buku log pandu puteri tunas

2

Click here to load reader

Upload: kpm-ex-kpli-students

Post on 13-Jul-2015

3.493 views

Category:

Documents


15 download

TRANSCRIPT

Page 1: Buku log pandu puteri tunas

BUKU LOG PANDU PUTERI TUNAS

Page 2: Buku log pandu puteri tunas

Pengenalan:

Buku Log merupakan sebuah rekod catatan bagi seorang ahli Pandu Puteri Tunas. Ia merupakan sebuah laporan kemajuan, pencapaian dan aktiviti oleh ahli Pandu Puteri Tunas.

Buku Log harus mengandungi catatan rekod yang diharapkan boleh dijadikan panduan dan pengesahan terhadap penglibatan seseorang Pandu Puteri Tunas itu. Ia juga merupakan rakaman peristiwa yang berlaku dan catatan harian bagi sesuatu aktiviti Pandu Puteri. Ahli Pandu Puteri Tunas dapat mengasah kemahiran meneliti dan menghalusi pemahaman terhadap persekitarannya serta mampu menzahirkannya dalam bentuk penulisan, lakaran grafik atau bantuan visual.

(1) Jenis-jenis Buku Log

(a) Buku Log Peribadi

Buku Log ini mengandungi:

• Biodata pemilik dan rekod jawatan Pandu Puteri yang disandang di sekolah, daerah, negeri atau kebangsaan

• Rekod penglibatan diri dalam aktiviti Pandu Puteri (Semua peringkat)

• Acara Pandu Puteri yang dihadiri (Semua peringkat)

(b) Buku Log Kemajuan

Buku Log ini mengandungi:

(i) Semua laporan kemajuan Program Pandu Puteri Tunas

(ii)Laporan Lencana kecekapan

(c) Buku Log Acara

Buku log ini mengandungi laporan setiap acara yang disertai

Contoh acara adalah seperti:

(i) Perkhemahan/ Cuti pasukan

(ii) Khidmat

(iii) Lain-lain projek

(2) Ciri-Ciri Buku Log

Buku Log mengandungi rekod atau catatan maklumat hasil daripada pengalaman

yang dilalui. Pastikan:

(a) Bahan-bahan disusun kemas

(b) Rekod disimpan berterusan, tersusun dan berperingkat

(c) Maklumat dikumpul menunjukkan perkembangan dan kemajuan

(d) Melampirkan sijil atau surat perakuan atau bukti penyertaan

(e) Keaslian dan kreativiti amat digalakkan