binaan bangunan: pelan bangunanazamansaidin.blogspot.com/2010/10/pelan-bangunan.htmlsusunan...

Download Binaan Bangunan: PELAN BANGUNANazamansaidin.blogspot.com/2010/10/pelan-bangunan.htmlsusunan kelengkapan elektrik ( Elektrical layout ) seperti suis, plug, lampu siling, kipas siling

If you can't read please download the document

Upload: vuongtram

Post on 12-Feb-2018

231 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Binaan Bangunan: PELAN BANGUNAN

Isnin, 4 Oktober 2010

PELAN BANGUNAN

MELUKIS LUKISAN

TUJUANSebelum seseorang pelatih itu boleh memahami pelan bangunan, pelatih-pelatih haruslah mengetahui istilah-istilah pelan seperti sudut pertama, ketiga, unjuran garisfiniti, pelan dan lain-lain kertas penerangan ini menerangkan perkara-perkara yang tersebut di atasnya..

PENERANGAN :

(a) Elevation ( Pelan Tegak )

Disetiap lukisan pelan, kita pasti terdapat sesuatu bangunan itu diberikan rupabentuknya dari pandangan hadapan atau pelan tegak ( elevation ). Pelan tegak ini adalah untuk menunjukkan secara keseluruhan bagaimana rupanya bangunan itu dipandang dengan mata kasar. Pelan tegak ini hanya memberikan gambaran di luar bangunan itu, atau ianya hanya apa yang akan benar-benar kita lihat ditengok dari luar. Rupabentuk disebelah dalam atau dibelakangnya pastilah tidak dapat dilihat kiranya pelan tegak ini diberikan

Pelan tegak selalunya diberikan dalam bentuk:-

(i) Pandangan dari hadapan(ii) Pandangan dari belakang(iii) Pandangan dari tepi (b) Pelan ( Plan ) dilihat dari atas

Melalui pelan tegak, kita cuma diberi gambaran keseluruhan dari luar bangunan sahaja, untuk mengetahui pula rupabentuk didalamnya, kenalah dibuat pelan agar keadaan didalamnya dapat dilihat. Pelan lukisan bolehlah dikatakan seolah-olah bangunan itu dikerat ditengahnya dan dilihat dari atas. Tiap-tiap lukisan perlulah ada pelan untuk mengetahui keadaan didalam bangunan itu serta susunannya Gunanya Lukisan Pelan

(i) Memberi kedudukan sebenarnya bilik dan pecahan bahagian ( partition )(ii) Dapat memberi keterangan kemasan lantai ( Floor Finishes )(iii) Memberi kedudukan kelengkapanpertukangan tanggam ( Joining Fittings ) seperti wardrobe, gerobok ( cabinet ) almari atau gerobok dapur dan lain-lain.(iv) Menunjukkan tempat dan jenis kelengkapan kebersihan ( sanitary Fittings ) seperti besin cuci, besin keluli di dapur, tandas cangkung, tandas berkaki, tempat buang air kecil, besin mandi dan lain-lain.(v) Menunjukkan susunan kelengkapan elektrik ( Elektrical layout ) seperti suis, plug, lampu siling, kipas siling dan lain-lain.(vi) Dapat menunjukkan susunan dan arah perjalanan tali air najis ( Drains Layout ), Lurang ( manhole ) dan tangki najis ( septic tank ) beserta dengan jenis-jenis dan saiz paip yang patut digunakan.

(c) Section ( keratan )

Lukisan keratan adalah merupakan lukisan yang menerangkan butir-butir pada tempat ianya dikeratkan dengan menggunakan simbol garisan keratan ( section line ). Tanpa lukisan section ini, tak mungkin kita mengetahui butir-butir lanjut tentang keadaan bangunan itu. Katakan kita ingin mengetahui rupabentuk di sebelah dalam buah limau, yang perlu kita buat ialah keratkan dua, akan kelihatanlah isi didalamnya. Begitu juga lukisan section ini umpamanya.

Didalam lukisan pelan, banyak terdapat lukisan section ini untuk melihatkan butir-butir bangunan itu. Seperti yang telah dinyatakan dahulu, lukisan section ini dapat menunjukkan butir-butir yang terdapat di garisan keratan itu dipotong, danapa yang akan dapat dilihat dihadapannya. Biasanya, lukisan section ini adalah seperti lukisan tegak, cuma bezanya ia mempunyai butir-butir yang dipotong. Lukisan butir-butir ini pula dapat menampakkan lagi sesuatu butir-butir lukisan itu dengan jelas. Melalui pelan dan lukisan bahagian-bahagian bangunan yang tersembunyi atau kecil ukurannya, lukisan detail adalah diberikan. Lukisan detail ini selalunya mempunyai sekil yang terbesar untuk membesarkan butir-butir itu agar jelas dilihat. Contoh yang dapat dilihat untuk lukisan detail ini ialah seperti dalam rajah (ii) dimana butir-butir bingkai pintu sebelah atasnya diperbesarkan lagi supaya jelas kelihatan.

(d) Site Pelan ( Plan Tapakbina )

Tiap-tiap sesuatu projek atau cadangan untuk membina bangunan, pelan tapakbina mestilah ada untuk kedudukan keseluruhan bangunan itu dipandang dari atas. Melalui pelan tapakbina inilah dapat diketahui kedudukan bangunan itu dimana tempatnya, luas tapakbina, struktur tanah sekelilingnya dan kerja-kerja luar ( External Works )

Pelan tapakbina ini selalunya mempunyai ukuran sekil 1 inci bersamaan 1 rantai. Melalui sekil ini tidak banyak yang dapat dilihat kecuali bentuk pelan bangunan itu dan perkara-perkara lain seperti yang diterangkan dibawah ini :- Perkara-perkara yang lazim terdapat dalam pelan tapakbina :

(i) Kedudukan tapakbina ( site location ) nama jalan tapak-bina itu terletak, bangunan-bangunan sekelilingnya yang sedia ada ( existing ) jika terdapat.

(ii) Pelan bangunan yang dicadangkan.

(iii) Contour line atau spot height penerangan ini adalah untuk kegunaan meratakan tanah ( oversite levelling )

(iv) Susunan dan perjalan paip tali air najis ( drain layout ) manhole (lurang) hingga ke tangki najis ( septic tank )

(v) Susunan pagar dan pintu pagar disekeliling tapakbina (fencing layout & gates )

(vi) Tempat meletak kereta ataupun Hardstanding

(vii) Kerja-kerja merumput tanah (turfing) luas kawasan yang perlu ditanam rumput ditunjukkan, juga ditanah rata atau dilereng bukit. Sering juga dinyatakan dalam pelan tapakbina ini, rumput-rumput itu perlu ditanam berjark atau rapat-rapat ( spot & close turfing )

7.04 DIMENSIONING OF DRAWING ( CARA-CARANYA)

Setiap lukisan pelan, ukuran-ukuran yang diberi selalunya sama ada dicatitkan didalamnya ataupun diberi ukuran sekilnya. Keseluruhannya, pelan itu diberikan ukuran sekilnya dan ukuran yang dicatitkan itu juga adalah mengikut sekil yang diberikan.

Untuk ukuran yang dicatitkan, adalah dinasihatkan ukuran itu diambil seperti yang tercatit didalam lukisan itu daripada mengukurnya dengan menggunakan sekil yang diberi. Ini adalah kerana ukuran yang tercatit itu lebih tepat ukurannya dan lebih senang pula diambil tanpa mengukur dengan sekil. Sebab lainnya pula adalah kerana kertas lukisan dimana lukisan pelan itu dilukis, mungkin mengalami penukaran

Site Plan

Ukuran yang dicatitkan itu adalah diberikan dengan tanda garisan sepanjang ukurannya dan diselang dikedua hujung garisan itu.

Disamping ukuran yang tercatit, ukuran-ukuran yang lainnya jika tidak dicatit adalah dimaksudkan supaya diukur dengan scale rule mengikut ukuran sekil yang diberi.

7.05 MENGENAL PENENTUAN ( SPECIFICATION ) DAN KAITANNYA DENGAN LUKISAN

Penentuan adalah merupakan penerangan tentang butir-butir sesuatu kerja yang tidak dapat ditunjukkan di atas lukisan. Penentuan menentukan:-

(i) Cara-cara sebenar dan sempurna menjalankan sesuatu kerja itu;

(ii) Standart bahan-bahan dan jenis yang patut digunakan

(iii) Hasil kerja ( workmanship ) yang dikehendaki.

Segala kerja yang dikehendaki dibuat adalah dikehendaki mengikut penentuan yang diberikan. Selalunya penentuan kerja yang terkandung didalam satu-satu kontrak itu meliputi semua ketukangan ( trademanship ) seperti kerja menggali tanah, parit dan lain- lain, tukang konkrit, tukang batu-bata, tukang tali air najis ( drainlayer ), tukang batu (manson ) tukang bumbung ( roofer ) tukang kayu dan tukang tanggam (carpenter & joiner) tukang peralatan besi (ironmonger) keluli dan kerja besi (steel and ironwoker) pengubin, tukang lepa dan pemasangan genting (pavior, plasterer and tiler fixer, pertukangan paip (plumber) penukangan kaca (glasier) dan tukang cat (painter).

Penentuan yang diberikan dalam kontrak itu akan menerangkan segala butir lanjut mengenai sesuatu pekerja dalam ketukangan yang berkenaan, dan ini adalah menyeluruh penggunaannya. Misal kata dalam kerja tukang konkrit, selalunya akan terdapat jenis-jenis bahan yang patut digunakan seperti simen, pasir, batu-batu kasar dan lain-lain. Dan nyatakan gred atau standard bahan-bahan tadi yang mana mestilah dari jenis yang baik sekali, mutu buatannya mengikut dasar British standard and codes of practice ataupun yang diluluskan oleh Pegawai Penguasa. Selain dari itu akan diterangkan pula cara sebenar konkrit itu patut dibancuh misalnya, lama masa membancuh dan bagaiamana cara yang sempurna teratur dan memuaskan

Didalam luksian pelan, keterangan dan butir-butir kerja yang diberikan mestilah berpandukan kepada penentuan untuk kerja-kerja yang berkaitan. Dilukiskan pelan itu hanya diberikan penerangan ringkas sahaja tentang kerja-kerja dan bahan-bahan yang dikehendaki. Umpamanya, di lukisan pelan ditunjukkan dinding atau pecahan bahagian yang dibuat dari kayu jenis gred B sahaja, tapi cara-cara seterusnya tidak didapati. Di sini kita mestilah berpandu pada penentuannya, yang mana didalam penentuan untuk tukang kayu dan tukang tanggam akan dinyatakan senarai nama-nama kayu untuk kelas B yang boleh digunakan, mutu kayu yang baik yang tidak ada kesilapan-kesilapan ( efect ) yang dinyatakan seperti basah, retak, bergetah dan lain-lain. Juga selalunya dinyatakan bagaimana kayu-kayu itu diawet ( Pressure treated ) atau pun dibubuh ubat ( creosoted ) dan kelegaan-kelegaan ukuran kayu yang diberikan bagi setiap ukuran kayu itu.

Begitu juga kiranya dinding itu di buat dari bata misalnya, penentuannya mestilah dirujukan kepada tukang batu-bata. Didalam lukisan pelan itu mungkin dinyatakan sahaja dinding tadi ialah dinding batu-bata 4 tebalnya. Dari lukisan itu kita dapatlah mengetahui tebal dinding itu, melalui penentuannya pula akan dinyatakan cara keseluruhan dinding bata itu patut dibuat. Didalam penentuan tukang batu-bata itu selalunya diterangkan jenis batu-bata yang digunakan, standard saiznya, bagaimana batu-bata itu diikat dengan simen motar dan campuran simen motar itu seperti 1 bahagian simen dan 4 bahagian pasir . Diterangkan juga hasil kerja ( workmaship ) yang patut dibuat untuk mendirikan dinding batu-bata tadi, seperti merendam dahulu batu-bata yang hendak diikat itu setengah jam lamanya. Jenis-jenis ikatan batu-batu seperti English bond, strecther bond dan lain-lain, dan mencakar ( rake-out ) motar diantara sendi ( joint ) untuk cengkaman plaster ( lepa ).

Disinilah kaitanya penentuan tadi dengan lukisan pelan, keseluruhannya lukisan pelan itu menerangkan apa kerja dan bahan yang hendak di buat dan penentuannya pula menerangkan cara-cara, kegunaan bahan-bahan dan hasil kerja yang patut di praktikkan

Didalam luksian pelan, keterangan dan butir-butir kerja yang diberikan mestilah berpandukan kepada penentuan untuk kerja-kerja yang berkaitan. Dilukiskan pelan itu hanya diberikan penerangan ringkas sahaja tentang kerja-kerja dan bahan-bahan yang dikehendaki. Umpamanya, di lukisan pelan ditunjukkan dinding atau pecahan bahagian yang dibuat dari kayu jenis gred B sahaja, tapi cara-cara seterusnya tidak didapati. Di sini kita mestilah berpandu pada penentuannya, yang mana didalam penentuan untuk tukang kayu dan tukang tanggam akan dinyatakan senarai nama-nama kayu untuk kelas B yang boleh digunakan, mutu kayu yang baik yang tidak ada kesilapan-kesilapan ( efect ) yang dinyatakan seperti basah, retak, bergetah dan lain-lain. Juga selalunya dinyatakan bagaimana kayu-kayu itu diawet ( Pressure treated ) atau pun dibubuh ubat ( creosoted ) dan kelegaan-kelegaan ukuran kayu yang diberikan bagi setiap ukuran kayu itu.

Dicatat oleh

azaman saidin

di11:24 PTG

E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Label:PELAN BANGUNAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Terbaru

Catatan Lama

Laman utama

Langgan:Catat Ulasan (Atom)

Google+ Badge

Google Web Search Gadget

POWr Photo Editor

Digital clock - DWR

Cari Blog Ini

Terdapat ralat dalam alat ini

Terdapat ralat dalam alat ini

Daily Calendar

Wikipedia

Hasil carian

Label

(h/p:013-2620888)

Acuan Konkrit

Azaman Saidin Resources Com. No : 002185305-D

Bangku Kerja Membengkok Besi

BANGLO

BATA

Building Structure

Cerucuk

English Bond

Formula Pengiraan Bata dan Permukaan Lepa

Formwork (Ground Beam)

Ikatan Flemish

ISTILAH KONTRAK

Kerangka Bumbung

LEARNING PAKAGE SKM LEVEL 2

Mortar

Painting Works

PAKAIAN KESELAMATAN

PAKEJ PEMBELAJARAN SKM TAHAP 1

Pasir

PELAN BANGUNAN

Provide Pest Control Services

RUMAH KAYU

RUMAH TRADISIONAL

Simen

SUSUN ATUR PROGRES PEMBINAAN

UJIAN MAMPATAN

UJIAN PENURUNAN

Unit Pengukuran

Follow by Email

Google+ Followers

Translate

BIODATA

PENGARANG

MOHD AZAMAN BIN SAIDIN merupakan salah seorang tenaga pengajar di Jurubina bangunan PERHEBAT (Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera, Kem Sg Buloh Selangor)

Berpengalaman di dalam bidang binaan selama 20 tahun. sebelumnya pernah bekerja sebagai juruukur bahan Tapak, "project Coordinator" di beberapa buah projek binaan kerajaan dan juga swasta. Syarikat-syarikat yg pernah di sertai beliau ialah Penang ShipBuilding & Construction Sdn Bhd(PSC), KLK Kontrakbina, Shaffie Ahmad Sdn Bhd dan Shariff Din Sdn Bhd.

Turut ditauliahkan sebagai PAKAR INDUSTRI BINAAN NEGARA oleh Kementerian Sumber Manusia dan juga sebagai Pegawai Penilai, Pegawai Penilai Dalaman, Pegawai Penilai Luaran untuk Sijil Kemahiran Malaysia.

Hubungi Saya :

H/p : 013-2620888Email : [email protected]

Label

(h/p:013-2620888)(5)

Acuan Konkrit(1)

Azaman Saidin Resources Com. No : 002185305-D(5)

Bangku Kerja Membengkok Besi(1)

BANGLO(1)

BATA(1)

Building Structure(1)

Cerucuk(1)

English Bond(1)

Formula Pengiraan Bata dan Permukaan Lepa(1)

Formwork (Ground Beam)(1)

Ikatan Flemish(1)

ISTILAH KONTRAK(1)

Kerangka Bumbung(1)

LEARNING PAKAGE SKM LEVEL 2(1)

Mortar(1)

Painting Works(1)

PAKAIAN KESELAMATAN(1)

PAKEJ PEMBELAJARAN SKM TAHAP 1(1)

Pasir(1)

PELAN BANGUNAN(1)

Provide Pest Control Services(1)

RUMAH KAYU(1)

RUMAH TRADISIONAL(3)

Simen(1)

SUSUN ATUR PROGRES PEMBINAAN(1)

UJIAN MAMPATAN(1)

UJIAN PENURUNAN(1)

Unit Pengukuran(1)

Pengikut

Arkib Blog

2009

(10)

November

(1)

Nov 24

(1)

Disember

(9)

Dis 03

(1)

Dis 23

(5)

Dis 27

(1)

Dis 28

(2)

2010

(30)

Januari

(21)

Jan 05

(3)

Jan 06

(6)

Jan 07

(2)

Jan 13

(5)

Jan 14

(3)

Jan 17

(2)

Jun

(2)

Jun 07

(2)

Julai

(2)

Jul 15

(1)

Jul 28

(1)

Oktober

(5)

Okt 04

(5)PELAN BANGUNANGALI PERPARITAN (Excavate Trench)Provide Pest Control ServicesUJIAN MAMPATANUJIAN PENURUNAN

2011

(5)

April

(1)

Apr 21

(1)

Jun

(4)

Jun 15

(3)

Jun 16

(1)

2012

(3)

Januari

(2)

Jan 04

(2)

April

(1)

Apr 16

(1)

2014

(7)

Januari

(1)

Jan 19

(1)

Mei

(4)

Mei 07

(1)

Mei 14

(1)

Mei 16

(1)

Mei 19

(1)

Jun

(2)

Jun 15

(1)

Jun 16

(1)

2015

(8)

Februari

(2)

Feb 28

(2)

Mac

(1)

Mac 08

(1)

Mei

(5)

Mei 08

(1)

Mei 09

(4)

2016

(1)

April

(1)

Apr 30

(1)

Mengenai Saya

azaman saidin

Lihat profil lengkap saya

widgeo.net

Halaman

Laman utama

Catatan Popular

KERJA-KERJA TETULANG

TAJUK: KERJA-KERJA TETULANG TUJUAN: Memberi pengetahuan dan kemahiran kepada pelatih supaya dapat melakukan kerja-kerja tetulang untuk b...

Asas Pengiraan Bahan

PENGIRAAN BATA Formula Pengiraan Bata : Cari keluasan tembok iaitu = Panjang tembok x tinggi tembok Contoh 1 Ikatan Stretcher( lihat ...

KERJA-KERJA LEPAAN

TAJUK: KERJA-KERJA LEPAAN TUJUAN: Memberi pengetahuan dan kemahiran kepada pelatih supaya boleh melakukan kerja-kerja MELEPA mempelajari...

ANGGARAN KOS

PENGENALAN Pada lazimnya cara yang biasa digunakan oleh Jabatan-jabatan Kerajaan, badan-badan Berkanun juga pihak-pihak firma untuk membi...

Cerucuk

CERUCUK TUJUAN: Pelatih yang berjaya menamatkan modul ini boleh melakukan kerja-kerja penggalian, cerucuk, memasang penahan tanah, penyembu...

MEMBUAT ANGGARAN KERJA (ESTIMATING)

MEMBUAT ANGGARAN KERJA (ESTIMATING) PENDAHULUAN 1. Pada lazimnya, cara yang biasa digunakan oleh Jabatan-jabatan Kerajaan, Badan-badan berk...

KERJA-KERJA SAMBUNGAN DAN BAIKPULIH

PENGENALAN Kerja Pembaikan dijalankan untuk menangani masalah kegagalan dan kecacatan terhadap kemudahan dan peralatan bangunan yang melipu...

Acuan Konkrit

ACUAN KONKRIT Fungsi Bahagian-Bahagian Acuan Bentuk binaan konkrit boleh dibuat mengikut sebarang rekaan yang dicipta melalui kegunaan a...

SISTEM PEMBETUNGAN

TUJUAN: Kertas penerangan ini bertujuan untuk membantu pelajar bagi memahami dan mengenal, menamakan pelbagai jenis system kebersihan Dan la...

Simen

TAJUK: SIMEN TUJUAN: PENERANGAN 1.Simen merupakan bahan komponen yang utama dalam proses membuat mortar. Terdapat pelbagai jenis simen y...

Tema Awang-gemawang. Dikuasakan oleh Blogger.