bm pemahaman 011

10
UNIT BAHASA MALAYSIA SKSUD 1 BAHASA MALAYSIA PEMAHAMAN Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan jawaban A, B dan C atau empat pilihan jawaban A, B, C dan D. Antaranya, ada satu jawaban sahaja yang betul. Pilih jawaban yang betul itu. Kemudian, tandakan jawaban kamu dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawaban. Soalan 1 hingga Soalan 19 Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawaban yang paling sesuai. 1 ________ murid sedang mengulang kaji pelajaran mereka di Pusat Sumber Sekolah. A Sekawan B Sepasukan C Sekumpulan D Segerombolan 2 Telur ayam serama itu baru ________ pagi tadi, kata Pak Hamid kepada anaknya. A menetas B merekah C memecah D mengeram 3 Pasukan bola sepak Negeri Sembilan berjaya ________ kedudukan teratas dalam Liga Perdana Malaysia daripada pasukan hijau kuning. A membolot B merampas C mengambil D menggondol Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah 4 Pak Long Mustaffa sedang ________ rotan supaya mudah dibentuk mengikut kehendaknya. A melayur B melentur C melentok D melentung 5 Ibu memberi dua ________ beras hancur kepada anak ayam kampung peliharaannya. A guni B kepal C jemput D genggam 6 Dia menggunakan ________ untuk mengukur sudut 90 darjah pada pelan rumah kedai itu. A kekisi B sesiku MASZENAH BT. ALAN 2011

Upload: haryboy

Post on 03-Jul-2015

85 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: BM Pemahaman 011

UNIT BAHASA MALAYSIA SKSUD 1 BAHASA MALAYSIA PEMAHAMAN

Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan jawaban A, B dan C atau empat pilihan jawaban A, B, C dan D. Antaranya, ada satu jawaban sahaja yang betul. Pilih jawaban yang betul itu. Kemudian, tandakan jawaban kamu dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawaban.

Soalan 1 hingga Soalan 19

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawaban yang paling sesuai.

1 ________ murid sedang mengulang kaji pelajaran mereka di Pusat Sumber Sekolah.A SekawanB SepasukanC Sekumpulan D Segerombolan

2 “Telur ayam serama itu baru ________ pagi tadi,” kata Pak Hamid kepada anaknya.A menetasB merekahC memecahD mengeram

3 Pasukan bola sepak Negeri Sembilan berjaya ________ kedudukan teratas dalam Liga Perdana Malaysia daripada pasukan hijau kuning.A membolotB merampasC mengambilD menggondol

Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah

4 Pak Long Mustaffa sedang ________ rotan supaya mudah dibentuk mengikut kehendaknya.

A melayur

B melentur

C melentok

D melentung

5 Ibu memberi dua ________ beras hancur kepada anak ayam kampung peliharaannya.A guniB kepalC jemputD genggam

6 Dia menggunakan ________ untuk mengukur sudut 90 darjah pada pelan rumah kedai itu.A kekisi B sesikuC tetikus D bebola

MASZENAH BT. ALAN 2011

Page 2: BM Pemahaman 011

UNIT BAHASA MALAYSIA SKSUD 2 BAHASA MALAYSIA PEMAHAMAN

7 Usaha ________ jenayah cetak rompak oleh Persatuan Seniman mendapat kerjasama daripada pihak kerajaan.A pencegahanB penangkisanC pengambilanD pembanterasan

Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah

8 Kerja-kerja ________ ini harus dilakukan dengan berhati-hati,” pesan Cikgu Suhaimi kepada Haikal.

A memaku

B memahat

C mengetam

D menggerudi

9 Cik Hidayah ________ payung itu di penjuru bilik selepas pulang dari pasar malam.A tersandarB bersandarC menyandarD menyandarkan

10 Cikgu Saffari menyuruh Helmi menyimpan ________ komputer itu ke dalam laci mejanya.A jejariB bebuliC tetikusD kekunci

11 Keluarga Encik Borhan mengadakan majlis kenduri doa selamat sebagai tanda ________ kerana kejayaan anaknya dalam peperiksaan SPM.A kemuliaanB kesyukuranC ketenangan D kemenangan

12 Dina Husna ________ kejayaan cemerlang dalam peperiksaan UPSR tahun lepas kerana usahanya yang gigih.A perolehB perolehiC memperolehD memperolehi

13 Wan Faridah sedang ________ ketupat bawang di dapur bersama-sama anaknya. A menjalaB menyiratC mengupasD mengayam

MASZENAH BT. ALAN 2011

Page 3: BM Pemahaman 011

UNIT BAHASA MALAYSIA SKSUD 3 BAHASA MALAYSIA PEMAHAMAN

14 Susan Lim ________ ketika mendengar pengalaman abangnya menuntut di luar negara.A terbukaB terpakuC terlopongD terdongak

Soalan 15 berdasarkan gambar di bawah

15 Pasukan SK Seri Perwira ________ latihan bola sepak bagi menghadapi kejohanan peringkat negeri pada bulan April.

A terhebat

B dihebatkan

C memperhebat

D memperhebatkan

16 Pekerja yang mengorek tanah di tapak pembinaan itu telah menemui ________ duit syiling emas lama yang masih tidak terjejas.A sebuntilB sepapanC selembarD senaskhah

17 Puan Rosmawar mengambil beberapa ________ serai dan se ________ kunyit hidup di belakang rumahnya.A helai ... bijiB pucuk ... ruasC batang ... ketulD rumpun ... buah

Soalan 18 berdasarkan gambar di bawah

18 Mereka ________ semangat 1Malaysia semasa menyertai perbarisan sambutan Kemerdekaan Malaysia baru-baru ini.

A terlihat

B melihat

C memperlihat

D memperlihatkan

19 Para pelancong mesti mematuhi ________ berpakaian ketika melawat Masjid Putrajaya.A tatacaraB tataetikaC tatatertibD tatasusila

20 Novelis itu mendapat ilham menulis novel “Rentung” ketika bercuti di Pulau Perhentian.

Perkataan seerti bagi ilham ialah

A ilusiB ideaC karyaD inspirasi

MASZENAH BT. ALAN 2011

Page 4: BM Pemahaman 011

UNIT BAHASA MALAYSIA SKSUD 4 BAHASA MALAYSIA PEMAHAMAN

21 Athirah menceritakan kisah hidupnya dengan nada yang sebak dan perasaan terharu.

Perkataan berlawan bagi sebak ialah

A girangB muramC lantangD kecewa

22 Dalam pertandingan bahas tersebut, Azimuddin berjaya menangkis hujah daripada pihak lawan dengan alasan yang logik.

Peribahasa yang paling sesuai bagi menggantikan perkataan logik ialah

A Ada akalB Hilang akalC Masuk akalD Panjang akal

23 Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.

Haniza membeli kain ela berwarna biru muda sepanjang dua belas meter.

A Adakah kain ela yang dibeli oleh Haniza sepanjang dua belas meter?B Berapa panjangkah kain ela berwarna biru muda yang dibeli oleh Haniza?C Mengapakah Haniza membeli kain ela dua belas meter berwarna biru muda?D Di manakah Haniza membeli kain ela biru muda sepanjang dua belas meter itu?

24 Pilih jawaban yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.

Hari sudah larut malam. Mengapakah kamu tidak memadamkan lampu?

A Saya biasa berjaga sehingga larut malam. Lampu tidak perlu dipadamkan.

B Saya telah diberitahu malam sudah larut. Saya akan memadamkan lampu.

C Saya akan tidur apabila sudah larut malam. Barulah lampu saya padamkan.

D Saya sedang membaca buku. Sebentar lagi lampu ini akan saya padamkan.Soalan 25

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

25 Perpustakaan awam perlu dimanfaatkan untuk melahirkan generasi yang berilmu.

A Bagi melahirkan generasi yang berilmu, perpustakaan awam perlu dimanfaatkan.

B Gedung generasi ilmu terkini yang dapat dimanfaatkan ialah perpustakaan awam.

C Perpustakaan awam perlu dibina untuk dimanfaatkan oleh generasi yang berilmu.

D Bagi memanfaatkan generasi yang melahirkan ilmu perlukan perpustakaan awam.

Soalan 26 hingga Soalan 28

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

26 I Noraini mengikuti kursus faedah pengawetan makanan di Putrajaya.

II Encik Naim membayar kadar faedah yang rendah untuk pinjaman keretanya.

III Banyak faedah yang kita peroleh jika kita mengamalkan sikap suka menabung.

IV Dia menggunakan faedah yang mudah untuk menyelesaikan masalah Matematik itu.

A

B

C

D

I dan II sahaja

I dan IV sahaja

II dan III sahaja

III dan IV sahaja

MASZENAH BT. ALAN 2011

Page 5: BM Pemahaman 011

UNIT BAHASA MALAYSIA SKSUD 5 BAHASA MALAYSIA PEMAHAMAN

27 I Buah mangga yang masih mentah digemari oleh sesetengah orang.

II Pak Jamal belum dapat melupakan peristiwa yang terlalu mentah itu.

III Berkerut-kerut keningnya apabila memikirkan nasibnya yang masih mentah.

IV Lapan puluh peratus ekonomi negara bergantung kepada eksport bahan mentah.

A

B

C

D

I dan II sahaja

I dan IV sahaja

II dan III sahaja

III dan IV sahaja

28 I Pak Long Sudin masih teguh ingatannya walaupun umurnya sudah lanjut.

II Pejabat pos itu masih teguh walaupun usianya sudah melepasi satu kurun.

III Ibu memegang teguh tangan adik ketika mereka melintas jalan raya yang sibuk.

IV Keluarganya masih teguh berpegang kepada adat resam nenek moyang mereka.

A

B

C

D

I dan II sahaja

II dan III sahaja

II dan IV sahaja

III dan IV sahaja

Soalan 29 dan Soalan 30

Pilih ayat yang betul.

29 I Kamal Hisham baru pertama kali menyertai acara boling padang itu.

II Buah dukung langsat yang dijual di pasar tani itu manis-manis belaka.

III Marlia seolah-olah kandar patah setelah diberhentikan kerja oleh majikannya.

IV Puan Nora terharu atas kejayaan anaknya melanjutkan pelajaran di menara ganding.

A

B

C

D

I dan II sahaja

I dan IV sahaja

II dan III sahaja

III dan IV sahaja

30 I Rusdi mempunyai banyak rakan-rakan yang tinggal di kampung tersusun itu.

II Oleh sebab Sofea berkelulusan tinggi, dia diterima bekerja di firma guaman itu.

III Lebuh raya itu sedang diperlebar oleh pekerja Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

IV Pak Cik Hamid menjemur ikan sepat yang baru disiangnya itu atas para-para buluh.

A

B

C

D

I dan II sahaja

I dan IV sahaja

II dan III sahaja

III dan IV sahaja

Soalan 31 hingga Soalan 35MASZENAH BT. ALAN 2011

Page 6: BM Pemahaman 011

UNIT BAHASA MALAYSIA SKSUD 6 BAHASA MALAYSIA PEMAHAMAN

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Tuan Guru Besar, Penolong-penolong Kanan, yang dikasihi Guru-guru Cemerlang, guru-guru dan para hakim yang adil lagi bijaksana serta rakan-rakan. Selamat pagi dan selamat sejahtera saya ucapkan. Pada pagi ini saya akan meneruskan perjuangan rakan-rakan saya dan tetap mendokong tajuk yang berbunyi “Belajar Bersendirian Lebih Baik daripada Belajar Berkumpulan”.

Hadirin yang budiman,

Belajar adalah satu tugas yang perlu dilaksanakan oleh semua murid. Melalui belajarlah kita dapat banyak ilmu pengetahuan. Walau bagaimanapun masih terdapat segelintir murid yang malas belajar. Oleh itu, berbagai-bagai cara atau kaedah dicipta untuk membantu mereka memperoleh dan menguasai ilmu pengetahuan.

Sebagai pihak pencadang, saya tetap mengatakan bahawa “Belajar Bersendirian Lebih Baik daripada Belajar Berkumpulan”. Berfokuskan hujah saya yang pertama, sekiranya kita belajar berseorangan, kita akan dapat menumpukan lebih banyak masa pada pembelajaran kerana tiada sebarang gangguan. Sebaliknya, jika belajar berkumpulan tentulah kita asyik berbual-bual kosong dan bergembira. Aktiviti sebegini hanya membuang masa sahaja. Kita juga sukar untuk menguasai ilmu yang dipelajari.

Meniti hujah saya yang kedua, dengan belajar secara bersendirian juga, kita akan dapat menguruskan masa dengan tepat dan sempurna melalui jadual yang kita sediakan sendiri. Kita bebas membuat ulang kaji dan menelaah pelajaran. Tetapi berlaku sebaliknya, kita terpaksa menunggu rakan-rakan yang lambat datang jika belajar berkumpulan. Jelas di sini, masa kita bazirkan begitu sahaja, sedarkah pihak pembangkang bahawa “Masa Itu Emas”? Nah, tajuk ini seolah-olah memihak kepada kami pihak pencadang!

Hujah mantap saya yang ketiga, jika kita belajar bersendirian, kita bebas ke mana-mana sahaja untuk belajar atau mengulang kaji, tanpa sebarang gangguan atau halangan daripada orang lain yang mempunyai cita rasa dan kemahuan sendiri. Perkara ini dapat menimbulkan masalah untuk menentukan tempat belajar. Jika tempat tidak sesuai, pembelajaran juga kurang memberi kesan. Impaknya juga minimum. Wahai, pihak pembangkang.

Rakan-rakan yang dihormati,

Hujah saya seterusnya, belajar secara bersendirian dapat melatih kita berdikari. Kita boleh membuat rujukan sendiri sekiranya ada pelajaran yang kita kurang faham. Sebaliknya, jika belajar berkumpulan, kita sering inginkan pandangan daripada orang lain. Lebih buruk lagi terdapatnya rakan yang hanya menerima pandangan orang lain tetapi dia sendiri tiada menyumbang apa-apa maklumat kepada kumpulannya.

Oleh itu, sebelum saya mengundurkan diri, perlulah saya tegaskan sekali lagi bahawa “Belajar Bersendirian Lebih Baik daripada Belajar Berkumpulan”. Hujah kami tidak terhenti di sini, rakan terakhir saya nanti akan terus menghangatkan suasana dan menggegarkan pentas perbahasan ini. Andaikata terselit bicara yang mencuit rasa, maaf jua yang dipinta.

Sekian, terima kasih.

31 Apakah peribahasa yang sesuai dikaitkan dengan kejayaan seseorang murid?

A Bulat hati

B Anak emas

C Ringan tulang

D Ayam tambatan

MASZENAH BT. ALAN 2011

Page 7: BM Pemahaman 011

UNIT BAHASA MALAYSIA SKSUD 7 BAHASA MALAYSIA PEMAHAMAN

32 Mengapakah ada yang berkata bahawa masa kita akan terbuang begitu sahaja apabila belajar secara berkumpulan?

A Kerana masa belajar kita menulis

B Kerana masa belajar kita melamun

C Kerana masa belajar kita membaca

D Kerana masa belajar kita asyik bersembang

33 Mengapakah belajar sendiri dikatakan dapat mengurus masa kita dengan tepat?

A Kerana tiada orang yang mengarahkan kita

B Kerana jadual waktu telah tercatat aktivitinya

C Kerana masa belajar kita yang tentukan sendiri

D Kerana jadual belajar kita telah mereka tentukan

34 Perkataan halangan dalam petikan di atas dapat dipadankan dengan

A usikan

B sekatan

C hebahan

D pedoman

35 Siapakah yang menyediakan teks dan menyampaikan hujah perbahasan di atas?

A Pencadang pertama

B Pencadang kedua

C Pencadang ketiga

D Pencadang keempat

Soalan 36 hingga Soalan 40

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Sebulan yang lalu, aku mencuba nasib menghantar borang penyertaan teka silang kata kepada sebuah syarikat akhbar tempatan. Tidak kusangka-sangka, aku memenangi pertandingan teka silang kata anjuran syarikat akhbar tersebut. Aku akan menerima hadiah sebuah komputer riba. Aku perlu ke ibu kota untuk menerima hadiah tersebut. Bapa menghantar aku ke Stesen Bas Gerik. Sebenarnya, aku sudah lama tidak menaiki bas yang perjalanannya begitu jauh. Bas Ekspres Sunny dua tingkat berwarna merah mula dipandu meninggalkan Stesen Bas Gerik membelah kesunyian malam. Aku terus bersandar pada kusyen bas yang empuk itu sambil membayangkan saat dan detik gembira apabila aku menerima hadiah nanti.

Tiba-tiba bas yang aku naiki berhenti secara mengejut di tengah-tengah hutan tebal. Rupa-rupanya tayar bas yang aku naiki pancit. Aku bersama-sama penumpang lain turun dari perut bas. Aku pergi jauh sedikit daripada penumpang lain kerana hendak membuang air kecil. Ada antara penumpang yang berbual-bual sambil makan kacang dan gula-gula yang mereka beli ketika berhenti di kawasan rehat dan rawat kira-kira setengah jam yang lalu. Ketika itu, pemandu bas dan pembantunya sedang sibuk menggantikan tayar bas yang pancit itu.

Dalam kepekatan malam, aku ternampak satu cahaya merah. Aku menghampiri cahaya tersebut. Perlahan-lahan aku berjalan ke arah cahaya tersebut tetapi cahaya merah itu ghaib dengan serta-merta. Berbekalkan lampu picit mini yang ada padaku, aku dapat melihat sekitar tempat tersebut. Aku berdiri di hadapan pintu sebuah gua. Meremang bulu romaku. Dalam pada itu, aku dapat melihat beberapa tengkorak dan rangka manusia yang bergelimpangan. Aku membilang satu, dua, tiga, empat, lima. Lima topi besi dan sebilah pedang samurai turun

MASZENAH BT. ALAN 2011

Page 8: BM Pemahaman 011

UNIT BAHASA MALAYSIA SKSUD 8 BAHASA MALAYSIA PEMAHAMAN

berada di sisi tengkorak manusia itu. Beberapa biji pinggan dan gelas lama bertaburan di sana sini. Ada yang masih elok dan ada yang sudah pecah. Aku cuba memasuki gua tersebut, aku turut menemui beberapa laras senapang lama.

Wah, seronoknya hatiku!, Aku telah menjumpai artifak yang sangat berharga. “Barang-barang antik ini sungguh tinggi sekali nilai sejarahnya,” bisik hati kecilku. Perasaan takut serta merta hilang dari mindaku. Tiba-tiba aku terkejut lalu menjerit. Seekor ular tedung sela sebesar lengan Malek Noor, jaguh bina badan Asia itu jatuh betul-betul di atas bahu kiriku. Aku terpaksa bergelut dengan ular berbisa itu untuk menyelamatkan diri. Pergelutan itu berhenti secara tiba-tiba apabila ibuku menyentuh kakiku. “Sudin! Sudin! Sudin ... mengapa menjerit malam-malam buta ni,” ujar ibuku. Tiga kali namaku diterjahnya, membuatkan aku terjaga daripada lamunan mimpi ngeri itu. Aku terus masuk ke bilikku. Ibu menutup televisyen yang masih terpasang. Aku perlu rehat yang secukupnya kerana besok aku akan ke ibu kota dengan menaiki Bas Ekspres Sunny dua tingkat yang baharu dan berpendingin hawa laa ... pulak. Kegirangan di hatiku terserlah kembali. Aku merebahkan badanku di atas tilam bujang yang nipis sambil tersenyum simpul mengimbas kembali mimpi ngeri bersulamkan kelucuan yang singgah seketika mencuri waktu tidurku sebentar tadi. Oh, seronok juga sesekali dilamun mimpi!

36 Mengapakah “aku” mesti pergi ke ibu kota pada tarikh yang telah ditetapkan?

A Hendak makan angin sempena cuti sekolah

B Hendak menuntut hadiah sebuah komputer riba

C Hendak menaiki bas ekspres baharu dua tingkat

D Hendak menyertai pertandingan teka silang kata

37 Adakah peristiwa yang dialami oleh penulis itu benar-benar berlaku?

A Penulis bermimpi ketika tertidur di ruang tamu rumahnya.

B Penulis sedang menonton drama di dalam bas ekspres itu.

C Penulis hanya bermimpi ketika tertidur di dalam bilik tidurnya.

D Peristiwa itu merupakan khayalan penulis semasa dalam bas.

38 Apakah yang dimaksudkan penulis tentang lima rangka manusia yang bergelimpangan di dalam gua tersebut?

A Rangka lima orang tentera Jepun yang terbunuh

B Rangka lima orang tentera British yang terbunuh

C Rangka lima orang yang mati tersesat dalam hutan

D Rangka lima orang askar yang dibunuh dengan pedang

39 Perkataan artifak dalam petikan membawa maksud

A Senjata lama kepunyaan tentera seperti senapang.

B Barangan buatan manusia peninggalan sesuatu zaman.

C Pedang samurai yang sangat berharga dan bernilai sejarah.

D Tengkorak manusia yang mempunyai nilai sejarah tersendiri.

40 Semua yang berikut berkaitan dengan penulis, kecuali

A Penulis disedarkan daripada mimpi oleh ibunya.

B Penulis bermimpi memenangi sebuah komputer riba.

C Penulis telah memenangi pertandingan teka silang kata.

D Penulis akan bertolak ke ibu kota dengan Bas Ekspres Sunny.

MASZENAH BT. ALAN 2011