bola keranjang di malaysia

2
8/7/2019 BOLA KERANJANG DI MALAYSIA http://slidepdf.com/reader/full/bola-keranjang-di-malaysia 1/2 BOLA KERANJANG DI MALAYSIA . Seperti kebanyakan permainan , bola keranjang juga adalah satu lagi sukan yang dibawa masuk dari negara luar ke negara kita .Bagaimanapun , tidak ada catatan atau rekod kukuh atau nyata untuk membuktikan tarikh kedatangan permainan ini ke sini . Bagaimanapun adalah dipercayai bahawa bola keranjang diperkenalkan ke negara kita pada awal abad ke-20 oleh orang Inggeris .Penduduk tempatan yang melihat permainan ini kali pertama kurang berminat untuk bermain permainan ini . Bagaimanapun . ahli-ahli beberapa kelab rekreasi di bandar-bandar utama seperti di Kuala Lumpur , Singapura , Ipoh , dan Pulau Pinang serta Seremban yang bermain permainan ini .Kebanyakan mereka ini terdiri daripada orang Inggeris dan orang Cina . Sambutan dingin dalam beberapa dekad awal bola keranjang diperkenalkan berterusan sehingga selepas Perang Dunia Kedua . Bagaimanapun selepas itu , bola keranjang mula diperkenalkan di sekolah-sekolah , terutama sekolah-sekolah Cina . Murid-murid berbangsa Cina mula menunjukkan minat terhadap bola keranjang , manakala kaum lain masih belum berminat .Lama kelamaan ramailah penduduk tempatan khususnya kaum Cina yang bermain permainan ini . Bagi memudahkan usaha mengembangkan permainan ini ke merata tempat di negara ini , ditubuhkan persatuan khusus untuk permainan ini di peringkat kebangsaan. Penubuhan persatuan ini , bermula pada awal tahun 1960-an .Persatuan ini dinamakan sebagai Persatuan Bola Keranjang Amatur Malaysia (MABA) .Dengan ini mudahlah dijalankan usaha mempopularkan permainan ini ke negeri-negeri di seluruh negara dan lebih-lebih lagi menarik minat pemain-pemain bukan Cina . Langkah awal MABA ialah menganjurkan pertandingan antara negeri .Untuk menarik lebih ramai ahli sukan mengambil bahagian , sebuah piala rebutan dihadiahkan oleh Yang Dipertuan Agong menjadi piala rebutan .Pertandingan ini dimulakan pada tahun 1960-an . Terdapat juga kejohanan-kejohanan lain seperti kejohanan antara kelab , antara pertubuhan , antara sekolah termasuk di pelbagai peringkat umur dianjurkan oleh MABA atau persatuan-persatuan negeri atau kelab-kelab tertentu dari semasa ke semasa . Di peringkat sekolah , permainan ini mendapat sambutan yang amat

Upload: wahida-salleh

Post on 08-Apr-2018

264 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BOLA KERANJANG DI MALAYSIA

8/7/2019 BOLA KERANJANG DI MALAYSIA

http://slidepdf.com/reader/full/bola-keranjang-di-malaysia 1/2

BOLA KERANJANG DI MALAYSIA .

Seperti kebanyakan permainan , bola keranjang juga adalah satu lagi sukan

yang dibawa masuk dari negara luar ke negara kita .Bagaimanapun , tidak ada catatan

atau rekod kukuh atau nyata untuk membuktikan tarikh kedatangan permainan ini ke

sini . Bagaimanapun adalah dipercayai bahawa bola keranjang diperkenalkan ke

negara kita pada awal abad ke-20 oleh orang Inggeris .Penduduk tempatan yang

melihat permainan ini kali pertama kurang berminat untuk bermain permainan ini .

Bagaimanapun . ahli-ahli beberapa kelab rekreasi di bandar-bandar utama seperti di

Kuala Lumpur , Singapura , Ipoh , dan Pulau Pinang serta Seremban yang bermain

permainan ini .Kebanyakan mereka ini terdiri daripada orang Inggeris dan orang Cina .

Sambutan dingin dalam beberapa dekad awal bola keranjang diperkenalkan

berterusan sehingga selepas Perang Dunia Kedua . Bagaimanapun selepas itu , bola

keranjang mula diperkenalkan di sekolah-sekolah , terutama sekolah-sekolah Cina .

Murid-murid berbangsa Cina mula menunjukkan minat terhadap bola keranjang ,

manakala kaum lain masih belum berminat .Lama kelamaan ramailah penduduk

tempatan khususnya kaum Cina yang bermain permainan ini .

Bagi memudahkan usaha mengembangkan permainan ini ke merata tempat di

negara ini , ditubuhkan persatuan khusus untuk permainan ini di peringkat kebangsaan.

Penubuhan persatuan ini , bermula pada awal tahun 1960-an .Persatuan ini dinamakan

sebagai Persatuan Bola Keranjang Amatur Malaysia (MABA) .Dengan ini mudahlah

dijalankan usaha mempopularkan permainan ini ke negeri-negeri di seluruh negara dan

lebih-lebih lagi menarik minat pemain-pemain bukan Cina . Langkah awal MABA ialah

menganjurkan pertandingan antara negeri .Untuk menarik lebih ramai ahli sukan

mengambil bahagian , sebuah piala rebutan dihadiahkan oleh Yang Dipertuan Agong

menjadi piala rebutan .Pertandingan ini dimulakan pada tahun 1960-an .

Terdapat juga kejohanan-kejohanan lain seperti kejohanan antara kelab , antara

pertubuhan , antara sekolah termasuk di pelbagai peringkat umur dianjurkan oleh

MABA atau persatuan-persatuan negeri atau kelab-kelab tertentu dari semasa ke

semasa . Di peringkat sekolah , permainan ini mendapat sambutan yang amat

Page 2: BOLA KERANJANG DI MALAYSIA

8/7/2019 BOLA KERANJANG DI MALAYSIA

http://slidepdf.com/reader/full/bola-keranjang-di-malaysia 2/2

menggalakkan , termasuk bukan Cina , malah terdapat kejohanan khusus bukan Cina

antara sekolah-sekolah diperingkat kebangsaan serta antara negeri .

Di peringkat anatarabangsa , negara kita sering menganjurkan pertandingan

dan kejohanan utama dunia seperti Kejohanan Asia , Kejohanan Kelab-kelab Asia ,

Kejohanan Terbuka Malaysia , dan kejohan jemputan kelab atau syarikat-syarikat

tertentu yang menawarkan hadiah dalam bentuk wang .Pasukan negara kita tidak

ketinggalan turut mengambil bahagian dalam kejohan-kejohanan ini . Walaupun kita

belum berjaya menjadi johan , tetapi pasukan kita adalah antara pasukan yang terbaik

di Benua Asia .Penguasaan tiga gergasi bola keranjang di peringkat Asia , iaitu China .

Jepun dan Korea Selatan menyebabkan pencapaian terbaik pasukan negara kita di

Asia hanyalah di tempat keempat sahaja .Pada peringkat Sukan SEA , kedua-dua

pasukan lelaki dan wanita kita pernah memenangi pingat emas .

Jika dilihat sambutan terhadap sukan ini secara keseluruhannya , dapatlah

dikatakan bahawa bola keranjang merupakan satu lagi permainan yang berjaya

menarik minat sebilangan besar penduduk negara ini .