buku abstrak.docx

45
2013 ABSTRAK PISMP 8.04 PENGKHUSUSAN PENDIDIKAN JASMANI TAJUK : MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMUKUL DENGAN TEPAT DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK LATIH TUBI DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN 4. NAMA PENYELIDIK : AHMAD DUR IHSAN BIN ZULKIFLI NAMA PENYELIA : ENCIK MOHD NAZRI BIN OMAR ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk menguji keberkesanan penggunaan kaedah latih tubi terhadap ketepatan seseorang pelajar untuk memukul bola hoki tepat kepada sasaran. Kajian ini telah dijalankan kepada murid tahun empat dan seramai 10 orang telah dipilih melalui ujian rintis yang telah dibuat sebelum kajian ini dimulakan. Kaedah lain yang digunakan adalah seperti permerhatian dan sebagainya. Subjek yang dipilih bukanlah berlatar belakang pemain hoki sekolah. Intervensi yang dijalankan banyak kepada intervensi yang berlandaskan ketepatan dan kemahiran kerana kemahiran memukul memerlukan kedua-dua teknik ini. Program rawatan yang telah dijalankan dapat meningkatkan ketepatan dan kemahiran pelajar. 1

Upload: farah-faya

Post on 26-Oct-2015

159 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

pismp ambilan januari 2010 pengkhususan pendidikan jasmani

TRANSCRIPT

Page 1: BUKU ABSTRAK.docx

2013 ABSTRAK PISMP 8.04 pengkhususan pendidikan jasmani

TAJUK : MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMUKUL DENGAN TEPAT DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK LATIH TUBI DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN 4.

NAMA PENYELIDIK : AHMAD DUR IHSAN BIN ZULKIFLI

NAMA PENYELIA : ENCIK MOHD NAZRI BIN OMAR

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk menguji keberkesanan penggunaan kaedah latih tubi terhadap ketepatan seseorang pelajar untuk memukul bola hoki tepat kepada sasaran. Kajian ini telah dijalankan kepada murid tahun empat dan seramai 10 orang telah dipilih melalui ujian rintis yang telah dibuat sebelum kajian ini dimulakan. Kaedah lain yang digunakan adalah seperti permerhatian dan sebagainya. Subjek yang dipilih bukanlah berlatar belakang pemain hoki sekolah. Intervensi yang dijalankan banyak kepada intervensi yang berlandaskan ketepatan dan kemahiran kerana kemahiran memukul memerlukan kedua-dua teknik ini. Program rawatan yang telah dijalankan dapat meningkatkan ketepatan dan kemahiran pelajar.

1

Page 2: BUKU ABSTRAK.docx

2013 ABSTRAK PISMP 8.04 pengkhususan pendidikan jasmani

ABSTRACT

This research was designed to observe the connection between drilling and students accuracy in hitting the hockey ball. Standard 4 students were choose and 10 pupils were selected as the subject for this reseacrh to prove drilling is effective in increasing the accuracy of a students. Before the research start, all the students have to go through the pre-post test. Moreover, these pupils have no background in hockey sport. Accuracy and skills are two basic elements that been instill in the intervension of the reseacrh. Regression process is been used to improve students accuracy and skills in hockey.

TAJUK : MENINGKATKAN JARAK TENDANGAN DALAM PERMAINAN BOLA SEPAK

2

Page 3: BUKU ABSTRAK.docx

2013 ABSTRAK PISMP 8.04 pengkhususan pendidikan jasmani

MELALUI LATIHAN PLIOMETRIK DALAM KALANGAN MURID-MURID LELAKI TAHUN 6

NAMA PENYELIDIK : MUHAMMAD AZMIR BIN MAZLAN

NAMA PENYELIA : ENCIK KAMARUDDIN BIN DAUD

ABSTRAK

Tujuan kajian tindakan ini dijalankan adalah untuk meningkatkan jarak tendangan dalam kalangan murid lelaki Tahun 6 melalui latihan pliometrik. Kajian ini telah dijalankan di sebuah daerah Kuala Langat Banting Selangor. Seramai lima orang subjek telah dikenal pasti gagal mencapai jarak tendangan 20 meter. Tindakan yang dilaksanakan ialah “Depth Jump” dan “Knee Tuck Jump”. Kajian ini telah menggunakan bateri ujian Lompat Jauh Berdiri dan Ujian Jarak Tendangan dalam ujian awal dan ujian akhir. Dalam kajian ini juga, telah menggunakan latihan pliometrik sebagai tindakan kepada lima subjek yang mengalami masalah kuasa otot kaki. Hasil kajian menunjukkan peningkatan peratusan antara ujian awal dan akhir dalam Ujian Lompat Jauh Berdiri. Pengkaji juga mendapati bahawa semua subjek mencapai peningkatan jarak tendangan hasil daripada tindakan latihan pliometrik yang telah dilaksanakan oleh pengkaji. Peningkatan peratusan juga dapat dilihat pada ujian awal dan ujian akhir jarak tendangan juga menunjukkan peningkatan antara 12.8 peratus hingga 36.6 peratus. Berdasarkan dapatan kajian, pengkaji telah membuat rumusan bahawa latihan pliometrik dapat meningkatkan kuasa otot kaki dan jarak tendangan murid lelaki Tahun 6.

3

Page 4: BUKU ABSTRAK.docx

2013 ABSTRAK PISMP 8.04 pengkhususan pendidikan jasmani

ABSTRACT

This action research was to increase the football kicking distance through plyometric training among the Year 6 pupil. This action research has been conducted at Kuala Langat Banting Selangor. Five subjects were recruited in the action sample due to the failure of 20 meter kicking distance test. The action that has been use to increase leg muscle power is Depth Jump and Knee Tuck Jump. The Standing Long jump and kicking test battery were carried out in the pre and post test. Besides that, a plyometric exercise was use as action to five subjects who identified weak in leg muscle powered. This action was conducted two sessions a week for 3 weeks. The results showed an increase of percentage of Standing Long Jump test. Meanwhile, all subjects increased the result of kicking test after the plyometric action. The percentage result for the kicking test is 12.8 till 36.6 percent. Researcher concluded that the plyometric training could increase the kicking distance due to the increase of leg muscle powered.

TAJUK : MENGGUNAKAN PENDEKATAN GAMBAR RAJAH DAN PERMAINAN POLKADOT DALAM MENGAJAR KEMAHIRAN GULING BELAKANG BAGI MURID TAHUN 3.

4

Page 5: BUKU ABSTRAK.docx

2013 ABSTRAK PISMP 8.04 pengkhususan pendidikan jasmani

NAMA PENYELIDIK : MUHAMMAD KHALIL BIN MOHD YUSOP

NAMA PENYELIA : TUAN HAJI RUSLI BIN ABDULLAH

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan membantu meningkat penguasaan kemahiran guling belakang sasaran kajian. Seramai 6 orang murid tahun 3 dipilih untuk dijadikan sasaran kajian. Kesemua murid ini tidak dapat melakukan kemahiran guling belakang dengan lancar dan memerlukan pertolongan sokongan guru. Pendekatan gambar rajah dan permainan polka dot digunakan bagi mengatasi masalah ini. Pendekatan gambar rajah dipilih bertujuan untuk memberikan kefahaman kepada sasaran kajian mengenai aspek biomekanik dalam pergerakan guling belakang. Sementara itu, permainan polka dot bertujuan meningkatkan fleksibiliti sasaran kajian. Data dikumpul mengunakan pelbagai kaedah antaranya pemerhatian, temu bual, analisis dokumen dan ujian penguasaan kemahiran guling belakang Kovac serta ujian duduk dan jangkau. Data yang dikumpul dianalisis secara kualitatif. Hasil dapatan menunjukkan berlaku perubahan tingkah laku terhadap sasaran kajian. Kesemua sasaran kajian dapat melakukan kemahiran guling belakang dengan lancar dan tanpa perlukan sokongan guru. Berdasarkan ujian duduk dan jangkau, telah berlaku perubahan positif terhadap fleksibiliti sasaran kajian. Kajian tindakan ini bukan sahaja menemui kaedah mengatasi masalah murid bahkan membantu guru menambah baik amalan memberikan penerangan berbantukan gambar rajah.

5

Page 6: BUKU ABSTRAK.docx

2013 ABSTRAK PISMP 8.04 pengkhususan pendidikan jasmani

ABSTRACT

This study purpose is to help improve the proficiency of backward roll skill among students. A total of six students Year 3 are being selected as research subject. All of this student are disable to do backward roll in proper way and need help from the teacher. Diagram approach and polka dot games are used to overcome this problem. Diagram approach aim is to give understanding about biomechanics aspect in backward roll movement. Meanwhile polka dot game is used in order to improve flexibility among research subject. Data is collected using variety of method such as observation, interviews, document analysis, Kovac backward roll proficiency test and sit and reach test. Data is being analyzed in qualitative way. The collected finding showed behavioral changes towards the student. After the treatment, all of this student can do backward roll in proper way and without teachers support. According to sit and reach test, there has been positive changes in the level of flexibility among research subject. This action research is also help to improve teacher ability in giving explanation with the help of diagram.

TAJUK : ‘TIME-OUT’: KAEDAH BAGI MEMPERTINGKATKAN PENUMPUAN MURID TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

6

Page 7: BUKU ABSTRAK.docx

2013 ABSTRAK PISMP 8.04 pengkhususan pendidikan jasmani

NAMA PENYELIDIK : MOHD AZLAN BIN SAHEIMI

NAMA PENYELIA : CIK SARAWATY BINTI RAMLI

ABSTRAK

Kajian tindakan ini adalah untuk mempertingkatkan penumpuan murid terhadap pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Subjek kajian terdiri daripada 35 orang murid Tahun 5 di sebuah sekolah di daerah Kuala Langat, Selangor. Kaedah “Time-Out” yang telah diubahsuai mengikut kesesuaian daripada kaedah “TOAD- Talking out, Out of seat, Attention problem, Disruption” digunakan untuk strategi tindakan bagi masalah ini. Data kajian untuk kajian tindakan ini dikumpul menggunakan pemerhatian, temubual dan analisis dokumen. Selepas perlaksanaan strategi tindakan selama lapan sesi iaitu dalam masa empat minggu, didapati bahawa semua subjek dapat memberikan tumpuan yang penuh terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani yang dijalankan oleh guru. Hasil dapatan kajian melalui pemerhatian membuktikan bahawa kaedah ‘Time-Out’ telah berjaya mempertingkatkan penumpuan subjek kajian terhadap pengajaran dan pembelajaran sepenuhnya.

7

Page 8: BUKU ABSTRAK.docx

2013 ABSTRAK PISMP 8.04 pengkhususan pendidikan jasmani

ABSTRACT

Review of this action is to improve student's focus on the teaching and learning of Physical Education. The subject of the study consists of 35 numbers of students standard 5 in a school in the district of Kuala Langat, Selangor. The "time-out" that have been modified according to the suitability of the method of "TOAD-Talking out, Out of seat, Attention problem, Disruption" were used as the strategies to solve this problem. Data for this study were collected through observation, interviews and document analysis after the implementation of the strategy for eight sessions in four weeks; it was found that all the subjects can provide full focus on the teaching and learning of physical education carried out by the teacher. As a result of findings through observation, it proved that the method of ‘Time-Out’ was able to increase the focus on the subject of research on teaching and learning

TAJUK : MENINGKATKAN KUASA OTOT KAKI MURID LELAKI TAHUN 5 DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH TGFU DALAM KATEGORI SERANGAN

NAMA PENYELIDIK : MUHAMMAD SAFIQ BIN ABD RAZAK

8

Page 9: BUKU ABSTRAK.docx

2013 ABSTRAK PISMP 8.04 pengkhususan pendidikan jasmani

NAMA PENYELIA : EN KAMARUDDIN BIN DAUD

ABSTRAK

Tujuan kajian tindakan ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kuasa eksplosif otot kaki murid-murid tahun 5 Jaya melalui kaedah permainan, Teaching Game For Understanding (TGFU) dalam kategori serangan. Seramai 13 orang orang sasaran yang terdiri daripada murid lelaki Tahun 5 Jaya telah terlibat dalam kajian ini. Setelah menjalani ujian awal, saya telah mendapati seramai 5 orang sasaran yang dikenal pasti sebagai lemah kerana gagal mencapai jarak yang telah saya tetapkan iaitu sejauh 1.20 meter yang telah di adaptasi dari Youth Fitness Test Norms. Saya telah menggunakan bateri ujian Lompat Jauh Berdiri (Standing Long Jump) dalam ujian awal dan ujian akhir. Tujuan ujian ini dilaksanakan adalah untuk mengukur kekuatan otot dan kuasa otot kaki sasaran pada peringkat awal sebelum latihan tindakan dijalankan. Dalam kajian ini, saya telah menggunakan latih tubi berbentuk permainan untuk dijadikan sebagai latihan tindakan. Sebanyak 3 permainan yang telah saya sediakan di dalam latihan tindakan sebelum ujian akhir dilaksanakan. Tujuan ujian akhir dilaksanakan adalah untuk mengukur peningkatan jarak lompatan sasaran selepas menjalani latihan tindakan.

ABSTRACT

The objective of this particular action research is to increase the explosive power of leg muscles of the pupils of Year 5 Jaya through game techniques,

9

Page 10: BUKU ABSTRAK.docx

2013 ABSTRAK PISMP 8.04 pengkhususan pendidikan jasmani

Teaching Game for Understanding (TGFU) in offensive category. There were 13 pupils which were made as targets consisting the male pupils of Year 5 Jaya, were involved in this research. After going through the initial test, I have found that 5 targets that were recognized as weak pupils as they have failed to reach the distance that I have set up which was as far as 1.20 meters which has been adapted from the Youth Fitness Test Norms. I have used the standing long jump testing battery in the pre and post test. The function of this research being done is to measure the strength and power of muscle of the target pupils during the initial stage before the action practice is being implemented. In this research, I have used drilling in the form of games to be used as action practice. There were 3 games that I have prepared for this action research before the implementation of the post test. The focus of the post test being implemented is to measure the increase/improvement of the distance of the jumps made by the targets after going through the action practice.

TAJUK : MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENOLAK DAN MENAHAN BOLA HOKI MELALUI KAEDAH LATIH TUBI DALAM KALANGAN MURID TAHUN 4.

NAMA PENYELIDIK : AHMAD ZULHELMI BIN RAMLAN

NAMA PENYELIA : CIK AZIZAH BINTI MD AMIN

ABSTRAK

10

Page 11: BUKU ABSTRAK.docx

2013 ABSTRAK PISMP 8.04 pengkhususan pendidikan jasmani

Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana kaedah latih tubi dapat meningkatkan kemahiran menolak dan kemahiran menahan bola hoki. Subjek kajian adalah seramai lapan orang yang terdiri dalam kalangan murid-murid Tahun 4 di salah sebuah sekolah daerah Banting, Selangor. Pemilihan sasaran kajian adalah berdasarkan skor lemah mengikut rubrik daripada Program Mengenal pasti Bakat Sukan (TID) Hoki Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia (2010). Data dikumpulkan melalui ujian awal dan ujian akhir serta pemerhatian berstruktur menggunakan senarai semak bagi mendapatkan perbezaan peningkatan kemahiran menahan dan kemahiran menolak bola hoki setelah menjalani kaedah latih tubi yang diadaptasikan daripada Modul Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Hoki Sekolah Rendah, Kementerian Pelajaran Malaysia (2011). Dapatan kajian menunjukkan bahawa semua subjek mempamerkan peningkatan kemahiran menolak dan kemahiran menahan bola hoki setelah menjalani kaedah latih tubi. Keputusan kajian menunjukkan bahawa kaedah latih tubi berupaya meningkatkan kemahiran menolak dan kemahiran menahan bola hoki serta amalan pengajaran guru. Dapatan kajian memberi implikasi bahawa program latihan yang bersesuaian dan sistematik penting dalam meningkatkan prestasi lakuan motor murid-murid di sekolah rendah.

ABSTRACT

The purpose of this study was to identify the extent of drills to improve skills push and hold up the ball hockey skills. Subjects of the study is made up of eight among Year 4 students in one school in district, Selangor. Selection subjects were based on a weak according to rubric of Program Mengenal pasti Bakat Sukan (TID) Hoki Bahagian Sukan, Seni dan

11

Page 12: BUKU ABSTRAK.docx

2013 ABSTRAK PISMP 8.04 pengkhususan pendidikan jasmani

Kokurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia (2010). Data collected through the pre-test and post-test, movement list and descriptive analysis to obtain significant improvement to resist and push the ball hockey skills. The finding showed that all subjects exhibited a marked increase skills push and hold up the ball hockey skills after serving method as adapted by Modul Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Hoki Sekolah Rendah, Kementerian Pelajaran Malaysia (2011). The results showed that the method of exercises to boost the skills push and hold up the ball hockey skills. The findings showed that appropriate training programs and systematic were importance to improving the performance of the motor movement in school.

TAJUK : PERMAINAN KECIL DAPAT MENINGKATKAN KOORDINASI MATA DAN TANGAN MURID-MURID TAHUN 3.

NAMA PENYELIDIK : AHMAD SAIFULDIN BIN ABU BAKAR

NAMA PENYELIA : CIK AZIZAH BINTI MD AMIN

ABSTRAK

Kajian ini telah dilaksanakan untuk meningkatkan koordinasi dalam kalangan murid-murid tahun 3 dengan menggunakan kaedah permainan

12

Page 13: BUKU ABSTRAK.docx

2013 ABSTRAK PISMP 8.04 pengkhususan pendidikan jasmani

kecil. Seramai sepuluh orang murid tahun 3 telah terlibat dalam kajian ini. Fokus kajian ini adalah untuk meningkatkan tahap koordinasi mata dan tangan sasaran kajian ketika melakukan aktiviti melambung dan menyambut bola kecil pada aras tinggi. Ujian awal dan ujian akhir telah dijalankan bagi melihat perbezaan prestasi tahap koordinasi kumpulan sasaran kajian sebelum dan selepas menjalani tindakan dengan menggunakan ujian yang telah diubahsuai dari ujian“Alternate Hand Wall Toss Test”. Selain itu, pemerhatian juga dijalankan bagi melihat kesan tingkah laku sasaran kajian kepada pencapaian tahap koordinasi mereka sebelum, semasa dan selepas tindakan dijalankan. Tindakan telah dilaksanakan selama empat minggu dimana kumpulan sasaran kajian didedahkan dengan permainan kecil yang mengaplikasikan model TGfU. Keputusan ujian akhir menunjukkan prestasi koordinasi mata dan tangan kumpulan sasaran kajian telah meningkat. Dapatan akhir juga menunjukkan bahawa penggunaan kaedah permainan kecil ini mampu meningkatkan tahap pencapaian koordinasi mata dan tangan serta meningkatkan keseronokan mereka untuk melibatkan diri dalam aktiviti pendidikan jasmani.

ABSTRACT

This study was undertaken to improve coordination among the year 3 students by using small sided game. A total of ten students of year 3 were involved in this study. The focus of this study is to improve hand-eye coordination of target audience while doing activities toss and catch small balls at the higher level. Initial test and final test was conducted to see the performance difference coordination target audience before and after the

13

Page 14: BUKU ABSTRAK.docx

2013 ABSTRAK PISMP 8.04 pengkhususan pendidikan jasmani

action by using the modified test from "Alternate Hand Wall Toss Test". In addition, observations were also conducted to see the effect of behavioural studies to the achievement of the target of their coordination before, during and after the action is carried out. The action was carried out for 4 weeks where the target audience exposed to the study of small sided game that applies the TGfU model. Final test results show coordination in gross motor performance of pupils has increased. Lastly, it also shows that the use of these small sided games can increase the level of coordination in gross motor skills and increase their pleasure to participate in physical education activities.

TAJUK : MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENJARING SECARA STATIK BAGI PERMAINAN BOLA JARING MELALUI KAEDAH LATIH TUBI BAGI MURID-MURID LELAKI TAHUN 6.

NAMA PENYELIDIK : NORUS SYAIRAH BINTI MOHD YUSOF

NAMA PENYELIA : TUAN HAJI KAMARUDDIN BIN AHMAD

ABSTRAK

Kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran menjaring secara statik dalam permainan bola baling murid- murid lelaki tahun 6.

14

Page 15: BUKU ABSTRAK.docx

2013 ABSTRAK PISMP 8.04 pengkhususan pendidikan jasmani

Masalah yang dihadapi oleh murid-murid ini ialah kesukaran untuk menjaringkan bola secara statik ke arah kawasan gol dengan menggunakan teknik yang betul. Seramai sembilan orang murid dari satu kelas tahun enam di sebuah sekolah di daerah Banting, Selangor telah dijadikan sampel bagi kajian ini. Tinjauan awal mendapati murid-murid tidak dapat mengaplikasikan kemahiran asas menjaring secara statik dengan teknik yang betul. Pengkaji telah melaksanakan satu ujian menjaring secara statik untuk mengenalpasti kelemahan yang dihadapi oleh murid- murid tersebut dan didapati murid- murid tersebut tidak dapat menjaring dengan teknik yang betul. Kaedah latih tubi telah dicadangkan dan digunakan untuk meningkatkan dan memperbaiki kemahiran menjaring secara statik dalam permainan bola baling. Hasil dapatan kajian menunjukkan murid- murid berjaya menjaringkan bola ke arah kawasan gol dengan teknik yang betul.

ABSTRACT

This action research was conducted to enhance the skills of the game scored statically in handball game for 6 years old boys. The problems faced by these students are they difficult to statically shoot towards the goal area by using the right techniques. Nine students from year six classes had been used as a sample for this research from a school in Banting, Selangor. Earlier survey conducted found that the children were not able to apply basic skills in static scoring with proper technique. The research conducted a static test

15

Page 16: BUKU ABSTRAK.docx

2013 ABSTRAK PISMP 8.04 pengkhususan pendidikan jasmani

scoring to identify vulnerabilities faced by students and found students were not able to encompass the proper technique. Drilling methods have been used and proposed to improve and enhance their skills in static scoring in handball game. Results show that students scored the ball towards the goal with the right technique.

TAJUK : MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENJARING DALAM PERMAINAN BOLA JARING MELALUI KAEDAH LATIH TUBI BAGI MURID TAHUN 4.

NAMA PENYELIDIK : NUR SYAMIMI BINTI TUMIRAN

NAMA PENYELIA : TUAN HAJI KAMARUDDIN BIN AHMAD

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bagi meningkatkan kemahiran menjaring dalam permainan bola jaring dengan menggunakan kaedah latih tubi bagi murid tahun 4 di sebuah sekolah di Negeri Selangor. Seramai 6 orang murid daripada kelas tahun 4 di sebuah sekolah di negeri Selangor telah dikenalpasti sebagai sasaran kajian. Sasaran kajian dipilih berdasarkan kepada kelemahan mereka dalam melakukan aktiviti menjaring semasa proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah. Tinjauan awal mendapati bahawa sasaran kajian tidak dapat melakukan

16

Page 17: BUKU ABSTRAK.docx

2013 ABSTRAK PISMP 8.04 pengkhususan pendidikan jasmani

kemahiran menjaring serta tidak dapat menggunakan teknik pergerakan menjaring yang betul untuk melakukan jaringan. Ujian awal telah dijalankan bagi mengenalpasti sasaran kajian yang benar-benar lemah dalam aktiviti menjaring . Tindakan telah dibuat melalui kaedah latih tubi aktiviti menjaring. Antara aktiviti yang dijalankan adalah latih tubi secara berulang kali dalam aktiviti menjaring bola. Keputusan kajian menunjukkan terdapat peningkatan bilangan jumlah bola yang dijaringkan iaitu sebelum latih tubi dijalankan murid hanya dapat melakukan 1 jaringan daripada 5 percubaan manakala selepas latih tubi dijalankan sasaran kajian dapat melakukan 3 jaringan daripada 5 kali percubaan. Situasi ini membuktikan bahawa kaedah latih tubi kemahiran menjaring yang dijalankan telah berjaya meningkatkan bilangan jaringan dalam kalangan sasaran kajian.

ABSTRACT

This research aims to improve the skills of static scores in a game of netball drills using pupils Year 4 at a school in the Selangor. A total of six students from the class of year 4 at a school in Selangor have been identified as targets. Targets were selected based on their weaknesses in trawl activity, teaching and learning of physical education in the school. Initial survey found that targets could not perform shooting and cannot use technique encompass real movement to shooting. Initial test was conducted to identify the targets that are really weak in shooting activity. Among the activities conducted is repeatedly drills the ball scores a static activity. The results showed an increase of the total number of balls that were scored in static drills conducted before targets can only do one shooting than 5 trials conducted drills while after learning the targets can do 3 shooting from five

17

Page 18: BUKU ABSTRAK.docx

2013 ABSTRAK PISMP 8.04 pengkhususan pendidikan jasmani

attempts. This situation proves that the method of practice drill skills have managed to increase the number of static shooting among subjects.

TAJUK : MENINGKATKAN TEKNIK TENDANGAN LERET BOLA SEPAK MURID TAHUN 6 MELALUI KAEDAH LATIH TUBI.

NAMA PENYELIDIK : MOHD HANIFF BIN HAMID

NAMA PENYELIA : ENCIK MOHD NAZRI BIN OMAR

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan teknik kemahiran tendangan leret permainan bola sepak murid tahun 6 melalui kaedah latih tubi. Kumpulan sasaran murid yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai lapan orang murid lelaki Tahun 6 sebuah sekolah di daerah Hulu Langat, Selangor. Bertepatan dengan kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang inginkan potensi individu itu dikembangkan secara menyeluruh dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS), meningkatkan teknik kemahiran tendangan leret permainan bola sepak dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Jasmani sedikit sebanyak

18

Page 19: BUKU ABSTRAK.docx

2013 ABSTRAK PISMP 8.04 pengkhususan pendidikan jasmani

mampu mencapai matlamat tersebut. Kajian ini menggunakan kaedah latih tubi untuk meningkatkan teknik kemahiran tendangan leret bola sepak. Hasil dapatan jelas menunjukkan teknik kemahiran tendangan leret murid-murid dapat ditingkatkan dengan efisien. Kaedah yang digunakan untuk mengumpul data kajian ialah pemerhatian dan menemubual murid. Perubahan tingkah laku, sikap dan minat murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan juga dapat dilihat. Kaedah latih tubi boleh digunakan untuk meningkatkan teknik kemahiran tendangan leret bola sepak. Cadangan juga diberikan kepada guru untuk meningkatkan teknik kemahiran tendangan bola sepak.

ABSTRACT

The purpose of this research is to enhance one of the football skill which is swipe kick for year 6 students by accustomed training. The eight students selected from one of the school in Hulu Langat district as the samples. According to Philosophy of Education Nationality, potential of individual is fully developed from the physical aspect, emotional, spiritual, intellectual and social by learning Physical Education subject. Thus, this research is using accustomed training method to improve swipe kick skills. The findings clearly show that swipe kick skills can be enhanced with efficient. The methods used for collecting data are observation and interview study of students. Changes in behavior, attitudes and interests of students during teaching and learning process can also be implemented. Accustomed training

19

Page 20: BUKU ABSTRAK.docx

2013 ABSTRAK PISMP 8.04 pengkhususan pendidikan jasmani

methods can be used to improve swipe kick skills. Recommendations are also provided for teachers to improve the skills.

TAJUK : KESAN MUZIK TERHADAP DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR DALAM KALANGAN MURID TAHUN 5.

NAMA PENYELIDIK : NURUL AIN BIN MOHD AZMI

NAMA PENYELIA : CIK SARAWATY BINTI RAMLI

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan muzik terhadap daya tahan kardiovaskular dalam kalangan murid Tahun 5 Cemerlang. Ia juga bertujuan membandingkan secara signifikan kaedah yang digunakan antara ujian pra dan pasca. Peringkat awal kajian, seramai 36 orang pelajar telah menjalani Ujian Cooper dan seramai 10 orang murid Tahun 5 Cemerlang telah dikenal pasti mempunyai tahap kecergasan kardiovaskular yang lemah. 10 orang pelajar tersebut telah dipilih sebagai sasaran dalam ujian awal dan ujian akhir. Jumlah jarak larian diambil bagi menentukan tahap kecergasan kardiovaskular murid. Ujian dijalankan sebanyak dua kali ujian awal tanpa apa-apa muzik sementara sesi kedua ialah ujian akhir ialah ujian berlari sambil mendengar muzik. Muzik yang digunakan mengandungi tempo 130 beat per minute (bpm). Kriteria Penilaian Ujian Cooper telah dijadikan

20

Page 21: BUKU ABSTRAK.docx

2013 ABSTRAK PISMP 8.04 pengkhususan pendidikan jasmani

kriteria penilaian dalam menganalisis jumlah jarak larian. Pengkaji menggunakan perbandingan jumlah jarak larian antara ujian awal dan ujian akhir untuk membandingkan sama ada terdapat perubahan atau tidak antara kedua-dua uajian tersebut . Analisis perbandingan menunjukkan, kesemua sampel mempunyai jumlah jarak larian yang lebih baik pada ujian pasca berbanding ujian pra. Hasil analisis dengan Ujian-t mendapati terdapat perbezaan signifikan antara ujian awal dan ujian akhir. Kesimpulannya, muzik mempunyai kesan yang signifikan terhadap peningkatan tahap kecergasan kardiovaskular dan dapat dijadikan tindakan bagi membantu masalah kecergasan kardiovaskular murid-murid di sekolah.

ABSTRACT

This research aims to observe the effect of music upon cardiovascular resistance of The Cemerlang 5th Standard pupil. It also aimed to compare the methods used significantly between pre-and post-test. The early stages of study, a total of 36 students have undergone a total of 10 Tests Cooper and Year 5 pupils outstanding been identified as having poor cardiovascular fitness. 10 students were selected as the target in the initial test and final test. 10 have been chosen as candidates in both initial test (Cooper’s Test without music) and final test. (Cooper's with music). Music used contain tempo 130 beats per minute (bpm). Distance of run covered by the subjects will be taken as the benchmark of which to represent the cardiovascular resistance of the subjects. Tests are carried out in two sessions accordingly, the first run without any influence of music while the second run with the influence of music. The result will reveal whether music would affect the cardiovascular status of the subjects. A comparative analysis shows, all samples with total distance run better on post-test than pre-test Based on T-Test, the result shows significant comparison between first and second test. In a nutshell, music does play a role in cardiovascular performance of subjects and can be incorporated in daily school activities to help improve students' fitness status.

21

Page 22: BUKU ABSTRAK.docx

2013 ABSTRAK PISMP 8.04 pengkhususan pendidikan jasmani

TAJUK : MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENYAMBUT DAN MEMBALING PUNDI KACANG DALAM KALANGAN MURID TAHUN 3

NAMA PENYELIDIK : SHAHRUL NIZAM BIN MOHD AZLAN

NAMA PENYELIA : TUAN HAJI RUSLI BIN ABDULLAH

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana keberkesanan pendekatan Teaching Games For Understanding (TGfU) dalam meningkatkan kemahiran membaling dan menyambut pundi kacang. Sasaran kajian adalah seramai enam orang yang terdiri daripada murid-murid tahun 3 di salah sebuah sekolah daerah Hulu Langat. Pemilihan sasaran kajian adalah berdasarkan skor lemah dan sederhana berdasarkan rubrik daripada Program Mengenal pasti Bakat Sukan (TID) Bahagian Sukan, Seni . Data dikumpulkan melalui ujian awal dan ujian akhir, pemerhatian berstruktur dan analisis dokumen , serta dianalisis secara deskriptif bagi mendapatkan perbezaan peningkatan kemahiran menbaling dan menyambut pundi kacang. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesemua sasaran kajian mempamerkan peningkatan kemahiran membaling dan dan menyambut

22

Page 23: BUKU ABSTRAK.docx

2013 ABSTRAK PISMP 8.04 pengkhususan pendidikan jasmani

pundi kacang setelah menjalani tindakan melalui kaedah TGfU. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah TGfU dapat meningkatkan kemahiran membaling dan menyambut pundi kacang serta menambahbaikkan amalan pengajaran guru Pendidikan Jasmani. Dapatan kajian juga memberi implikasi bahawa proses pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dan sistematik oleh guru Pendidikan Jasmani memainkan peranan penting dalam meningkatkan prestasi lakuan motor murid-murid di sekolah rendah.

ABSTRACT

The purpose of this study is to identify the effectiveness of Teaching Games for Understanding (TGfU) on improving the throwing and the catching skills of the nut sac. Six Year 3 pupils of one of the schools in Hulu Langat will be the subjects of this study. The target of subjects is basically based on the moderate and the weak scores on the rubric of Sports Talent Identification Program (TID) Sports, Arts. The data is collected through the pre and post test, observation and analysis of the structured documents as to analyze the improvement on the throwing and catching skills of the nut sac. The result shown that the subjects were able to apply the throwing and catching techniques of the nut sac through the TGfU method successfully. The findings shown that TGfU method could improve the throwing and catching skills. In addition, it also could improve the teaching practices of the physical education teacher. The findings also portray that the appropriate and systematic ways of teaching and learning process could improve the motor skills of the pupils in primary schools.

23

Page 24: BUKU ABSTRAK.docx

2013 ABSTRAK PISMP 8.04 pengkhususan pendidikan jasmani

TAJUK : MENINGKATKAN KOORDINASI DALAM KEMAHIRAN SKIP MELALUI PRINSIP ANSUR MAJU DALAM KALANGAN MURID TAHUN 4.

NAMA PENYELIDIK : NUR FARAHIYAH BINTI AB WAHAB

NAMA PENYELIA : HAJI KAMARUDDIN BIN AHMAD

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan koordinasi murid-murid dalam kemahiran skip melalui kaedah ansur maju. Sasaran kajian ini terdiri daripada 10 orang dalam kalangan murid tahun 5 di daerah Banting. Pada mulanya, guru telah melaksanakan kaedah demonstrasi iaitu menunjukkan cara sebelum melakukan aktiviti kemahiran skip. Kemudian, pada sesi kelas berikutnya, guru melaksanakan prinsip ansur maju semasa melakukan kemahiran skip iaitu dengan mengajar konsep mudah ke kompleks. Data kajian ini dikumpul melalui ujian awal, ujian akhir, temu bual dan pemerhatian berstruktur dengan menggunakan borang senarai semak. Terdapat perbezaan yang ketara pada bilangan sasaran kajian dengan peningkatan yang memberangsangkan bagi ujian awal dengan ujian akhir yang telah dijalankan. Melalui keputusan akhir, tiada sasaran kajian yang gagal pada ujian akhir selepas prinsip ansur maju dilaksanakan berbanding 10 orang sasaran kajian yang gagal pada ujian awal. Kesimpulannya, penggunaan prinsip ansur maju ini dapat meningkatkan koordinasi murid-murid dalam kemahiran skip. Cadangan kajian masa depan juga ada disarankan.

24

Page 25: BUKU ABSTRAK.docx

2013 ABSTRAK PISMP 8.04 pengkhususan pendidikan jasmani

ABSTRACT

The purpose of this research is to improve pupil’s coordination in the skip skill based on principle of progression. The research target consists of 10 persons from year 5 in Banting district. At first, the teacher have implemented the method of demonstration shows how to skip before engaging skills. Then, at the next class session, the teacher adopts the principle of progression while performing the skip skills to teach the concept of simple to complex. Data were collected through initial test, final test, interviews and structured observation using a checklist form. There are huge differences in the number of research targets with achievement for every initial and final test. Through the end result, no research targets who fail in the final test after progression method performed over 10 research targets who failed the initial test. As a conclusion, this principle of progression is carried out to improve pupil's coordination in the skip skill. Future research is also suggested.

25

Page 26: BUKU ABSTRAK.docx

2013 ABSTRAK PISMP 8.04 pengkhususan pendidikan jasmani

TAJUK : LATIHAN ANSUR MAJU KEMAHIRAN PUKULAN LOB MEMBANTU MENINGKATKAN JARAK PUKULAN LOB DALAM PERMAINAN BADMINTON MURID TAHUN 5

NAMA PENYELIDIK : MOHAMAD IZZUDIN BIN ARIS

NAMA PENYELIA : ENCIK MOHD NAZRI BIN OMAR

ABSTRAK

Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan jarak pukulan lob permainan badminton dalam kalangan murid Tahun 5 melalui latihan prinsip ansur maju. Sasaran kajian terdiri daripada 10 orang murid Tahun 5 yang telah dikenalpasti mempunyai tahap pencapaian yang lemah dalam kemahiran pukulan lob. Poole Forehand Clear test digunakan dalam ujian awal dan akhir bagi mengukur jarak pukulan lob sasaran kajian. Tindakan dikendali dengan latihan berprinsip ansur maju sebanyak dua kali seminggu dalam 30 minit selama empat minggu. Tindakan terdiri daripada latihan menyambut bulu tangkis dengan dahi, latihan balingan bola kecil dan bola besar, serta latihan memukul bulu tangkis berpasangan. Data dianalisis dengan cara deskriptif iaitu kaedah bandingan mata skor antara ujian awal dan akhir serta bandingan kategori pencapaian dalam ujian amali. Hasil analisis mendapati 70% sasaran kajian layak berada di kategori yang lebih baik. Tiga orang sasaran kajian mencapai kategori cemerlang manakala empat orang sasaran kajian layak ke kategori sederhana. Walaupun tiga orang sasaran kajian masih di kategori lemah tetapi skor yang mereka perolehi telah meningkat. Keputusan ujian ini menunjukkan bahawa latihan prinsip ansur maju yang dipilih sebagai tindakan kajian ini berkesan dalam meningkatkan kemahiran pukulan lob dalam kalangan murid Tahun 5.

26

Page 27: BUKU ABSTRAK.docx

2013 ABSTRAK PISMP 8.04 pengkhususan pendidikan jasmani

ABSTRACT

The purpose of this action research is to improve the distance in lob of badminton for Year 5 pupils by using progression techniques. This research had been conducted on 10 pupils from Year 5 who had been identified in having poor achievement in lob skill. The Poole Forehand Clear test had been used upon the research targets in order to measure their ability in hitting the forehand clear from the backcourt, high and deep into the opponent’s court in initial and finale practical test. The action of this research was conducted for four weeks. The research targets practiced twice a week within 30 minutes for every session. The activities for the action including the practice of receiving the shuttlecock with forehead, throwing the tennis ball and netball in pairs, and hitting shuttlecock in pairs. The data had been analyzed with descriptive method which by comparing the two scores that the research targets achieved during the initial and finale practical test and paralleling the difference in the achievement category during the practical test. The analysis shows that, 70% of the research targets are promoted to the better category. Three of the research targets manage to achieve the advance category whereas another four research targets achieved the average category. Even though another three of the research targets merely achieved the poor category but they had improved in their score. The result indicates that activities with principle of progression been chosen as the action for this research was effective in improving the distance of lob skill for Year 5 pupils.

27

Page 28: BUKU ABSTRAK.docx

2013 ABSTRAK PISMP 8.04 pengkhususan pendidikan jasmani

TAJUK : MENINGKATKAN KETANGKASAN MURID TAHUN 6 MELALUI KAEDAH PERMAINAN BERBENTUK SERANGAN DALAM PENDEKATAN TGFU

NAMA PENYELIDIK : MUHAMAD ZAHID BIN MOHAMAD KHALID

NAMA PENYELIA : PUAN NURPIRIAMALAR BINTI RAMIAH

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bagi meningkatkan tahap ketangkasan melalui kaedah permainan berunsur serangan dalam pendekatan TGfU bagi murid tahun 6 di sebuah sekolah di daerah Sepang, Selangor. Seramai 10 orang murid daripada kelas tahun 6 dari sekolah ini telah dikenalpasti sebagai sasaran kajian. Sasaran kajian dipilih berdasarkan kepada tahap ketangkasan mereka yang lemah ketika proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah. Tinjauan awal mendapati bahawa sasaran kajian tidak dapat mengubah arah dan kedudukan badan dengan pantas. Ujian awal telah dijalankan bagi mengenalpasti sasaran kajian yang benar-benar mempunyai tahap ketangkasan yang rendah . Kesemua sasaran kajian yang dipilih mendapat keputusan gagal dalam ujian yang dijalankan. Tindakan telah dibuat melalui pengaplikasian kaedah permainan berunsur serangan dalam pengajaran aspek ketangkasan. Keputusan kajian menunjukkan terdapat peningkatan dari aspek ketangkasan sasaran kajian. Ujian akhir yang dijalankan telah menunjukkan bahawa kesemua sasaran kajian berjaya melepasi tahap lulus. Kesemua sasaran kajian juga mendapat catatan masa yang lebih baik daripada ujian awal. Dapatan ini membuktikan bahawa kaedah permainan berunsur serangan yang dilaksanakan dalam pengajaran aspek ketangkasan dalam Pendidikan Jasmani telah berjaya meningkatkan tahap ketangkasan sasaran kajian.

28

Page 29: BUKU ABSTRAK.docx

2013 ABSTRAK PISMP 8.04 pengkhususan pendidikan jasmani

ABSTRACT

This research was conducted to improve the level of agility by implementing the method of attacking based games in TGfU approach for pupils in Year 6 in a school situated in the district of Sepang, Selangor. An amount of 10 pupils from the class of Year 6 from this school had been identified to be used as research targets. All of the research targets had been chosen based on their poor level of agility during the process of teaching and learning of Physical Education in school. Early observation shows that all of the research targets had problems in changing directions and body’s position fluently. Early test was conducted to determine whether the research targets really having poor level of agility. All of the research targets failed the test. Action was taken by implementing the method of attacking based games in teaching the aspect of agility. Results of the research shown that there is improvement in the research targets’ level of agility. Final test that was conducted shown that all of the research targets managed to pass the test. All of the research targets all managed to get better timing than the earlier test. These findings indicates that the implement of attacking based games in the teaching of the aspect of agility in Physical Education had successfully increase the research targets’ level of agility.

29

Page 30: BUKU ABSTRAK.docx

2013 ABSTRAK PISMP 8.04 pengkhususan pendidikan jasmani

TAJUK : MENINGKATKAN DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR MURID TAHUN 5 DAHLIA MELALUI KAEDAH LATIHAN LONG SLOW DISTANCE (LSD)

NAMA PENYELIDIK : ADI SYAZWAN BIN SAPARUDDIN

NAMA PENYELIA : PUAN NURPIRIAMALAR BINTI RAMIAH

ABSTRAK

Kajian tindakan yang dijalankan ini bertujuan untuk meningkatkan daya tahan kardiovaskular dalam kalangan murid-murid Tahun 5 menggunakan kaedah latihan Long Slow Distance (LSD). Kajian ini telah dijalankan di sebuah sekolah di daerah Dengkil, Selangor. Pemilihan sasaran kajian adalah melalui ujian naik turun bangku yang telah dijalankan pada peringkat tinjauan awal. Hasil analisis data awal menunjukkan murid yang berada dikategori lemah adalah seramai tujuh orang dan seorang berada dikategori sederhana dan lapan orang murid ini telah dipilih sebagai sasaran kajian. Tindakan yang dijalankan adalah perlaksanaan kaedah latihan LSD selama empat minggu. Ujian Cooper telah dilaksanakan untuk menilai keberkesanan kaedah latihan LSD. Hasil dapatan ujian selepas tindakan dijalankan adalah seramai dua orang sasaran kajian berada dikategori baik, empat orang berada dikategori sederhana dan dua orang masih kekal dikategori lemah. Terdapat peningkatan dari aspek daya tahan kardiovaskular dalam kalangan kesemua sasaran kajian. Oleh itu, kaedah latihan LSD didapati berkesan dalam meningkatkan daya tahan kardiovaskular murid Tahun 5.

30

Page 31: BUKU ABSTRAK.docx

2013 ABSTRAK PISMP 8.04 pengkhususan pendidikan jasmani

ABSTRACT

This action research was conducted to improve pupil’s cardiovascular endurance by using the method of Long Slow Distance (LSD) training. This research was conducted in a school located in the district of Dengkil, Selangor. Chair step up test was conducted during early reconnaissance stage for the purpose of choosing research targets. The outcome of early data analysis shows that seven pupils’ was categorized as poor and one pupil’s was at the intermediate level. All of these pupils were chosen as research targets. Action that had been done was the implementing of LSD training. Cooper Test was constructed to assess the effectiveness of the method of LSD training. The test outcomes shows that two research target managed to achieve excellent score, four in the intermediate level while one research target still in the poor level. There is an improvement shown in the aspect cardiovascular endurance among the research targets. It is said that the method of LSD training was effective to improve Year 5 pupil’s cardiovascular endurance.

TAJUK : MENINGKATKAN KEMAHIRAN ASAS HANTARAN LERET TEPAT KE SASARAN

31

Page 32: BUKU ABSTRAK.docx

2013 ABSTRAK PISMP 8.04 pengkhususan pendidikan jasmani

DENGAN MENGGUNAKAN BAHAGIAN DALAM KAKI DALAM PERMAINAN BOLA SEPAK MURID TAHUN 4 MELALUI PRAKTIS BLOK

NAMA PENYELIDIK : NUR HASNIZA BINTI SHALIM

NAMA PENYELIA : ENCIK KAMARUDDIN BIN DAUD

ABSTRAK

Penyelidikan tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran hantaran leret tepat ke sasaran dengan menggunakan bahagian dalam kaki bagi murid tahun 4. Seramai 10 orang responden dari tahun 4 yang terdiri daripada enam orang murid perempuan dan empat orang murid lelaki dari sebuah sekolah di daerah Kuala Langat telah dipilih untuk menjayakan pelaksanaan kajian. Fokus kajian adalah untuk menilai sejauhmanakah kaedah praktis blocked dapat meningkatkan kemahiran hantaran leret tepat ke sasaran yang dilakukan oleh responden. Hasil analisis tinjauan awal mendapati seramai 10 orang murid tidak dapat menguasai kemahiran hantaran leret tepat ke sasaran dengan baik walaupun telah diberi tunjuk ajar. Data kajian ini dikumpul melalui ujian awal, ujian akhir serta permerhatian berstruktur dengan menggunakan borang senarai semak. Hasil analisis ujian awal dan ujian akhir mendapati berlaku peningkatan ketara terhadap jumlah kenaikan skor hantaran leret. Keputusan kajian menunjukkan bahawa kaedah praktis blocked telah berjaya membantu responden menguasai kemahiran hantaran leret tepat ke sasaran menggunakan dalam kaki dengan baik.

32

Page 33: BUKU ABSTRAK.docx

2013 ABSTRAK PISMP 8.04 pengkhususan pendidikan jasmani

ABSTRACT

This action research aims to improve the swipe delivery skills to the target by using the inside leg for 4 year students. A total of 10 respondents from the year of 4, six female and four male students from a school in the district have been chosen for the successful implementation of the study. The focus of the study is to assess how effective practice blocked method can improve the swipe delivery skill committed by the respondent. Preliminary results of the analysis found that 10 students could not master swipe accurate delivery to the target well even been taught. The data were collected through preliminary testing, final testing and structured observations using a checklist form. Initial test result analysis and final test detects a significant increase in the number of passing scores swipe increase. The results showed that the practice blocked method was successfully help respondents accurately capture swipe delivery skills to the target using the foot well.

33