biografi abdul qodir al jilani

Upload: maruf-bin-rouf

Post on 06-Apr-2018

313 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 Biografi Abdul Qodir Al Jilani

    1/77

    Biografi

    asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln

    Oleh :

    Ibnu Badawi

  • 8/3/2019 Biografi Abdul Qodir Al Jilani

    2/77

    Bahagian 1

    Nama-namaNama rasmi beliau ialah Abdul Qdir ibn Ms (al-asani al-Jln). Nama kunyahbeliau pula ialah Ab Muammad. Di antara nama-nama gelaran yang telahdiberikan kepada beliau ialah al-Bz al-Asyhab (si burung rajawali kelabu) danMuyiddn (penghidup agama).

    Keturunan serta Tarikh dan Tempat Kelahiran

    Suln al-Auliy, al-Ghauth al-Aam, asy-SyaikhMuyiddn Ab MuammadAbdul Qdir ibn Ms al-Jln adalah seorang lelaki keturunan Raslullh

    allallhu alaihi wa sallam, melalui Saiyidin al-asan dan juga Saiyidin al-usain. Yakni, bapanya adalah seorang keturunan Saiyidin al-asan, sedangkanibunya pula adalah seorang keturunan Saiyidin al-usain. Kerana itu, silsilahbeliau ini dikenali juga dengan panggilan Silsilah Keemasan.

    Bapa kepada asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln ialah Ab li Ms ibn Abdullhal-Jl ibn Yay az-Zhid ibn Muammad ibn Dwd ibn Ms ibn Abdullh ibnMs al-Jaun ibn Abdullh al-Kmil al-Ma ibn al-asan al-Muthann ibn al-asan ibn Al ibn Ab lib. (1)

    Ibu kepada asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln pula ialah Fimah anak perempuankepada Abdullh a-auma ibn Ab Jamluddn Muammad ibn Mamd ibnhir ibn Ab al-A Abdullh ibnKamluddn s ibn Muammad al-Jawdibn Al ar-Ri ibn Ms al-Kim ibn Jafar a-diq ibn Muammad al-BqiribnZain al-bidn Al ibn al-usain ibn Al ibn Ab lib.

    Asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln telah dilahirkan pada bulan Ramadan tahun 470Hijrah, di sebuah desa bernama Nf di dalam wilayah Jln, berdekatan denganPergunungan Elburz (di dalam Bahasa Parsi disebut reshteh-ye khh-ye alborz) dinegara Iran. Wilayah Jln (sebutan di dalam Bahasa Arab; ia disebut di dalamBahasa Parsi sebagai Gln) terletak berdekatan dengan Laut Kaspia (The CaspianSea), dan bandar terbesarnya ialah Rasht.

    Dari segi tempat kelahirannya, asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln (disebut jugasebagai al-Gln atau al-Gailn atau al-Jailn) bukanlah seorang lelaki Arab,kerana dia telah dilahirkan di bumi Ajam (yakni bukan di bumi Arab; kadangkalaperkataan Ajam diertikan juga sebagai bumi Parsi), tetapi sebagaimana yang telahdisebutkan sebelum ini, dia juga adalah seorang lelaki keturunan Raslullhallallhu alaihi wa sallam.

  • 8/3/2019 Biografi Abdul Qodir Al Jilani

    3/77

    Bahagian 2

    Ringkasan Riwayat Hidupnya

  • 8/3/2019 Biografi Abdul Qodir Al Jilani

    4/77

    Asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln telah digambarkan oleh mereka yang pernahbertemu dengannya, sebagai seorang lelaki yang berkulit putih kemerahan,bertubuh sederhana agak kurus sedikit, berjanggut lebat, dan sederhana pulatingginya. Dia amat fasih berkata-kata dan kadangkala apabila dia sedangmemberikan ceramah, kata-katanya boleh menusuk ke sanubari para pendengarnya,sehingga ada yang telah menangis teresak-esak dan ada pula yang telah jatuhpengsan akibatnya.

    Gambar lukisan wajah asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln, menurut khayalanseorang pelukis. Gambar ini pernah kami lihat dijual berdekatan dengan kubur

    Sunan Kalijaga di Kadilangu, Jawa Tengah.

    Ibu kepada asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln, yang bernama Fimah, adalahseorang wanita sufi. Fimah ini, yang dikenali juga dengan gelarannya yang lebihmesra, Ummul-Khair, telah bercerita mengenai kelakuan anaknya itu semasa kecil:

    Anakku Abdul Qdir telah dilahirkan pada bulan Ramadan. Walau bagaimanapunaku cuba, dia enggan menerima susuku pada siang hari. Semasa dia masih kecil lagi,dia tidak akan menerima sedikit pun makanan di bulan Ramadan.

    Pada suatu hari, ketika asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln masih kecil lagi,

    permulaan bulan Ramadan telah jatuh pada hari di mana langit sedang diliputiawan tebal, sehingga telah menjadi mustahil bagi para penduduk tempatan untukmelihat anak bulan.

    Oleh kerana mereka tidak pasti sama ada bulan Ramadan sudah bermula ataupunbelum, orang ramai telah datang menemui Ummul-Khair dan telah bertanya samaada anaknya yang masih kecil itu telah mengambil sebarang makanan pada hari itu.Bila diberitahu yang anak kecil kepada Ummul-Khair itu tidak pun mengambil apa-apa makanan, mereka pun menetapkan yang bulan Ramadan sudah bermula.

    Telah bercerita asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln:

  • 8/3/2019 Biografi Abdul Qodir Al Jilani

    5/77

    Semasa aku masih kanak-kanak, aku telah dikunjungi oleh seorang malaikat didalam bentuk seorang lelaki yang tampan pada setiap hari. Dia akan berjalanbersamaku dari rumah kami sampai ke madrasah, dan akan menyebabkan kanak-kanak lain memberikan aku tempat di barisan pertama. (Asy-Syaikh Abdul Qdiral-Jln telah melihat malaikat itu melalui jalan kasyaf.)

    Dia akan menungguku sehari suntuk dan kemudian akan menghantarku pulang.Aku telah berjaya mempelajari dalam satu hari, apa yang dipelajari oleh kanak-kanak lain dalam satu minggu. Pada suatu hari, aku telah bertanya kepadanya dandia telah menjawab, Aku adalah seorang malaikat. Allh telah menghantarku untukmenjagamu selama engkau masih belajar.

    Pada suatu hari, ketika aku sedang berjalan ke madrasah (di masa itu asy-SyaikhAbdul Qdir al-Jln berumur sepuluh tahun), aku telah terlihat ada seorang lelaki

    yang tidak aku kenali, sedang berkata-kata dengan malaikat itu. Lelaki itu telahbertanya, Siapakah budak lelaki ini?

    Malaikat itu telah menjawab, Dia seorang berketurunan mulia. Satu tugas yangbesar akan diberikan kepada anak muda ini pada suatu hari nanti. Inilah diaorangnya yang akan memberi dan tidak akan menyekat, yang akan membolehkandan tidak akan menghalang, yang akan didekatkan dan tidak akan tertipu atauterpedaya.

    Hanya selepas empat puluh tahun kemudian, barulah aku kenal siapa lelaki itu,yakni seorang lelaki daripada golongan al-Abdlyang hidup di waktu itu.

    Dan sewaktu aku masih kanak-kanak lagi, setiap kali aku ingin keluar untukbermain-main dengan kanak-kanak lain, aku akan terdengar satu suara yangberkata, Janganlah membazirkan masa, wahai orang yang diberkati (ymubrak).

    Dengan penuh ketakutan, aku akan lari menemui ibuku dan terus memeluknya.

    Pada suatu hari, ketika asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln telah dewasa, yakniberumur dalam lingkungan lapan belas tahun, dia telah pergi ke ladang kepunyaankeluarganya. Ketika dia sedang berjalan, seekor lembu yang berada berdekatan telahmenoleh ke arahnya dan merenung wajahnya. Lembu itu seolah-olah telah berkatakepadanya, Bukanlah kerana ini engkau diciptakan!

    Dengan serta merta, asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln pun berlari ke rumahnya danterus naik ke atas bumbung. Dari atas bumbung itu, dia telah terlihat gambaran(yakni melalui jalan kasyaf) satu kumpulan manusia yang telah berkumpul dipadang Arafah. Di waktu itu, umat Islam sedang menunaikan ibadat haji.

    Setelah itu, asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln pun turun dari atas bumbung itu danpergi menemui ibunya, yang ketika itu sudah pun menjadi seorang balu. Dia telah

  • 8/3/2019 Biografi Abdul Qodir Al Jilani

    6/77

    berkata kepada ibunya, Hantarkanlah anakanda ke Jalan Kebenaran. Izinkanlahanakanda pergi ke Baghdd untuk mencari ilmu, serta bergaul dengan para waliAllh, yang dada mereka penuh dengan hikmah.

    Ummul-Khair pun bertanya apakah sebab anaknya itu telah menyuarakanpermintaannya itu dengan tiba-tiba. Asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln punmenceritakan peristiwa yang telah dialaminya tadi. Ummul-Khair telah menangis.Kemudian, dia telah mengeluarkan lapan puluh keping wang emas (dnr) yangtelah ditinggalkan oleh almarhum suaminya. Dia telah mengenepikan sebanyakempat puluh keping untuk adik kepada asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln (yangbernama Abdullh). Yang baki empat puluh keping itu pula, telah dijahitkannya dibawah ketiak jubah asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln.

    Setelah itu, Ummul-Khair pun memberikan izin kepada anaknya itu untuk pergi

    mencari ilmu, tetapi terlebih dahulu, dia telah meminta anaknya itu supaya berjanjiakan sentiasa bercakap benar, pada setiap waktu dan di dalam setiap keadaan.

    Kemudian, sebelum asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln bertolak meninggalkannya,Ummul-Khair telah berkata pula kepada asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln,Semoga engkau sentiasa dilindungi oleh Allh, wahai anakku. Kini aku akanberpisah denganmu. Engkau merupakan buah jantung dan kesayangan hatiku.Namun kerana Allh, aku akan merelakannya. Aku rasa, kita tidak akan berjumpalagi selepas ini, sehingga Hari Kiamat.

    Setelah itu, asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln pun menyertai satu kafilah menuju ke

    kota Baghdd. Di tengah-tengah perjalanan, ketika mereka tiba dekat dengan kotaHamadn, mereka telah diserang oleh sekumpulan perompak, yang telah merampasbarang-barang berharga daripada setiap ahli kafilah itu.

    Seorang daripada perompak-perompak itu telah datang dan bertanya kepada asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln, Wahai orang muda, adakah engkau mempunyaiapa-apa barang yang berharga?

    Asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln telah menjawab, Aku ada empat puluh kepingwang emas.

    Si perompak itu telah bertanya lagi, Di mana?

    Asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln telah menjawab, Di bawah ketiakku.

    Perompak itu telah ketawa dan telah meninggalkan asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln seorang diri.

    Kemudian, seorang perompak lain telah datang dan menanyakan soalan yang samakepada asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln, dan telah dijawab pula oleh asy-SyaikhAbdul Qdir al-Jln dengan jawapan yang sama. Si perompak yang kedua itu pun

  • 8/3/2019 Biografi Abdul Qodir Al Jilani

    7/77

    telah ketawa dan telah meninggalkan asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln seorangdiri.

    Kedua-dua orang perompak itu telah menceritakan peristiwa tadi kepada ketuamereka. Beberapa waktu kemudian, asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln telahdipanggil untuk berjumpa dengan ketua kumpulan perompak itu. Kali ini, ketuaperompak itu yang telah bertanya kepada asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln, dengansoalan yang sama. Asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln telah menjawab yang diamempunyai empat puluh keping wang emas yang telah dijahit di bawah ketiaknya.

    Ketua perompak itu pun mengambil jubah asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln dantelah mengoyaknya. Maka wang emas itu pun dapat dilihat oleh mereka semua.Kemudian, dengan perasaan takjub, ketua perompak itu telah bertanya, Kenapakahengkau mengaku apabila ditanya? Bukanlah wang itu tersembunyi di tempat yang

    selamat, yang tidak diketahui oleh sesiapa?

    Asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln telah menjawab, Aku terpaksa berkata yangbenar pada setiap waktu, kerana aku telah berjanji dengan ibuku.

    Sebaik-baik sahaja mendengar jawapan daripada asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jlnini, ketua perompak itu tiba-tiba telah merasa hiba dan terus menangis.

    Kemudian ketua perompak itu telah berkata, Engkau telah melakukan demikiansemata-mata kerana satu janji yang telah engkau berikan kepada ibumu. Sedangkanaku sendiri, aku telah lalai dengan janjiku kepada Tuhan yang telah menciptaku!

    Sungguh ramai orang yang telah aku rompak dan telah aku bunuh. Apakah yangakan terjadi kepada diriku?

    Kemudian, seorang ahli kumpulan perompak itu telah berkata pula kepadaketuanya, Engkau telah menjadi ketua kami selama ini di dalam pekerjaan maksiat.Maka sekarang ini, jadilah ketua kami di dalam bertaubat!

    Maka dengan itu, anggota-anggota kumpulan perompak itu (seramai enam puluhorang) pun bertaubatlah di hadapan asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln yang masihmuda itu. Kemudian, mereka telah memulangkan segala harta yang telah merekarampas, kepada tuan punya harta-harta itu masing-masing.

    Menurut asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln, merekalah orang-orang yang pertamabertaubat di tangannya. Ini adalah berkat sifatnya yang sentiasa berkata benar didalam setiap keadaan. Sifat ini telah diwarisi oleh asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jlndaripada bapanya, as-Saiyid Ms, yang lebih dikenali umum dengan panggilanJang Dost (kadangkala dieja juga sebagai Jank Dost), yang di dalam Bahasa Parsibererti Pencinta Perjuangan.

  • 8/3/2019 Biografi Abdul Qodir Al Jilani

    8/77

    Bahagian 3

    Sambungan Ringkasan Riwayat HidupnyaPada masa mudanya, Jang Dost suka mengembara dalam usaha berjuang untukmenundukkan nafsu dirinya. Pada suatu hari, selepas bertafakur di tebing sebatang

  • 8/3/2019 Biografi Abdul Qodir Al Jilani

    9/77

    sungai, dia telah merasa lapar. Tiba-tiba dilihatnya sebiji epal sedang terapung-apung di sungai itu. Dia pun mengambil epal itu, lalu memakannya. Tetapi selepasbuah epal itu dimakannya, hati kecilnya telah berbisik mengatakan yang buah epalitu mungkin berasal dari tanaman seorang manusia. Oleh itu, dia harus berjumpadengan orang itu agar dapat dihalalkan buah epal yang telah dimakannya itu.

    Maka Jang Dost pun berjalan menyusuri tebing sungai itu sehingga dia sampai kesebuah kebun kepunyaan asy-Syaikh Abdullh a-auma, seorang wali Allhyang bermukim di situ. Maka dilihatnya di situ ada sebatang pohon epal yangsedang berbuah, dan beberapa biji epal telah jatuh dari pohon itu ke dalam sungai.Dia pun bertemu dengan asy-Syaikh Abdullh a-auma dan meminta maafkerana telah memakan epalnya tanpa izin.

    Asy-Syaikh Abdullh a-auma telah dapat mengetahui dengan kasyafnya, yang

    Jang Dost itu adalah seorang lelaki yang jujur dan berasal daripada keturunan yangmulia. Maka dia pun berkata yang dia akan memaafkan Jang Dost hanya apabilaJang Dost sanggup tinggal dengannya selama dua belas tahun. Jang Dost punbersetuju dan tinggallah dia di situ selama dua belas tahun.

    Tetapi selepas dua belas tahun berlalu, asy-Syaikh Abdullh a-auma telahmenambahkan syarat, yakni Jang Dost akan dimaafkan hanya apabila dia bersetujuberkahwin dengan anak perempuan asy-Syaikh Abdullh a-auma. Asy-SyaikhAbdullh a-auma telah mengatakan yang anaknya itu adalah seorangperempuan yang buta, tuli dan lumpuh. Jang Dost terpaksa bersetuju danpernikahan itu pun dilangsungkan.

    Pada malam pengantin, apabila Jang Dost memasuki biliknya, dia telah terperanjatmelihat rupa isterinya. Semua anggota isterinya itu sempurna, tidak sedikit puncacat. Malah, isterinya itu mempunyai wajah yang cantik.

    Pada keesokan harinya, dalam keadaan kebingungan, Jang Dost telah pergibertemu dengan bapa mertuanya. Asy-Syaikh Abdullh a-auma punmententeramkan hati Jang Dost dan telah berkata, Aku katakan kepada engkauyang anakku itu buta kerana dia tidak pernah melihat kepada yang bukanmahramnya. Aku katakan yang dia itu tuli kerana dia tidak pernah mendengar kata-kata dusta. Aku katakan yang dia itu lumpuh kerana tangannya tidak pernah

    bersentuhan dengan yang bukan mahramnya, dan kakinya pula tidak pernahdijejakkan ke tempat-tempat maksiat. (1)

    Berbalik kita kepada kisah asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln. Ketika asy-SyaikhAbdul Qdir al-Jln sampai di Baghdd, dia telah bertemu dengan al-Khairalaihissalm, yang telah menunggunya di pintu kota Baghdd. Al-Khairalaihissalm telah melarang asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln daripada memasukikota itu, kerana menurutnya, Allh Tal telah menetapkan yang asy-SyaikhAbdul Qdir al-Jln mesti menunggu selama tujuh tahun terlebih dahulusebelum dapat menjejakkan kakinya di kota Baghdd. (2)

  • 8/3/2019 Biografi Abdul Qodir Al Jilani

    10/77

    Al-Khair alaihissalm kemudiannya telah membawa asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln ke satu sudut di padang pasir dan menyuruhnya tinggal di situ, dan telahmelarangnya daripada berpindah ke tempat lain. Pada awal setiap tahun, al-Khairalaihissalm akan muncul dan menemui asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln, dankemudian berpesan agar asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln tidak meninggalkankawasan itu.

    Telah bercerita asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln mengenai pengalamannya dipadang pasir itu:

    Semasa aku berada di padang pasir di luar Baghdd, segala bentuk keindahan duniatelah datang dan cuba memujukku. Tetapi, Allh telah memelihara diriku daripadasegala tipu-daya mereka. Syaitan-syaitan juga telah datang menemuiku di dalambeberapa bentuk dan rupa, cuba memujukku, mengganggu dan kadangkala

    menyerang diriku. Namun, Allh telah memberiku pertolonganNya untukmengalahkan mereka. Dan nafsuku sendiri telah datang menemuiku di dalambentuk rupaku sendiri, pada setiap hari, sambil merayu agar aku menjadi rakannya.Apabila aku menolak, dia akan menyerangku. Allh telah memberiku kemenanganke atasnya. Aku telah berjaya mengalahkannya dan telah mengurungnya di padangpasir itu.

    Pernah pada sepanjang satu tahun, aku hanya makan rumput dan akar-akar yangdapat aku temui. Pada sepanjang tahun berikutnya, aku hanya minum air sahaja.Dan pada sepanjang tahun yang selepas itu, aku langsung tidak minum, tidak makandan tidak tidur. Selama waktu itu, aku telah tinggal di reruntuhan mahligai raja-raja

    Parsi dahulu kala.

    Aku telah berkaki ayam di atas padang pasir itu. Dan apabila aku menemui satucenuram, aku akan mendakinya. Aku tidak memberikan peluang langsung kepadanafsuku untuk berehat, walaupun untuk sesaat, dan tidak mengendahkan langsungkehendak syahwatku. Pada akhir tahun yang ketujuh, aku telah terdengar satu suarayang berkata, Wahai Abdul Qdir, sekarang ini engkau telah diberikan izin untukmemasuki kota Baghdd.

    Aku pun memasuki kota Baghdd dan telah tinggal di situ untuk beberapa hari. Akudapati kota itu penuh dengan kemungkaran, kemunafikan dan fitnah. Untuk

    menyelamatkan diriku daripada segala kecelakaan itu, aku pun meninggalkan kotaBaghdd.

    Apabila aku sampai di pintu kota, satu suara telah berkata kepadaku, Ke manakahhendak engkau pergi? Kembalilah dan berkhidmatlah kepada manusia.

    Apa peduli aku tentang manusia lain. Aku mesti menyelamatkan agamaku terlebihdahulu, jawabku.

    Kembalilah. Janganlah engkau merasa khuatir mengenai agamamu. Tiada satumudarat pun akan menimpamu, berkata pula suara itu.

  • 8/3/2019 Biografi Abdul Qodir Al Jilani

    11/77

    Kemudian aku telah dilandal. Aku seperti terputus dari dunia luar, dan telahhanyut di dalam meditasi. Sepanjang malam, aku telah berdoa kepada Allh agardibukakan tabirku, supaya aku dapat mengetahui apakah langkah yang harus akuambil selanjutnya.

    Pada keesokan harinya, ketika aku sedang berjalan di kawasan al-Muaffariyyah(nama satu tempat di kota Baghdd), seorang lelaki yang tidak aku kenali telahmembuka pintu rumahnya dan telah memanggil namaku, Wahai Abdul Qdir,masuklah.

    Apabila aku sampai ke pintu rumah itu, dia telah berkata, Apakah hajat di hatimusehingga engkau telah berdoa semalaman?

    Maka aku pun merasa terpegun, dan tidak dapat berkata apa-apa. Lelaki itu telah

    merenung wajahku dan kemudian menutup pintu rumah itu. Aku pun berjalanmeninggalkan rumah itu sambil berfikir apakah yang telah aku pinta di dalam doakusemalam. Kemudian, apabila aku teringat kembali, aku pun berpatah-balik untukmemberitahu lelaki itu.

    Tetapi anehnya, aku tidak menemui lelaki itu mahupun rumahnya. Aku pun merasagelisah. Sedarlah aku yang lelaki itu sebenarnya adalah seorang wali Allh yangsangat tinggi maqamnya.

    Beberapa hari kemudian, aku telah mendapat tahu bahawa lelaki itu adalah asy-Syaikh ammd ad-Dabbs.

    Pada suatu malam yang sejuk dan ketika hujan sedang turun rintik-rintik, asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln telah dipimpin oleh sepasang tangan ghaib ke rumahasy-Syaikh Ab al-Khair ammd ibn Muslim ad-Dabbs. Asy-Syaikh Ab al-Khairammd ibn Muslim ad-Dabbs telah mengetahui terlebih dahulu mengenaikedatangan asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln ini melalui kasyaf dan ingin pulamenguji asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln. Beliau telah menyuruh pintu pagarrumahnya dikunci dan api pelita di dalam rumah itu dimatikan.

    Apabila dia melihat keadaan pintu pagar rumah itu berkunci, asy-Syaikh AbdulQdir al-Jln hanya menunggu sahaja di luar pagar. Setelah beberapa jammenunggu, asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln pun tertidur dan telah bermimpisehingga ihtilm. Dia kemudian terbangun dan terus pergi bermandi wajib di dalamsebatang sungai yang terletak berhampiran, walaupun di waktu itu, airnya sangatdingin. Kemudian, dia telah pergi tidur kembali. Dia telah bermimpi lagi, dan sepertikeadaaan sebelumnya, telah terbangun dan terus pergi bermandi wajib di sungaiyang sejuk itu semula. Perkara ini telah berulang sebanyak tujuh belas kali.

    Pada waktu pagi, pintu pagar rumah itu telah dibuka orang. Maka asy-Syaikh AbdulQdir al-Jln pun melangkah masuk ke dalam pusat pengajian kerohanian itu.Asy-Syaikh Ab al-Khair ammd ibn Muslim ad-Dabbs telah bangun berdiri

  • 8/3/2019 Biografi Abdul Qodir Al Jilani

    12/77

    untuk menyambutnya. (Di sisi murid-murid tarekat, perbuatan ini adalah satupenghormatan besar, yang jarang-jarang sekali terjadi.) Kemudian asy-Syaikh Abal-Khair ammd ibn Muslim ad-Dabbs telah memeluk asy-Syaikh Abdul Qdiral-Jln dengan mesra dan telah berkata kepadanya, Semoga Allh menambahkanrahmatNya kepadamu! Pada hari ini, kedudukan al-Qub adalah milikku, tetapipada suatu masa nanti, selepas aku pergi (yakni meninggal dunia), akan menjadimilikmu. Janganlah sesekali pun engkau tinggalkan jalan ini, wahai anakku AbdulQdir.

    Telah bercerita pula asy-Syaikh Ab Syuj ibn ad-Dahhn:

    Pada suatu hari, asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln telah datang dan duduk denganpenuh sopan di majlis asy-Syaikh Ab al-Khair ammd ibn Muslim ad-Dabbs.Beberapa waktu kemudian, dia telah bangun dan beredar dari situ.

    Sebaik-baik sahaja asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln meninggalkan majlis itu, akutelah terdengar asy-Syaikh ammd ad-Dabbs berkata, Lelaki Ajamitumempunyai satu tapak kaki yang akan diangkatnya pada satu waktu yang sesuai dimasa hadapan, dan akan diletakkannya di atas leher-leher para wali Allh di masaitu. Dia akan diperintahkan untuk berkata, Tapak kakiku ini berada di atas lehersetiap wali Allh. Ya, dia akan berkata demikian dengan pasti, dan leher setiap waliAllh pada masa itu, akan tunduk kepadanya.

    Asy-Syaikh Ab al-Khair ammd ibn Muslim ad-Dabbs telah menjadi guru yangpertama kepada asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln di dalam bidang kerohanian(yakni selepas al-Khair alaihissalm), dan kepadanyalah asy-Syaikh Abdul Qdiral-Jln telah memberikan janji setia (ahdatau baiah) di dalam tarekat.

    Telah bercerita asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln:

    Aku telah belajar daripada beberapa orang masyaikh di Baghdd, namun apabilaada sesuatu masalah yang tidak aku fahami, ataupun ada satu rahsia yang ingin akuketahui dengan lebih jelas, aku akan merujuk kepada asy-Syaikh ammd, yangakan menerangkannya kepadaku.

    Kadangkala, aku akan tinggalkan asy-Syaikh ammd kerana ingin menuntut ilmu-ilmu lain, umpamanya ilmu tauhid, ilmu hadis, ilmu fiqh dan lain-lain lagi. Apabilaaku kembali, dia akan bertanya, Ke manakah engkau pergi tadi? Kami mempunyaibanyak makanan untuk kebaikan tubuh dan rohani ketika engkau tiada di sini.Namun, tiada satu pun yang dapat kami tinggalkan untukmu.

    Dan pada waktu yang lain, dia akan berkata pula, Msy Allh, ke manakahengkau pergi tadi? Adakah orang lain di sini yang lebih berilmu daripada engkau?

  • 8/3/2019 Biografi Abdul Qodir Al Jilani

    13/77

    Oleh itu, beberapa orang murid lain telah mengejekku dan mereka telah berkata,Engkau adalah seorang cendekiawan, ahli hukum, ahli persuratan. Apakah urusanengkau berada di sini? Lebih baik engkau tinggalkan sahaja tempat ini!

    Apabila kata-kata ini sampai ke telinga asy-Syaikh ammd, dia telah memarahimereka dan telah berkata, Celaka engkau sekelian! Aku bersumpah tiada seorangpun daripada engkau sekelian yang dapat menandinginya. Tiada seorang pundaripada engkau sekelian yang akan dapat meningkat naik melampaui batas tapakkakinya. Jika engkau sekelian melihat aku telah berkasar dengannya, dan cuba pulameniru perbuatanku, ingatlah, aku berbuat demikian untuk membawanya ke tahapkesempurnaan dan juga sebagai satu ujian untuknya. Aku lihat di alam kerohanian,dia adalah seumpama satu batu yang teguh dan besar, sebesar gunung. (3)

    Usaha asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln di dalam menuntut ilmu pengetahuanadalah satu contoh yang baik dan yang dapat kita semua tauladani. Ia juga adalahsatu perkara yang penting, kerana di dalam agama Islam, menuntut ilmu itu adalahsatu kewajipan untuk semua orang Islam, lelaki dan perempuan, dari waktu masihdi dalam buaian hinggalah sampai ke liang lahad (mafhum sebuah hadis Raslullhallallhu alaihi wa sallam).

    Asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln telah mencari guru-guru yang terkenal dizamannya untuk belajar daripada mereka, di dalam semua bidang agama. Di antaraguru-gurunya ialah asy-Syaikh Ab al-Waf Al ibn Aql, asy-Syaikh Ab al-Khab Maf al-Kaldhn ibn Amad al-Jall, asy-Syaikh Ab GhlibMuammad ibn al-asan al-Bqiln, asy-Syaikh Ab al-Qsim Al ibn Amad al-Karkh, dan asy-Syaikh Ab Zakariyy Yay ibn Al at-Tabrz.

    Dan seperti yang telah disebutkan sebelum ini, walaupun asy-Syaikh Abdul Qdiral-Jln telah berguru dengan asy-Syaikh Ab al-Khair ammd ibn Muslim ad-Dabbs di dalam ilmu tarekat, dia telah menerima khirqah daripada asy-Syaikh AbSad al-Mubrak ibn Al al-Mukharrim.

    Asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln telah menjalani latihan-latihan kerohanian yangagak lama. Dia telah mengembara selama dua puluh lima tahun untuk mencapaitahap kesempurnaan di dalam bidang kerohanian. Dia telah menjauhkan dirinyadaripada orang ramai dan telah menyendiri di padang pasir negara Iraq sambilmenanggung kesusahan dan kesulitan yang amat berat. Namun dia telah pikul itusemua demi mencari keredaan Allh Yang Maha Perkasa. Dan hasil pencapaian asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln adalah amat tinggi sekali, sehingga di lam al-malaktdan di kalangan ahli-ahli kerohanian, dia telah diberikan gelaran al-Bz al-Asyhab (si burung rajawali kelabu; di dalam Bahasa Inggeris disebut The GreyFalcon), yakni menandakan pencapaian tahap kerohaniannya yang sangat tinggi.

    Setelah asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln tamat dari pengembaraannya ini danmencapai tahap kesempurnaan kerohanian, dia telah berkahwin ketika berumur

  • 8/3/2019 Biografi Abdul Qodir Al Jilani

    14/77

    lima puluh satu tahun. Telah bercerita asy-SyaikhSyihbuddnAb af Umar as-Suhraward di dalam kitabnya yang bernama Awrif al-Marif: (4)

    Kami telah mendengar bahawa seorang lelaki daripada golongan a-lin telahbertanya kepada asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln, Tidakkah tuan berkahwin?

    Maka telah dijawab oleh asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln, Aku tidak berkahwinsehingga Raslullhallallhu alaihi wa sallam sendiri yang telah datang (yaknisecara rohani) dan telah berkata kepada diriku, Berkahwinlah!

    Telah dilaporkan juga bahawa asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln telah berkata,Memang telah lama aku teringin untuk berkahwin. Tetapi aku tidak berani untukberkahwin, kerana takut akan mendatangkan kekeliruan jika waktunya tidak sesuai.

    Maka aku pun bersabar, sehingga sampailah apa yang telah ditentukan oleh takdir.Allh telah menghantar kepadaku empat orang isteri, yang tiap seorang daripadamereka adalah bersesuaian dengan diriku, dari segi kehendak dan jugakecenderungannya.

    Asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln telah dikurniakan oleh Allh dengan empatpuluh sembilan orang anak dua puluh tujuh orang lelaki dan dua puluh dua orangperempuan.

    Guru kepada asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln, yakni asy-Syaikh Ab Sad al-Mubrak al-Mukharrim, mempunyai madrasahnya sendiri di Baghdd. Pada suatu

    hari, dalam tahun 521 Hijrah, asy-Syaikh Ab Sad al-Mubrak al-Mukharrim telahmenyerahkan madrasahnya ini kepada asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln untukdigunakannya sebagai tempat mengajar. Tetapi, asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jlntelah merasa agak keberatan untuk mengajar.

    Telah bercerita asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln:

    Pada suatu hari, aku telah bertemu dengan Raslullhallallhu alaihi wa sallam(yakni secara rohani). Raslullhallallhu alaihi wa sallam telah berkata,Kenapakah engkau tidak berkata-kata dengan hamba-hamba Allh (yaknimengajar)?

    Aku pun menjawab, Aku hanyalah seorang Ajam. Bagaimanakah dapat akuberucap kepada orang-orang Arab di Baghdd yang fasih berkata-kata itu?

    Rasulullah allallhu alaihi wa sallam pun menyuruhku membuka mulut.Kemudian Raslullhallallhu alaihi wa sallam telah meludah ke dalam mulutkusebanyak tujuh kali. Sesudah itu, Raslullhallallhu alaihi wa sallam telahberkata, Sekarang pergilah bertemu dengan orang ramai dan ajaklah mereka kejalan Allh, dengan menggunakan kata-kata yang baik dan bijaksana.

  • 8/3/2019 Biografi Abdul Qodir Al Jilani

    15/77

    Setelah aku menunaikan solat Zuhur, aku lihat orang ramai telah berkumpul untukmendengarku berceramah. Aku telah merasa gelisah, dan lidahku telah menjadikelu.

    Tiba-tiba aku telah terpandang Saiyidin Al (yakni secara rohani). Dia telahmenyuruhku membuka mulut dan kemudian telah meludah sebanyak enam kali kedalam mulutku. Aku telah bertanya, kenapa dia tidak meludah sebanyak tujuh kalisebagaimana yang telah dilakukan oleh Raslullhallallhu alaihi wa sallam.Saiyidin Al telah menjawab yang dia tidak mahu mendahului Raslullhallallhu alaihi wa sallam, dan selepas itu, dia pun lenyap dari pandanganku.

    Setelah itu, keluar dari mulutku kata-kata yang berikut: Akal itu adalah umpamaseorang penyelam yang telah pergi menyelam ke dasar lautan hati untuk mencaripermata hikmah. Kemudian, dibawanya ke atas pantai dirinya, lalu keluarlah

    mutiara itu dari mulutnya sebagai kata-kata dan dengannya dia dapat membelihamba-hamba yang ahli ibadat (al-bidn) dari pasar ibadat kepunyaan Allh . . .

    Dari saat itu, sentiasalah aku menunaikan tugasku untuk mengajar. Terkandung didalam diriku seolah-olah satu lautan ilmu keimanan dan ilmu keislaman. Andaikataaku tidak berkata-kata dan mencurahkannya keluar, aku khuatir ia akanmenenggelami diriku. Apabila aku mula-mula mengajar, aku hanya mempunyai duatiga orang pelajar sahaja. Tetapi apabila berita mengenaiku telah tersebar luas,jumlah ini telah tertambah sehingga meningkat kepada tujuh puluh ribu orang.

    Madrasah asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln

    Nota (1)

    Ini adalah satu contoh yang menunjukkan bahawa ahli-ahli sufi itu seringkalimenggunakan kata-kata simbolik yang memiliki makna tersirat, di dalam

  • 8/3/2019 Biografi Abdul Qodir Al Jilani

    16/77

    percakapan mereka. Dari itu, si murid hendaklah berhati-hati dan tidak menerimakata-kata mereka secara bulat-bulat (literal) sahaja. Seringkali mereka telahberkata-kata dengan maksud-maksud yang tertentu, dan kata-kata mereka pulatelah ditujukan kepada golongan-golongan yang tertentu. Yakni, bagi satu golongan,ia mungkin membawa makna A, sedangkan bagi golongan yang lain, ia mungkinmembawa makna B. Walaupun pada zahirnya, kata-kata mereka menyatakansesuatu makna, jika difahamkan melalui beberapa kaedah yang tertentu, ia akanmemberikan pula makna yang berlainan.

    Asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln sendiri juga telah menggunakan kata-kata tuli,bisu dan buta di dalam beberapa syarahannya, dengan penggunaan maksud yangbukan berbentuk literal.

    Telah diriwayatkan di dalam kitab al-Fat ar-Rabbnbahawa asy-Syaikh Abdul

    Qdir al-Jln telah berkata:

    Jika dibandingkan dengan makhluk-makhluk, para wali Allh itu adalah tuli, bisudan buta.

    Setelah hati mereka didekatkan kepada al-aqq Azza wa Jall, tidak merekamendengar kepada yang selainNya dan tidak pula mereka melihat kepada yangselainNya.

    Kedekatan (al-qurb) telah melindungi mereka, kehebatan (al-haibah) telahmenutupi mereka dan kecintaaan (al-maabbah) pula telah memanfaatkan mereka

    di sisi Kekasih mereka. Mereka berada di antara Kebesaran (al-Jall) danKeindahan (al-Jaml). Tiada mereka menoleh ke kanan atau ke kiri.

    Bagi mereka, ada satu kehadapanan tanpa satu kebelakangan. Mereka dikhidmatioleh jin, malaikat dan berbagai jenis makhluk. Mereka dikhidmati oleh hikmah danilmu.

    Kelaparan mereka dihilangkan oleh kemurahan (al-fal) dan kehausan mereka puladihilangkan oleh keramahan (al-uns). Dari makanan kemurahanNyalah merekamakan. Dari minuman keramahanNyalah mereka minum.

    Mereka mempunyai satu urusan yang lebih penting daripada mendengar kata-katamakhluk, kerana mereka berada di satu lembah dan para makhluk pula berada disatu lembah (yang lain). Mereka menyuruh para makhluk mentaati perintah AllhAzza wa Jall dan melarang mereka daripada laranganNya. Mereka adalah pembantuRaslullhallallhu alaihi wa sallam. Mereka adalah waris-waris baginda yangsebenar.

    Nota (2)

  • 8/3/2019 Biografi Abdul Qodir Al Jilani

    17/77

    Sesetengah masyaikh menyebut nama ini sebagai al-Khair alaihissalm,sedangkan sesetengah yang lain pula menyebut nama ini sebagai al-Khiralaihissalm. Di Malaysia, sebutan yang lebih popular untuknya ialah Nabi Khiir.

    Mengikut al-Imm an-Nawaw, nama sebenar bagi al-Khair alaihissalm ialahBaly ibn Mlikn ibn Fligh ibn bir ibn Sylikh ibn Arfakhsyad ibn Sm ibnNh alaihissalm. Dia juga dikenali sebagai Ab al-Abbs Amad al-Khairalaihissalm. Dia telah dilahirkan sebelum Ibrhm alaihissalm, yakni diaadalah berpangkat bapa saudara (yakni anak saudara kepada datuk) kepadaIbrhm alaihissalm. Dari itu, dia bukanlah seorang lelaki daripada Ban Isrl,sebagaimana yang telah disebut di dalam beberapa buah kitab lama, kerana orang-orang Ban Isrl berasal daripada salah seorang cucu kepada Ibrhmalaihissalm.

    Mengikut sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh al-Imm al-Bukhr, telahberkata Ab Hurairah, Telah bersabda Raslullhallallhu alaihi wa sallambahawa dia (yakni Baly ibn Mlikn) telah diberikan nama gelaran al-Khair(yang bermakna hijau atau yang menjadikan hijau) kerana apabila dia duduk di satutempat yang gersang, tanah di situ akan bertukar pula menjadi hijau dengantumbuh-tumbuhan.

    Nota (3)

    Pernah dikatakan oleh sesetengah masyaikh silam, Ar-rijl kal-jibl, yang bererti,Lelaki-lelaki dewasa itu (yakni para wali Allh) adalah seumpama gunung-gunung

    (yakni sangat teguh pendiriannya).

    Kisah ini menandakan betapa pentingnya bagi si murid untuk memahami maksudatau tujuan sebenar bagi kata-kata atau perbuatan daripada seseorang syaikh.Janganlah diambil secara zahir sahaja. Ditakuti nanti, si murid akan membuat satukesimpulan yang salah.

    Kadangkala, si murid akan mencontohi satu aspek daripada diri si guru, yang padasangkaan si murid, adalah sesuatu yang penting. Pada hal, yang dicontohinya adalahsesuatu yang paling enteng. Ini selalunya berpunca daripada kelakuan si murid yangsuka berfikir secara dangkal (the seeker who thinks superficifially), dan tidak

    berusaha untuk mencapai kefahaman yang sebenar.

    Kerana itu, sesetengah guru sufi telah menceritakan kisah-kisah mengenaiNasruddn kepada murid-muridnya. KalimahNasruddn, jika kita terjemahkansecara bebas, bermaksud Pertolongan Agama, yakni dengan mendengar danmemahami dari kisah-kisah Nasruddn, seseorang murid itu boleh memahamibeberapa aspek yang seni atau halus dari agama.

    Orang-orang yang tinggal di Asia Tengah (Central Asia) dan juga di Timur Tengah(Middle East) mengenalinya dengan nama panggilan Mull Nasruddn

  • 8/3/2019 Biografi Abdul Qodir Al Jilani

    18/77

    ( ). Di sesetengah tempat, dia juga dikenali dengan panggilan KhwjahNasruddn, atau Khoj Nasruddn. Orang-orang di Turki pula lebih sering

    menyebutnya sebagaiNasredin Hoca.

    Dia adalah lambang kepada satu sifat yang berada pada diri kita sendiri. Yakni,lambang kepada sifat diri yang gemar berfikir secara dangkal (walaupun seseorangitu sudah bergelar terpelajar). Setiap insan memiliki sifat ini, tetapi hanya sedikitsahaja yang dapat mengenalinya dan mengawasi dirinya sehingga tidak jatuhterperangkap di dalam berfikir secara begini.

    Bagi orang-orang yang menganggap diri mereka sudah pandai, cerita-cerita beginidianggap sebagai hiburan jenaka sahaja, tetapi sebenarnya, ada sesuatu yang dapatdipelajari oleh si murid yang mahu merenung dengan lebih lanjut. Terdapat di

    dalam kisah-kisah Mull Nasruddn, sesuatu yang dapat kita pelajari atau kitahindari.

    Sebagai satu contoh kisah Mull Nasruddn:

    Pada suatu hari, seorang jirannya telah berjumpa dengan Mull Nasruddn untukmeminjam keldainya. Mull Nasruddn bagaimanapun, telah mengatakan yangkeldainya telah dipinjam oleh orang lain.

    Tiba-tiba terdengar suara keldai keluar dari kandangnya. Si jiran pun berkata yangdia telah dapat mendengar bunyi keldai itu.

    Siapa yang engkau lebih percaya, tanya Mull Nasruddn, aku, atau seekorkeldai?

    Dan masalah si murid yang berfikir secara dangkal bukan sahaja terdapat di zamansilam, tetapi masih lagi boleh kita dapati di kurun kelima belas Hijrah ini.

    Sebagai satu contoh, pernah terdapat di Malaysia satu kumpulan pemuda Melayuyang telah mengenakan pakaian ala orang-orang Pakistan sebagai pakaian harianmereka. Ini adalah pakaian mengikut as-Sunnah, kata mereka.

    Tetapi sebenarnya, jika mereka dapat berfikir secara lebih waras, mereka akanmenyedari bahawa Raslullhallallhu alaihi wa sallam itu adalah seorang lelakiberbangsa Arab, dan daripada keturunan Quraisy. Maka, pakaian baginda punadalah pakaian orang-orang Arab, dan bukanlah pakaian orang-orang Pakistan!Pemuda-pemuda ini telah meniru pakaian guru mereka, seorang guru tarekat yangberasal dari Pakistan, dan telah menyangka bahawa pakaian guru mereka itu adalahpakaian Raslullhallallhu alaihi wa sallam.

    Malah, ada pula di antara mereka yang telah mencontohi guru mereka itu denganmenggunakan tongkat ketika berjalan. Walhal mereka masih sihat dan tidakmempunyai sebarang kecacatan, dan umur mereka pula secara purata, masih di

  • 8/3/2019 Biografi Abdul Qodir Al Jilani

    19/77

    dalam lingkungan dua puluh lima tahun. Sepatutnya, yang perlu mereka sedariterlebih dahulu ialah guru mereka itu telah memakai tongkat kerana umur si guruitu sudah pun melebihi lapan puluh tahun, dan badannya sudah tidak lagi kuat.

    Maka, jadilah pemuda-pemuda ini, murid-murid yang meniru perbuatan gurumereka pada perkara-perkara yang paling tidak penting (the most insignificanttraits of the teacher). Sepatutnya, yang lebih penting untuk ditiru oleh murid-muridini ialah pakaian rohani si guru, yakni pada ilmu dan ciri-ciri seperti sabar danmerendah diri yang dimiliki oleh si guru. Bukan setakat pada pakaian yang fizikalsahaja, kerana ia belum mencukupi untuk mencapai peningkatan rohani.

    Ada satu kisah mengenai seorang wali Allh yang bernama asy-Syaikh Ab al-asanal-Kharqn:

    Pada suatu hari, seorang lelaki telah bertemu dengan asy-Syaikh Ab al-asan al-Kharqn. Dia telah meminta izin asy-Syaikh Ab al-asan al-Kharqn untukmemakai pakaian si wali Allh itu, agar dia dapat menjadi seperti asy-Syaikh Abal-asan al-Kharqn.

    Maka asy-Syaikh Ab al-asan al-Kharqn pun bertanya, Adakah bolehseorang lelaki menjadi seorang perempuan cuma dengan memakai pakaianperempuan? Atau, bolehkah seorang perempuan menjadi seorang lelaki cumadengan memakai pakaian lelaki?

    Lelaki itu telah menjawab, Tidak boleh.

    Maka asy-Syaikh Ab al-asan al-Kharqn pun berkata lagi, Kalau perkataitu tidak mungkin berlaku, bagaimanakah dengan memakai pakaian aku,engkau boleh menjadi aku?

    Maka dari itu, si murid hendaklah selalu berhati-hati agar dia tidak berfikir secaradangkal. Yakni, sebelum dia membuat sebarang kesimpulan di dalam hal-halkerohanian, dia mestilah terlebih dahulu berfikir panjang dan masak-masak.Janganlah dia melihat hanya kepada perkara-perkara yang zahir, tanpa menyoaldirinya terlebih dahulu, apakah segala andaian yang telah dibuatnya itu semuanyabenar? Andaian yang kurang tepat boleh menghasilkan kefahaman yang singkat, danmengakibatkan pula usaha yang sia-sia.

    Nota (4)

    Asy-SyaikhSyihbuddn Ab af Umar ibn Muammad ibn Abdullh as-Suhraward adalah seorang wali Allh yang besar, dan di waktu tuanya telahmenjadi terkenal di Baghdd dengan panggilanSyaikh Masyyikh uruq a-fiyyah (guru bagi guru-guru tarekat). Dia telah dilahirkan pada tahun 539 Hijrahdan telah meninggal dunia pada tahun 632 Hijrah. Asy-Syaikh Ab af as-

  • 8/3/2019 Biografi Abdul Qodir Al Jilani

    20/77

    Suhraward juga adalah pengarang bagi kitab Awrif al-Marif. Dia juga telahdianggap sebagai pengasas bagi a-arqah as-Suhrawardiyyah.

    Ada pula beberapa orang ulamlain yang telah menganggap bahawa guru kepadaasy-Syaikh Ab af as-Suhraward, yang juga adalah bapa saudaranya, yakni asy-Syaikhiyuddn Ab an-Najb Abdul Qhir as-Suhraward itulah orangnya yangtelah mendirikan asas-asas bagi a-arqah as-Suhrawardyyah, manakala asy-SyaikhSyihbuddn Umar as-Suhraward pula adalah orangnya yang telahmemperkukuhkan tarekat itu.

    Asy-Syaikhiyuddn Ab an-Najb Abdul Qhir as-Suhraward, yang telahdilahirkan pada tahun 490 Hijrah dan telah meninggal dunia pada tahun 563 Hijrahdi Baghdd, juga adalah pengarang bagi kitabdb al-Murdn. Beliau pernahberguru dengan asy-Syaikh Amad al-Ghazl, yakni adik kepada al-Imm Ab

    mid al-Ghazl.

    Bahagian 4

  • 8/3/2019 Biografi Abdul Qodir Al Jilani

    21/77

    Sambungan Ringkasan Riwayat Hidupnya

    Ketika asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln sedang mengajar, kata-kata yangdigunakannya mempunyai satu kekuatan dan kelebihan yang tersendiri, sehinggaianya dapat mengubah tabiat dan pendirian para pendengarnya. Kata-katanya itujuga ada kalanya, adalah di dalam bentuk yang kasar dan tidak berselindung.

    Telah diriwayatkan di dalam kitabMalft, bahawa asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln pernah berkata di dalam sebuah majlisnya:

    Dapatkah engkau memahami perkara ini, wahai si Iraq, wahai unta di pengisar,wahai si tolol? Engkau telah mendirikan solatmu tanpa keikhlasan. Engkau telah

    mendirikan solatmu kerana orang-orang lain, dan ketika engkau berpuasa,pandangan matamu berada pada hidangan makanan mereka, dan pada kandunganrumah-rumah mereka.

    Wahai orang yang terasing di kalangan manusia, yang tercicir daripada kedudukangolongan a-iddqin dan rabbniyyn! . . .

    Ada beberapa orang manusia yang telah menghadiri majlis-majlis asy-Syaikh AbdulQdir al-Jln dan telah terpedaya dengan menyangka bahawa oleh kerana merekatelah menghadiri majlis-majlis itu, mereka kini sudah termasuk ke dalam golongana-lin. Pada hal, keadaan kerohanian mereka masih belum lagi berubah, yakni

    masih belum bertambah baik dan sifat-sifat mereka pula masih menyerupai sifat-sifat binatang.

    Telah diriwayatkan di dalam kitab al-Fat ar-Rabbn, bahawa asy-SyaikhAbdul Qdir al-Jln pernah berkata di dalam sebuah majlis ceramahnya:

    Wahai orang yang telah menjualkan segalanya untuk memperolehi tiada suatubenda pun (l syai). Dan telah membeli tiada suatu benda pun dengan harga setiapsesuatu (bi kulli syai). Sesungguhnya engkau telah membeli dunia dengan hargaakhirat dan telah menjualkan akhirat dengan harga dunia.

    Engkau adalah satu kepandiran di dalam satu kepandiran, satu ketiadaan (adam) didalam satu ketiadaan, satu kejahilan di dalam satu kejahilan.

    Engkau makan seperti binatang-binatang ternakan makan, tanpa sebarang usulperiksa, tanpa sebarang penghitungan, tanpa sebarang soal, tanpa sebarang niat,tanpa sebarang perintah.

    Al-mumin (yakni manusia yang beriman dari golongan orang-orang awam danbukan dari golongan wali-wali Allh) makan apa yang dibenarkan oleh syariat(mub asy-syar).

  • 8/3/2019 Biografi Abdul Qodir Al Jilani

    22/77

    Al-wal(yakni wali Allh yang bukan dari golongan yang bermaqam tertinggi)diperintah untuk makan, atau ditegah daripadanya, sebagaimana yang ditunjukkandi dalam hatinya.

    Al-badal(yakni wali Allh dari golongan yang memiliki maqam yanglebih tinggi) pula tiada mempedulikan satu perkara pun, malah berlaku pulaperkara-perkara di dalam dirinya, sedangkan dia telah hilang daripada dirinya(f ghaibatih) bersama Tuhannya Azza wa Jall, dan telah fana di dalamNya.

    Dan cara asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln mengajar juga adalah menakjubkan.Kadangkala, ketika dia sedang memberikan ceramahnya, dia akan berjalan-jalan diudara, di atas kepala para pendengarnya. Kemudian dia akan duduk semula di ataskerusi tingginya.

    Dan isi ceramah itu pula selalunya berkisarkan lintasan-lintasan hati pendengar-pendengar itu sendiri. Dan yang lebih aneh lagi ialah, syarahan-syarahannya dapatdidengar oleh yang dekat dan yang jauh, sehingga para pendengar yang sedangduduk di atas gunung pun boleh mendengarnya dengan jelas, sebagaimana yangdapat didengar oleh mereka yang sedang duduk di hadapan asy-Syaikh Abdul Qdiral-Jln sendiri.

    Jumlah pengikut-pengikut asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln pada setiap harimenjadi semakin bertambah ramai, dan kumpulan orang-orang yang menghadiriceramahnya menjadi semakin besar, sehingga tiada lagi ruang yang tinggal di dalammadrasah ataupun di kawasan sekitarnya untuk memuatkan para hadirin itu. Olehitu, orang ramai pun telah datang untuk membina sebuah bangunan baru secarabergotong-royong, bagi menempatkan para hadirin itu.

    Dan yang telah datang menolong membina bangunan itu bukan sahaja daripadagolongan orang-orang miskin, tetapi juga daripada golongan orang-orang kaya. Danbukan sahaja orang-orang lelaki, tetapi juga orang-orang perempuan, dan bukansahaja mereka yang masih muda, tetapi juga orang-orang yang sudah tua. Pendekkata, manusia daripada semua jenis dan golongan. Mereka telah menyiapkanpembinaan ini pada tahun 528 Hijrah.

    Asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln adalah seorang lim yang telah menjadi ikutanorang ramai di dalam semua urusan agama, sama ada dari segi syariat mahupuntarekat. Dia mahir di dalam mazhab al-Imm asy-Syfi dan juga mazhab al-ImmAmad ibn anbal. Dia adalah seorang guru yang dadanya penuh dengan ilmu danhikmah. Selama empat puluh tahun, sehingga dia meninggal dunia, asy-SyaikhAbdul Qdir al-Jln telah memberikan pelajaran dan kuliah umum kepada orangramai (yakni dari tahun 521 Hijrah hingga tahun 561 Hijrah).

    Di antara ilmu-ilmu yang telah diajarkan oleh asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jlnialah ilmu fiqh (termasuk perbezaan-perbezaan pendapat yakni khilfdi antara al-

  • 8/3/2019 Biografi Abdul Qodir Al Jilani

    23/77

    ulam), tafsir al-Quran, ilmu-ilmu hadis (ulm al-adth), ul al-fiqh dan jugailmu tata bahasa (naw).

    Mengikut asy-Syaikh Abdul Wahhb, yakni seorang anak lelaki kepada asy-SyaikhAbdul Qdir al-Jln, biasanya bapanya itu akan mengajar tiga kali seminggu,yakni pada pagi Jumaat, malam Selasa dan pagi Ahad.

    Sebagai satu contoh tentang keluasan ilmu yang dimiliki oleh asy-Syaikh AbdulQdir al-Jln pula, telah diriwayatkan sebuah kisah seperti yang berikut:

    Pada suatu hari, ada seorang lelaki telah mendakwa yang dia dapat melihat Allhdengan mata di kepalanya. Maka orang ramai pun datang mengadu kepada asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln dan telah membawa lelaki itu berjumpa dengannya.

    Asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln telah bertanya kepada lelaki itu apakah benaryang lelaki itu telah mendakwa yang dia dapat melihat Allh dengan mata dikepalanya. Lelaki itu telah menjawab, ya.

    Maka asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln pun memarahi lelaki itu dan telahmenyuruhnya berjanji yang dia tidak akan mengulangi perbuatannya itu.

    Setelah itu, asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln pun menoleh kepada orang-orangyang hadir di situ dan telah berkata bahawa lelaki itu benar kata-katanya, cuma diatelah terkeliru sahaja. Sebenarnya, lelaki itu telah menyaksikan kilauan nr al-jaml(cahaya sifat-sifat keindahan Allh) dengan hatinya. Hatinya itu pula telah

    ditembusi oleh satu lubang sehingga dia telah melihat dengan penglihatan mata dikepalanya apa yang sebenarnya telah disaksikan oleh mata hatinya. Kerana, cahayapenglihatan mata di kepala berhubung rapat dengan cahaya penyaksian mata hati.Maka lelaki itu telah menyangka yang dia telah melihat dengan mata di kepalanyaapa yang sebenarnya telah disaksikan oleh mata hatinya.

    Setelah mendengar penjelasan daripada asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln ini,orang ramai telah menjadi takjub, kerana dengan mudah asy-Syaikh Abdul Qdiral-Jln telah menghuraikan satu masalah yang rumit. (1)

    Di antara sifat-sifat tercela (al-madhmmah) yang perlu dibuang daripada diri simurid yang mempelajari ilmu tasawuf ialah sifat ujub, yakni merasa megah dengandiri sendiri kerana ilmu yang dimilikinya, ataupun kerana segala amal ibadat yangtelah dilakukannya, ataupun kerana kesanggupan diri si murid untuk menanggungpenderitaan-penderitaan, ataupun kerana apa jua sebab lain.

    Pernah di dalam sebuah ceramahnya, asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln telahmenyentuh perkara memiliki sifat ujub (al-ujb) ini:

    Bagaimanakah engkau dapat merasa megah dengan segala amal baikmu, sertamerasa ujub dengannya, lalu meminta pula upah untuknya? Pada hal, segala

  • 8/3/2019 Biografi Abdul Qodir Al Jilani

    24/77

    kejayaanmu itu berpunca daripada Allh, melalui pertolonganNya, melaluikekuatanNya, melalui kehendakNya, dan juga melalui kurniaNya. Dan termasukjuga di dalam meninggalkan maksiat. Ia dapat dilakukan hanya dengan bantuan,perlindungan dan naungan yang telah Dia berikan. Di manakah kesyukuranmuuntuk semua ini, dan di manakah pengiktirafanmu di atas segala rahmat yang telahdikurniakanNya kepadamu?

    Ada pula satu kisah mengenai asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln yang dapatdigunakan oleh si murid untuk menilai keikhlasan dirinya sendiri dan juga untukmengukur sejauh mana dia tidak terperangkap ke dalam kecenderungan untukmengandai-andaikan beberapa perkara tertentu di dalam ilmu tasawuf:

    Pada suatu hari, sekumpulan manusia telah berkata kepada asy-Syaikh Abdul Qdir

    al-Jln, Kami telah berpuasa sebagaimana tuan telah berpuasa. Kami telahbersolat sebagaimana tuan telah bersolat. Kami telah berusaha sepenuh tenagasebagaimana tuan telah berusaha. Tetapi, kami tidak mengalami apa yang telah tuanalami dari limpahan-limpahan rohani.

    Maka telah dijawab oleh asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln, Kamu semua telahcuba menyaingi kami dengan amal, maka kini kamu semua cuba pula menyaingikami dengan pencarikan adat! Demi Allh, tiada aku makan melainkan setelah akumendengar perintah, Demi hakKu ke atas dirimu, makanlah! Dan tiada akuminum, melainkan setelah aku mendengar perintah, Demi hakKu ke atas dirimu,minumlah!

    Termasuk ke dalam perkara-perkara yang pernah diajar oleh asy-Syaikh AbdulQdir al-Jln ialah tentang perlunya si murid mencari dahulu seorang guru sufitulen yang dapat membimbingnya di atas jalan kerohanian. Dia tidak bolehmemandai-mandai menyendiri di dalam khalwah untuk merasakan pengalaman-pengalaman rohani, kerana ia mempunyai bahaya yang banyak.

    Telah bercerita asy-Syaikh Ab Muammad Abdullh al-Jubb sebuah kisahmengenai pengalamannya semasa dia masih muda:

    Aku pernah mendengar Ibn Nir membaca kisah-kisah wali Allh sebagaimana

    yang terdapat di dalam kitabilyah al-Auliy. Hatiku telah menjadi lembut dantergerak kerananya. Aku telah berkata kepada diriku sendiri, Aku akanmengasingkan diriku daripada makhluk, dan aku akan menyendiri di dalamzwiyah, dan menyibukkan diriku dengan berbuat ibadat sahaja.

    Aku pun pergi ke tempat asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln dan telah bersolat dibelakangnya.

    Selesai solat, asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln telah memandang ke arahku danberkata, Jika engkau bercita-cita untuk memasuki khalwah, janganlah engkaumengasingkan dirimu sehingga engkau sudah pun bersedia untuknya. Engkau perlu

  • 8/3/2019 Biografi Abdul Qodir Al Jilani

    25/77

    menghabiskan masa terlebih dahulu bergaul dengan para masyaikh, dan menerimabeberapa latihan daripada mereka. Sesudah itu, barulah engkau layak untukmemasuki khalwah. Jika engkau memasuki khalwah sebelum engkau bersedia,keadaanmu adalah seperti seekor anak ayam yang belum tumbuh bulunya. Jikaengkau menghadapi apa-apa masalah di dalam agamamu, engkau perlu keluar darikhalwah-mu dan meminta nasihat daripada mereka yang layak menolongmu didalam masalah-masalah agamamu. Seseorang yang memasuki khalwah, seharusnyabersifat seperti lilin, yang cahayanya adalah sumber penerangan.

    Dan tentang persediaan si murid untuk memasuki khalwah, telahdiriwayatkan bahawa asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln juga pernah berkata didalam sebuah majlis ilmunya:

    Kasihannya engkau! Tubuhmu berada di rumah-rumah ibadat, tetapi hatimu beradadi rumah-rumah makhluk, menanti-nanti kedatangan serta hadiah-hadiah daripadamereka. Telah sia-sialah masamu itu dan berubahlah bentuk itu keranamu, tanpamakna yang sebenar. Janganlah engkau menjadikan jiwamu layak untuk sesuatuyang belum pun layak ia untuknya, sehingga Allh sendiri yang menjadikanmulayak untuknya.

    Sehingga perkara ini berlaku, maka engkau dan seluruh makhluk tidak akan mampuuntuk melaksanakannya. Bila Dia yang menghendakimu pada sesuatu urusan, makaDialah yang akan mempersiapkanmu untuknya. Jika batinmu tidak benar, danhatimu tidak kosong daripada sesuatu selain daripada Allh, maka khalwah-mu itutidak akan memberikan manfaat langsung . . .

    Dan tentang mencari seorang guru sufi yang tulen ini, si murid juga haruslahberhati-hati. Telah berpesan asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln mengenai ciri-ciriseorang guru sufi yang tulen:

    Ada lima ciri yang terdapat pada diri seorang syaikh (yang tulen). Jika ini tidakterdapat pada dirinya, maka dia adalah seorang peniru (Pak Turut), yang akanhanya memimpin kepada kebodohan.

    (1) Dia mestilah seorangfaqh, yang mengetahui dengan sempurna segala hukum-

    hukum syariah.

    (2) Dia juga mestilah seorang yang mengetahui dengan sempurna ilmu hakikat.

    (3) Dia mestilah seorang yang suka merendah diri, sama ada dengan perkataan atauperbuatan, kepada golongan al-fuqar.

    (4) Dia hendaklah menyambut para pemula dengan keramahan. Inilah syaikh yangmemiliki nilai yang tinggi. Dia mengetahui hukum-hukum halal dan haram.

  • 8/3/2019 Biografi Abdul Qodir Al Jilani

    26/77

    (5) Dia melatih murid-muridnya di atas jalan kerohanian sebagai seorang yangdirinya sendiri sudah dilatih dengan sempurna, dengan penuh kemuliaan.

    Telah bercerita lagi asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln mengenai ciri-ciri seorangguru sufi yang tulen:

    Sebelum dianggap layak untuk memimpin orang lain di dalam sulk, seorangmursyiditu mestilah mempunyai kelayakan yang berikut. Dia mestilah seorang yangmengetahui ilmu-ilmu syariat dan juga ilmu-ilmu perubatan (al-ulm a-ibbiyyah). Dan dia sendiri sudah pun menerima pengiktirafan daripada paramasyaikh. Tidak ada pengecualian bagi perkara ini.

    Saiyid a-ifah, asy-Syaikh al-Junaid al-Baghdd pernah berkata, Ilmu kami

    adalah berdasarkan al-Kitb dan as-Sunnah. Jika sesiapa tidak menghafal hadis-hadis Raslullhallallhu alaihi wa sallam dan menulisnya, dan tidak pula diamenghafal al-Quran, dan tidak pula memahami istilah-istilah ahli sufi maka orangitu tidak layak dijadikan mursyid. Semoga Allh meredai orang-orang yangpimpinan mereka layak dijadikan ikutan.

    Nota (1)

    Dalam perkara ini, melalui kekuatan kasyafnya dan juga berlandaskan pengalamanrohaninya yang banyak dan luas, asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln memang sudahmengetahui apa yang telah dialami oleh lelaki itu. Pengalaman lelaki itu memang

    benar. Yang salah, cuma fahaman lelaki itu mengenai pengalamannya.Namun, terdapat juga beberapa orang lain, yang telah mengalami pengalaman yanghampir-hampir serupa dengan pengalaman si lelaki di dalam kisah ini. Bezanya,pengalaman mereka adalah hasil tipu daya syaitan.

    Pada suatu hari, seorang anak murid kepada asy-Syaikh Sahl ibn Abdullh at-Tustar (hidup dari tahun 200 Hijrah hingga ke tahun 283 Hijrah) telah berkatakepada gurunya itu yang pada suatu malam, dia telah melihat dengan mata dikepalanya, Allh sedang duduk di al-arsy dan diliputi cahaya yang terangbenderang.

    Melalui kekuatan kasyafnya, asy-Syaikh Sahl ibn Abdullh at-Tustar telahmengetahui yang anak muridnya itu sebenarnya telah ditipu oleh syaitan. Maka diapun berkata kepada anak muridnya itu, Apabila engkau melihatnya lagi di waktumalam, hendaklah engkau meludah kepadanya.

    Beberapa hari kemudian, si anak murid itu telah bercerita, Apabila pada suatumalam aku melihatnya, aku telah meludahinya. Tiba-tiba, al-arsy telah lenyap, dancahaya itu pula telah bertukar menjadi kegelapan.

  • 8/3/2019 Biografi Abdul Qodir Al Jilani

    27/77

    Maka sejak dari peristiwa malam itu, si anak murid itu tiada lagi mendapatpenglihatan-penglihatan rohani.

    Bahagian 5

    Sambungan Ringkasan Riwayat Hidupnya

    Di antara sifat-sifat terpuji yang dimiliki oleh asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jlnialah dia merupakan seorang manusia yang sangat lurus dan dia tidak takutbercakap benar kepada sesiapa pun.

    Telah diceritakan di dalam sebuah riwayat:

  • 8/3/2019 Biografi Abdul Qodir Al Jilani

    28/77

    Pada suatu hari, al-Khalfah al-Muqtaf Bi-Amrillh Ab Abdullh Muammad al-Abbs telah melantik Ab al-Waf Yay ibn Sad sebagai ketua kadi. Dari atasmimbar (yakni ketika memberi khutbah Jumaat), asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jlntelah memarahi al-Khalfah al-Muqtaf Bi-Amrillh Ab Abdullh Muammad al-Abbs di khalayak ramai dan telah berkata kepadanya, Engkau telah melantikseorang zalim sebagai ketua kadi yang akan menjadi hakim ke atas orang-orangmuslimin. Apakah alasan yang dapat engkau berikan esok (yakni pada Hari Kiamat)apabila engkau sendiri akan dihakimi oleh Hakim segala hakim (yakni Allh),Tuhan sekelian alam!

    Selepas mendengar teguran daripada asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln ini, al-Khalfah al-Muqtaf Bi-Amrillh Ab Abdullh Muammad al-Abbs telahmenggeletar seluruh badannya, dan telah menangis dengan hiba. Ketua kadi itu puntelah dilucutkan jawatannya dengan serta-merta.

    Kebanyakan daripada penduduk Baghdd pada masa itu adalah orang-orang yangtelah rosak akhlaknya. Tetapi melalui pengaruh asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln,ramai pula daripada mereka yang telah bertaubat dan telah menjadi orang-orangyang baik akhlaknya, serta mengamalkan ajaran-ajaran Islam yang tulen dan murni.

    Asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln telah disayangi dan disanjungi oleh setiap lapisanmanusia, dan pengaruh serta kemasyhurannya telah tersebar ke serata tempat.Semua jenis manusia dapat memperoleh manfaat daripadanya. Doanya sangatmustajab, sama ada doa untuk kebaikan ataupun doa untuk pembalasan.

    Golongan a-lin telah mengasihi asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln, dangolongan orang-orang jahat dan zalim pula telah merasa takut kepadanya. Ramaimanusia yang telah datang menemuinya untuk bertanyakan bermacam-macammasalah, dan juga untuk menerima nasihat. Mereka ini termasuklah manusia-manusia daripada golongan raja, menteri dan juga al-ulam.

    Sebagai satu contoh mengenai kemasyhuran dan kebesaran asy-Syaikh AbdulQdir al-Jln, telah bercerita asy-Syaikh Ab Muammad Abdullh al-Jubb:

    Asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln mempunyai seorang anak murid yang bernamaUmar al-alw. Dia telah meninggalkan Baghdd untuk beberapa tahun. Apabiladia pulang semula ke Baghdd, aku telah bertanya kepadanya, Ke manakah engkautelah pergi menghilangkan dirimu selama ini?

    Dia telah menjawab, Aku telah pergi berkeliling melawati bandar-bandar danpekan-pekan di Syria, Mesir, Barat (yakni negeri-negeri ke barat dari Mesir) danjuga Iraq. Aku telah bertemu dengan tiga ratus enam puluh orang masyaikh,kesemua mereka adalah wali-wali Allh. Tidak ada seorang pun daripada merekayang tidak pernah berkata bahawa asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln itu adalahguru yang telah memimpin mereka kepada Allh.

  • 8/3/2019 Biografi Abdul Qodir Al Jilani

    29/77

    Ramai juga orang-orang yang beragama Yahudi dan beragama Nasrani yang telahmemeluk agama Islam di tangan asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln.

    Telah diceritakan di dalam sebuah riwayat:

    Pada suatu hari, seorang paderi Nasrani telah berjumpa dengan asy-Syaikh AbdulQdir al-Jln dan kemudiannya telah memeluk agama Islam di tangannya, dihadapan orang ramai.

    Setelah itu, bekas paderi Nasrani itu pun menoleh ke arah orang ramai dan telahbercerita Aku adalah seorang lelaki dari Yemen. Telah lama aku bercita-cita untukmemasuki agama Islam, tetapi aku telah berazam aku tidak akan memasuki agamaIslam melainkan di tangan sebaik-baik orang Islam. Pada suatu malam, aku telahbermimpi bertemu dengan salaihissalm, dan dia telah menyuruhku pergi ke

    Baghdd dan bertemu dengan asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln, kerana menurutsalaihissalm, asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln adalah sebaik-baik manusia diatas bumi di masa ini.

    Beberapa hari kemudian, datang pula tiga belas orang Nasrani dan mereka telahmemeluk agama Islam di tangan asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln di dalammajlisnya.

    Mereka telah bercerita, Kami adalah orang-orang berbangsa Arab yang beragamaNasrani. Kami memang telah lama berhajat untuk memeluk agama Islam, tetapikami telah menangguhkannya kerana kami tidak tahu kepada siapa kami harus

    mengisytiharkan keislaman kami. Pada suatu hari, satu suara ghaib telah menyerukepada kami. Kami tidak dapat melihat rupa si penyeru itu, tetapi kata-katanya telahdapat kami dengar dengan jelas. Suara ghaib itu telah berkata, Wahai orang-orangyang sedang menuju kejayaan! Pergilah ke kota Baghdd, dan peluklah agama Islamdi tangan asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln kerana keimanan yang akan diletakkandi dada kamu semua di hadapannya dan melalui barakahnya, tidak akan dapatdisamakan dengan keimanan yang akan diletakkan di dada kamu semua, di hadapanmana-mana orang lain pun di masa ini. Maka itulah sebabnya kami telah datang kesini.

    Dan jumlah orang-orang Islam yang telah bertaubat di tangan asy-Syaikh AbdulQdir al-Jln pula amat besar sekali.

    Telah bercerita asy-Syaikh Ab Muammad Abdullh al-Jubb mengenai jumlahorang-orang yang telah menerima manfaat melalui asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln:

    Guru kami, yakni asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln, pernah berkata kepadaku,Kadang-kadang, aku telah bercita-cita untuk berada semula di padang pasir dan ditanah yang tandus, seperti hari-hari terawalku, sehingga aku tidak memandangkepada manusia dan manusia pula tidak memandang kepadaku. Tetapi, Allh telah

  • 8/3/2019 Biografi Abdul Qodir Al Jilani

    30/77

    menghendaki agar aku menjadi sumber kebaikan untuk para makhlukNya. Kerana,ada lebih daripada lima ribu orang Yahudi dan Nasrani yang telah memeluk agamaIslam di tanganku, dan lebih daripada seratus ribu orang pencuri, perompak danpenjahat, yang telah bertaubat di tanganku. Ini semua adalah satu kebaikan yangbesar.

    Oleh itu, asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln juga telah dianggap sebagai seorangmujaddid(yakni seorang pembaharu yang menguatkan kembali agama Islam),walaupun beliau tidaklah dianggap sebagai al-mujaddiduntuk kurun itu.

    Asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln juga telah dikenali dengan nama panggilanMuyiddn, yang bererti Penghidup Agama.

    Menurut asy-Syaikh Muammad ibn Yay at-Tdif di dalam kitabnya yangbernama Qalid al-Jawhir, asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln sendiri telahbercerita:

    Pada suatu hari Jumaat di dalam tahun 511 Hijrah, aku telah pulang ke Baghdddaripada pengembaraanku. Aku sedang berkaki ayam.

    Aku terlihat (di dalam kasyaf) seorang lelaki tua yang sangat lemah, kulitnya sudahberubah warna dan badannya sangat kurus. Dia telah menahanku dan telah berkata,Selamat sejahtera ke atasmu wahai Abdul Qdir.

    Aku telah menjawab salamnya itu. Dia telah berkata pula, Marilah dekatkepadaku.

    Aku pun berdiri di sisinya. Dia telah berkata, Bantulah aku sehingga aku dapatduduk semula.

    Aku pun membantunya sehingga dia dapat duduk. (Menurut satu riwayat lain, asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln telah mendukungnya di atas bahu asy-Syaikh AbdulQdir al-Jln.) Tiba-tiba badannya telah menjadi sihat, keadaannya telah berubahmenjadi kuat dan warna kulitnya telah pulih semula.

    Aku telah mula merasa takut terhadapnya. Tetapi dia telah berkata, Tahukahengkau siapa aku?

    Aku telah menjawab, Demi Allh, aku tidak tahu.

    Dia telah berkata, Aku adalah ad-dn (agama yakni lambang agama Islam). Akutelah pun mati dan telah dilupakan. Tetapi melaluimu, Allh Yang Maha Suci danMaha Tinggi, telah menghidupkan aku semula setelah kematianku.

  • 8/3/2019 Biografi Abdul Qodir Al Jilani

    31/77

    Aku pun meninggalkannya dan telah pergi ke masjid jamik. Seorang lelaki telahmendekatiku dan meletakkan sepasang kasut di kakiku. Dia telah berkata, Ysaiyid Muyiddn.

    Ketika aku sedang hendak melakukan solat, orang-orang ramai telah datang untukberjumpa denganku dan telah mencium tanganku dan telah berkata, WahaiMuyiddn.

    Sebelum itu, aku tidak pernah diberikan nama ini.

    Kisah di atas ini adalah sebagai satu khabar gembira mengenai tugas penting yangbakal dilakukan oleh asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln sepuluh tahun kemudian,kerana setelah dia mula berdakwah kepada orang ramai, pengaruhnya untuk

    menghidupkan semula agama Islam, memang telah dirasakan oleh masyarakatumum di kota Baghdd selama empat puluh tahun (yakni dari masa asy-SyaikhAbdul Qdir al-Jln berumur lima puluh satu tahun sehingga dia meninggaldunia ketika berumur sembilan puluh satu tahun).

    Pada suatu malam, sekumpulan masyaikh (lebih kurang lima puluh orang) telahberkumpul bersama-sama asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln. Tiba-tiba pada suatuketika, asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln telah mengalami satu keadaan kerohanianyang sangat tinggi. Banyak butir-butir mutiara hikmah yang telah keluar mencurah-curah daripada bibirnya. Semua orang yang hadir di situ telah mengalami satusuasana ketenangan yang belum pernah mereka rasakan sebelumnya.

    Di satu saat, asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln telah menunjuk ke arah tapakkakinya dan telah berkata, Dengan izin Allh, tapak kakiku berada di atas tengkuksetiap wali Allh.

    Dengan serta-merta, seorang sahabat asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln yangbernama asy-Syaikh Al ibn al-Ht, telah pergi ke kerusi tinggi tempat asy-SyaikhAbdul Qdir al-Jln selalu duduk ketika memberikan ceramah, dan telahmenundukkan kepalanya di kaki asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln. Kemudian, asy-Syaikh Al ibn al-Ht telah meletakkan tapak kaki asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln di atas tengkuk asy-Syaikh Al ibn al-Ht. Setelah melihat perbuatan asy-Syaikh Al ibn al-Ht ini, para hadirin yang lain pun telah turut serta melakukanperbuatan yang sama. (1)

    Salah seorang daripada para wali Allh yang hadir di situ, asy-Syaikh Ab Sad Alal-Qailaw telah bercerita:

    Apabila sahaja dia mengucapkan kata-kata Tapak kakiku berada di atas tengkuksetiap wali Allh, aku telah menyaksikan kebenaran kata-katanya itu. Aku nampakpara wali Allh dari seluruh dunia telah berkumpul di hadapannya sehinggamemenuhi pandanganku. Yang masih hidup telah datang dengan tubuh badanmereka, sedangkan yang sudah mati, telah hadir dengan roh mereka.

  • 8/3/2019 Biografi Abdul Qodir Al Jilani

    32/77

    Langit telah dipenuhi oleh malaikat dan juga makhluk-makhluk lain yang tidakdapat dilihat oleh mata kasar. Sekumpulan malaikat telah turun ke bumi dan telahmenyampaikan kepadanya sehelai jubah daripada Raslullhallallhu alaihi wasallam. Apabila kami sedang memanjangkan leher kami, terdengar satu suara yangtelah memuji-mujinya dengan beberapa rangkap pujian yang khas.

    Apabila asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln mengatakan yang tapak kakinya beradadi atas leher setiap wali Allh, ini bukanlah satu cakap besar. Dia hanya membuatsatu pengumuman, tanpa merasakan perasaan besar diri di dalam hatinya.

    Bolehlah kita bandingkan dengan kata-kata Raslullhallallhu alaihi wa sallam,yang pada suatu hari, telah berkata kepada para sahabatnya:

    Aku adalah penghulu (saiyid)bagi keturunan dam, dan aku tidak membanggakandiri. Akulah orang pertama yang akan dibelahkan bumi kerananya (dibangkitkandari kubur), dan aku tidak membanggakan diri. Akulah orang pertama yangmemberikan syafah dan orang pertama yang diterima syafah-nya, dan aku tidakmembanggakan diri. Dan bendera puji-pujian berada di tanganku di Hari Kiamat,dan aku tidak membanggakan diri. (Diriwayatkan oleh al-Imm Amad ibn anbal,al-Imm at-Tirmidh dan juga al-Imm Ibn Mjah.)

    Yakni, Raslullhallallhu alaihi wa sallam setakat menyatakan fakta yangbaginda telah diberikan darjat yang tertinggi oleh Allh Tal. Dan ketika bagindamenyatakan fakta ini, baginda tidak berkata-kata dengan perasaan bangga diri

    bertempat di dalam hatinya.

    Telah bercerita asy-Syaikh Ab al-Barakt akhr ibn akhr ibn Musfir:

    Aku telah bertanya kepada bapa saudaraku, yakni asy-Syaikh Ad ibn Musfir al-Hakkr (seorang wali Allh yang besar, dan juga seorang sahabat asy-SyaikhAbdul Qdir al-Jln), Daripada segala masyaikh yang besar-besar, adakahengkau mengetahui sesiapa, selain daripada asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln, yangtelah berkata bahawa tapak kakinya berada di atas leher setiap wali Allh?

    Dia telah menjawab, Tidak ada.

    Aku pun bertanya lagi, Apakah makna kata-katanya itu?

    Dia telah menjawab, Itu adalah tanda bahawa di waktu ini, dialah yang sedangmenduduki maqam keunggulan (fardiyyah).

    Aku bertanya lagi, Adakah bagi setiap zaman itu, seorang wali Allh yang dianggapterunggul?

    Dia telah menjawab, Ya, memang benar. Tetapi, hanya asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln seorang sahaja yang telah diberikan perintah untuk mengumumkannya.

  • 8/3/2019 Biografi Abdul Qodir Al Jilani

    33/77

    Aku bertanya lagi, Adakah maksudmu yang dia telah menerima perintah untukmengumumkannya?

    Bapa saudaraku telah menjawab, Ya, benar. Dia memang telah menerima perintahitu. Dan mereka semua (yakni para wali Allh) telah merendahkan leher merekakerana perintah itu. Sebagaimana yang engkau ketahui, para malaikat telah sujudkepada dam alaihissalm. Dan tiadalah mereka melakukan demikian melainkankerana mereka telah menerima perintah daripada Allh untuk melakukannya.

    Ada juga beberapa orang masyaikh lain yang telah memberikan penjelasan sepertiberikut:

    Perkataan tapak kaki (qadam) hendaklah digunakan secara metafora (majz), dan

    bukan secara literal (aqq). Kerana, penggunaan secara metafora adalah lebihbersesuaian dengan adab, dan boleh digunakan secara lebih meluas.

    Perkataan qadam boleh dimaksudkan sebagai jalan, seperti yang digunakan didalam ungkapan, Si polan adalah di atas satu tapak kaki yang terpuji (qadamamd) . Ini boleh diertikan sebagai jalan yang terpuji (arqah amdah), atauibadat yang terpuji, atau adab yang sempurna dan sebagainya.

    Kata-katanya ini menandakan yang tarekatnya, kehampirannya dengan Allh, danjuga pembukaan-pembukaan rohaninya (futt), adalah di tingkat yang paling atasjika dibandingkan dengan mana-mana tarekat, kehampiran dan pembukaan rohani,

    dan telah sampai ke tahap tertinggi.

    Asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln telah meninggal dunia dalam bulan Rabiulakhirtahun 561 Hijrah, ketika beliau berumur 91 tahun. Telah dikatakan oleh sesetengahriwayat bahawa asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln itu telah dilahirkan di dalam isyq(kerinduan) dan telah meninggal dunia di dalam umur yang kmil(sempurna). (2)

    Sebelum dia meninggal dunia, asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln telah jatuh sakit.Anak asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln yang bernama asy-Syaikh Abdul Wahhbtelah meminta agar asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln meninggalkan wasiat.

    Maka asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln pun memberikan nasihat, Hendaklahengkau bertaqwa kepada Allh Azza wa Jall. Janganlah engkau merasa takutmelainkan kepada Allh sahaja. Janganlah engkau menyerahkan dirimu dan segalakeperluanmu melainkan kepada Allh. Janganlah engkau mengharap dan janganlahengkau mencari selain daripadaNya. Bertawakallah kepadaNya dan tidak kepadayang lain.At-Taud. Semuanya tertakluk kepada at-Taud(pengesaan Allh).

    Asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln telah menyambung, Apabila hati itu telah sahbersama Allh Azza wa Jall, hati itu tidak lagi akan meminta-minta dan tidak lagi iamengandungi hal-hal yang remeh.

  • 8/3/2019 Biografi Abdul Qodir Al Jilani

    34/77

    Seterusnya, asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln telah memandang sekelilingnya dantelah berkata kepada anak-anaknya, Aku ini adalah seperti isi tanpa kulit. Ketepilahsedikit. Aku bersamamu secara zahir, tetapi aku bersama selainmu secara batin.Telah hadir di sisiku orang-orang lain. Luaskanlah ruang untuk mereka danberadab-sopanlah di sisi mereka. Ada rahmat yang besar di sini. Janganlah engkausesakkan tempat ini.

    Selepas itu, sepanjang hari dan malam, asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln telahmengucapkan salam, mendoakan kebaikan dan juga mengucapkan selamat jalankepada para pengunjungnya yang ghaib itu, untuk beberapa kali.

    Telah dilaporkan bahawa pada satu ketika, asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln telahberkata, Celaka engkau! Tidak ada sesuatu pun yang merisaukanku, tidak jugamalaikat, termasuklah engkau, wahai malaikat maut. Zat yang memeliharaku telah

    mengurniakan kepadaku sesuatu yang melampauimu.

    Kemudian asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln telah bertempik. Ini berlaku padapetang hari dia meninggal dunia.

    Dilaporkan daripada dua orang anak asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln, yakni asy-Syaikh Abdur Razzq dan asy-Syaikh Ms, bahawa asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln telah beberapa kali mengangkatkan tangannya dan meluruskannya danberkata, Wa alaikumussalm wa ramatullhi wa baraktuh. Bertaubatlah danmasuklah kembali ke dalam barisan ketika sampai giliranmu.

    Asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln juga telah berkata, Di antara aku dengan engkausekelian dan seluruh makhluk, ada satu jarak seperti langit dan bumi jauhnya. Olehitu, janganlah engkau sekelian membandingkan aku dengan sesiapa pun, danjanganlah engkau sekelian membandingkan sesiapa pun dengan aku.

    Anak asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln yang bernama asy-Syaikh Abdul Azz, telahbertanya mengenai penyakit dan keadaan ayahnya itu. Asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln telah menjawab pula, Janganlah sesiapa pun menanyakan aku apa-apa. Akusedang dibalik-balikkan di dalam ilmu Allh.

    Asy-Syaikh Abdul Azz telah bertanya lagi tentang keadaan penyakit ayahnya itu.

    Asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln telah berkata pula, Tiada sesiapa yangmengetahui tentang hakikat penyakitku dan tiada sesiapa yang memahaminya, samaada manusia, jin ataupun malaikat. Ilmu Allh tidak akan berkurangan keranaperintahNya. Perintah itu boleh diubah, tetapi ilmuNya tetap tidak berubah.Allhmenghapuskan dan menetapkan apa yang dikehendakiNya, dandisisiNyalah Ibu Kitab (mafhum dari ayat 39Srah ar-Rad). Dia tidak akanditanya tentang apa yang Dia perbuat, tetapi merekalah yang akanditanya (mafhum dari ayat 23Srah al-Anbiy).

    Anak lelaki asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln yang bernama asy-Syaikh AbdulJabbr juga ada bertanya di bahagian tubuhnya yang manakah sakit yang sedang

  • 8/3/2019 Biografi Abdul Qodir Al Jilani

    35/77

    dirasakan oleh ayahnya itu. Asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln telah menjawab,Seluruh anggota badanku sakit, melainkan hatiku jua. Tiada kesakitan di situ,kerana ia bersama Allh Azza wa Jall.

    Di saat-saat terakhir hayatnya, asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln telah berkata,Aku berlindung dengan (kalimat) Tiada yang disembah melainkan AllhSubnahu wa Tal, yang Maha Hidup, yang tidak takut kepada kebinasaan.Maha Suci Dia yang telah menegakkan KekuasaanNya melalui KekuatanNya dantelah memaksakan kematian ke atas hamba-hambaNya. Tiada yang disembahmelainkan Allh dan Muammad itu pesuruh Allh.

    Kemudian asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln telah mengucapkan kalimat Allh,Allh, Allh, sehingga suaranya menjadi semakin pudar dan lidahnya terlekat dilangit-langitnya. Rohnya yang mulia itu pun meninggalkan dunia yang fana ini.

    Kubur asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln di Baghdd.

    Nota (1)

  • 8/3/2019 Biografi Abdul Qodir Al Jilani

    36/77

    Kisah ini adalah sebagai satu tanda bahawa asy-Syaikh Al ibn al-Ht mempunyaisikap merendah diri dan juga memiliki fahaman yang dalam mengenai hal-halkerohanian.

    Boleh kita bandingkan dengan kisah Saiyidin Ab Bakr, yang tanpa teragak-agak,telah membenarkan kisah Israk dan Mikraj. Sedangkan ramai pula daripada parasahabat Raslullhallallhu alaihi wa sallam yang lain, yang telah merasateragak-agak untuk membenarkan kisah Israk dan Mikraj itu, sewaktu diceritakanoleh baginda, dan termasuk di antara mereka ialah Saiyidin Umar.

    Asy-Syaikh Al ibn al-Ht sendiri adalah seorang wali Allh yang mendudukimaqam yang tinggi. Dia telah meninggal dunia pada tahun 564 Hijrah, ketikaberumur lebih daripada seratus dua puluh tahun. Perkara ini bermakna yang beliauadalah lebih tua daripada asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln. Tetapi, tiadalah beliau

    membesarkan dirinya di hadapan asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln. Malah, asy-Syaikh Al ibn al-Ht adalah seorang sahabat yang sangat menghormati asy-SyaikhAbdul Qdir al-Jln.

    Telah diceritakan oleh asy-Syaikh Al al-Khabbz bahawa di antara sahabat-sahabatasy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln, tiada seorang pun yang lebih setia danmemberikan perhatian yang khas kepada asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jlnmelebihi kesetiaan dan perhatian asy-Syaikh Al ibn al-Ht.

    Telah diceritakan juga bahawa apabila asy-Syaikh Al ibn al-Ht ingin berjumpadengan asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln, dia dan sahabat-sahabatnya akan pergi

    bermandi terlebih dahulu di sebuah sungai. Kemudian, asy-Syaikh Al ibn al-Htakan berkata kepada sahabat-sahabatnya, Sucikanlah hati engkau sekelian, danawasilah segala fikiran dan perasaanmu. Kita akan memasuki tempat as-Suln(yakniSuln al-Auliy).

    Dan apabila beliau sampai di tempat asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln, asy-SyaikhAl ibn al-Ht tidak terus masuk. Beliau akan menunggu sahaja di muka pintu,sehingga mendengar suara asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln memanggilnya,Silakanlah masuk, wahai saudaraku.

    Asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln pula, sering memuji asy-Syaikh Al ibn al-Ht.

    Pernah asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln berkata, Para wali Allh, apabila merekadatang ke kota Baghdd, akan menjadi tetamu-tetamuku. Sedangkan bagi dirikupula, aku sendiri adalah tetamu asy-Syaikh Al ibn al-Ht.

    Nota (2)

    Bukanlah dimaksudkan yang asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln itu benar-benartelah dilahirkan di dalam isyq (kerinduan) ataupun umur beliau benar-benar kmil(sempurna), yakni kita tidak boleh mengambil makna yang zahir sahaja.

  • 8/3/2019 Biografi Abdul Qodir Al Jilani

    37/77

    Berdasarkan nilai sesuatu huruf dalam Bahasa Arab, jumlah nilai huruf-huruf didalam sesuatu perkataan itulah yang dimaksudkan. Ini dikenali dengan panggilankiraan al-jumal.

    Perkataan isyq ( ) itu dieja dengan 3 huruf, iaitu ain, syn dan qf. Hurufainnilainya 70, hurufsyn nilainya 300, dan hurufqfpula nilainya 100. Jumlahnyaialah 470. Maka diambil kesimpulan yang asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln telahdilahirkan pada tahun 470 Hijrah.

    Perkataan kmil( ) itu dieja dengan 4 huruf, iaitu kf, alif, mm, dan lm.Hurufkfnilainya 20, hurufalifnilainya 1, hurufmm nilainya 40 dan huruflmpula nilainya 30. Jumlahnya ialah 91. Maka diambil kesimpulan bahawa asy-SyaikhAbdul Qdir al-Jln telah meninggal dunia ketika berumur 91 tahun.

    Ini adalah satu kaedah yang kadangkala digunakan oleh orang-orang sufi, walaupuntidaklah ia istimewa digunakan oleh orang-orang sufi sahaja. Mereka yang pakarmenulis azimat (dan rajah-rajah seperti yang terdapat di dalam kitabSyams al-Marif al-Kubr, tulisan Amad ibn Al al-Bn, sebuah kitab yang berumurlebih kurang 800 tahun, tetapi masih popular di Nusantara) pun menggunakankaedah ini.

    Dan tiadalah juga ia bermakna yang kaedah ini sahajalah yang digunakan olehorang-orang dari kalangan sufi. Ada lagi beberapa kaedah tambahan yang lebihrumit, yang selalunya digunakan bersama-sama kaedah ini.

    Dari itu, ketika membaca kitab-kitab mengenai ilmu tasawuf, si murid perlulahberhati-hati dengan fakta-fakta mengenai para wali Allh. Fakta-fakta ini tidakboleh diterima secara zahir sahaja. Kadangkala, untuk memahaminya dengan tepat,si murid perlu mengetahui ilmu-ilmu lain terlebih dahulu.

    Pernah terjadi di satu tempat di Malaysia, seorang pemuda telah menyatakan rasaterkejutnya apabila dia mendengar kata-kata daripada seorang lebai. Menurutnya,lebai itu telah jatuh kafir atau telah menjadi musyrik, kerana mengatakan yangumurnya adalah dua tahun lebih muda daripada Allh!

    Seorang lim yang sedang duduk di situ, telah tersenyum dan menasihatkanpemuda itu supaya bersabar dahulu, dan jangan mudah mengkafirkan orang lain.

    Si lim telah berkata lagi bahawa lebai itu hanya sekadar ingin menguji si pemuda.(Si lim tahu yang pemuda itu sangat suka bercakap besar, seolah-olah ilmunyasangat luas, kerana pemuda itu baru sahaja keluar dari universiti. Kata-kata pemudaitu telah kerap kali menyinggung perasaan orang-orang lain.) Si lim telahmemberitahu kepada pemuda itu bahawa lebai itu sebenarnya telah menggunakan

    kaedah kiraan al-jumal. Perkataan Allh ( ) itu dieja dengan huruf-hurufalif,lm, lm dan h. Hurufalifbernilai 1, huruflm (yang pertama) bernilai 30, huruflm (yang kedua) bernilai 30, dan hurufhbernilai 5. Jumlahnya ialah 66. Oleh

  • 8/3/2019 Biografi Abdul Qodir Al Jilani

    38/77

    kerana lebai itu berkata umurnya adalah dua tahun lebih muda daripada Allh,maka hendaklah ditolak dengan nilai dua. Ini menjadikan jumlahnya 64. Makamaksud lebai itu ialah, umurnya adalah 64 tahun, bukanlah dia mengatakan yangumurnya itu benar-benar adalah dua tahun lebih muda daripada Zat Allh Tal!

    Walau bagaimanapun, si lim telah menyampaikan juga kepada pemuda itu satunasihat tambahan, yang berasal daripada seorang guru sufi, Sesiapa jua yangmengaku menjadi seorang pengikut ilmu tasawuf(sufism), hendaklah mempunyai asense of humour, dan cara dia berfikir pula, mestilah tidak dangkal (notsuperficial).

    Bahagian 6Sesetengah DaripadaKarmtasy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln

    Jumlah karmtyang dimiliki oleh asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln adalahbanyak sekali dan telah diakui oleh golongan al-ulamdi zamannya dan jugasesudahnya. (1)

    Telah berkata pula asy-Syaikh Izzuddn Abdul Azz ibn Abdus Salm, seoranglim yang terkenal sebagaiSuln al-Ulamdan yang telah hidup selepas zaman

  • 8/3/2019 Biografi Abdul Qodir Al Jilani

    39/77

    asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln, Tiada sampai kepadaku kisah-kisah karmtseorang wali Allh yang lebih mutawtir seperti sampainya kisah-kisah karmtasy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln.

    Telah bercerita asy-Syaikh Ab al-Abbs Amad ibn Muammad ibn Amad al-Qurasy al-Jl:

    Pada suatu hari, aku telah menghadiri majlis asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln,berserta murid-muridnya yang lain. Tiba-tiba, muncul seekor ular besar dipangkuan asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln. Maka orang ramai yang hadir di majlisitu pun berlari lintang-pukang dalam ketakutan. Tetapi asy-Syaikh Abdul Qdir al-

    Jln hanya duduk dengan tenang sahaja. Kemudian ular itu pun masuk ke dalambaju asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln dan telah merayap-rayap di badannya.Setelah itu, ular itu telah naik pula ke lehernya. Namun, asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln masih tetap tenang dan tidak berubah keadaan duduknya.

    Setelah beberapa waktu berlalu, turunlah ular itu dari badan asy-Syaikh AbdulQdir al-Jln dan ia telah berkata-kata dengan asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln.Setelah itu, ular itu pun ghaib.

    Maka bertanyalah kami kepada asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln tentang apa yangtelah dipertuturkan oleh ular itu. Menurut asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln, ularitu telah berkata bahawa dia telah menguji ramai wali-wali Allh yang lain, tetapidia tidak pernah bertemu dengan seorang pun yang setenang dan sehebat asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln.

    Telah bercerita pula asy-Syaikh Muammad ibn Yay at-Tdif di dalam kitabnyayang bernama Qalid al-Jawhir:

    Pada suatu hari, ketika asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln sedang mengajar murid-muridnya di dalam sebuah majlis, seekor burung telah terbang di udara di atas

    majlis itu sambil mengeluarkan satu bunyi yang telah mengganggu majlis itu. Makaasy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln pun berkata, Wahai angin, ambil kepala burungitu.

    Seketika itu juga, burung itu telah jatuh ke atas majlis itu, dalam keadaan kepalanyatelah terputus daripada badannya.

    Setelah melihat keadaan burung itu, asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln pun turundari kerusi tingginya dan telah mengambil badan burung itu, lalu disambungkankepala burung itu ke badannya. Kemudian asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln telahberkata, Bismillhir ramnir ram.

  • 8/3/2019 Biografi Abdul Qodir Al Jilani

    40/77

    Dengan serta-merta burung itu telah hidup kembali dan terus terbang dari tanganasy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln.

    Maka menjadi takjublah para hadirin di majlis itu kerana melihat kebesaran Allhyang telah ditunjukkanNya melalui tangan asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln itu.

    Telah bercerita asy-Syaikh Ab Naar ibn Umar al-Baghdd al-Mathn a-arw yang dia telah mendengar bapanya bercerita:

    Aku berupaya untuk memanggil jin-jin, dan ini telah aku lakukan untuk beberapakali. Tetapi pada suatu hari, aku telah terpaksa menunggu lebih lama daripada biasa,

    barulah mereka datang. Apabila mereka tiba, mereka telah berkata kepadaku, Lainkali, apabila engkau ingin memanggil kami, janganlah engkau lakukan pada waktuasy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln sedang memberikan ceramah kepada orangramai.

    Apabila aku tanyakan mereka sebabnya, mereka telah menjawab, Kerana kamisendiri pun akan datang beramai-ramai untuk menghadiri ceramahnya.

    Aku telah bertanya lagi, Benarkah jin-jin pun menghadiri majlis ceramah asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln?

    Mereka telah menjawab, Sudah tentu. Dan keadaan kumpulan kami adalah lebihbersesakan daripada keadaan kumpulan manusia. Ramai daripada kaum kami yangtelah memeluk agama Islam dan juga bertaubat di tangannya.

    Telah diceritakan di dalam sebuah riwayat:

    Pada suatu hari, di dalam tahun 537 Hijrah, seorang lelaki dari kota Baghdd(dikatakan oleh sesetengah perawi bahawa lelaki itu bernama Ab Sad Abdullhibn Amad ibn Al ibn Muammad al-Azaj al-Baghdd) telah datang bertemu

    dengan asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln. Lelaki itu telah berkata kepada asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln bahawa dia mempunyai seorang anak dara suntiberumur enam belas tahun bernama Fimah. Anak daranya itu telah diculik(diterbangkan) dari atas anjung rumahnya oleh seorang jin.

    Maka asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln pun menyuruh lelaki itu pergi pada malamhari itu, ke suatu tempat bekas rumah roboh, di satu kawasan lama di kota Baghddbernama al-Karkh.

    Carilah bonggol yang kelima, dan duduklah di situ. Kemudian, gariskan satubulatan sekelilingmu di atas tanah. Semasa engkau membuat garisan, ucapkanlah

  • 8/3/2019 Biografi Abdul Qodir Al Jilani

    41/77

    Bismillh, dan di atas niat asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln. Apabila malam telahgelap, engkau akan didatangi oleh beberapa kumpulan daripada jin, denganberbagai-bagai rupa dan bentuk. Janganlah engkau takut. Apabila waktu hampirterbit fajar, akan datang pula raja jin dengan segala angkatannya yang besar. Diaakan bertanyakan hajatmu. Katakan kepadanya yang aku telah menyuruh engkaudatang bertemu dengannya. Kemudian ceritakanlah kepadanya tentang kejadianyang telah menimpa anak perempuanmu itu.

    Lelaki itu pun pergilah ke tempat itu dan melaksanakan arahan asy-Syaikh AbdulQdir al-Jln itu.

    Beberapa waktu kemudian, datanglah jin-jin yang cuba menakut-nakutkan lelaki itu,tetapi jin-jin itu tidak berkuasa untuk melintasi garis bulatan itu. Jin-jin itu telahdatang bergilir-gilir, yakni satu kumpulan selepas satu kumpulan. Dan akhirnya,

    datanglah raja jin yang sedang menunggang seekor kuda dan telah disertai oleh satuangkatan yang besar dan hebat rupanya.

    Raja jin itu telah memberhentikan kudanya di luar garis bulatan itu dan telahbertanya kepada lelaki itu, Wahai manusia, apakah hajatmu?

    Lelaki itu telah menjawab, Aku telah disuruh oleh asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln untuk bertemu denganmu.

    Sebaik-baik sahaja dia mendengar nama asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jlndiucapkan oleh lelaki itu, raja jin itu telah turun dari kudanya dan terus mengucup

    bumi. Kemudian raja jin itu telah duduk di atas bumi, disertai dengan seluruhanggota rombongannya. Sesudah itu, raja jin itu telah bertanyakan masalah lelakiitu. Lelaki itu pun menceritakan kisah anak daranya yang telah diculik oleh seorangjin.

    Setelah mendengar cerita lelaki itu, raja jin itu pun memerintahkan agar dicari si jinyang bersalah itu. Beberapa waktu kemudian, telah dibawa ke hadapan raja jin itu,seorang jin lelaki dari negara Cina bersama-sama dengan anak dara manusia yangtelah diculiknya.

    Raja jin itu telah bertanya, Kenapakah engkau sambar anak dara manusia ini?

    Tidakkah engkau tahu yang dia ini berada di bawah naungan al-Qub ?

    Jin lelaki dari negara Cina itu telah mengatakan yang dia telah jatuh berahi dengananak dara manusia itu.

    Raja jin itu pula telah memerintahkan agar dipulangkan perawan itu kepadabapanya, dan jin dari negara Cina itu pula telah dikenakan hukuman pancungkepala.

    Lelaki itu (bapa kepada Fimah) pun mengatakan rasa takjubnya dengan segalaperbuatan raja jin itu, yang sangat patuh kepada asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln.

  • 8/3/2019 Biografi Abdul Qodir Al Jilani

    42/77

    Raja jin itu telah berkata pula, Sudah tentu, kerana asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln boleh melihat dari rumahnya semua kelakuan jin-jin yang jahat. Dan merekasemua sedang berada di sejauh-jauh tempat di atas bumi, kerana telah lari darisebab kehebatannya. Allh Tal telah menjadikan asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln bukan sahaja al-Qub bagi umat manusia, bahkan juga ke atas seluruhbangsa jin.

    Telah bercerita asy-Syaikh Ab Umar Uthmn a-rfn dan asy-SyaikhAb Muammad Abdul aqq al-uraim:

    Pada 3 haribulan Safar tahun 555 Hijrah, kami berada di sisi asy-Syaikh Abdul

    Qdir al-Jln. Pada waktu itu, asy-Syaikh Abdul Qdir al-Jln sedangmengambil wuduk dan memakai sepasang terompah. Setelah selesai menunaikansolat dua rakaat, dia telah bertempik dengan tiba-tiba, dan telah melemparkan salahsatu daripada terompah-terompah itu dengan sekuat tenaga sehingga tiadaternampak lagi oleh mata. Selepas itu, dia telah bertempik sekali lag