bm kata pinjaman

20
KATA PINJAMAN

Upload: whocynee

Post on 18-Nov-2015

274 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

BM Kata Pinjaman

TRANSCRIPT

KATA PINJAMAN

KATA PINJAMAN

FAKTOR PEMINJAMAN KATAMembentuk istilah-istilah baru - menepati kehendak pengisian masa & keadaan

Perkembangan dalam perniagaan & perdagangan

Faktor psikologi - masyarakat penutur akan meminjam bahasa yang dianggap lebih tinggi tarafnya daripada bahasa ibunda sendiri.

Memantapkan struktur bahasa - bahasa tersebut akan terus berkembang dan hidup

KAEDAH PEMINJAMANPeminjaman penterjemahan dilakukan dengan mengambil makna atau konsep perkataan asing itu kemudian diberi padanannya dalam perkataan Melayu. Contoh : litar pintas short circuit

Jika perkataan bahasa asing itu tiada padanan maknanya, peminjaman terus dilakukan - penyesuaian ejaan dan sebutan sesuatu perkataan di dalam bahasa Melayu. Contoh : psychology - psikologi

BAHASA SANSKRITDibawa oleh pedagang India yang berdagang di Kepulauan Melayu. Juga disebarkan oleh sami atau pendeta agama.Pengaruh bahasa ini juga meresap ke dalam bahasa Melayu menerusi dua epik hindu - Mahabrata dan RamayanaAspek- aspek bahasa Melayu yang dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit ialah kosa kata, imbuhan dan sistem bunyi

CONTOH KATA PINJAMAN BAHASA SANSKRITPembelajaran : guru, bahasa, bicara, kataSifat dan keadaan : cinta, duka, setia, merduTubuh : bahu, sendi, kepala, lidahWaktu : hari, purnama, senja, tadiKekeluargaan : suami, isteri, janda, saudaraTumbuhan : melati, kenanga, seroja, terataiAgama dan falsafah : dewa, dosa, pahala, dewataIstilah abstrak: asmara, bahaya, bencanaAlam semulajadi: bayu, cahaya, suria, bumi

BAHASA ARABMeresap ke dalam bahasa Melayu dengan kedatangan Islam Pengaruh bahasa Arab dan Islam memartabatkan bahasa Melayu sehingga mencapai status bahasa ilmuPengaruh bahasa Arab yang terpenting dalam bahasa Melayu ialah terciptanya aksara Jawi yang menggunakan abjad Arab dan enam abjad tambahan yang dicipta oleh orang Melayu sendiriAspek- aspek bahasa Melayu yang dipengaruhi oleh bahasa Arab ialah kosa kata, struktur ayat dan sistem bunyi

CONTOH KATA PINJAMAN BAHASA ARABAgama : doa, kiblat, mufti, tauhidIlmu : ayat, hikayat, kalam, kamusPerasaan : insaf, ikhlas, niat, nasihatHukuman : batal, wajib, makruh, sahAdat : nikah, sedekah, musafir, warisKejadian : nur, wujud, insan, jasad

BAHASA PARSIPengaruh bahasa Parsi selalunya dikaitkan dengan pengaruh IslamPeresapan kosa kata bahasa Parsi dikatakan berlaku sezaman dengan masuknya unsur-unsur bahasa Arab ke dalam bahasa MelayuPengaruh bahasa Parsi lebih bertumpu dalam lapangan kesusasteraan Melayu lama

CONTOH KATA PINJAMAN BAHASA PARSIbandar, dewan, kahwin, kelasi, kenduri, medan, piala, nobat, pasar, nakhoda, saudagar, pahlawan, jam, serunai, syahbandar

Imbuhan yang dipinjam daripada bahasa Parsi ialah awalan bi- (yang membawa erti tidak)Contoh : biadap - tidak beradap bilazim - tidak lazim

BAHASA JAWAPengaruh bahasa Jawa menjadi dominan pada zaman kerajaan MajapahitPenyebaran bahasa Jawa berlaku melalui : - cerita-cerita panji - penghijrahan masyarakat Jawa ke Kepulauan Melayu - tamadun orang Jawa yang amat tinggi sehingga mampu membentuk keperibadian tersendiri

CONTOH KATA PINJAMAN BAHASA JAWA

adegan, lulur, lumayan, prihatin, pinggir, gamelan, calon, cerdas, wali, waras, lakon, lapor, keruan, lolos, matang, perabot, peria, ningsun, lontong, lempeng

BAHASA INGGERISTerdapat beberapa faktor yang menyebabkan bahasa Inggeris begitu berpengaruh dalam bahasa Melayu.Antaranya, pendidikan Inggeris yang meningkatkan bilangan penutur bahasa Inggeris dalam kalangan orang MelayuPeranan bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsaPenyerapan istilah daripada bahasa Inggeris untuk menjadikan bahasa Melayu bahasa modenPengaruh bahasa Inggeris dapat dilihat daripada aspek kosa kata, imbuhan, bunyi, tulisan dan nahu

CONTOH KATA PINJAMAN BAHASA INGGERIS akaun, arkitek, elektronik, faktor, filem,gabenor, kabinet, hidrogen, insurans, motosikal, parlimen, stesen, teknologi, paip, sains, kamera, radio, satelit, virus, unit, unik, zoo

BAHASA PORTUGISOrang Portugis mendudukI Melaka selama satu abad sejak dari tahun 1511Pada zaman itu orang Portugis hanya berminat untuk menguasai perniagaan di antara India dan Nusantara namun kuasanya tidak kuat untuk memerintah seluruh dunia MelayuOleh itu, pengaruhnya kepada masyarakat Melayu tidak sampai ke jiwa bangsa dan ia hanya membawa masuk barang dan ilmu dari Eropah sebagai perkara baru

CONTOH KATA PINJAMAN BAHASA PORTUGIS almari, bendera, meja, boneka, garpu, keju, kemeja, sepatu, gereja, paderi, meriam, peluru, minggu, picu, roda, bomba

15

BAHASA BELANDAOrang Belanda menjajah Indonesia setelah merekameninggalkan Melaka pada 1924 Masihi. Oleh itu, orang Belanda telah memberi perkataannya kepada bahasa Indonesia dan sifatnya digolongkandalam bidang yang hampir sama dengan perkataan dari bahasa Inggeris dalam bahasa Melayu.Kebanyakan kata pinjaman daripada bahasa Belanda dalam Kamus Dewan merupakan kata Belanda yang dipinjam melalui bahasa Indonesia dan perkataan itu dilabel IB(Indonesia Belanda)

CONTOH KATA PINJAMAN BAHASA BELANDA balkoni, buncis, dansa, laci, omgkos, rokok, senapang, pas, permisi, komentar, kamar, wortel, kantor, korupsi, kronis, kursus

BAHASA CINA & TAMILKedudukan Kepulauan Melayu berfungsi sebagai pelabuhan transit antarabangsa di antara India dan China sejak masa lampauPada abad ke-19 : orang Cina dan India dibawa masuk ke Tanah Melayu - tenaga buruh di kawasan lombong dan estetPerkataan yang berasal daripada bahasa Cina dan Tamil telah dibawa oleh imigran. Unsur-unsur perkataan yangtergolong dalam kategori ini boleh ditemui dalam bahasa Melayu sekarang

CONTOH KATA PINJAMAN BAHASA CINABudaya : kung fuPeralatan : sempoa, camca, cawan, tanglungPanggilan : abah, amoi, tauke, singseMakanan : suun, ebi, kuaci, lobak, tauhuBarangan : gincu, ceongsam, koyok, bak

CONTOH KATA PINJAMAN BAHASA TAMIL

candi, nilam, nira, sami, seloka, tali, pondan, pinggan, putu, ragam, mempelai, kuil, ketumbar, jodoh, kari, gurindam