bukan isu gender

6
BUKAN ISU GENDER Berita Harian Oleh Misiah Taib, Saufi Hamzah dan Junita Rasid [email protected] 24/2/2010 KERATAN muka depan Berita Harian semalam. PM sangkal kebimbangan Cuepacs terhadap penguasaan wanita dalam perkhidmatan awam; Pengambilan ikut kelayakan, meritSIBU: Datuk Seri Najib Razak semalam menjelaskan penguasaan wanita dalam perkhidmatan awam tidak seharusnya dilihat dari segi gender atau jantina kerana pengambilan pegawai kerajaan dibuat berdasarkan kelayakan. Perdana Menteri berkata, soal gender tidak penting, sebaliknya yang lebih penting ialah hasil dan pencapaian perkhidmatan awam dalam melaksanakan serta memenuhi jangkaan kerajaan serta rakyat. Kalau kita tengok dari segi kemasukan ke universiti, purata pelajar wanita adalah dalam lingkungan 65 peratus. Tentu sekali wanita lebih ramai memohon sebagai penjawat awam atau pegawai tadbir dan diplomatik (PTD). "Ini kerana untuk memohon menjadi PTD, kita memerlukan sekurang-kurangnya ijazah pertama. Dengan ini tak hairanlah mereka akan menjadi bilangan terbesar dari segi kemasukan, walaupun keseluruhannya mungkin tidak. "Tapi dalam jangka waktu tidak lama lagi, jika trend ini berterusan, wanita akan menjadi kumpulan terbesar dalam perkhidmatan awam," katanya pada sidang media pada akhir lawatan rasmi dua harinya ke Sarawak, semalam. Kelmarin, Setiausaha Agung Cuepacs, Ahmad Shah Mohd Zin, menyuarakan kebimbangannya kerana trend masa kini menunjukkan semakin ramai wanita dilantik memegang jawatan sebagai pembuat keputusan dan situasi itu didakwa mempunyai implikasi jangka panjang dalam aspek kemajuan serta pertumbuhan negara. Ahmad

Upload: prem-kumar

Post on 15-Jan-2016

11 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

gender

TRANSCRIPT

Page 1: Bukan Isu Gender

BUKAN ISU GENDER Berita Harian Oleh Misiah Taib, Saufi Hamzah dan Junita Rasid [email protected] 24/2/2010 KERATAN muka depan Berita Harian semalam. PM sangkal kebimbangan Cuepacs terhadap penguasaan wanita dalam perkhidmatan awam; Pengambilan ikut kelayakan, meritSIBU: Datuk Seri Najib Razak semalam menjelaskan penguasaan wanita dalam perkhidmatan awam tidak seharusnya dilihat dari segi gender atau jantina kerana pengambilan pegawai kerajaan dibuat berdasarkan kelayakan. Perdana Menteri berkata, soal gender tidak penting, sebaliknya yang lebih penting ialah hasil dan pencapaian perkhidmatan awam dalam melaksanakan serta memenuhi jangkaan kerajaan serta rakyat. Kalau kita tengok dari segi kemasukan ke universiti, purata pelajar wanita adalah dalam lingkungan 65 peratus. Tentu sekali wanita lebih ramai memohon sebagai penjawat awam atau pegawai tadbir dan diplomatik (PTD). "Ini kerana untuk memohon menjadi PTD, kita memerlukan sekurang-kurangnya ijazah pertama. Dengan ini tak hairanlah mereka akan menjadi bilangan terbesar dari segi kemasukan, walaupun keseluruhannya mungkin tidak. "Tapi dalam jangka waktu tidak lama lagi, jika trend ini berterusan, wanita akan menjadi kumpulan terbesar dalam perkhidmatan awam," katanya pada sidang media pada akhir lawatan rasmi dua harinya ke Sarawak, semalam. Kelmarin, Setiausaha Agung Cuepacs, Ahmad Shah Mohd Zin, menyuarakan kebimbangannya kerana trend masa kini menunjukkan semakin ramai wanita dilantik memegang jawatan sebagai pembuat keputusan dan situasi itu didakwa mempunyai implikasi jangka panjang dalam aspek kemajuan serta pertumbuhan negara. Ahmad berkata, tiga perempat daripada jawatan baru dalam PTD diisi oleh wanita, sambil mendakwa ia bertentangan dengan polisi kerajaan yang memperuntukkan 30 peratus jawatan pembuat keputusan kepada wanita. Di PAGOH, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan dasar 30 peratus itu cuma panduan yang diamalkan kerajaan ketika ini. Sambil mengakui semakin ramai wanita memegang jawatan penting sama ada dalam sektor kerajaan atau swasta, beliau berkata: "Kita harus berpandangan terbuka dan tidak anggap ia sebagai satu liabiliti. Ia mungkin satu aset dan jika ada kekurangan, kita kena cari jalan untuk menguruskannya," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan demonstrasi robotik bersama pelajar sekolah menengah kebangsaan dalam kawasan Parlimen Pagoh di Dewan Kompleks Seri Pekembar. Muhyiddin berkata, di Kementerian Pelajaran yang diketuainya turut mengalami senario sama apabila lebih ramai wanita menyertai profesion terbabit berbanding lelaki kerana golongan hawa lebih berminat dan komited. Beliau berharap tiada pihak membuat tuduhan dan sangkaan tidak tepat

Page 2: Bukan Isu Gender

mengenai perkara itu kerana wanita atau lelaki mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. "Tak usah bimbang dengan senario itu, tetapi yang penting cara mengurus keadaan itu dengan sebaik mungkin. Ini sebenarnya adalah senario global," katanya.

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

Page 3: Bukan Isu Gender

LELAKI KENA TERIMA CABARAN KAUM WANITA

Utusan Malaysia 24/2/2010

"TANGAN yang menghayun buaian juga mampu menggoncang dunia." Kata-

kata hikmah tersebut menggambarkan kehebatan kaum wanita sama ada di

rumah dan juga dunia luar. Kini tangan-tangan yang lemah lembut itu semakin

digeruni dan terbaru penguasaan mereka dalam perkhidmatan awam pula

menjadi isu. Bagi memanaskan keadaan, Setiausaha Agung Kongres Kesatuan

Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Ahmad Shah Mohd.

Zin kelmarin mempertikaikan penguasaan golongan wanita dalam sektor awam

yang semakin meningkat. Sudah tentu pendapat beliau itu ditentang sekeras-

kerasnya oleh kaum wanita. Ini kerana isu siapa lebih baik antara wanita dan

lelaki merupakan isu yang tidak pernah selesai dibicarakan. Para pemimpin

negara, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berpendapat ia

bukan suatu yang luar biasa memandangkan trend lebih ramai golongan wanita

masuk ke universiti sedang berlaku. Perkara penguasaan wanita itu tersebut

tidak harus diperbesarkan kerana pemilihan pegawai dalam sebarang jawatan

adalah berdasarkan meritokrasi. Memetik kata-kata Timbalan Perdana Menteri,

Tan Sri Muhyiddin Yassin, ia merupakan fenomena global dan seharusnya ia

tidak menjadi masalah asalkan mereka berkeupayaan, berkebolehan serta

berkelayakan. Sememangnya kajian menunjukkan yang kaum wanita di seluruh

dunia kini semakin menguasai kerjaya-kerjaya penting termasuk menjadi

pemimpin nombor satu sesebuah negara yang dahulunya hanya dikuasai oleh

golongan lelaki. Bagaimanapun, kaum lelaki patut cemburu dengan fenomena

tersebut kerana kaum wanita kini lebih rajin dan berjaya dalam pendidikan

hingga menguasai bilangan di universiti. Isu kaum wanita terpaksa mengambil

cuti panjang selepas bersalin tidak patut timbul. Masalah itu seharusnya

ditangani dengan bijaksana oleh mana-mana ketua jabatan seperti mewujudkan

sistem penggantian sementara atau memangku jawatan. Seseorang yang

bijaksana tidak seharusnya diketepikan hanya kerana mereka terpaksa

Page 4: Bukan Isu Gender

mengandung. Mereka juga mempunyai tanggungjawab kepada keluarga, agama

dan negara. Kaum lelaki pula seharusnya tidak berasa bimbang dengan

penguasaan wanita di tempat kerja kerana trend kaum ibu menjadi sumber

pendapatan utama dalam sesebuah keluarga kini sudah semakin lumrah. Apa

salahnya jika kaum wanita sibuk dalam karier mereka untuk membangunkan

sesebuah syarikat atau negara, kaum lelaki pula mungkin boleh mula beralih

fokus dengan berjinak-jinak dengan ilmu pengurusan keluarga, jika terpaksa.

Pun begitu, elok diperingatkan kepada kaum wanita berkerjaya, jika mereka

sudah berada di atas, jangan meninggi diri kerana Adam dan Hawa dilahirkan

untuk saling lengkap melengkapi. Wanita perlu ingat ungkapan kata-kata ini

bahawa mereka dilahirkan daripada seorang lelaki. Tetapi mereka bukannya

diambil daripada bahagian kepala (untuk berada lebih tinggi daripadanya) dan

bukan juga daripada bahagian kaki (untuk dipijak). Tetapi mereka dilahirkan

daripada bahagian sisinya (untuk berkongsi keadilan), di bawah lengannya

(untuk dilindungi) dan berhampiran jantungnya (kerana hendak disayangi).

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win