bismillahir-rahmannir-rahim. selawat dan salam kepada ... · pdf filebelas (12) kelas fungsi...

1
Bismillahir-Rahmannir-Rahim. Selawat dan Salam Kepada Baginda Rasulullah SAW. Assallamualaikum Warahmatullahi-wabarakatuh. Salam Sejahtera; Salam 1 Malaysia; Salam Sehati Sejiwa; Salam 1 NRE; dan Salam 1 JPSM. Terlebih dahulu marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana limpah dan iradahNya, kita telah meninggalkan Tahun 2016 dan memasuki Tahun Baru 2017. Tahun 2016 telah pun meninggalkan kita dengan pelbagai rekod dan prestasi pencapaian sepanjang tahun tersebut. Kini, kita telah berada di tahun baru 2017. Setahun lagi, kita akan terus bekerjasama untuk melakarkan lagi prestasi pencapaian demi membangunkan sektor perhutanan negara. Sepanjang satu tahun lalu, pelbagai pengalaman telah kita hadapi dalam rangka pelaksanaan pelbagai program, projek dan aktiviti. Dengan lain perkataan, pengalaman ini menjadikan kita lebih dewasa dan bersiap siaga untuk berhadapan serta melalui masa depan yang lebih mencabar khususnya untuk masa depan sektor perhutanan yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Khazanah hutan bukan lagi untuk pengeluaran kayu-kayan semata-mata (Forest Beyond Timbers). Pada masa ini dan masa depan, khazanah hutan akan terus diuruskan di bawah Amalan Pengurusan Hutan Secara Lestari (PHSL) bagi tujuan kepelbagaian hutan (multiple forest values) sejajar dengan kehendak / keperluan Seksyen 10(1) Akta Perhutanan Negara 1984, iaitu mana-mana salah satu atau kombinasi dua belas (12) kelas fungsi hutan (Forest Functional Classes) pendekatan Forest Beyond Timbers akan terus menjamin banyak manfaat, sumbangan serta peranan hutan kepada kesejahteraan masyarakat. Bagi merealisasikan pendekatan ini, JPSM akan terus memperhebatkan gerak kerja bagi mengembelingkan semua lapisan warga kerja untuk bermuafakat bekerja berpasukan melalui pendekatan dan cara bekerja yang lebih moden dan berteknologi tinggi bagi pengumpulan banyak maklumat dan pelaksanaan pelbagai program, projek serta aktiviti berteraskan perhutanan. Penggunaan model aplikasi pekerjaan berteraskan ICT dan terkini akan terus digalakkan bagi memperhebatkan lagi pencapaian pembangunan sektor perhutanan dalam mengharungi pelbagai isu perhutanan dan cabaran serta bersungguh-sungguh bagi merealisasikan Wawasan JPSM dan menzahirkan Wawasan 2020. Jesteru itu, saya menyeru seluruh lapisan warga kerja perhutanan untuk terus membulatkan tekad bekerja bersungguh-sungguh secara berpasukan dalam mengharungi Tahun 2017. Saya amat yakin dengan menjiwai semangat “Anda Boleh, Saya Boleh, Kita Boleh, JPSM Boleh” sebagai satu azimat penting, kita mampu menzahirkan aspirasi JPSM dan sekaligus mampu merealisasikan Wawasan JPSM iaitu “Menjadi Agensi Terunggul Dalam Pengurusan Hutan Tropika Secara Berkekalan (Lestari)”. Selamat Tahun Baru 2017. Wabillahi-taufik-walhidayah. Wassalamualaikum-Warahmatullahi-wabarakatuh. Sekian, terima kasih. DATO’ SRI DR. HJ. ABD. RAHMAN B. HJ. ABD. RAHIM KETUA PENGARAH PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA

Upload: votuong

Post on 07-Feb-2018

223 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Bismillahir-Rahmannir-Rahim. Selawat dan Salam Kepada Baginda Rasulullah SAW.

Assallamualaikum Warahmatullahi-wabarakatuh. Salam Sejahtera; Salam 1 Malaysia; Salam Sehati Sejiwa; Salam 1 NRE; dan Salam 1 JPSM.

Terlebih dahulu marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana limpah dan iradahNya, kita telah meninggalkan Tahun 2016 dan memasuki Tahun Baru 2017. Tahun 2016 telah pun meninggalkan kita dengan pelbagai rekod dan prestasi pencapaian sepanjang tahun tersebut. Kini, kita telah berada di tahun baru 2017. Setahun lagi, kita akan terus bekerjasama untuk melakarkan lagi prestasi pencapaian demi membangunkan sektor perhutanan negara. Sepanjang satu tahun lalu, pelbagai pengalaman telah kita hadapi dalam rangka pelaksanaan pelbagai program, projek dan aktiviti. Dengan lain perkataan, pengalaman ini menjadikan kita lebih dewasa dan bersiap siaga untuk berhadapan serta melalui masa depan yang lebih mencabar khususnya untuk masa depan sektor perhutanan yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Khazanah hutan bukan lagi untuk pengeluaran kayu-kayan semata-mata (Forest Beyond Timbers). Pada masa ini dan masa depan, khazanah hutan akan terus diuruskan di bawah Amalan Pengurusan Hutan Secara Lestari (PHSL) bagi tujuan kepelbagaian hutan (multiple forest values) sejajar dengan kehendak /

keperluan Seksyen 10(1) Akta Perhutanan Negara 1984, iaitu mana-mana salah satu atau kombinasi dua belas (12) kelas fungsi hutan (Forest Functional Classes) pendekatan Forest Beyond Timbers akan terus menjamin banyak manfaat, sumbangan serta peranan hutan kepada kesejahteraan masyarakat. Bagi merealisasikan pendekatan ini, JPSM akan terus memperhebatkan gerak kerja bagi mengembelingkan semua lapisan warga kerja untuk bermuafakat bekerja berpasukan melalui pendekatan dan cara bekerja yang lebih moden dan berteknologi tinggi bagi pengumpulan banyak maklumat dan pelaksanaan pelbagai program, projek serta aktiviti berteraskan perhutanan. Penggunaan model aplikasi pekerjaan berteraskan ICT dan terkini akan terus digalakkan bagi memperhebatkan lagi pencapaian pembangunan sektor perhutanan dalam mengharungi pelbagai isu perhutanan dan cabaran serta bersungguh-sungguh bagi merealisasikan Wawasan JPSM dan menzahirkan Wawasan 2020. Jesteru itu, saya menyeru seluruh lapisan warga kerja perhutanan untuk terus membulatkan tekad bekerja

bersungguh-sungguh secara berpasukan dalam mengharungi Tahun 2017. Saya amat yakin dengan menjiwai semangat “Anda Boleh, Saya Boleh, Kita Boleh, JPSM Boleh” sebagai satu azimat penting, kita mampu menzahirkan aspirasi JPSM dan sekaligus mampu merealisasikan Wawasan JPSM iaitu “Menjadi Agensi Terunggul Dalam Pengurusan Hutan Tropika Secara Berkekalan (Lestari)”.

Selamat Tahun Baru 2017.

Wabillahi-taufik-walhidayah. Wassalamualaikum-Warahmatullahi-wabarakatuh.

Sekian, terima kasih.

DATO’ SRI DR. HJ. ABD. RAHMAN B. HJ. ABD. RAHIM KETUA PENGARAH PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA