jurang digital

30
JURANG DIGITAL DI MALAYSIA - SATU PANDANGAN UMUM Penyusun: AMY - SMK CHUNG HUA MIRI SARAWAK untuk pelajar enam atas 2008 JURANG DIGITAL 1: PENGENALAN Adakah anda tahu bahawa 65 peratus daripada penduduk yang memiliki komputer di Malaysia terdiri daripada masyarakat yang tinggal di kawasan bandar seperti di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Pulau Pinang sahaja? Anda berada di mana? Mengapa ia satu isu? Kemajuan sosial dan ekonomi kini bersandar kepada kebolehan sesuatu individu atau masyarakat menggunakan ilmu pengetahuan. Di waktu kini dan di masa hadapan akan terdapat lebih banyak ilmu dan maklumat akan disalurkan melalui sistem ICT, terutamanya Internet. 1

Upload: pau6

Post on 07-Jun-2015

5.480 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Mengandungi artikel yg berkaitan dengan jurang digital. Menerangkan isu, masalah, program dan perancangan untuk merapatkan jurang digital desa dan bandar

TRANSCRIPT

Page 1: Jurang Digital

JURANG DIGITAL DI MALAYSIA - SATU PANDANGAN UMUMPenyusun: AMY - SMK CHUNG HUA MIRI SARAWAK untuk pelajar enam atas 2008

JURANG DIGITAL 1: PENGENALAN

Adakah anda tahu bahawa 65 peratus daripada penduduk yang memiliki komputer di Malaysia terdiri daripada masyarakat yang tinggal di kawasan bandar seperti di Selangor,

Wilayah Persekutuan dan Pulau Pinang sahaja? Anda berada di mana?

 

Mengapa ia satu isu?

Kemajuan sosial dan ekonomi kini bersandar kepada kebolehan sesuatu individu atau masyarakat menggunakan ilmu pengetahuan. Di waktu kini dan di masa hadapan akan terdapat lebih banyak ilmu dan maklumat akan disalurkan melalui sistem ICT, terutamanya Internet.

1

Page 2: Jurang Digital

Jurang Digital merujuk kepada perbezaan besar di dalam masyarakat, antara mereka yang mendapat capaian secukupnya kepada kemudahan ICT, dan yang tidak mendapatnya. Mereka yang tidak mendapat capaian sewajarnya difikirkan akan ketinggalan dalam usaha pembangunan amnya.

Jurang ilmu pengetahuan pula merujuk kepada keadaan di mana maklumat yang dicapai melalui kemudahan infrastruktur ICT ini tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya disebabkan kurang kemahiran untuk menggunakannya dalam menjalani kehidupan seharian.

Jurang Digital akan memberi peluang kepada sebahagian sahaja daripada kita untuk mendapat faedah, manakala yang sebahagian lagi tidak dapat merasai manfaat dari kecanggihan teknologi ini. Masyarakat desa adalah antara golongan yang mungkin terpinggir dan tercicir dalam arus pembangunan sekiranya langkah-langkah positif tidak diambil untuk merapatkan Jurang Digital tersebut.

Teknologi semata-mata tidak akan membawa manfaat kepada rakyat jelata dalam hal ini. Isi kandungan serta aplikasi ilmu pengetahuan memainkan peranan penting bagi mendedahkan manfaat ICT kepada kehidupan penduduk desa dan seterusnya boleh digunakan dalam kehidupan seharian mereka.

Senario di Malaysia

Adakah anda tahu bahawa 65 peratus daripada penduduk yang memiliki komputer di Malaysia terdiri daripada mereka yang tinggal di kawasan bandar seperti di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Pulau Pinang sahaja? Ini bermakna, baki selebihnya dimiliki oleh penduduk bagi 11 buah negeri yang lain, iaitu lebih kurang kadar purata 3.18 peratus bagi setiap negeri.

Pada masa yang sama, peratus mampu milik komputer di kalangan penduduk masih berada di tahap yang rendah, iaitu sebanyak 5% sahaja.

Pada tahun 1998 misalnya, kadar akses Internet adalah sebanyak 6 peratus bagi setiap 100 populasi penduduk dan 11.9 peratus untuk setiap rumah. Walaupun laporan menunjukkan sebanyak 182 peratus pelangganan Internet telah dilaksanakan di Malaysia, namun kebanyakannya hanya tertumpu di Lembah Kelang, Selangor dan di bandar-bandar besar seluruh negara.

Statistik ini menunjukkan wujudnya perbezaan yang amat ketara dalam pemilikan komputer peribadi dan kemudahan Internet di antara penduduk di bandar dan di luar bandar.

Senario global

Gambaran jurang digital sangat membimbangkan. Statistik menunjukkan 51 daripada 100 gergasi ekonomi terhebat di dunia adalah dari kalangan syarikat-syarikat swasta (dan bukannya dari kalangan kerajaan). Lebih kurang 80 peratus dari penduduk dunia tidak pernah membuat panggilan telefon, apatah lagi untuk mengakses Internet. Lebih dari 3 bilion penduduk dunia hidup hanya dengan pendapatan purata kurang dari US$2 (RM7.60) sehari. Sememangnya mereka tidak berupaya untuk memiliki komputer peribadi yang paling rendah kapasitinya (World Research Institute).

2

Page 3: Jurang Digital

Begitulah ketara besarnya perbezaan di antara yang kaya (bermaklumat) dan miskin (tidak bermaklumat). Syarikat-syarikat ICT dan kuasa ekonomi besar telah digesa untuk memberi lebih sumbangan kepada kebajikan komuniti dan kemanusiaan. Industri dan kerajaan-kerajaan telah mula menunjukkan keprihatinan mereka dalam isi jurang digital ini. Namun hakikatnya, jalan penyelesaian masih terlalu jauh.

Matlamat Dasar Kebangsaan Industri Komunikasi dan Multimedia

Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 558) menetapkan 10 objektif Dasar Kebangsaan bagi Industri Komunikasi dan Multimedia seperti berikut:

• Menjadikan Malaysia sebagai pusat dan tumpuan utama dunia bagi perkhidmatan komunikasi dan multimedia;

• menggalakkan pewujudan masyarakat di mana perkhidmatan berdasarkan maklumat sebagai asas pembangunan kualiti hidup yang berterusan;

• mencambahkan dan memupuk sumber maklumat dan perlambangan budaya tempatan;

• mengawal selia bagi faedah jangka panjang pengguna akhir; • Menggalakkan tahap keyakinan pengguna yang tinggi dalam penyampaian

perkhidmatan daripada industri itu; • memastikan penyediaan perkhidmatan sama rata yang mampu dibayar melalui

infrastruktur kebangsaan yang sentiasa ada; mewujudkan suasana aplikasi yang giat bagi pengguna akhir memudahkan pengagihan secara berkesan sumber seperti tenaga buruh mahir, modal,

pengetahuan dan aset kebangsaan; menggalakkan pembinaan keupayaan dan kecekapan dalam industri percantuman

Malaysia; dan menjamin keselamatan maklumat dan kebolehpercayaan dan keutuhan rangkaian.

Inisiatif Kerajaan dalam Usaha Merapatkan Jurang Digital

Jurang digital amat nyata di di dalam sektor ICT. Terdapat jurang di antara yang bermaklumat dan tidak maklumat di kalangan pelbagai kumpulan masyarakat di Malaysia. Dalam masa yang sama, mereka yang bermaklumat dan kaya tinggal di bandar sementara yang tidak bermaklumat dan miskin di pendalaman. Untuk membetulkan ketidakseimbangan digital ini, pihak Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK) dan kementerian sebelumnya, Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia (KTKM) telah menjalankan beberapa inisiatif dalam memenuhi objektif nasional dalam memastikan peruntukan yang lebih adil dalam perkhidmatan ICT lebih mampu-milik seperti yang telah di maktubkan di dalam Akta Komunikasi Multimedia 1998.

Penyambungan internet di kawasan pendalaman telah dijalankan melalui inisiatif seperti program Pusat Internet Desa (PID) dan progam Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP). PID telah dilancarkan pada 3 April 2000 sebagai pendekatan menyeluruh dalam menyediakan akses Internet di kawasan pedalaman melalui peruntukan keperluan infrastruktur, pembinaan kapasiti serta pembangunan kandungan.

Di bawah program PID, operator pihak swasta yang dibiayai oleh kerajaan menyediakan perlalatan komputer dan sambungan Internet; sementara tapak, keselamatan dan elektrik

3

Page 4: Jurang Digital

disediakan oleh oleh pihak Pejabat Pos setempat. Latihan juga diberi kepada penyelia PID dan pengguna-penguna sebagai sebahagian dari pakejnya. Satu jawatankuasa sukarelawan juga digerakkan dengan pembangunan laman web setempat yang mempamirkan barangan dan perkhidmatan komuniti beserta penyediaan kandungan yang relevan dengan komuniti tersebut. Di fasa pertama projek ini, PID telah diletakkan di dalam Pejabat Pos di kawasan-kawsasan yang mempunyai sambungan TM Net DSL atau ISDN.

Kini terdapat 42 buah PID di seluruh negara yang telah dilengkapkan dengan lima hingga enam komputer berserta saluran Internet melalui ADSL atau ISDN. Melalui statistik yang dikumpulkan pada bulan Julai 2004, dimaklumkan lebih 53,000 pengguna telah mengguna perkhidmatan PID sementara 35,000 pengguna telah menjalani latihan di bawah salah satu program latihan PID sejak ianya dimulakan.

Sama seperti PID, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah juga telah menubuhkan program Infodesa untuk menyerapkan budaya ICT di kalangan penduduk luar bandar.

Program USP adalah salah satu inisiatif yang penting dalam usaha merapatkan jurang digital dan sebahagian daripada polisi menyediakan perkhidmatan komunikasi asas kepada setiap rakyat. Menyedari bahawa tanggungjawab ini tidak boleh ditinggalkan kepada pihak industri sahaja, kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM293.4 juta di bawah Rancangan Malaysia ke Lapan untuk menyediakan sumber-sumber yang berkaitan di dalam memberi akses komunikasi kepada sekolah, klinik dan perpustakaan di luar bandar. Pada akhir 2003, sebanyak 220 buah sekolah di Sabah dan Sarawak telah dilengkapkan dengan infrastruktur komunikasi menggunakan teknologi ‘Very Small Aperture Terminal’ (VSAT). Lebih dari 44,000 penuntut, 3,300 guru dan 22,000 penduduk ynag berdekatan dengan sekolah-sekolah tersebut berpeluang menikmati kemudahan komunikasi dan akses Internet.

Pada penghujung tahun 2004 pula, sebanyak 376 perpustakaan dan 350 klinik desa di seluruh negara telah dihubungkan secara talian mengguna teknologi VSAT dan Asymmetric Digital Subscriber Line (ADSL). Program tersebut telah memberi manfaat kepada lebih 352 penyelia perpustakaan desa, 1,120 kakitangan klinik desa dan 115, 200 orang penduduk.

Melalui kerjasama dengan Kementerian Pelajaran, KTAK telah melancarkan satu projek yang dinamakan SchoolNet pada Februari 2004. Dengan menggandingkan inisiatif sediaada seperti Sekolah Pintar dan fasa pertama projek USP, projek SchoolNet telah menyediakan akses jalur lebar kepada lebih 10,000 buah sekolah di seluruh negara, dengan tumpuan kepada sekolah di kawasan luar bandar. Projek SchoolNet bertumpu kepada pengedaran kandungan pembelajaran dan bertindak sebagai Intranet. Sementara itu, infrastruktur yang digunakan untuk projek tersebut juga bertindak sebagai batu loncatan kepada perkembangan yang lebih meluas kepada komuniti. Rangkaian SchoolNet telah dilihat sebagai sebuah rangkaian nasional yang terurus rapi sepenuhnya yang berupaya mengeksploitasi kapasiti berlebihan di dalam tulang belakang negara.

Strategi yang seterusnya dalam merapatkan jurang digital meliputi program-program melebarkan akses infrastruktur ICT, peruntukan kemudahan dan perkhidmatan yang mampu-beli, meningkatkan kesedaran dan pendidikan melalui pengetahuan berterusan kepada pelbagai kumpulan sasaran, serta penggalakan pembangunan kandungan tempatan.

Untuk mengetahui program-program yang dijalankan secara terperinci oleh pelbagai pihak, sila layari ruangan INISIATIF.

4

Page 5: Jurang Digital

Pusat ICT yang berjaya membangunkan sesebuah komuniti bukan disebabkan oleh teknologi yang digunakan, tetapi melalui bantuan peribadi dalam menggunakan teknologi tersebut. Hanya satu cara sahaja yang berkesan dalam menyediakan bantuan peribadi ini; iaitu melibatkan sukarelawan.

Senarai Inisiatif Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi

5

Universal Service ProvisionMenyediakan perkhidmatan komunikasi asas, fokus pada telefon berbayar awam, asas teknologi telefon dan akses internet.Pusat Internet DesaPembangunan seimbang di antara kawasan bandar dan pendalaman; merapat jurang digital, peluang ICT kepada komuniti.Program Sekolah Angkat KTAK-TMMengga lakan dan men ingka tkan penggunaan ICT di dalam pendidikan; membina industri ICT tempatan.SchoolNetMenyediakan infrastruktur komunikasi bagi program sekolah bestari di sekolah-sekolah di Malaysia.

Senarai Inisiatif Agensi-Agensi KerajaanSumberDeskripsiPembestarian SekolahPembudayaan penggunaan ICT dalam pendidikan bagi meningkatkan kualiti pentadbiran sekolah serta kompetensi guru.TelePrimaryCareMenyalurkan perkhidmatan kesihatan kepada orang ramai dengan menggunakan kemudahan ICT,Medan Infodesa (&Titian Digital)

Merapatkan jurang digital di antara komuniti bandar dan pendalaman. Pusat ICT untuk komuniti pendalaman.Kedai.comMerapatkan jurang digital di antara komuniti bandar dan pendalaman.Bestari.CommPusat sumber maklumat Kerajaan Negeri Terengganu dan pusat pembelajaran dan latihan ICT untuk rakyat di luar bandar.e-DesaProjek ICT oleh kerajaan Johor bagi merapatkan lagi jurang digital di kalangan masyarakat desa.e-MelakaProgram mendidik dan membimbing penggunaan ICT di kalangan rakyat oleh Kerajaan Negeri Melaka.Pusat Komuniti IT (PKIT)Memberikan hak dan peluang yang sama rata kepada rakyat di Negeri Selangor menyertai gelombang teknologi maklumat.Gerak IT (K-TRAK)Unit ICT bergerak memberi peluang rakyat Selangor mempelajari ilmu teknologi maklumat.Unit Internet BergerakMemberi latihan kepakaran ICT kepada penuntut luar bandar melalui penggunaan unit internet bergerak.

Page 6: Jurang Digital

6

Senarai Inisiatif Agensi-Agensi Kerajaan

Unit Internet BergerakMemberi latihan kepakaran ICT kepada penuntut luar bandar melalui penggunaan unit internet bergerak.e-Learning for LifePusat komuniti ICT untuk memberi peluang e-learning, latihan dan akses ICT kepada penuntut, guru dan komuniti setempat.AgriBazarMemberi peluang secara online untuk pengeluar hasil tanaman tempatan mendapat akses pasaran yang lebih terus dan adil.Inisiatif BDDMerapat jurang digital di antara yang bermaklumat dan tidak bermaklumat, memberi kesedaran tentang kebaikan ICT .e-KomunitiSupaya komuniti celik ICT dan menjadi komuniti berpengetahuan.e-BarioMengenal pasti sejauh mana kemudahan ICT boleh membina pembangunan manusia di komuniti pendalaman di Sarawak.PPSMIMeningkatkan penggunaan ICT di dalam pendidikan; membina industri ICT

tempatan, membantu kepada kekuatan ekonomi.DAGSIntegrasi penyelesaian ICT kepada komuniti melalui kerjasama di kalangan awam, sektor swasta dan organisasi komuniti.e-WargaKotaMen ingka tkan dan memperba ik i komunikasi di kalangan ahli komuniti, golongan tua dan penyedia perkhidmatan.Warga Emas NetworkMenyediakan pendidikan dan akses teknologi komputer kepada gologan d e w a s a s u p a y a m e n i n g k a t k a n pengetahuan.PesarajayaPenyertaan pesara di dalam aktiviti pentadbiran melalui rangkaian Informasi, Komunikasi dan Pengetahuan.Portal NurITAProgram latihan celik komputer di kalangan wanita khususnya ibu tunggal.e-SyariahSistem E-Syariah telah dibangunkan dengan modul-modul yang lengkap bagi memenuhi semua aspek keperluan semua golongan.

Page 7: Jurang Digital

JURANG DIGITAL 2 : TINDAKAN

Merapatkan Jurang Digital

INISIATIF KEMENTERIAN TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI UNTUK MERAPATKAN JURANG DIGITAL YANG TERPISAH

Sektor Komunikasi dan Multimedia yang berprestasi tinggi adalah suatu kemestian yang tidak boleh tidak di dalam usaha Malaysia mengangkat statusnya menjadi sebuah negara berasaskan masyarakat bermaklumat seperti yang telah digariskan di bawah wawasan 2020.

7

Senarai Inisiatif KorporatSumberDeskripsiMaxis Cyberkids CampMerapatkan jurang digital dengan menyediakan teknologi dan pendidkan kepada semua rakyat Malaysia.Maxis CyberlabMemperbaiki taraf hidup komuniti pedalaman melalui penggunaan ICT.PINTARMewujud kesedaran di kalangan pelajar tentang pentingnya pencapaian akademik untuk masa depan yang lebih baik .Program Sekolah Angkat TM-KTAKMengga lakan dan men ingka tkan penggunaan ICT di dalam pendidikan; membina industri ICT tempatan.Celcom XChangeProgram untuk membina kesedaran cara hidup positif kepada golongan remaja .HEdStart Programme (Higher Education Start Programme)Menyediakan graduan negara ini dengan kemahiran dan persijilan yang diiktiraf serata dunia.Program Windows XP Starter Edition PilotMembolehkan individu, komuniti dan negara mendapatkan akses peralatan teknologi, kepakaran dan inovasi.Windows and Office dalam Bahasa MelayuMemelihara bahasa tempatan dan budaya dengan mengguna teknologi untuk memberi impak positif.

Projek ‘PC Gemilang’Menyokong kerajaan menjalankan program “Satu Rumah Satu Komputer” bertujuan memberi akses teknologi komputer.

Senarai Inisiatif NGOSumberDeskripsism@syMemperbaiki transaksi sosio-ekonomi harian supaya lebih cepat; integrasi komuniti.CyberCareMembina komuniti elektronik untuk anak yatim dan pentadbir rumah tersebut.TaniNetMaklumat dan perkhidmatan online berkenaan pertanian dan bioteknologi; akses kepada nasihat pakar.Eagle's NestMenggalakkan skim pekerjaan semula secara bebas dengan mengguna kaedah ICT kontemporari.e-PekakAkses komunikasi di kalangan komuniti pekak; menggalakkan penggunaan ICT di dalam kehidupan.

Page 8: Jurang Digital

Sejajar dengan peranan kritis sektor ini di dalam pembangunan negara, Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588) telah berjaya mewujudkan suatu rangkakerja perundangan untuk sektor komunikasi dan multimedia.

Akta ini juga telah menggariskan 10 Objektif Dasar Negara untuk sektor komunikasi dan multimedia bertujuan untuk mengukuhkan prestasi sektor juga akses sama rata dan penglibatan entiti tempatan di dalam sektor.

Dalam hubungan ini, kesediaan (availability), akses sama rata dan kemampuan adalah tiga prinsip asas bagi konsep Perkhidmatan Sejagat, yang mana merupakan objektif ke-enam Dasar Komunikasi dan Multimedia Negara. Kesediaan (Availability) di sini bermakna liputan bagi perkhidmatan rangkaian (telefon, Internet, dan sebagainya) mestilah disediakan di seluruh negara, tanpa mengira di mana dan bila ianya diperlukan. Akses sama rata bermakna semua pengguna perlu diberikan layanan yang sama, tanpa diskriminasi dari segi harga, perkhidmatan serta kualiti, tidak kira di mana lokasinya. Kemampuan boleh diterjemahkan sebagai perkhidmatan rangkaian yang termampu oleh pengguna. Perkhidmatan Sejagat berhasrat untuk mencapai pembangunan yang sama atau seimbang di antara kawasan-kawasan serta kumpulan masyarakat supaya pemisahan digital di antara mereka yang kaya maklumat dengan mereka yang kurang maklumat dapat dirapatkan.

Dari sudut pengagihan komputer di bandar dan luar bandar, tumpuan lebih diberikan ke kawasan bandar, terutamanya di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Pulau Pinang yang menyumbang lebih daripada 65 peratus kepadatan komputer di Malaysia. Dalam pada itu, kadar penembusan komputer bagi isi rumah masih rendah, iaitu 5 peratus.

Bagi capaian Internet, statistik pada tahun 1998 menunjukkan penembusan pada 6 peratus untuk setiap 100 penduduk dan 11.9 peratus untuk setiap isi rumah. Sementara Malaysia mencatatkan kadar pertumbuhan sebanyak 182 peratus bagi pelanggan Internet, sekali lagi kepadatan pertumbuhan adalah lebih di kawasan Lembah Klang, Selangor dan beberapa bandar utama negara.

Perkhidmatan Sejagat adalah amat penting kepada pembangunan negara berdasarkan alasan-alasan berikut:

• menggerakkan rakyat melalui penyediaan perkhidmatan rangkaian yang membolehkan pencapaian maklumat oleh individu atau berkumpulan di samping menjana/meningkatkan pengetahuan masyarakat dan negara;

• akses samarata dan pembangunan seimbang di antara kawasan bandar dengan kawasan belum membangun begitu juga di antara golongan kaya maklumat dengan yang mundur;

• perkembangan industri melalui pertumbuhan dan pembangunan e-dagang

• menjadikan Malaysia sebagai hub global melalui kesediaan infrastruktur komunikasi yang boleh meyakinkan dan menarik minat warga asing juga warga tempatan untuk melabur.

•Bagi memastikan kesediaan (avaiability) dan akses sama rata kepada perkhidmatan dan juga infrastruktur rangkaian, Malaysia perlulah menyediakan liputan meluas dan saksama di antara kawasan dan kumpulan masyarakat yang berbeza. Penyediaan infrastruktur melalui "rangkaian menyeluruh" untuk meningkatkan kedua-dua penembusan komputer dan Internet

8

Page 9: Jurang Digital

boleh merapatkan jurang digital yang terpisah di antara kawasan dan kumpulan penduduk di dalam negara.

JURANG DIGITAL 3: USAHA KERAJAAN

Kerjasama Semua Pihak Atasi Jurang Digital( 24/5/2002 )

MALAYSIA akan terus melaksanakan program membasmi jurang digital membabitkan kerjasama semua pihak - kerajaan, swasta dan orang ramai bagi memastikan rakyat Malaysia menikmati sepenuhnya kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang menjadi asas pembentukan masyarakat kaya maklumat selaras dengan Wawasan 2020.

Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Amar Leo Moggie, berkata kerajaan mengenal pasti ICT sebagai alat yang dapat memberi banyak kelebihan kepada rakyat Malaysia untuk mencapai status negara maju menjelang 2020.

"Bagaimanapun, ada beberapa halangan terutamanya jurang digital yang perlu diatasi sebelum dapat merealisasikan wawasan dan aspirasi negara. Penyatuan antara teknologi maklumat, komunikasi dan penyiaran memberikan peluang kepada kerajaan untuk bekerjasama dengan semua pihak bagi mengatasi halangan berkenaan," katanya di Bangi, minggu lalu.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena sambutan Hari Telekomunikasi Sedunia peringkat kebangsaan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membacakan ucaptama Perdana Menteri untuk sambutan hari berkenaan.

Bagi sambutan peringkat kebangsaan, temanya ialah merapatkan jurang digital menerusi penyatuan. Matlamat utama sambutan hari berkenaan ialah memberi peluang kepada pemain industri menunjukkan pelbagai produk, menimbulkan kesedaran dan kefahaman mengenai konsep penyatuan serta jurang digital dan kesatuan kebangsaan menerusi ICT.

Sambutan hari telekomunikasi peringkat kebangsaan adalah selaras dengan sambutan Hari Telekomunikasi Sedunia anjuran Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa. (ITU). Tema sambutan kali ini iaitu ICT untuk semua Ð memberi kelebihan kepada orang ramai merentasi jurang digital.

Moggie berkata, penyatuan pelbagai media membenarkan kerajaan menjalinkan kerjasama dengan lebih ramai pemain industri dan tidak hanya tertumpu kepada pemain industri komunikasi atau penyiaran.

Sementara itu, Setiausaha Agung ITU, Yoshio Utsumi dalam ucapan alu-aluannya sempena hari telekomunikasi dunia berkata, ICT adalah alat paling berkuasa yang membawa perubahan ekonomi dan sosial kepada tamadun manusia selepas alat percetakan yang dicipta oleh Johan Guttenberg.

9

Page 10: Jurang Digital

"Seperti ciptaan Guttenberg, banyak perkara perlu dilakukan sebelum maklumat yang bercetak dapat dinikmati manusia, ICT juga memerlukan banyak kerjasama daripada pelbagai pihak untuk memastikan maklumat tidak hanya terhad kepada segelintir negara atau masyarakat," katanya.

Beliau berkata, ICT perlu dimanfaatkan untuk membolehkan orang ramai memperbaiki taraf sosioekonomi masing-masing. Langkah yang paling penting ialah memastikan jurang digital antara penduduk kaya-miskin, bandar-desa, negara maju-Dunia Ketiga dirapatkan agar kemampuan untuk mencapai maklumat dapat diberikan secara adil kepada semua pihak.-BH(K)

JURANG DIGITAL 4: KERJASAMA LUAR NEGARA

Microsoft labur RM10j rapatkan jurang digital di MalaysiaOleh: ASUKI ABAS,HAIRULAZIM MAHMUD dan NOR AZIAH JAAFAR

PUTRAJAYA 29 Jun - Syarikat perisian terbesar di dunia, MicrosoftCorporation memberikan komitmen untuk menghulurkan bantuan terbaikkepada kerajaan Malaysia bagi menghapuskan jurang digital di negara ini.Sebagai permulaan, syarikat itu akan melabur dana RM10 juta dalam tempohlima tahun untuk memberikan latihan serta perisian yang akan memberifaedah kepada 10,000 pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruhnegara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, hasratkerajaan untuk mengurangkan jurang digital bagi memastikan teknologimaklumat dan komunikasi (ICT) dapat dinikmati oleh semua rakyat disambutbaik oleh Pengerusi Microsoft, Bill Gates.

``Saya tekankan betapa pentingnya kita mengambil tindakan mengurangkanjurang digital sebab jika tidak, akan berlaku jurang pembangunan yangbesar kerana pada masa akan datang, peranan ICT sebagai pemangkin

10

Page 11: Jurang Digital

pembangunan adalah amat penting.

``Dan saya diberitahu reaksi beliau adalah baik tentang apa yang kitalaksanakan,'' katanya kepada pemberita selepas mempengerusikanmesyuarat Lembaga Pengarah Lembaga Pembangunan Langkawi dipejabatnya, di sini hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri menerima kunjungan Gates yang dalam lawatandua hari ke Malaysia bagi menghadiri pelancaran program Rakan KongsiPembelajaran di Sekolah Alam Shah, di sini.

Program itu membolehkan guru diperkasa dengan pengetahuan ICT melaluilatihan kemahiran dan pembangunan kurikulum. Kata Perdana Menteri, Gates turut menyatakan mengenai pentingnya Malaysia memastikan generasi muda mendapat latihan secukupnya untuk membina pekerja berpengetahuan (K-Pekerja).

Sementara itu, Gates berkata, syarikatnya menyambut baik komitmenMalaysia untuk mengurangkan jurang digital melalui pemerolehan teknologiICT oleh pelajar termasuk di luar bandar.

``Dan saya pula dapat menjelaskan kepada beliau mengenai komitmen kamiuntuk bekerja bersama kerajaan, membantu dengan cara terbaik yang kamimampu,'' kata Gates selepas menandatangani memorandum persefahaman(MoU) bagi program Rakan Kongsi Pembelajaran di Sekolah Alam Shah.Gates yang juga Ketua Arkitek Perisian Microsoft mewakili syarikatberkenaan manakala Menteri Pelajaran, Datuk Hishammuddin Tun Husseinmemeterai MoU itu bagi pihak kementeriannya.

JURANG DIGITAL 5: PERANAN SYARIKAT SWASTA

Maxis Cyberlab Rapatkan Jurang Digital

Dari Berita Harian Online26-May-2004

ABDULLAH dan Datin Seri Endon Mahmood menerima

cenderahati daripada peserta Kem Maxis Cyberkids sambil

diapit Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Megat Zaharudin sempena

perasmian Pusat Budi Penyayang, Kepala Batas,

Ahad lalu. Gambar Che Rani Che Din

11

Page 12: Jurang Digital

SEBAGAI warga korporat yang prihatin dan bertanggungjawab kepada masyarakat di negara ini, Maxis Communications Berhad (Maxis) melancarkan Maxis Cyberlab di Kepala Batas, Pulau Pinang, dalam usahanya merapatkan jurang digital antara masyarakat di bandar dan luar bandar.

Kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi lengkap itu membuka peluang kepada kanak-kanak dan guru terutamanya yang berada di luar bandar datang ke Kepala Batas untuk menikmati kemudahan berkomputer di samping merasai pengalaman baru hasil teknologi terkini dan Internet.

Makmal terbabit dilengkapi dengan peralatan bernilai RM100,000, merangkumi kemudahan komputer peribadi, komputer bimbit, projektor paparan kristal cecair (LCD), kamera digital dan pencetak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meluangkan masa melawat Maxis Cyberlab itu sempena pelancaran Pusat Budi Penyayang, Ahad lalu.

Sehingga kini, empat Maxis Cyberlab sudah menyediakan perkhidmatan ICT. Makmal lain ialah di Kuala Pilah, Negeri Sembilan; Dungun, Terengganu dan Tanah Merah, Kelantan.

Malah Maxis berharap untuk mengenal pasti dua lagi tempat dan akan melengkapkan makmal itu dalam tempoh beberapa bulan lagi.

Pengerusi Maxis, Datuk Megat Zaharudin Megat Mohd Nor, berkata Maxis mahu mengembangkan usaha dalam pendidikan kanak-kanak di luar bandar dan membantu mereka meneruskan proses pembelajaran dengan menyediakan akses ICT dan meningkatkan kemahiran mereka kepada kumpulan lebih besar dan komuniti hasil kejayaan Kem Maxis Cyberkids yang sedang dilaksanakan.

Katanya, kem itu inisiatif Maxis yang selaras dengan komitmen untuk memperkasa komuniti menerusi pendidikan dan teknologi komunikasi.

Inisiatif itu di bawah program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang dikenali sebagai 'Maxis Bridging Communities'.

'Maxis Bridging Communities' itu pendekatan bersepadu yang mensasarkan penyediaan komunikasi dan mendekati orang ramai, mendekatkan komuniti dan meningkatkan mutu hidup mereka.

Sementara itu, Kem Maxis Cyberkids edisi sulung diadakan di Kepala Batas dari 19 hingga 22 Mei lalu dengan penyertaan seramai 48 orang dari lapan sekolah di sekitar Seberang Prai Utara.

Kem itu bertujuan melengkapi pelajar dan guru dengan asas komputer dan kemahiran Internet untuk membantu mereka mengharungi dunia komunikasi yang semakin mencabar.

Tahun ini, Maxis bercadang untuk menganjurkan 12 kem seumpama itu di beberapa lokasi makmal Maxis Cyberlab.

Makmal itu turut dibuka kepada keseluruhan komuniti. Mereka boleh menggunakan kemudahan dikendalikan pelatih tempatan dan boleh memberikan bimbingan untuk menggunakan komputer.

12

Page 13: Jurang Digital

Setiap makmal mempunyai tiga pelatih tempatan dilatih sendiri oleh Maxis sambil memberi peluang pekerjaan kepada penduduk luar bandar.

"Kita mengalu-alukan sesiapa saja untuk mengakses pusat latihan komputer kami dan ingin menggalakkan mereka agar belajar kemahiran untuk membantu mereka meningkatkan mutu hidup," katanya.

Megat Zaharudin berkata, matlamat Maxis adalah mudah iaitu membantu mengurangkan jurang digital antara komuniti bandar dan luar bandar, untuk membiasakan kanak-kanak dengan ICT terutama dengan komputer dan Internet, serta menggalakkan mereka untuk menjadi pemangkin dalam berkongsi maklumat.

"Kita juga berharap bahawa dengan berbuat begini, mutu hidup dan komuniti mereka akan meningkat," katanya.

JURANG DIGITAL 6: RANCANGAN DAN DASAR KERAJAAN

RM9 Pengurangan Jurang Digital

5.16 Bagi memastikan setiap warga Malaysia berkongsi manfaat daripada ekonomi berasaskan pengetahuan, beberapa usaha mengurangkan jurang digital yang sedang dilaksanakan telah dipergiat lagi. Strategi tersebut termasuk pelaksanaan pelan infrastruktur untuk akses menyeluruh serta menyediakan perkhidmatan dan produk ICT yang mampu beli. Bagi tujuan tersebut, beberapa inisiatif diambil termasuk menubuhkan telecentre di kawasan luar liputan, semakan semula tarif langganan telefon dan Internet serta menggalakkan pemilikan komputer peribadi (PC). Di samping itu, bagi menggalakkan lagi penggunaan perkhidmatan dan kemudahan ICT, usaha juga diambil untuk membangunkan kandungan dan aplikasi dalam talian yang khusus.

5.17 Antara langkah yang diambil untuk merapatkan jurang digital di kalangan komuniti luar bandar ialah penubuhan 217 telecentre di bawah program USP dan program yang dibiayai oleh Kerajaan. Telecentre tersebut terdiri daripada 42 Pusat Internet Desa, 39 Medan InfoDesa, 58 Pusat Akses Komuniti dan 78 Kelas Literasi Komputer yang ditubuhkan bagi meningkatkan pendidikan komputer dan mengupayakan komuniti luar bandar mendapat akses dan menggunakan maklumat bagi meningkatkan taraf sosial dan ekonomi mereka. Program khusus juga dilaksanakan bagi melengkapkan orang kurang upaya, warga emas, pengusaha perusahaan mikro, ibu tunggal, belia dan golongan miskin di bandar dengan penggunaan perkhidmatan ICT. Dalam usaha meningkatkan lagi celik ICT di kalangan isi rumah, projek Satu Rumah Satu PC dilancarkan pada tahun

13

Page 14: Jurang Digital

2003.

5.18 Kajian Rangka Kerja Strategik Kebangsaan bagi merapatkan jurang digital (BDD) dijalankan bagi menyediakan pelan tindakan yang lebih menyeluruh dan mantap. Rangka kerja tersebut menggunakan sistem maklumat geografi (GIS) untuk memetakan taburan ICT di seluruh negara bersama pelbagai parameter demografi dan geografi seperti kepadatan penduduk, gender dan umur serta mengikut negeri, daerah dan mukim. Hasil penemuan awal menunjukkan taburan Internet dan PC yang tidak sekata menandakan bahawa kurang daripada satu peratus mukim mempunyai nilai purata indeks yang tinggi dan keseluruhannya tertumpu di sekitar bandar utama. Ini menunjukkan bahawa walaupun akses kepada perkhidmatan telefoni asas secara relatifnya tinggi namun lebih daripada 90 peratus daripada 927 mukim masih berada di peringkat awal penggunaan Internet dan PC.

e-Pembelajaran

5.24 Dalam tempoh Rancangan, peningkatan penggunaan Internet membawa kepada pertumbuhan e-pembelajaran sebagai satu sumber yang berpotensi untuk latihan dan pendidikan dalam talian. Selain inisiatif sekolah bestari, banyak peluang untuk pendidikan maya disediakan oleh sebilangan IPT. Selaras dengan peningkatan budaya perkongsian maklumat dalam talian, MIMOS telah membangunkan Grid Malaysia untuk Pendidikan (MyGfL) sebagai repositari dan direktori bagi perkongsian kandungan digital. Di samping itu, beberapa projek komuniti e-pembelajaran dan sekolah bestari juga telah dilaksanakan oleh Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDC). Projek tersebut merupakan inisiatif yang diterajui oleh sektor swasta bagi menyediakan kemudahan infrastruktur asas ICT yang perlu, infostruktur serta penajaan kemudahan dan latihan ICT di sekolah terpilih. E-Pembelajaran di sekolah seterusnya juga dibantu menerusi penggunaan perisian mata pelajaran sekolah bestari dan akses kepada Internet menerusi SchoolNet.

5.25 Bagi memastikan inisiatif e-pembelajaran dibangunkan lebih selaras dan mantap di sektor awam, Jawatankuasa Perundingan e-Pembelajaran Kebangsaan (NeLCC) ditubuhkan bagi menyediakan hala tuju dan memantau inisiatif penggubalan dan pelaksanaan strategi dan program. NeLCC menyelia penyediaan rangka tindakan terperinci e – pembelajaran bagi sektor awam untuk memastikan pembangunan dan penggunaan e- pembelajaran yang teratur.

14

Page 15: Jurang Digital

JURANG DIGITAL 7: MSC

10 tahun MSC MalaysiaOleh LAUPA JUNUS, UTUSAN MALAYSIA ONLINE, 18 Ogos 2006

HARI ini genap 10 tahun kewujudan Koridor Raya Multimedia (MSC) yang menjadi mercu tanda beranjaknya Malaysia kepada sebuah negara yang kekuatannya dipacu industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Sedekad kewujudan tentunya membawa makna tersendiri apabila kempen perluasan Koridor Raya Multimedia (MSC Malaysia) terus digerakkan dari satu kawasan ke satu kawasan. Johor Bahru menjadi destinasi terbaru menerusi fasa kedua projek tersebut yang diasaskan pada 1996. Dan sekali lagi, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Badawi menegaskan, ICT bukan untuk golongan elit dan cendekiawan semata-mata malah untuk rakyat.

Penggunaannya harus diperluaskan di segenap pelosok negara demi menghapuskan jurang digital antara bandar dan desa, demikian kata Perdana Menteri semasa melancarkan Pusat Siber MSC Malaysia @ Menara MSC Cyberport di Johor Bahru. Dengan iltizam terbaru kerajaan itu, projek yang memakan masa selama 25 tahun untuk dilengkapkan itu tentulah menjadi penggerak penting pembangunan negara menjelang 2020.

Kerajaan juga telah menyuntik sesuatu yang baru dalam projek tersebut bermula dengan penukaran namanya yang diubah menjadi Koridor Raya Multimedia Malaysia (MSC Malaysia) pada April lalu. Penjenamaan semula itu memberi petanda, usaha kerajaan memperkasa projek berkenaan supaya ia mampu bersaing ke peringkat global.

Projek tiga fasa (1996-2020) ini telah memasuki Fasa II (2004-2010) yang merupakan fasa penting bagi menghubungkan MSC dengan bandar-bandar siber di negara ini dan juga ke seluruh dunia. Sebelum penubuhannya, perkembangan ICT dalam negara masih belum begitu memberangsangkan selain kesedaran rakyat kepada ICT yang masih rendah.

Pada 1996, terdapat kurang daripada 300 syarikat ICT di negara ini dan jumlah itu meningkat kepada 3,400 buah 10 tahun kemudian manakala sektor ICT mengalami pertumbuhan 17 peratus lebih tinggi daripada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun lepas. Bilangan pengguna komputer peribadi pula melonjak daripada 888,000 orang kepada 4.2 juta orang sekarang manakala kadar penembusan Internet pada 1998 hanya 1.8 peratus daripada bilangan penduduk negara berbanding hampir 40 peratus hari ini.

Hari ini, daripada 3,400 syarikat ICT, 1,306 adalah berstatus MSC dan syarikat-syarikat berstatus MSC itu memperoleh pendapatan sebanyak RM7.21 bilion pada 2004 dengan RM1.57 bilion adalah daripada hasil eksport. Pada hari ini, jumlah pelajar yang mengambil program pengajian berkaitan ICT pula mencecah 37,000 orang berbanding pada 1995 iaitu hanya 3,700 orang manakala pelanggan Internet meningkat pantas kepada 3.1 juta pada 2005 berbanding 90,000 pada 1996.

Pencapaian lain yang tidak kurang hebatnya ialah Malaysia telah dikenal pasti sebagai destinasi ketiga terbaik di dunia, di belakang India dan China, bagi perkhidmatan perkongsian dan pemerolehan sumber luar.

Di sebalik kejayaan-kejayaan itu, perkara yang lebih penting ialah bagaimana menyalurkan kemudahan-kemudahan ICT tersebut ke luar bandar supaya segenap lapisan masyarakat di

15

Page 16: Jurang Digital

negara ini mendapat nikmat daripadanya. Rakyat mungkin bertanya, apakah faedah yang mereka boleh kutip hanya kerana kita memiliki MSC dan Cyberjaya.

Semasa melancarkan Fasa Kedua MSC atau Lonjakan Seterusnya pada 3 Julai 2004 bertemakan My Malaysia, MyMSC Perdana Menteri menegaskan, tumpuan kini beralih kepada bagaimana ICT membantu bidang pendidikan, kesihatan dan bioteknologi.

Kempen tersebut juga akan memberi fokus kepada penubuhan bandar-bandar siber dan Cybercentre di lokasi negeri-negeri yang sesuai dan ini akan berfungsi sebagai nukleus untuk membantu pertumbuhan ICT dan industri berasaskan pengetahuan, sekali gus mengurangkan jurang digital. Pewujudan lebih banyak bandar-bandar siber selain yang sedia ada di Taman Teknologi Tinggi Kulim dan Pulau Pinang dan Cybercentre di KL Sentral, Melaka dan Johor Bahru membuktikan agenda MSC telah diperluaskan hingga ke luar Cyberjaya.

Kempen perluasan tersebut merangkumi sehingga ke fasa ketiga sehingga 2020 dan Cyberjaya akan kekal sebagai hab ICT kebangsaan. Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) pula, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM12.9 bilion memajukan bidang ICT yang boleh merancakkan lagi sektor ICT negara ke arah Wawasan 2020.

Usia 10 tahun MSC pada tahun ini juga dianggap signifikan selepas kerajaan mengumumkan komitmen untuk memanfaatkan ICT dalam bioteknologi bagi memajukan bidang pertanian, satu gagasan baru bagi menjana kemakmuran dan kesejahteraan rakyat.

Terbaru, tumpuan akan diberi kepada usaha menjana industri kandungan kreatif bagi melahirkan lebih ramai usahawan ICT menerusi syarikat-syarikat kecil bumiputera. Dalam RMK-9, industri kandungan multimedia kreatif yang merangkumi beberapa elemen termasuk pendidikan berasaskan hiburan, televisyen interaktif, animasi komputer kreatif, permainan digital, aplikasi dan perkhidmatan mudah alih, penerbitan digital dan arkib digital telah dikenal pasti untuk dibangunkan sebagai satu sumber pertumbuhan baru.

Inisiatif ini bertujuan membangunkan industri kandungan multimedia kreatif dan kelompok kandungan yang akan menyokong penjanaan pertumbuhan ekonomi serta memacu penciptaan teknologi dan kandungan digital baru. Malaysia berpotensi untuk meraih sekurang-kurangnya satu atau dua peratus daripada nilai pasaran global RM2.6 bilion dalam industri multimedia kreatif menjelang tiga tahun akan datang dengan tumpuan kepada pemerolehan sumber luar dan meneroka pasaran luar negeri dengan peruntukan RM150 juta.

Penubuhan Cybercentre di lokasi-lokasi terpilih adalah antara langkah menggalakkan lebih banyak usahawan-usahawan dalam bidang ini supaya mereka boleh beroperasi di kawasan tersebut tanpa perlu modal yang besar.

MDEC sendiri telah memulakan usaha ini dengan mewujudkan Inisiatif Kandungan Multimedia Kreatif MSC (MCM-MCI) yang menumpukan usaha membawa industri berkaitan untuk mempromosi pertumbuhan industri terbabit. Program ini juga membantu merapatkan jurang digital selain menggalakkan penggunaan teknologi serta melahirkan lebih banyak usahawan-usahawan baru serta pewujudan lebih banyak harta intelek (IP).

Dalam tempoh 10 tahun ini, terlalu banyak pencapaian yang dinikmati oleh industri ICT negara dengan penubuhan MSC Malaysia. Kita akan menunggu kejayaan-kejayaan seterusnya, tetapi yang penting bagaimana nelayan dan petani juga memperoleh faedah daripadanya.

16

Page 17: Jurang Digital

Perlu diingat, keuntungan MSC untuk rakyat tidak boleh diibaratkan seperti memberi wang ke dalam saku setiap penduduk negara ini tetapi projek daripadanya kini sekurang-kurangnya sudah berada di dalam dompet atau beg duit mereka.

Pelancaran ulang tahun ke sepuluh MSC hari ini di tanah kelahirannya di Cyberjaya bukan sekadar satu testimoni rasmi semata-mata tetapi sebaliknya satu pernyataan iltizam supaya projek tersebut membawa nama Malaysia ke serata dunia.

JURANG DIGITAL 8: PROGRAM

Rangka Kerja Strategik Kebangsaan bagi Merapatkan Jurang Digital(NSF-BDD)

UPE Jab Perdana menteri Negeri yang mempunyai kadar penembusan tertinggi untuk komputer dan Internet

masing-masing adalah Selangor and W.P. Kuala Lumpur, sementara Kelantan mempunyai kadar penembusan terendah untuk kedua-dua bentuk ICT;

Lebih kurang 90% mukim mempunyai kadar penembusan komputer dan Internet bagi setiap 100 isi rumah di bawah kadar purata nasional;

Terdapat jurang yang ketara dari segi taburan dan penggunaan ICT di antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak, dan antara Lembah Klang dengan kawasan lain di Malaysia;

Mukim yang mempunyai kadar penembusan ICT yang tinggi adalah juga mukim yang mempunyai ramai penduduk yang berpendidikan tinggi, menandakan hubungan langsung di antara tahap pendidikan dan penggunaan ICT;

Secara relatif, kurang akses kepada ICT terutamanya di kalangan wanita dan golongan muda banyak tertumpu di kawasan pendalaman dan luar bandar; dan

Program pembangunan infrastruktur telah membudayakan masyarakat Malaysia dengan ICT secara berkesan, tetapi tidak digunakan sepenuhnya untuk menghasilkan nilai sosio-ekonomi yang sepatutnya.

Konsep Telecentre

Pusat setempat untuk memberi akses umum kepada

• kemudahan ICT;

• Penyebaran maklumat dan pengetahuan; dan

• perkhidmatan e-kerajaan, e-dagang, e-perbankan, e-kesihatan dan sebagainya

bagi meningkatkan kedudukan sosio-ekonomi golongan sasaran/penduduk setempat.

17

Page 18: Jurang Digital

No Kem/Agensi Kandungan

1 Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi – PID & USP

i. Laman Webii. Portal Desaiii. Aplikasi Tempataniv. Jaringan/Pautan

2 Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah - MID

i. Portal Infodesaii. eGDW (sistem profil

kampung).

3 Melaka i. Portal e-Melaka.

4 Kementerian Pembangunan Wanita – NurITA & PDKNet

i. Portal NurITAii. Portal PDKNetiii. Modul latihan OKU

interaktif

JURANG DIGITAL 9:KOMUNITI ELEKTRONIK

Perkembangan Komuniti Elektronik di Malaysia: Ke Mana Akhirnya?

Oleh Mohd Safar Hasim, Norizan Abdul Razak dan Mohd Yusof Abdullah

PENGENALANKelahiran Internet bukan saja membuka peluang baru dalam pelbagai urusan di dunia ini dan menjadi penyelesai serta memudahkan kehidupan manusia. Bagaimanapun, serentak dengan wujudnya Internet ia juga mewujudkan perbezaan yang amat ketara dalam masyarakat; antara yang berada dan yang tidak berada, antara yang kaya maklumat dan yang miskin maklumat, antara yang boleh menikmati penggunaan Internet dan mereka yang tidak dapat menikmati penggunaan Internet oleh kerana kurang mampu ataupun kurang

18

Page 19: Jurang Digital

pendidikan untuk menggunakan inovasi baru itu. Masalah yang wujud berikutan pengenalan Internet ini kini dikenali sebagai jurang digital atau digital divide. Ada yang melihat ini sebagai suatu cabaran untuk diatasi. Dan cabaran ini cuba ditangani bukan saja di peringkat negara tetapi juga di peringkat antarabangsa. Badan-badan antarabangsa, seperti Bangsa-bangsa bersatu sedang memberi perhatian yang serius terhadap masalah ini. Melaluinya dianjurkan beberapa siri pertemuan World Summit on the Information Society (WSIS).

Malaysia adalah antara negara yang sedang memberi perhatian serius bagaimana menggemblengkan penggunaan Internet supaya ia boleh memberi faedah kepada negara dan rakyat. Malaysia melihat kewujudan Internet sebagai suatu peluang yang harus diterokai dan cabaran yang harus ditangani. Malaysia sudah meletakkan dasar pembangunan IT di Malaysia di bawah agenda IT nasional yang bergerak daripada “ripple to tidal waves” iaitu dari gelombang kecil kepada gelombang besar. Di bawah dasar inilah terletak dasar untuk menggemblengkan penggunaan Internet yang boleh mendatangkan faedah kepada rakyat. Tanpa dasar yang pro-aktif ini hanya mereka yang mampu akan berpeluang menikmati inovasi ini. Pelaksanaan dasar ini dibuat melalui pewujudan komuniti elektronik atau lebih dikenali sebagai e-komuniti.

Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi yang memulakan projek E-komuniti mentakrifkan e-komuniti sebagai suatu kumpulan orang yang berkongsi minat dan kepercayaan dalam menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sebagai suatu teras teknologi dalam interaksi dan transaksi harian untuk membaiki kehidupan secara signifikan. Antara objektif e-komuniti ialah untuk meningkatkan keupayaan persaingan, daya pengeluaran dan kreativiti; untuk mengekalkan ekonomi berasaskan perkhidmatan yang diperolehi daripada pengetahuan dan kemahiran ICT, dan untuk membina suatu asas pemerkasaan sosio-ekonomi ke arah sebuah masyarakat sivil. Antara projek yang dijalankan di bawah program e-komuniti ialah Desa AIM (Amanah Ikhtiar Malaysia), Cybercare · Masjid Net, Rukun Tetangga Net (RT Net), Networking Women, Teleworking, E-Thalassemia dan SJ 2005 dan e-Bario. (Sila lihat Lampiran 1 untuk Laporan Pemerhatian projek e-Bario).

Dilihat daripada takrif di atas dan juga objektifnya, e-komuniti tidaklah terhad kepada merapatkan sekadar jurang digital. E-komuniti boleh wujud di luar daripada ruang lingkup digital divide. Sebagaimana diketahui komuniti elektronik di Malaysia dan Indonesia berkembang dengan agak pesat pada masa kini. Kajian status komuniti di Malaysia yang sedang dijalankan oleh Pusat Kajian E-komunti menunjukkan kebanyakan komuniti elektronik ini adalah digunakan untuk memudahkan penduduk setempat mendapatkan maklumat, berita terkini dan aktiviti berkaitan yang diadakan, dan sebagai forum untuk pengguna-pengguna berinteraksi. Ia juga menawarkan perkhidmatan kaunseling, pengiklanan, pembelajaran, pekerjaan, perniagaan, dan juga rakan siber.

Oleh yang demikian kertas ini akan menggariskan dasar pembangunan e-komunti di negara ini, dan menghuraikan bentuk-bentuk e-komuniti serta aktivitinya. Kertas ini juga akan menghuraikan beberapa projek e-komuniti berdasarkan kajian yang dijalankan asalkan ia memenuhi keperluan takrif di ataskertas kerja ini akan membincangkan ciri-ciri komuniti elektronik yang dibangunkan di Malaysia termasuk yang dibangunkan oleh Kerajaan negeri, institusi pengajian tinggi dan juga persendirian. Kertas ini diharap dapat membantu kedua-dua negara memikirkan rekabentuk, perkembangan dan halatuju komunti elektronik ini yang boleh dimanfaatkan bersama oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Padjajajaran (UNPAD) dan seterusnya meraptkan hubungan dua hala negara, Malaysia dan Indonesia.

19

Page 20: Jurang Digital

LATARBELAKANGData terkini Jabatan Statistik Malaysia menunjukkan penduduk Malaysia kini berjumlah 25.9 juta orang. Kira-kira 60 peratus daripadanya tinggal di bandar atau pinggir bandar dan selebihnya 40 peratus tinggal di luar bandar. Kadar pemnembusan telefon (semua jenis) ialah 73.09% (MCMC, 2004) berbanding 29.40% dalam tahun 1998. Bagaimanapun, penembusan ini banyak terletak kepada telefon bimbit iaitu sebanyak 55.0%. Penggunaan telefon bimbit dianggarkan pada jumlah 14. 5 juta. Sebaliknya, kadar penembusan telefon kekal ialah 17.2% per 100 penduduk. Penggunaan telefon kekal kini ialah 4,5 juta dan sedang menurun, setelah mencapai jumlah tertinggi 4.7 juta pada tahun 2001.

Ada dua perkara yang perlu diambilkira dalam usaha untuk menyebarluas penggunaan Internet di mana pun pun, iaitu telefon dan kuasa elektrik. Telefon kekal yang merupakan alat penting dalam perhubungan Internet masih belum sampai ke setengah-tengah tempat di negara ini, khususnya di luar bandar. Bagaimanapun, oleh kerana kini sudah ada teknologi yang membolehkan hubungan secara mobile dilakukan, masalah ini tidaklah begitu besar sekarang. Namun kosnya terpaksa diambil kira. Selain, itu kuasa elektrik adalah juga suatu masalah. Suatu lagi ialah masalah elektrik. Masih ada tempat-tempat yang belum ada bekalan elektrik dan ini menyulitkan hubungan Internet.

MERAPATKAN JURANG DIGITALMalaysia menyedari bahawa sektor komunikasi dan multimedia yang berpretasi tinggi merupakan prasyarat dalam usaha untuk menukarkan Malaysia menjadi sebuah negara berasaskan masyarakat yang berpengetahuan sebagaimana yang dihuraikan di dalam Wawasan 2020. Untuk mencapai ini, jurang digital harus dihapuskan dan ini bermakna kemudahan Internet harus diperolehi oleh semua orang secara saksama dan mampu diperolehi. Dari segi aguhan PC di bandar dan luar bandar, konsentrasinya masih di kawasan bandar. Menuruk Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi 65 peratus daripada densiti komputer di negara ini terletak khususnya di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Pulau Pinang. Pada keseluruhyanya, kadar penembusan PC untuk isurumah adalah masih rendah iaitu sebanyak 5 peratus.

Menurut perangkaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, kadar penembusan (Internet dial-up) pada akhir 2004 ialah 12.7 peratus berdasarkan 3.3 juta langganan, dan anggaran bilangan penggunanya ialah 9.9 juta orang. Jumlah pengguna mungkin lebih tinggi kerana perangkaan ini tidak mengambilkira pengguna selain penggunaan dial-up. Namun demikian penggunaan Internet ini masih jauh dari memuaskan. Itulah sebabnya deiperlukan anyara lainnya langkah pemerkasaan rakyat melalui peruntukan perkhidmatan rangkaian yang membolehkan individu dan kumpulan untuk mengakses maklumat dan juga pembinaan/penjaan pengetahuan bagi masyarakat dan negara; akses yang saksama dan seimbang antara bandar dan kawasan-kawasan yang kurang mendapat perhatian, dan juga antara kumpulan yang kaya maklumat dan yang kurang maklumat.

Untuk menjamin kewujudan dan kesaksamaan akses kepada infrastruktur rangkaian dan perkhidmatan, Malaysia perlu mengadakan liputan yang lebih luas dan serata antara kawasan-kawasan kumpulan masyarakat yang berlainan. Peruntukan infrastruktur melalui pewujudan telecentre akan meningkatkan penembusan computer dan Internet dan akan menolong ke arah merapatkan jurang digital antara kawasan dan kumpulan orang atau masyarakat di negara ini.

20

Page 21: Jurang Digital

PEMBANGUNAN E-KOMUNITI DI MALAYSIAE-komuniti mula dibangunkan di Malaysia sebagai usaha untuk merapatkan jurang digital di kalangan mereka di bandar dan di luar bandar dan juga di antara kumpulan masyarakat tertentu. Langkah ini digerakkan oleh badan-badan kerajaan persekutuan, negeri dan badan bukan kerajaan, pihak swasta, individu iaitu penduduk setempat dan individu yang mempunyai minat yang sama mewujudkan laman-laman web untuk berkongsi maklumat dan menaikkan taraf sosioekonomi rakyat luar Bandar dengan menggunakan laman e-komuniti untuk mempromosi bahan dagangan.

Kertas ini akan menyentuh inisiatif yang dijalankan oleh Kerajaan persekutuan melalui Majlis Teknologi Maklumat Negara, kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan pihak swasta (syrikat telekomunikasi), dan kerjasama antara pihak swasta.

Inisiatif yang paling besar digerakkan di peringkat pusat melalui Majlis Teknologi Maklumat Negara (NITC) yang mengeluarkan biaya hingga kini sebanyak RM150 juta yang dikeluarkan kepada projek-projek yang dikenali sebagai Demonstator Application Grant Scheme (DAGS) yang berpotensi. Kini terdapat lebih 70 projek sedemikian di seluruh negara. DAGS yang dimulakan dalam tahun 1998, dengan peruntukan awal sebanyak RM50 juta bertujuan mewujud dan memupuk kumpulan e-komuniti yang interaktif. Di bawah rancangan Malaysia kelapan sebanyak RM100 juta lagi diperuntukkan.

Antara projek DAGS yang diterima di seluruh dunia ialah ARBEC, yang mempunyai jaringan dengan museum-musuem sejarah (natural history museum) yang besar di Eropah dan Amerika Syarikat, FamilyPlace yang diterima oleh Global Knowledge Partnership; dan Cybercare, sebuah e-komuniti anak-anak yatim yang menjadi anak angkat Microsoft Foundation; e-Pekak, yang menerima Anugerah Bangsa-bangsa Bersatu kerana merapatkan jurang digital di kalangan orang pekak; TaniNet, yang dipilih sebagai satu daripada 10 cerita kejayaan; dan SMASY, sebuah e-komuniti desa yang diterima oleh Worldview Foundation untuk dicontohi di Sri Lanka.

Projek yang dibiayai oleh DAGS selain meliputi projek e-komunti termasuk juga projek e-ekonomi seperti TaniNet, dan e-pendidikan. Namun demikian, matlamat e-ekonomi dan TaniNet juga untuk menghubungkan masyarakat yang mempunyai matlamat yang sama. Ini tidak berbeza daripada matlamat e-komuniti sendiri.

PENCIRIAN E-KOMUNITI MELALUI LAMAN WEBLaman web e-komuniti yang dibangunkan di Malaysia majoritinya adalah berkait dengan Petempatan (Kawasan/Daerah/Negeri)Keagamaan PendidikanKesihatanSosial (e-rakan) – sangat aktifHiburanMinat/Kegemaran

Laman-laman web ini mempunyai ciri-ciri asas iaitu forum, chat untuk bersembang dan juga artikel-artikel yang dikongsi bersama ahli dan mereka yang memasuki laman ini. Ada juga laman-laman e-komuniti yang mempunyai cirri-ciri tambahan seperti Mesej AhliGaleri AhliInfo Komuniti

21

Page 22: Jurang Digital

Profil & direktori kawasan (kategori petempatan)E-RakanE-Kaunseling E-KerjaE-BisnesE-KerajaanE-LearningSMS BuletinSurvei/KuizE-Kad/E-Ucapan

PROGRAM E-KOMUNITI DI MALAYSIAKewujudan e-komuniti di Malaysia semakin bertambah dari masa ianya ditubuhkan hinggalah ke hari ini. Program-program yang telah dijalankan adalah seperti berikut:

Program Internet DesaProgram ini telah diwujudkan oleh Kementerian Tenaga, Air & Komunikasi dan dirasmikan pada 3 April 2000. Tujuan utama program ini ialah untuk merapatkan jurang digital antara kawasan bandar dan luar Bandar. Secara keseluruhan, pembangunan laman web rasmi ini berdasarkan konsep Malaysia, Inc. iaitu kerjasama di antara Kementerian Tenaga, Komunikasi & Multimedia dengan Medan Sedunia Digital Sdn Bhd. Hingga kini terdapat 42 lokasi Pusat-Pusat Internet Desa (PID) yang telah dilaksanakan. Perlaksanaan adalah berperingkat-peringkat dan kronologinya ialah

Pada tahun 2000, empat lokasi PID diwujudkan iaitu di Sg. Air Tawar, Selangor (1 Mac 2000), di Kanowit, Sarawak (15 Mac 2000), di Kubang Pasu, Kedah (13 Jun 2000), dan di Kepala Batas, Pulau Pinang (14 Jun 2000). Pada tahun 2002 – dua lokasi lagi diwujudkan iaitu di Kota Marudu, Sabah dan Bau, Sarawak.

Pada tahun 2003 sebanyak 40 lokasi baru diwujudkan. Penempatan baru ini telah dikaji dan hasil ‘Kajian Meningkatkan Akses Info-Komunikasi Komuniti Luar Bandar’ tahun 2002 merupakan kerjasama kerajaan Malaysia dengan perunding dari Japan International Cooperation Agency (JICA) telah mendapati Pejabat Pos adalah lokasi yang paling sesuai untuk menempatkan PID kerana ianya menjadi tumpuan komuniti dan menyediakan banyak kemudahan. 40 lokasi baru PID ini telah dilaksanakan pada tahun 2003 dengan peruntukan RM10 juta di bawah RMK 8. Seperti saranan kajian, kesemua lokasi ditempatkan di Pejabat-pejabat Pos dan dijalankan secara usahasama dengan Pos Malaysia Berhad (PMB). PMB telah membina Annex di setiap Pejabat Pos terpilih – dan telah membelanjakan RM2.8 juta. Penggunaan PID ialah secara puratanya 50 – 60 orang seminggu dengan kemudahan-kemudahan seperti komputer, pencetak, pengimbas dan kamera digital disediakan. Setiap PID dilengkapkan dengan Laman Web masing-masing dan akses Internet adalah secara percuma. Program ini didapati amat berkesan dan latihan asas komputer dan asas Internet kepada pengguna baru telah disediakan serta kemudahan kepada pengusaha tempatan untuk mempromosi hasil keluaran melalui Laman Web PID.

22

Page 23: Jurang Digital

Sasaran Kementerian terhadap PID ini ialah supaya ianya menjadi sebuah pusat

yang menyediakan

e-Perkhidmatan

e-Kerajaan

e-Pembelajaran (e-Learning, distance learning)

Pusat pengumpulan dan pertukaran maklumat

Pusat Komunikasi

Pusat pembangunan aplikasi berdasarkan perkongsian perisian (contohnya Autocad)

Pusat peperiksaan dan persijilan.

Walaupun begitu laman PID yang telah disediakan ini didapati tidak aktif dan tidak dikemaskini dengan rapi dan terkini. Terdapat beberapa server/pelayan yang tidak aktif dan beberapa pusat perlu dibantu dan dipantau untuk mengaktifkan program ini kembali.

Kerajaan Malaysia berharap dengan pelaksanaan program internet desa cara penduduk desa bekerja, belajar dan menjalani kehidupan mereka kerana Internet membuka peluang digital melalui kandungan maklumat tempatan dan global yang akan meningkatkan kegiatan ekonomi, pendidikan dan sosiobudaya desa. Tidak dapat dinafikan Internet akan menjadi sebahagian daripada kehidupan desa Malaysia apabila komuniti desa menerima Internet dan berkomunikasi dan menjalankan urusan secara online.

Melalui www.malaysianinfoweb/id2000 usaha dibuat untuk memberi gambaran yang tepat mengenai suasana desa dan menjadi satu sumber maklumat untuk penduduk desa dan komuniti global. attempts to provide a more accurate portrayal of the rural scene and a reliable source of information for rural and global communities. Matlamat PID ialah untuk membawa komuniti desa ke dalam kehidupan arus perdana ekonomi dan social Malaysia dengan menghubungkan kepada Kerajaan Malaysia serta komuniti tempatan dan global.

Kedai Komunikasi Rakyat atau Kedai.Kom“Kedai.Kom” ialah kedai komunikasi rakyat yang ditubuhkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di bawah Program Pembangunan Komunikasi Rakyat (PPKR). Tujuan utama program ini ialah untuk menyediakan kemudahan komunikasi serta meningkatkan ilmu dan kemahiran komuniti desa di dalam bidang IT. Kedai.Kom juga bermatlamat menjana perkembangan ilmu serta pembangunan sosio-ekonomi rakyat setempat melalui pemanfaatan sepenuhnya kemudahan internet yang disediakan. Pada masa ini peranan Kedai.Kom dalam PPKR ini ialah untuk untuk menyediakan perkhidmatan komunikasi terutamanya perkhidmatan internet jalur lebar berkeupayaan tinggi ke kawasan luar Bandar. Projek ini dijalankan dengan kerjasama pembekal komunikasi iaitu Maxis dan Time Dot. Com.

Kedai.kom yang pertama telah dilancarkan pada 6 Mac 2003 di Kg. Lawin dan Kg Matang Acheh dengan kemudahan dan perkhidmatan seperti berikut

23

Page 24: Jurang Digital

Perkhidmatan telefon dan internet jalur lebar (berbayar)

Menjual kad pra-bayar bagi telefon dan internetMenjual telefon bimbit dan aktiviti-aktiviti yang berkenaan dengan komunikasi

Dari kajian yang dijalankan didapati laman web rasmi Kedai.Kom ini tidak dikemaskini dengan kerap dan maklumat baru berkenaan projek ini tidak terdapat di laman web rasmi sejak Julai 2004. Hanya maklumat Kedai.Kom dari tiga negeri sahaja dapat dikaji dan ini ialah dari negeri Kedah yang mempunyai dua cawangan, Perak 10 cawangan dan Perlis satu cawangan.

Berdasarkan laman web Kedai.Kom Perak ( HYPERLINK "http://www.perak.kedaikom.net.my/" http://www.perak.kedaikom.net.my/) merupakan negeri yang paling banyak penglibatan dalam Kedai.Kom dengan tambahan sebanyak 45 buah kampung yang terlibat didalam projek ini. Senarai negeri dan daerah yang terlibat di dalam projek ini adalah seperti Jadual 1

JADUAL 1: Bilangan negeri dan daerah yang terlibat dalam projek Kedai.Kom

Negeri

Bilangan Kampung

Bilangan Daerah

Kedah

2

2 [Kuala Kedah, Merbok]

Perak

55 [10+45]

10 [Manjung, Grik + Larut, Matang & Selama,

Kerian, Batang, Padang, Hilir Perak, Kinta, Perak Tengah, Kuala Kangsar]

Perlis

1

1 [Arau]

PROJEK INTERNET DESA MAXIS DAN SHELL

Maxis dan Shell telah bergabung tenaga untuk melancarkan Internet desa menggunakan satelit. Projek pertama dilancarkan pada 12 Feb 2001 di Ketari Bentong, Pahang dan ini diikuti sebuah lagi Internet Desa di Siburan, Bahagian Serian, Sarawak. Projek Internet Desa Maxis Shell ini dijangka dibuka di beberapa buah stesen Shell yang terpilih. Apa yang menarik dalam projek ini ialah ia menggunakan Satelit VSAT (Very Small Aperture Technology). Sebanyak setengah juta ringgit diperuntukkan untuk projek Internet desa ini.

24

Page 25: Jurang Digital

RUMUSANKertas ini telah mengutarakan beberapa pendekatan bagaimana persoalan digital divide ditangani di Malaysia. Pada asasnya ialah pewujudan e-komuniti di tempat-tempat yang sesuai. Secara ringkasnya, pendekatan pertama oleh kerajaan pusat ialah melalui NITC. Pendekatan ini dibuat melalui pembiayaan DAGS untuk membangun penggunaan ICT. Sebanyak lebih 70 projek dibiayai melalui projek ini. Di bawah projek ini pihak yang berminat mengemukakan cadangan projek yang sesuai untuk membiayaan dan pihak NITC akan memilih projek yang difikirkan sesuai. Pendekatan yang kedua ialah oleh kerajaan pusat melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia. Projek ini melibatkan pembangunan telecenter di tempat-tempat yang strategik. Projek ini melibatkan kerjasama antara kerajaan dan pihak swasta, dalam hal ini antara dengan Maxis dan Time Dot Com. Pembangunan telecenter ini beroperasi di beberapa buah negara. Pendekatan yang keempat ialah kerjasama syarikat swasta. Kerjasama ini diwujudkan kerana kedua-dua pihak sudahpun mempunyai hubungan yang erat dari segi perniagaan. Dalam kes ini, Shell menggunakan perkhidmatan satelit yang dibekalkan oleh Maxis untuk stesen-stesen shell dan melanjutkan penggunaan ini untuk projek Internet desa.

Ada dua pendekatan iaitu pembangunan oleh kerajaan negeri pendekatan oleh pihak NGO dan kumpulan komuniti tertentu,kedua-dua pendekatan ini tidak dibincangkan dalam kertas ini.

Apa yang dapat dilihat ialah pelbagai pihak, Malaysia sedang berusaha untuk mengemblengkan penggunaan Internet sebagai satu media baru untuk berkomunikasi dan bertransaksi. Apa yang dapat dihuraikan di sini hanyalah sebahagian kecil daripada apa yang sedang berlaku. Soalan yang mungkin ditanya ialah sejauh mana berjayanya projek-projek yang dijalankan ini. Oleh kerana Internet masih baru di negara ini, dan juga di dunia, pengetahuan orang mengenainya dan juga kesediaan orang untuk menggunakannya masih belum begitu meluas. Oleh yang demikian adalah agak sukar untuk mengukur kejayaannya. Namun, jika diukur apa yang diguna kelmarin dan hari ini, kita dapat mengatakan bahawa kita sudah maju setapak lagi. Masa diperlukan untuk membudayakan penggunaan Internet di kalangan rakyat di negara ini.

Ke mana akhirnya pembangunan e-komuniti? Sukar untuk dipastikan. Segala-galanya masih baru dan banyak lagi perkembangan dijangka berlaku pada masa hadapan. Yang pasti ialah ia tidak ada kesudahan. Mungkin idea yang dating esok lebih baik dari yang ada hari ini.

PENUTUP

Selaras dengan thema persidangan ini, iaitu Indonesia dan Malaysia dalam Era Globalisasi dan Lokalisasi: Mewujudkan Kemakmuran Bersama, kami rasa kedua-dua pihak, khususnya para sarjana dari Indonesia dan Malaysia boleh bekerjasama. Secara segera ada dua perkara yang boleh dijalankan iaitu i) menjalankan penyelidikan bersama; ii) berkongsi-kongsi maklumat tentang perkembangan dalam bidang e-komuniti. Kami berharap kertas ini dapat menerangkan sedikit sebanyak mengenai perkembangan e-komuniti di Malaysia.

25

Page 26: Jurang Digital

Rujukan

Hooi You Ching. 2004. E-Community – Bringing communities closer. The Star.Malaysian Communication and Multimedia Commission. 2005. Statistics.Department of Statistics. 2005. Pupolation statistics.Ministry of Energy, Water and Communication. 2005. DAGS Secretariat. 2002. DAGS allocated RM100 million under eighth Malaysia Plan.Shell and Maxis launch “Internet Desa” in Sarawak. June 28, 2001

LAMPIRAN 1

LAPORAN PEMERHATIAN TERHADAP E-BARIO

Berikut ialah laporan pemerhatian yang dibuat terhadap E-bario, Sarawak.

Projek E-Bario adalah salah satu projek di bawah kerangka e-komuniti. E-Komuniti adalah satu label yang diberikan kepada kumpulan masyarakat yang telah mempunyai dan dihubungkan dengan dunia luar melalui teknologi komunikasi maklumat (ICT). E-Komuniti ini adalah satu usaha untuk membudayakan ICT di kalangan semua lapisan masyarakat dan sektor demi untuk mengatasi masalah jurang digital antara kategori masyarakat dan lokasi geografi.

Projek e-komuniti di Bario, Sarawak telah dirancang dan dilaksanakan oleh sekumpulan pensyarah di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dalam tahun 1999. Idea untuk melaksanakan projek ini dicetuskan oleh Dr. Roger Harris, seorang pensyarah kontrak di UNIMAS. Selepas bertemu dan berbincang dengan beberapa orang pensyarah di Unimas seperti Prof. Dr. Khairuddin Ab.Hamid, Cik Poline Bala, Prof. Dr. Peter Songan, dan seorang penduduk Bario iaitu John Tarawe, mereka telah bergabung untuk melaksanakan projek ini dengan dana yang diperolehi daripada IDRC sebanyak RM200,000.00.

Objektif asal projek ini adalah untuk membawa teknologi maklumat ke kawasan pendalaman seperti Bario ini. Bario terletak di pendalaman Sarawak hampir dengan sempadan Kalimantan. Bario hanya dihubungkan dengan pengangkutan udara iaitu kira-kira sejam penerbangan dari Miri. Bario mempunyai tiga belas buah kampung dengan jumlah penduduk lebih kurang 1000 orang daripada pelbagai suku kaum. Majoriti suku kaum di sini adalah Kelabit. Kebanyakan penduduk di sini adalah petani yang mengusahakan tanah untuk tanaman padi dan sayuran. Bario memang terkenal dengan berasnya yang dikatakan sedap dan enak

26

Page 27: Jurang Digital

Perlaksanaan Projek E-Bario

Projek e-komuniti di Bario ini dinamakan E-Bario. Perlaksanaan e-Bario mendapat penglibatan daripada tiga pihak utama iaitu tenaga akademik; Telekom Malaysia dan MIMOS; dan penduduk setempat. Usaha tiga pihak ini memang diperlukan kerana masing-masing mempunyai kepakaran dan keupayaan tersendiri untuk memastikan projek ini berjalan. Umpamanya, tenaga akademik di universiti mempunyai kepakaran dari segi penyediaan idea dan pembinaan isi kandungan. Telekom dan MIMOS adalah dua agensi penting yang terlibat dalam perancangan dan infrastruktur asas telekomunikasi negara untuk menyediakan prasarana yang diperlukan. Manakala penduduk tempatan pula diperlukan untuk memastikan penerimaan di kalangan penduduk terhadap inovasi ini dan memastikan kemapanannya apabila projek ini dilaksanakan. Kumpulan perlaksana projek ini mengambil masa kira-kira setahun untuk merancang dan menyiapkan kelengkapan prasarana.

Perlaksanaan Projek E-Bario ini memperlihatkan penggunaan pendekatan penyertaan bersama semua pihak. Penyertaan bersama semua pihak ini adalah secara meluas dan aktif. Kumpulan akademik UNIMAS telah menjalankan “a participatory type of research” untuk mengetahui “feasibility of the project”. Data telah dikumpul di kalangan penduduk tempatan untuk mengetahui penerimaan awal mereka terhadap projek ini. Para penduduk memang merasa sangsi tentang perlunya projek ini kerana mereka tidak lagi mempunyai pengetahuan tentang ICT. Data yang dikumpulkan ini membolehkan kumpulan akademik merangka dan melaksanakan program kesedaran tentang ICT di kalangan penduduk tempatan. Sesi perbincangan dan dialog diadakan bersama penduduk untuk memberi penerangan tentang projek ini.

Kumpulan perlaksana projek E-Bario ini juga telah membentuk satu jawatankuasa untuk mengendalikan perlaksanaan projek di lokasi. Jawatankuasa ini terdiri daripada tujuh orang iaitu;PemancarPenghuluGuru besar sekolahwakil beliawakil klinik kesihatanwakil imigresenJohn Tarawe (beliau menjadi ketua jawatankuasa).

Encik John Tarawe adalah seorang penduduk tempatan. Beliau aktif di dalam pentadbiran di peringkat kampung dan politik. Beliau adalah setiausaha JKKK Bario, setiausaha koperasi Kelabit, Ketua biro pelancungan dan keselamatan JKKK, pendamai atau majistret kampung, ketua cawangan PBB Bario, pembantu setiausaha Bahagian N62 Ba’Kalalan, dan perunding projek trekforce. Beliau berumur dalam lingkungan 40an dan mempunyai pendidikan peringkat SPM.

Perlaksanaan projek E-Bario ini bermula di tahun 2000 di mana kumpulan ini memperkenalkan komputer di sekolah dan di telecenter yang terletak di sebuah rumah kedai

27

Page 28: Jurang Digital

di kawasan pasar awam Bario. Buat permulaan ini komputer digunakan untuk kerja-kerja menaip. Sambungan ke Internet hanya bermula pada 11September 2001.

Pusat Tele-CenterNadi kepada projek E-Bario adalah pusat Tele-Center. Pusat ini diberikan nama sebagai HYPERLINK "mailto:Gantuman@Bario" Gantuman@Bario iaitu, bermaksud connection (cantuman). Nama ini diberikan sendiri olehy John Tarawe. Pusat telecenter ini terletak di salah sebuah rumah kedai di Pasar Awam. Lokasi Pasar awam ini adalah di jalan masuk utama ke kampung ini.

Pusat Tele-Center ini mempunyai 9 buah komputer model Compaq dan dihubungkan dengan Internet. Semasa pemerhatian dibuat di pusat ini, didapati 4 komputer tidak berfungsi kerana rosak. Komputer di pusat ini dikendalikan dengan menggunakan bateri yang dicaj menggunakan solar panel. Pusat ini ditadbirkan oleh seorang pekerja tetap yang diberikan sedikit imbuhan hasil daripada bayaran penggunaan kemudahan komputer di pusat itu. Pentadbir pusat ini adalah James Tarawe, iaitu adik John Tarawe.

Pusat TeleCenter ini dibuka 6 hari seminggu dari jam 12tengahari hingga 4 petang setiap hari. Bayaran yang dikenakan adalah;RM2.00 sejam untuk ahli di kalangan penduduk tempatan.RM6.00 sejam untuk kalangan penduduk tempatan bukan ahli.RM8.00 sejam untuk orang luar.

Semakan ke atas buku daftar pengguna pusat ini menunjukkan dalam bulan March 2004, terdapat 69 orang pengguna di kalangan ahli dan 62 orang pengguna penduduk tempatan bukan ahli, manakala ada terdapat 9 orang luar yang menggunakan kemudahan itu. Bilangan pengguna itu bukanlah angka yang eksklusif tetapi adalah pengguna yang menggunakan lebih daripada sekali dalam tempoh tersebut.

Dalam usaha untuk menarik penggunaan yang meluas di kalangan penduduk terhadap komputer dan Internet di telecenter ini, jawatankuasa e-Bario telah mengadakan sistem keahlian. Sistem keahlian itu adalah;ahli seumur hidup (percuma) kepada 13 orang ketua kampung, seorang penghulu dan pemancar.ahli biasa : bayaran RM30.00 setahun. Setakat ini ada 9 orang ahli.ahli korporat : bayaran RM100 setahun. Setakat ini ada satu ahli korporat iaitu syarikat Trekforce yang berpengkalan di England yang menjalankan kerja sukarela dengan memberikan khidmat kepakaran dan buruh percuma untuk kerja komuniti seperti membina jambatan gantung, trek hutan, dan sebagainya.

Selepas E-Bario berjalan selama hampir tiga tahun, urusan pentadbirannya kini diserahkan kepada jawatankuasa tempatan. Jawatankuasa ini yang menentukan cara pentadbirannya dan kumpulan penyelidik UNIMAS hanya bertindak selaku penasihat jika bantuan teknikal diperlukan. Di samping itu juga E-Bario ini mendapat bantuan teknikal daripada Robert Tucker iaitu seorang berbangsa Scotland yang berkahwin dengan wanita Kelabit. Beliau mempunyai syarikat IT di United Kingdom dan membantu membuat laman

28

Page 29: Jurang Digital

web HYPERLINK "http://www.ebario.com" www.ebario.com. Beliau ini dianggap sebagai off-shore support person, manakala John Tarawe adalah inshore support person.

Pola Penggunaan TeleCenterProjek E-Bario ini telah memberikan kemudahan kepada penduduk di pedalaman seperti di Bario ini untuk berkomunikasi dengan dunia luar. Dengan adanya pusat telecenter yang mempunyai komputer dan Internet, penduduk dapat berkomunikasi dengan luar. Penduduk di Bario kini berpeluang untuk menghantar dan menerima email daripada ahli keluarga di luar negara. Di samping itu juga, E-Bario ini telah membantu memperkembang lagi aktiviti pelancongan di Bario. Kini para pengusaha homestay atau lodging boleh menggunakan komputer dan Internet untuk menyemak tempahan oleh pelancong luar negara secara online. Menurut seorang pengusaha lodging tempatan, Puan Mili Bala, beliau tiap-tiap hari menggunakan komputer dan Internet di TeleCenter untuk menyemak tempahan. Sebelum ini cara beliau mendapatkan pelancong untuk tinggal di lodgingnya adalah dengan menunggu pelancong di landasan kapalterbang Bario.

Projek E-Bario ini telah memberi peluang kepada pengusaha pelancongan tempatan untuk mengembangkan aktiviti perniagaan mereka. Di kalangan penduduk tempatan lain, penggunaannya hanya setakat untuk mengirim dan menerima email dan melayari laman web.

Masalah dan KekanganMasalah utama yang dihadapi oleh projek E-Bario ini adalah dari segi tenaga untuk menjalankan komputer dan Internet. Sekarang ini, komputer dihidupkan dengan menggunakan bateri. Kadang-kadang bateri itu tidak tahan lama dan ini menyebabkan komputer tidak boleh dipasang.

Masalah kedua juga adalah dari segi teknikal iaitu tentang sambungan atau connection ke Internet yang perlu melalui beberapa sambungan iaitu dari Telecenter ke satellite disc (Vsat), kemudian ke satelit di angkasa, kemudian ke stesyen pemancar Telekom di Wangsa Maju. Gangguan memang biasa berlaku dan apabila sambungan tidak dapat, maka pusat ini ditutup.

Masalah ketiga adalah sikap masyarakat yang masih belum meluas untuk menggunakan kemudahan ICT ini. Usaha perlu dilakukan untuk mempromosikan lagi penggunaan ICT di kalangan penduduk tempatan supaya mereka merasakan ada keperluan untuk menggunakannya.

KesimpulanSaya amat berterima kasih kepada pihak fakulti yang memperuntukan dana untuk kumpulan kami menjalankan kajian tentang status projek e-komuniti. Lawatan dan pemerhatian ke E-Bario telah memperlihatkan kepada saya bahawa usaha untuk mendemokrasi dan membudayakan ICT di kalangan penduduk di luar bandar dan pendalaman mesti disokong. Projek E-Bario ini adalah satu bukti bahawa penglibatan semua pihak adalah penting untuk memastikan projek itu berjaya dilaksanakan dan terus mapan. Saya merumuskan bahawa E-Bario ini ada potensi untuk lebih berjaya dari segi menggalakkan penduduk untuk menggunakan ICT dalam memenuhi beberapa urusan harian mereka. Jawatankuasa

29

Page 30: Jurang Digital

pengendali E-Bario mesti berusaha untuk memperkembangkan lagi penggunaan kemudahan itu bagi faedah penduduk Bario.

PENTING

Banyak sangat nak bacakan? Kalau mahu dapat markah baik dan idea bermutu kenalah

baca sebanyak mungkin . Perkara penting yang perlu anda catat dan ingat adalah seperti

berikut

1. Definisi jurang digital

2. Perbezaan jurang digital bandar dan luar bandar

3. Faedah jurang digital dirapatkan - ekonomi dan sosial

4. Bagaimana kaedah untuk merapatkan jurang digital

5. Contoh-contoh program yang dilaksanakan oleh kerajaan, syarikat korporat dan NGO

PENYELIDIK DAN PENYUSUN

AMY UNTUK PELAJAR ENAM ATAS

SMK CHUNG HUA

MIRI SARAWAK

SEPTEMBER 2008

30