mukadimah - universiti teknologi mara2.16 pengiraan purata nilai gred (png) dan himpunan purata...

26

Upload: others

Post on 24-Jan-2020

23 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MUKADIMAH - Universiti Teknologi MARA2.16 Pengiraan Purata Nilai Gred (PNG) dan Himpunan Purata Nilai Gred (HPNG) 14 2.17 Status Keputusan Peperiksaan 14 2.18 Penyata Keputusan Peperiksaan
Page 2: MUKADIMAH - Universiti Teknologi MARA2.16 Pengiraan Purata Nilai Gred (PNG) dan Himpunan Purata Nilai Gred (HPNG) 14 2.17 Status Keputusan Peperiksaan 14 2.18 Penyata Keputusan Peperiksaan

MUKADIMAH

Peraturan Akademik Universiti Teknologi MARAProgram Asasi (Edisi Pertama Tahun 2009)

Peraturan Akademik Program Asasi (Edisi Pertama) tahun 2009 ini telah diluluskanoleh Senat Universiti Teknologi MARA pada mesyuarat Senat ke-125 bertarikh 7 Mei2009. Pemakaiannya berkuatkuasa bermula Jun 2009 kepada semua pelajar programAsasi di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Program-program Asasi yang ditawarkan di UiTM pada masa ini ialah program AsasiUndang-Undang (PI005, PI006, PI007), Asasi Sains (PI080), Asasi Kejuruteraan(PI009) dan Asasi TESL (PI020).

Kelulusan dan pengesahan Lembaga Pengarah Universiti (LPU) diperolehi padamesyuarat LPU ke-103 bertarikh 15 September 2009.

i

Peraturan Akademik Program Asasi UiTM - Edisi Pertama 2009

Program Asasi Edisi 1 2009.qxd 12/21/2009 3:13 PM Page i

Page 3: MUKADIMAH - Universiti Teknologi MARA2.16 Pengiraan Purata Nilai Gred (PNG) dan Himpunan Purata Nilai Gred (HPNG) 14 2.17 Status Keputusan Peperiksaan 14 2.18 Penyata Keputusan Peperiksaan

TANGGUNGJAWAB PELAJAR

Pelajar perlu menyempurnakan tanggungjawab berikut untuk membolehkan Universitimemberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan.

1. Memahami, menghayati dan mematuhi segala peraturan yang digariskan dalamBuku Peraturan Akademik ini.

2. Mengambil tindakan sewajarnya bersesuaian dengan peraturan-peraturan yangdigariskan dalam Buku Peraturan Akademik ini iaitu:

a ) menyempurnakan semua keperluan akademik seperti yang termaktub dalamkurikulum Program Pengajian yang diikuti di Universiti.

b) membuat pra pendaftaran kursus dalam tempoh yang ditetapkan.c) membuat pendaftaran kursus dalam tempoh yang ditetapkan.d) membuat validasi pendaftaran kursus dalam tempoh yang ditetapkan.e) membayar yuran Universiti mengikut masa dan jumlah yang ditetapkan.f) menghadiri kuliah dan latihan amali yang ditetapkan oleh Universiti.

3. Mengambil tindakan proaktif untuk mendapatkan panduan dan nasihat daripadaPensyarah, Penasihat Akademik Pelajar, Ketua Program, Koordinator Program,staf pentadbiran dan pihak pengurusan Fakulti/UiTM Cawangan sekiranyaberhadapan dengan sebarang bentuk permasalahan.

4. Mengambil akauntabiliti sepenuhnya terhadap sebarang kesan ketidakpatuhanterhadap peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan.

ii

Peraturan Akademik Program Asasi UiTM - Edisi Pertama 2009

Program Asasi Edisi 1 2009.qxd 12/21/2009 3:13 PM Page ii

Page 4: MUKADIMAH - Universiti Teknologi MARA2.16 Pengiraan Purata Nilai Gred (PNG) dan Himpunan Purata Nilai Gred (HPNG) 14 2.17 Status Keputusan Peperiksaan 14 2.18 Penyata Keputusan Peperiksaan

KANDUNGAN

Mukadimah i

Tanggungjawab Pelajar ii

Kandungan iii

1. Pentakrifan 1

1.1 Universiti 11.2 Lembaga Pengarah Universiti 11.3 Naib Canselor 11.4 Timbalan Naib Canselor 11.5 Pendaftar 11.6 Bendahari 11.7 Gugusan Fakulti 11.8 Pengerusi Gugusan Fakulti 11.9 Fakulti 11.10 Dekan 21.11 Timbalan Dekan 21.12 Pusat Pengajian 21.13 Pengarah Pusat Pengajian 21.14 Staf Akademik 21.15 UiTM Cawangan 21.16 Pengarah Kampus 21.17 Pusat Pengajian Fakulti 21.18 Pengerusi Pusat Pengajian Fakulti 21.19 Program Pengajian 21.20 Ketua Program 31.21 Koordinator Program 31.22 Pelan Pengajian 31.23 Semester 31.24 Kursus 31.25 Senat 31.26 Lembaga Akademik Fakulti/Pusat Pengajian 31.27 Jawatankuasa Akademik UiTM Cawangan 41.28 Lembaga Tatatertib Pelajar 4

iii

Peraturan Akademik Program Asasi UiTM - Edisi Pertama 2009

Program Asasi Edisi 1 2009.qxd 12/21/2009 3:13 PM Page iii

Page 5: MUKADIMAH - Universiti Teknologi MARA2.16 Pengiraan Purata Nilai Gred (PNG) dan Himpunan Purata Nilai Gred (HPNG) 14 2.17 Status Keputusan Peperiksaan 14 2.18 Penyata Keputusan Peperiksaan

1.29 Pelajar 41.30 Gugur Taraf (GT) 51.31 Unit Kredit 51.32 Kurikulum Pengajian 5

1.32.1 Kursus Universiti 51.32.2 Kursus Fakulti/Program 51.32.3 Elektif 5

1.33 Kokurikulum 51.34 Penilaian 51.35 Peperiksaan 61.36 Peperiksaan Khas 61.37 Pemeriksa/Penilai 61.38 Pengawas Peperiksaan 61.39 Gred 61.40 Nilai Gred 61.41 Nilai Kredit 61.42 Purata Nilai Gred (PNG) 61.43 Himpunan Purata Nilai Gred (HPNG) 71.44 Tamat 71.45 Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan 71.46 Penyata Keputusan Penilaian 71.47 Transkrip 71.48 Cuti Khas 71.49 Tindakan Tatatertib 71.50 Penangguhan Pengajian 71.51 Penggantungan Pengajian 81.52 Penggantungan Sementara 81.53 Plagiarisme 81.54 Mod Pengajian Sepenuh Masa 81.55 Jurusan Khas 8

2.0 Peraturan dan Prosedur 9

2.1 Kemasukan Pelajar 92.2 Status Pelajar Universiti 92.3 Gugur Status Sebagai Pelajar 102.4 Keperluan Akademik 102.5 Tempoh Pengajian 102.6 Mod Pengajian 102.7 Penggantungan Pengajian 112.8 Pendaftaran Kursus 112.9 Pengesahan Pendaftaran Kursus 112.10 Kehadiran Pelajar 112.11 Kelayakan Menduduki Peperiksaan Akhir 12

iv

Peraturan Akademik Program Asasi UiTM - Edisi Pertama 2009

Program Asasi Edisi 1 2009.qxd 12/21/2009 3:13 PM Page iv

Page 6: MUKADIMAH - Universiti Teknologi MARA2.16 Pengiraan Purata Nilai Gred (PNG) dan Himpunan Purata Nilai Gred (HPNG) 14 2.17 Status Keputusan Peperiksaan 14 2.18 Penyata Keputusan Peperiksaan

2.12 Kebenaran Tidak Menduduki Peperiksaan Akhir 122.13 Tarikh Peperiksaan Akhir 132.14 Jadual Peperiksaan Akhir 132.15 Keputusan Peperiksaan dan Penilaian 132.16 Pengiraan Purata Nilai Gred (PNG) dan Himpunan

Purata Nilai Gred (HPNG) 142.17 Status Keputusan Peperiksaan 142.18 Penyata Keputusan Peperiksaan 152.19 Pelanggaran Kaedah Tatatertib Pelajar Bersabit Dengan

Peperiksaan dan Penilaian 152.20 Peperiksaan Semula 152.21 Rayuan Penyemakan Semula 162.22 Peperiksaan Khas 162.23 Jurusan Khas 172.24 Tamat Pengajian 17

PI005: Asasi Undang-Undang UiTMPI006: Asasi Undang-Undang UiTM (Trek Pantas)PI007: Asasi Undang-Undang KPTMPI009: Asasi KejuruteraanPI020: Asasi TESLPI080: Asasi Sains

Jadual 1 : Jadual Nilai Gred 18Jadual 2 : Tempoh Pengajian Program Asasi 19

v

Peraturan Akademik Program Asasi UiTM - Edisi Pertama 2009

Program Asasi Edisi 1 2009.qxd 12/21/2009 3:13 PM Page v

Page 7: MUKADIMAH - Universiti Teknologi MARA2.16 Pengiraan Purata Nilai Gred (PNG) dan Himpunan Purata Nilai Gred (HPNG) 14 2.17 Status Keputusan Peperiksaan 14 2.18 Penyata Keputusan Peperiksaan

vi

Program Asasi Edisi 1 2009.qxd 12/21/2009 3:13 PM Page vi

Page 8: MUKADIMAH - Universiti Teknologi MARA2.16 Pengiraan Purata Nilai Gred (PNG) dan Himpunan Purata Nilai Gred (HPNG) 14 2.17 Status Keputusan Peperiksaan 14 2.18 Penyata Keputusan Peperiksaan

1.0 PENTAKRIFAN

1.1 UniversitiUniversiti bermaksud Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang ditubuhkan dibawah Akta Universiti Teknologi MARA 1976 (Akta 173) Pindaan 2006.

1.2 Lembaga Pengarah UniversitiLembaga Pengarah Universiti terdiri dari ahli yang dilantik oleh Menteri dibawah Seksyen 13 Akta 173.

1.3 Naib CanselorNaib Canselor dilantik oleh Menteri sebagai Ketua Eksekutif Universiti dibawah Seksyen 20 Akta 173.

1.4 Timbalan Naib CanselorTimbalan Naib Canselor dilantik oleh Menteri di bawah Seksyen 20 (7A) Akta173.

1.5 PendaftarPendaftar ialah pegawai utama Pejabat Pendaftar Universiti yang dilantik olehLembaga Pengarah Universiti di bawah Seksyen 21 Akta 173.

1.6 BendahariBendahari ialah pegawai utama kewangan universiti yang dilantik olehLembaga Pengarah Universiti di bawah Seksyen 22 Akta 173.

1.7 Gugusan FakultiGugusan Fakulti ialah kumpulan Fakulti di Universiti mengikut tiga (3) bidangilmu iaitu Sains dan Teknologi; Perniagaan dan Pengurusan; dan Sains Sosialdan Kemanusiaan.

1.8 Pengerusi Gugusan FakultiPengerusi Gugusan Fakulti ialah individu yang dilantik oleh Naib Canseloruntuk mengetuai Gugusan Fakulti.

1.9 FakultiFakulti bermaksud mana-mana entiti akademik yang ditubuhkan di bawahSeksyen 8(1) Akta 173.

1

Peraturan Akademik Program Asasi UiTM - Edisi Pertama 2009

Program Asasi Edisi 1 2009.qxd 12/21/2009 3:13 PM Page 1

Page 9: MUKADIMAH - Universiti Teknologi MARA2.16 Pengiraan Purata Nilai Gred (PNG) dan Himpunan Purata Nilai Gred (HPNG) 14 2.17 Status Keputusan Peperiksaan 14 2.18 Penyata Keputusan Peperiksaan

1.10 DekanDekan ialah staf akademik yang dilantik oleh Naib Canselor untukmengetuai sesebuah Fakulti/Akademi di bawah Seksyen 8(2) Akta 173.

1.11 Timbalan DekanTimbalan Dekan ialah staf akademik yang dilantik oleh Naib Canselor untukmembantu tugas-tugas Dekan sesebuah Fakulti.

1.12 Pusat PengajianPusat Pengajian ialah Institut, Akademi atau Pusat yang ditubuhkan di bawahSeksyen 8(1) Akta 173.

1.13 Pengarah Pusat PengajianPengarah Pusat Pengajian ialah staf akademik yang dilantik oleh Naib Canseloruntuk mengetuai sesebuah Pusat Pengajian di bawah Seksyen 8(2) Akta 173.

1.14 Staf AkademikStaf Akademik ialah tenaga pengajar yang dilantik oleh pihak berkuasa melantikUniversiti, termasuklah profesor, profesor madya, pensyarah kanan, pensyarah,pensyarah muda, penolong pensyarah, dan juga individu lain yang digunakhidmat mengajar di Universiti.

1.15 UiTM CawanganUiTM Cawangan ialah cawangan Universiti yang ditubuhkan di bawah Seksyen7(1) Akta 173.

1.16 Pengarah KampusPengarah Kampus ialah staf akademik yang dilantik oleh Menteri sebagai KetuaPentadbiran dan Akademik UiTM Cawangan di bawah Seksyen 7(2) Akta 173.

1.17 Pusat Pengajian FakultiPusat Pengajian Fakulti ialah Pusat Pengajian yang ditubuhkan di peringkatfakulti oleh Universiti.

1.18 Pengerusi Pusat Pengajian FakultiPengerusi Pusat Pengajian Fakulti ialah staf akademik yang dilantik olehTimbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) untuk mengetuaisesebuah Pusat Pengajian Fakulti.

1.19 Program PengajianProgram Pengajian ialah program akademik yang telah ditetapkan olehKementerian Pengajian Tinggi dan dilaksanakan oleh Universiti bagipenganugerahan sijil program Asasi UiTM.

2

Peraturan Akademik Program Asasi UiTM - Edisi Pertama 2009

Program Asasi Edisi 1 2009.qxd 12/21/2009 3:13 PM Page 2

Page 10: MUKADIMAH - Universiti Teknologi MARA2.16 Pengiraan Purata Nilai Gred (PNG) dan Himpunan Purata Nilai Gred (HPNG) 14 2.17 Status Keputusan Peperiksaan 14 2.18 Penyata Keputusan Peperiksaan

1.20 Ketua ProgramKetua Program ialah staf akademik yang dilantik oleh Dekan/Pengarah Kampusuntuk mengetuai sesebuah Program Pengajian.

1.21 Koordinator ProgramKoordinator Program ialah staf akademik yang dilantik oleh Timbalan NaibCanselor (Akademik & Antarabangsa) untuk menyelaras sesuatu ProgramPengajian.

1.22 Pelan PengajianPelan Pengajian ialah komponen kurikulum dan tempoh pengajian yangmengandungi kursus-kursus yang ditetapkan untuk tujuan penganugerahan sijilAsasi UiTM.

1.23 SemesterSemester ialah sesi pengajian yang ditetapkan oleh Universiti seperti yang telahdigariskan oleh Kementerian.

1.24 KursusKursus ialah mata pelajaran atau semua bentuk latihan yang tersenarai dalampelan pengajian bagi sesuatu Program Pengajian.

1.25 SenatSenat ialah Senat Universiti yang ditubuhkan di bawah Seksyen 16A Akta 173untuk menasihati Lembaga Pengarah Universiti tentang segala perkaraakademik Universiti.

Keanggotaan Senat terdiri dari:

Naib Canselor - PengerusiTimbalan Naib Canselor - AhliDekan/Pengarah Pusat Pengajian - AhliTiga (3) Pengarah Kampus yang dilantik oleh - AhliNaib Canselor bagi tempoh dua (2) tahunTiga (3) anggota kanan akademik Universiti yang - Ahlidilantik oleh Naib Canselor bagi tempoh 2 (dua) tahunMana-mana orang lain yang dipilih (co-opted) oleh - AhliNaib CanselorPendaftar - Setiausaha

1.26 Lembaga Akademik Fakulti/Pusat PengajianLembaga Akademik Fakulti/Pusat Pengajian ialah badan yang bertanggung-jawab dalam hal ehwal akademik di Fakulti/Pusat Pengajian termasuk ProgramPengajian yang dijalankan di Kampus Cawangan.

3

Peraturan Akademik Program Asasi UiTM - Edisi Pertama 2009

Program Asasi Edisi 1 2009.qxd 12/21/2009 3:13 PM Page 3

Page 11: MUKADIMAH - Universiti Teknologi MARA2.16 Pengiraan Purata Nilai Gred (PNG) dan Himpunan Purata Nilai Gred (HPNG) 14 2.17 Status Keputusan Peperiksaan 14 2.18 Penyata Keputusan Peperiksaan

Keanggotaan Lembaga Akademik Fakulti/Pusat Pengajian terdiri daripada:

Dekan/Pengarah - PengerusiTimbalan Dekan/Timbalan Pengarah - AhliPengerusi Pusat Pengajian Fakulti - AhliKetua Program/Koordinator Program - AhliProfesor - Ahli(Tidak melebihi tiga (3) orang dilantik olehTimbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)bagi tempoh dua (2) tahun)Profesor Madya/Pensyarah - Ahli(Empat (4) orang dilantik oleh Timbalan Naib Canselor(Akademik & Antarabangsa) bagi tempoh dua (2) tahun)Penolong Pendaftar - Setiausaha

1.27 Jawatankuasa Akademik UiTM CawanganJawatankuasa Akademik UiTM Cawangan ialah badan yang bertanggungjawabdalam hal ehwal akademik di kampus cawangan.

Keanggotaan Jawatankuasa Akademik UiTM Cawangan terdiri daripada:

Pengarah Kampus - PengerusiTimbalan Pengarah Kampus - AhliKetua Program/Koordinator Program - AhliProfesor/Profesor Madya - Ahli(Tidak melebihi empat (4) orang dilantik olehTimbalan Naib Canselor (Akademik &Antarabangsa) bagi tempoh dua (2) tahun)Pensyarah - Ahli(Tiga (3) orang dilantik oleh Timbalan NaibCanselor (Akademik & Antarabangsa)bagi tempoh dua (2) tahun)Penolong Pendaftar - Setiausaha

1.28 Lembaga Tatatertib PelajarLembaga Tatatertib Pelajar ialah Lembaga yang ditubuhkan di bawah Seksyen5(1) Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174) untukmembicarakan kes tatatertib pelajar.

1.29 PelajarPelajar ialah individu yang mendaftar dengan Universiti untuk mengikutiProgram Pengajian yang ditawarkan setelah membayar yuran pengajian danmendaftar kursus.

4

Peraturan Akademik Program Asasi UiTM - Edisi Pertama 2009

Program Asasi Edisi 1 2009.qxd 12/21/2009 3:13 PM Page 4

Page 12: MUKADIMAH - Universiti Teknologi MARA2.16 Pengiraan Purata Nilai Gred (PNG) dan Himpunan Purata Nilai Gred (HPNG) 14 2.17 Status Keputusan Peperiksaan 14 2.18 Penyata Keputusan Peperiksaan

1.30 Gugur Taraf (GT)Status yang diberikan kepada pelajar yang gagal mendaftar kursus danmembayar yuran pengajian dalam tempoh yang ditetapkan pada setiap semester.

1.31 Unit KreditNilai beban bagi satu (1) unit kredit adalah bersamaan dengan empat puluh (40)jam belajar pelajar selama satu semester pengajian (14 minggu). Aktivitipembelajaran pelajar yang dikira sebagai satu nilai nominal diperolehi dari:

1.37.1 Satu (1) jam pertemuan rasmi secara kuliah (perkuliahan berjadual)setiap minggu untuk tempoh empat belas (14) minggu belajar

Dan/Atau

1.37.2 Dua (2) atau tiga (3) jam aktiviti pembelajaran berjadual/berpanduseperti:

1.37.2.1 tutorial/latihan1.37.2.2 kerja makmal

1.32 Kurikulum PengajianKurikulum Pengajian UiTM adalah merangkumi komponen berikut:

1.32.1 Kursus UniversitiKursus Universiti ialah kursus yang ditetapkan oleh Universiti sebagaikeperluan bagi memenuhi syarat penganugerahan sijil Asasi UiTM.

1.32.2 Kursus Fakulti/ProgramKursus Program ialah senarai kursus utama yang ditetapkan oleh fakultisebagai keperluan untuk memenuhi syarat penganugerahan Sijil Asasi.

1.32.3 ElektifKursus elektif ialah kursus pilihan bagi Program Pengajian. Kursus iniboleh diambil dari mana-mana Program Pengajian.

1.33 KokurikulumKokurikulum ialah aktiviti luar kuliah (sahsiah pelajar) yang ditetapkan olehUniversiti untuk memenuhi salah satu syarat penganugerahan Sijil Asasi.

1.34 PenilaianPenilaian ialah pengukuran terhadap pencapaian pelajar sama ada dalam bentukpeperiksaan, ujian bertulis, kerja-kerja makmal, bengkel, studio, medan,teknikal, projek, latihan ilmiah, latihan amali, latihan industri, praktikum,klinikal dan sebagainya.

5

Peraturan Akademik Program Asasi UiTM - Edisi Pertama 2009

Program Asasi Edisi 1 2009.qxd 12/21/2009 3:13 PM Page 5

Page 13: MUKADIMAH - Universiti Teknologi MARA2.16 Pengiraan Purata Nilai Gred (PNG) dan Himpunan Purata Nilai Gred (HPNG) 14 2.17 Status Keputusan Peperiksaan 14 2.18 Penyata Keputusan Peperiksaan

1.35 PeperiksaanPeperiksaan ialah ujian bertulis atau lisan atau sebarang tugasan, kerja-kerjabertulis atau kerja-kerja makmal/bengkel/studio/praktikum.

1.36 Peperiksaan KhasPeperiksaan Khas ialah ujian bertulis bagi kursus-kursus yang diambil secaraulangan oleh pelajar yang gagal atau tidak menduduki peperiksaan akhir dengankebenaran untuk membolehkan mereka menamatkan pengajian.

1.37 Pemeriksa/PenilaiPemeriksa/Penilai ialah staf akademik yang bertanggungjawab menjalankansebahagian atau semua tugas penilaian dan peperiksaan bagi sesuatu tempohtermasuk:

1.37.1 menentukan kaedah dan kualiti penilaian,

1.37.2 menyediakan kertas soalan, menyediakan skema jawapan danmemeriksa kertas jawapan, dan

1.37.3 menilai prestasi pelajar mengikut keperluan sesuatu kursus danmemberi gred.

1.38 Pengawas PeperiksaanPengawas Peperiksaan ialah staf akademik atau pegawai atau pembantupeperiksaan yang ditugaskan untuk mengawasi perjalanan sesuatu peperiksaanmengikut peraturan peperiksaan yang telah ditetapkan oleh Universiti.

1.39 GredGred ialah suatu nilai dalam bentuk abjad bagi menunjukkan prestasi pelajardalam sesuatu kursus (sila rujuk Jadual 1).

1.40 Nilai GredNilai Gred ialah suatu nilai dalam bentuk angka bagi menunjukkan prestasipelajar dalam sesuatu kursus (sila rujuk Jadual 1).

1.41 Nilai KreditNilai Kredit ialah angka hasil pendaraban nilai gred dengan unit kredit.

Nilai Kredit = (Nilai Gred) × (Unit Kredit)

1.42 Purata Nilai Gred (PNG)Purata Nilai Gred ialah sesuatu nilai pencapaian seseorang pelajar pada sesuatusemester yang dikira seperti berikut:

6

Peraturan Akademik Program Asasi UiTM - Edisi Pertama 2009

Program Asasi Edisi 1 2009.qxd 12/21/2009 3:13 PM Page 6

Page 14: MUKADIMAH - Universiti Teknologi MARA2.16 Pengiraan Purata Nilai Gred (PNG) dan Himpunan Purata Nilai Gred (HPNG) 14 2.17 Status Keputusan Peperiksaan 14 2.18 Penyata Keputusan Peperiksaan

Jumlah nilai kredit yang didaftarkan (attempted) dalam penilaian di sesuatu semesterPNG = ______________________________________________________

Jumlah unit kredit yang diperolehi dalam semester yang sama

1.43 Himpunan Purata Nilai Gred (HPNG)Himpunan Purata Nilai Gred ialah purata nilai gred yang diperolehi olehseseorang pelajar dalam semua peperiksaan yang telah diambil dan dikira sepertiberikut:

Jumlah nilai kredit yang didaftarkan (attempted) dalam penilaian di semua semesterHPNG = _______________________________________________________

Jumlah unit kredit yang diperolehi terkumpul dalam semua semester

1.44 TamatTamat ialah status yang diberi kepada pelajar setelah menyempurnakan dan lulussemua keperluan akademik serta memenuhi semua syarat yang telah ditetapkanoleh Universiti.

1.45 Penyata Kelayakan Menduduki PeperiksaanPenyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan ialah satu penyata yangmenyenaraikan semua kursus yang telah didaftarkan untuk membolehkanpelajar mengambil peperiksaan/dinilai pada sesuatu semester.

1.46 Penyata Keputusan PenilaianPenyata Keputusan Penilaian ialah satu penyata yang menyenaraikan maklumatterperinci keputusan penilaian bagi sesuatu semester.

1.47 TranskripTranskrip ialah penyata rasmi yang menyenaraikan keputusan penilaianterperinci sepanjang tempoh pengajian pelajar yang dikeluarkan oleh Universiti.

1.48 Cuti KhasCuti khas ialah cuti yang dipohon oleh pelajar untuk menangguh pengajian atassebab-sebab tertentu dan diluluskan oleh Lembaga Akademik Fakulti/PusatAsasi.

1.49 Tindakan TatatertibTindakan tatatertib ialah hukuman yang dijatuhkan oleh Lembaga TatatertibUniversiti ke atas pelajar yang melanggar Kaedah-Kaedah Institusi Pelajaran(Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1976 (Akta 174).

1.50 Penangguhan PengajianPenangguhan pengajian ialah penangguhan yang diberi kepada pelajar ataspersetujuan Universiti berdasarkan sebab-sebab tertentu.

7

Peraturan Akademik Program Asasi UiTM - Edisi Pertama 2009

Program Asasi Edisi 1 2009.qxd 12/21/2009 3:13 PM Page 7

Page 15: MUKADIMAH - Universiti Teknologi MARA2.16 Pengiraan Purata Nilai Gred (PNG) dan Himpunan Purata Nilai Gred (HPNG) 14 2.17 Status Keputusan Peperiksaan 14 2.18 Penyata Keputusan Peperiksaan

1.51 Penggantungan PengajianPenggantungan Pengajian ialah hukuman oleh Lembaga Tatatertib Universitiyang mengakibatkan pelajar tidak dibenarkan meneruskan pengajian dalamtempoh yang ditetapkan.

1.52 Penggantungan SementaraPenggantungan Sementara ialah status yang diberikan kepada:

1.52.1 pelajar yang gagal menghadiri perbicaraan Lembaga TatatertibUniversiti bagi sesuatu kesalahan tatatertib setelah diberitahu secaralisan dan bertulis.

1.52.2 pelajar yang gagal membayar denda/pampasan yang ditetapkanLembaga Tatatertib Universiti mengikut tempoh yang ditetapkan.

1.53 PlagiarismePlagiarisme ialah peniruan hasil kerja dan/atau pendapat orang lain sama adamenerusi bahan bercetak atau elektronik tanpa mengiktiraf atau membuatpengakuan akan sumbernya.

1.54 Mod Pengajian Sepenuh MasaMod sepenuh masa memerlukan pelajar mengikuti dan menamatkan ProgramPengajian dalam tempoh yang ditetapkan oleh Universiti.

1.55 Jurusan KhasPengajian pemantapan untuk menyediakan pelajar mengikuti program ijazahsarjana muda yang ditetapkan oleh Universiti.

8

Peraturan Akademik Program Asasi UiTM - Edisi Pertama 2009

Program Asasi Edisi 1 2009.qxd 12/21/2009 3:13 PM Page 8

Page 16: MUKADIMAH - Universiti Teknologi MARA2.16 Pengiraan Purata Nilai Gred (PNG) dan Himpunan Purata Nilai Gred (HPNG) 14 2.17 Status Keputusan Peperiksaan 14 2.18 Penyata Keputusan Peperiksaan

2.0 PERATURAN DAN PROSEDUR

2.1 KEMASUKAN PELAJAR

2.1.1 Syarat dan kelayakan masuk bagi program Asasi ditentukan olehLembaga Akademik Fakulti/Pusat Asasi dengan kelulusan Senat.

2.1.2 Pemilihan Pelajar untuk kemasukan ke Program Pengajian diperakukanoleh Fakulti.

2.1.3 Tawaran kemasukan untuk pelajar sepenuh masa dikeluarkan olehBahagian Pengambilan Pelajar dan ianya sah untuk semester berkenaansahaja.

2.1.4 Kemasukan pelajar baru bagi semua Program Pengajian adalah padapermulaan semester pengajian.

2.1.5 Pelajar tidak dibenarkan mendaftar lebih dari satu Program Pengajianpada suatu masa yang sama.

2.1.6 Pelajar yang gagal dan diberhentikan/gugur status sebagai pelajar tidakdibenarkan memohon semula Program Pengajian yang sama.

2.1.7 Pelajar yang diberhentikan atas tindakan tatatertib tidak dibenarkanmemohon kemasukan semula ke mana-mana program Universiti.

2.1.8 Pelajar yang menarik diri dari Universiti boleh memohon semula bagikemasukan ke Program Pengajian yang lain.

2.2 STATUS PELAJAR UNIVERSITI

2.2.1 Status pelajar Universiti tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

2.2.1.1 Mendaftar sebagai pelajar dengan Universiti untuk mengikutiProgram Pengajian pada tarikh pendaftaran rasmi yangditetapkan, dan

9

Peraturan Akademik Program Asasi UiTM - Edisi Pertama 2009

Program Asasi Edisi 1 2009.qxd 12/21/2009 3:13 PM Page 9

Page 17: MUKADIMAH - Universiti Teknologi MARA2.16 Pengiraan Purata Nilai Gred (PNG) dan Himpunan Purata Nilai Gred (HPNG) 14 2.17 Status Keputusan Peperiksaan 14 2.18 Penyata Keputusan Peperiksaan

2.2.1.2 Menjelaskan yuran pengajian tidak lewat dari tarikh pendaftaranrasmi yang ditetapkan, dan

2.2.1.3 Mendaftar kursus yang ditetapkan dalam Pelan Pengajian untuksemester berkenaan dalam tempoh yang ditetapkan.

2.2.2 Denda akan dikenakan kepada pelajar yang mendaftar dan membayaryuran pengajian lewat dari tarikh pendaftaran rasmi tanpa kebenaranUniversiti. Denda lewat ialah sebanyak RM30.00 dan ditambah sebanyakRM5.00 untuk setiap hari bekerja yang berikutnya.

2.3 GUGUR STATUS SEBAGAI PELAJAR

Pelajar akan diberikan status Gugur Taraf (GT) sekiranya tidak mematuhiperkara 2.2.1.

2.4 KEPERLUAN AKADEMIK

Pelajar program Asasi dikehendaki memenuhi semua keperluan akademikberikut:

2.4.1 Kurikulum Pengajian

Pelajar dikehendaki mendaftar dan lulus semua kursus dalam komponenberikut:

2.4.1.1 Kursus Universiti

2.4.1.2 Kursus Program

2.4.1.3 Kursus Elektif

2.5 TEMPOH PENGAJIAN

Tempoh pengajian bagi pelajar adalah seperti terkandung dalam Jadual 2.

2.6 MOD PENGAJIAN

Sepenuh Masa

10

Peraturan Akademik Program Asasi UiTM - Edisi Pertama 2009

Program Asasi Edisi 1 2009.qxd 12/21/2009 3:13 PM Page 10

Page 18: MUKADIMAH - Universiti Teknologi MARA2.16 Pengiraan Purata Nilai Gred (PNG) dan Himpunan Purata Nilai Gred (HPNG) 14 2.17 Status Keputusan Peperiksaan 14 2.18 Penyata Keputusan Peperiksaan

2.7 PENGGANTUNGAN PENGAJIAN

2.7.1 Pengajian seseorang pelajar boleh digantung oleh Universiti sebagaimanayang diperuntukkan dalam Akta 174 (Akta Institusi-Institusi Pelajaran(Tatatertib) 1976).

2.7.2 Penggantungan ini diambil kira sebagai tempoh pengajian.

2.8 PENDAFTARAN KURSUS

2.8.1 Pendaftaran kursus mestilah dilakukan secara online dengan mengikutproses-proses yang ditetapkan oleh Universiti.

2.8.2 Jumlah jam kredit pelajar Program Asasi adalah seperti yang diluluskanoleh Universiti.

2.9 PENGESAHAN PENDAFTARAN KURSUS

Pelajar dikehendaki membuat pengesahan pendaftaran kursus secara online danmencetak salinan pendaftaran kursus dalam tempoh empat belas (14) hariselepas tarikh akhir pengguguran kursus. Sekiranya pelajar tidak membuatpengesahan, pendaftaran kursus tersebut dengan sendirinya dianggap sah danmuktamad.

2.10 KEHADIRAN PELAJAR

2.10.1 Pelajar diwajibkan menghadiri kuliah serta aktiviti pembelajaran lainseperti bengkel/tutorial/makmal seperti yang ditetapkan dalamkurikulum.

2.10.2 Pelajar yang tidak mencapai kehadiran 80% dari jumlah jam temu untuksetiap kursus tanpa mendapat kebenaran bertulis dari Fakulti/Cawangan/Pusat Pengajian tidak dibenarkan menduduki peperiksaanakhir kursus. Bagi kursus yang tiada peperiksaan akhir, kerja kursustidak diberi penilaian. Pelajar akan diberi Gred F atau gagal denganstatus ZZ.

11

Peraturan Akademik Program Asasi UiTM - Edisi Pertama 2009

Program Asasi Edisi 1 2009.qxd 12/21/2009 3:13 PM Page 11

Page 19: MUKADIMAH - Universiti Teknologi MARA2.16 Pengiraan Purata Nilai Gred (PNG) dan Himpunan Purata Nilai Gred (HPNG) 14 2.17 Status Keputusan Peperiksaan 14 2.18 Penyata Keputusan Peperiksaan

2.11 KELAYAKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR

2.11.1 Pelajar perlu menyemak Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan(Sementara) yang dipaparkan dalam Gerbang Maklumat Pelajar UiTM(i-Student Portal). Sebarang pindaan hendaklah mendapat pengesahandaripada Ketua Program/Koordinator Program.

2.11.2 Pelajar mesti membuat pengesahan ke atas Penyata KelayakanMenduduki Peperiksaan (Sementara) melalui Gerbang MaklumatPelajar UiTM (i-Student Portal). Sekiranya pelajar gagal berbuatdemikian, penyata tersebut dengan sendirinya dianggap sah danmuktamad.

2.11.3 Cetakan Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan (Muktamad)dikeluarkan kepada pelajar selepas semua urusan pendaftaran kursusdan pengesahan Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan(Sementara) selesai. Sebarang pindaan tidak dibenarkan.

2.11.4 Pelajar yang gagal membawa Penyata Kelayakan MendudukiPeperiksaan bagi kursus yang melibatkan peperiksaan akhir tidakdibenarkan menduduki peperiksaan tersebut.

2.12 KEBENARAN TIDAK MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR

2.12.1 Permohonan untuk tidak menduduki peperiksaan akhir bagi sesuatukursus hendaklah dibuat kepada Dekan/Pengarah UiTMCawangan/Ketua Pusat Pengajian sebelum peperiksaan untuk kursustersebut dengan menyertakan dokumen/surat berkaitan.

2.12.2 Permohonan untuk tidak menduduki peperiksaan yang telah dijalankanbagi sesuatu kursus perlu dibuat kepada Dekan/Pengarah UiTMCawangan/Ketua Pusat Pengajian dalam masa 24 jam setelah tamatnyapeperiksaan kursus tersebut dengan menyertakan sijil sakit yangdikeluarkan oleh doktor dari Pusat Kesihatan UiTM/klinikkerajaan/pusat kesihatan kerajaan/hospital kerajaan/Pegawai Perubatandari Panel Perubatan majikan masing-masing.

2.12.3 Permohonan boleh dibuat secara bertulis atau menggunakan BorangHEA/RP/TMP-01[Kebenaran Tidak Menduduki Peperiksaan Akhir].

2.12.4 Jika permohonan diluluskan, pelajar akan diberi status XX bagi kursustersebut.

12

Peraturan Akademik Program Asasi UiTM - Edisi Pertama 2009

Program Asasi Edisi 1 2009.qxd 12/21/2009 3:13 PM Page 12

Page 20: MUKADIMAH - Universiti Teknologi MARA2.16 Pengiraan Purata Nilai Gred (PNG) dan Himpunan Purata Nilai Gred (HPNG) 14 2.17 Status Keputusan Peperiksaan 14 2.18 Penyata Keputusan Peperiksaan

2.12.5 Bagi permohonan yang tidak diluluskan, pelajar akan diberi status YYdi mana markah kerja kursus yang diberi sebelumnya tidak diambilkirabagi kursus tersebut.

2.12.6 Permohonan dipertimbangkan oleh Dekan/Pengarah UiTM Cawangan.

2.13 TARIKH PEPERIKSAAN AKHIR

Tarikh peperiksaan akhir diumumkan oleh Bahagian Hal Ehwal Peperiksaan.

2.14 JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR

2.14.1 Deraf Pertama Jadual Peperiksaan Akhir yang disediakan oleh BahagianHal Ehwal Peperiksaan diberikan kepada Fakulti/UiTM Cawangan/Pusat Pengajian/tidak lewat dari lima (5) minggu sebelum tarikhpeperiksaan bermula.

2.14.2 Sebarang pertembungan perlu dilaporkan oleh pelajar secara bertuliskepada Fakulti/UiTM Cawangan/Pusat Pengajian dalam tempoh tujuh(7) hari selepas deraf pertama jadual peperiksaan akhir dipamerkan.

2.14.3 Jadual muktamad Peperiksaan Akhir dipamerkan tidak lewat dari tiga(3) minggu sebelum tarikh peperiksaan bermula.

2.15 KEPUTUSAN PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN

2.15.1 Keputusan peperiksaan dan penilaian kursus diberi dalam bentuk greddan nilai gred (sila rujuk Jadual 1).

2.15.2 Keputusan bagi setiap kursus diberi status seperti berikut:

LU : LulusF1 : Gagal kursus kali pertama*FD : Tindakan disiplinXX : Tidak hadir peperiksaan dengan kebenaranYY : Tidak hadir peperiksaan tanpa kebenaranZZ : Tidak dibenarkan mengambil peperiksaan

Nota: 1. Bagi status FD, YY dan ZZ pelajar diberi nilai gred 0.00.2. * hanya untuk program 3 semester sahaja3. YY dan ZZ akan dikenakan denda RM100 untuk setiap kursus

13

Peraturan Akademik Program Asasi UiTM - Edisi Pertama 2009

Program Asasi Edisi 1 2009.qxd 12/21/2009 3:13 PM Page 13

Page 21: MUKADIMAH - Universiti Teknologi MARA2.16 Pengiraan Purata Nilai Gred (PNG) dan Himpunan Purata Nilai Gred (HPNG) 14 2.17 Status Keputusan Peperiksaan 14 2.18 Penyata Keputusan Peperiksaan

2.16 PENGIRAAN PURATA NILAI GRED (PNG) DAN HIMPUNANPURATA NILAI GRED (HPNG)

2.16.1 Keputusan Peperiksaan Akhir dan Penilaian pelajar di penghujungsetiap semester disertakan dengan Purata Nilai Gred (PNG) danHimpunan Purata Nilai Gred (HPNG) yang memberikan gambarantentang pencapaian pelajar.

2.16.2 Pengiraan HPNG terakhir adalah berdasarkan kepada ketetapanprogram masing-masing.

2.17 STATUS KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

Berdasarkan kepada pencapaian HPNG, pelajar diberi status keputusanpeperiksaan seperti berikut:

TM : TamatLU : LulusP : Perhatian (Tidak Memuaskan)*D : Gagal dan Diberhentikan

2.17.1 Status Lulus (LU) dan Tamat (TM) Pelajar dianugerahkan kepadapelajar yang mencapai prestasi yang memuaskan.

2.17.2 Status Perhatian (P)* diberikan kepada pelajar yang mencapai prestasiyang tidak memuaskan dan dibahagikan kepada:

P1 : Perhatian Pertama - memperolehi HPNG di antara 1.80sehingga 1.99 pada sesuatu semester.

P2 : Perhatian Kedua - memperolehi HPNG kurang daripada 2.00selepas mendapat P1 pada semesterterakhir sebelumnya.

2.17.3 Status Pemberhentian (D) diberikan kepada pelajar yang mencapaiprestasi yang amat tidak memuaskan dan dibahagikan kepada:

D1 : HPNG kurang daripada 1.80D2 : HPNG kurang daripada 1.80 selepas status P1*D3 : HPNG kurang daripada 2.00 selepas status P2*D4 : Gagal dalam sesuatu kursus bagi kali ketiga *D5 : HPNG kurang daripada 2.00 pada penghujung tempoh

pengajian dan masih mempunyai kursus yang belum disempurnakan.

14

Peraturan Akademik Program Asasi UiTM - Edisi Pertama 2009

Program Asasi Edisi 1 2009.qxd 12/21/2009 3:13 PM Page 14

Page 22: MUKADIMAH - Universiti Teknologi MARA2.16 Pengiraan Purata Nilai Gred (PNG) dan Himpunan Purata Nilai Gred (HPNG) 14 2.17 Status Keputusan Peperiksaan 14 2.18 Penyata Keputusan Peperiksaan

D6 : Lulus semua kursus yang dikehendaki oleh sesuatu program dan memenuhi semua keperluan program tetapi memperolehi HPNG kurang daripada 2.00.

D7 : Tidak menduduki peperiksaan bagi semua kursus terdaftar pada semester tersebut tanpa kelulusan Universiti.

Nota: * hanya bagi program 3 semester sahaja.

2.18 PENYATA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

2.18.1 Penyata bagi keputusan peperiksaan yang telah disahkan oleh Senatakan dikeluarkan oleh Bahagian Hal Ehwal Peperiksaan.

2.18.2 Universiti berhak menahan Penyata Keputusan Peperiksaan sekiranyapelajar gagal mematuhi mana-mana peraturan yang ditetapkan olehUniversiti.

2.19 PERLANGGARAN KAEDAH TATATERTIB PELAJAR BERSABITDENGAN PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN

2.19.1 Pelajar yang didapati bersalah di bawah Kaedah 3 (j), 3 (k) dan Kaedah5, Kaedah-Kaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1976,akan dihukum mengikut keputusan pihak berkuasa Lembaga TatatertibUniversiti.

2.19.2 Pelajar yang disabitkan kesalahan di atas mengikut keputusan LembagaTatatertib Universiti boleh diberi Gred F atau gagal dengan status FDoleh Senat.

2.19.3 Pelajar yang telah terbukti melakukan plagiarisme dalam projekilmiah/tugasan akan digagalkan dalam kursus tersebut dan diberi gred Fatau gagal dengan status FD oleh Senat.

2.20 PEPERIKSAAN SEMULA

Universiti berhak mengadakan peperiksaan semula pada bila-bila masasekiranya perlu dalam keadaan berikut:

2.20.1 Berlaku kebocoran soalan peperiksaan akhir.

2.20.2 Calon tidak dapat menduduki peperiksaan akhir kerana bencana alam.

2.20.3 Arahan Naib Canselor.

15

Peraturan Akademik Program Asasi UiTM - Edisi Pertama 2009

Program Asasi Edisi 1 2009.qxd 12/21/2009 3:13 PM Page 15

Page 23: MUKADIMAH - Universiti Teknologi MARA2.16 Pengiraan Purata Nilai Gred (PNG) dan Himpunan Purata Nilai Gred (HPNG) 14 2.17 Status Keputusan Peperiksaan 14 2.18 Penyata Keputusan Peperiksaan

2.21 RAYUAN PENYEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

2.21.1 Pelajar boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusanpeperiksaan bagi sesuatu kursus. Semakan semula hanya bolehdilakukan bagi kursus yang mempunyai peperiksaan akhir sahajadengan menyemak skrip jawapan peperiksaan akhir pelajar untukkursus berkenaan.

2.21.2 Rayuan perlu dikemukakan kepada Lembaga AkademikFakulti/Jawatankuasa Akademik Cawangan dengan menggunakanBorang BHEPep(KP-R)2005-1 [Rayuan Peperiksaan UiTM(Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan)] dalam tempoh empatbelas (14) hari selepas tarikh keputusan peperiksaan diumumkan secararasmi.

2.21.3 Setiap permohonan dikenakan bayaran RM50.00 bagi setiap satukursus.

2.21.4 Rayuan penyemakan semula skrip jawapan untuk Peperiksaan Khasadalah tidak dibenarkan.

2.21.5 Keputusan terhadap rayuan akan diumumkan dalam tempoh empatbelas (14) hari bekerja daripada tarikh rayuan ditutup. Keputusan yangdiumumkan adalah muktamad.

2.22 PEPERIKSAAN KHAS

2.22.1 Peperiksaan Khas boleh diadakan bagi kursus yang ada peperiksaanakhir secara bertulis untuk membolehkan pelajar menamatkanpengajian mereka dalam tempoh pengajian yang ditetapkan.

2.22.2 Pelajar yang dibenarkan mengambil Peperiksaan Khas ialah:

2.22.2.1 Pelajar semester akhir yang berstatus lulus tetapi gagal dalammana-mana kursus mengikut syarat program dan jumlahnyatidak melebihi dua kursus.

2.22.2.2 Pelajar semester akhir yang tidak dapat mendudukipeperiksaan bagi satu atau dua kursus kerana disahkan sakitoleh pegawai perubatan Universiti atau hospital kerajaan.Pelajar harus disahkan status XX untuk kursus tersebut olehLembaga Akademik Fakulti/Jawatankuasa Akademik UiTMCawangan.

16

Peraturan Akademik Program Asasi UiTM - Edisi Pertama 2009

Program Asasi Edisi 1 2009.qxd 12/21/2009 3:13 PM Page 16

Page 24: MUKADIMAH - Universiti Teknologi MARA2.16 Pengiraan Purata Nilai Gred (PNG) dan Himpunan Purata Nilai Gred (HPNG) 14 2.17 Status Keputusan Peperiksaan 14 2.18 Penyata Keputusan Peperiksaan

2.22.2.3 Pelajar semester akhir yang berstatus lulus tetapi gagal dalamsatu atau dua kursus sahaja kerana dijatuhkan hukumantatatertib dengan Gred F atau gagal oleh Senat tanpapenggantungan pengajian.

2.22.2.4 Yuran Peperiksaan Khas ialah RM100.00 untuk setiapkursus.

2.23 JURUSAN KHAS

2.23.1 Ditawarkan kepada pelajar berdasarkan HPNG akhir yang memnuhisyarat Universiti.

2.23.2 Dijalankan oleh fakulti berkenaan yang menawarkan program ijazahsarjana muda untuk tujuan persediaan dan pemantapan.

2.23.3 Dijalankan selama tempoh yang ditetapkan selepas peperiksaansemester akhir.

2.24 TAMAT PENGAJIAN

2.24.1 Pelajar Program Asasi tamat pengajian dengan syarat-syarat berikut:

2.24.1.1 Memperolehi HPNG sekurang-kurangnya 2.00; dan

2.24.1.2 Lulus dalam semua kursus yang ditetapkan dalam ProgramPengajian ; dan

2.24.1.3 Memenuhi semua syarat dan keperluan Universiti; dan

2.24.1.4 Diperakukan oleh Senat.

2.24.2 Transkrip

2.24.2.1 Transkrip diberikan kepada pelajar setelah tamat sesuatuProgram Pengajian.

2.24.2.2 Pelajar yang berhenti/diberhentikan dari Universiti bolehmemohon transkrip dengan kadar bayaran yang ditetapkan.

17

Peraturan Akademik Program Asasi UiTM - Edisi Pertama 2009

Program Asasi Edisi 1 2009.qxd 12/21/2009 3:13 PM Page 17

Page 25: MUKADIMAH - Universiti Teknologi MARA2.16 Pengiraan Purata Nilai Gred (PNG) dan Himpunan Purata Nilai Gred (HPNG) 14 2.17 Status Keputusan Peperiksaan 14 2.18 Penyata Keputusan Peperiksaan

18

Peraturan Akademik Program Asasi UiTM - Edisi Pertama 2009

Jadual 1: Jadual Nilai Gred

a) Program PI080 (Asasi Sains) dan PI009 (Asasi Kejuruteraan)

90 - 100 A+ 4.00 Lulus

76 - 89 A 4.00 Lulus

72 - 75 A- 3.67 Lulus

68 - 71 B+ 3.33 Lulus

64 - 67 B 3.00 Lulus

60 - 63 B- 2.67 Lulus

55 - 59 C+ 2.33 Lulus

50 - 54 C 2.00 Lulus

45 - 49 C- 1.67 Gagal

40 - 44 D 1.33 Gagal

35 - 39 E 0.67 Gagal

0 - 34 F 0.00 Gagal

MARKAH GRED NILAI GRED STATUS

b) Program PI005, PI006, PI007 (semua Asasi Undang-Undang) dan PI020(Asasi TESL)

90 - 100 A+ 4.00 Lulus

80 - 89 A 4.00 Lulus

75 - 79 A- 3.67 Lulus

70 - 74 B+ 3.33 Lulus

65 - 69 B 3.00 Lulus

60 - 64 B- 2.67 Lulus

55 - 59 C+ 2.33 Lulus

50 - 54 C 2.00 Lulus

47 - 49 C- 1.67 Gagal

44 - 46 D+ 1.33 Gagal

40 - 43 D 1.00 Gagal

30 - 39 E 0.67 Gagal

0 - 29 F 0.00 Gagal

MARKAH GRED NILAI GRED STATUS

Program Asasi Edisi 1 2009.qxd 12/21/2009 3:13 PM Page 18

Page 26: MUKADIMAH - Universiti Teknologi MARA2.16 Pengiraan Purata Nilai Gred (PNG) dan Himpunan Purata Nilai Gred (HPNG) 14 2.17 Status Keputusan Peperiksaan 14 2.18 Penyata Keputusan Peperiksaan

19

Peraturan Akademik Program Asasi UiTM - Edisi Pertama 2009

Jadual 2: Tempoh Pengajian Program Asasi

PI005 - Asasi Undang-Undang UiTM 3 semester

PI006 - Asasi Undang-Undang, UiTM (Trek Pantas) 2 semester

PI007 - Asasi Undang-Undang, KPTM 2 semester

PI009 - Asasi Kejuruteraan 2 semester

PI020 - Asasi TESL 2 semester

PI080 - Asasi Sains 2 semester

PROGRAM PENGAJIAN TEMPOH PENGAJIAN

Program Asasi Edisi 1 2009.qxd 12/21/2009 3:13 PM Page 19