borang pengesahan status tesis’ · 46, jalan mentimun dua, taman sri perang, _____ ... d surat...

22
PSZ 19:16(Pin.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’ JUDUL: PENYELIAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH-SEKOLAH KEBANGSAAN, DI DAERAH KOTA TINGGI, JOHOR SESI PENGAJIAN: 2008/2009 Saya NURLIA BINTI MOHAMAD No. Matriks BP060099 Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis ini adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( / ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan SULIT atau kepentingan Melaysia seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh _________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 46, Jalan Mentimun Dua, Taman Sri Perang, ______________________________ 81900 Kota Tinggi Nama Penyelia Tarikh: ___________________ Tarikh: ________________________ CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan meyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah atau Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Upload: others

Post on 10-Feb-2020

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’ · 46, Jalan Mentimun Dua, Taman Sri Perang, _____ ... D Surat Permohonan Menukar Tajuk Kajian 88 E Statistik Guru Sekolah Rendah Sekolah-sekolah

PSZ 19:16(Pin.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’ JUDUL: PENYELIAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH-SEKOLAH KEBANGSAAN, DI DAERAH KOTA TINGGI, JOHOR

SESI PENGAJIAN: 2008/2009 Saya NURLIA BINTI MOHAMAD No. Matriks BP060099 Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis ini adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian

sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( / ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan SULIT atau kepentingan Melaysia seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh _________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 46, Jalan Mentimun Dua, Taman Sri Perang, ______________________________ 81900 Kota Tinggi Nama Penyelia Tarikh: ___________________ Tarikh: ________________________

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan meyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

’ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah atau Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’ · 46, Jalan Mentimun Dua, Taman Sri Perang, _____ ... D Surat Permohonan Menukar Tajuk Kajian 88 E Statistik Guru Sekolah Rendah Sekolah-sekolah

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda

Pengurusan Pendidikan”

Tandatangan

Nama Penyelia 1

Tarikh

: ……………………………………..

: DR. HAMDAN BIN SAID

: 7 NOVEMBER 2008

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’ · 46, Jalan Mentimun Dua, Taman Sri Perang, _____ ... D Surat Permohonan Menukar Tajuk Kajian 88 E Statistik Guru Sekolah Rendah Sekolah-sekolah

i

PENYELIAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH-

SEKOLAH KEBANGSAAN DI DAERAH KOTA TINGGI, JOHOR

NURLIA BINTI MOHAMAD

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahaan Ijazah Sarjana Muda

(Pengurusan Pendidikan)

Fakulti Pendidikan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

NOVEMBER 2008

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’ · 46, Jalan Mentimun Dua, Taman Sri Perang, _____ ... D Surat Permohonan Menukar Tajuk Kajian 88 E Statistik Guru Sekolah Rendah Sekolah-sekolah

ii

”Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan

Nama Penulis

Tarikh

: ……………………………………..

: NURLIA BINTI MOHAMAD

: 7 NOVEMBER 2008

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’ · 46, Jalan Mentimun Dua, Taman Sri Perang, _____ ... D Surat Permohonan Menukar Tajuk Kajian 88 E Statistik Guru Sekolah Rendah Sekolah-sekolah

iii

Dedikasi

Bismilahhirrahmanirrahim

Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T. tuhan seluruh alam. Selawat dan

salam ke atas junjungan Nabi Muhamad S.A.W Buat ayah yang dihormati,

Ampun dan maaf dariku kerana tidak dapat memberi perhatian sewajarnya semasa

aku dalam pengajian. Inilah hadiah dariku untukmu yang sejak dulu ingin melihat aku

berjaya hingga ke menara gading.

Buat suami tercinta,

Doa, dorongan yang terus menerus darimu serta kesabaranmu memberi kekuatan

kepadaku untuk meneruskan perjuangan ini dan inilah kejayaan untuk dikongsi bersama.

Buat anak-anakku,

Doa, dorongan dan bantuan dari kalian adalah azimat kejayaanku.

Alhamdulillah.

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’ · 46, Jalan Mentimun Dua, Taman Sri Perang, _____ ... D Surat Permohonan Menukar Tajuk Kajian 88 E Statistik Guru Sekolah Rendah Sekolah-sekolah

iv

PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya

menyempurnakan Projek Sarjana Muda ini. Selawat dan salam buat junjungan besar

Nabi Muhammad S.A.W. pesuruh Allah yang amat dikasihi.

Ingin saya panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kerana beradanya saya di sini

merupakan satu anugerah Allah dan kenangan terindah dalam hidup saya.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada

penasihat penyelidikan, Dr. Hamdan bin Said yang sentiasa sabar dalam menghulurkan

bimbingan, nasihat dan tunjuk ajar sepanjang proses menyiapkan Projek Sarjana Muda

ini. Hanya Allah sahajalah yang mengetahui dan membalas jasa-jasanya yang sangat

besar ini.

Sekalung ucapan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan

Dasar Pendidikan, Jabatan Pelajaran Negeri Johor, Pejabat Pelajaran Daerah Kota Tinggi,

rakan-rakan Guru Besar dan guru-guru dari sekolah-sekolah kebangsaan di daerah Kota

Tinggi yang terlibat secara langsung dalam penyelidikan ini.

Penghargaan ini juga ditujukan kepada para pensyarah, rakan-rakan guru di

Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang serta rakan seperjuangan kerana anda semualah yang

telah memberi saya kekuatan untuk menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Insyallah jasa

dan kebaikan kalian akan saya kenang sepanjang perjalanan hidup ini.

Sekian. Wassalam

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’ · 46, Jalan Mentimun Dua, Taman Sri Perang, _____ ... D Surat Permohonan Menukar Tajuk Kajian 88 E Statistik Guru Sekolah Rendah Sekolah-sekolah

v

ABSTRAK

Kajian diskritif ini bertujuan untuk meninjau penyeliaan pengajaran di sekolah-sekolah

kebangsaan di daerah Kota Tinggi, Johor. Secara khusus kajian ini bertujuan untuk

mengenalpasti tanggapan guru-guru terhadap penyeliaan pengajaran yang dilaksanakan di

sekolah; mengenalpasti amalan penyeliaan pengajaran yang dijalankan di sekolah; dan

mengenalpasti implikasi amalan penyeliaan pengajaran terhadap profesionalisme guru

dari segi peningkatan kualiti pengajaran, perkukuhan hubungan profesionalisme,

perkongsian pengalaman dan pengetahuan, dan bantuan kepada guru dalam proses

pengajaran. Sampel kajian melibatkan 321 orang guru dari sekolah-sekolah kebangsaan

di daerah Kota Tinggi Johor. Soal selidik yang diubahsuai dari kajian terdahulu

digunakan sebagai instrumen kajian. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS dan

hasil analisis dilaporkan dalam bentuk statistik diskriptif. Kebolehpercayaan instrumen

menggunakan Alpha Cronbach ialah 0.914 bagi bahagian B dan 0.889 bagi Bahagian C.

Hasil kajian menunjukkan bahawa guru-guru mempunyai tanggapan yang positif

terhadap penyeliaan pengajaran yang dilaksanakan di sekolah-sekolah; amalan

penyeliaan pengajaran yang dijalankan di sekolah adalah tinggi; dan penyeliaan

pengajaran yang diamalkan berkesan dalam meningkatkan profesionalisme guru dari segi

kualiti guru, perkongsian pengalaman dan pengetahuan dalam kalangan guru, dan

membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sebaliknya penyeliaan

pengajaran ini didapati kurang berkesan dalam memperkukuhkan hubungan

profesionalisme antara penyelia dan guru.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’ · 46, Jalan Mentimun Dua, Taman Sri Perang, _____ ... D Surat Permohonan Menukar Tajuk Kajian 88 E Statistik Guru Sekolah Rendah Sekolah-sekolah

vi

ABSTRACT

A descriptive study was conducted to explore the supervision of instruction at national

primary schools in Kota Tinggi, Johor. In particular this study aims to identify the

teachers’ perception towards supervision of instruction that has been implemented at

schools; identify the practice of supervision of instruction carried out at school; and

identify the implication supervision of instruction towards teachers’ professionalism with

regard to enhancing the quality of teaching, consolidating professional relationship,

knowledge and experience sharing, and assisting the teachers in the teaching process. A

total of 321 teachers from the national primary schools in the district of Kota Tinggi

participated in the study. A modified questionnaire from previous study was used as

instrument. The data were analyzed using SPSS and were reported in the form of

descriptive statistic. The reliability of the instrument using Alpha Cronbach is 0.914 for

Section B and 0.889 for Section C. The findings of the study showed that teachers had

positive perception towards supervision of instruction carried out school; the practice of

supervision of instruction was high; and the supervision of instruction practiced at

schools was effective in enhancing the teacher professionalism with regard to the quality

of teachers, sharing of knowledge and experience among teachers, and assisting teachers

in the learning and teaching process. Nevertheless, supervision of instruction was found

to be less effective in consolidating relationship between supervisor and teacher.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’ · 46, Jalan Mentimun Dua, Taman Sri Perang, _____ ... D Surat Permohonan Menukar Tajuk Kajian 88 E Statistik Guru Sekolah Rendah Sekolah-sekolah

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Kajian 3

1.3 Penyataan Masalah 6

1.4 Objektif kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Batasan Kajian 8

1.8 Skop Kajian 9

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’ · 46, Jalan Mentimun Dua, Taman Sri Perang, _____ ... D Surat Permohonan Menukar Tajuk Kajian 88 E Statistik Guru Sekolah Rendah Sekolah-sekolah

viii

1.9 Definasi istilah 9

1.9.1 Amalan 9

1.9.2 Tanggapan 9

1.9.3 Penyeliaan pengajaran 10

1.10 Kesimpulan 10

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 11

2.2 Definisi Penyeliaan Pengajaran 12

2.3 Tujuan Penyeliaan 13

2.4 Peranan Guru Besar Dalam Penyeliaan

Pengajaran dan Pembelajaran 16

2.5 Perkaitan Antara Penyeliaan Pengajaran Dan

Peningkatan Kualiti Pengajaran 20

2.6 Halangan-halangan Yang Dihadapi Oleh Guru Besar

Dalam Menjalankan Tugas Penyeliaaan

Pengajaran dan Pembelajaran 24

2.7 Pandangan Guru Terhadap Penyeliaan 25

2.8 Keberkesanan Penyeliaan 28

2.9 Penyeliaan Klinikal 29

2.10 Kesimpulan 31

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’ · 46, Jalan Mentimun Dua, Taman Sri Perang, _____ ... D Surat Permohonan Menukar Tajuk Kajian 88 E Statistik Guru Sekolah Rendah Sekolah-sekolah

ix

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 32

3.2 Reka Bentuk Kajian 32

3.3 Populasi dan Persampelan 33

3.4 Instrumen Kajian 34

3.4.1 Bahagian A : Latarbelakang Responden 34

3.4.2 Bahagian B : Tanggapan Guru Terhadap

Penyeliaan dan Amalan Penyeliaan 34

3.4.3 Bahagian C : Keberkesanan Penyeliaan

Pengajaran 36

3.5 Kajian Rintis 37

3.6 Penganalisisan Data 37

3.7 Prosedur Kajian 38

3.8 Penutup 39

BAB 4 DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 40

4.2 Latarbelakang Responden

4.2.1 Jantina dan Bangsa Responden Kajian 41

4.2.2 Kelulusan Akademik Tertinggi 42

4.2.3 Pengalaman Mengajar 43

4.2.4 Kekerapan Responden Kajian di Selia

Sepanjang Perkhidmatan 43

4.3 Dapatan Kajian 44

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’ · 46, Jalan Mentimun Dua, Taman Sri Perang, _____ ... D Surat Permohonan Menukar Tajuk Kajian 88 E Statistik Guru Sekolah Rendah Sekolah-sekolah

x

4.3.1 Persoalan Kajian 1 44

4.3.2 Persoalan Kajian 2 47

4.3.3 Persoalan Kajian 3 51

4.4 Rumusan Dapatan 58

BAB 5 PERBINCANGAN , RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 61

5.2 Rumusan 61

5.3 Perbincangan 63

5.3.1 Tanggapan Guru-guru Terhadap Penyeliaan

Pengajaran Yang Dilaksanakan Di dalam Kelas 63

5.3.2 Amalan Penyeliaan Pengajaran Yang

Dijalankan Di Sekolah 65

5.3.3 Keberkesanan Amalan Penyeliaan Pengajaran

Terhadap Profesionalisme Guru

a) Meningkatkan Kualiti Pengajaran Guru 67

b) Memperkukuh Hubungan Profesional Antara

Penyelia dan Guru 69

c) Berkongsi Pengetahuan dan Pengalaman

Antara Penyelia dan Guru 70

d) Membantu Guru Dalam Proses Pengajaran

dan Pembelajaran 71

5.4 Cadangan 73

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 74

5.6 Kesimpulan 75

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’ · 46, Jalan Mentimun Dua, Taman Sri Perang, _____ ... D Surat Permohonan Menukar Tajuk Kajian 88 E Statistik Guru Sekolah Rendah Sekolah-sekolah

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Taburan Item Dari Aspek Tanggapan Guru

Terhadap Penyeliaan Pengajaran 35

3.2 Taburan Item Dari Aspek Amalan Guru Terhadap

Penyeliaan Pengajaran 36

3.3 Taburan Item Dari Aspek Kajian Keberkesanan

Penyeliaan Pengajaran 36

3.4 Analisis Min Skor 38

4.1 Latarbelakang Responden Mengikut Kaum

Dan Jantina 42

4.2 Kelulusan Akademik Responden Kajian 43

4.3 Pengalaman Mengajar Responden Kajian 43

4.4 Taburan Kekerapan Responden Kajian Diselia Sepanjang

Perkhidmatan 44

4.5 Taburan Kekerapan Tanggapan Guru-guru Terhadap

Penyeliaan

i) Keperluan atau Kepentingan Penyeliaan 45

4.6 Taburan Kekerapan Tanggapan Guru-guru Terhadap

Penyeliaan

ii) Penyeliaan Sebagai Satu Penilaian 46

4.7 Taburan Kekerapan Amalan Penyeliaan Pengajaran Yang

Dijalankan Di Sekolah

i) Keperluan atau Kepentingan 48

4.8 Taburan Kekerapan Amalan Penyeliaan Pengajaran Yang

Dijalankan Di Sekolah

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’ · 46, Jalan Mentimun Dua, Taman Sri Perang, _____ ... D Surat Permohonan Menukar Tajuk Kajian 88 E Statistik Guru Sekolah Rendah Sekolah-sekolah

xii

ii) Penyeliaan Sebagai Aktiviti Rutin 50

4.9 Taburan Kekerapan Amalan Penyeliaan Pengajaran Dapat

Meningkatkan Profesionalisme Guru

i) Meningkatkan Kualiti Pengajaran Guru 52

4.10 Taburan Kekerapan Amalan Penyeliaan Pengajaran Dapat

Meningkatkan Profesionalisme Guru

i) Memperkukuhkan Hubungan Profesionalisme 53

4.11 Taburan Kekerapan Amalan Penyeliaan Pengajaran Dapat

Meningkatkan Profesionalisme Guru

iii) Berkongsi Pengalaman dan Pengetahuan 55

4.12 Taburan Kekerapan Amalan Penyeliaan Pengajaran Dapat

Meningkatkan Profesionalisme Guru

iv) Membantu Guru Dalam Proses Pengajaran 57

4.13 Rumusan Keseluruhan Analisis 59

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’ · 46, Jalan Mentimun Dua, Taman Sri Perang, _____ ... D Surat Permohonan Menukar Tajuk Kajian 88 E Statistik Guru Sekolah Rendah Sekolah-sekolah

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik 80

B Surat Kebenaran daripada Bahagian Perancangan

Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan 86

C Surat Kebenaran daripada Jabatan Pelajaran

Negeri Johor 87

D Surat Permohonan Menukar Tajuk Kajian 88

E Statistik Guru Sekolah Rendah Sekolah-sekolah

Daerah Kota Tinggi 90

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’ · 46, Jalan Mentimun Dua, Taman Sri Perang, _____ ... D Surat Permohonan Menukar Tajuk Kajian 88 E Statistik Guru Sekolah Rendah Sekolah-sekolah

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sekolah yang cemerlang lahir dari pengurusan dan kepimpinan yang

berkesan. Peranan yang dimainkan oleh pengetua dan guru besar sangat penting bagi

menjadikan sekolah mereka sebuah institusi pembelajaran yang berkesan. Dengan

keupayaan mereka menggembeling seluruh tenaga guru dan pelajar diyakini

matlamat menjadikan sekolah mereka sekolah cemerlang akan tercapai. Tumpuan

pengurusan sekolah kepada usaha untuk meningkatkan tahap kecemerlangan

akademik akan membolehkan guru-guru melaksanakan tugas pengajaran dan

pembelajaran mereka dengan lebih yakin, teratur dan berkesan. Keberkesanan

pengajaran guru perlu ditingkatkan dalam usaha untuk menjadikan sekolah sebagai

sebuah pusat kecemerlangan iaitu tempat penyebaran ilmu pengetahuan dan

penyampaian pelbagai jenis kemahiran serta pembentukan keperibadian pelajar.

Dalam pengurusan kurikulum, penyeliaan adalah penting dalam memantau

keberkesanan pengajaran di sesebuah sekolah. Penyeliaan oleh pihak pengurusan

sekolah amat perlu dalam memastikan kecemerlangan kerja guru secara berterusan.

Penyeliaan akan dapat membantu guru menyelaraskan aktiviti pengajaran dan

merangsang guru untuk mencapai prestasi kerja yang cemerlang serta dapat

memperkembangkan potensi diri dan mengatasi sebarang kekurangan sekiranya ada.

Menurut Aminuddin (2005), penyeliaan oleh guru besar dapat membantu guru

meningkatkan mutu pengajaran supaya menjadi bertambah berkesan. Menurutnya

lagi, dengan penyeliaan, guru besar dapat melihat dengan lebih dekat lagi apa yang

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’ · 46, Jalan Mentimun Dua, Taman Sri Perang, _____ ... D Surat Permohonan Menukar Tajuk Kajian 88 E Statistik Guru Sekolah Rendah Sekolah-sekolah

2

sebenarnya berlaku dalam bilik darjah agar kelemahan dapat diperbaiki dan amalan-

amalan yang baik dapat dikukuhkan.

Dalam menjalankan penyeliaan di bilik darjah, guru besar perlu mempunyai

pengetahuan yang cukup serta kemaskini tentang perubahan sukatan pelajaran. Guru

besar juga harus mempunyai kemahiran dan kecekapan dalam mengesan masalah-

masalah pedagogi yang timbul di dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta

dapat mengemukakan cadangan-cadangan yang munasabah untuk membaiki

kelemahan yang dikesaninya. Justeru, guru juga perlu mempunyai kebolehan untuk

berkomunikasi agar dapat mempengaruhi guru yang diselianya untuk mengubah cara

dan sikap dalam menjalankan tugas. Menurut Asnah (1993), gaya guru besar

berinteraksi dalam penyeliaan mempengaruhi guru dalam menjalankan tugas

terutamanya selepas penyeliaan dilakukan. Contohnya, sokongan dan cara arahan,

penerangan yang positif dapat membantu guru meningkatkan pengajarannya.

Interaksi yang baik sudah tentu dapat mengelakkan wujud pertembungan antara guru

dan guru besar dan ini sudah tentu akan mewujudkan ketidak sefahaman haluan.

Tugas dan tanggungjawab guru di sekolah atau di bilik darjah ialah mengajar

dan mendidik pelajar secara serius sehingga pelajar tersebut dapat menguasai

kemahiran atau ilmu yang diajarkannya. Pengajaran yang berkesan akan dapat

membantu pelajar memperkembangkan intelek, sosial dan personal dengan baik.

Setiap guru mesti merancang pengajarannya supaya tersusun dan berfokus.

Pemilihan tajuk dan isi pelajaran mestilah sesuai supaya dapat disampaikan kepada

murid dengan berkesan. Objektif pengajarannya guru mesti mudah difahami dan

jelas hala tuju yang hendak dicapai. Di samping itu, guru tersebut perlu menentukan

bahan bantu mengajar (BBM) yang sesuai dan menarik bagi mewujudkan

rangsangan kepada murid untuk belajar.

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’ · 46, Jalan Mentimun Dua, Taman Sri Perang, _____ ... D Surat Permohonan Menukar Tajuk Kajian 88 E Statistik Guru Sekolah Rendah Sekolah-sekolah

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Sekolah berkesan adalah hasil dari pengurusan yang cemerlang. Usaha untuk

menjadikan sekolah berkesan atau sekolah cemerlang merupakan cabaran yang perlu

dilalui oleh setiap pengetua dan guru besar. Bagi mewujudkan sekolah berkesan,

peranan yang dimainkan oleh guru besar sebagai pemimpin kurikulum atau

pemimpin pengajaran adalah merupakan faktor penting. Menurut Duke (1993),

kepimpinan pengajaran mestilah terlibat dalam dua bidang aktiviti yang saling

berkaitan antara satu dengan lain iaitu :

i. usaha guru untuk menjadikan pengajaran mereka berkesan dan

ii. keupayaan guru besar secara berterusan memastikan proses pengajaran dan

pembelajaran guru sentiasa mempunyai standard dan kualiti yang baik.

Oleh itu, sebagai pemimpin kurikulum, guru besar perlu menilai dan

menyelia pengajaran guru bagi memastikan semua guru telah melaksanakan aktiviti

yang dinyatakan dengan cara yang terbaik dan sentiasa berusaha meningkatkan

prestasi pengajaran dan pembelajaran mereka dari semasa ke semasa.

Pada kebiasaannya, budaya sekolah yang menitikberatkan aspek

kecemerlangan akan menjadikan proses penyeliaan sebagai satu aspek penting di

sekolah berkenaan. Penyeliaan juga merupakan tanggungjawab pihak guru besar

sepertimana yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1987 KP

(BS)8591/Jld.11(77) bertarikh 11 November 1987, iaitu menjadikan pemantauan

sebagai sebahagian tugas harian bagi memastikan pengajaran guru berada dalam

keadaan yang baik dan mempunyai standard serta kualiti yang tinggi.

Penyeliaan kurikulum terhadap guru bertujuan untuk meningkatkan

perkembangan profesionalisme guru dan bukan bertujuan mencari kelemahan

mereka. Menurut Glickman et.al.(2003), penyeliaan bolehlah menjadi satu aktiviti

yang kolaboratif dan bukan bersifat hierarki, membantu dan bukan menilai,

menyokong dan bukan mendenda. Disamping itu juga penyeliaan kurikulum ini

bertujuan untuk memperbaiki atau memajukan lagi kualiti pengajaran serta

memperbaiki kelemahan para guru. Pembelajaran dan perkembangan guru secara

berterusan adalah satu unsur yang penting dalam proses perubahan pendidikan dan

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’ · 46, Jalan Mentimun Dua, Taman Sri Perang, _____ ... D Surat Permohonan Menukar Tajuk Kajian 88 E Statistik Guru Sekolah Rendah Sekolah-sekolah

4

penambahbaikan pengajaran (Fullan, 1991; Fullan dan Hargreaves, 1996). Hasil

pembelajaran pelajar yang baik tidak boleh dicapai tanpa keterampilan guru dalam

bidang kurikulum dan pengajaran. Guru sebagai ’street level bureaucrat’ yang

melaksanakan pengajaran di peringkat bilik darjah memang menentukan kejayaan

ataupun kegagalan mana-mana inovasi ataupun reformasi pengajaran (Lipsky,

1980). Oleh itu, pembelajaran guru haruslah dianggap sebagai satu elemen penting

dalam proses penambahbaikan pengajaran. Untuk berbuat demikian, adalah

menjadi tanggungjawab guru besar, sebagai pemimpin pengajaran menjalankan

penyeliaan kurikulum atau pencerapan bercorak klinikal, memberi bimbingan dan

sokongan membina sama ada secara formal atau tidak formal. Penyelia sebagai

pemimpin pengajaran juga adalah bertanggungjawab untuk memantapkan lagi

proses penyeliaan sebagai satu jalan untuk memperkembangkan lagi daya

keterampilan guru (Blase and Blase, 1999).

Secara khususnya, staf profesional seperti guru diamanahkan untuk

menjalankan tugas, aktiviti dan tanggungjawab yang telah dirancang dan ditetapkan.

Menurut Asnah (1995), jika guru-guru tidak diselia dan melakukan kesilapan tanpa

menyedarinya, maka kebiasaan melakukannya akan terbentuk. Kebiasaan ini akan

menjadi sebati dan dianggap betul dan baik. Lama kelamaannya staf berkenaan akan

berasa sukar untuk membuat perubahan walaupun perubahan diperlukan. Oleh sebab

itu, dengan melakukan proses penyeliaan, staf dapat dibimbing, dibantu supaya lebih

imaginatif, kreatif dan inovatif untuk perkembangan kendiri sekali gus ke arah

peningkatan mutu pencapaiannya.

Banyak diperkatakan tentang perlunya penyeliaan pengajaran dijalankan oleh

guru besar untuk peningkatan prestasi murid. Al Ramaiah (1999) menyatakan

penyeliaan sebagai satu usaha untuk mendorong, menyelaras dan membimbing para

guru dalam hal pengajaran supaya mereka lebih berupaya melakukan semua fungsi

berkaitan pengajaran. Mohd. Salleh Lebar (2000) pula menyatakan bahawa

penyeliaan dalam konteks pendidikan ialah berkaitan dengan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran. Ia menjadi tugas pentadbir kerana penyeliaan adalah sebahagian

dimensi pentadbiran sekolah dan dianggap sebagai satu perkembangan bidang

profesional pengurusan.

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’ · 46, Jalan Mentimun Dua, Taman Sri Perang, _____ ... D Surat Permohonan Menukar Tajuk Kajian 88 E Statistik Guru Sekolah Rendah Sekolah-sekolah

5

Terdapat beberapa faktor yang menghalang usaha pengetua menjalankan

penyeliaan pengajaran-pembelajaran di dalam kelas. Ini termasuklah faktor

pengetua itu sendiri, faktor sikap guru dan murid. Ismail Abu Talib (1986)

menyatakan halangan-halangan tersebut terdiri daripada 3 faktor utama iaitu

kekangan masa dan beban tugas, perhubungan guru besar dengan staf yang diselia

dan kurangnya kemahiran dan keyakinan guru besar dalam menjalankan penyeliaan

pengajaran-pembelajaran. Jikalau pun penyeliaan telah dilaksanakan oleh guru

besar mengikut masa yang dijadualkan, timbul juga persoalan berkenaan dengan

keberkesanan penyeliaan berkenaan terhadap profesionalisme guru dan seterusnya

impak penyeliaan kepada prestasi murid. Apakah pandangan guru terhadap

penyeliaan yang dilakukan oleh sekolah?

Pada dasarnya, keberkesanan sesebuah sekolah berhubung kait dengan

pengurusan sekolah yang sistematik. Setiap warga sekolah mempunyai akauntabiliti

dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Menurut Wan Mohd. Zahid

(1993), keberkesanan sesebuah sekolah dapat diukur daripada proses

pelaksanaannya dan bukan bergantung kepada dapatan kajian semata-mata. Lantas,

peningkatan kecemerlangan, sahsiah dan profesionalisme kerja guru perlu diberi

perhatian oleh pihak pengurusan sekolah melalui amalan penyeliaan kurikulum di

sekolah. Persoalannya apakah pelaksanaan penyeliaan adalah seperti mana yang

dicanangkan? Kajian ini bertujuan untuk menjawab persoalan di atas.

Daerah Kota Tinggi terbahagi kepada empat zon pendidikan iaitu zon

Bandar, zon Air tawar, zon Pengerang dan zon Sedili. Terdapat 75 buah sekolah

rendah di daerah ini yang terdiri daripada 56 buah sekolah kebangsaan, 11 buah

sekolah jenis kebangsaan Cina dan 7 buah sekolah kebangsaan Tamil. Statistik guru

sekolah rendah yang diperolehi dari Pejabat Pelajaran Daerah Kota Tinggi

menunjukkan terdapat seramai 1676 orang guru yang terdiri daripada 592 orang

guru lelaki dan 1084 orang guru perempuan. Daripada jumlah ini 553 orang adalah

guru-guru lelaki yang bertugas di sekolah-sekolah kebangsaan manakala 908 adalah

guru-guru perempuan yang membawa jumlah keseluruhan guru yang bertugas di

sekolah-sekolah kebangsaan ialah 1461 orang. Guru-guru ini bukan sahaja terdiri

daripada guru-guru yang telah disahkan jawatan tetapi juga terdapat guru-guru

sandaran tidak terlatih di daerah ini terutamanya di kawasan luar bandar dan

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’ · 46, Jalan Mentimun Dua, Taman Sri Perang, _____ ... D Surat Permohonan Menukar Tajuk Kajian 88 E Statistik Guru Sekolah Rendah Sekolah-sekolah

6

pedalaman khususnya bagi matapelajaran-matapelajaran kritikal seperti Bahasa

Inggeris dan Sains. Kehadiran guru-guru sandaran terlatih dan tidak terlatih ini,

sedikit sebanyak memberi kesan terhadap pengajaran guru-guru tersebut dan

pembelajaran murid-murid yang terlibat. Di sinilah pentingnya peranan pemimpin

kurikulum di sekolah. Kepimpinan mereka harus merangkumi aspek-aspek seperti

mengambil inisiatif, membantu dalam hal menentukan matlamat, memberi stimulasi

dan membantu menyalurkan bakat ataupun potensi manusia, menyokong guru

semasa perubahan berlaku dan membimbing dalam kegiatan komitmen kumpulan.

Mereka juga harus bertindak sebagai penyelia yang dapat meningkatkan

pembelajaran guru.

1.3 Pernyataan Masalah

Ketidakfahaman tentang proses dan konsep penyeliaan akan menyebabkan

penyeliaan diberikan tanggapan yang negatif oleh guru-guru dan dilihat sebagai

helah untuk mencari salah. Jika ini berlaku maka peranan guru besar sebagai

pemimpin pengajaran juga diragui dan dipersoalkan. Kekeliruan ini ditambah lagi

berikutan ada guru besar yang mendelegasikan fungsi menyelia kepada guru

penolong kanan yang juga diragui kemahiran dan kebolehan mereka di dalam

penyeliaan pengajaran. Berikutan dengan tindakan konsep dan amalan penyeliaan

sudah tergelincir dari konsep asasnya.

Kajian ini bertujuan untuk melihat tanggapan guru terhadap penyeliaan

pengajaran dan amalan pelaksanaan penyeliaan dalam kalangan guru di sekolah-

sekolah kebangsaan di daerah Kota Tinggi, Johor. Kajian ini juga turut meninjau

keberkesanan penyeliaan dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan

profesionalisme guru-guru di sekolah-sekolah kebangsaan di Kota Tinggi, Johor.

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’ · 46, Jalan Mentimun Dua, Taman Sri Perang, _____ ... D Surat Permohonan Menukar Tajuk Kajian 88 E Statistik Guru Sekolah Rendah Sekolah-sekolah

7

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk :

i) Mengenalpasti tanggapan guru-guru terhadap penyeliaan pengajaran

yang dilaksanakan di sekolah.

ii) Mengenalpasti amalan penyeliaan pengajaran yang dijalankan

di sekolah.

iii) Mengenalpasti keberkesanan amalan penyeliaan pengajaran terhadap

tahap profesionalisme guru.

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk menjawab persoalan berikut :

i) Apakah tanggapan guru-guru terhadap penyeliaan pengajaran yang

dilaksanakan di sekolah?

ii) Apakah amalan penyeliaan pengajaran yang dijalankan di sekolah?

iii) Apakah amalan penyeliaan pengajaran di sekolah dapat

meningkatkan profesionalisme guru?

.

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini penting untuk menjawab persoalan di atas dan seterusnya menjadi

panduan kepada guru dan guru besar sekolah.

i. Hasil kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan dan rujukan kepada guru

besar dalam mengadaptasikan fungsi penyeliaan pengajaran yang sebenar.

ii. Kajian diharap dapat dijadikan panduan untuk guru-guru memahami proses

penyeliaan pengajaran yang dipertanggungjawabkan kepada guru besar dan

pengetua. Dengan cara sedemikian diharapkan dapat mengikis tanggapan-

tanggapan negatif terhadap penyeliaan yang dilakukan oleh guru besar. Di

samping itu, memperkukuhkan hubungan profesionalisme antara guru besar

dan guru.

iii. Dapatan kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan oleh guru besar untuk

melaksanakan penyeliaan pengajaran ke arah pengurusan sekolah berkesan