bj baru

9

Click here to load reader

Upload: ashikin

Post on 27-Sep-2015

258 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

pj

TRANSCRIPT

2.3 KEMAHIRAN GERAK KAKI

Dalam permainan bola jaring, pergerakan kaki sesorang sangat penting. Setiap pemain perlu mahir dengan pergerakan kaki masing-masing. Seseorang pemain perlu mempunyai kemahiran pergerakan kaki dalam jarak dan situasi yang berbeza. Seseorang pemain perlu tangkas dalam menukar haluan kaki secara serta merta. Bagi meningkatkan kemahiran gerakan kaki ini seseorang jurulatih perlu menerangkan dan menyediakan aktiviti ansur maju yang sesuai supaya murid mampu meningkatkan kemahiran gerakan kaki ini. Kemahiran gerakan kaki ini mempunyai peringkat antaranya ialah semasa menerima bola, melompat atau melonjak semasa menerima bola atau menghantar bola. Begitu juga semasa menjaringkan bola. Terdapat dua cara yang boleh dilakukan oleh pemain setelah menerima bola sama ada daripada rakannya atau hasil daripada hantaran pemain lawan. Pertama, mendarat dengan menggunakan sebelah kaki dan kedua mendarat menggunkan kedua belah kaki.Mendarat Atas Sebelah Kakia. Pemain boleh mendarat dengan menggunakan kaki kanan dan diikuti dengan kaki kiri. Untuk mengimbangkan badan, pemain hendaklah melontarkan bola sebelum kaki yang mula mendarat tadi memijak lantai semula.b. Selepas menangkap bola, pemain akan mendarat pada sebelah kaki, melompat dari kaki yang sama ke kaki yang satu lagi dan melompat semula sebelum melepaskan bola. Ini akan memberikan peluang untuk mengimbangkan diri dan bergerak jauh di samping memberi kekuatan kepada lontaran bola yang seterusnya.

Mendarat Atas Dua Belah KakiSelepas menerima bola, pemain boleh:a. Mendarat di atas kedua belah kaki, melangkah dengan sebelah kaki serta membaling bola.b. Pemain dibenarkan mendarat di atas kedua belah kaki secara serentak dan kemudiannya terus melompat dengan dua belah kaki tersebut tetapi bola mestilah dibaling kepada rakan pasukan yang lain sebelum mendarat semula.c. Dalam pendaratan kedua-dua kaki ini, pemain boleh memilih sebelah kaki sebagai paksi untuk membolehkannya berpusing beberapa kali pada kaki yang satu lagi sebelum menghantar bola kepada ahli pasukan yang lain. Ini bertujuan untuk membolehkan pemain yang sedang memegang bola mencari dan memerhatikan kepada siapa seterusnya bola akan dihantar.

Terdapat empat peringkat gerakan kaki yang boleh membantu pemain melakukan pergerakan selanjutnya dalam permainan bola jaring ini. Antaranya ialah imbangan badan, corak langkahan, lonjakan, pendaratan, menukar arah, larian pecut dan membuat putaran.2.3.1 Imbangan Badan

Imbangan badan semasa permainan bola jaring amat penting kerana ianya akan mempengaruhi gerakan kaki. Gerakan kaki yang baik perlu mempunyai kemahiran dalam imbangan bandan. Untuk mengimbangkan badan, pemain perlu mengimbangkan bebola kaki, lutut serta pergelangan kaki, sambil kaki dibuka seluas bahu dan bersedia untuk bergerak ke mana-mana arah. Apabila pemain mencapai keseimbangan badan semasa permainan, pemain dapat mengelakkan langkah gerakan kaki. Pemain hendaklah melontarkan bola sebelum kaki yang mula mendarat tadi memijak lantai semula.

Selepas menangkap bola, pemain akan mendarat pada sebelah kaki, melompat dari kaki yang sama ke kaki yang satu lagi dan melompat semula sebelum melepaskan bola. Ini akan memberinya peluang untuk mengimbangkan diri dan bergerak jauh di samping memberi kekuatan kepada lontaran bola yang seterusnya.

Panjang langkah seseorang pemain semasa bergerak untuk menerimahantaran, atau balingan, adalah penting. Sebarang langkah yang terlalu panjangatau terlalu pendek akan mengganggu agerak kaki keseluruhannya. Dengan membuat langkahan yang tidak teratur boleh menjejaskan keseimbangan badan juga. Untuk mendapatkan bola, pemain harus melonpat, terutamanya jika pemain lawan tinggi-tinggi.

2.3.2 Corak LangkahanCorak langkahan adalah penting dalam mengawal gerakan kaki semasa permainan bola jaring.Setiap langkah yang dilakukan sama ada langkah yang panjang atau pendek ianya akan mempengaruhi keseimbangan badan.Corak langkahan kaki akan menghasilkan teknik pemainan seseorang pemain bola jaring tersebut.Sebagai contoh ialah pergerakan yang perlu dilakukan untuk menghasilkan lopatan dalam permainan tersebut.Panjang langkah seseorang pemain semasa bergerak untuk menerima hantaran, atau balingan adalah penting. Bagi membuat lompatan, pemain akan mempercepatkan lariannya serta memendekkan langkah bagi memastikan berat badan tertumpu kepada bahagian belakang tumit yang kemudian akan melompat. Lutut hendaklah dibengkokkan sedikit dan diikuti dengan satu tolakan kuat daripada gelanggang oleh keseluruhan badan, terutamanya kepala, yang dibantu oleh ayunan tangan untuk menghulur tangan menyambut bola.

2.3.3 LonjakanDalam permainan bola jaring ,pemain perlu mahir membuat gerakan untuk melonjakkan badan ke udara atau ke atas bagi mendapatkan bola yang dalam keadaan yang tinggi ke udara.Pemain perlu menolak badan mereka ke udara atau ke arah bola yang lebih tinggi daripada saiz pemain. Hal ini memerlukan teknik gerakan kaki yang baik agar ianya mampu melonjakkan badan pemain ke udara. Pemain perlu mahir untuk menentukan kaki yang akan digunakan untuk membuat lonjakan. Pada masa yang sama pemain perlu mahir untuk membuat gerakan kaki yang betul bagi mengekalkan keseimbangan semasa pendaratan dan mengawal badan supaya tidak terjatuh.

2.3.4 PendaratanPendaratan yang baik adalah tertumpu kepada cara lompatan untuk mendarat. Seseorang pemain yang mampu melakukan lonjakan atau lompatan yang baik mudah membuat pendaratan tanpa sebarang masalah. Lompatan akan dihasilkan apabila berat badan tertumpu ke arah kaki yang mendarat dan kaki juga pantas mengubah kedudukan. Bagi menghasilkan pendaratan yang baik adalah dengan cara membengkokkan lutut,iaitu sebaik sahaja kaki mencecah tanah. Hal ini akan mengelakkan daripada melakukan pendaratan yang tidak sempurna.2.3.5. Larian PecutTeknik gerakan kaki bagi menukar arah dari setempat ke setempat tanpa boleh diketahui oleh pemain lawan adalah penting. Oleh yang demikian pemain semasa membuat perubahan arah ini, pemain perlu memastikan beratnya terletak pada kaki yang akan mencengkam gelanggang yang dapat menahan momentum ke depan. Pemain kemudian akan melakukan tolakan yang agak kuat dengan kaki kanan ke arah pergerakan baru dengan menukarkan berat badan ke sisi kaki kanan itu.Sebagai pemain yang cekap, larian pecut yang pendek sering digunakan oleh pemain ketika beraksi. Untuk melakukan larian pecut pemain perlu memastikan berat badan ke atas bebola kaki. Badan hendaklah dibongkokkan sedikit dan berada pada kedudukan bersedia untuk melakukan tolakan kuat ke arah yang dikehendaki. Pemain hendaklah berada dalam kedudukan yang lebih bersedia untuk melakukan sebarang bentuk pergerakan jika dia berlari dengan langkah yang pendek serta berat badannya pada kaki, sementara lutut dibengkokkan .

2.3.6. Menukar ArahPemain yang bijak akan berusaha menukar arah dari semasa ke semasa, seboleh-bolehnya tanpa dapat dibaca atau diagak oleh lawan. Semasa membuatperubahan arah ini, pemain hendaklah memastikan beratnya terletak pada kaki yang akan mencengkam gelanggang yang dapat menahan momentum kedepan. Pemain kemudian akan melakukan tolakan yang agak kuat dengan kaki kanan ke arah pergerakan baru dengan menukarkan berat badan ke sisi kaki kanan itu.

2.3.7 Membuat PutaranPutaran badan adalah satu posisi seseorang pemain ingin memusing badan bagi tujuan untuk menghantar bola. Semasa membuat putaran, kedudukan bebola kaki tetap terus berada di atas tanah. Manakala kedudukan satu lagi kaki adalah digunakan untuk menggerakkan badan dengan tolakan yang pendek serta mengarah kedudukan yang dikehendak oleh pemain.Dalam pergerakan kaki pemain-pemain perlu sentiasa memastikan gerakan kaki berada dalam posisi yang betul bagi mengelakkan kecederaan dan juga untuk mengurangkan pembatalan bola dan berpindah kepada pihak lawan. Oleh itu setiap pemain berlu mempunyai kemahiran yang tinggi dalam proses mengawal gerakan kaki semasa bola ada di tangan mereka.

2.4 KEMAHIRAN MENJARINGKAN GOL

Menjaringkan gol adalah satu kemahiran asas yang penting dalam permainan bola jaring.Setiap pemain bola jaring perlu mahir dalam membuat jaringan. Biasanya terdapat dua orang pemain sahaja yang akan ditugaskan bagi menjaringkan gol iaitu GA dan GS. Hal ini kerana jika berlaku hal yang tidak dingini seperti kecederaan pemain yang lain akan mengantikkannya.

Setiap pemain berpotensi untuk menjaringkan gol. Oleh itu kemahiran menjaringkan gol ini perlu dikuasai oleh sesorang pemain. Pemain boleh membuat percubaan bagi menjaringkan gol di mana-mana tempat di dalam bulatan jaringan. Pemain perlu tahu cara menangkap bola ,kedudukan penjaring dalam bulatan jaringan dan ketinggian penghadang. Antara kemahiran membuat jaringan adalah memerlukan ketetapan pada sasaran dan pada gelang jaring. Penjaring yang baik perlu pantas,cekap dan berhati-hati.Penjaring perlulah pantas berlari atau melompat serta cekap menangkap bola yang telah dihantar. Biasanya kawasan jaringan hanya dimasuki oleh pemain-pemain GS,GA,GK dan GD. Tetapi hanya GS dan GA yang akan membuat jaringan, sementara GK dan GD dari pihak lawan akan menghadang GS dan GA.

Jaringan akan dikira apabila bola telah memasuki lilitan jaringan. Terdapat beberapa cara jaringan yang boleh dilakukan. Jaringan statik sebelah tangan, jaringan sambil melompat dan jaringan sambil berlari (1 langkah) adalah antara jaringan yang sentiasa dilakukan oleh seorang penjaring.Untuk menghasilkan jaringan yang baik teknik menjaring pada asasnya memerlukan penjaring berdiri stabil dengan kaki dominan di hadapan. Kemudian, letakkan bola di atas bebola tapak tangan dan buka jemari. Bola diangkat tinggi dari aras kepala dengan ditampung sebelah tangan lagi dan bawa ke hadapan sedikit. Manakala badan direndahkan serta lutut dan siku dibengkokkan. Akhir sekali bola dilepaskan dari tangan dengan pergelangan tangan ke arah sasaran. Sekiranya penjaring terlalu hampir atau jauh dari tiang gol, penjaring boleh membuat satu langkah ke belakang atau ke hadapan dengan syarat kaki hanya satu kaki yang menyentuh gelanggang.

Menjaring sambil melepaskan bola sambil melompat juga salah satu kemahiran asas menjaring .Kemahiran menjaring cara ini perlulah pantas dan seorang yang mahir. Kelebihan menjaring ini akan menyukarkan pihal lawan untuk menghalang semasa jaringan di buat.

Oleh itu sebagai pemain bola jaring perlulah mengetahui dan menguasai kemahiran asas bola jaring tersebut. Hal ini adalah penting untuk mengawal dan bermain dengan baik. Kemahiran-kemahiran asas ini perlu dipelajari dan diterokai dalam satu jangkamasa tertentu. Oleh itu bimbingan dan panduan daripada guru adalah amat penting agar kemahiran-kemahiran asas ini perlu dikuasai oleh pemain tersebut. Guru perlu menyediakan satu modul bagi memudahkan melaksanakan kemahiran asas ini.