperluan Peribadi

Persiapan Keperluan Peribadi Siswa/Siswi adalah seperti berikut:

Kasut Hitam dan T-shirt putih (wajib bagi keperluan siswa) dan tudung hitam (wajib bagi keperluan siswi) dan pakaian sukan

Kemeja putih, seluar hitam dan tali leher (untuk siswa)

Baju kurung putih, kain hitam dan tudung hitam/blouse putih dan skirt labuh hitam (untuk siswi)

Kelengkapan solat/sejadah Nota : Segala keperluan harian boleh didapati di Koperasi UMS atau kedai yang berhampiran dengan Kampus UMS.

Page 17: PANDUAN PENDAFTARAN - bpa.ums.edu.mybpa.ums.edu.my/SemakanUMS/panduanAsasiRayuan.pdf · BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2019/2020 | 1 AMARAN Pelajar yang didapati memberi maklumat palsu

BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2019/2020 | 16

SEMASA LAPOR DIRI

Page 18: PANDUAN PENDAFTARAN - bpa.ums.edu.mybpa.ums.edu.my/SemakanUMS/panduanAsasiRayuan.pdf · BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2019/2020 | 1 AMARAN Pelajar yang didapati memberi maklumat palsu

BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2019/2020 | 17

1. DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA SEMASA MENDAFTAR. Dokumen Asal Semasa pendaftaran pelajar dikehendaki membawa dokumen asal seperti berikut:

1. Kad Pengenalan pelajar, ibu dan bapa 2. Sijil Kelahiran pelajar, ibu dan bapa 3. Sijil SPM 4. Sijil Berhenti Sekolah 5. 2 Salinan muka depan Buku Akaun BANK ISLAM 6. 2 Salinan Slip Gaji/Akuan Pendapatan ibu dan bapa 7. Sekeping gambar untuk fail pelajar (berukuran pasport) 8. UMS/HEP/01 Ikrar 9. UMS/HEP/02 Akujanji Etika Berpakaian 10. UMS/HEP/03 Aku Janji 11. Borang Laporan Pemeriksaan Perubatan (*Sekeping gambar perlu disertakan) 12. Buku akaun BANK ISLAM (pelajar) beserta 4 salinan muka depan buku akaun BANK ISLAM 13. Dokumen Perjanjian Program Asasi IPTA, Kementerian Pendidikan Tinggi (Tawaran Bantuan Kewangan Asasi IPTA

bagi yang layak)

Nota:

Sekiranya kehilangan sijil SPM anda perlu mendapatkan salinan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Sekiranya kehilangan sijil kelahiran pelajar/ibu/bapa anda perlu mendapatkan Surat Akuan Sumpah dari Pesuruhjaya Sumpah yang diiktiraf.

Sekiranya kehilangan kad pengenalan pelajar/ibu/bapa anda perlu membuat kad pengenalan sementara. Dokumen Salinan Semasa pendaftaran pelajar dikehendaki membawa dokumen salinan seperti berikut:

1. 2 Salinan Kad Pengenalan Pelajar, Ibu dan Bapa 2. 2 Salinan Sijil Kelahiran Pelajar, Ibu dan Bapa 3. 2 Salinan Sijil SPM 4. 2 Salinan Sijil Berhenti Sekolah 5. 2 Salinan Slip Gaji/Akaun Pendapatan ibu dan bapa 6. Surat Tawaran ( 2 Salinan Online ) 7. 2 Salinan muka depan buku akaun BANK ISLAM (pelajar) 8. 2 Slip gaji ibu bapa/penjaga yang terkini 9. 2 Salinan penyata cukai ibu/bapa/penjaga 10. Surat pengesahan daripada Penghulu/ketua Kampung/Pengerusi JKKK/Pegawai Daerah/Pegawai Kerajaan Kumpulan

A/Wakil Rakyat berkaitan dengan (bagi ibu bapa/penjaga yang tidak bekerja); Pekerjaan dan pendapatan ibu bapa/penjaga

Nota :

Perkara 3 hingga 10 dokumen-dokumen salinan perlu mendapat pengesahan daripada Penghulu/Ketua Kampung/Pengerusi JKKK/Pegawai Daerah/Pegawai Kerajaan Kumpulan A/Wakil Rakyat

SEMASA HARI PENDAFTARAN

Salinan perlu disahkan oleh Pegawai Jabatan Pendaftaran Negeri/Cawangan

Semua salinan sijil ini perlu disahkan benar oleh Pegawai Kerajaan Gred 41 ke atas yang tidak mempunyai kaitan persaudaraan dengan calon /Pesuruhjaya Sumpah/Ketua Kampung/Pengerusi JKK /Ketua Kampung/Pengerusi JKK/ Wakil Rakyat/Pegawai Daerah

Page 19: PANDUAN PENDAFTARAN - bpa.ums.edu.mybpa.ums.edu.my/SemakanUMS/panduanAsasiRayuan.pdf · BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2019/2020 | 1 AMARAN Pelajar yang didapati memberi maklumat palsu

BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2019/2020 | 18

2. SAHSIAH RUPA DIRI SEMASA MENDAFTAR DAN SEPANJANG SESI PENGAJIAN

i. Pelajar hendaklah memakai pakaian formal yang kemas, bersih, menutup aurat dan bersopan kerana

pakaian melambangkan keperibadian dan imej sebagai bakal mahasiswa/i UMS.

ii. Pelajar DILARANG BERPAKAIAN TIDAK SOPAN dan MENJOLOK MATA seperti berikut:

• Berselipar

• Memakai skirt atau berseluar pendek di atas paras lutut

• Berbaju T tanpa kolar

• Berbaju tanpa lengan

• Berseluar terlalu ketat

• Berpakaian nipis

iii. Pakaian yang menutup sebahagian muka (BERPURDAH) TIDAK DIBENARKAN kerana menyukarkan pihak

berkuasa universiti mengenali pelajar

iv. Untuk aktiviti makmal, sukan dan kebudayaan, pelajar hendaklah mematuhi amalan pakaian yang

dikuatkuasakan.

v. Pelajar tidak dibenarkan memakai seluar jeans untuk ke kuliah, perpustakaan dan semasa berurusan di pejabat. Amalkan berpakaian kemas dan sopan di semua aktiviti rasmi dalam kampus (baju kemeja biasa, baju T berkolar, berkasut, berseluar panjang,berskirt panjang di bawah paras lutut) terutamanya di khalayak ramai seperti di dewan kuliah, perpustakaan, pejabat dan dewan makan.

PELAJAR DIKEHENDAKI MEMATUHI ETIKA PAKAIAN DAN RAMBUT SUPAYA KELIHATAN KEMAS DAN BERSOPAN SEPERTI BERIKUT:

Page 20: PANDUAN PENDAFTARAN - bpa.ums.edu.mybpa.ums.edu.my/SemakanUMS/panduanAsasiRayuan.pdf · BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2019/2020 | 1 AMARAN Pelajar yang didapati memberi maklumat palsu

BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2019/2020 | 19

SELEPAS LAPOR DIRI

Page 21: PANDUAN PENDAFTARAN - bpa.ums.edu.mybpa.ums.edu.my/SemakanUMS/panduanAsasiRayuan.pdf · BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2019/2020 | 1 AMARAN Pelajar yang didapati memberi maklumat palsu

BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2019/2020 | 20

1. PROGRAM MINGGU SUAI MESRA (MSM)

Semua pelajar baharu DIWAJIBKAN mengikuti program Minggu Suai Mesra (MSM) yang bermula pada tarikh lapor diri. Sebarang urusan peribadi perlu dilakukan sebelum atau selepas Minggu Suai Mesra (MSM).

Bagi memastikan semua pelajar baharu dapat mengikuti MSM tanpa sebarang gangguan, ibu/bapa/penjaga TIDAK DIBENARKAN untuk berjumpa atau melawat anak kecuali jika berlaku kecemasan.

2. PAKAIAN MINGGU SUAI MESRA

Pelajar Lelaki perlu membawa;

sekurang-kurangnya 2 pasang kemeja berlengan panjang formal

tali leher

t-shirt putih berkolar

kasut hitam

2 pasang seluar berwarna gelap (hitam/biru)

2 pasang seluar panjang untuk sukan (track bottom)

Pelajar yang beragama Islam diminta membawa pakaian kebangsaan/baju Melayu serta songkok hitam Pelajar Perempuan perlu membawa;

sekurang-kurangnya 2 pasang baju kurung

kasut hitam

2 pasang seluar panjang untuk sukan berwarna gelap (hitam/biru)

baju kemeja T lengan panjang tebal yang berwarna gelap

Pelajar yang beragama Islam diminta membawa sekurang-kurangnya 1 tudung hitam Selain dari pakaian rasmi Minggu Suai Mesra di atas, pelajar perlu membawa pakaian dan keperluan harian yang lain termasuk cadar, sarung bantal, keperluan peribadi dan sebagainya. PERINGATAN : Semua pelajar Pusat Persediaan Sains dan Teknologi, UMS adalah DIWAJIBKAN untuk tinggal di Kolej Kediaman yang telah disediakan.

SELEPAS LAPOR DIRI

Page 22: PANDUAN PENDAFTARAN - bpa.ums.edu.mybpa.ums.edu.my/SemakanUMS/panduanAsasiRayuan.pdf · BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2019/2020 | 1 AMARAN Pelajar yang didapati memberi maklumat palsu

BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2019/2020 | 21

KEMUDAHAN-KEMUDAHAN UMUM

Page 23: PANDUAN PENDAFTARAN - bpa.ums.edu.mybpa.ums.edu.my/SemakanUMS/panduanAsasiRayuan.pdf · BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2019/2020 | 1 AMARAN Pelajar yang didapati memberi maklumat palsu

BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2019/2020 | 22

PENGANGKUTAN BAS UMS menyediakan kemudahan pengangkutan bas untuk memudahkan pelajar pergi dan balik ke Fakulti/Pusat masing-masing yang beroperasi pada waktu kuliah mulai jam 6.00 pagi hingga 10.00 malam. Kemudahan ini disediakan dari kawasan asrama ke blok-blok akademik/sekolah, perpustakaan dan juga kawasan berhampiran seperti Taman Indah Permai dan Taman Kingfisher. Pelajar dikehendaki menunjukkan kad pelajar semasa kad pelajar semasa menaiki bas. PUSAT KESIHATAN Pelajar dibenarkan menggunakan kemudahan rawatan yang disediakan seperti berikut:

Panel Klinik Kesihatan yang dilantik dan terdapat di kawasan berhampiran kampus.

Pusat Kesihatan Warga yang terletak di dalam kampus.

PERPUSTAKAAN Kumulatif bahan di Perpustakaan UMS ialah lebih kurang 421,938 naskah monograf, 68,339 judul e-jurnal, 28 pangkalan data elektronik, 15,236 judul e-books dan 4,565 judul bahan media dalam pelbagai bidang. Disamping itu, perpustakaan juga menyediakan perkhidmatan dan kemudahan seperti; Perkhidmatan

Perkhidmatan Pinjaman, Pemulangan dan Tempahan. Perkhidmatan Pinjaman Antara Perpustakaan (PAP) dan PerkhidmatanPembekalan Dokumen (PPD) Perkhidmatan Rujukan dan Informasi Perkhidmatan Pangkalan Data Komersial, E-Jurnal dan E-Book Perkhidmatan Terbitan Bersiri Perkhidmatan Koleksi Khas (Perdana, Nobel Laureate, Aseana dan Kanak-kanak) Perkhidmatan Pelanggan Perkhidmatan Repografi Perkhidmatan Multimedia dan ICT Kelas Literasi Maklumat

Kemudahan

Auditorium Bilik Tayangan Bilik Latihan Bilik Multimedia Bilik Seminar Bilik Muzik Bilik Kubikal Bilik 24 jam Loker Berkunci Surau Peti Cadangan dan E- Aduan Katalog Awam Atas Talian (WebOPAC) melalui iPortal Wireless Komputer Mesin Pinjaman Sualayan Peti Pemulangan Buku Xpress OPAC Taklimat pelawat, dan Induksi Perpustakaan

KEMUDAHAN-KEMUDAHAN UMUM

Page 24: PANDUAN PENDAFTARAN - bpa.ums.edu.mybpa.ums.edu.my/SemakanUMS/panduanAsasiRayuan.pdf · BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2019/2020 | 1 AMARAN Pelajar yang didapati memberi maklumat palsu

BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2019/2020 | 23

PERKHIDMATAN ICT

BIL MAKLUMAT PERKHIDMATAN MASA OPERASI RUJUKAN/URL

1 Perkhidmatan Internet & Pendaftaran Akaun

Pengguna Rangkaian tanpa Wayar (Wireless)

ISNIN – KHAMIS

8.00 Pg – 12.15 Tgh

2.00 Ptg – 4.15 Ptg

JUMAAT

8.00 Pg – 11.15 Pg

2.30 Ptg – 4.15 Ptg

SABTU & AHAD

(TUTUP)

Borang boleh didapati di

(Bangunan JTMK, Aras Bawah

Kaunter Teknikal)

2 Perkhidmatan Instalasi Perisian Berlesen (MS

Office, SPSS,Visual Studio)

3 Perkhidmatan Video Conferencing

4 Perkhidmatan Pinjaman Alat Bantu Mengajar

(ABM)

5 Percetakan Kad Pelajar

Borang boleh didapati di

Bangunan JTMK, Aras Bawah

& di Fakulti masing-masing.

Kaunter Kad Pelajar

(Bahagian Keselamatan)

6 Perkhidmatan E-Learning 24 Jam (Dalam Talian) http://smart2.ums.edu.my

7 Sistem Maklumat Pelajar (SMP) 24 Jam (Dalam Talian) http://smp.ums.edu.my

8 Perkhidmatan 1 Megalab (Thin Client)

HARI BIASA

ISNIN – JUMAAT

8.30 Pg – 10.00 Mlm

SABTU & AHAD

8.30 Pg – 6.00 Ptg

CUTI SEMESTER

ISNIN – JUMAAT

8.30 Pg – 5.00 Ptg

SABTU & AHAD

8.30 Pg – 6.00 Ptg

MINGGU ULANGKAJI

ISNIN – JUMAAT

8.30 Pg – 12.00 Mlm

SABTU & AHAD

8.30 Pg – 6.00 Ptg

Tiket Penggunaan

Perkhidmatan 1 Megalab

boleh diperolehi dikaunter

Perpustakaan, Aras Bawah

KEMUDAHAN-KEMUDAHAN LAIN

Kompleks Sukan merangkumi Gimnasium, gelanggang bola tampar, tenis, bola jaring dan lain-lain

Stadium

Padang Kawad

Pejabat Pos

CIMB Bank Berhad

Mesin ATM (Maybank & Bank Rakyat)

Page 25: PANDUAN PENDAFTARAN - bpa.ums.edu.mybpa.ums.edu.my/SemakanUMS/panduanAsasiRayuan.pdf · BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2019/2020 | 1 AMARAN Pelajar yang didapati memberi maklumat palsu

BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2019/2020 | 24

Kolej Kediaman

Kafeteria

Telefon Awam

Kedai Buku Anjung Siswa

Koperasi (perkhidmatan mesin cetak dan penjualan cenderahati) SILA HUBUNGI BAHAGIAN-BAHAGIAN BERIKUT UNTUK MAKLUMAT DAN PERTANYAAN:

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR (KOTA KINABALU)

BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN

KEWANGAN

No.Tel : 088 - 320000

Samb : 4219/ 4186/ 4207/ 1317

No.Faks : 088 – 320 060

E-mel : [email protected]

BAHAGIAN PEMBANGUNAN PELAJAR

No.Tel : 088 - 320000

Samb : 4195/ 4224/ 4222/ 4441

No.Faks : 088 – 320 060

BAHAGIAN KEBAJIKAN DAN KEWANGAN

PELAJAR

No.Tel : 088-320 000

Samb : 4205/ 4180

No.Faks : 088-320 060

BAHAGIAN PERUMAHAN PELAJAR

No.Tel : 088 - 320000

Samb : 4150/ 4159/ 4160/ 1679

No.Faks : 088 – 320 155

BAHAGIAN KAUNSELING DAN BIMBINGAN

No.Tel : 088-320 000

Samb : 4158/ 4201

No.Faks : 088-320 060

BAHAGIAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN

No.Tel : 088-320 000

Samb : 4200/ 4182/ 4177

No.Faks : 088-320 060

KOLEJ KEDIAMAN TUN MUSTAPHA

No.Tel : 088 - 320000

Samb : 3701/ 3680/ 3283

No.Faks : 088 - 320371

KOLEJ KEDIAMAN TUN FUAD

No.Tel : 088 - 320000

Samb : 3491/ 3692

No.Faks : 088 - 320656

KOLEJ KEDIAMAN E

No.Tel : 088 - 448202/ 201

No.Faks : 088 - 448203

KOLEJ KEDIAMAN KINGFISHER

No.Tel : 088 – 438890/ 613101

No.Faks : 088 - 438890

KOLEJ KEDIAMAN SRI ANGKASA

No. Tel : 088-613503/ 507/ 508

KOLEJ KEDIAMAN USIA-1B

No. Tel : 613500/ 613101

No. Faks : 088-485156

PUSAT PERSEDIAAN SAINS DAN TEKNOLOGI

No.Tel: 088-320000

Samb: 613611/613607/613604

E-mel: [email protected]

Laman Web: www.ums.edu.my/ppstv2

Page 26: PANDUAN PENDAFTARAN - bpa.ums.edu.mybpa.ums.edu.my/SemakanUMS/panduanAsasiRayuan.pdf · BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2019/2020 | 1 AMARAN Pelajar yang didapati memberi maklumat palsu

BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2019/2020 | 25

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR (LABUAN)

SEKTOR HAL EHWAL PELAJAR UMS-KAL

No.Tel : 087 - 460409/ 466751

No.Faks : 087 - 465149

E-mel : [email protected]

SEKSYEN PERUMAHAN PELAJAR

No.Tel : 087-460524/ 455

No.Faks : 087-466745

KOLEJ KEDIAMAN ALPHA (UMS-KAL)

No.Tel : 087- 460455

No.Faks : 087- 460745

KOLEJ KEDIAMAN MUTIARA (UMS-KAL)

No.Tel : 087- 466770

KOLEJ KEDIAMAN BETA (UMS-KAL)

No.Tel : 087- 466752

No.Faks : 087- 460522

FAKULTI PERTANIAN LESTARI, SANDAKAN

BAHAGIAN PENTADBIRAN, FAKULTI

PERTANIAN LESTARI

No.Tel:089-248100

No.Faks:089-220703

E-mel:[email protected]

BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR,

KOLEJ KEDIAMAN LESTARI, FPL, SANDAKAN

No.Tel : 089-248100

Samb : 8191/ 8173

JABATAN BENDAHARI

(BAHAGIAN KEWANGAN PELAJAR) KOTA

KINABALU

No.Tel: 088 - 320000

Samb: 1019 / 1060 / 1116 / 1120 / 1432 /

1855

No.Faks: 088 – 320235

(u/p: Bahagian Kewangan Pelajar)

E-mel: [email protected]

KAMPUS ANTARABANGSA LABUAN

No.Tel: 087- 466915

No.Faks: 087- 465152

E-mel: [email protected]

FAKULTI PERTANIAN LESTARI, SANDAKAN

No. Tel: 089-248100

Samb: 8120 / 8121

No. Faks: 088-220703

E-mel : [email protected]

PERPUSTAKAAN

KAMPUS KOTA KINABALU

No.Tel: 088 - 320000

Samb: 2240 / 2325 / 2219

No.Faks: 088 - 329232

E-mel: [email protected]

KAMPUS ANTARABANGSA LABUAN

No.Tel: 087- 460430 / 515

No.Faks: 087- 465157

E-mel: [email protected]

Page 27: PANDUAN PENDAFTARAN - bpa.ums.edu.mybpa.ums.edu.my/SemakanUMS/panduanAsasiRayuan.pdf · BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2019/2020 | 1 AMARAN Pelajar yang didapati memberi maklumat palsu

BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2019/2020 | 26

JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

KAMPUS KOTA KINABALU

No.Tel: 088-320000

Samb: 1310 / 3880

No.Faks: 088 - 320234

E-mel: [email protected]

KAMPUS ANTARABANGSA LABUAN

No.Tel: 088 - 320000

Samb: 1310 / 3880

No.Faks: 088 - 320234

E-mel: [email protected]

BAHAGIAN KESELAMATAN UMS

KAMPUS KOTA KINABALU

No.Tel: 088-320000

Samb : 5136 /5064

No.Faks: 088 – 320392

KAMPUS ANTARABANGSA LABUAN

No.Tel: 087 - 460803

No.Faks: 087-466740

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI

KAMPUS KOTA KINABALU

No.Tel: 088-320544/545

E-mel: [email protected]

POLIKLINIK UMS

No.Tel: 088-435281

E-mel: [email protected]

Web Rasmi

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Kota Kinabalu: http://www.ums.edu.my.

UMS Kampus Antarabangsa Labuan: http://wwwkal.ums.edu.my.

HOTLINE (Waktu Pejabat):

Pusat Persediaan Sains dan Teknologi : 088-320000.samb. 613611

Jabatan Bendahari : 088-320194

Jabatan Hal Ehwal Pelajar : 088-320666

HOTLINE (24 Jam):

Bahagian Keselamatan : 088-320111

Page 28: PANDUAN PENDAFTARAN - bpa.ums.edu.mybpa.ums.edu.my/SemakanUMS/panduanAsasiRayuan.pdf · BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2019/2020 | 1 AMARAN Pelajar yang didapati memberi maklumat palsu

BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2019/2020 | 27

SENARAI SEMAK

Page 29: PANDUAN PENDAFTARAN - bpa.ums.edu.mybpa.ums.edu.my/SemakanUMS/panduanAsasiRayuan.pdf · BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2019/2020 | 1 AMARAN Pelajar yang didapati memberi maklumat palsu

BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2019/2020 | 28

1. Membuat Pemeriksaan Kesihatan di poliklinik UMS

2. Penyediaan gambar pasport sebanyak enam (3) keping dan sediakan softcopy gambar terbaru dalam

bentuk ″CD” (format jpg).

Dokumen Asal Semasa pendaftaran pelajar dikehendaki mengemukakan dokumen asal seperti berikut: 1. Surat Tawaran ( diberi pada hari pendaftaran )

2. Kad Pengenalan pelajar/ibu/bapa

3. Sijil Kelahiran pelajar/ibu/bapa

4. Sijil SPM

5. Sijil Berhenti Sekolah

6. Salinan Slip Gaji/Akaun Pendapatan ibu dan bapa Nota:

Sekiranya kehilangan sijil SPM anda perlu mendapatkan salinan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia

Sekiranya kehilangan sijil kelahiran pelajar/ibu/bapa anda perlu mendapatkan Surat Akuan Sumpah dari Pesuruhjaya Sumpah yang diiktiraf

Sekiranya kehilangan kad pengenalan pelajar/ibu/bapa anda perlu membuat kad pengenalan sementara Sila masukkan semua dokumen ini dalam fail pelajar mengikut susunan dan serah di Kaunter Serahan Borang/Dokumen 1. Surat Tawaran (surat tawaran yang asli akan diberi pada hari pendaftaran)

2. Sekeping gambar untuk Fail Pelajar (berukuran pasport)

DUA Salinan dokumen dan sijil-sijil di bawah yang telah disahkan benar;

3. Salinan Kad Pengenalan Pelajar, Ibu dan Bapa

4. Salinan Sijil Kelahiran Pelajar, Ibu dan Bapa

5. Salinan Sijil SPM

6. Salinan Slip Gaji/Akuan Pendapatan ibu dan bapa

7. Salinan Berhenti Sekolah

8. Salinan muka depan Buku akaun bank BANK ISLAM

9. UMS/HEP/01 Ikrar

10. UMS/HEP/02 Akujanji Etika Berpakaian

11. UMS/HEP/03 Akujanji

Nota: Pengesahan benar bagi kad pengenalan, Sijil kelahiran dan siji-sijil lain adalah sepertimana yang dinyatakan dan jumlah salinan yang diperlukan adalah sebanyak dua (2) salinan.

SENARAI SEMAK SEBELUM PENDAFTARAN

SENARAI SEMAK SEMASA PENDAFTARAN

Page 30: PANDUAN PENDAFTARAN - bpa.ums.edu.mybpa.ums.edu.my/SemakanUMS/panduanAsasiRayuan.pdf · BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2019/2020 | 1 AMARAN Pelajar yang didapati memberi maklumat palsu

BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2019/2020 | 29

MAKLUMAT UMUM

Page 31: PANDUAN PENDAFTARAN - bpa.ums.edu.mybpa.ums.edu.my/SemakanUMS/panduanAsasiRayuan.pdf · BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2019/2020 | 1 AMARAN Pelajar yang didapati memberi maklumat palsu

BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2019/2020 | 30

MAKLUMAT SEMASA KETIBAAN 1. Menggunakan Perkhidmatan Udarat/Darat

Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu Terminal 1;

Kaunter perkhidmatan bas disediakan untuk pelajar baru sahaja. (Rujuk pada senarai borang. Wajib emel kepada urusetia sekiranya ingin menggunakan perkhidmatan pengangkutan UMS)

Bas UMS akan berada di terminal mengikut waktu ketibaan semasa yang telah ditetapkan (Rujuk : http://www.ums.edu.my/ppst)

Bas UMS akan membawa pelajar terus ke Bangunan PPST, UMS sahaja sepertimana yang ditetapkan Pusat Persediaan Sains dan Teknologi, UMS.

Perkhidmatan bas hanya disediakan pada 17 Jun 2019 SAHAJA (ISNIN).

Perkhidmatan bas akan disediakan bermula jam 8.30 pagi sehingga 3.00 petang pada 17 Jun 2019 (ISNIN).

Nota Penting : Sila pastikan dokumen penting anda tidak tertinggal/tercicir sebelum atau semasa berada di Universiti Malaysia Sabah bagi mengelakkan kerumitan semasa proses pendaftaran di Pusat Persediaan Sains dan Teknologi, UMS.

* sila rujuk laman web http://www.ums.edu.my/ppst untuk keterangan lanjut dan maklumat terkini bagi proses pendaftaran dan minggu suai mesra seperti butiran berikut :

TARIKH MASA PERKARA TEMPAT

5 Julai 2019 (Jumaat)

8.30 pagi - 12.30 tengahari

Pendaftaran Kemasukan ke Program Asasi dan Pendaftaran Kolej Kediaman Pelajar-Pelajar Baharu

Bangunan Pusat Persediaan Sains dan Teknologi (PPST), UMS

10.00 pagi

Taklimat bersama ibu bapa

Bilik Kuliah 1 (BK 1) (Bangunan Pusat Persediaan Sains dan Teknologi (PPST), UMS

2.00 petang – 4.30 petang

Taklimat Akademik & Majlis Perasmian Penutupan

Bilik Kuliah 1 (BK 1) (Bangunan Pusat Persediaan Sains dan Teknologi (PPST), UMS

Pelajar dikehendaki melaporkan diri pada hari, masa dan tempat yang telah dinyatakan dalam surat tawaran. Semasa melapor diri pelajar dikehendaki mengambil tindakan berikut:

Membuat Pendaftaran di Pusat Persediaan Sains dan Teknologi, UMS. Peta lokasi disertakan Mendapatkan aturcara, pakaian dan kelengkapan Minggu Suai Mesra Menyerahkan maklumat dan borang-borang yang telah diisikan seperti yang dikehendaki

Pelajar tidak digalakkan membawa atau menyimpan wang tunai yang berlebihan semasa mendaftar diri. Sila buka akaun di mana-mana bank yang berdekatan. Diwajibkan membuka akaun di BANK ISLAM sebelum hari pendaftaran berlangsung. Bagi mereka yang datang menggunakan pengangkutan udara, terdapat wakil urusetia yang mengatur perjalanan daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu ke kampus Universiti Malaysia Sabah. (Sila rujuk lampiran maklumat semasa ketibaan http://www.ums.edu.my/ppst ). Bagi pelajar lelaki diwajibkan memakai baju kemeja berlengan panjang dan bertali leher dan pelajar perempuan berbaju kurung/formal.

UMUM

Page 32: PANDUAN PENDAFTARAN - bpa.ums.edu.mybpa.ums.edu.my/SemakanUMS/panduanAsasiRayuan.pdf · BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2019/2020 | 1 AMARAN Pelajar yang didapati memberi maklumat palsu

BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2019/2020 | 31

SOALAN LAZIM

Page 33: PANDUAN PENDAFTARAN - bpa.ums.edu.mybpa.ums.edu.my/SemakanUMS/panduanAsasiRayuan.pdf · BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2019/2020 | 1 AMARAN Pelajar yang didapati memberi maklumat palsu

BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2019/2020 | 32

S1: Adakah saya perlu membawa bersama salinan asal buku BANK ISLAM? J1: Ya, bagi tujuan memudahkan proses mengemaskini data akaun pelajar dalam portal sistem maklumat pelajar (SMP).

S2: Adakah saya perlu membayar yuran pendaftaran dan pengajian semasa hari pendaftaran? Bagaimana pula dengan

yuran buku teks dan lab manual? J2: Bagi pelajar yang layak menerima bantuan kewangan, TIDAK PERLU membuat bayaran yuran pendaftaran. Bagi

pelajar yang tidak layak menerima bantuan kewangan mengikut syarat yang ditetapkan oleh pihak Biasiswa IPTA, Kementerian Pengajian Tinggi, pelajar PERLU membayar yuran pendaftaran dan pengajian semasa hari pendaftaran. Bagi yuran buku dan lab manual, semua pelajar yang mendaftar samada layak mendapat biasiswa atau tidak adalah WAJIB membayar yuran buku tersebut.

S3: Bolehkah saya mendaftar jika dokumen-dokumen tidak mendapat pengesahan? J3: Tidak Boleh. S4: Apakah kesannya jika saya tidak mendaftar pada tarikh pendaftaran yang ditetapkan? J4: Tawaran kemasukan akan terbatal kecuali anda mengemukakan rayuan bertulis dengan alasan munasabah dan

mendapat kebenaran daripada Pusat Persediaan Sains dan Teknologi, UMS. Tiada rayuan akan dipertimbangkan setelah tawaran kemasukan terbatal.

S5: Adakah Penangguhan Pendaftaran kemasukan ke Pusat Persediaan Sains dan Teknologi, UMS dibenarkan? J5: Penangguhan pendaftaran Pusat Persediaan Sains dan Teknologi, UMS untuk satu semester tidak dibenarkan

dan tawaran kemasukan akan menjadi luput/terbatal. Calon tidak dibenarkan melapor diri selain daripada tarikh tawaran yang ditetapkan, selain dari tarikh tersebut, perlu mendapat kelulusan daripada Pengarah, Pusat Persediaan Sains dan Teknologi, UMS.

S6: Saya menghidap penyakit asma, adakah kemudahan perubatan disediakan di setiap kampus? J6: Ada. UMS mempunyai Pusat Rawatan Warga yang terletak di dalam kampus. S7: Siapa yang layak mendapat kemudahan kolej kediaman? J7: Kolej Kediaman disediakan bagi pelajar yang mengikuti pengajian di Pusat Persediaan Sains dan Teknologi, UMS

tertakluk kepada syarat-syarat oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan pelajar DIWAJIBKAN tinggal di Kolej Kediaman yang disediakan.

S8: Apakah saya perlu membawa wang saku semasa pendaftaran? J8: Anda perlu membawa wang saku untuk pembayaran buku teks dan lab manual seperti dalam jadual lampiran surat

tawaran dan wang yang berpatutan untuk membeli keperluan harian, peralatan kuliah dan buku. Selain itu, bantal dan sarung bantal, cadar, kasut dan pakaian sukan, kasut dan pakaian formal, kelengkapan solat/sejadah, baldi, sabun dan sebagainya.

S9: Jika saya lewat sampai semasa hari pendaftaran ke mana harus saya tuju? J9: Anda dinasihatkan supaya berhubung terus ke Pusat Persediaan Sains dan Teknologi, UMS. S10: Saya belum membuat pemeriksaan kesihatan. Bolehkah saya datang untuk mendaftar? J10: Boleh. Anda diberi tempoh selama tiga (3) minggu dari tarikh pendaftaran. S11: Keluarga saya ingin turut serta menghantar saya pada hari pendaftaran. Di manakah penginapan yang terdekat

dengan UMS untuk keluarga saya menginap? J11: Banyak penginapan yang terdekat dengan UMS di Bandaraya Kota Kinabalu. Sila rujuk laman web

http://www.sabahtourism.com S12: Sebagai pelajar baru, bolehkah anak saya membawa kenderaan sendiri? J12: Tidak boleh. S13: Apakah pakaian yang sesuai semasa pendaftaran?

J13: Berpakaian formal dan sopan seperti yang telah ditetapkan dalam garis panduan etika berpakaian pelajar.

SOALAN-SOALAN LAZIM

Page 34: PANDUAN PENDAFTARAN - bpa.ums.edu.mybpa.ums.edu.my/SemakanUMS/panduanAsasiRayuan.pdf · BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2019/2020 | 1 AMARAN Pelajar yang didapati memberi maklumat palsu

BUKU PANDUAN KEMASUKAN SESI 2019/2020 | 33

S14: Apakah yang dimaksudkan dengan MSM? J14: MSM ialah Minggu Suai Mesra yang diadakan untuk mengeratkan siratulrahim dan juga mengenali Pusat Persediaan

Sains dan Teknologi, UMS. Kehadiran MSM adalah DIWAJIBKAN kepada semua pelajar baharu.