beriman kepada allah s.w.t

20
Beriman kepada Allah ialah rukun iman yang pertama.Setiap individu Muslim wajib mengakui kewujudan Allah s.w.t.Beriman kepada Allah meliputi 4 perkara berikut: 1-Beriman Allah s.w.t wujud 2-Beriman kepada rububiyah Allah 3-Beriman kepada uluhiyah Allah 4-Beriman kepada asma’ dan sifat Allah

Upload: twyla

Post on 12-Jan-2016

334 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Beriman Kepada Allah S.W.T. Beriman kepada Allah ialah rukun iman yang pertama.Setiap individu Muslim wajib mengakui kewujudan Allah s.w.t.Beriman kepada Allah meliputi 4 perkara berikut: 1-Beriman Allah s.w.t wujud 2-Beriman kepada rububiyah Allah 3-Beriman kepada uluhiyah Allah - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: Beriman Kepada  Allah S.W.T

Beriman kepada Allah ialah rukun iman yang pertama.Setiap individu Muslim wajib mengakui kewujudan Allah s.w.t.Beriman kepada Allah meliputi 4 perkara berikut:1-Beriman Allah s.w.t wujud

2-Beriman kepada rububiyah Allah

3-Beriman kepada uluhiyah Allah

4-Beriman kepada asma’ dan sifat Allah

Page 2: Beriman Kepada  Allah S.W.T

*Mengakui wujudnya Allah adalah perkara fitrah bagi manusia.Ia tidak akan berubah melainkan ada sesuatu atau pengaruh lain yang mengubah hatinya.

Sabda Rasulullah s.a.w:“Setiap anak lahir dalam keadaan fitrah,kedua orang tuanya yang menjadikan mereka Yahudi atau Nasrani atau Majusi”HR.Imam Al-Bukhari)

Page 3: Beriman Kepada  Allah S.W.T

*Setiap ciptaan sama ada yang dapat dilihat atau pun tidak yang ada di dunia ini,pasti ada yang menciptanya.Menurut akal tidak mungkin ia boleh wujud dengan sendiri tanpa ada pencipta.

Firman Allah s.w.t:“Apakah mereka (orang musyrik) diciptakan tanpa sesuatu ataukah mereka yang menciptakan (diri mereka sendiri)”(Al-Thur:35)

Page 4: Beriman Kepada  Allah S.W.T

*Kitab-kitab samawi menunjukkan adanya Allah kerana ia membincangkan tentang hukum hakam serta undang-undang syariat dan ini menunjukkan dalil syar’ie bahawasanya Allah itu wujud.

Dalil pancaindera yang menunjukkan adanya Allah 2 perkara:1-Allah mengabulkan doa hamba-hambaNya.

Firman Allah.s.w.t:“Ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu,lalu diperkenankannya”

Page 5: Beriman Kepada  Allah S.W.T

2-Tanda-tanda kenabian seorang utusan yang diberi mukjizat adalah suatu bukti bahawa ada Dzat yang mengutus mereka.Mukjizat adalah untuk menguatkan dan membela para RasulNya dalam menyampaikan risalah.

Contoh:Kisah Nabi Muhammad s.a.w membelah bulan menjadi dua. Firman Allah s.w.t:“Telah dekat saat itu dan telah terbelah bulan dan jika mereka (orang-orang musyrikin) melihat tanda (mukjizat) mereka berpaling dan berkat: Ini adalah sihir yang terus menerus)”(Al-Qamar:1-2)

Page 6: Beriman Kepada  Allah S.W.T

Allah adalah Rabb (Tuhan) yang Maha Esa yang tidak ada sekutu dan penolong bagiNya.

Rabb ertinya dzat yang memiliki hak untukmencipta,berkuasa dan hak untuk memerintah.Firman Allah s.w.t:“Ingatlah,menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah”(Al-A’raaf:54)

Page 7: Beriman Kepada  Allah S.W.T

Beriman kepada rububiyah Allah iaitu kepercayaan yang pasti bahawasanya Allah ialah Rabb yang tidak ada sekutu bagiNya.Allah mencipta segala apa yang ada di alam semesta ini.Firman Allah s.w.t: “Kerajaan langit,bumi dan apa yang ada di dalamnya adalah milik Allah.Dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu”(Al-Maidah:120)

Page 8: Beriman Kepada  Allah S.W.T

Uluhiyah Allah bermakna mengesakan Allah dalam segala jenis ibadah yang disyariatkan oleh Allah.Hanya Allah yang berhak disembah dan bukan selainNya.Ibadah adalah ucapan dan perbuatan yang diniatkan dengan penuh ikhlas kepada Allah s.w.t.Tidak kira sama ada ucapan dan perbuatan yang nyata atau tersembunyi,demi untuk mencapai keredaanNya serta dikerjakan mengikut cara yang disyariatkan.

Contoh ibadah:Doa,khauf kepada Allah,tawakkal,solat,zakat,puasa dan seumpanya.

Page 9: Beriman Kepada  Allah S.W.T

Firman Allah s.w.t:“Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa,tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah,yang Maha Pemurah,lagi Maha Mengasihani”(Al-Baqarah:163)

Firman Allah s.w.t:“Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan”(Al-Fateha:5)

Page 10: Beriman Kepada  Allah S.W.T

Beriman Kepada asma’ dan sifat Allah bermakna,beriman dengan setiap nama dan sifat Allah yang disebutkan di dalam al-Quran dan hadis sahih.Tidak ada sesuatu pun yang menyerupai Allah dalam asma’ dan sifatNya. Firman Allah s.w.t:

(11ليس كمثله شئ وهو السميع البصير )الشورى:

“Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia dan Dia yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat”(Al-Syuraa:11)

Page 11: Beriman Kepada  Allah S.W.T

Menetapkan apa yang ditetapkan Allah untuk DzatNya yang terdapat dalam kitab dan hadis RasulNya s.a.w yang layak bagiNya tanpa tahrif (mengubah) ta’thil (meniadakan) takyif (menanyakan bagaimana) dan tamsil (menyerupakan asma’ dan sifatNya dengan asma’ dan sifat makhluk).

Firman Allah s.w.t:“Hanya milik Allah Asmaul Husna maka bermohonlah kepadaNya dengan menyebut Asmaul Husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-namaNya,nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan”(Al-A’raaf:180)

Page 12: Beriman Kepada  Allah S.W.T

1-Merealisasikan tauhid kepada Allah sehingga tidak ada kebergantungan dalam mengharapkan sesuatu dari selain Allah,tidak takut dan tidak menyembah Tuhan selain Allah.

2-Kecintaan yang sempurna kepada Allah dan mengagungkan Nya sesuai dengan kandungan makna nama-namaNya yang indah dan sifat-sifatNya yang agung.

3-Merealisasikan pengabdian kepada Allah dengan sempurna dengan melaksanakan perintahNya dan menjauhi laranganNya.

Page 13: Beriman Kepada  Allah S.W.T

*Percaya kewujudan malaikat.

*Kenali nama-nama malaikat dan tugas-tugasnya.

*Hikmah beriman kepada malaikat.

Page 14: Beriman Kepada  Allah S.W.T

Kita beriman bahawa Allah menciptakan para malaikat daripada nur yang tidak dapat dilihat dengan mata serta sifat dan tugas mereka juga tidak sama seperti manusia.

Mereka sangat mentaati perintah Allah tidak sekali pun mereka ingkar dengan suruhan Allah.Mereka bukan lelaki atau perempuan tidak makan atau tidur dan mempunyai tugas-tugas tertentu.

Kita wajib beriman dengan kewujudannya serta sifat-sifat dan tugas-tugasnya.

Page 15: Beriman Kepada  Allah S.W.T

Firman Allah s.w.t:“Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari TuhanNya dan juga orang-orang yang beriman,semuanya beriman kepada Allah,malaikat-malaikatNya,Kitab-kitabNya dan rasul-rasulNya.Mereka berkata: “Kami tidak membezakan seorang dengan yang lain dari rasul-rasulNya”(Al-Baqarah:285)

*Bagi mereka yang mengingkari kewujudan para malaikat maka hukumnya adalah kafir.

Page 16: Beriman Kepada  Allah S.W.T

Para malaikat sangat mentaati segala perintah Allah s.w.t dan tiada satu pun diantara kalangan malaikat yang mengingkari perintah Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t:“Bawasanya para malaikat itu tidak pernah derhaka terhadap apa yang diperintahkan oleh Allah,serta mereka mengerjakan dengan taat segala apa yang diperintahkan oleh Allah kepadanya” (Al-Tahrim:6)

Page 17: Beriman Kepada  Allah S.W.T

*JIBRIL atau disebut “Ruhul Amin” atau “Ruhul Qudus”. Tugas:Menyampaikan wahyu Allah kepada para rasul dan nabi.

*MIKAIL Tugas:Memberi rezeki kepada sekelian makhluk dan mengatur alam.

*ISRAFIL Tugas:Meniup sangkakala pada hari kiamat.

*IZRAIL atau Malaikul Maut Tugas:Mencabut nyawa sekelian makhluk.

*HafazahTugas:Menjaga manusia dari jin,syaitan,bala bencana dan huru hara.

Page 18: Beriman Kepada  Allah S.W.T

Alam jasmani ialah alam yang dapat di alami dengan pancaindera boleh dilihat,diraba,dirasa,dibau dan didengar.

Alam rohani ialah alam yang tidak dapat dilihat dengan pancaindera.

Contoh:Kita tidak dapat melihat malaikat,jin,syaitan dan roh manusia.

Firman Allah s.w.t:ويسئلونك عن الروح قل الروح من امر ربي وما اوتيتم من العلم اال

(٨٥قليال)“Mereka akan bertanya kepadamu tentang roh,maka katakanlah bahawa roh itu utusan Tuhanku dan kamu tidak diberi ilmu kecuali hanya sedikit.(Al-Israa:85)

Page 19: Beriman Kepada  Allah S.W.T

-Para malaikat sentiasa patuh dan jujur dalam melaksanakan segala tugas yang diperintahkan oleh Allah s.w.t.

-Mencontohi para malaikat supaya kita berusaha untuk membuat kebaikan dan menjauhi laranganNya.

-Kita terhindar dari kepercayaan yang tidak benar,keraguan dan khurafat yang bersangkutan dengan malaikat yang ditimbulkan manusia yang tidak beriman yang tidak berdasarkan pengetahuan tentang alam ngaib melalui wahyu Ilahi.

-Membuktikan kekuasaan Allah s.w.t mencipta setaat-taat makhluk seperti para malaikat dan juga sejahat-jahat makhluk seperti iblis yang dilaknati.

Page 20: Beriman Kepada  Allah S.W.T

1-Apakah hukum bagi yang tidak beriman dengan kewujudan malaikat?

2-Berikan dalil naqli yang membuktikan wujudnya malaikat.

3-Berikan hikmah beriman kepada malaikat.

4-Apakah kaitan alam rohani dengan beriman kepada malaikat?