brosur

3
DEFINISI Pusat Sumber Sekolah adalah lanjutan daripada perpustakaan sekolah sebagai tempat untuk koleksi bahan cetak. Pusat Sumber Sekolah membawa tafsiran yang lebih luas sama ada dari segi peranan dan pelbagai bahan koleksinya. Tuntasnya, Pusat Sumber Sekolah ialah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematis. Pusat Sumber menyediakan maklumat, perkhidmatan, dan peluang bagi memperkukuhkan pengajaran dan pembelajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta kemahiran maklumat pendidikan Ke arahPembentukan masyarakat berbudaya ilmu, gemar membaca, dan belajar sepanjang hayat. Pusat Sumber Sekolah adalah bertujuan: 1. Meningkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran, dan prestasi pencapaian akademik. 2. Menggalakkan pelajar-pelajar dan guru-guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran dan pengajaran supaya mereka tidak bergantung semata-mata pada buku teks dan kaedah “chalk and talk” sahaja. 3. Menggalakkan tabiat belajar sendiri, tabiat membaca, tabiat ingin tahu atau bertanya dalam kalangan pelajar melalui penggunaan bahan di Pusat Sumber Sekolah. 4. Membantu guru-guru dan pelajar- pelajar dalam usaha menghasilkan dan menilai pelbagai alat dan bahan pengajaran dan pembelajaran 5. Mengadakan kemudahan dan perkhidmatan yang sesuai untuk memenuhi keperluan pelajar yang berbeza antara satu sama lain. 6. Melatih pelajar-pelajar menggunakan perkhidmatan mengesan maklumat, membuat kerja rujukan, serta menggunakan alat-alat hardware,iaitu mendedahkan mereka kepada teknologi terkini (ICT) dalam media elektronik. PERANAN DAN FUNGSI Peranan dan fungsi Pusat Sumber Sekolah dapat dirumuskan seperti berikut: 1. Berkhidmat sebagai agen berpusat untuk memperoleh, menghasil, mengorganisasi, dan mengedarkan bahan-bahan pelajaran dan pembelajaran yang diperlukan oleh pelajar-pelajar dan guru-guru. 2. Berkhidmat sebagai pusat bahan- bahan bagi kegunaan secara individu atau berkumpulan.

Upload: ayzarranasuha

Post on 06-Feb-2016

8 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

brosuyr

TRANSCRIPT

Page 1: BROSUR

DEFINISI

Pusat Sumber Sekolah adalah lanjutan daripada perpustakaan sekolah sebagai tempat untuk koleksi bahan cetak. Pusat Sumber Sekolah membawa tafsiran yang lebih luas sama ada dari segi peranan dan pelbagai bahan koleksinya. Tuntasnya, Pusat Sumber Sekolah ialah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematis.

Pusat Sumber menyediakan

maklumat, perkhidmatan, dan peluang

bagi memperkukuhkan pengajaran dan

pembelajaran untuk penguasaan

kemahiran asas serta kemahiran

maklumat pendidikan Ke

arahPembentukan masyarakat

berbudaya ilmu, gemar membaca, dan

belajar sepanjang hayat.

Pusat Sumber Sekolah adalah bertujuan:

1. Meningkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran,

dan prestasi pencapaian akademik.

2. Menggalakkan pelajar-pelajar dan guru-guru

menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran

dan pengajaran supaya mereka tidak bergantung

semata-mata pada buku teks dan kaedah “chalk

and talk” sahaja.

3. Menggalakkan tabiat belajar sendiri, tabiat

membaca, tabiat ingin tahu atau bertanya dalam

kalangan pelajar melalui penggunaan bahan di

Pusat Sumber Sekolah.

4. Membantu guru-guru dan pelajar-pelajar dalam

usaha menghasilkan dan menilai pelbagai alat dan

bahan pengajaran dan pembelajaran

5. Mengadakan kemudahan dan perkhidmatan yang

sesuai untuk memenuhi keperluan pelajar yang

berbeza antara satu sama lain.

6. Melatih pelajar-pelajar menggunakan

perkhidmatan mengesan maklumat, membuat

kerja rujukan, serta menggunakan alat-alat

hardware,iaitu mendedahkan mereka kepada

teknologi terkini (ICT) dalam media elektronik.

PERANAN DAN FUNGSI

Peranan dan fungsi Pusat Sumber Sekolah dapat dirumuskan

seperti berikut:

1. Berkhidmat sebagai agen berpusat untuk

memperoleh, menghasil, mengorganisasi, dan

mengedarkan bahan-bahan pelajaran dan

pembelajaran yang diperlukan oleh pelajar-pelajar

dan guru-guru.

2. Berkhidmat sebagai pusat bahan-bahan bagi

kegunaan secara individu atau berkumpulan.

3. Merupakan satu bank yang membolehkan bahan

pelajaran dapat dipilih untuk kegunaan dalam

kelas atau di rumah.

4. Merupakan pusat perhubungan antara sekolah

dengan agen perkhidmatan maklumat lain seperti

perpustakaan awam, perpustakaan Filem Negara

Malaysia, perpustakaan universiti, dan sebagainya.

5. Membolehkan guru-guru dan pelajar-pelajar

mendapatkan bahan-bahan yang dimiliki oleh

sekolah dan yang ada kena mengena dengan

bidang pelajaran.

6. Memberi panduan kepada guru-guru dan pelajar-

pelajar untuk mencari,memiliki,menghasil, dan

menggunakan bahan selaras dengan keperluan

dan tujuan masing-masing.

7. Menjalankan tugas untuk menilai dari semasa ke

semasa bahan-bahan yang diperoleh.

8. Menentukan bahawa alat-alat yang diperoleh itu

adalah dalam keadaan yang baik dan berkualiti

serta dipelihara atau dibaiki dari semasa ke

semasa.

9. Menentukan bahawa yang dihasilkan atau yang

diperoleh itu adalah selaras dengan keperluan

kurikulum sekolah.

10. Membuat perancangan supaya segala peralatan

yang diperoleh selaras dengan kehendak zaman

serta perkembangan baru dalam bidang kurikulum

dan kokurikulum.

11. Menyediakan alat-alat pendua termasuk alat

rakaman dan perkhidmatan sejauh mana yang

boleh.

FALSAFAH PUSAT SUMBER SEKOLAH

Page 2: BROSUR

Pusat sumber sekolah merupakan wahana dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Pss merupakan suatu konsep yang banyak berfokus kepada pengurusan yang sistematik, berpusat, dan menyeluruh yang dapat memberi faedah dan perkhidmatan maksimum kepada para guru dan murid-murid.

PSS berfungsi sebagai pengumpul maklumat sebanyak mungkin dan menyusun segala maklumat dalam suatu sistemyang mudah diikuti. Menyimpan segala maklumat secara sistematik dan kemas kini serta menyebar luas bahan-bahan maklumat dengan kadar segera dan pada bila-bila masa yang diperlukan.

PSS adalah sebagai suatu sistem perkhidmatan yang membolehkan semua pihak di peringkat sekolah mencapai matlamat-matlamat pendidikan dengan merentasi aspek kurikulim, perkembangan intelektual, rohani, serta keseimbangan emosi dan jasmani murid-murid.

MATLAMAT PUSAT SUMBER SEKOLAH

Matlamat ialah tujuan untuk mencapai perubahan tingkah laku atau ‘behaviour change’ dalam jangka masa panjang yang tidak mungkin kita capai dengan segera atau dalam masa pendedahan yang begitu singkat. Dengan pengertian yang sama, matlamat Pusaat Sumber Sekolah boleh dirumuskan sebagai:

1. Mempertingkatkan mutu pendidikan

di sekolah.

2. Membentuk profesion perguruan yang berilmu, dinamik, kreatif, inovatif, dan berdisiplin.

3. Membentuk golongan pelajar yang berilmu, dinamik, kreatif, dan berdisiplin.

4. Merapatkan jurang perbezaan kemudahan pendidikan antara sekolah luar bandar dengan sekolah bandar.

PIAGAM PUSAT SUMBER SEKOLAH

1. Berusaha sedaya upaya menjalankan semua aktiviti yang dirancang dan memberi perkhidmatan yang terbaik mengikut jadual yang ditetapkan.

2. Memberi perkhidmatan yang sempurna dan layanan mesra kepada setiap pelanggan pada setiap masa. 3. Memberi maklumat-maklumat kepada pihak-pihak yang memerlukan dalam masa satu minggu selepas tarikh yang diterima atau sebelum tarikh yang ditetapkan.

4. Memberi perhatian dan tindakan segera terhadap bahan bantu mengajar yang diperlukan atau rosak.

5. Bersedia memberi khidmat nasihat, tunjuk ajar, dan galakan kepada pengguna apabila diperlukan.

6. Sentiasa menerima cadangan dan pandangan yang positif serta mengaturkan perbincangan untuk mempertingkat prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan pendidikan di sekolah.

PUSAT SUMBER SEKOLAHSMK KATHOLIK28700 BENTONG

PAHANG DARUL MAKMUR

“PENDIDIKAN CEMERLANGBERPAKSIKAN

TEKNOLOGI PENDIDIKAN”