borang pengesahan status tesis · bahasa melayu dan α=0.86bagi set soalan bahasa inggeris. min...
TRANSCRIPT
♦
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: TAHAP PEMAHAMAN KONSEP SAINS DALAM BAHASA INGGERIS DAN BAHASA MELAYU DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN TIGA DARI TIGA BUAH SEKOLAH MENENGAH CONVENT DI SEKITAR NEGERI JOHOR.
SESI PENGAJIAN: 2005/2006/2
Saya JASMEET KAUR A/PBERDEWA SINGH
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD
____
(TA
Alamat SS19, SIK35500 BIPERAK Tarikh: 2
TERHAD
SULIT
Disahkan oleh
______________________ ___________________________
NDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Tetap: H SETTLEMENT, ENCIK MOHD ALI BIN IBRAHIM
DOR (Nama Penyelia) DARUL RIDZUAN
8 APRIL 2006 Tarikh: 28 APRIL 2006
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya, karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kuailiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik).”
TandaTangan : ______________________________________
Nama Penyelia : (ENCIK MOHD ALI BIN IBRAHIM)
Tarikh : 28 April 2006
TAHAP PEMAHAMAN KONSEP SAINS DALAM BAHASA INGGERIS DAN
BAHASA MELAYU DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN TIGA DARI
TIGA BUAH SEKOLAH CONVENT DI SEKITAR NEGERI JOHOR.
JASMEET KAUR A/P BERDEWA SINGH
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan Fizik.
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2006
“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
TandaTangan : __________________________
Nama Penulis : Jasmeet Kaur a/p Berdewa Singh
Tarikh : 28 April 2006
DEDEKASI
Kepada ibu bapa yang disanjungi memberi bantuan dan dorongan ke arah kejayaan
Projek Srajana Muda ini.
(En. Berdewa Singh dan Puan Veer Kaur)
dan
Buat kakak-kakak, abang dan adik yang dikasihi
(Segala jasa dan sokongan yang diberikan akan dikenang selamanya)
serta
Rakan-rakan seperjuangan
(Segala sokongan, tunjuk ajar, dorongan dan kerjasama yang diberikan akan ku
kenang selama-lamanya.)
Sekian Terima Kasih
PENGHARGAAN
Syukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurnia Nya saya berupaya
menyempurnakan Projek Sarjana Muda ini. Dengan kesempatan ini, saya ingin
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan mengucapkan ribuan terima kasih
kepada Encik Mohd Ali Bin Ibrahim selaku penyelia bagi Projek Sarjana Muda saya,
di atas segala bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang projek ini
dijalankan. Ucapan terima kasih juga ingin saya tujukan kepada rakan saya Pherarasi
A/P Mukan, yang telah mengajar dan memberikan ilmu pengetahuan kepada saya
tentang perisisan komputer Statistical Package For Science Social (SPSS version
10.0) untuk menjayakan projek ini.
Seterusnya penghargaan ditujukan kepada pengetua-pengetua sekolah yang
terlibat yang telah memberikan kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian di
sekolah mereka, pihak pentadbiran sekolah dan juga guru bagi mata pelajaran Sains
di atas kerjasama dan bantuan yang diberikan. Saya juga ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada semua responden yang terlibat dalam kajian ini atas kerjasama
mereka menjawab soalan Ujian Pemahaman Konsep Sains.
Tidak ketinggalan juga kepada ibu bapa dan adik beradik saya serta rakan-
rakan seperjuangan atas sokongan, dorongan serta teguran bernas mereka sepanjang
tempoh menyiapkan projek ini.
Akhir sekali saya ingin mengucapkan terima kasih dan penghargaan yang
tak terhingga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung
sepanjang proses menyiapkan projek ini.
ABSTRAK
Objektif utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji tahap
pemahaman konsep sains dalam bahasa Inggeris di kalangan pelajar tingkatan tiga.
Seramai 232 orang pelajar tingkatan tiga dari tiga buah Sekolah Menengah Convent
dalam negeri Johor terlibat dalam kajian ini. Alat kajian yang digunakan untuk
mengukur tahap kefahaman pelajar dalam mata pelajaran sains dinamakan Ujian
Pemahaman Konsep Sains (UPKS). Soalan UPKS ini adalah dalam dwi bahasa iaitu
bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Set soalan UPKS terdiri daripada soalan
berbentuk objektif dan soalan berbentuk struktur. Data yang diperolehi dianalisis
menggunakan Statistical Packages for Social Science (SPSS version 10.0 for
Windows). Nilai kebolehpercayaan alat kajian ini adalah 88.0=α bagi set soalan
bahasa Melayu dan 86.0=α bagi set soalan bahasa Inggeris. Min purata secara
keseluruhan bagi kefahaman pelajar dalam UPKS ini adalah 2.29 bagi set soalan
bahasa Melayu dan 2.34 bagi set soalan bahasa Inggeris. Secara keseluruhannya
tahap kefahaman konsep sains di kalangan pelajar tingkatan tiga dari Sekolah
Menengah Convent dalam negeri Johor adalah lebih baik dalam bahasa Inggeris
berbanding bahasa Melayu.
ABSTRACT
The main objective of this research is to find out about the understanding
level of science concept in English among form three students. About 232 form
three students from three secondary Convent schools in Johor state had involved in
this research. The research tool that was used for this research was Science Concept
Test. The questions in this test were both in Malay and English language. There
were objectives questions and structured questions in the test. Statistical Packages
for Social Science (SPSS version 10.0 for Windows) was used to analyze the
collected data for this research. The realiability value of this research test tool is
88.0=α for the questions in Malay and 86.0=α for the questions in English. The
average mean for understanding level of science concept test for Malay questions is
2.29 while 2.34 for English questions. As a conclusion, the form three students of
Convent school in Johor possess a good understanding of science concept in English
than in Malay.
KANDUNGAN
PERKARA MUKASURAT
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
PEGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xiv
SENARAI SINGKATAN xvi
BAHAGIAN SATU BAB 1
1. PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 3
1.2 Penyataan Masalah 4 1.3 Objektif Kajian 5 1.4 Persoalan Kajian 6 1.5 Kepentingan Kajian 6
PERKARA MUKASURAT
1.6 Skop Kajian 7 1.7 Batasan Kajian 8 1.8 Definisi Istilah 8 1.9 Rumusan 10
BAHAGIAN DUA BAB 2
2. SOROTAN KAJIAN
2.0 Pengenalan 11 2.1 Pembelajaran Konsep Sains 12 2.2 Kajian Berkaitan Kesan Bahasa Terhadap Konsep Sains 13 2.3 Kajian Yang Menyokong Pembentukan Dasar Pengajaran 15
Dan Pembelajaran Sains Dalam Bahasa Inggeris
2.4 Teori Berkaitan Pemahaman Konsep Sains. 16
2.4.1 Teori Fahaman Konstruktivisme 16
2.4.2 Teori Behaviorisme 17
2.1.4 Teori Pengembangan Kognisi 18
2.5 Faktor Yang Mempengaruhi Pembelajaran Sains 18
2.4.1 Kurikulum Sains 18
2.4.2 Sikap Dan Minat 19
2.4.3 Kaedah Pengajaran Dan Penilaian 20
2.5 Rumusan 21
PERKARA MUKASURAT
BAHAGIAN TIGA BAB 3
3. METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pengenalan 22
3.1 Reka Bentuk Kajian 22
3.2 Sampel Kajian 23
3.3 Instrumen Kajian 23
3.4 Tatacara Kajian 24
3.4.1 Kajian Rintis 24
3.4.2 Kajian Sebenar 25
3.4.3 Analisis Data 26
3.5 Andaian Kajian 26
3.6 Rumusan 27
PERKARA MUKASURAT
BAHAGIAN EMPAT
BAB 4
4. ANALISIS DATA
4.0 Pengenalan 28 4.1 Analisis Taburan Maklumat Diri Responden 28
4.1.1 Analisis Bilangan Responden Mengikut Kaum 29 4.1.2 Analisis Gred UPSR Responden Bagi Subjek 30 Bahasa Inggeris Dan Sains
4.2 Analisis Soalan Ujian Pemahaman Konsep Sains 31 4.3 Analisis Konsep Sains Terhadap Bahasa 33
4.3.1 Analisis Kefahaman Konsep Tenaga Keupayaan 34 Terhadap Bahasa 4.3.2 Analisis Kefahaman Konsep Ketumpatan Terhadap 35 Bahasa 4.3.3 Analisis Kefahaman Konsep Pengaliran Arus Elektrik 36
Dalam Litar Terhadap Bahasa 4.4 Analisis Kefahaman Konsep Sains Terhadap Bentuk Soalan 37
4.4.1 Analisis Kefahaman Konsep Tenaga Keupayaan 40 Terhadap Bentuk Soalan 4.4.2 Analisis Kefahaman Konsep Ketumpatan Terhadap 42 Bentuk Soalan 4.4.3 Analisis Kefahaman Konsep Pengaliran Arus Elektrik 44
Dalam Litar Terhadap Bentuk Soalan
PERKARA MUKASURAT 4.5 Analisis kefahaman Konsep Sains Terhadap Pelajar 46
Cemerlang
4.5.1 Analisis Kefahaman Konsep tenaga Keupayaan 48 Terhadap Pelajar Cemerlang 4.5.2 Analisis kefahaman Konsep Ketumpatan Terhadap 49 Pelajar Cemerlang 4.5.3 Analisis kefahaman Konsep Pengaliran arus Elektrik 50
Dalam Litar Terhadap Pelajar Cemerlang 4.6 Analisis kefahaman Konsep Sains TerhadapPelajar Lemah 51
4.6.1 Analisis Kefahaman Konsep tenaga Keupayaan 52 Terhadap Pelajar Lemah 4.6.2 Analisis kefahaman Konsep Ketumpatan Terhadap 53 Pelajar Lemah 4.6.3 Analisis kefahaman Konsep Pengaliran arus Elektrik 54
Dalam Litar Terhadap Pelajar Lemah 4.7 Rumusan 55
PERKARA MUKASURAT
BAHAGIAN 5
BAB V
5. PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.0 Pendahuluan 56 5.1 Perbincangan Daripada Hasil Dapatan Kajian 56 5.1.1 Perbincangan Dapatan Data Bagi Pemahaman Konsep 57 Sains Pelajar Terhadap Bahasa 5.1.2 Perbincangan Dapatan Data Bagi Pemahaman Konsep 58 Sains Pelajar Terhadap Bentuk Soalan 5.1.3 Perbincangan Dapatan Data Bagi Pemahaman Konsep 59 Sains Pelajar Terhadap gred Mata Pelajaran Bahasa Inggers dalam UPSR 5.2 Penggunaan Dwibahasa Ketika menjawab soalan Ujian Pemahaman 61
Konsep Sains 5.3 Cadangan 62 5.4 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan 63 5.5 Rumusan 64
BAHAGIAN 6 SENARAI DOKUMEN RUJUKAN
Senarai Rujukan
BAHAGIAN 7 LAMPIRAN
SENARAI LAMPIRAN Lampiran 1: Surat-surat Kebenaran Menjalankan Kajian Lampiran 2: Ujian Pemahaman Konsep Sains (UPKS) Lampiran 3: Science Concept Test
SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK JADUAL
4.1 Analisis Bilangan Responden Mengikut Kaum 4.2 Analisis Gred UPSR Bagi Subjek Bahasa Inggeris
4.3 Analisis Gred UPSR Bagi Subjek Sains
4.4 Pengelasan Tahap Kefahaman Konsep Sains
4.5 Analisis Kefahaman Konsep Sains Secara Keseluruhan
Terhadap Bahasa
4.6 Analisis Kefahaman Konsep Tenaga Keupayaan Terhadap Bahasa
4.7 Analisis Kefahaman Konsep Ketumpatan Terhadap
Bahasa
4.8 Analisis Kefahaman Konsep Pengaliran Arus Elektrik Dalam Litar Terhadap Bahasa
4.9 Analisis Kefahaman Konsep Sains Secara Keseluruhan
Terhadap Soalan Objektif
4.10 Analisis Kefahaman Konsep Sains Secara Keseluruhan Terhadap Soalan Struktur
4.11 Analisis Kefahaman Konsep Tenaga Keupayaan
Terhadap Soalan Objektif
4.12 Analisis Kefahaman Konsep Tenaga Keupayaan Terhadap Soalan Struktur
4.13 Analisis Kefahaman Konsep Ketumpatan Terhadap
Soalan Objektif
4.14 Analisis Kefahaman Konsep Ketumpatan Terhadap Soalan Struktur
4.15 Analisis Kefahaman Konsep Pengaliran Arus Elektrik
Dalam Litar Terhadap Soalan Objektif
4.16 Analisis Kefahaman Konsep Pengaliran Arus Elektrik Dalam Litar Terhadap Soalan Struktur
4.17 Analisis Kefahaman Konsep Sains Secara Keseluruhan
Bagi Pelajar Cemerlang
4.18 Analisis Kefahaman Konsep Tenaga Keupayaan Bagi Pelajar Cemerlang
4.19 Analisis Kefahaman Konsep Ketumpatan Bagi Pelajar
Cemerlang
4.20 Analisis Kefahaman Konsep Pengaliran Arus Elektrik Dalam Litar Bagi Pelajar Cemerlang
4.21 Analisis Kefahaman Konsep Sains Secara Keseluruhan
Bagi Pelajar Lemah
4.22 Analisis Kefahaman Konsep Tenaga Keupayaan Bagi Pelajar Lemah
4.23 Analisis Kefahaman Konsep Ketumpatan Bagi Pelajar
Lemah
4.24 Analisis Kefahaman Konsep Pengaliran Arus Elektrik Dalam Litar Bagi Pelajar Lemah
5.1 Perkataaan Bahasa Inggeris Yang Digunakan Oleh
pelajar Yang Menjawab Set Soalan Bahasa Melayu 5.2 Perkataaan Bahasa Melayu Yang Digunakan Oleh
pelajar Yang Menjawab Set Soalan Bahasa Inggeris
SENARAI SINGKATAN
1) Statical Package For Social Sciences - SPSS For Windows Version 10.0 2) Ujian Pemahaman Konsep Sains – UPKS
3) Ujian Pencapaian Sekolah Rendah - UPSR
BAB 1
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Pendidikan memainkan peranan penting dalam membentuk seseorang individu
sama ada untuk memenuhi keperluan sendiri, negara atau masyarakat. Pendidikan
sains adalah bidang yang meliputi pengetahuan, kemahiran, sikap saintifik dan nilai
murni. Pendidikan sains membekalkan satu rangka konsep yang membolehkan
pelajar memahami alam sekeliling.
Pendidikan sains di negara kita telah menjadi semakin penting. Lebih-lebih
lagi negara kita ingin mencapai status negara maju seperti dalam Wawasan 2020
yang disarankan oleh bekas Perdana Menteri kita iaitu Tun Mahathir Mohamad.
Antara wawasan yang disarankan ialah mewujudkan masyarakat saintifik, progresif,
inovatif dan penyumbang kepada kemajuan sains dan teknologi pada masa hadapan
(Hussein Ahmad, 1992).
Pada tahun 2003, kerajaan telah memutuskan subjek Sains dan Matematik
diajar dalam bahasa Inggeris bermula dengan pelajar tahun satu, tingkatan satu dan
tingkatan enam rendah. Pelaksanaan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa
Inggeris adalah bertujuan untuk mengatasi masalah kemerosotan penguasaan bahasa
Inggeris di kalangan pelajar. Sharifah Maimunah (2003), menyatakan objektif
utama pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa
Inggeris adalah bagi mempersiapkan pelajar ke arah menguasai ilmu sains dan
matematik dengan lebih berkesan.
Penguasaan bahasa Inggeris akan dapat membantu para pelajar meningkatkan
pencapaian serta kecermelangan dalam sains dan teknologi. Idea supaya mata
pelajaran sains dipelajari dalam bahasa Inggeris adalah ekoran daripada kegagalan
pelajar-pelajar terutamanya pelajar bumiputera lepasan universiti memasuki pasaran
pekerjaan di sektor swasta yang lebih mementingkan penguasaan bahasa Inggeris.
Menyedari hakikat ini, maka penguasaan dalam bahasa Inggeris adalah sangat
penting terutamanya bagi generasi akan datang.
Guru pula merupakan penggerak utama bagi meningkatkan tahap penguasaan
bahasa Inggeris di kalangan pelajar. Ini adalah selaras dengan pelaksanaan
pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Negara
Malaysia kini sedang membangun dengan pesatnya, dan dalam era maklumat seperti
ini bahasa Inggeris dianggap sebagai alat komunikasi yang paling penting. Oleh itu,
para pelajar seharusnya perlu meningkatkan kemampuan berbahasa Inggeris mereka
untuk bergerak seiring dengan era siber.
Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang digunakan di kebanyakkan negara di
dunia. Ianya merupakan bahasa terpenting kerana berkeupayaan dalam merapatkan
perhubungan dan memudahkan interaksi global. Selain bersifat global, ia juga
merupakan bahasa ilmu kerana banyak sumber-sumber rujukan pada masa sekarang
adalah dalam bahasa Inggeris.
Ringkasnya, rakyat Malaysia tanpa mengira kaum wajib menyokong dasar
pengajaran dan pembelajaran sains dalam bahasa Inggeris. Untuk merealisasikan
dasar ini adalah tanggungjawab nasional, menentangnya pula bererti tidak
memahami realiti.
1.1 Latar Belakang Masalah Sebelum mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, sistem pendidikan di
Malaysia adalah tidak seragam kerana masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa
mengikuti program pendidikan dengan menggunakan bahasa ibunda masing-masing
sebagai bahasa pengantar. Hanya sekolah aliran Inggeris saja yang membolehkan
pelajar-pelajar dari semua bangsa di Malaysia dapat disatukan dalam satu sistem
persekolahan yang sama. Ini adalah kerana pada ketika itu bahasa Inggeris adalah
bahasa pengantar yang utama dalam sistem pentadbiran dan pendidikan di Malaysia.
Selain itu penguasaan dalam bahasa Inggeris merupakan satu syarat untuk
mendapatkan pekerjaan yang baik. Namum, sistem pendidikan Inggeris ditolak
kerana dasar persekolahan Inggeris yang tidak menggalakkan perpaduan kaum antara
pelajar yang berbilang bangsa di Malaysia ( Sufean, 1996 ).
Perubahan besar telah berlaku pada sistem pendidikan Malaysia selepas
merdeka di mana negara Malaysia memerlukan satu sistem pendidikan yang seragam
untuk semua pelajar yang berbilang bangsa. Dengan itu bahasa Melayu telah
dijadikan sebagai bahasa pegantar pengajaran dan pada tahun 1960 dan dijadikan
sebagai bahasa kebangsaan di Malaysia bertujuan untuk mewujudkan perpaduan di
kalangan rakyat Malaysia.
Bermula pada tahun 1970, bahasa pengantar di sekolah rendah kebangsaan
Inggeris telah ditukarkan kepada bahasa Melayu secara berperingkat-peringkat
sehingga tahun 1975. Pada tahun 1982, semua sekolah menengah kerajaan telah
menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya sebagai bahasa pengantar. Bermula pada
tahun 1983, bahasa Melayu mula digunakan sebagai bahasa pengantar bagi semua
kursus di semua universiti tempatan (Ee Ah Meng, 1999).
Bahasa Inggeris telah dijadikan bahasa rasmi kedua dalam sistem pendidikan
di Malaysia kerana bahasa Inggeris adalah bahasa antarabangsa yang amat penting
bagi membantu pembangunan negara. Oleh itu, bahasa Inggeris telah diwajibkan di
semua sekolah kerana kepentingannya dalam pendidikan tinggi, perdagangan dan
juga hal ehwal antarabangsa. Namun sejak sepuluh tahun kebelakangan ini, tahap
penguasaan pelajar dalam bahasa Inggeris adalah pada tahap yang begitu rendah
sekali.
Sebagai langkah untuk mengatasi masalah kemerosotan bahasa Inggeris di
kalangan pelajar, kerajaan Malaysia telah memutuskan supaya mata pelajaran Sains
dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris bermula tahun 2003. Langkah ini
adalah untuk memastikan agar rakyat Malaysia tidak ketinggalan dalam mengharungi
era perkembangan maklumat.
1.2 Penyataan Masalah Masalah yang hendak dikaji dalam kajian ini adalah tahap penguasaan bahasa
Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran sains terutamanya dalam pemahaman
konsep sains. Pelaksanaan pengajaran sains dalam bahasa Inggeris banyak
mendatangkan masalah kepada para pelajar terutamanya mereka yang tidak
menguasai bahasa Inggeris sepenuhnya.
Antara masalah yang dihadapi oleh pelajar ialah mereka tidak dapat
menghuraikan secara terperinci tentang sesuatu konsep sains dalam bahasa Inggeris
jika dibandingkan dengan penghuraian yang diberikan dalam bahasa Melayu. Selain
itu masih terdapat juga pelajar yang menggunakan dwibahasa iaitu bahasa Melayu
dan bahasa Inggeris ketika menjawab soalan-soalan sains.
Sebahagian besar pelajar pula tidak mahu memberikan maklum balas semula
selepas sesuatu isi pelajaran disampaikan oleh guru. Persoalan yang dikemukan oleh
guru tidak dinyatakan dengan tepat atau tidak dijawab langsung oleh pelajar dengan
alasan tidak fasih dalam bahasa Inggeris (Mohamad, 1999).
1.3 Objektif Kajian Kajian ini mengadungi beberapa objektif utama seperti berikut:
i. Mengenal pasti perbezaan tahap kefahaman konsep sains pelajar
terhadap bahasa iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.
ii. Mengenal pasti perbezaan tahap kefahaman konsep sains pelajar
terhadap bentuk soalan iaitu soalan berbentuk objektif dan struktur
dalam bahasa Melayu dan bahasa Ingggeris.
iii.. Mengenal pasti perbezaan tahap kefahaman konsep sains pelajar
terhadap gred bagi mata pelajaran bahasa Inggeris dalam Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
iv. Mengkaji sama ada pelajar masih menggunakan dwibahasa dalam
menjawab soalan sains yang dikemukakan dalam bahasa Inggeris.
1.4 Persoalan Kajian
Antara persoalan kajian yang dikemukakan dalam kajian ini adalah seperti
berikut:
1. Apakah perbezaan tahap kefahaman konsep sains pelajar terhadap
bahasa iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu?
2. Apakah perbezaan tahap kefahaman konsep sains pelajar terhadap
bentuk soalan iaitu soalan berbentuk objektif dan struktur dalam
bahasa Melayu dan bahasa Ingggeris?
3. Apakah perbezaan tahap kefahaman konsep sains pelajar terhadap
gred bagi mata pelajaran bahasa Inggeris dalam Ujian Pencapaian
Sekolah Rendah (UPSR).
4. Adakah pelajar masih menggunakan dwibahasa dalam menjawab
soalan sains yang dikemukakan dalam bahasa Inggeris?