bincangkan bagaimana sistem bumi dapat mempengaruhi aktiviti maniusia serta kesan perubahan...

19
PENGENALAN Alam sekitar dapat dibahagikan kepada dua, iaitu persekitaran fizikal dan persekitaran manusia. Kesemua komponen atmosfera (udara), litosfera (batuan) serta pedosfera (tanih), hidrosfera (air) dan biosfera (flora dan fauna) berinteraksi di antara satu dengan lain untuk mewujudkan keseimbangan dinamik (Goudie, 1992; Park, 1997). Setiap komponen atau subsistem ini mempunyai rangkaian proses-proses fizikal yang juga bertindak balas antara satu dengan yang lain untuk mencapai keadaan keseimbangan dinamiknya yang tersendiri melalui ruang dan masa (Jamaluddin Md. Jahi dan Ismail Ahmad, 1988; Jamaluddin Md. Jahi, 1989, 1999 dan 2000). Sekiranya dalam persekitaran fizikal terdapat gangguan melalui sesuatu proses, gangguan itu akan menyebabkan berlakunya tindak balas untuk memperbaiki keadaan. Cuma di dalam keadaan tindakan proses yang melampau sahaja keseimbangan dinamik ini agak sukar dicapai. Proses fizikal akan sentiasa bertindak ke arah mewujudkan keseimbangan dinamik. Secara semula jadi keseimbangan dinamik dapat dicapai, tetapi jangka masa keseluruhan proses tersebut bergantung pada magnitud sesuatu gangguan itu (Odum, 1971;

Upload: shizuka-jijie-sbp

Post on 19-Jun-2015

10.495 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bincangkan bagaimana sistem bumi dapat mempengaruhi aktiviti maniusia serta kesan perubahan persekitaran fizikal ke atas aktiviti manusia

PENGENALAN

Alam sekitar dapat dibahagikan kepada dua, iaitu persekitaran fizikal dan persekitaran

manusia. Kesemua komponen atmosfera (udara), litosfera (batuan) serta pedosfera (tanih),

hidrosfera (air) dan biosfera (flora dan fauna) berinteraksi di antara satu dengan lain untuk

mewujudkan keseimbangan dinamik (Goudie, 1992; Park, 1997). Setiap komponen atau

subsistem ini mempunyai rangkaian proses-proses fizikal yang juga bertindak balas antara

satu dengan yang lain untuk mencapai keadaan keseimbangan dinamiknya yang tersendiri

melalui ruang dan masa (Jamaluddin Md. Jahi dan Ismail Ahmad, 1988; Jamaluddin Md.

Jahi, 1989, 1999 dan 2000). Sekiranya dalam persekitaran fizikal terdapat gangguan melalui

sesuatu proses, gangguan itu akan menyebabkan berlakunya tindak balas untuk memperbaiki

keadaan. Cuma di dalam keadaan tindakan proses yang melampau sahaja keseimbangan

dinamik ini agak sukar dicapai.

Proses fizikal akan sentiasa bertindak ke arah mewujudkan keseimbangan dinamik.

Secara semula jadi keseimbangan dinamik dapat dicapai, tetapi jangka masa keseluruhan

proses tersebut bergantung pada magnitud sesuatu gangguan itu (Odum, 1971; Turk et al.,

1978). Sebenarnya alam sekitar bukan hanya terdiri daripada komponen-komponen fizikal

sahaja, tetapi juga persekitaran sosial, ekonomi dan budaya yang dibentuk oleh manusia.

Interaksi di antara setiap satu subsistem fizikal sungguh penting kepada manusia. Manusia

adalah sebahagian daripada persekitaran fizikal dan merupakan satu-satunya makhluk yang

berkemampuan melindungi alam sekitar, walaupun kepentingan dan keperluannya sungguh

pelbagai.

Page 2: Bincangkan bagaimana sistem bumi dapat mempengaruhi aktiviti maniusia serta kesan perubahan persekitaran fizikal ke atas aktiviti manusia

KONSEP SISTEM BUMI

Sistem adalah satu set angkubah atau unsur-unsur yang berada di dalam satu

sempadan dan saling bertindak antara satu sama lain. Sistem bermaksud satu himpunan

pembolehubah atau komponen yang berada dalam satu sempadan yang bersifat arbitari.

Selain itu, sesebuah sistem itu juga mempunyai tenaga dan bahan seperti air, gas, dan tenaga

yang boleh masuk dan keluar daripada sistem tersebut. Ini bermakna adanya input,

penggunaan, storan (simpanan) dan juga output. Ketiga-tiga angkubah di dalam sesebuah

sistem sentiasa beroperasi untuk mencapai tahap keseimbangan (stable) dan ini mengambil

masa yang lama. Jika tahap kestabilan sistem dicapai bermakna input tenaga dan bahan

adalah sama dengan outputnya (Jamaluddin Md. Jahi 1996, 1999 dan 2000). Bumi terbentuk

daripada lapisan dalaman iaitu teras dan mantel serta lapisan pergunungan di permukaan.

Ciri-ciri permukaan bumi sentiasa berubah ekoran tindakan dan proses yang berlaku dalam

bumi melalaui tindakan plat tektonik. Elemen oksigen dan silicon paling dominan dalam

kerak bumi (Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah, 2008).

Bumi dianggap sebagai satu sistem terbuka kerana sistem dalam bumi membenarkan

kemasukan tenaga haba dan jisim (air) untuk menghidupkan seluruh pembolehubah dalam

subsistem bumi seperti geomorfologi, ekologi, atmosfera, hidrologi dan lain-lain (Mohamad

Suhaily Yusri Che Ngah, 2008). Sistem bumi mempunyai sempadannya sendiri di samping

memiliki sifat pemulihan kendiri (self-regulation). Menurut Chan Ngai Weng (2000), tenaga

daripada matahari penting sebagai penggerak seluruh operasi sistem berkenaan bergerak

untuk sentiasa mencapai tahap keseimbangan (Steady State System). Terdapat hubungkait

yang sangat kompleks di antara komponen-komponen ini. Jika terdapat gangguan-gangguan

yang kecil, sistem akan mencari titik keseimbangan yang terbaru. Tetapi jika gangguan itu

besar, keadaan ini boleh memusnahkan seluruh sistem mengikut masa.

Page 3: Bincangkan bagaimana sistem bumi dapat mempengaruhi aktiviti maniusia serta kesan perubahan persekitaran fizikal ke atas aktiviti manusia

KOMPONEN-KOMPONEN DALAM SISTEM FIZIKAL BUMI

Sistem fizikal bumi terbentuk daripada lima komponen utama iaitu atmosfera, hidrosfera,

litosfera, biosfera dan pedosfera (Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah, 2008).

Komponen atmosfera merupakan satu lapisan nipis (gas) yang berada di sekeliling

bumi dengan ketinggian kurang daripada 480 km (300 batu) ke bahagian atas permukaan

bumi. Lapisan ini terdiri daripada 78% nitrogen, 21% oksigen, 0.9% argon dan 0.0365 karbon

dioksida. Atmosfera terdiri daripada beberapa lapisan iaitu troposfera, stratosfera, mesosfera,

termosfera, ionosfera, dan eksosfera seperti yang ditunjukkan dalam jadual 2. Lapisan-lapisan

ini mempunyai kepentingannya yang tersendiri (Shaharuddin Ahmad dan Mastura Mahmood,

1999). Misalnya lapisan troposfera penting untuk menampung kehidupan manusia, haiwan,

dan tumbuh-tumbuhan. Lapisan ini menjadi ruang kepada peredaran gas-gas di udara

khususnya gas oksigen dan karbon dioksida. Lapisan ini turut menjadi tempat berlansungnya

pelbagai fenomena iklim serta cuaca, contohnya hujan.

Lapisan ini juga bertindak sebagai penebat kepada bahangan matahari dan bahangan

bumi. Lapisan ini menyerap bahangan daripada permukaan bumi dan matahari untuk

membolehkan suhu bumi sentiasa stabil dan menghalang kehilangan haba dari permukaan

bumi. Lapisan strastosfera atau ozonsfera pula menganjur kira-kira 50 km dari permukaan

bumi. Lapisan ini tidak berawan, kering, dan lebih stabil. Lapisan ini terdiri daripada gas

ozon yang berfungsi menyerap sinaran lembayung matahari. Penyerapan ini membolehkan

manusia, tumbuh-tumbuhan, dan haiwan bebas daripada radiasi berlebihan sinaran tersebut

yang boleh mendatangkan pelbagai kesan negatif seperti kanser kulit. Stratosfera juga

menjadi ruang laluan kapal terbang supersonik.

Komponen hidrosfera atau sistem hidrologi terdiri daripada air yang berada di

permukaan bumi meliputi tasik, laut, paya, kolam, dan sungai. Kira-kira 70.8% daripada

Page 4: Bincangkan bagaimana sistem bumi dapat mempengaruhi aktiviti maniusia serta kesan perubahan persekitaran fizikal ke atas aktiviti manusia

keseluruhan muka bumi terdiri daripada komponen hidrosfera (Shaharuddin Ahmad dan

Mastura Mahmood, 1999). Manakala selebihnya adalah permukaan daratan muka bumi.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 97.2% merupakan air masin atau lautan manakala 2.8%

lagi adalah air tawar. Air boleh wujud dalam bentuk gas, cecair dan wap air. Air khususnya

lautan memerangkap haba dan melepaskannya dalam menyederhanakan suhu di permukaan

bumi. Komponen biosfera atau sistem ekologi dihuni oleh hidupan termasuklah manusia,

tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Komponen ini merangkumi semua organisma di bumi iaitu

atmosfera, litosfera, hidrosfera dan pedosfera yang mempunyai fungsi bersama untuk

menghasilkan persekitaran bagi biosfera yang meliputi dari dasar laut hinggalah ke lapisan

bawah atmosfera.

Komponen litosfera atau sistem geomorfologi pula merujuk kepada lapisan luar bumi

yang sangat pejal terdiri daripada batuan dan sedimen yang saling berpadu untuk membentuk

struktur yang kuat (kerak bumi) dan membentuk kawasan daratan iaitu benua, pulau dan

dasar lautan. Kawasan daratan meliputi 29.2% daripada keseluruhan permukaan bumi,

manakala selebihnya adalah dasar lautan. Ketebalan litosfera berbeza iaitu kurang daripada 5

km di bahagian dasar laut dan lebih daripada 50 km di bahagian daratan. Lapisan luar

merupakan lapisan yang paling nipis dan menjadi asas pembentukan lapisan tanih.

Komponen pedosfera merupakan lapisan tanih yang membentuk tanah dan pelbagai cirinya

(Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah, 2008).

SISTEM BUMI DAPAT MEMPENGARUHI AKTIVITI MANUSIA

Alam sekitar fizikal ditakrifkan sebagai satu set angkubah atau unsur-unsur yang saling

bertindak antara satu sama lain, mempunyai tenaga dan bahan yang dapat masuk dan keluar

dari sistem tersebut (Lee R. Kump, J. F., 2004). Terdapat empat sistem utama alam sekitar

Page 5: Bincangkan bagaimana sistem bumi dapat mempengaruhi aktiviti maniusia serta kesan perubahan persekitaran fizikal ke atas aktiviti manusia

fizikal iaitu sistem geomorfologi, sistem atmosfera, sistem hidrologi dan sistem ekologi

seperti yang ditunjukkan dalam jadual 1. Keempat-empat sistem tersebut saling berinteraksi

dan bergantungan antara satu sama lain. Setiap perubahan yang dialami dalam sesuatu sistem

akan mempengaruhi sistem yang lain. Perubahan iklim merujuk kepada perubahan yang

berlaku ke atas unsur suhu kelembapan udara, hujan, dan keamatan matahari. Unsur iklim

mengalami perubahan akibat terlalu banyak sinaran matahari ke bumi dan kerana pelbagai

kemusnahan yang dilakukan oleh manusia terhadap alam sekitar fizikal. Perubahan iklim

memberi kesan terhadap alam sekitar fizikal dan aktiviti manusia (Rosnah Hj. Salleh et al.,

2007).

Unsur cuaca dan iklim memberi pengaruh yang cukup besar terhadap aktiviti manusia

(Dadang Rusbiantoro, 2008). Antara aktiviti manusia yang dipengaruhi oleh unsur cuaca dan

iklim adalah seperti perikanan, pertanian, perdagangan, pelancongan, pengangkutan,

perindustrian. Bagi kawasan yang beriklim Khatulistiwa yang menerima haba sepanjang

tahun menggalakkan pertumbuhan plankton di dasar laut sebagai sumber bahan makanan

hidupan seperti udang, ikan dan sebagainya dan mengalakkan tanaman lada hitam, getah,

kelapa sawit dan sebagainya. Bagi kawasan beriklim sejuk seperti Eropah yang mengalami

kejadian empat musim, aktiviti perikanan hanya pada musim bunga dan musim panas setiap

tahun. Perbezaan iklim antara kawasan mewujudkan pelbagai tarikan kepada aktiviti

pelancongan seperti aktiviti berjemur di kawasan beriklim panas sepanjang tahun, dan aktiviti

jet ski di kawasan beriklim sederhana sejuk. Sistem pengangkutan juga dipengaruhi oleh

iklim dan cuaca terutama dalam pengaruh angin dan hujan. Gerakan tektonik yang

melibatkan aktiviti dalam kerak bumi seperti gempa bumi, gunung berapi, lipatan dan

gelinciran memberi kesan negatif dan positif kepada kehidupan manusia (Eric, 2004).

Page 6: Bincangkan bagaimana sistem bumi dapat mempengaruhi aktiviti maniusia serta kesan perubahan persekitaran fizikal ke atas aktiviti manusia

KESAN PERUBAHAN PERSEKITARAN FIZIKAL KE ATAS AKTIVITI MANUSIA

Fenomena letusan gunung berapi berlaku dalam sistem geomorfologi. Letusan gunung

berapi mengalirkan lava, aliran piroklastik dan debu ke udara yang mempengaruhi sistem

atmosfera melalui kejadian jerebu, hujan asid dan gangguan cuaca. Jerebu berlaku kerana

pertambahan habuk, asap, dan debu yang mencemari udara (Jamaluddin Md. Jahi, 1989).

Habuk halus ini menyerakkan cahaya matahari lalu menyebabkan jarak penglihatan menjadi

terhad. Pencemaran udara dan jerebu menyebabkan lapisan atmosfera dipenuhi dengan

partikulat terampai (PM10). Partikel ini mengganggu sistem pernafasan dan sistem paru-paru

manusia kesan daripada toksik disedut dan diserap oleh manusia. Masalah ini boleh

mendatangkan kesan buruk kepada kanak-kanak, warga tua dan pesakit sedia ada. Keadaan

ini menyebabkan manusia terdedah kepada penyakit radang paru-paru (bronchitis), katarak

mata, masalah kulit dan masalah pernafasan seperti asma.  Udara kering (dry air) dan

berjerebu menyebabkan jarak penglihatan menjadi terhad yang menyukarkan pergerakan

sistem pengangkutan seperti mengganggu jadual perjalanan, pelayaran kapal dagang dan

pengangkutan darat turut terjejas. Jarak penglihatan manusia semakin terhad apabila jerebu

melanda semakin teruk. Jarak penglihatan yang terhad menyebabkan risiko kemalangan jalan

raya, pelanggaran kapal terbang dan kapal laut.

Akibat perubahan unsur cuaca, cahaya yang sampai ke dasar laut akan berkurangan

kerana diserap oleh jerebu. Keadaan ini menyebabkan pertumbuhan zooplankton dan

fitoplankton berkurrangan kerana proses fotosintesis terganggu. Akibatnya, sumber ikan di

laut berkuranagn. Nelayan juga tidak dapat turun ke laut disebabkan oleh jarak penglihatan

yang terhad. Sektor pertanian juga terjejas apabila proses fotosintesis terganggu. Keadaan ini

menyebabkan tumbesaran tanaman akan terbantut. Kejadian hujan asid selepas jerebu akan

Page 7: Bincangkan bagaimana sistem bumi dapat mempengaruhi aktiviti maniusia serta kesan perubahan persekitaran fizikal ke atas aktiviti manusia

memusnahkan tanaman pertanian seperti buah-buahan dan sayur-sayuran (Jamaluddin Md.

Jahi, 1999).

Fenomena El-Nino yang melanda negara-negara Pasifik dalam sistem atmosfera telah

mengganggu kestabilan atmosfera yang menyebabkan cuaca panas dan kering pada bahagian

barat Pasifik dan kejadian banjir di bahagian timurnya. Kekurangan hujan, cuaca panas dan

kemarau akan mengganggu keseimbangan sistem hidrologi seperti sungai, tasik serta air

bawah tanah (Jamaluddin Md. Jahi dan Ismail Ahmad, 1988). Kekurangan input air di dalam

sistem hidrologi seterusnya akan menjejaskan sistem ekologi akuatik. Hidupan air seperti

udang, ketam dan sebagainya akan terjejas dan mati. Akibatnya rantaian makanan kepada

hidupan lain akan turut terjejas dan sumber pendapatan nelayan terjejas kerana banyak

plankton dan terumbu karang yang menjadi tempat pembiakan ikan.

El-Nino menyebabkan kemarau yang panjang mendorong kegiatan pertanian terpaksa

dikurangkan dan memusnahkan daya pengeluaran hasil pertanian. Sumber air amat penting

kerana diperlukan dalam aktiviti aktiviti pertanian dan penternakan (Jamaluddin Md. Jahi,

2000). Di Malaysia, banyak kawasan sawah padi terutama di Delta Kelantan, Kedah dan

Perlis kekeringan air menyebabkan hasil pengeluaran padi merosot. Kekurangan sumber

makanan menyebabkan krisis kebuluran berlaku dan boleh membawa kepada kehilangan

nyawa. Manusia turut mengalami kekurangan air di dalam badan disebabkan cuaca yang

panas dan kering. Kemarau yang berpanjangan menjejaskan ekosistem akuatik akibat

daripada kekurangan sumber air yang juga mendorong kepada kerugian kepada penternak

ikan.

Kejadian gempa bumi menghasilkan gegaran yang kuat terhadap kerak bumi

sehinggan menyebabkan ketidakstabilan tanah terutamanya di kawasan cerun dan gerakan

jisim seperti tanah runtuh dan berupaya untuk meruntuhkan bangunan, memusnahkan

Page 8: Bincangkan bagaimana sistem bumi dapat mempengaruhi aktiviti maniusia serta kesan perubahan persekitaran fizikal ke atas aktiviti manusia

kenderaan dan harta benda manusia. Tsunami yang terhasil akibat gempa bumi di dasar laut

akan menyebabkan air masuk ke dalam hutan-hutan pinggir pantai. Kesannya hutan-hutan

pinggir pantai akan dicemari dengan air masin dan boleh menyebabkan kemusnahan hutan

dan karang di laut. Kemusnahan karang menyebabkan kawasan pembiakan hidupan laut

musnah. Keadaan ini menyebabkan hasil perikanan semakin berkurang dan menjejaskan

tangkapan nelayan (Rosnah et al., 2007).

Kejadian tsunami yang terjadi di dasar laut berupaya untuk mewujudkan pergerakan

ombak kuat dan menjadi semakin tinggi apabila memasuki kawasan yang cetek (Sham Sani,

1983). Tolakan ombak secara berterusan di bahagian belakang di perairan cetek akan

meninggikan ombak yang berada di hadapan. Kenaikan ketinggian ombak secara tiba-tiba

akan menyebabkan air laut berhampiran pinggir pantai akan mengundur ke laut untuk tempoh

beberapa minit sebelum ianya melanda semula pantai dalam bentuk ombak pembinasa.

Kejadian tsunami, runtuhan bangunan dan tanah runtuh akibat gegaran gempa bumi akan

menyebabkan kehilangan nyawa, memusnahkan tempat kediaman manusia dan

memusnahkan banyak kampung di sepanjang pantai Sumatera, Thailand, Bangladesh,

Malaysia dan India.

Fenomena banjir kilat di Kuala Lumpur berlaku dalam sistem hidrologi tapi ianya

bermula dari sistem geomorfologi dimana permukaan bumi diturap dengan tar, simen konkrit

dan bangunan mengurangkan kadar susupan dan meningkat kadar aliran air permukaan.

Secara tidak langsung mengurangkan proses susupan dan bekalan air dalam tanah. Kapasiti

akuifer menurun seterusnya mengurangkan bekalan air yang tetap kepada sungai terutamanya

pada musim kemarau. Keadaan ini sebenarnya mengganggu sistem hidrologi dan seterusnya

sistem ekologi. Dalam jangka masa pendek, limpahan air yang cepat di kawasan lembah

dan rendah seperti kawasan paya, sungai, tasik dan kolam yang ada dalam bandar tersebut

Page 9: Bincangkan bagaimana sistem bumi dapat mempengaruhi aktiviti maniusia serta kesan perubahan persekitaran fizikal ke atas aktiviti manusia

akan merosakkan rantaian makanan dan keseimbangan ekosistem akuatik yang sedia ada

apabila input air yang terpaksa diterimanya berlebihan. Kejadian banjir ini menganggu

aktiviti perniagaan dan perdagangan terutamanya di kawasan bandar.

Gegaran akibat gempa bumi menyebabkan kerosakan kepada jalan raya, jalan kereta

api, dan lapangan terbang yang menyebabkan sistem pengangkutan darat dan udara

tergendala. Gegaran akibat gempa burni menyebabkan berlakunya tanah runtuh di kawasan

cerun. Tanah runtuh menyebabkan kegiatan pertanian di kawasan cerun terganggu

(Jamaluddin Md. Jahi, 2000). Kesan kepada sistem bekalan air dan elektrik dan perhubungan.

Gegaran yang terhasil akibat gempa bumi akan menyebabkan tiang elektrik dan telefon

tumbang. Gegaran jugs menyebabkan saluran paip air pecah kesannya kemudahan asas

tersebut akan terganggu dalam tempoh yang tertentu. Gempa bumi menjejaskan aktiviti

pelancongan, kawasan-kawasan pelancongan, kemudahan pengangkutan dan perhubungan.

Gempa bumi boleh memusnahkan kawasan-kawasan perlombongan, pelantar-pelantar

minyak di kawasan laut dan menjejaskan aktiviti perlombongan.

Pemanasan global yang berlaku melalui mekanisme kesan rumah hijau dan penipisan

lapisan ozon adalah satu gangguan kepada sistem atmosfera kerana bajet haba yang diterima

oleh bumi menjadi tidak seimbang. Bumi dikatakan menerima lebihan bahangan suria yang

menyebabkan suhu dunia meningkat. Kesan yang akan dialami oleh sistem geomorfologi

apabila litupan ais benua dan pergunungan cair, membanjiri laut, menenggelamkan

daratan yang rendah di samping meningkatkan kadar hakisan ombak. Penenggelaman daratan

akan memusnahkan pula sistem ekologi misalnya ekologi muara dan ekologi paya. Tumbuh-

tumbuhan sebagai pengeluar utama dalam rantaian makanan akan mati dan kehilangan

habitat fauna serta flora (Turk, et al., 1978)

Page 10: Bincangkan bagaimana sistem bumi dapat mempengaruhi aktiviti maniusia serta kesan perubahan persekitaran fizikal ke atas aktiviti manusia

Penipisan lapisan ozon menyebabkan pertambahan ultraungu (UV) di permukaan

bumi. Pertambahan sinaran ultraungu menyebabkan meyebabakan pelbagai penyakit kepada

manusia terutamanya kanser kulit dan membran kulit semakin menebal, pembentukan kedut

dan keanjalan kulit berkurangan, memusnahkan urat saraf, kecacatan anggota badan dan daya

tahan bagai bayi yang baru lahir (Jamaluddin Md. Jahi, Muhammad Rizal Razman dan

Azahan Awang, 2010). Kaum lelaki yang sering terdedah kepada sinaran UV boleh

menyebabkan pemandulan. Sinaran UV juga mengurangkan pengeluaran antibodi badan dan

melemahkan sistem imuniti badan seperti sakit mata, batuk, sakit dada dan gangguan

pernafasan. Sinaran ultraungu yang tinggi akan menjejaskan kativiti pertanian di seluruh

dunia. Pemanasan global dan penipisan lapisan ozon menyebabakan sinran ultraungu

menjejaskan pertumbuhan tanaman dan seterusnya menyebabkan berlakunya kekurangan

sumber makan oleh manusia. Keadaan yang lebih teruk apabila berlakunya krisis makanan

dunia.

Kejadian hujan asid berlaku apabila sulfur dari debu dan jerebu di atmosfera sebati

dengan air hujan menjadi asid sulfurik (Jamaluddin Md. Jahi dan Ismail Ahmad, 1988) .

Hujan asid yang turun ke bumi akan terkumpul menjadi pemendapan berasid. Asid yang

terlalu pekat boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan dan hidupan di dalam tasik

mati, bangunan dan batu menjadi lemah dan rapuh, warna bangunan, kereta dan lain-lain

menjadi pudar, mudah rosak, dan cepat berkarat serta mengganggu kualiti air dalam sistem

hidrologi apabila hujan asid jatuh ke dalam tasik, paya, kolam dan laut yang akhirnya akan

memusnahkan rantaian makanan dalam ekosistem akuatik, kepupusan sumber-sumber

maritim, batu karang, plankton, ikan, udang, sotong dan lain-lain. Keadaan ini menyebabkan

aktiviti perikanan, penternakan dan pertanian akan terjejas.

Page 11: Bincangkan bagaimana sistem bumi dapat mempengaruhi aktiviti maniusia serta kesan perubahan persekitaran fizikal ke atas aktiviti manusia

Fenomena penyahutanan oleh manusia untuk pelbagai tujuan seperti pertanian,

petempatan, perindustrian atau kebakaran hutan secara semula jadi bukan sahaja mengganggu

sistem ekologi hutan itu, sendiri apabila habitat fauna dan flora musnah, tetapi menyebabkan

fungsi hutan sebagai kawasan tadahan, mengganggu proses susupan air ke dalam tanah

seterusnya mengurangkan bekalan air dalam tanah merupakan dampak yang dialami oleh

sistem hidrologi. Kesan yang lebih dirasai akibat kebakaran hutan masa kini adalah jerebu. Di

Malaysia, bandar-bandar seperti Kuching, Kota Kinabalu, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur

daripada pembakaran hutan di Kalimantan dan Sumatera, Indonesia. Selain jerebu gangguan

ke atas sistem atmosfera juga terjadi apabila berkurangnya peratus kelembapan udara akibat

tumbuhan yang tidak lagi mampu menjalankan proses transpirasi, seterusnya mengurangkan

jumlah hujan tempatan. Sistem geomorfologi pula, kebakaran hutan dan penyahutanan akan

meningkatkan kadar luluhawa batuan sama ada secara fizikal atau kimia, meningkatkan kadar

hakisan air dan angin, gondolan muka bumi dan lain-lain (Goudie, 1992).

Page 12: Bincangkan bagaimana sistem bumi dapat mempengaruhi aktiviti maniusia serta kesan perubahan persekitaran fizikal ke atas aktiviti manusia

KESIMPULAN

Kesemua komponen sistem atau sistem fizikal berinterksi antara satu sama lain melalui

pelbagai cara (Steven M. Stanley, 2009). Hidupan di permukaan pedosfera dan litosfera

memperoleh makanan melali interaksi antara satu sama lain. Hidrosfera menyediakan

bekalan air dan sokongan fizikal kepada hidupan akuatik dan juga kepada manusia.

Hubungan antara manusia dengan alam sekitar dirumuskan dalam dua cara, iaitu manusia

dipengaruhi oleh alam sekitar dan pada masa yang sama manusia mempunyai keupayaan

merubah alam sekitar. Manusia memerlukan sumber alam untuk kehidupan dan kemajuan

sosioekonomi. Sumber alam digunakan untuk menyempurnakan tiga keperluan manusia yang

utama, iaitu makanan, pakaian dan perlindungan. Manusia juga menggunakan sumber alam

sebagai asas pembangunan ekonomi misalnya sumber mineral dan tenaga.

Iklim global telah berubah dan suhu dunia telah meningkat dengan ketara akibat

pembebasan gas-gas rumah hijau, penipisan lapisan ozon (Goudie, 1992). Lapisan ozon

melindingi bumi daripad sinran matahari ataupun sinran ultraungu yang berlebihan di

atmosfera dengan menyerap dan membalikkannya semula ke ruang atmosfera. Kesannya

terhadap manusia ilah seperti penyakit kanser kulit, melemahkan sistem imuniti badan dan

menjejaskan pertanian serta perikanan. Perubahan iklim terhadap alam sekitar fizikal

membawa kesan terhadap sistem geomoforlogi, sistem atmosfera, kitar hidrologi, san sistem

ekologi. Kesan terhadap manusia ialah membawa pelbagai wabak penyakit, menjejaskan

aktiviti pertanian, perikanan dan penternakan.