bongai

5
BONGAI ASAL-USUL Bongai dipercayai satu-satunya lagu rakyat yang asli kepunyaan Negeri Sembilan. Begitulah pendapat yang penuh meyakinkan yang diberitahu oleh Encik Udin Bin Hussin ( Pak Din Bongai) salah seorang penggiat Bongai yang masih terdapat di Negeri Sembilan Berbagai pandangan telah dibuat mengenai Bongai. Ada yang berpendapat Bongai adalah perkataan yang tersendiri dan tidak ditiru daripada mana-mana perkataan pun. Encik Udin Bin Husin atau lebih dikenali sebagai Pak Din Bongai, ialah seorang penyanyi Bongai yang aktif di Negeri Sembilan, mengatakan nama Bongai berasal daripada perkataan 'Bong dan Lai' yang bererti 'sayang'. Abdul Latif Oyek, seorang tokoh budaya tempatan memberi pengertian bahawa perkataan 'bongai' dicipta dari dua perkataan, iaitu perkataan 'bong' dan perkataan 'aye' bererti saya ......". Bongai mempunyai keunikannya tersendiri dan telah diterima sebagai identiti lagu bagi Negeri Sembilan (mulai 1997) serta telah mula diterima oleh kebanyakan masyarakat negeri ini.Pendapat ini telah disokon oleh ramai ahli kumpulan Bongai Seri Petasih di Kampong Kepis, Kuala Pilah. Namun bagi kebanyakan pengkaji, Bongai dikatakan berasal daripada Sumatra Barat, Indonesia, yang dibawa masuk oleh orang-orang Minangkabau, semasa mereka berhijrah ke Negeri Sembilan suatu ketika dahulu. Keadaan ini disebabkan oleh wujudnya persamaan antara lagu kesenian rakyat Minangkabau yang diberi nama 'Berbilang Panjang' dengan 'Lagu-lagu Bongai'. Persamaan ini

Upload: mynamesarah

Post on 08-Aug-2015

25 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: BONGAI

BONGAI

ASAL-USUL

Bongai dipercayai satu-satunya lagu rakyat yang asli kepunyaan Negeri Sembilan.

Begitulah pendapat yang penuh meyakinkan yang diberitahu oleh Encik Udin Bin

Hussin ( Pak Din Bongai) salah seorang penggiat Bongai yang masih terdapat di

Negeri Sembilan

Berbagai pandangan telah dibuat mengenai Bongai. Ada yang berpendapat Bongai

adalah perkataan yang tersendiri dan tidak ditiru daripada mana-mana perkataan

pun. Encik Udin Bin Husin atau lebih dikenali sebagai Pak Din Bongai, ialah seorang

penyanyi Bongai yang aktif di Negeri Sembilan, mengatakan nama Bongai berasal

daripada perkataan 'Bong dan Lai' yang bererti 'sayang'. Abdul Latif Oyek, seorang

tokoh budaya tempatan memberi pengertian bahawa perkataan 'bongai' dicipta dari

dua perkataan, iaitu perkataan 'bong' dan perkataan 'aye' bererti saya ......". Bongai

mempunyai keunikannya tersendiri dan telah diterima sebagai identiti lagu bagi

Negeri Sembilan (mulai 1997) serta telah mula diterima oleh kebanyakan masyarakat

negeri ini.Pendapat ini telah disokon oleh ramai ahli kumpulan Bongai Seri Petasih di

Kampong Kepis, Kuala Pilah. Namun bagi kebanyakan pengkaji, Bongai dikatakan

berasal daripada Sumatra Barat, Indonesia, yang dibawa masuk oleh orang-orang

Minangkabau, semasa mereka berhijrah ke Negeri Sembilan suatu ketika dahulu.

Keadaan ini disebabkan oleh wujudnya persamaan antara lagu kesenian rakyat

Minangkabau yang diberi nama 'Berbilang Panjang' dengan 'Lagu-lagu Bongai'.

Persamaan ini meliputi inti dan cara ia dipersembahkan.

Lagu Bongai - Budu Landai

(Lelaki)

 

Putik pauh daghilah pomatang

singgah moghapat papanlah kemudi ..........................sayang

daghi jauh sayolah ni datang

mondapekkan adiklah yang baik budi.

Page 2: BONGAI

(Perempuan)

Putik pauh topilah pomatang

sayanglah solasih lah dimasak minyak........................sayang

daghi jauh abangku ni datang

teghimolah kasihlah yang banyak-banyak.

(Lelaki)

Anak ompek dikatokan onam

laghilah induk tingal an sarang ......................................sayang

sakit diubek matilah ditanam

itulah yang budi ey dikonang oghang.

(Perempuan)

Apo bona lah kan keladinyo

makolah ditanam ditopilah kolam..................................sayang

apo bonalah kan ni budinyo

makolah dikonang siang dan malam.

(Lelaki)

Kalau adolah peghio pait

oghangnya baghulah monangkap udang.....................sayang

kalau ado budilah yang baik

monjadilah abu lah dikonang oghang.

(Perempuan)

Kalau ke ghimbo lah ko payo jangan

maghi bokudo banyaklah yang lalu.................................sayang

kalau bojumpo lah togamang jangan

adatlah yang mudo sajolah begitu.

(Lelaki)

Anak bolando pandailah momoto

Page 3: BONGAI

poto di lukih cantiklah ghononyo.....................................sayang

kalaulah boto e adikku bokato

kasihlah adik tu apolah tandonyo.

(Perempuan)

Dughian lah bobandu lah bandu

ondak dibolah lah boghuang-ghuang..............................sayang

adik sajo baklah kain baju

bia lah lusuh lah dek abang soghang.

(Lelaki)

Kalau ado selasihlah tani

tanam ketolo di ghumpunlah buluh..................................sayang

kalau adik kasihkan sayo ni

bak lah ey tualo nak monyapu poloh.

(Perempuan)

Tanam ketolo di ghumpun lah buloh

papan di jawo sayolah dighikan........................................sayang

jangan tuolo nak monyapu poloh

nyawo lah dan bodan adiklah soghahkan.

'Berbongai' bererti berbalas pantun yang disampaikan dalam bentuk lagu oleh para

pemantunnya. Bongai adalah sejenis lagu rakyat tradisional Negeri Sembilan yang

dinyanyikan secara solo atau berduet atau beramai-ramai. Namun, konsep

persembahan adalah, hanya seorang sahaja boleh menyanyi atau berpantun dalam

satu-satu masa. Orang lain tidak boleh menyanyi atau mengganggu ketika

pasangannya sedang menyanyi.Persembahan secara solo boleh dinyanyikan

samada oleh lelaki atau wanita.

 

Page 4: BONGAI

Begitu juga jika ia mengekalkan konsep asal,iaitu hanya seorang sahaja boleh

menyanyi dalam satu-satu masa, yang kemudiannya disahut atau disambut oleh

orang lain dalam kumpulan yang sama.Begitu juga, jika dipersembahkan secara

berduet, ia boleh menggunakan pasangan lelaki dan wanita atau kedua-duanya

lelaki atau kedua-duanya wanita. JIka persembahan dibuat secara beramai-ramai, ia

mengekalakan konsep asal,iaitu hanya seorang sahaja boleh menyanyi dalam satu-

satu masa, yang kemudiannya disahut atau disambut oleh orang lain dalam

kumpulan yang sama.