bincangkan peranan sungai dalam pembentukan dan an tamadun awal dengan memberikan contoh

4
Bincangkan peranan sungai dalam pembentukan dan perkembangan tamadun awal dengan memberikan contoh-cohtoh yang sesuai daripada tamadun awal. Pendahuluan - Tamadun-tamadun awal yang muncul di dunia adalah terletak di lembah-lembah sungai seperti Tamadun Semeria, T.Mesir, T. Hwang Ho, T.Indus. Latar belakang tamadun awal seperti T.Sumeria wujud di lembah Sg.tigris dan Euprites, T.mesir di lembah Sg.Nil. Sungai merupakan persekitaran asas dalam perubahan kehidupan manusia yang menjadi faktor penting dalam pembentukan tamadun. Isi 1. Sungai sebagai sumber bekalan air. - Manusia membina petempatan di Lembah sungai kerana mereka memerlukan bekalan air untuk kegunaan sendiri, binatang ternakan dan tanaman. Contoh Sg.Tigris, Sg.Nil, Sg.Hwang Ho. Sungai juga membekalkan sumber protein kepada mereka. 2. Kawasan Yang Subur - Sungai mewujudkan kawasan yang subur untuk aktiviti pertanian dan penternakan seperti Lembah Sungai Hwang-Ho membekalkan tanah loes yang subur. Hasil pertanian merupakan sumber makanan yang utama justeru kawasan-kawasan lembah sungai menjadi tumpuan manusia. 3. Petempatan - Lembah sungai merupakan lokasi yang paling sesuai untuk untuk dibina petempatan. Ini disebabkan bentuk mula bumi dasar lembah sungai tanahnya rendah, luas, rata dan beralun. 4. Sumber Alam - Kawasan lembah sungai sebagai sumber alam semula jadi yang membekalkan tanah lanar yang subur untuk tanaman. Tanah liat berpasir untuk pembinaan rumah seperti masyarakat Indus yang membina rumah di Bandar Mohenjo-daro dan Harappa dan untuk

Upload: hazryle

Post on 28-Jul-2015

249 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bincangkan Peranan Sungai Dalam Pembentukan Dan an Tamadun Awal Dengan Memberikan Contoh

Bincangkan peranan sungai dalam pembentukan dan perkembangan tamadun awal dengan memberikan contoh-cohtoh yang sesuai daripada tamadun awal.

Pendahuluan

- Tamadun-tamadun awal yang muncul di dunia adalah terletak di lembah-lembah sungai seperti Tamadun Semeria, T.Mesir, T. Hwang Ho, T.Indus. Latar belakang tamadun awal seperti T.Sumeria wujud di lembah Sg.tigris dan Euprites, T.mesir di lembah Sg.Nil. Sungai merupakan persekitaran asas dalam perubahan kehidupan manusia yang menjadi faktor penting dalam pembentukan tamadun.

Isi

1. Sungai sebagai sumber bekalan air.

- Manusia membina petempatan di Lembah sungai kerana mereka memerlukan bekalan air untuk kegunaan sendiri, binatang ternakan dan tanaman. Contoh Sg.Tigris, Sg.Nil, Sg.Hwang Ho. Sungai juga membekalkan sumber protein kepada mereka.

2. Kawasan Yang Subur

- Sungai mewujudkan kawasan yang subur untuk aktiviti pertanian dan penternakan seperti Lembah Sungai Hwang-Ho membekalkan tanah loes yang subur. Hasil pertanian merupakan sumber makanan yang utama justeru kawasan-kawasan lembah sungai menjadi tumpuan manusia.

3. Petempatan

- Lembah sungai merupakan lokasi yang paling sesuai untuk untuk dibina petempatan. Ini disebabkan bentuk mula bumi dasar lembah sungai tanahnya rendah, luas, rata dan beralun.

4. Sumber Alam

- Kawasan lembah sungai sebagai sumber alam semula jadi yang membekalkan tanah lanar yang subur untuk tanaman. Tanah liat berpasir untuk pembinaan rumah seperti masyarakat Indus yang membina rumah di Bandar Mohenjo-daro dan Harappa dan untuk membina tembok di Jericho dan Catal Huyuk. Lembah sungai juga membekalkan sumber kayu untuk binaan rumah di alam Melayu.

5. Iklim

- Iklim Lembah sungai disederhanakan oleh faktor penyejukan suhu permukaan air . Biasanya di kawasan sungai, iklimnya lebih stabil dengan kelembapan yang tinggi sesuai dengan aktiviti manusia. Kelembapan suhu 24 C-28 C.

6. Agama

- Agama masyarakat Mesir percaya sungai sebagai tempat tinggal tuhan mereka.(Sg.Nil) sehingga Mesir mendapat jolokan Hadiah Sg.Nil. Masyarakat Indus menjadikan Sg. Indus dan Sg.Ganges sebagai tempat suci agama Hindu.

Page 2: Bincangkan Peranan Sungai Dalam Pembentukan Dan an Tamadun Awal Dengan Memberikan Contoh

7. Perhubungan

- Sungai sebagai alat perhubungan dan pengangkutan. Contoh sg. Hwang Ho dan Sg.Nil alat perhubungan ke kawasan pedalaman cina dan Mesir. Sg. Tigris/Euprhates alat perhubungan dan perkembangan Bandar pelabuhan seperti Bandar Urech, Ur di Babylon. -perkembangan Bandar dan taman seperti pelabuhan di sungai Indus. Selain daripada itu taman tergantung di Babylon mula dibina di kawasan sungai. Di Asia Tenggara sungai sebagai sumber pengangkutan hasil hutan seperti kayu balak, rotan, damar dari pedalaman ke pelabuhan utama seperti Srivijaya dan Majapahit.

8. Sempadan

- Sungai sebagai sempadan,pertahanan daerah dan negeri.

Sungai dan laut adalah penting dalam pembentukan sesuatu Tamadun. Berdasarkan contoh-contoh yang sesuai, bincangkan pernyataan tersebut.

Pengenalan :

Sungai dan laut berkait rapat dgn kehidupan manusia. Pada zaman Neolitik, manusia mula hidup menetap di lembah-lembah sungai bagi memudahkan kegiatan harian mereka.

Sungai dan laut merupakan sumber air dan sumber pencarian makanan kepada manusia. Sungai dan laut juga memudahkan perjalanan manusia dari satu tempat ke tempat yang lain.

Peranan sungai dan laut telah membawa kepada kemunculan tamadun-tamadun awal.

Isi-isi penting :

Sungai dan laut sebagai sumber bekalan air, makanan dan memudahkan perjalanan. Manusia mula mencipta rakit, perahu dan kapal layar untuk dijadikan alat pengangkutan dan membolehkan mereka bergerak dengan mudah.

Lembah-lembah sungai mula dijadikan petempatan kekal manusia. Mereka tidak lagi hidup secara nomad dan ini mendorong kemunculan tamadun. Contoh: masyarakat Yunani menggunakan kelebihan laut sebagai pengangkutan dan perhubungan mereka. Tamadun Mesir semakin maju dari segi pertanian disbbkan kesuburan tanah di Lembah Sg. Nil.

Sungai dan laut berperanan sebagai sumber perhubungan dan pengangkutan yang penting. Tamadun Yunani telah menjadikan laut Mediterranean sebagai medium perhubungan. Keadaan yang sama berlaku pada tamadun Mesopotamia dimana sungai digunakan sebagai jalan perhubungan.

Sungai dan laut sebagai jalan perhubungan talah menggalakkan perkembangan aktiviti perdagangan. Perkembangan pusat perbandaran tlh menyebabkan permintaan untuk bahan makanan. Demi memenuhi permintaan ini, pengimportan perlu dijlnkan. Contoh: Athens mengimport 75% gandum yg digunakan. Selain itu tam Mesopotamia menjalankan perdagangan dengan Mesir dan India.

Lembah sungai yang luas membolehkan aktiviti pertanian dijlnkan.Tanah lanar yang dihasilkan dr kelodak-kelodaksungai sesuai untuk penanaman bijirin dan jagung.

Page 3: Bincangkan Peranan Sungai Dalam Pembentukan Dan an Tamadun Awal Dengan Memberikan Contoh

Sistem saliran yang baik sentiasa mengekalkan kesuburan tanah pertanian dan mengelakkannya drpd kekeringan. Contoh : Tamadun Mesopotamia dan Mesir yg mengusahakan tanaman bijirin.

Populasi manusia semakin bertambah secara langsung di lembah sungai. Bekalan tenaga buruh dapat dipenuhi untuk projek-projek pembinaan bangunan, memperluaskan benteng dan terusan. Keadaan Mesopotamia telah memperlihatkan kepentingan sungai khususnya di kawasan hulu yang berkeupayaan mendorong masyarakatnya memajukan sistem pengairan.

Kemunculan negara kota atau bandar yg menjadi pusat aktiviti ekonomi, agama, politik dan artistik. Kebolehan manusia mengendalikan sistem pelayaran membantu mereka menjelajah dan meneroka. Ini mengukuhkan kedudukan sesebuah tamadun.

Upacara keagamaan/Ritual keagamaan. Membekalkan bahan binaan.

Kesimpulan :

Jelas di sini sungai dan laut merupakan elemen yg sgt penting dlm pembentukan tamadun. Peranan sungai dan laut telah banyak menyumbang kepada corak kehidupan manusia sehingga membawa kepada kemunculan tamadun yang unggul.