borang pengesahan status tesis - fp.utm.my fileajar dan nasihat serta buah fikiran yang membina...

26
PSZ 19 : 16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa /organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA BAGI LUKISAN KEJURUTERAAN ( PANDANGAN KERATAN ) SESI PENGAJIAN : 2005/2006 Saya ZULKEFLI BIN MOHAMAD (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/ Doktor falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi malaysia. 2. Perpustakaan Universiti teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tanda () (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: Lot 6650, Taman Sri Maulana, PROF. MADYA DR RIO SUMARNI BT SHARIFFUDIN 26600 Pekan, Pahang. Nama Penyelia Tarikh : 14 April 2006 Tarikh : 14 April 2006

Upload: truongnga

Post on 08-Jul-2019

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileajar dan nasihat serta buah fikiran yang membina sepanjang dibawah bimbingan beliau. Akhir sekali tidak ketinggalan pada rakan-rakan

PSZ 19 : 16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

√ CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa /organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan

penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA

BAGI LUKISAN KEJURUTERAAN

( PANDANGAN KERATAN )

SESI PENGAJIAN : 2005/2006

Saya ZULKEFLI BIN MOHAMAD

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/ Doktor falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi malaysia. 2. Perpustakaan Universiti teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tanda (√) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan)

√ TIDAK TERHAD Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap:

Lot 6650, Taman Sri Maulana, PROF. MADYA DR RIO SUMARNI BT SHARIFFUDIN 26600 Pekan, Pahang. Nama Penyelia Tarikh : 14 April 2006 Tarikh : 14 April 2006

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileajar dan nasihat serta buah fikiran yang membina sepanjang dibawah bimbingan beliau. Akhir sekali tidak ketinggalan pada rakan-rakan

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal).”

Tandatangan : …………………………………………….

Nama Penyelia : Prof. Madya Dr. Rio Sumarni Bt Shariffudin

Tarikh : 14 April 2006

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileajar dan nasihat serta buah fikiran yang membina sepanjang dibawah bimbingan beliau. Akhir sekali tidak ketinggalan pada rakan-rakan

PEMBINAAN PERISIAN MULTIMEDIA

BAGI LUKISAN KEJURUTERAAN

(PANDANGAN KERATAN)

ZULKEFLI BIN MOHAMAD

PROJEK INI DIKEMUKAKAN SEBAGAI MEMENUHI

SYARAT PENGANUGERAHAN IJAZAH

SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN

(KEJURUTERAAN MEKANIKAL)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

2006

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileajar dan nasihat serta buah fikiran yang membina sepanjang dibawah bimbingan beliau. Akhir sekali tidak ketinggalan pada rakan-rakan

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan :………………………………………………….

Nama Penulis : ZULKEFLI BIN MOHAMAD

Tarikh : 14 April 2006

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileajar dan nasihat serta buah fikiran yang membina sepanjang dibawah bimbingan beliau. Akhir sekali tidak ketinggalan pada rakan-rakan

iii

“Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Penyayang

serta selawat dan salam buat Nabi junjungan”

Teristimewa

Untuk ma dan abah yang tercinta

“terima kasih atas segala doa, restu yang diberikan”

Untuk keluarga yang di kasihi

“terima kasih tak terhingga atas segala pengorbanan”

Buat teman-teman seperjuangan

“hanya Tuhan yang dapat membalas jasa kalian”

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileajar dan nasihat serta buah fikiran yang membina sepanjang dibawah bimbingan beliau. Akhir sekali tidak ketinggalan pada rakan-rakan

iv

PENGHARGAAN

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang”

Setinggi-tinggi pujian dan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana dengan

izinNya dapat saya menyempurnakan projek ini sebagaimana yang dikehendaki.

Salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Saya mengucapkan jutaan

terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah pembimbing Projek

Sarjana Muda , Prof. Madya Dr Rio Sumarni binti Shariffudin diatas segala tunjuk

ajar dan nasihat serta buah fikiran yang membina sepanjang dibawah bimbingan

beliau.

Akhir sekali tidak ketinggalan pada rakan-rakan seperjuangan dan semua

pihak yang telah banyak memberi apa jua kerjasama, idea dan bantuan samada secara

langsung atau tidak lansung dalam menjayakan projek ini.

Terima kasih buat semua.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileajar dan nasihat serta buah fikiran yang membina sepanjang dibawah bimbingan beliau. Akhir sekali tidak ketinggalan pada rakan-rakan

v

ABSTRAK

Dalam era teknologi maklumat penggunaan perisian multimedia sebagai

Bahan Bantu Mengajar dan Belajar telah menjadi satu kaedah yang penting.

Sehubungan dengan itu, pembinaan perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer

(PPBK) bagi Lukisan Kejuruteraan akan menambahkan lagi perisian yang sedia ada.

Tajuk perisian multimedia yang telah dibangunkan ini ialah Pandangan Keratan

dengan Bahasa Malaysia adalah bahasa perantaraannya. Perisian ini dibangunkan

khusus untuk pelajar-pelajar Tingkatan 5 di Sekolah Menengah Teknik dan

Vokasional dan juga Sekolah Menengah Akademik yang menawarkan mata pelajaran

Lukisan Kejuruteraan. Perisian multimedia ini telah dibangunkan dengan gabungan

beberapa perisian seperti Macromedia Flash, Adobe Photoshop cs8, Swish Max dan

Sound Forge 5. Perisian ini telah dipakejkan dalam bentuk cakera padat (CD) bagi

memudahkan lagi penggunaannya. Di harapkan perisian ini dapat membantu

mempertingkatkan lagi mutu Pengajaran dan pembelajaran (P&P) sejajar dengan

perkembangan teknologi masa kini.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileajar dan nasihat serta buah fikiran yang membina sepanjang dibawah bimbingan beliau. Akhir sekali tidak ketinggalan pada rakan-rakan

vi

ABSTRACT

In this Era of information technology, the use of multimedia software as a

teaching and learning tool has been seen as most important teaching method .

Therefore, the development of this Computer Assisted Learning (CAL) software for

Engineering Drawing subject, will make available more software that already have.

The title of this multimedia courseware is Sectional view with Bahasa Malaysia is

used as a medium of instructions. This courseware is developed specially for Form 5

students, at Technical and Vocational Schools, and also the Academic Schools which

offer Engineering Drawing subject. This software has been developed using several

software such as Macromedia Flash, Adobe Photoshop cs8, Swish Max and Sound

Forge 5. This courseware is easy to use as it is packaged into a CD. Last but not

least, it is hope that this courseware will help to improve the quality of the teaching

and learning process in line with the development of the technologies.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileajar dan nasihat serta buah fikiran yang membina sepanjang dibawah bimbingan beliau. Akhir sekali tidak ketinggalan pada rakan-rakan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKASURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI JADUAL xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAB I PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Penyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 7

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileajar dan nasihat serta buah fikiran yang membina sepanjang dibawah bimbingan beliau. Akhir sekali tidak ketinggalan pada rakan-rakan

viii

1.5 Kepentingan Kajian 7

1.6 Rasional Pemilihan Tajuk 8

BAB PERKARA MUKASURAT

1.7 Skop Kajian 9

1.8 Definisi Terminologi 9

1.8.1 Lukisan Kejuruteraan 9

1.8.2 Pembelajaran Berbantu Komputer 9

1.8.3 Multimedia 10

1.8.4 Perisian 11

1.8.5 Interaktif 11

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 12

2.2 Proses Pembelajaran 12

2.3 Teori Pengajaran dan Pembelajaran 13

2.3.1 Teori Tingkah laku (Behaviorisme) 14

2.3.1.1 Aplikasi Prinsip Teori Tingkah laku

dalam Reka Bentuk Pembinaan PBK 15

2.3.2 Teori Kognitif (Kognitivisme) 16

2.3.2.1 Aplikasi Prinsip Teori Kognitif

dalam Reka Bentuk Pembinaan PBK 17

2.3.3 Teori Konstruktif 18

2.3.3.1 Aplikasi Prinsip Teori Konstruktif

dalam reka bentuk Pembinaan PBK 20

2.3.4 Teori Component Display 21

2.3.4.1 Aplikasi Teori Component Display

dalam PBK. 22

2.4 Teori - Teori Berkaitan Pendekatan Multimedia 23

2.5 Kajian penggunaan Multimedia Interaktif dalam

Pembelajaran 24

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileajar dan nasihat serta buah fikiran yang membina sepanjang dibawah bimbingan beliau. Akhir sekali tidak ketinggalan pada rakan-rakan

ix

2.6 Kajian Keberkesanan Media Pengajaran Berasaskan

Komputer Dalam Proses Pembelajaran 25

BAB PERKARA MUKASURAT

2.7 Kajian Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran

Berbantu Komputer (PPBK) 27

2.8 Rumusan Keberkesanan Pengajaran Dan Pembelajaran

Berasaskan Komputer 28

2.9 Multimedia 28

2.9.1 Elemen-Elemen Dalam Multimedia 30

2.9.1.1 Teks 31

2.9.1.2 Grafik 32

2.9.1.3 Audio 32

2.9.1.4 Video 33

2.9.1.5 Animasi 33

2.10 Interaktiviti dalam Multimedia 33

2.10.1 Hiperteks 34

2.10.2 Hipermedia 35

2.11 Aplikasi dan peralatan multimedia. 35

2.11.1 Aplikasi berasaskan teks 35

2.11.2 Peralatan aplikasi interaktif 35

BAB III METODOLOGI

3.1 Pengenalan 36

3.2 Model Reka Bentuk 36

3.3 Model ADDIE 37

3.3.1 Fasa Analisis 38

3.3.2 Fasa Rekabentuk 40

3.3.2.1 Pembentukan Objektif 40

3.3.2.2 Pembentukan item-item ujian 41

3.3.2.3 Pemilihan Strategi 42

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileajar dan nasihat serta buah fikiran yang membina sepanjang dibawah bimbingan beliau. Akhir sekali tidak ketinggalan pada rakan-rakan

x

3.3.2.4 Kesesuaian Sistem Multimedia 43

3.3.2.5 Teks 43

BAB PERKARA MUKASURAT

3.3.2.6 Grafik 44

3.3.2.7 Animasi 44

3.3.2.8 Audio 45

3.3.3 Fasa Pembangunan 46

3.3.3.1 Penggunaan Perisian 46

3.3.3.2 Perkakasan 47

3.3.3.3 Papan Cerita (Story Board) 48

3.3.3.4 Carta alir reka bentuk perisian 48

3.3.3.4.1 Pendahuluan 49

3.3.4.4.2 Pengenalan 50

3.3.3.4.3 Konsep Keratan 51

3.3.3.4.4 Jenis Keratan 52

3.3.3.4.5 Aplikasi 53

3.3.3.4.6 Latihan 54

3.3.4 Fasa Pelaksanaan 55

3.3.5 Fasa Penilaian 55

3.3.5.1 Penilaian Formatif 56

3.3.5.2 Penilaian Sumatif 56

3.3.5.3 Instrumen Penilaian 57

BAB IV REKABENTUK PERISIAN

4.1 Pengenalan 58

4.2 Pakej Perisian 58

4.3 Cara Penggunaan Perisian. 59

4.4 Struktur Asas dan Kandungan Perisian 59

4.5 Permulaan Perisian 60

4.6 Menu Utama 61

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileajar dan nasihat serta buah fikiran yang membina sepanjang dibawah bimbingan beliau. Akhir sekali tidak ketinggalan pada rakan-rakan

xi

4.7 Paparan Menu Objektif 61

4.8 Paparan Menu Pengenalan 62

BAB PERKARA MUKASURAT

4.9 Paparan Menu Konsep 63

4.9.1 Satah Pemotongan 63

4.9.2 Garisan Satah Pemotongan 63

4.9.3 Muka Keratan 64

4.9.4 Garisan Keratan 65

4.10 Paparan Menu Jenis keratan 65

4.10.1 Keratan Penuh 65

4.10.2 Keratan Separuh 66

4.10.3 Keratan Terofset 67

4.10.4 Keratan Sebahagian 68

4.10.5 Keratan Teralih 69

4.10.6 Keratan Terputar 69

4.10.7 Keratan Terjajar 69

4.10.8 Keratan Web 70

4.11 Paparan Menu Aplikasi Pandangan Keratan 70

4.11.1 Aplikasi Pandangan Keratan bagi Tapak Mesin 70

4.11.2 Aplikasi Pandangan Keratan bagi Penutup Mesin 71

4.12 Paparan Menu Latihan 72

4.13 Keluar Perisian 73

4.14 Analisis Data Penilaian Perisian 73

4.14.1 Item Pendidikan Dalam Perisian 74

4.14.2 Item Gaya persembahan 75

4.14.3 Item Pendekatan Navigasi Dan Arahan 76

4.14.4 Item Penggunaan Bahasa 77

4.15 Kesimpulan 77

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileajar dan nasihat serta buah fikiran yang membina sepanjang dibawah bimbingan beliau. Akhir sekali tidak ketinggalan pada rakan-rakan

xii

5.1 Pengenalan 78

5.2 Perbincangan 78

BAB PERKARA MUKASURAT

5.3 Rumusan 80

5.4 Cadangan 81

5.5 Penutup 82

RUJUKAN 83

LAMPIRAN 88

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileajar dan nasihat serta buah fikiran yang membina sepanjang dibawah bimbingan beliau. Akhir sekali tidak ketinggalan pada rakan-rakan

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

Rajah 3.1 Aliran kerja Model ADDIE 38

Rajah 3.2 Carta alir pengaliran perisian. 49

Rajah 3.3 Carta alir menu utama 50

Rajah 3.4 Carta alir konsep keratan 51

Rajah 3.5 Carta alir jenis keratan 52

Rajah 3.6 Carta alir aplikasi 53

Rajah 3.7 Carta alir latihan 54

Rajah 4.1 Montaj Permulaan 59

Rajah 4.2 Paparan Halaman Menu Utama 59

Rajah 4.3 Paparan Menu Objektif 61

Rajah 4.4 Paparan Menu Pengenalan. 61

Rajah 4.5 Satah Pemotongan 62

Rajah 4.6 Garisan Satah Pemotongan 63

Rajah 4.7 Muka Keratan 63

Rajah 4.8 Garisan Keratan 64

Rajah 4.9 Keratan Penuh 65

Rajah 4.10 Keratan Separuh 65

Rajah 4.11 Keratan Terofset 66

Rajah 4.12 Keratan Sebahagian 66

Rajah 4.13 Keratan Teralih 67

Rajah 4.14 Keratan Terputar 68

Rajah 4.15 Keratan Terjajar 68

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileajar dan nasihat serta buah fikiran yang membina sepanjang dibawah bimbingan beliau. Akhir sekali tidak ketinggalan pada rakan-rakan

xiv

Rajah 4.16 Keratan Web 69

Rajah 4.17 Aplikasi Pandangan Keratan Tapak Mesin 70

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

Rajah 4.17 Aplikasi Pandangan Keratan Penutup Mesin 70

Rajah 4.18 Latihan 1 71

Rajah 4.19 Latihan 2 71

Rajah 4.20 Jawapan 71

Rajah 4.21 Halaman Penutup 72

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileajar dan nasihat serta buah fikiran yang membina sepanjang dibawah bimbingan beliau. Akhir sekali tidak ketinggalan pada rakan-rakan

xv

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

Jadual 3.1 Pengkelasan Skala Likert lima mata kepada skala tiga mata 56

Jadual 4.1 Peratus Item Pendidikan Dalam Perisian 73

Jadual 4.2 Peratus Item Gaya persembahan 74

Jadual 4.3 Peratus Item Pendekatan Navigasi Dan Arahan 75

Jadual 3.5 Peratus Item Penggunaan Bahasa 76

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileajar dan nasihat serta buah fikiran yang membina sepanjang dibawah bimbingan beliau. Akhir sekali tidak ketinggalan pada rakan-rakan

xvi

SENARAI LAMPIRAN

NO. LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A BORANG SOAL SELIDIK 89

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileajar dan nasihat serta buah fikiran yang membina sepanjang dibawah bimbingan beliau. Akhir sekali tidak ketinggalan pada rakan-rakan

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Pendidikan yang sistematik dan berteknologi merupakan komponen yang

sangat penting bagi melahirkan masyarakat Malaysia yang berpengetahuan serta

berkemahiran tinggi. Bagi merealisasikan matlamat itu Kementerian Pendidikan

Malaysia sentiasa mencari alternatif baru bagi mempelbagaikan kaedah pengajaran

dan pembelajaran.

Dengan perkembangan teknologi masa kini pendidikan di Malaysia

mengalami satu reformasi pendidikan yang menyeluruh. Pengenalan sekolah bestari

(Smart School) adalah sejajar dengan reformasi sistem pendidikan negara yang

menitik beratkan kepentingan teknologi maklumat dan perkembangan teknologi

multimedia. Konsep sekolah bestari memberi penekanan kepada penggunaan

komputer untuk membantu mencapai matlamat pembelajaran.

Sebagai permulaan, di peringkat sekolah pembelajaran berbantukan komputer

(PBK) diperkenalkan. Penggunaan PBK dan multimedia dalam proses pembelajaran

dan pengajaran di sekolah dan institusi pendidikan yang lain menjadi semakin pesat..

Menyedari akan kepentingan bidang pendidikan inilah, maka kementerian

pendidikan sentiasa memikirkan satu kurikulum yang akan berupaya menyediakan

pelajar untuk perkembangan teknologi pada masa kini dan akan datang (Mohd Najib,

2003).

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileajar dan nasihat serta buah fikiran yang membina sepanjang dibawah bimbingan beliau. Akhir sekali tidak ketinggalan pada rakan-rakan

2

Komputer dianggap sebagai alat bantu mengajar yang berkesan kerana

mempunyai ciri-ciri interaktif dan kemampuannya untuk menggabungkan animasi,

video dan audio bersama dengan teks dan grafik. Penggunaan pengajaran dengan

bantuan perisian multimedia merupakan salah satu langkah untuk mengintegrasikan

teknologi pendidikan ke dalam strategi pengajaran dan pembelajaran .

Keberkesanannya yang berbeza dengan kaedah konvensional menjadi

pemangkin dan pemudah cara kepada tenaga pengajar yang menggunakannya. Ini

disokong oieh Edward (1989) yang menyatakan komputer bukan hanya sekadar

sebagai satu alat untuk pengajaran dan pembelajaran tetapi berupaya untuk

memperkembangkan keupayaan pelajar untuk belajar dan keupayaan guru untuk

mengajar.

Sistem pendidikan berorientasikan komputer merupakan salah satu faktor

dalam menjayakan dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran terutamanya

dalam subjek Lukisan Kejuruteraan . Ia merupakan salah satu media pengajaran yang

berkesan dan bertujuan bagi mengoptimumkan keberkesanan dalam sistem

pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian kajian ini adalah bertujuan untuk

mengaplikasikan kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan perisian

multimedia dalam subjek Lukisan Kejuruteraan supaya lebih berkesan dan

sistematik.

1.2 Latar Belakang Masalah

Teknologi maklumat merupakan teknologi yang berkembang dengan begitu

pesat dan akan mendominasi ke arah pembangunan masa hadapan. Teknologi

maklumat bukan sahaja membantu dalam sistem pengurusan dan pentadbiran malah

dapat membantu dalam sistem pendidikan. Sudah sampai masanya budaya

pembelajaran diubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang

berpengetahuan, berfikiran kreatif dan inovatif dengan menggunakan teknologi

terkini (Kementerian Pendidikan Malaysia 1997).

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileajar dan nasihat serta buah fikiran yang membina sepanjang dibawah bimbingan beliau. Akhir sekali tidak ketinggalan pada rakan-rakan

3

Pembelajaran yang berbentuk interaktif dan melibatkan pembelajaran dua

hala, menghendaki satu kaedah baru dan terkini. Pendidikan yang melibatkan

bantuan media seperti komputer dapat menjadikan proses pengajaran dan

pembelajaran lebih bermakna dan dapat meningkatkan prestasi pelajar. Mengikut

Norhashim Abu Samah et. al. (1996). terdapat sikap yang positif terhadap

penggunaan komputer di kalangan pelajar. Teknologi komputer ini boleh dijadikan

sebagai satu alternatif kepada kaedah pengajaran.

Untuk mencapai matlamat ini proses pengajaran dan pembelajaran

memerlukan pendekatan yang lebih kreatif dan inovatif. Menurut Yusuf Hashim

(1997) salah satu perubahan pendekatan yang berlaku ialah pembelajaran berasaskan

teknologi. Yusuf Hashim (1997) juga menyatakan yang dimaksudkan dengan

pendekatan teknologi ialah satu proses pembelajaran yang menggunakan teknologi

multimedia untuk membantu guru semasa proses pembelajaran di mana guru akan

bertindak sebagai pengurus atau fasilitator.

Jonassen (1995) juga menyatakan guru lebih berperanan sebagai pemudah

cara (fasalitator) pembelajaran dan berperanan sebagai pembentuk maklumat. Teknik

pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputer boleh mencetuskan satu revolusi

baru dalam dunia pendidikan .

Penggunaan perisian komputer merupakan langkah yang bijak untuk

mengatasi masalah pembelajaran subjek Lukisan Kejuruteraan kerana ia dapat

menjelaskan lagi pembelajaran yang disampaikan oleh guru . Adalah menjadi

harapan dengan terciptanya pelbagai bentuk pengajaran yang menggunakan perisian

berbantu komputer, semangat dan minat pelajar akan bertambah sekali gus

mengubah sikap dan gaya pembelajaran mereka ke arah yang lebih positif.

Disamping itu, perisian komputer juga memudahkan persedian guru dalam

menyampaikan isi kandungan, objektif dan matlamat pengajaran dan pembelajaran.

Dalam kajian yang dijalankan oleh Norhashim Abu Samah et. al. (1996)., beliau

mendapati guru-guru bersetuju dengan penggunaan komputer sebagai alternatif yang

paling sesuai selaras dengan perkembangan dunia pendidikan masa kini.

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileajar dan nasihat serta buah fikiran yang membina sepanjang dibawah bimbingan beliau. Akhir sekali tidak ketinggalan pada rakan-rakan

4

Mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan adalah gabungan antara Lukisan

Geometri dan Lukisan Berkaitan yang tersenarai dalam pakej Sains Tulen-Teknologi

dan bermatlamatkan untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan

kemahiran asas dalam bidang kejuruteraan untuk melahirkan pelajar yang boleh

berkomunikasi secara bahasa grafik. Dengan kemajuan IT, serta pembelajaran yang

berkonsepkan multimedia, tidaklah mustahil bagi guru untuk mengendalikan proses

pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dalam subjek Lukisan

Kejuruteraan kepada para pelajar.

Kemudahan bagi mendapatkan perisian multimedia tempatan terutamanya

bagi mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan adalah terhad. Menurut PM Dr Rio

Sumarni (1996), menunjukan kesanggupan guru untuk membina perisian multimedia

adalah tidak menggalakkan. Faktor tersebut adalah merupakan salah satu punca

utama kekurangan perisian tersebut.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Lukisan

Kejuruteraan kaedah penyampaian amatlah penting kerana ianya memerlukan daya

imaginasi yang tinggi bagi melukis sesuatu pandangan atau keratan sesuatu objek.

Apabila guru menggunakan perisian multimedia masalah tersebut dapat diatasi

kerana ianya menggunakan paparan 3-D, malah objek tersebut dapat diputarkan pada

arah pandangan yang berbeza-beza.

Kelemahan pelajar dalam penyelesaian Lukisan Kejuruteraan ialah dari sudut

persepsi yang rendah dan tidak memahami konsep dengan jelas serta lemah dalam

visualisasi. Kesan persembahan maklumat yang ditimbulkan oleh gabungan gambar,

teks dan bunyi telah menunjukkan kekekalan yang lebih signifikan daripada apabila

ia didengar atau dibaca (Wolfson 1998). Gabungan unsur - unsur ini akan

membentuk satu persembahan yang menarik dan menjadikan proses penyampaian

maklumat lebih berkesan. Oleh itu, pembinaan perisian multimedia untuk subjek

Lukisan Kejuruteraan adalah satu tugas yang perlu diiaksanakan memandangkan

Negara kita masih pada tahap percambahan dalam penghasilan perisian multimedia

yang berunsur pendidikan.

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileajar dan nasihat serta buah fikiran yang membina sepanjang dibawah bimbingan beliau. Akhir sekali tidak ketinggalan pada rakan-rakan

5

Sehubungan dengan itu maka wajarlah bagi penyelidik untuk membangunkan

perisian aplikasi multimedia bagi mata pelajaran lukisan kejuruteraan khususnya

tajuk Lukisan Keratan, di mana ia masih lagi tiada di pasaran. Dengan adanya

perisian ini pelajar akan dapat memahami tajuk lukisan Pandangan Keratan dengan

lebih jelas dengan atau tanpa bantuan guru. Disamping itu juga Pelajar dapat menilai

tahap kefahaman kendiri pada setiap soalan tutorial yang diberikan.

Semoga perisian ini dapat membantu pelajar-pelajar memahami pelajaran

dengan jelas dan berkesan di samping memperbanyakkan lagi perisian-perisian

aplikasi multimedia dalam bidang pendidikan.

Bagi membantu guru-guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran

berbantu komputer (PPBK), penyediaan perisian multimedia yang berbentuk

interaktif adalah bertepatan. Dengan terbinanya perisian multimedia ini, akan

memberikan lebih banyak pilihan kepada guru mahupun pelajar selain daripada

perisian yang sedia ada.

1.3 Penyataan Masalah

Reformasi pendidikan di Malaysia telah menggalakkan pembelajaran yang

berasaskan multimedia yang dapat menggabungkan animasi, video, bunyi dan

simulasi bagi menarik minat pelajar mengikuti medium interaktif. Walau

bagaimanapun, penyediaan bahan pembelajaran berbentuk perisian yang sesuai

digunakan belum lagi selari dengan perkembangan multimedia.

Kekurangan media pengajaran yang sesuai untuk mengajar subjek lukisan

kejuruteraan menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran kurang berkesan.

Menurut Reindhart (1995) kombinasi deria penglihatan dan pendengaran dalam satu

media pengajaran multimedia mampu meningkatkan kadar ingatan sebanyak 50

peratus. Kurang kesan audio dan grafik sewaktu pembelajaran akan melambatkan

kefahaman pelajar ke atas subjek yang dipelajari.

Page 24: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileajar dan nasihat serta buah fikiran yang membina sepanjang dibawah bimbingan beliau. Akhir sekali tidak ketinggalan pada rakan-rakan

6

Kajian yang dibuat oleh Technical Education Research Center di Cambridge,

Massachuset ke atas beberapa buah sekolah di Massachuset menunjukkan suasana

pembelajaran yang kurang aktif dan hanya berpusatkan kepada guru memberi kesan

kepada kefahaman pelajar di dalam proses pembelajaran (Ferguson 1992).

Menurut Baharuddin Aris, et. al (2001), kebolehan pengguna untuk

berinteraksi dengan program atau perisian multimedia merupakan kunci utama

kebolehan atau kecanggihan sebuah sistem multimedia. Multimedia sebaliknya

membenarkan seseorang pengguna untuk menjadi lebih aktif dengan menyediakan

kemudahan interaktiviti.

Maka adalah wajar untuk penyelidik membina perisian berbantukan

komputer bagi tajuk Pandangan Keratan dalam sukatan pelajaran Lukisan

Kejuruteraan Tingkatan Lima ini disamping memastikan koleksi menepati ciri-ciri

berunsurkan kehendak tempatan, bersifat interaktif, kaya dengan maklumat serta

memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Negara sebagai sumbangan kepada

pendidikan amnya dan masyarakat khususnya.

Perisian kursus interaktif multimedia ini juga diharap akan dapat menjadi

media pengajaran yang boleh digunakan oleh pelajar pada waktu pembelajaran yang

anjal. Sesuatu media pengajaran dibina dengan peranan untuk membantu pelajar -

pelajar memahami dan menguasai sesuatu konsep, aspek atau komponen dalam

subjek tersebut dengan lebih jelas supaya dapat membuka minda pelajar ke arah

pemikiran mendalam melalui pembelajaran terperinci secara interaktif.

Page 25: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileajar dan nasihat serta buah fikiran yang membina sepanjang dibawah bimbingan beliau. Akhir sekali tidak ketinggalan pada rakan-rakan

7

1.4 Objektif Kajian

Objektif utama projek ini adalah untuk menghasilkan satu perisian aplikasi

Pembelajaran Berbantu Komputer (PBK) Multimedia bagi tajuk "Pandangan

Keratan" yang diambil dari Unit 5, dalam matapelajaran Lukisan Kejuruteraan yang

diajar di Tingkatan Lima di semua Sekolah Menengah Teknik dan sekolah akademik

yang terpilih. Antara lain objektif rekabentuk perisian ini adalah seperti berikut :

i. Membangunkan satu perisian multimedia dalam bentuk CDROM bagi

tajuk "Pandangan Keratan" dengan menggunakan versi Bahasa Malaysia.

ii. Menilai perisian dari sudut isi kandungan pelajaran dan penggunaan

perisian melalui suatu proses penilaian oleh guru-guru dan pakar yang

terlibat dalam bidang pelajaran Lukisan Kejuruteraan.

1.5 Kepentingan Kajian

Dengan kaedah pembelajaran melalui PBK, pelajar dapat menggurangkan

kebergantungan kepada guru. PBK dapat memperjelaskan fakta tanpa berubah-ubah

makna dan ayat yang digunakan, berbanding penyampaian yang digunakan oleh guru

yang sering berubah mengikut kemahiran dan pengalaman dari seorang guru kepada

seorang guru yang lain.

Adalah menjadi hasrat supaya projek perisian ini mempunyai kepentingan

kepada semua pihak sama ada pelajar, guru dan pihak sekolah untuk;

i. Mempelbagai serta memberikan pilihan kaedah penyampaian dalam

proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

ii. Membantu pelajar sebagai sumber inspirasi dan motivasi bagi menambah

kefahaman terhadap matapelajaran Lukisan Kejuruteraan khasnya dalam

tajuk Pandangan Keratan.

Page 26: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileajar dan nasihat serta buah fikiran yang membina sepanjang dibawah bimbingan beliau. Akhir sekali tidak ketinggalan pada rakan-rakan

8

iii. Memberi peluang kepada pelajar, belajar mengikut kehendak, keupayaan

dan minat mereka sendiri.

iv. Membantu pelajar memahami kaedah pembelajaran secara visual dengan

lebih berkesan.