bizapp · 2017. 2. 5. · a. klik “menu” “blast emel kepada agen”. b. masukkan text mesej...

24
BIZAPP JAN 2017 MANUAL UNTUK AGEN (PAKEJ BASIC)

Upload: others

Post on 05-Feb-2021

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • BIZAPP

    JAN 2017

    MANUAL UNTUK AGEN

    (PAKEJ BASIC)

  • LANGKAH-LANGKAH

    1) Muat Turun Dan Pemasangan

    a. Muat turun BIZAPP dan install dari GooglePlay atau AppleStore.

    ANDROID IOS

  • 2) Pendaftaran

    a. Lancarkan aplikasi BIZAPP dan klik “DAFTAR”. b. Isikan semua maklumat yang diperlukan. c. Jika anda diperkenalkan oleh seseorang kenalan tentang

    BIZAPP ini, dapatkan ID beliau dan masukkan di bahagian “PENAJA”. Jika tiada, biarkan kosong.

    d. Setelah lengkap, klik butang “DAFTAR”. e. Periksa email, muat turun fail PDF yang akan menerangkan

    kepada anda dengan lebih lanjut lagi tentang BIZAPP.

  • 3) Dashboard

    a. Ini ialah skrin utama anda.

    b. Anda boleh lihat : i. JUMLAH JUALAN TAHUNAN ii. JUMLAH JUALAN BULAN SEMASA iii. JUMLAH JUALAN BULAN LEPAS iv. JUMLAH JUALAN HARI INI v. JUMLAH JUALAN SEMALAM

    c. Anda juga boleh lihat (klik anak panah kiri atau kanan):

    i. JUMLAH UNTUNG KASAR TAHUNAN ii. JUMLAH UNTUNG KASAR BULAN SEMASA iii. JUMLAH UNTUNG KASAR BULAN LEPAS iv. JUMLAH UNTUNG KASAR HARI INI

    v. JUMLAH UNTUNG KASAR SEMALAM

  • d. Anda juga boleh melihat STATISTIK JUALAN dalam bentuk graf.

    e. KREDIT SMS adalah digunakan untuk anda (optional):

    i. blast SMS kepada pelanggan atau prospek. ii. Menghantar No Tracking kepada pelanggan.

    f. Semua tempahan yang belum diproses akan dipaparkan di dashboard anda.

  • 4) Follow Stokis

    a. Klik “MENU” “Agen & Stokis” b. Klik icon : , pilih “FOLLOW STOKIS”. c. Masukkan ID stokis anda. Klik “OK”. d. Profil Stokis anda akan dipaparkan. Klik butang “FOLLOW”. e. Sekarang, anda boleh nampak semua produk-produk

    kepunyaan stokis yang anda baru follow tadi.

  • 5) Lihat Produk Stokis.

    a. Klik “MENU” “Produk”. b. Semua produk stokis akan dipaparkan. Klik setiap produk untuk

    melihat maklumat tentang produk tersebut.

  • 6) Hantar Tempahan.

    a. Klik “MENU” “Tempahan Baru”.

    b. Isikan maklumat pelanggan. c. Pilih produk dan kuantiti. d. Tekan butang [+] jika ada tambahan produk lain. e. Dapatkan nombor akaun bank stokis di bahagian bawah skrin. f. Buat bayaran seperti yang tertera di borang tempahan. g. *Jika jumlah bayaran yang anda buat kepada stokis adalah

    berlainan seperti yang tertera di borang tempahan, ubah jumlah tersebut di borang tempahan.

    h. Lampirkan resit pembayaran kepada stokis sebagai bukti pembayaran. (boleh snap gambar terus dari kamera hp atau pilih gambar dari galeri).

    i. Setelah borang tempahan lengkap, klik icon : dan pilih

    “HANTAR TEMPAHAN” jika anda hendak terus menghantar tempahan kepada stokis/hq, atau klik “SIMPAN DRAF” jika anda ingin simpan terlebih dahulu.

  • NOTA :

    i. Tempahan yang telah dihantar kepada stokis/HQ tetapi belum lagi diproses oleh stokis/HQ akan disenaraikan di dashboard anda.

    ii. Tempahan yang telah dihantar kepada stokis/HQ dan telah diproses oleh stokis/HQ akan dipindahkan ke bahagian “MENU” “Rekod Tempahan”.

    iii. Tempahan yang anda telah hantar kepada pihak stokis/HQ tidak boleh dihapuskan. Jika ada kesilapan, maklumkan kepada stokis/HQ dan minta stokis/HQ untuk BATALKAN tempahan tersebut.

    iv. Tempahan yang anda simpan sebagai draf dan belum dihantar kepada stokis/HQ boleh dihapuskan.

  • 7) Kredit SMS

    a. Kredit SMS diperlukan jika anda ingin menggunakan fungsi BLAST.

    b. Untuk top-up kredit, klik “MENU” “Kredit SMS”. c. Klik icon : , pilih “TAMBAH KREDIT SMS”. d. Pilih jumlah kredit yang ingin dibeli, dan buat bayaran terus

    melalui Online Banking FPX. e. Kredit SMS akan ditambah secara automatik sebaik sahaja

    pembayaran selesai.

  • 8) Blast EMEL kepada Agen

    a. Klik “MENU” “Blast EMEL Kepada Agen”. b. Masukkan text mesej anda dah klik butang “HANTAR EMEL”. c. Fungsi ini hanya sesuai untuk pengguna pakej SUPERB

    sahaja. Jika anda hanya mengambil pakej BASIC, maka tiada

    agen lain yang boleh follow anda. Jadi, oleh kerana anda tiada agen, anda tidak dapat menggunakan fungsi ini.

  • 9) Blast SMS kepada Pelanggan.

    a. Klik “MENU” “Blast Kepada Pelanggan”

    b. Masukkan nama pelanggan jika anda mahu blast SMS kepada pelanggan anda yang mempunyai nama tertentu. Contohnya : Jika anda masukkan “ali”, maka sistem akan mencari semua pelanggan-pelanggan anda yang mempunyai perkataan “ali”. Contohnya : Ali bin Bakar, Alias Omar, Zainab bt Zali, dan sebagainya. Jika anda mahu pilih semua pelanggan anda tanpa mengambil kira sebarang nama, biarkan kotak tersebut kosong.

    c. Pilih tarikh transaksi. Biarkan kosong jika anda tidak mahu mengambilkira tarikh transaksi.

    d. Pilih produk yang terlibat. Contohnya, jika anda mahu mencari pelanggan-pelanggan anda yang telah membeli PRODUK A

    sahaja, pilih nama produk tersebut sahaja. e. Akhir sekali, klik butang “CARI”. f. Sistem akan mencari semua pelanggan-pelanggan anda

    mengikut kriteria yang anda cari. g. Masukkan text mesej anda dan klik “HANTAR”. h. Kredit SMS anda akan ditolak dari sistem mengikut jumlah

    SMS (bilangan pelanggan) yang dihantar.

  • 10) Blast SMS kepada Prospek.

    a. Masukkan no h/p prospek anda. Jika ada lebih dari satu, sila pisahkan dengan tanda koma (,).

    b. Masukkan text mesej anda. Maksimum 150 huruf sahaja. c. Klik butang “OPEN-BLAST”.

    NOTA :

    - Butang “AKSES PHONEBOOK” hanya diberi kepada pengguna pakej PRO dan SUPERB sahaja.

    - Fungsi ini akan mengakses phonebook anda dan anda boleh memilih no h/p prospek anda yang telah anda simpan di dalam phonebook anda.

  • 11) Auto-FollowUp

    a. Fungsi ini hanya diberikan kepada pengguna pakej SUPERB

    dan PRO sahaja. b. Fungsi ini membolehkan anda set satu ketetapan kepada

    sistem supaya menghantar SMS kepada pelanggan anda setiap hari mengikut syarat-syarat yang anda tentukan.

    c. Contoh Tetapan 1 : i. Setiap hari, anda mahu BIZAPP untuk menghantarkan 1

    SMS kepada semua pelanggan-pelanggan anda yang

  • telah membeli PRODUK A daripada anda 10 hari yang lepas.

    ii. Dan anda mahu SMS tersebut dihantar pada pukul

    11:00AM. iii. Text mesej yang anda mahu hantar ialah “Terima kasih

    menyokong produk bydrazlan. Bagaimana kesihatan slps konsisten produk A?. Jika ada sebarang persoalan sila hubungi 019XXXXXXX”.

    d. Contoh Tetapan 2 :

    i. Setiap hari, anda mahu BIZAPP untuk menghantarkan 1 SMS kepada semua pelanggan-pelanggan anda yang telah membeli PRODUK B daripada anda 15 hari yang lepas.

    ii. Dan anda mahu SMS tersebut dihantar pada pukul

    3:00PM. iii. Text mesej yang anda mahu hantar ialah “Hye sis,sy Liya

    yg post PRODUK B hari tu. Nk tny, ada prubahan x lps guna? Sbb nk bg 1 lagi PERCUMA if sis share testi gmbr n experience pd kami. Sila Whatsapp kan kpd saya di 019XXXXXXX”.

    e. Anda boleh cipta UNLIMITED ketetapan. Setiap hari, SMS

    akan dihantar secara automatik pada waktu yang anda telah tetapkan.

  • 12) Muat Turun Data

    a. Fungsi ini hanya diberikan kepada pengguna pakej SUPERB

    dan PRO sahaja. b. Laporan adalah dalam format EXCEL. Laporan yang

    disediakan ialah : i. Senarai data produk. ii. Senarai data jualan (data pelanggan anda) iii. Statistik Agen (Pencapaian jualan & ranking agen-agen

    anda).

  • 13) Profil dan Ketetapan

    a. Klik “MENU” “Profil dan Ketetapan”.

    b. Klik Tab “PERIBADI”.

    i. Anda boleh kemaskini semua maklumat peribadi anda di sini. Pastikan maklumat adalah tepat. Maklumat anda ini (nama, alamat dan no h/p) akan dicetak pada slip poslaju untuk pelanggan-pelanggan anda kelak.

  • c. Klik Tab “BANK”.

    i. Masukkan maklumat Akaun Bank anda. Jika anda hanya sebagai AGEN sahaja, tiada keperluan bagi anda untuk melengkapkan maklumat ini. Tetapi jika anda seorang STOKIS/HQ dan mengambil pakej SUPERB, nombor akaun inilah yang akan dipaparkan kepada agen-agen anda ketika mereka ingin menghantar tempahan kepada anda.

  • d. Klik Tab “FPX”.

    i. Kemudahan ini hanya untuk pengguna SUPERB sahaja.

    Anda boleh integrasikan BIZAPP dengan kaedah pembayaran secara online FPX. Agen-agen anda boleh membuat bayaran terus ke bank anda jika anda membuat integrasi ini. (OPTIONAL). Dokumen lanjut tentang cara-cara integrasi ini akan di emailkan kepada anda sebaik sahaja anda naik taraf kepada pakej SUPERB.

  • e. Klik Tab “SISTEM”.

    i. Di sini anda boleh kemaskini ID atau katalaluan anda.

  • 14) Upgrade Pakej

    a. Klik “MENU” “Upgrade Pakej”.

    b. Di sini anda boleh memilih pakej yang sesuai untuk memenuhi keperluan anda dan buat pembayaran terus secara online banking FPX.

    i. Jika anda sekadar ingin menjadi AGEN DROPSHIP kepada stokis/hq, anda bolehlah kekalkan status anda kepada pakej BASIC (percuma).

    ii. Jika anda mempunyai produk sendiri, dan menjual sendiri, tetapi tidak mempunyai agen, anda bolehlah naik taraf kepada pakej PRO.

    iii. Jika anda mempunyai produk sendiri, dan menjual sendiri, dan juga mempunyai agen-agen sendiri, anda bolehlah naik taraf kepada pakej SUPERB.

  • 15) Video Tutorial

    a. Klik “MENU” “Upgrade Pakej” Video Tutorial. b. Di sini anda boleh melihat beberapa fungsi dalam BIZAPP yang

    ditunjukkan dalam rakaman video.

  • 16) Affliate

    a. Klik “MENU” “Affiliate”.

    i. Program ini hanya terbuka kepada pengguna pakej SUPERB sahaja.

    ii. Dengan program ini, anda juga berpeluang untuk menjana keuntungan jika anda bantu memperkenalkan aplikasi ini kepada rakan-rakan an

    iii. Margin komisyen yang ditawarkan ialah RM50.00 bagi setiap ID yang UPGRADE ke pakej SUPERB (12 bulan) atau RM25.00 bagi setiap ID yang UPGRADE ke pakej SUPERB (6 bulan)

    iv. Bukan itu sahaja. Apabila AFFILIATE anda memperbaharui keahlian mereka tahun hadapan, anda tetap terus akan mendapat komisyen.

    v. Untuk maklumat lanjut tentang program ini, sila follow update terkini di FB page BIZAPP di http://www.facebook.com/bizappmalaysia

    http://www.facebook.com/bizappmalaysia

  • Untuk pertanyaan lanjut, sila emailkan persoalan anda kepada :

    EMEL : [email protected] SMS/WHATSAPP : +60192105032 FB PAGE : https://www.facebook.com/bizappmalaysia

    mailto:[email protected]