bina pagar elektrik halang gajah ceroboh kampung - … di akhbar/bina pagar elek… · elektrik...

2
Bina pagar elektrik halang gajah ceroboh kampung KUANTAN - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri mengambil inisiatif membina pagar elektrik sepanjang 7.5 kilometer di kawasan Hutan Simpan Kemasul, Temerloh bagi menghalang pencerobohan kumpulan 20 hingga 30 gajah ke lima kampung tradisional berhampiran. Pengarahnya, Khairiah Mohd Shariff, berkata projek pertama di negeri ini kini dalam proses pembinaan menelan belanja RM306,000 dan dijangka siap sepenuhnya akhir tahun ini. Menurutnya, pihaknya menjangkakan ancaman gajah terhadap ladang kelapa sawit, getah dan kebun buah-buahan penduduk di lima kampung tradisional dapat diatasi dengan adanya pagar elektrik yang menggunakan bateri kuasa solar. “Pagar elektrik sepanjang dua kilometer turut dibina di kawasan Jenderak, Lanchang yang bertujuan menghalang seladang dari keluar dari rizab hidupan liar Krau. “Tahun depan kita akan membina pagar elektrik sepanjang 14km dengan kos RM700,000 di kawasan Hutan Simpan Som, Jerantut bagi membendung ancaman gajah yang sebelum ini menimbulkan kebimbangan penduduk di tujuh kampung berhampiran,” katanya. Khairiah berkata, projek terbesar dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) ialah membabitkan pembinaan pagar elektrik sepanjang 35km yang menelan belanja kira-kira RM1.75 juta di kawasan Hutan Simpan Lesong, Rompin yang membabitkan 18 kampung termasuk penempatan Orang Asli,” katanya. Katanya, bentuk muka bumi yang berbukit, hutan tebal dan ketiadaan jalan menjadi faktor utama pembinaan pagar elektrik menelan belanja besar iaitu kira-kira RM50,000 bagi setiap satu kilometer. Beliau berkata, dengan siapnya semua projek pagar elektrik ini kita yakin ancaman gajah terhadap tanaman dan penduduk yang tinggal berhampiran hutan simpan di negeri ini dapat kurangkan. “Kajian yang dilakukan mendapati pembinaan pagar elektrik dengan bateri berkuasa solar dapat menjimatkan kos berbanding kaedah parit yang digunakan sebelum ini, malah ianya juga lebih selesa kepada penduduk setempat. Tajuk : Bina pagar elektrik halang gajah ceroboh kampung Tarikh : 9 September 2011 Sumber : Sinar Harian KERATAN AKHBAR ONLINE

Upload: phungphuc

Post on 10-Feb-2018

249 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bina pagar elektrik halang gajah ceroboh kampung - … di Akhbar/Bina pagar elek… · elektrik yang menggunakan bateri kuasa ... hutan tebal dan ketiadaan jalan menjadi faktor utama

Bina pagar elektrik halang gajah ceroboh kampung

KUANTAN - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri

mengambil inisiatif membina pagar elektrik sepanjang 7.5 kilometer di kawasan Hutan Simpan

Kemasul, Temerloh bagi menghalang pencerobohan kumpulan 20 hingga 30 gajah ke lima

kampung tradisional berhampiran.

Pengarahnya, Khairiah Mohd Shariff, berkata projek pertama di negeri ini kini dalam proses

pembinaan menelan belanja RM306,000 dan dijangka siap sepenuhnya akhir tahun ini.

Menurutnya, pihaknya menjangkakan ancaman gajah terhadap ladang kelapa sawit, getah dan

kebun buah-buahan penduduk di lima kampung tradisional dapat diatasi dengan adanya pagar

elektrik yang menggunakan bateri kuasa solar.

“Pagar elektrik sepanjang dua kilometer turut dibina di kawasan Jenderak, Lanchang yang

bertujuan menghalang seladang dari keluar dari rizab hidupan liar Krau.

“Tahun depan kita akan membina pagar elektrik sepanjang 14km dengan kos RM700,000 di

kawasan Hutan Simpan Som, Jerantut bagi membendung ancaman gajah yang sebelum ini

menimbulkan kebimbangan penduduk di tujuh kampung berhampiran,” katanya.

Khairiah berkata, projek terbesar dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) ialah membabitkan

pembinaan pagar elektrik sepanjang 35km yang menelan belanja kira-kira RM1.75 juta di

kawasan Hutan Simpan Lesong, Rompin yang membabitkan 18 kampung termasuk penempatan

Orang Asli,” katanya.

Katanya, bentuk muka bumi yang berbukit, hutan tebal dan ketiadaan jalan menjadi faktor utama

pembinaan pagar elektrik menelan belanja besar iaitu kira-kira RM50,000 bagi setiap satu

kilometer.

Beliau berkata, dengan siapnya semua projek pagar elektrik ini kita yakin ancaman gajah

terhadap tanaman dan penduduk yang tinggal berhampiran hutan simpan di negeri ini dapat

kurangkan.

“Kajian yang dilakukan mendapati pembinaan pagar elektrik dengan bateri berkuasa solar dapat

menjimatkan kos berbanding kaedah parit yang digunakan sebelum ini, malah ianya juga lebih

selesa kepada penduduk setempat.

Tajuk : Bina pagar elektrik halang gajah ceroboh kampung

Tarikh : 9 September 2011

Sumber : Sinar Harian

KERATAN AKHBAR ONLINE

Page 2: Bina pagar elektrik halang gajah ceroboh kampung - … di Akhbar/Bina pagar elek… · elektrik yang menggunakan bateri kuasa ... hutan tebal dan ketiadaan jalan menjadi faktor utama

“Pembinaan pagar elektrik hanya dikhususkan untuk mengelak ancaman gajah terhadap kebun

termasuk kampung tradisional dan penempatan Orang Asli, ianya tidak membabitkan ladang

milik swasta dan agensi kerajaan,” katanya.