bm bahagian a

Upload: suriani80

Post on 01-Nov-2015

238 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Bahasa Melayu

TRANSCRIPT

Bina lima ayat berdasarkan gambar

Percutian Ke Pulau LangkawiPada cuti sekolah yang lalu, kami sekeluarga berpeluang bercuti ke sebuah tempat peranginan iaitu Pulau Langkawi. Saya berasa sangat seronok kerana itu kali pertama saya ke sana. Sebelum bertolak kami mengemas barang-barang keperluan. Saya sekeluarga menaiki kereta. Setelah sampai di jeti, kami perlu menaiki feri untuk sampai ke Pulau Langkawi. Masa yang diambil untuk sampai ke Pulau Langkawi selama satu jam dari jeti.Setelah sampai di hotel yang telah ditempah oleh ayah seminggu yang lalu, saya terus merehatkan diri dahulu. Tempat pertama yang kami lawati ialah Makam Mahsuri yang mempunyai banyak sejarah. Pelbagai maklumat yang saya perolehi sepanjang berada di sana. saya berasa sangat gembira kerana dapat mengetahui dengan lebih mendalam lagi tentang sejarah Mahsuri yang sebelum ini saya hanya mendengar namanya sahaja tetapi tidak mengetahui sejarah tentang Mahsuri.Pada hari kedua, kami berkesempatan untuk menaiki kereta kabel. Saya sangat seronok sekali kerana pertama kali menaiki kereta kabel tersebut. Saya dapat melihat pemandangan di seluruh Pulau Langkawi. Saya dapat menghirup udara yang segar dan nyaman di sini. Pada waktu petang, kami pergi ke Dataran Helang. Terdapat ramai pelancong yang mengunjungi Dataran Helang. Kebanyakan mereka datang ke Dataran Helang untuk mengambil gambar.Pada hari terakhir disana, kami sempat melawat Beras Terbakar. Di sana ramai pelancong dari luar negara yang datang dan mencampakkan duit syiling, yang dikatakan sebagai tempat untuk meminta sesuatu. Selepas melawat Beras Terbakar, kami sekeluarga pergi membeli-belah. Banyak cenderamata yang cantik-cantik terdapat disitu. Saya membeli dua helai baju sebagai tanda kenang-kenangan sewaktu berada di Pulau Langkawi. Saya sangat gembira dan seronok ketika berada di Pulau Langkawi. Saya berharap saya akan dapat bercuti lagi disini pada masa yang akan datang bersama keluarga tercinta.

Pada cuti sekolah yang lalu,saya dan keluarga telah pergi bercuti ke Pulau Langkawi.Kami ke sana dengan menaiki kapal terbang.Pada mulanya saya berasa agak takut kerana ia merupakan pengalaman pertama saya.Tetapi lama-kelamaan saya berasa selesa dan seronok.Setibanya di sana,ayah menyewa sebuah kereta untuk memudahkan kami melawat ke tempat-tempat yang menarik.Ayah membawa kami ke tempat penginapan.Oleh sebab terlalu penat,kami mengambil keputusan untuk berehat.Keesokkan paginya,tempat pertama yang kami pergi ialah Gunung Machinchang untuk sampai ke puncak,kami harus menaiki kereta kabel.Pada mulanya saya berasa sedikit gayat kerana baru pertama kali saya menaiki kereta kabel.Lama-kelamaan saya berasa tenang.Tetapi setibanya di atas puncak,saya kembali menjadi gerun bercampur takut apabila mengetahui saya berada 700 meter dari atas laut.Mujurlah ibu sentiasa menenangkan saya.Tempat kedua yang kami lawati ialah Makam Mahsuri.Saya bersa sangat teruja apabila membaca sejarah Mahsuri.Dia merupakan seorang wanita yang jujur sehingga setelah dibunuh,Mahsuri mengeluarkan darah berwana putih.Menurut cerita penduduk Langkawi,sebelum Mahsuri meninggal dia telah bersumpah bahawa Langkawi akan menjadi padang jarak padang terkukur selama tujuh keturunan.Menurut mereka juga,sumpahan itu benar-benar berlaku.Seterusnya,ayah membawa kami ke Taman Buaya.Pelbagai jenis dan saiz buaya yang terdapat di sana.Saya berasa tertarik apabila melihat seorang pelatih memberi makanan kepada buaya-buaya tersebut.Tiada rasa takut di dalam diri mereka.Mungkin kerana sudah biasa.Tempat yang kami lawati seterusnya ialah Underwater World.Jika tadi terdapat pelbagai jenis buaya,di sini pula terdapat pelbagai jenis haiwan yang berwarna-warni.Saya berasa sangat seronok semasa melihat burung merak yang berwarna-warni mengembangkan sayapnya.Burung merak itu kelihatan sangat cantik.Saya juga dapat melihat haiwan dasar laut seperti ikan,kuda laut,tapak sulaiman dan banyak lagi.Selain itu, saya juga berpeluang melihat penguin yang comel-comel belaka.Pada kebiasaannya, pengunjung-pengunjung tidak akan melepaskan peluang bergambar di Dataran Helang.Kami juga begitu.Sebelum pulang,kami mengambil gambar di Dataran Helang dan membeli sedikit cenderamata untuk dijadikan kenang-kenangan.

Cara-cara Menjaga Kebersihan Diri (Tahun 4)

Semua orang perlu menjaga kebersihan diri kerana kebersihan adalah asas kesihatan. Orang yang bersih juga disenangi oleh orang lain.Bagi menjaga kebersihan diri ,kita perlulah mandi setiap hari. Semua anggota badan perlu dibersihkan dengan menggunakan air yang bersih dan sabun.Rambut perlu disyampu. Kuku kaki dan tangan yang panjang perlu dipotong. Selepas makan tangan perlu dicuci. Gigi pula perlu digosok sekurang-kurangnya dua kali sehari. Pakaian yang dipakai pula perlu ditukar setiap hari.Jika kita menjaga kebersihan diri kita tidak mudah dijangkiti penyakit. Orang yang sihat akan hidup ceria sepanjang hari.

Cara-cara Menjaga Kebersihan Diri (Tahun 4)

Semua orang perlu menjaga kebersihan diri kerana kebersihan adalah asas kesihatan. Orang yang bersih juga disenangi oleh orang lain.Bagi menjaga kebersihan diri ,kita perlulah mandi setiap hari. Semua anggota badan perlu dibersihkan dengan menggunakan air yang bersih dan sabun.Rambut perlu disyampu. Kuku kaki dan tangan yang panjang perlu dipotong. Selepas makan tangan perlu dicuci. Gigi pula perlu digosok sekurang-kurangnya dua kali sehari. Pakaian yang dipakai pula perlu ditukar setiap hari.Jika kita menjaga kebersihan diri kita tidak mudah dijangkiti penyakit. Orang yang sihat akan hidup ceria sepanjang hari.