brosur sekolah selamat - sukan & kokurikulum

2

Click here to load reader

Upload: monasrim

Post on 12-Jun-2015

1.330 views

Category:

Documents


15 download

DESCRIPTION

Brosur Sekolah Selamat

TRANSCRIPT

Page 1: Brosur Sekolah Selamat - Sukan & Kokurikulum

AKTIVITI LAIN YANG BERKAITAN

DEFINISI

Merujuk kepada sebarang aktiviti yang dijalankan

di luar kelas dan tidak melibatkan waktu

pengajaran dan pembelajaran.

RASIONAL

Tatacara tindakan yang dapat menjadi panduan

semua pihak perlu disediakan untuk menjaga

keselamatan semua pihak.

OBJEKTIF

• Berusaha memastikan tiada kemalangan

semasa menjalankan aktiviti luar bilik darjah

• Memastikan aktiviti yang dijalankan dirancang

dengan mengambil kira tatacara keselamatan

dan mematuhi dasar Kementerian Pelajaran.

• Memastikan pengurusan peralatan dan diri

murid mengikut tatacara yang disediakan.

ISU

• Aktiviti Persatuan dan Kelab

• Aktiviti Unit Beruniform

• Aktiviti Gotong-royong

TATACARA MURID

Unit Beruniform / Persatuan dan Kelab:

• Melaporkan kesihatan terkini dan semasa

aktiviti kepada guru.

• Mengenakan pakaian yang sesuai semasa

menjalankan aktiviti.

• Mematuhi arahan guru semasa melakukan

aktiviti.

• Jika wujud keadaan tidak selesa untuk

melakukan aktiviti hendaklah dilaporkan kepada

guru secepat mungkin.

• Laporkan kerosakan alatan semasa dan

selepas menjalankan aktiviti.

Gotong-royong.

• Lengkapkan borang kebenaran untuk diserahkan

kepada penjaga.

• Murid memakai pakaian yang sesuai dan

mematuhi arahan semasa melakukan aktiviti.

• Penggunaan peralatan yang berbahaya ketika

gotong-royong hendaklah dilaporkan kepada

guru.

• Penggunaan peralatan yang sesuai dengan

aktiviti gotong-royong.

• Pemulangan peralatan dan membersihkan diri

selepas aktiviti.

TATACARA GURU

• Peka terhadap surat pekeliling mengenai

sebarang perubahan dan maklumat terkini.

• Mematuhi tindakan sebelum, semasa dan

selepas aktiviti.

• Simpan rekod profil dan kegiatan murid.

• Memastikan peralatan yang digunakan dalam

keadaan selamat iaitu sebelum, semasa dan

selepas aktiviti.

• Penyelenggaraan stok sempurna dan kemas kini.

• Maklum tentang status kesihatan murid yang

terkini.

• Surat makluman kepada penjaga tentang aktiviti

dan menerima jawapan sebelum aktiviti

dijalankan.

• Guru hadir lebih awal sebelum aktiviti dijalankan

dan catat kehadiran murid.

• Memastikan aktiviti yang dijalankan mengikut

kesesuaian murid.

• Penilaian secara pemerhatian, penulisan dan

lisan untuk tindakan susulan dan maklum balas

kepada murid, ibu bapa dan guru lain.

• Pakaian yang sesuai dengan aktiviti.

• Pastikan kawasan selesa dan selamat.

S M K B UK I T R A NG I N

2 5 1 5 0 K U A N T A N .

S E K O L A H S E L A M A T K E C E M E R L A N G A N M E N I N G K A T

Page 2: Brosur Sekolah Selamat - Sukan & Kokurikulum

KESELAMATAN PJPK, SUKAN DAN

KOKURIKULUM

DEFINISI

PJPK

Aktiviti yang membantu murid menjadi cergas dan meningkatkan pengetahuan kesihatan melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan gaya hidup sihat. Kokurikulum

Merupakan sebarang aktiviti yang dijalankan di luar kelas yang tidak melibatkan waktu pembelajaran.

RASIONAL

Mewujudkan satu tatacara tindakan yang menjadi panduan semua pihak untuk mewujudkan budaya selamat semasa menjalani aktiviti PJPK, sukan dan kokurikulum.

OBJEKTIF

• Tidak ada kemalangan berlaku semasa menjalankan aktiviti.

• Memastikan aktiviti yang dijalankan, dirancang dengan mengambil kira tatacara keselamatan.

• Memastikan pengurusan peralatan dan diri murid mengikut tatacara yang disediakan.

ISU

• Pakaian

• Cuaca

• Peralatan

• Pengawasan

• Kawasan aktiviti

• Gangguan pihak luar

• Maklumat kesihatan

• Bantuan kecemasan

TATACARA MURID

• Melaporkan tahap kesihatan yang terkini dari masa ke masa kepada guru.

• Memakai pakaian dan kasut yang sesuai sewaktu aktiviti dijalankan.

• Berada di lokasi tepat pada masanya dan bergerak ke kawasan aktiviti setelah diarahkan oleh guru.

• Memastikan alatan yang digunakan tidak rosak dan sekiranya rosak segera laporkan kepada guru.

• Hendaklah melaporkan kemalangan yang berlaku kepada guru.

• Tidak dibenarkan melakukan sebarang aktiviti tanpa pengawasan guru dan sentiasa mematuhi arahan guru.

• Memastikan kawasan yang selesa dan selamat digunakan.

• Elakkan sebarang aktiviti selain yang diarahkan oleh guru.

TATACARA GURU

• Peka terhadap surat pekeliling yang diedarkan.

• Memahami dan mematuhi tatacara tindakan sebelum, semasa dan selepas aktiviti.

• Memeriksa sebarang peralatan yang akan digunakan sebelum dan selepas aktiviti dan menggantikan peralatan yang rosak dan tidak selamat.

• Memakai pakaian dan kasut yang sesuai semasa aktiviti.

• Mengenal pasti murid yang tidak sihat dan dikecualikan daripada menjalani aktiviti.

• Memastikan aktiviti mengikut kesesuaian dan kemampuan murid.

• Mencatat kehadiran murid.

• Menyediakan surat makluman kepada ibu bapa atau penjaga tentang sesuatu aktiviti yang dijalankan.

• Hadir di tempat aktiviti lebih awal sebelum aktiviti dimulakan dan mengawasi murid sepenuh masa.

• Memastikan ubat dan peralatan dalam kotak rawatan kecemasan sentiasa lengkap.

• Mengawal pemain atau penonton supaya tidak menimbulkan sebarang kekecohan yang boleh membawa kecederaan dan campur tangan pihak luar

TATACARA IBU BAPA / PENJAGA

• Memastikan anak berada dalam keadaan sihat.

• Memaklumkan kepada pihak sekolah tentang tahap kesihatan anak dan memastikan ada surat pengesahan doktor jika anak tidak sesuai untuk mengikuti sebarang aktiviti.

• Memastikan pakaian yang sesuai.

• Memastikan peralatan dan kelengkapan yang mencukupi.

• Mengambil tahu tempat aktiviti dijalankan.

• Mendapatkan maklumat tentang guru yang menguruskan aktiviti supaya mudah dihubungi.

• Mengetahui masa bermula dan berakhir sesuatu aktiviti.