bimbang terhadap jenayah.docx

7
Bimbang Terhadap Jenayah Download PDF Seminar Penyelidikan Siswazah Alam Bina, FSPU UiTM (Perak), Disember 2008 1 BIMBANG TERHADAP JENAYAH MENJEJASKAN KUALITI KEHIDUPANMANUSIA SEJAGAT Siti Rasidah Md Sakip¹ dan Aldrin Abdullah¹¹ Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan & PerancanganUniversiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, MalaysiaEmail: [email protected] , [email protected] , [email protected] ABSTRAK Hampir saban hari kita disajikan dan disogokkan dengan pelbagai kejadian jenayah yang bolehsahaja membangkitkan perasaan takut orang ramai terhadap tahap keselamatan awam.Pelbagai alat media massa sentiasa memaparkan kejadian-kejadian jenayah yang mengerikandan kejayaan penjenayah melakukan aktivitinya menambahkan ketakutan dan kebimbangan dikalangan masyarakat Malaysia. Ini berikutan laporan statistik jenayah daripada Polis DirajaMalaysia (PDRM) yang mendapati kes-kes jenayah semakin meningkat dari tahun 2005 hinggatahun 2007. Kebimbangan ini menjadi satu masalah dalam kualiti kehidupan yang bolehmenjejaskan aktiviti sosial dan kesejahteraan ekonomi negara. Perasaan takut terhadap jenayah yang melampaui daripada kadar jenayah yang sebenar memberikan ilustrasi bahawakehidupan sosial masyarakat pada hari ini semakin merosot dan kehilangan kepercayaanmereka terhadap keselamatan awam. Kebimbangan terhadap jenayah ini memberikan kesanyang serius kepada masyarakat dan perlu di ambil tindakan yang sewajarnya. Secarastatistiknya, setiap orang mempunyai kebarangkalian yang kecil akan menjadi

Upload: norisl

Post on 13-Dec-2015

15 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bimbang Terhadap Jenayah.docx

Bimbang Terhadap Jenayah

Download       PDF

  Seminar Penyelidikan Siswazah Alam Bina, FSPU UiTM (Perak), Disember 20081BIMBANG TERHADAP JENAYAH MENJEJASKAN KUALITI KEHIDUPANMANUSIA SEJAGATSiti Rasidah Md Sakip¹dan Aldrin Abdullah¹¹Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan & PerancanganUniversiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, MalaysiaEmail: [email protected] , [email protected][email protected]  ABSTRAKHampir saban hari kita disajikan dan disogokkan dengan pelbagai kejadian jenayah yang bolehsahaja membangkitkan perasaan takut orang ramai terhadap tahap keselamatan awam.Pelbagai alat media massa sentiasa memaparkan kejadian-kejadian jenayah yang mengerikandan kejayaan penjenayah melakukan aktivitinya menambahkan ketakutan dan kebimbangan dikalangan masyarakat Malaysia. Ini berikutan laporan statistik jenayah daripada Polis DirajaMalaysia (PDRM) yang mendapati kes-kes jenayah semakin meningkat dari tahun 2005 hinggatahun 2007. Kebimbangan ini menjadi satu masalah dalam kualiti kehidupan yang bolehmenjejaskan aktiviti sosial dan kesejahteraan ekonomi negara. Perasaan takut terhadap jenayah yang melampaui daripada kadar jenayah yang sebenar memberikan ilustrasi bahawakehidupan sosial masyarakat pada hari ini semakin merosot dan kehilangan kepercayaanmereka terhadap keselamatan awam. Kebimbangan terhadap jenayah ini memberikan kesanyang serius kepada masyarakat dan perlu di ambil tindakan yang sewajarnya. Secarastatistiknya, setiap orang mempunyai kebarangkalian yang kecil akan menjadi mangsa penjenayah. Keadaan sedemikian yang menyebabkan kebimbangan di kalangan orang ramai.Senario ini berlaku disebabkan hampir setiap hari kita sering dihidangkan dengan laporan jenayah dan keganasan di Malaysia. Laporan kes-kes seperti ragut, rogol dan jenayah seksuallain, serangan dan pembunuhan, penganiayaan kanak-kanak, kemalangan jalan raya daripadamedia massa dan media elektronik memberikan gambaran keselamatan awam yang semakinmerosot. Ini berikutan penyusutan Indeks

Page 2: Bimbang Terhadap Jenayah.docx

Keselamatan Awam rakyat Malaysia dalam KualitiIndeks Kehidupan (MQLI) 2004. Oleh itu, bimbang terhadap jenayah kian menjadi isu yang penting kepada pihak umum kerana mengakibatkan kemerosotan dalam kualiti kehidupan.Kertas kerja ini akan membincangkan punca-punca kewujudan perasaan bimbang terhadap jenayah serta tren jenayah masa kini yang merupakan aspek utama terhadap kemerosotankualiti hidup rakyat Malaysia. Pencegahan Jenayah Melalui Reka Bentuk Persekitaran turutdiperbincangkan yang kini menjadi salah satu inisiatif negara dalam mengatasi masalahtersebut.K a t a K e k u n c i : J e n a y a h , B i m b a n g T e r h a d a p J e n a y a h ,   K u a l i t i H i d u p , P e n c e g a h a n J e n a y a h M e l a l u i R e k a B e n t u k   P e r s e k i t a r a nPENGENALANKebimbangan terhadap jenayah mula menjadi isu yang penting dan perhatian kepada semuapihak kerana memberi kesan ke atas kualiti kehidupan di mana mengganggu kehidupan sosialdan juga kesejahteraan ekonomi. Oleh yang demikian, perasaan bimbang terhadap jenayah kianmenjadi satu perhatian kepada para penyelidik sejak penyelidikan ini bermula di AmerikaSyarikat. Rasional kepentingan dan keperluan penyelidikan ini adalah disebabkan oleh beberapaperkara berikut. Pertama, rasa takut kepada jenayah lebih bermasalah berbanding dengan kadar jenayah yang sebenar. Rasa kebimbangan ini secara langsung mengganggu dan memberi kesankehidupan manusia sejagat. Berdasarkan laporanBritish Crime Survey(BCS) 2004/2005 (Team,2005) memberi gambaran perbezaan antara kadar perasaan ketakutan dengan kadarpemangsaan jenayah. Berdasarkan laporan tersebut mendapati bimbang terhadap kejadian

  Seminar Penyelidikan Siswazah Alam Bina, FSPU UiTM (Perak), Disember 20082pecah rumah (burglary ) adalah sebanyak 12 peratus berbanding jenayah sebenar hanya 2.7peratus. Manakala bimbang kejadian kecurian kereta sebanyak 13 peratus berbanding jenayahsebenar 8.2 peratus dan bimbang terhadap keganasan sebanyak 10 peratus berbanding jenayahsebenar 3.6 peratus. Di negara Malaysia, data kebimbangan terhadap jenayah juga amatmerisaukan. Ini berdasarkan kajian daripada Amar Singh Sidhu (2006), mendapati mangsa jenayah mengalami perasaan kebimbangan dan kebimbangan yang keterlaluan (

Page 3: Bimbang Terhadap Jenayah.docx

extremelyworried ) sebanyak 89 peratus terhadap perlakuan jenayah yang berlaku di persekitaran kawasankejiranan mereka. Manakala hanya 11 peratus sahaja ataupun 1:10 responden tidakmenunjukkan perasaan bimbang.Perkara kedua, bimbang terhadap jenayah akan memberikan kesan ke atas kualiti kehidupan.Jika berdasarkan kajian daripadaBritish Crime Survey  (BSC) tentang sejauh mana bimbangterhadap jenayah memberi kesan dalam kehidupan, kajian mendapati hampir dua pertigaataupun 64 peratus merasakan takut terhadap jenayah memberikan kesan yang rendah terhadapkualiti hidup mereka. 31 peratus menyatakan ia memberikan kesan yang sederhana dan hanyalima peratus memberikan kesan yang tinggi dalam kehidupan mereka. Keadaan sedemikianmenunjukkan bahawa kadar ketakutan terhadap kualiti kehidupan adalah stabil. Tambahan pulakadar ini dikatakan kadar yang rendah di antara bimbang terhadap jenayah dan kualiti kehidupandilihat semakin meningkat daripada 50 peratus pada tahun 1998 kepada 64 peratus pada tahun2004/2005 (Jonathan, 2005). Walau bagaimanapun situasi sedemikian tidak sama dengannegara Malaysia. Berdasarkan laporan kualiti kehidupan rakyat Malaysia pada tahun 2004,mendapati kesemua komponen kualiti kehidupan mengalami perubahan yang baik kecuali aspekkeselamatan yang berkurangan kepada 80.08 peratus. Kemerosotan ini memberikan ilustrasimasalah jenayah yang semakin buruk yang memberi impak kepada rasa kebimbangan terhadapperlakuan jenayah. Peratus yang tinggi terhadap takut dan bimbang terhadap jenayah lebihmenakutkan berbanding dengan kadar jenayah yang sebenar. Keadaan-keadaan ini yangmenjadikan kehidupan individu menjadi tidak menentu dan mudah menimbulkan rasa sangsikepada orang yang tidak dikenali.APAKAH BIMBANG TERHADAP JENAYAH?Berdasarkan beberapa penyelidik yang terdahulu, terdapat beberapa definisi ‘bimbang terhadap jenayah’ yang dapat dikenal pasti. Bimbang terhadap jenayah boleh dibahagikan kepada duaiaitu ‘paradigma rasional’ dan ‘paradigma simbolik’(Donder et al., 2005). ‘Paradigma Rasional’memberi interpretasi bahawa terdapat risiko-risiko yang berkaitan dengan keadaan-keadaanyang berhubung dengan perlakuan jenayah. ‘Paradigma Simbolik’ pula merujuk kepadaperasaan umum yang takut terhadap jenayah yang merasakan bahawa dirinya mempunyai risikoakan menjadi mangsa penjenayah. Kenyataan ini disokong oleh David J. Evans dan Fletcher(2000) yang menyatakan wujud perasaan takut terhadap individu yang merasakan dirinya beradadalam keadaan bahaya dan bimbang akan menjadi mangsa jenayah. Ini berlainan pula pendapatdan pendekatan yang diambil oleh Van der Wurff and Stringer (1986) yang menyatakan terdapattiga komponen yang memainkan peranan

Page 4: Bimbang Terhadap Jenayah.docx

dalam perasaan kebimbangan terhadap jenayah.Komponen tersebut adalah kewujudan elemen-elemen yang tertentu berkaitan dengankesejahteraan, persepsi bahawa kesejahteraan tersebut akan diancam dan yang ketiga adalahperasaan kesukaran atau ketidakmampuan untuk menghadapi ancaman tersebut. Ini bermaksudfizikal individu dan keadaan persekitaran merupakan faktor yang membawa kepada perasaantakut. Ketiadaan ilmu mempertahankan diri dan tidak mampu untuk melawan sebarang kejadianyang tidak diingini menimbulkan perasaan bahawa dirinya sentiasa tidak selamat. Begitu jugadengan keadaan persekitaran yang memberi gambaran kurang selamat seperti kawasan yangsunyi, semak-samun, kurangnya aktiviti sosial, lepak, mabuk dan sebagainya yang memberikanilusi perlakuan jenayah.

  Seminar Penyelidikan Siswazah Alam Bina, FSPU UiTM (Perak), Disember 20083KENAPA PERLU BIMBANG TERHADAP JENAYAH? APAKAH PENYEBABNYAKebimbangan yang keterlaluan terhadap sebarang kemungkinan perlakuan jenayah akanmengakibatkan kehidupan yang tidak normal terhadap persekitaran dan hubungan sosial. Rasakebimbangan ini mempunyai peratusan yang lebih tinggi berbanding daripada jenayah yangsebenar. Beberapa penyelidikan yang terdahulu mengidentifikasikan beberapa faktor yangmenyumbang kepada perasaan kebimbangan dan persepsi rasa selamat. Faktor-faktor tersebutdapat dibahagikan kepada beberapa skop iaitu; (1) kadar peningkatan jenayah (2) peningkatankadar penduduk (3) pengalaman dengan jenayah (4) faktor demografi (5) kadar pendapatan dan(6) keadaan persekitaran.i) Peningkatan Kadar JenayahJenayah merupakan satu fenomena sosial. Sesuatu perbuatan jenayah boleh ditakrifkansebagai perbuatan atau sebarang kesalahan yang membahayakan masyarakat dan segalaperbuatan atau tindakan itu boleh disabit kesalahannya di sisi-sisi undang-undang dan orangyang melakukannya bertanggungjawab menerima hukuman denda atau penjara (Mohd Reduan Aslie, 1990). Jika dilihat pada laporan perbandingan perlakuan jenayah antara negara-negaraterpilih, Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai kadar jenayah yang terendah kecualibagi negara Indonesia. Ini berdasarkan perkiraan ke atas 100,000 penduduk dan didapati kes jenayah di negara ini masih pada tahap yang terkawal iaitu 624:100,000 penduduk. Ini adalah jumlah yang kecil jika dibandingkan dengan negara lain seperti indeks di negara Switzerland:5,004:100,000, Hong Kong: 1,085:100,000, Jepun 2,250:100,000, Australia; 7,475:100,000 danSingapura 703: 100,000 (MCPF, 2004, Nor-Ina Kanyo and Norizan Hj Md Nor, 2007) Namundemikian, merujuk kepada statistik trend jenayah negara, didapati

Page 5: Bimbang Terhadap Jenayah.docx

indeks jenayah negaramenunjukkan peningkatan setiap tahun. Indeks jenayah negara meningkat daripada 70 823 kespada tahun 1980 meningkat kepada 156 455 kes pada tahun 2004 dengan peningkatansebanyak 85 632 kes atau 120.9 peratus bagi tempoh 24 tahun (Nor-Ina Kanyo and Norizan HjMd Nor, 2007).Berdasarkan tren jenayah negara masa kini didapati peningkatan dari tahun 2005 hingga tahun2007 menghadapi situasi yang kritikal. Berdasarkan laporan statistik jenayah daripada PolisDiraja Malaysia (PDRM) 2008 mendapati kes-kes jenayah yang berkaitan rogol, samun berkawansenjata api, mencederakan, curi, curi motokar, motosikal, curi ragut, pecah rumah siang hari danpecah rumah malam hari semakin meningkat bagi setiap tahun. Ini dapat dilihat berdasarkan jadual 1 di bawah yang menunjukkan kadar peningkatan yang amat membimbangkan.Jadual 1: Jenis Jenayah di Malaysia Dari Tahun 2005 Hingga 2007JENAYAH 2005 (kes) 2006 (kes) 2007 (kes)Bunuh 497 604 588Cuba Bunuh 94 * *Rogol 1,887 2,435 3,177Cabul Kehormatan * 2,023 *Samun BerkawanBersenjata Api40 68 77Samun BerkawanTanpa Senjata Api1842 2,658 7,067Samun Bersenjata Api 317 247 202Samun Tanpa Senjata Api13,210 18,446 17,241

  Seminar Penyelidikan Siswazah Alam Bina, FSPU UiTM (Perak), Disember 20084Pemerasan * 1,549 *Ugutan Jenayah * 6,336 *Merusuh * 2,261 *Mencederakan 4,246 5,716 6,806Curi 37,128 44,617Curi Van/Lori/JenteraBerat34,317 6,328 5,047Curi Motokar 5,507 11,101 12,427Curi Motosikal 9,711 64,858 67,584Curi Ragut 51,709 9,551 11,127Pecah Rumah SiangHari9,617 8,253 9,159Pecah RumahMalam Hari6,923 19,060 24,440JUMLAH 157,459 198,622 209,559*Bukan Jenayah Indeks (BJI)Sumber : PDRM (2008)Peningkatan kadar jenayah ini menimbulkan rasa kebimbangan di kalangan penduduk ke ataskebarangkalian berlakunya kejadian jenayah di kawasan perumahan mereka. Keadaan ini akanmengganggu kehidupan masyarakat di dalam menjalani kehidupan harian dan sekali gusmengancam kualiti kehidupan mereka. Semua bentuk jenayah ini perlu dibanteras kerana iamendatangkan pelbagai kemudaratan kepada tubuh, kesejahteraan masyarakat dan negarasecara keseluruhannya.ii) Peningkatan Bilangan Penduduk Berkadar Langsung Dengan PeningkatanJenayahJenayah sering kali dikaitkan dengan perbandaran. Secara umumnya peningkatan jenayah dikawasan bandar telah meningkat bermula pada abad yang ke-20. BerdasarkanHome OfficeResearch Study 

Page 6: Bimbang Terhadap Jenayah.docx

, jenayah diUnited Kingdom meningkat sebanyak lima peratus bagi setiap tahunmulai 1920-an (Landman, 2003). Ini berkemungkinan peningkatan bilangan penduduk yangmenyebabkan peningkatan kadar jenayah di kawasan bandar. Ini dibuktikan dengan laporanKualiti Hidup Bandar di Malaysia (2002), mendapati purata kes jenayah di kawasan bandarmeningkat daripada 7.4 kes bagi setiap seribu penduduk pada tahun 1990 kepada 13.7 kes padatahun 2000. Keadaan semakin membimbangkan dengan kenaikan dan jangkaan peningkatanbilangan penduduk bandar. Berdasarkan perangkaan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia,peratusan penduduk bandar telah meningkat daripada 26.8 peratus pada tahun 1970 kepada34.2 peratus pada tahun 1980 dan 50 peratus pada tahun 1990. Pada tahun 2020 peratusanpenduduk bandar dijangkakan akan mencecah 73 peratus (Nor-Ina Kanyo and Norizan Hj MdNor, 2007). Ini bermakna penduduk di Malaysia dianggarkan akan meningkat sebanyak 2.6peratus setiap tahun.Kenaikan ini dianggarkan memberi kenaikan yang sama dengan kadar kenaikan jenayah padamasa akan datang iaitu sebanyak 2.6 peratus juga (Amar Singh Sidhu, 2006). Jadual 2.0 dibawah dapat menjelaskan kadar peningkatan penduduk yang berkadar langsung denganpeningkatan kadar jenayah di masa akan datang.