borang pajakan haziq

2
PERSADA WARISAN ENTREPRISE(CAR RENTAL SERVICES) . Perjanjian pajakan adalah seperti berikut; 1. Kereta yang dipajakkan perlu menandatangani surat prjanjian ini dimana pemilik kereta bersetuju memajakkan kenderaan mereka. 2. Segala urusan penyewaan dikendalikan oleh Persada warisan Entreprise. 3. Persada warisan entreprise akan menguruskan bayaran ansuran, insuran, cukai jalan dan kos penyelengaraan. Pemajak tidak perlu menanggung sebarang kos sepanjang tempoh pajakan. 4. Tempoh pajakan maksimum 5 tahun. 5. Wang pajakan dibayar sebanyak RM800 sebulan. 6. Kutipan RM 200 sebulan akan digunakan untuk memperbaharui insuran, cukai jalan dan penukaran alat ganti kereta yang telah rosak. 7. Selepas tamat tempoh pajakan, kereta akan dijual atau dideri semula kepada tuan empunya kereta. BAGAIMANA IANYA DIJALANKAN? Sebagai contoh setelah berbincang, Pemajak bersetuju memajak kereta dengan pihak syrikat Persada warisan. Bayaran kerete bulanan RM650 + RM200(bagi Insurans,membaikpulih kereta dan alatan ganti. RISIKO Sebelum anda membuat keputusan untuk memajak kereta anda perlu memikirkan risiko yang bakal dihadapi. Antara risiko bisnes kereta sewa adalah pendapatan yang tidak menentu, persaingan, saman, kemalangan, kecurian dan penipuan. Risiko berkenaan memang tidak dapat dihindari, tetapi boleh dikurangkan. Bagi Green Matrix Car Rental antara langkah-langkah mengurangkan risiko adalah dengan;

Upload: haziq-ihsan

Post on 10-Dec-2015

247 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: borang pajakan haziq

PERSADA WARISAN ENTREPRISE(CAR RENTAL SERVICES).

Perjanjian pajakan adalah seperti berikut;

1. Kereta yang dipajakkan perlu menandatangani surat prjanjian ini dimana pemilik kereta bersetuju memajakkan kenderaan mereka.

2. Segala urusan penyewaan dikendalikan oleh Persada warisan Entreprise.

3. Persada warisan entreprise akan menguruskan bayaran ansuran, insuran, cukai jalan dan kos penyelengaraan. Pemajak tidak perlu menanggung sebarang kos sepanjang tempoh pajakan.

4. Tempoh pajakan maksimum 5 tahun.

5. Wang pajakan dibayar sebanyak RM800 sebulan.

6. Kutipan RM 200 sebulan akan digunakan untuk memperbaharui insuran, cukai jalan dan penukaran alat ganti kereta yang telah rosak.

7. Selepas tamat tempoh pajakan, kereta akan dijual atau dideri semula kepada tuan empunya kereta.

BAGAIMANA IANYA DIJALANKAN?

Sebagai contoh setelah berbincang, Pemajak bersetuju memajak kereta dengan pihak syrikat Persada warisan.

Bayaran kerete bulanan RM650 + RM200(bagi Insurans,membaikpulih kereta dan alatan ganti.

RISIKO

Sebelum anda membuat keputusan untuk memajak kereta anda perlu memikirkan risiko yang bakal dihadapi. Antara risiko bisnes kereta sewa adalah pendapatan yang tidak menentu, persaingan, saman, kemalangan, kecurian dan penipuan. Risiko berkenaan memang tidak dapat dihindari, tetapi boleh dikurangkan. Bagi Green Matrix Car Rental antara langkah-langkah mengurangkan risiko adalah dengan;

Sedaya upaya memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

Strategi pemasaran yang berbeza daripada pesaing.

Menapis pelanggan dan memberi fokus kepada pelanggan korporat.

Mempunyai prosedur tuntutan insuran yang berkesan.

Sistem menyenarai hitam pelanggan (CTOS).

PERINGATAN

Page 2: borang pajakan haziq

Walaupun pajakan kereta sewa memberi pulangan yang menguntungkan, namun anda perlu berhati-hati. Ini kerana terdapat pengusaha kereta sewa yang tidak jujur dan mengambil kesempatan terhadap mereka yang tidak arif di dalam bisnes ini. Nasihat saya;

1. Berhati-hati dengan pengusaha kereta sewa yang menawarkan bayaran pajakan yang terlalu tinggi. Nasihat mentor saya, sekiranya sesuatu tawaran itu sukar dipercayai, maka ia memang sukar dipercayai.

2. Jangka hayat kereta sewa adalah 200,000 KM, ini bermakna secara purata kereta sewa boleh bergerak sejauh 3333 KM sebulan (200,000/60 bulan). Sekiranya kereta anda bergerak melebihi had berkenaan, jangka hayatnya mungkin lebih singkat. Akibatnya anda perlu mengeluarkan lebih banyak wang untuk melangsaikan hutang yang masih tinggi sekiranya kereta berkenaan perlu dijual sebelum tempoh matang.

3. Pastikan anda memajak kereta kepada syarikat kereta sewa yang mempunyai sistem perniagaan yang tidak bergantung harap kepada pemilik perniagaan sepenuhnya. Ini kerana, sekiranya sesuatu berlaku kepada pemilik perniagaan itu (sakit, bercuti atau mati), perniagaan kereta sewa akan terhenti dan akan menjejaskan anda.