bisnes yang saya lakukan dari 2012 hingga kini & tak ...cikguhafis.com/bisnesrm6angka.pdf ·...

22
Bisnes Yang Saya Lakukan Dari 2012 Hingga Kini & Tak Pernah GAGAL Berikan Saya Income Sehingga RM6Angka Setahun. Ditulis oleh: CikguHafis Pakar Hartanah Maya No.1 Malaysia Usahawan Internet Tanpa Produk Sendiri

Upload: phungbao

Post on 06-Feb-2018

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bisnes Yang Saya Lakukan Dari 2012 Hingga Kini & Tak ...cikguhafis.com/bisnesRM6angka.pdf · digital pertama saya dahulu di 2012 iaitu IMFlippa. ... Selepas webinar itu, ... belajar

Bisnes Yang Saya Lakukan Dari 2012 Hingga Kini & Tak Pernah GAGAL Berikan

Saya Income Sehingga RM6Angka Setahun.

Ditulis oleh: CikguHafis Pakar Hartanah Maya No.1 Malaysia

Usahawan Internet Tanpa Produk Sendiri

Page 2: Bisnes Yang Saya Lakukan Dari 2012 Hingga Kini & Tak ...cikguhafis.com/bisnesRM6angka.pdf · digital pertama saya dahulu di 2012 iaitu IMFlippa. ... Selepas webinar itu, ... belajar

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Terima kasih kerana anda sudi luangkan masa untuk membaca sebuah HADIAH

ILMU dari saya ini kepada anda.

Dalam mini ebook atau report ini, saya nak kongsikan tentang sebuah bisnes

yang telah saya jalankan bermula dari 2012 lagi sehingga kini.

Bisnes yang bakal anda ketahui ini telahpun berikan income yang sangat

lumayan pada saya dan keluarga. Bisnes ini NEVER FAIL berikan saya income

setiap bulan atau bila-bila masa sahaja saya perlukan.

Saya sangat-sangat mengharapkan anda membacanya dari awal sehingga ke

hujung ebook ini dan yang paling penting pratikkan apa yang telah saya

tunjukkan. ILMU TANPA AMAL, LAKSANA POHON TIDAK BERBUAH. moto

sekolah saya dulu

Ebook ini walaupun ringkas, tapi saya put full effort untuk siapkannya dan

berikan kepada anda. Ianya makan masa hampir seminggu juga untuk

disiapkan.

One more thing...

Walaupun ebook ini adalah FREE, tetapi content dalam ebook ini SANGAT

BERNILAI (itupun kalau anda ambil tindakan dan buat). Kesemua content

ebook ini adalah berdasarkan apa yang saya praktikkan dan ianya bukan teori

semata-mata. Tak percaya boleh try sendiri nanti dan lihat kePOWERannya.

Oklah... tanpa buang masa, JOM KITA MULA. Make sure baca setiap page

sampai habis. Jangan langkau-langkau.

Page 3: Bisnes Yang Saya Lakukan Dari 2012 Hingga Kini & Tak ...cikguhafis.com/bisnesRM6angka.pdf · digital pertama saya dahulu di 2012 iaitu IMFlippa. ... Selepas webinar itu, ... belajar

So... Bisnes Apa Yang Saya Buat dan Hasilkan

RM6ANGKA Setiap Tahun Ni?

Bisnes yang saya lakukan tersebut adalah bisnes produk informasi dalam

bentuk digital (produk digital) terutama sekali bisnes ebook dan video tutorial.

Lain-lain yang turut menyumbang kepada income RM6angka tersebut adalah

seperti webinar LIVE dan rakaman webinar.

Pada mula pembabitan saya dalam bisnes internet, saya takde idea bahkan

tiada keyakinan tentang potensi bisnes produk informasi digital ini.

Saya masih ingat lagi pada waktu mula-mula bisnes internet diperkenalkan di

Malaysia oleh Dr. Irfan Khairi, beliau sering menyebut-nyebut tentang bisnes

produk informasi ini.

Banyak kali beliau mengesyorkan start bisnes produk digital kerana ianya

mudah dan SANGAT LUMAYAN.

Of course, saya yang baru tahu ketika itu terus PENING “bisnes apa pulak la

ni?”~~~ maklumlah masa tu saya pun masih baru jer tahu tentang bisnes

internet.

Page 4: Bisnes Yang Saya Lakukan Dari 2012 Hingga Kini & Tak ...cikguhafis.com/bisnesRM6angka.pdf · digital pertama saya dahulu di 2012 iaitu IMFlippa. ... Selepas webinar itu, ... belajar

Apa Itu Produk Digital?

Bagi yang tak tahu, saya explain sedikit kat sini ya...

Produk digital adalah produk yang hanya boleh dibaca atau didengar atau

ditonton atau didownload dari internet atau secara digital sahaja.

Antara contoh produk digital adalah...

Video Tutorial

Audio

Ebook (seperti yang sedang anda baca sekarang)

Webinar (seminar secara online)

Software

Sistem

Wordpress plugin

dan banyak lagi.

Untuk bisnes saya, saya FOKUS kepada produk digital yang memberikan

informasi tentang perniagaan internet dan yang sewaktu dengannya sahaja.

Saya hanya FOKUS membuat produk digital yang memberikan informasi atau

membantu mereka yang ingin membuat perniagaan internet.

Tetapi...

Anda janganlah limitkan fikiran anda bahawa untuk bisnes produk digital ni

anda juga WAJIB mulakan dengan niche bisnes internet seperti saya. Tak

semestinya begitu!

Sebenarnya terlalu banyak niche lain yang boleh berikan income yang lebih

LUMAYAN dari niche bisnes internet dan mempunyai market demand yang

sangat besar.

Page 5: Bisnes Yang Saya Lakukan Dari 2012 Hingga Kini & Tak ...cikguhafis.com/bisnesRM6angka.pdf · digital pertama saya dahulu di 2012 iaitu IMFlippa. ... Selepas webinar itu, ... belajar

Nah Saya Berikan Contoh & Idea Produk Digital Untuk

Anda Cuba...

PENTING! Untuk memastikan produk digital anda LAKU KERAS, anda mesti terlebih dahulu tahu bahawa produk digital yang bakal anda hasilkan tersebut mampu menyelesaikan masalah yang mungkin dihadapi oleh ramai orang di luar sana. Saya bagi contoh...

Masalah Cadangan Idea Produk Digital

Nak Kuruskan Badan #1 - Teknik Mudah Turunkan Berat Badan di Pejabat

#2 - 77 List Makanan POTONG Lemak Tepu

#3 - TOUGH Sebelum Kahwin

#4 - Rahsia Makan Banyak Tapi Tak Gemok-gemok

Nak Cari Jodoh #1 - 101 Ayat Pembuka Bicara Penambat Hati

#2 - 99 Soalan Temuduga FILTER Pasangan Hidup

#3 - Strategi Cari Jodoh HOT di Facebook

Nak Beli Rumah #1 - Strategi Bayar Hutang Rumah Dalam 5 Tahun

#2 - Rahsia Lulus LOAN Rumah Dalam Masa 14 Hari

#3 - 59 Soalan PENTING Elakkan Di Tipu Pemaju Perumahan

Nak Cari Kerja #1 - 99 Lubang Kerja Gaji Besar Untuk FRESH GRADUATE

#2 - Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

#3 - Teknik Tulis RESUME POWER

Kalau anda perhatikan di atas, dari satu masalah tu kita boleh buat pelbagai

produk digital yang boleh membantu golongan-golongan yang mempunyai

masalah tersebut.

*** Jadual kat atas tu contoh idea sahaja .

Itu sebahagian sahaja, sebenarnya ada banyak lagi masalah dalam dunia ni

yang perlukan anda untuk memberikan penyelesaiannya.

Dari penyelesaian anda tersebutlah, anda akan dibayar.

Page 6: Bisnes Yang Saya Lakukan Dari 2012 Hingga Kini & Tak ...cikguhafis.com/bisnesRM6angka.pdf · digital pertama saya dahulu di 2012 iaitu IMFlippa. ... Selepas webinar itu, ... belajar

Dari Mana Datangnya Idea?

Jadi, jika anda mempunyai pengalaman dalam menyelesaikan sesuatu masalah,

contohnya sebelum ni anda seorang yang “BERBADAN SASA” a.k.a. gemok dan

entah macamana anda ikut kata orang tu, ikut kata orang ini dan cuba amalkan

apa yang mereka buat tersebut dalam hidup anda dan akhirnya membantu

anda jadi seorang yang slim, maka why not anda cipta sebuah produk digital

berdarakan pengalaman tersebut.

Mana tahu ianya dapat membantu orang lain.

Selain dari itu, contohnya macam saya. Saya mempunyai kemahiran dan

kepakaran tersendiri dalam bisnes internet.

Jadi, why not saya kongsikan ilmu tersebut pada mereka yang ingin

mengetahuinya dan sebagai ganjarannya saya dibayar. Dalam kes ini, saya

menggunakan pengetahuan saya untuk hasilkan produk digital.

Sama juga jika anda mempunyai sesuatu minat. Katakan anda suka fotografi

dan anda tahu bagaimana dengan foto tersebut anda boleh jual dan hasilkan

income. So why not juga, share knowledge ini dan hasilkan lagi satu income

streams.

So...

Untuk anda hasilkan sebuah produk digital anda mesti ada salah satu atau

kesemua benda ni...

1. Pengetahuan

2. Pengalaman

3. Minat

Idea-idea untuk produk digital anda senang datang dari sini.

Ingat! Tak perlu ada ketiga-tiga ada salah satu pun dah cukup untuk anda

mulakan bisnes produk digital ini.

Page 7: Bisnes Yang Saya Lakukan Dari 2012 Hingga Kini & Tak ...cikguhafis.com/bisnesRM6angka.pdf · digital pertama saya dahulu di 2012 iaitu IMFlippa. ... Selepas webinar itu, ... belajar

Bagaimana Hasilkan Content & Mana Nak Dapat

Content?

Seperti yang saya katakan tadi, kalau anda ada salah satu atau ketiga-tiga

sekali punca idea tersebut, maka ianya SANGAT MUDAH untuk anda hasilkan

produk digital anda.

Sekali lagi anda boleh hasilkannya dari pengalaman, pengatahuan atau minat

anda.

Namun begitu, anda juga boleh hasilkan sesuatu produk digital dengan cara-

cara berikut...

1. OLAH CONTENT – Katakan anda dah baca 7 buku tentang kuruskan

badan dan anda dah try salah satu teknik dari 7 buku tersebut dan ianya

memang berhasil. Anda dah turun 5kg dalam masa 30 Hari.

Apa yang anda buat adalah cipta sebuah produk digital tentang apa yang

anda amalkan dan anda boleh beri tajuk produk digital anda seperti

“Amalan Pemakanan Rahsia Turun 5kg Setiap 30 Hari”, “Cara Saya Diet

Turun 5kg Dalam Masa 30 Hari” dan macam-macam lagilah... saya pasti

anda boleh fikirkan tajuk yang lebih power.

Dalam bisnes produk digital IM yang saya usahakan sendiri juga, teknik

ini digunakan secara meluas untuk cipta satu produk digital di kalangan

ramai IMers.

2. PENAMBAHBAIKKAN CONTENT - Saya apply teknik ini pada produk

digital pertama saya dahulu di 2012 iaitu IMFlippa.

Kisahnya begini...

Masa saya mula-mula nak terjebak dalam industri produk digital ini, saya

sebenarnya seorang yang aktif lelong website di Flippa.com dan saya

pelajari ilmu lelong website ni dari sebuah ebook yang di tulis oleh Mohd

Suhaimy atau lebih dikenali sebagai Shuth (owner forum WangCyber).

Page 8: Bisnes Yang Saya Lakukan Dari 2012 Hingga Kini & Tak ...cikguhafis.com/bisnesRM6angka.pdf · digital pertama saya dahulu di 2012 iaitu IMFlippa. ... Selepas webinar itu, ... belajar

Selama setahun lebih saya aktif lelong website di Flippa.com saya

hasilkan banyak jugalah income darinya dalam USD plak tu .

Jadi saya berhajat nak hasilkan produk digital berkaitan dengan Flippa

kerana ianya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saya.

Tetapi tak ramai sebenarnya tahu (mungkin ini kali pertama saya

dedahkan tentangnya), yang sebenarnya saya hampir taknak hasilkan

produk tersebut kerana risaukan overlap content dengan Tn. Shuth.

Dan ketika itu, mentor produk digital pertama saya iaitu Jamaludin

Bahari (JaMaL – pakar ebook a.k.a. SifuFBAds) meyakinkan saya untuk

terus hasilkan produk digital berkaitan Flippa tetapi dengan

penambahbaikkan pada content Shuth.

Jadi kami brainstorm dan lihat apa yang tak ditunjukkan dalam ebook

Shuth dan tambah dengan content saya supaya ianya lebih power.

Saya masih ingat lagi nasihat Tn. Jamal “Tiada satu pun produk digital

yang lengkap dalam dunia ni, sebagai marketer kita kena bijak cari

ruang dan peluang untuk hasilkan yang terbaik”

Page 9: Bisnes Yang Saya Lakukan Dari 2012 Hingga Kini & Tak ...cikguhafis.com/bisnesRM6angka.pdf · digital pertama saya dahulu di 2012 iaitu IMFlippa. ... Selepas webinar itu, ... belajar

Jadi lahirlah produk IMFlippa dan bersama dengannya maka hadir

jugalah CikguHafis dalam dunia Internet Marketing di Malaysia.

Nasib baik saya beranikan diri untuk buat IMFlippa ni, kalau tak...

mungkin tak merasalah kot income RM6Angka setiap tahun.

Dan kalau saya tak buat juga produk digital pertama ni, mungkin anda

pun takkan jumpalah CikguHafis.

3. TEKNIK KOMPILASI – Saya selalu tengok teknik ini di apply oleh banyak

produk digital international.

Apa yang mereka lakukan adalah mereka pergi ke forum dan dapatkan

maklumat tentang sesuatu informasi. Katakan mereka ke forum

berkaitan dating.

Dari forum tersebut, ada sebuah thread (bahagian sub forum) yang

discuss tentang ayat-ayat yang digunakan untuk mulakan “first

conversation” untuk mengurat awek.

Dalam thread tersebut banyak orang share ayat-ayat POWER pembuka

bicara mereka dengan aweks.

Jadi ada seorang Mat Salleh ni, dia ambil semua ayat tu(nak dekat 100

ayat power kot) copy, paste dan letak dalam Microsoft Word sebab dia

sendiri pun nak test power.

Page 10: Bisnes Yang Saya Lakukan Dari 2012 Hingga Kini & Tak ...cikguhafis.com/bisnesRM6angka.pdf · digital pertama saya dahulu di 2012 iaitu IMFlippa. ... Selepas webinar itu, ... belajar

Tetapi ntah macamana, mentol dia menyala dan dia cuba compile benda

ni cantik-cantik dan jualnya di ClickBank pada harga USD27.

Tak sangka dia dapat hasilkan lebih 5,000 sales ketika itu (sekarang

produk ini dah tutup jualan kot). 5,000 unit X USD27 =USD135,000.

Fuyooo banyak tu! Hanya dengan buat kerja yang SUPER SIMPLE ni

sahaja.

Masa saya first-first dengar cerita ni, saya tepuk dahi banyak kali dan

macam tak percaya jer semudah itu sahaja untuk buat duit dengan

produk digital ini.

4. TERJEMAHAN PRODUK – Saya juga guna teknik ini dalam produk digital

saya.

Saya hadir webinar (seminar online) International secara LIVE dan saya

belajar banyak benda. Ada benda yang FRESH dan ada benda yang

memang saya tengah apply.

Selepas webinar itu, keesokkannya saya terus test teknik yang saya

belajar dalam webinar yang saya attend malam tadi.

Tak sangka! It works!

Saya terus nampak peluang dan segera saya hasilkan sebuh produk

digital untuk tunjukkan apa yang saya pelajari dalam webinar dan saya

tambah sedikit dengan teknik-teknik saya.

Kan dah jadi satu produk! Senang sahaja.

5. TEKNIK JV CONTENT – Selain itu, saya juga pernah JV content bersama

rakan-rakan bisnes saya iaitu Yusnizam Yusof (Master Yus) untuk

hasilkan webinar Kerjaya Ejen Hartanah dan juga bersama dengan Najib

Asaddok untuk hasilkan webinar Bisnes eBay.

Teknik ini saya gunakan bila saya sebenarnya tak berapa tahu tentang

selok belok content tersebut secara mendalam tetapi mereka yang saya

JV ini lebih mengetahuinya.

Page 11: Bisnes Yang Saya Lakukan Dari 2012 Hingga Kini & Tak ...cikguhafis.com/bisnesRM6angka.pdf · digital pertama saya dahulu di 2012 iaitu IMFlippa. ... Selepas webinar itu, ... belajar

Jadi saya LEVERAGE content ke atas mereka dan mereka pula LEVERAGE

marketing ke atas saya. Tugas mereka berikan content dan tugas saya

hanyalah menjual produk digital ini.

Keuntungannya kami bahagi dua 50-50. So simple...

Saya PERCAYA sampai di sini anda dah pun tahu sedikit sebanyak teknik dan

strategi yang saya gunakan untuk hasilkan income dalam produk digital.

Sekarang saya nak tunjukkan kepada anda step-step penting yang perlu

dilakukan untuk siapkan produk digital dan mula hasilkan income.

Inilah Step-step Penting Untuk Hasilkan Produk Digital

& Mula Hasilkan Income.

STEP #1 – SIAPKAN PRODUK DIGITAL

Of course bila kita nak pasarkan produk digital kita, kita mestilah siapkan

terlebih dahulu produk digital kita tersebut.

Kalau anda buat ebook, make sure lepas dah siap semua ebook, tukarkan

dahulu dalam bentuk .pdf. Boleh guna website ni:

http://www.freepdfconvert.com/ untuk tukar word ke pdf secara PERCUMA

(tetapi kalau anda ada banyak ebook, terpaksa tunggu 30 minit untuk tukarkan

setiap word ke pdf).

Kalau tak nak tunggu, kena bayar.

Jika sekiranya, anda nak cepat dan lebih berminat hasilkan video tutorial, anda

boleh gunakan software Camtasia untuk rakam screen monitor anda. Software

ni berbayar.

Kalau nak FREE, anda boleh google sendiri. Yang saya boleh rekemen adalah

https://www.screenr.com/ yang ni FREE tapi hanya boleh record sehingga 5

minit sahaja untuk satu video.

Page 12: Bisnes Yang Saya Lakukan Dari 2012 Hingga Kini & Tak ...cikguhafis.com/bisnesRM6angka.pdf · digital pertama saya dahulu di 2012 iaitu IMFlippa. ... Selepas webinar itu, ... belajar

STEP #2 – UPLOAD PRODUK DIGITAL

Make sure lepas anda dah siap produk digital tersebut, anda perlulah

uploadnya supaya barulah anda boleh beri akses download pada pembeli

produk anda nanti.

Ini yang biasa saya buat...

Kalau ebook, memandangkan filenya tak terlalu besar... saya upload terus

(dalam format .pdf) ke server hosting hostgator saya.

Macamana nak upload ke server? Anda boleh search video di Youtube dengan

type kat search box Youtube: “How To Upload Ebook To Hosting” . Confirm

senang jer nak follow.

Bagi produk jenis video pula, biasanya saya akan upload ke Youtube dan set

privacy sebagai UNLISTED

Bila set UNLISTED, hanya mereka yang mempunyai link video tersebut sahaja

yang boleh menontonnya.

Page 13: Bisnes Yang Saya Lakukan Dari 2012 Hingga Kini & Tak ...cikguhafis.com/bisnesRM6angka.pdf · digital pertama saya dahulu di 2012 iaitu IMFlippa. ... Selepas webinar itu, ... belajar

STEP #3 - SIAPKAN AYAT SURAT JUALAN (SALES COPY)

Sebelum anda bina minsite untuk mula hasilkan jualan, anda perlu tulis ayat

surat jualan.

Ayat surat jualan ini adalah ayat yang anda nak letakkan untuk mempungaruhi

pembeli membeli produk anda.

Ianya melibatkan skil copywriting!

Skil ini anda boleh dapati dengan...

Belajar – Terdapat banyak ebook yang boleh mengajar anda tentang

cara penulisan ayat surat jualan. Anda boleh cari ebook yang berkaitan.

Selain dari itu, kalau ada kelas berkaitan copywriting sales copy cuba

attend kelas tersebut.

Membaca – Yang saya maksudkan di sini adalah baca ayat sales copy

orang lain di minisite mereka. Saya percaya anda pernah membeli

produk digital atau mungkin pernah klik mana-mana minsite jualan

produk digital. Dari sini, cuba baca ayat-ayat surat jualan tersebut. Kalau

ada ayat-ayat power tu, simpanlah atau buat catatan. Mungkin anda

akan gunakannya dalam sales copy anda di kemudian hari.

Praktis – Of course yang ni akan tajamkan skil anda. Sama macam saya,

untuk saya sampai ke tahap ini, saya telah banyak hasilkan surat jualan.

Dari praktis inilah saya dapat pengalaman yang banyak dalam menulis

copywriting minsite dan hari demi hari skil saya semakin improve. Bila

skil saya makin tajam, jualan saya pun makin meningkat.

Bagi saya skil copywriting salescopy ini sangat PENTING dan anda mesti

kuasainya untuk berbisnes di internet. Ianya bukan sahaja untuk buat surat

jualan sahaja, tetapi skil ini akan membantu anda mempengaruhi pembeli

untuk membeli apa jua produk sekali pun di internet.

Selepas siap ayat surat jualan anda ini, kita ke step yang seterusnya...

Page 14: Bisnes Yang Saya Lakukan Dari 2012 Hingga Kini & Tak ...cikguhafis.com/bisnesRM6angka.pdf · digital pertama saya dahulu di 2012 iaitu IMFlippa. ... Selepas webinar itu, ... belajar

STEP #4 – BINA MINISITE JUALAN

Minisite adalah website untuk anda jual produk digital tersebut. Contohnya...

Ada sesetengah orang dia buat sekali STEP #3 & STEP #4 sekaligus. Sambil tulis

surat jualan, sambil dia upload surat jualan tersebut ke minisite.

Tetapi saya prefer tulis surat jualan terlebih dahulu dalam microsoft word dan

kemudian barulah saya upload satu persatu ke ministe. Ini disebabkan kerana

sewaktu saya menulis ayat copywriting, saya perlukan FOKUS dan ketika itu

banyak idea yang mengalir dalam kepala saya.

Jadi saya taknak idea tersebut hilang ketika saya sedang menulis copywriting.

Tengah syok-syok tulis dah kena upload ke minisite, jadi dah buat kerja teknikal

pula. Otak tak synchronize.

Itu cara saya, terpulang kalau anda nak follow ke tak.

Kesemua ini

adalah sebuah

minisite Ayat-ayat POWER yang

terkandung dalam ministe

inilah yang kita panggil

ayat surat jualan

Page 15: Bisnes Yang Saya Lakukan Dari 2012 Hingga Kini & Tak ...cikguhafis.com/bisnesRM6angka.pdf · digital pertama saya dahulu di 2012 iaitu IMFlippa. ... Selepas webinar itu, ... belajar

Jadi pembinaan minisite ini termasuk dengan kerja-kerja design, kerja-kerja

teknikal dan susun atur content.

Saya FAHAM mungkin bagi anda yang sedang membca ini, ianya terlalu banyak

kerja yang perlu dilakukan.

DONT WORRY! Saya pun sependapat dengan anda.

Dan memang saya sendiri pun takde masa nak belajar design photoshop, takde

masa nak belajar upload-upload minisite ni. Benda tu ada orang kata senang

jer, tapi saya malas lah nak ambil tahu.

So ini solution yang saya boleh berikan kepada anda...

1. Upah designer – Ada beberapa projek produk digital mega saya yang

saya upah sahaja designer untuk siapkan design dan upload sales copy

ke minisite.

Pendek kata segala proses upload sales copy hingga ke siapkan minisite

beserta borang tempahan yang mengandungi cara-cara pembeli

membuat tempahan semuanya saya outsource sahaja.

Saya rekemen anda cuba servis dari Virtual Niaga :

http://virtualniaga.com/

Biasanya harga dalam RM300 – RM400 sahaja. Design memang Tip Top

dan servis memang pantas (3 hari siap).

Tapi ingat! Untuk sales copy sahaja yang anda mesti buatnya sendiri.

Rasa-rasanya pihak VirtualNiaga tak menawarkan servis membuat sales

copy.

Page 16: Bisnes Yang Saya Lakukan Dari 2012 Hingga Kini & Tak ...cikguhafis.com/bisnesRM6angka.pdf · digital pertama saya dahulu di 2012 iaitu IMFlippa. ... Selepas webinar itu, ... belajar

2. Profit Builder – Baru-baru ini saya apply benda ni dalam bisnes saya,

Profit Builder.

Saya gunakan site builder ini untuk bina website wordpress. Ianya

kerana kadang-kadang saya ada mini projek yang rasa-rasanya tak perlu

untuk saya outsource.

Jadi benda ni sangat membantu untuk saya sendiri buat minisite jualan

saya.

Tetapi anda kena belajar guna wordpress sikitlah. But dont worry, ada

tutorial yang akan tunjukkan cara-caranya pada anda. Senang sahaja!

By the way, benda ni one time investment sahaja dan anda boleh

dapatkan profit builder di sini: www.CikguHafis.com/profitbuilder

So, itu sahajalah sebenarnya langkah-langkah untuk siapkan produk digital

sehinggalah ke siapkan minisite untuk jualan. Sekarang ini ministe anda sudah

boleh mula hasilkan jualan jika anda lakukan promosi.

Page 17: Bisnes Yang Saya Lakukan Dari 2012 Hingga Kini & Tak ...cikguhafis.com/bisnesRM6angka.pdf · digital pertama saya dahulu di 2012 iaitu IMFlippa. ... Selepas webinar itu, ... belajar

Bagaimana Lakukan Promosi Dan Hasilkan

RM6ANGKA Untuk Produk Digital.

Untuk betul-betul hasilkan income yang banyak dalam produk digital ini, ianya

TAK MUNGKIN kalau saya katakan esok anda dah boleh lakukannya. Anda

boleh label saya PENIPU jika saya katakan sedemikian.

Well...

Sebenarnya, untuk sampai ke tahap ini ianya melibatkan usaha saya dan rakan-

rakan seperjuangan IM yang lain.

Untuk diri saya sendiri, ini yang saya lakukan...

1. Promosi di Facebook – Saya akan gunakan wall, group, fanpage untuk promosikan produk ini.

2. Promosi di Forum – Saya akan letakkan banner digital produk saya di forum-forum berkaitan dengan niche produk digital saya. Dalam kes saya, saya biasanya letak di WangCyber.

3. Promosi Solo Ads – Saya akan runding dengan mana-mana nama besar dalam niche saya (authority) untuk sewa solo ads mereka. Maksudnya, saya sewa maling list mereka. Tak paham juga? Maksudnya saya bayar mereka untuk hantar email berkaitan produk saya ke list mereka. Kalau 20,000 email list ke atas, mesti sangkut banyak punya .

Actually, ada banyak lagi cara tetapi ketiga-tiga cara ini adalah yang selalu saya lakukan. Untuk bantuan dari rakan-rakan IM yang lain, biasanya saya buat benda ni...

1. Affiliate – Saya dapatkan ejen affiliate untuk promosi produk saya. Sebagai balasan, jika mereka berjaya promosikannya, saya akan bayar komisyen untuk setiap jualan. Biasanya 50% dari harga produk. Dan mereka memang HAPPY tolong saya promosi kaw-kaw punya .

2. JV – Yang ni atas sikit pada affiliate. Mereka adalah “IKAN JAWS” dalam industri tersebut. Maksudnya kalau dalam niche internet marketing ni orang-orang yang mempunyai nama dan followers mereka tersendiri,

Page 18: Bisnes Yang Saya Lakukan Dari 2012 Hingga Kini & Tak ...cikguhafis.com/bisnesRM6angka.pdf · digital pertama saya dahulu di 2012 iaitu IMFlippa. ... Selepas webinar itu, ... belajar

contoh Tn. Zamri Nanyan, Gero Azrul, Najib Asaddok, Fendi Hussin, Raja Kamil, Faisal Abdullah, Jamaluddin Bahari, Wazeen Azizan, Aqif Azizan dan ramai lagi. Saya sendiri akan approach mereka samada melalui online ataupun nak nampak lebih personal saya akan call phone mereka dan invite mereka untuk jadi JV produk digital saya. Biasanya kalau dah kenal ni memang senang sahajalah untuk mereka turun padang dan bantu saya promosi produk digital saya.

Produk Digital Memang Satu Bisnes Yang MengGIANkan!

Selama 3 tahun saya menjalankan bisnes produk digital, ianya sangat menyeronokkan terutama sekali ketika launching. Mana taknya, duit masuk bertalu-talu ke akaun bank saya! Serius boleh tengok ni...

Page 19: Bisnes Yang Saya Lakukan Dari 2012 Hingga Kini & Tak ...cikguhafis.com/bisnesRM6angka.pdf · digital pertama saya dahulu di 2012 iaitu IMFlippa. ... Selepas webinar itu, ... belajar

Itu antara ebook-ebook mini yang saya sendiri launch. Sales-sales untuk

sesuatu produk mini itu boleh mencecah antara RM5,000 – RM20,000 setiap

satu.

Dalam masa 3 tahun saya bergiat dalam industri IM ini saya hanya buat 3

MEGA launching sahaja.

1. IMFlippa.com (Jualan sudah di tutup)

Ianya adalah produk digital saya pertama dan of course lah bila produk

pertama ni masih banyak yang saya perlu improve.

Total Sales : 180 unit sahaja Harga Jualan : RM100/ unit Total Income: RM18,000 dalam masa 30 hari

Page 20: Bisnes Yang Saya Lakukan Dari 2012 Hingga Kini & Tak ...cikguhafis.com/bisnesRM6angka.pdf · digital pertama saya dahulu di 2012 iaitu IMFlippa. ... Selepas webinar itu, ... belajar

2. IMFlippa2.com (Jualan sudah di tutup)

Ianya adalah sambungan IMFlippa. Ianya dilancarkan 6 bulan selepas

produk digital pertama saya dilancarkan. Kali ni dah ada sedikit

pengalaman, so sales meningkat

Total Sales: 250 unit (lebih kurang) Harga Jualan: RM150 / unit Total Income: RM37,500 dalam masa 30 hari

3. FBAffiliateIncome.com (Jualan masih dibuka)

Yang ni PRODUK KILLER dari saya! Selepas setahun saya tidak membuat sebarang mega launching, hanya buat mini produk sahaja. Akhirnya pada hujung tahun 2013 saya lancarkan sebuah produk digital berdasarkan pengalaman saya menjadi affiliate produk digital dan menggunakan platform FB untuk hasilkan jualan.

Page 21: Bisnes Yang Saya Lakukan Dari 2012 Hingga Kini & Tak ...cikguhafis.com/bisnesRM6angka.pdf · digital pertama saya dahulu di 2012 iaitu IMFlippa. ... Selepas webinar itu, ... belajar

Disebabkan pengalaman hasilkan produk digital mega dan produk kecil-kecil serta dengan bantuan mentor untuk hasilkan produk ini iaitu Patric Chan (ya saya berguru one to one dengan beliau), banyak benda yang saya improve untuk launch kali ini. Alhamdulillah dalam masa 30 hari, produk FBAffiliateIncome telah berjaya hasilkan jualan RM6ANGKA to be specific RM100,000++. Ianya merupakan kejayaan BESAR bagi saya dalam penghasilan produk digital. Untuk pengetahuan anda, sehingga ke hari ini dah lebih 2,000 unit yang telah dijual. Harganya pula adalah RM200/unit. Jadi jumlah income keseluruhan untuk produk digital FBAffiliateincome (termasuk waktu pelancaran dan sehingga ke hari ini) ianya telah berjaya hasilkan RM400,000. Boleh dikatakan hampir setiap hari, ada sahaja jualan yang dihasilkan dari produk digital ini. Sebenarnya, banyak strategi dan teknik yang saya apply dan improve untuk pelancaran produk ini. Dari bagaimana saya tetapkan halatuju produk, membina ayat surat jualan, bagaimana saya approach JV, strategi pricing kesemuanya saya lakukan dengan penuh berhati-hati dan ada strategi yang anda sendiri boleh ikutinya.

Page 22: Bisnes Yang Saya Lakukan Dari 2012 Hingga Kini & Tak ...cikguhafis.com/bisnesRM6angka.pdf · digital pertama saya dahulu di 2012 iaitu IMFlippa. ... Selepas webinar itu, ... belajar

CASE STUDY FB AFFILIATE INCOME

So segala strategi bagaimana saya lakukan 6 FIGURE LAUNCH ini telah saya

himpunkan dalam beberapa video untuk saya huraikan dengan lebih terperinci

kepada anda.

Nak cerita dalam ebook ni, tak syok lah banyak sangat nak kena type. Takut

nanti cram pula jari saya ni.

Jadi, Isnin ni 9 Mac 2015 saya akan buka peluang untuk anda dapatkan video

case study ini yang mungkin akan membantu anda melonjakkan sales bisnes

produk digital anda.

Saya harap dengan video case study ini ianya dapat membantu anda dari segi

strategi pelancaran produk digital anda di masa akan datang.

Akhir kata...

Semoga apa yang saya kongsikan dalam mini ebook atau report ini dapat

memberikan anda sedikit idea bagaimana untuk mulakan bisnes produk digital

dan hasilkan income yang terlalu banyak dari bisnes ini.

Saya doakan kejayaan anda,

CikguHafis Pakar Hartanah Maya No.1 Malaysia Usahawan Internet Tanpa Produk Sendiri