bingkisan untuk perdana menteri

6
8/9/2019 Bingkisan Untuk Perdana Menteri http://slidepdf.com/reader/full/bingkisan-untuk-perdana-menteri 1/6 Bingkisan Untuk Perdana Menteri Kehadapan yang Amat Berhormat Dato Seri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim, saya persembahkan serangkap puisi nukilan Datuk  A.Samad Said untuk tatapan Dato Seri yang saya kasihi. Titisan Darah di Tanah Indah Moyang kami yang papa mesra berbudi bahasa mati terantai kakinya, tercelik hampa matanya tanah pusaka raya indah subur merata untuk kita warisnya-penyambung cerita derita. Untaian masa bertunda memucatkan warna muka ulangan cahaya bahagia menjelma tiada ke gua kami masih berbahasa masih berbudi juga sedang tangan raksasa mencekik bengis mangsanya Dalam taman hak kami berkembang puspa yang wangi aneka ragam jenisnya menghiasi persada bunda biar bersatu segala-galanya erat berpadu sejiwa biar semarbak baunya mengharumi seluruh benua! Kami berbudi-bahasa penuh ikhlas di dada tiada rela berjela cerita neraka selaksa kami berbudi bahasa mesra hati asasnya siapa saja derhaka kami ancam nyawanya!

Upload: haziq

Post on 30-May-2018

246 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bingkisan Untuk Perdana Menteri

8/9/2019 Bingkisan Untuk Perdana Menteri

http://slidepdf.com/reader/full/bingkisan-untuk-perdana-menteri 1/6

Bingkisan Untuk Perdana Menteri

Kehadapan yang Amat Berhormat Dato Seri Najib Tun Abdul Razak, Perdana

Menteri Malaysia.

Dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim, saya persembahkan serangkap puisi nukilan Datuk

 A.Samad Said untuk tatapan Dato Seri yang saya kasihi.

Titisan Darah di Tanah Indah

Moyang kami yang papa mesra berbudi bahasa

mati terantai kakinya, tercelik hampa matanya

tanah pusaka raya indah subur merata

untuk kita warisnya-penyambung cerita derita.

Untaian masa bertunda memucatkan warna muka

ulangan cahaya bahagia menjelma tiada ke gua

kami masih berbahasa masih berbudi juga

sedang tangan raksasa mencekik bengis mangsanya

Dalam taman hak kami berkembang puspa yang wangi

aneka ragam jenisnya menghiasi persada bunda

biar bersatu segala-galanya erat berpadu sejiwa

biar semarbak baunya mengharumi seluruh benua!

Kami berbudi-bahasa penuh ikhlas di dada

tiada rela berjela cerita neraka selaksa

kami berbudi bahasa mesra hati asasnya

siapa saja derhaka kami ancam nyawanya!

Page 2: Bingkisan Untuk Perdana Menteri

8/9/2019 Bingkisan Untuk Perdana Menteri

http://slidepdf.com/reader/full/bingkisan-untuk-perdana-menteri 2/6

Dalam taman hak kami berkembangan puspa yang wangi

segar sihatlah puspa jernih tenang warnanya

dalam taman hak kami berkembangan puspa yang suci

rumput liar bernoda kami ragut akarnya?

Moyang kami yang papa mati terantai kakinya

kami titisan darahnya pelebur cengkaman rantain ya

moyang kami yang mesra tercelik hampa matanya

kami titisan darahnya pencurah bahagia ke matanya!

Dato Seri, indah sekali nukilan puisi titipan Datuk A.Samad Said ini dan begitu

 jugalah murninya hasrat saya menulis warkah dari hati yang tulus untuk menyatakankekaguman saya terhadap keamanan dan kesejahteraan negara kita di bawah

kepimpinan yang berhormat Dato Seri. Puisi puitis di atas jelas sekali mengutarakan

hasrat rakyat Malaysia untuk kekal aman dan sejahtera selama-lamanya.

Hakikatnya, tiada siapa merelakan negara kita terjajah sekali lagi. Sebagai warga

muda, kami berazam akan mempertahankan kedaulatan negara hingga ketitisan

darah terakhir. Maka, moleklah jika saya mengutarakan beberapa perkara untuk

memastikan perpaduan kaum di negara kita terjalin lebih utuh dan kukuh berterask an

semangat µSatu Malaysia¶ seperti yang diilhamkan oleh Dato Seri.

Sebagai mukadimah, pada bicara saya eloklah jika peribahasa µdi mana bumi

dipijak, di situ langit dijunjung¶ dijadikan inspirasi untuk mengukuhkan per sefahaman

yang telah sedia terjalin sejak sekian lama. Hal ini demikian kerana apabila

memahami konsep adat dan budaya yang menjadi teras dalam perpaduan, maka

semua pihak akan saling menghormati dan menyelami keindahan budaya yang kita

 junjung. Sehubungan dengan itu, Islam yang merupakan agama rasmi negara akan

terus dihormati oleh penganut agama yang lain serta diamalkan dengan sempurna

oleh umat Islam di Malaysia. Manakala budaya dan bahasa Melayu pula menjadi

pasak perpaduan akan terus dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Benar sekali

kata pujangga Dato Seri, µbahasa itu jiwa bangsa¶ maka bahasa melayu mestilah

diperkasakan dan dimartabatkan sebagai bahasa perpaduan, bahasa ilmu serta

bahasa penyatuan jiwa semua kaum di Malaysia. Jika hilang bahasa kebangsaan

maka pincanglah penyatuan jiwa rakyat Malaysia. Namun begitu, demi meningkatkan

kualiti hidup dan persaingan di peringkat global maka bah asa-bahasa lain seperti

bahasa Inggeris, bahasa Arab, Mandarin mahupun Perancis wajib dipelajari oleh

orang kita. Dato Seri tentu kita tidak mahu bangsa Malaysia masih duduk di bawah

tempurung sedangkan orang lain lebih maju ke hadapan, meneroka pelbagai ilmu

menerusi bahasa dunia.

Page 3: Bingkisan Untuk Perdana Menteri

8/9/2019 Bingkisan Untuk Perdana Menteri

http://slidepdf.com/reader/full/bingkisan-untuk-perdana-menteri 3/6

Selain itu, amalan berbudi bahasa,kempen senyuman mesra dan ucapan

selamat perlu juga dijadikan budaya rakyat Malaysia terutama dalam kalangan

khalayak yang berurusan dengan orang ramai seperti kakitangan kerajaan , pekerja

swasta, hatta senyuman dan ucapan terima kasih juga wajar sekali diberikan kepada

para buruh nelayan, petani mahupun pekerja yang mengangkut sampah-sarap di

kawasan perumahan. Maklumlah, jika tiada golongan ini tentu negara kita kehilangansatu dalam sepuluh jari yang sedia ada kerana sifat saling bergantung itulah yang

menjadi mercu keharmonian negara. Oleh itu, sifat rendah diri tidak angkuh dan

sombong wajar dipupuk dalam kalangan generasi muda sejak berumur setah un

 jagung lagi kerana jika hendak µmelentur buluh biarlah dari rebungnya¶. Lagipun

amalan berbudi bahasa ini telah diamalkan sejak zaman-berzaman seperti pantun

tradisional di bawah ini:

 Angin teluk menyisir pantai,

Hanyut rumpai di bawah titi;

Biarlah buruk kain dipakai,

 Asal pandai mengambil hati.

Tetak puding di tepi bendang,

Terbang ke desa burung kenari;

Tercampak badan di rantau orang,

Budi bahasa pelindung diri.

Dato Seri yang dihormati,

Sebagai anak watan yang sayang akan negara sudah semestinya kita jangan

sekali-kali leka dan terlena dibuai mimpi-mimpi indah kerana pihak luar sentiasa

memainkan sentimen untuk memporak-perandakan negara dengan pelbagai cara.

Sudah jelas dan nyata mereka akan cuba menyemarakkan api permusuhan dengan

melaga-lagakan kaum di negara ini melalui sentimen agama, adat dan budaya.

Lantaran itu, sebagai generasi muda yang akan menerajui kepimpinan negara pada

masa akan datang, pemuda-pemudi hari ini mestilah sedar dan insaf serta menolak

sebarang propaganda yang dicetuskan oleh pihak-pihak yang tidak

bertanggungjawab untuk menjejaskan keharmonian negara. Sebaliknya,kita haruslah

sedar dan menghargai pengorbanan pemimpin terdahulu yang berjuang

menyatupadukan negara di bawah Jalur Gemilang. Tentu sekali kita tidak mahu

sejarah hitam 13 Mei 1969 berulang kembali. Maka kebebasan bersuara dalam

media cetak dan elektronik perlu dikawal kerana ada kalanya kebebasan bersuara itu

menyemarakkan noda-noda kebencian antara kaum sama ada secara sedar 

mahupun tidak. Sebagai rakyat Malaysia kita perlulah berfikiran waras dan tidak

cepat melatah apabila isu perkauman dimainkan oleh pihak yang tidak

bertanggungjawab. Pada peringkat kepimpinan pula mereka harus menyelesaikan

sebarang perselisihan pendapat dengan segera agar tidak menjadi api yang

Page 4: Bingkisan Untuk Perdana Menteri

8/9/2019 Bingkisan Untuk Perdana Menteri

http://slidepdf.com/reader/full/bingkisan-untuk-perdana-menteri 4/6

membakar keharmonian selama ini. Sebagai rakyat yang cinta akan keamanan dan

sayang akan kedaulatan negara, sudah tentu kita tidak ingin menjadi seperti µtelur 

sesangkak, pecah sebiji pecah semuanya¶.

Dato Seri yang dihomati,

µBersatu teguh, bercerai roboh¶, µKe gunung sama didaki, ke lurah sama

dituruni¶. Begitulah konsep kerja sama yang perlu diterapkan dalam masyarakat

Malaysia untuk mengekalkan keharmonian negara. Sebagai generasi muda yang

masih baru menyedut nikmat kemerdekaan dan kebebasan di Mal aysia yang aman

dan makmur, kerjasama yang erat dalam pelbagai bidang perlu diteruskan misalnya

dalam perkongsian ekonomi, cetusan idea, maklumat dan kepakaran serta

penciptaan agar rakyat lebih terarah kepada budaya persaingan yang sihat. Tanpa

kerjasama sudah pasti beban yang berat terasa beratnya manakala yang ringandijinjing berseorangan. Oleh itu, iklan-iklan di media amat memainkan peranan untuk

mencambahkan semangat kerjasama berpasukan antara kaum di Malaysia dalam

kehidupan seharian mahupun dalam bidang ekonomi. Maka, peluang-peluang

pekerjaan akan wujud dan memberi peluang kepada rakyat kita untuk membuktikan

kemampuan masing-masing dalam bidang-bidang yang diceburi tanpa prasangka

atau prejudis terhadap pihak lain. Dalam bidang sukan badminton misalnya,

kerjasama antara kaum telah melayakkan negara memenangi piala Thomas. Begitu

 juga dalam pasukan bola sepak, terdapat tiga bangsa yang bekerjasama

mengharumkan nama negara hingga memberi kejayaan kepada Malaysia dalam

sukan SEA 2009 di Vietnam baru-baru ini. Dato Seri, perkara yang sudah terang lagibersuluh ini eloklah diuar-uarkan kepada masyarakat bahawa konsep kerjasama

yang kita amalkan sekarang amat perlu diteruskan demi kesinambungan dan

kebahagiaan generasi akan datang. Lantaran itu, aktiviti kejiranan seperti gotong-

royong, kunjung-mengunjungi dan aneka rumah terbuka diharapkan dapat

mengukuhkan keharmonian negara agar generasi akan datang dapat mengecapi

nikmat toleransi seperti yang kita rasai pada hari ini . Mungkin pada suatu ketika

nanti, rakyat kita tidak lagi berasa segan silu atau tersinggung apabila na ma-nama

seperti Siti Fatimah, Hamidah, Hassan dan Zakaria turut digunakan oleh kaum-kaum

lain di Malaysia sebagai nama dalam µMykad¶ masing-masing. Ya, siapa tahu jika

µcempedak akan menjadi nangka¶. Hanya masa yang akan menentukannya, Dato

Seri.

Page 5: Bingkisan Untuk Perdana Menteri

8/9/2019 Bingkisan Untuk Perdana Menteri

http://slidepdf.com/reader/full/bingkisan-untuk-perdana-menteri 5/6

Dato Seri yang dikasihi,

 Awan larat angin puputan,

Gugur melayang si bunga sena,

Tuan ibarat permata intan,

Saya menumpang sinar cahayanya.

Sebelum saya mengundurkan diri, saya dengan penuh takzim ingin

menyatakan sekali lagi bahawa demi mengekalkan keharmonian negara, sikap

penyayang dan mengasihi antara satu sama lain amatlah perlu disemai sejak kecil

lagi. Oleh itu, sekolah wawasan yang pernah diilhamkan harus diteruskan demi

kebaikan semua pihak. Saya amat yakin Dato Seri, sebagai pemimpin berjiwa rakyatsudah tentu dapat melaksanakan agenda ini kerana hal -hal yang berat seperti dalam

hubungan antarabangsa pun dapat ditangani oleh Dato S eri, inikan pula hal yang

melibatkan rakyat jelata. Lantaran itu, karya-karya sastera yang dinukilkan oleh

sasterawan dan pengkarya seluruh negara mestilah diangkat sebagai karya agung

yang dapat dijadikan aspirasi membangunkan minda rakyat. Realitinya, menerusi

penulisan, teater, drama mahupun filem merupakan cara yang paling mudah

mendidik masyarakat agar kembali kepada pemuafakatan antara kaum demi

mengekalkan kesejahteraan negara. Dengan itu, perhubungan yang semakin

renggang dapat dieratkan semula dalam suasana yang lebih kondusif dengan

perancangan yang efisien dan efektif. Maka, sebagai anak muda yang masih naif dalam perjuangan, saya berdoa agar Dato Seri dapat meneruskan tugas

memartabatkan bangsa, agama dan tanah air dengan semangat jitu yang tidak

berbelah bagi.

 Akhir kalam, saya berdoa semoga Dato Seri dilimpahi dengan kesihatan yang

baik untuk mentadbir negara dengan petunjuk dan hidayah daripada Allah SWT serta

dapat mengukuhkan kesetiakawanan antara kaum dalam pelbagai aspek.

Sehubungan dengan itu, eloklah kita mengelakkan sifat bongkak dan s ombong,

tumang-menumang dan tuduh-menuduh, saya bimbang kita hanya akan menang

sorak sedangkan kampung kita tergadai. Lagipun apalah faedahnya jika saling

bermusuhan kerana jika µkalah menjadi abu, jika menang pula hanya menjadi arang ¶.Sekian sahaja warkah saya untuk Dato Seri, maka saya akhiri dengan perbilangan

adat yang menjulang semangat perpaduan untuk tat apan Dato Seri.

Page 6: Bingkisan Untuk Perdana Menteri

8/9/2019 Bingkisan Untuk Perdana Menteri

http://slidepdf.com/reader/full/bingkisan-untuk-perdana-menteri 6/6

Duduk berpelasaran

Dekat rumah dekat kampung,

Sehalaman sepermainan,

Seperigi sepergiliran,

Sejamban setepian,

Muafakat tak berubah,

Rahsia tak bertukar,

Ibarat labu menjalar ke hulu,

Ibarat kundur menjalar ke hilir,

Pangkalnya sama dipupuk,

Pucuknya sama digentis,

Buahnya sama diambil,

Ke bukit sama didaki,

Ke lurah sama dituruni,

Ke laut sama direnangi.

Perbilangan Adat Perpatih

Sekian, Wabillahitaufik walhidayah wasalamualaikum warahmatullahi

wabarakatuh, Salam Satu Malaysia, µRakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan¶.

Yang Benar,

 _______________________________ 

(Mohammad Haziq b. Mohammad Hazni)

Sekolah Menengah Kebangsaan Tambun,

Jalan Tanjung Rambutan, Ulu Kinta.