bilangan 03/2008

16
KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN | Bil 3 | Ogos - Dis. 2008 ANUGERAH KUALITI PENGURUSAN KEWANGAN (AKPK) HARI HABITAT SEDUNIA & HARI PERANCANGAN BANDAR SEDUNIA 2008 SYABAS KPKT ! Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah memenangi Anugerah Kualiti Pengurusan Kewangan (AKPK) 2008 bagi kategori Kementerian dalam Majlis Penyampaian Anugerah Kualiti Sektor Awam (AKSA) 2008 yang diadakan pada 27 November 2008 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi kepada Ketua Setiausaha KPKT, Y. Bhg. Dato’ Ahmad Fuad bin Ismail. Dengan kemenangan ini, KPKT telah menerima hadiah wang tunai RM 15, 000.00, piala dan sijil penghargaan. AKPK merupakan pengiktirafan dan penghargaan yang diberikan khusus kepada agensi-agensi dalam sektor awam yang telah mencapai tahap pengurusan kualiti yang cemerlang dalam pengurusan kewangan. Anugerah ini disediakan kepada pemenang dalam empat kategori iaitu kementerian, jabatan, badan- badan berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). KPKT TERBARU RAJ.indd 1 1/29/2009 4:04:39 PM

Upload: trinhnhan

Post on 29-Jan-2017

252 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bilangan 03/2008

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN | Bil 3 | Ogos - Dis. 2008

ANUGERAH KUALITI PENGURUSAN KEWANGAN (AKPK)

HARI HABITAT SEDUNIA & HARI PERANCANGAN

BANDAR SEDUNIA 2008

SYABAS KPKT !Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah memenangi Anugerah Kualiti Pengurusan Kewangan (AKPK) 2008 bagi kategori Kementerian dalam Majlis Penyampaian Anugerah Kualiti Sektor Awam (AKSA) 2008 yang diadakan pada 27 November 2008 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi kepada Ketua Setiausaha KPKT, Y. Bhg. Dato’ Ahmad Fuad bin Ismail. Dengan kemenangan ini, KPKT telah menerima hadiah wang tunai RM 15, 000.00, piala dan sijil penghargaan. AKPK merupakan pengiktirafan dan penghargaan yang diberikan khusus kepada agensi-agensi dalam sektor awam yang telah mencapai tahap pengurusan kualiti yang cemerlang dalam pengurusan kewangan. Anugerah ini disediakan kepada pemenang dalam empat kategori iaitu kementerian, jabatan, badan-badan berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

KPKT TERBARU RAJ.indd 1 1/29/2009 4:04:39 PM

Page 2: Bilangan 03/2008

2 BULETIN KPKT 20082 BULETIN KPKT 2008

Warkah Daripada Ketua Setiausaha

Sidang PengarangPenasihat

Y.Bhg. Dato’ Ahmad Fuad bin Ismail

Timbalan PenasihatY.Bhg. Datin Noriah binti Hashim

Ketua PengarangPuan Fatmah binti IlIadad Khan

Penolong Ketua PengarangPuan Aziah binti Ahmad

Sumbangan Penulisan Bahagian Dasar

Bahagian InspektoratBahagian Kemiskinan Bandar

Bahagian Kewangan dan PerolehanBahagian Khidmat Pengurusan

Bahagian KorporatBahagian Pembangunan dan

Pelaksanaan ProjekBahagian Pemberi Pinjam Wang dan

Pemegang Pajak GadaiBahagian Sumber Manusia

Bahagian Teknologi MaklumatBahagian Undang-undang

Unit Audit DalamJabatan Bomba dan Penyelamat

Malaysia (JBPM)Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT)

Jabatan Landskap Negara (JLN)Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal

Negara (JPSPN)Jabatan Perancangan Bandar dan Desa

(JPBD)Jabatan Perumahan Negara (JPN)

Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR)Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal

dan Pembersihan Awam (PPSPPA)

PenerbitUnit Perhubungan Awam dan

Komunikasi Korporat

Sidang Pengarang Buletin KPKT amat mengalu-alukan sumbangan tulisan daripada warga KPKT. Sumbangan tulisan hendaklah dikemukakan ke :

Unit Perhubungan Awam dan Komunikasi KorporatBahagian Korporat

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Aras 2, Blok K, Pusat Bandar DamansaraPeti Surat 12579

50782 Kuala Lumpur

Tel.: 03-2099 2403 / 03-2094 4702Faks: 03-2095 6523 / 03-2094 4133

E-mel: [email protected]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Bertemu kembali di keluaran Buletin KPKT edisi terakhir tahun ini. Pantas benar masa berlalu. Tanpa disedari tinggal beberapa hari kita akan melangkah ke tahun baru. Mengimbas kembali apa yang telah kita lalui sepanjang tempoh 12 bulan yang lalu, saya percaya ramai di antara kita telah menempuh pelbagai peristiwa suka duka dan pahit getir sama ada dalam karier mahupun kehidupan seharian atau apa-apa sahaja bidang yang diceburi. Sesungguhnya saya amat bersyukur kerana dengan izin Allah s.w.t kita semua bukan sahaja berjaya menempuh dugaan, cabaran, halangan tetapi yang penting kita dapat berkongsi meraikan beberapa kejayaan yang membanggakan telah dicapai oleh KPKT.

Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan tahniah dan syabas kepada semua warga kerja KPKT kerana berjaya menerima Anugerah Kualiti Pengurusan Kewangan (AKPK) bagi kategori Kementerian di Anugerah Kualiti Sektor Awam (AKSA) 2008 pada 27 November 2008. Setinggi-tinggi penghargaan juga buat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia kerana mendapat Anugerah Ketua Setiausaha Negara bagi kategori Teknikal dan Anugerah Ketua Pengarah MAMPU bagi kategori Teknikal di Konvensyen Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) Perkhidmatan Awam Peringkat Kebangsaan Kali Ke-25 Tahun 2008 pada 19 November 2008. Sebelum itu, KPKT juga telah memenangi Anugerah Cemerlang Laman Web dan Portal Kerajaan Malaysia Terbaik 2007 (Tempat Pertama dan Mencapai Tahap 5 Bintang) pada 14 Ogos 2008. Siri kejayaan yang dikecapi ini membuktikan KPKT amat komited dalam merealisasikan matlamat sebagai Kementerian No.1 bertaraf 5 Bintang.

Dalam konteks ini, saya berpendapat tanpa usaha yang berterusan kejayaan tidak datang dan dapat dicapai seperti yang dirancangkan. Kejayaan merupakan perjalanan yang tiada hentinya iaitu suatu proses dan bukannya satu destinasi. Hayatilah petikan ucapan Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi di Majlis Penyampaian AKSA 2008 “Masyarakat kini bukan mengukur pencapaian agensi berdasarkan bilangan anugerah yang diterima tetapi lebih penting lagi, mengharapkan kemenangan tersebut akan memberikan impak yang positif terhadap kualiti perkhidmatan yang ditawarkan dan secara tidak langsung memberikan kesan kepada kehidupan rakyat. Ini termasuklah segala aspek penggubalan dasar, perancangan dan penyampaian perkhidmatan dalam bidang-bidang pelajaran, keselamatan, kesihatan, pengangkutan dan persekitaran yang memberi kesan kepada kualiti hidup rakyat.”

Sebelum kita melangkah masuk tahun 2009, tinggilah harapan saya agar kita semua dapat bekerja bersama-sama sebagai satu pasukan. Marilah kita berusaha dengan gigih, menjalankan tugas dengan sempurna dan menitikberatkan aspek kualiti, ketepatan masa dan kos demi menghasilkan keputusan terbaik sebagaimana dinyatakan dalam Key Performance Indicators atau KPI masing-masing. Semoga kita terus memasang tekad dan tanamkan azam bekerja keras supaya pada tahun baru kejayaan akan berterusan dan dapat dicapai dengan lebih baik lagi. Oleh itu jangan tanya apa yang akan berlaku esok, tetapi berfi kir dan merancang untuk hari esok yang lebih baik Insya-Allah!

Selamat Bertugas dan Selamat Datang 2009!

Dato’ Ahmad Fuad bin IsmailKetua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

KPKT TERBARU RAJ.indd 2 1/29/2009 4:04:41 PM

Page 3: Bilangan 03/2008

3BULETIN KPKT 2008

As the national focal point for UN-Habitat related activities, the Ministry of Housing and Local Government Malaysia, undertakes numerous activities in tandem with Malaysia’s pledge as a signatory to the Habitat Agenda. One of the programmes undertaken by the government in terms of promotion is vis a vis the World Habitat Day celebration. This year, programmes undertaken by the Ministry focus on achieving the objectives of the theme for 2008, which is Harmonious Cities.

The concept of Harmonious Cities addresses issues such as rapid urbanisation, poverty, growth of human slums and etc. One of the solutions for rapid urbanisation is sustainable development. As such, the Ministry believes it to be prudent to undertake programmes highlighting on this mode of solution. Programmes which were organised to realize sustainable development and harmonious cities are:

1. Article writing competition (28 August – 24 November 2008) Topics: (i) Improvement measures which can be undertaken to resolve the dissatisfactory level of public cleansing in the country (ii) Mitigating poverty to realize the goal of harmonious cities (iii) Resolving issues of rapid urbanisation.

2. Photography competition (28 August – 15 October 2008) Theme - Harmonious Cities

3. Oration/ Speech Competition (5 November 2008) Topic – Our Youth, Our Future

4. Roundtable discussion (5 November 2008) Topics: (i) Role of Family Development (ii) Interfaith (iii) Criminologist Point of View, Towards Harmonious Cities (iv) Living Harmoniously with Environment (v) Place Attachment and Sustainability of Urban Place Identity.

5. Seminar “The Way Forward in Sustainability and Harmonious Cities” (5-7 November 2008)

6. Forum Perdana Hal Ehwal Islam (31 July 2008)

7. Friday Prayer Sermon (7 November 2008) Topic: Perancangan Ke Arah Kemampanan

Resolutions drafted as a result from the seminar and roundtable discussion will be used as a guide for the government to consider in formulating relevant policies in addressing relevant issues.

On the issue of poverty and the growth of human slums, the Ministry provides adequate housing for the lower income group. This programme is called the People’s Housing Programme (PHP), whereby the lower income group is provided with a 3 bedroom apartment with rental costing only MYR 123.00 (USD 34.30) per month. Meanwhile, for those in poverty, the government would exempt them from rental. The Harmonious Community Programme organised in conjunction with the World Habitat Day celebration is very apt in addressing the collaborative efforts of the government, the private sector and the public in achieving harmony in the city. Among the side programmes of the Harmonious Community Programme are

1. Fire Prevention Demonstration 2. Coloring Competition For Children 3. Tree Planting Campaign 4. Recycling Exhibition 5. Telly Match.

The primary objective of this programme is the collective implementation and awareness of these programmes involving government agencies, the private sector and the public.

In conclusion, programmes organised by the Ministry of Housing and Local Government is parallel with the objectives of the World Habitat Day celebration 2008 and is also in line with the theme of Harmonious Cities. On the micro level, individual programmes organised have effectively reached out to a fi nite number of participants. However, promotion of these programmes to the mass media has resulted in the promotion of awareness at the national or macro-level. This two-prong strategy proved to be benefi cial as the promotion of programmes via word of mouth of participants and the general public would reinforce their level awareness on their roles and responsibilities.

2. Coloring Competition For Children 3. Tree Planting Campaign 4. Recycling Exhibition 5. Telly Match.

The primary objective of this programme is the collective implementation and awareness of these programmes involving government agencies, the private sector and the public.

Harmonious CitiesWORLD HABITAT DAY CELEBRATION 2008

KPKT TERBARU RAJ.indd 3 1/29/2009 4:04:42 PM

Page 4: Bilangan 03/2008

4 BULETIN KPKT 2008

ANUGERAH LAMAN WEB DAN PORTAL

KERAJAAN

TAHNIAH JBPM

JBPM telah mengadakan Majlis Tamat Latihan Kursus Asas Sains Kebombaan Siri 1/2008 pada 22 Ogos 2008 di Akademi Bomba dan Penyelamat, Malay-sia di Kubu Bharu. Majlis ini telah disempurnakan oleh YAS Dato’ Mahadi bin Md. Ali, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM. Kursus Asas Sains Kebom-baan merupakan kursus mandatori yang wajib dihadiri oleh setiap pegawai bomba Gred KB 17 yang baru dilantik dalam perkhidmatan di JBPM. Kursus ini mengambil masa selama empat bulan setengah dijalankan sepenuhnya di Akademi Bomba dan Penyelamat, Malaysia Kuala Kubu Bharu, Selangor dan Akademi Bomba dan Penyelamat, Malaysia, Wakaf Tapai, Terengganu. Kursus disertai oleh 111 orang pegawai bomba termasuk 29 orang daripada PPT Cor-poration Sdn. Bhd. dan 9 orang pegawai bomba dari Penang Port Sdn. Bhd.. Mereka ini telah didedahkan dengan ilmu dan kemahiran dari segi teori dan praktikal dalam bidang sains kebombaan, operasi kebombaan, pengurusan kebombaan dan keselamatan kebakaran.

KURSUS ASAS SAINS KEBOMBAAN SIRI 1 / 2008

Pada tahun 2008, KPKT telah menjalani Penilaian Web dan Portal Agensi Kerajaan 2007 oleh Multimedia Development Corporation (MDeC). Keputusannya, KPKT telah berjaya mendapat Tempat Pertama dan diiktiraf mencapai tahap 5 bintang dengan markah 83%, sekaligus menerima Anugerah Laman Web dan Portal Kerajaan Terbaik 2007. Majlis penyampaian anugerah ini telah diadakan di Seminar Portal dan Laman Web Kerajaan Malaysia pada 14 Ogos 2008 di Hotel Shangri – La, Putrajaya.

Konvensyen Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KM) Perkhidmatan Awam Peringkat Kebangsaan Ke-25 Tahun 2008 anjuran INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN) dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak telah berlangsung pada 18 dan 19 November 2008 di Hotel Crowne Plaza Riverside Kuching, Sarawak. Kumpulan Infi niti dari Balai Bomba dan Penyelamat Segamat, Johor telah dipilih oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Johor untuk mewakili negeri Johor bagi menyertai Konvensyen KMK ini dalam kategori Teknikal. Kumpulan Infi niti terdiri daripada PgB Sohaimi bin Mohamed selaku Ketua Kontijen, PKPgB Masnan bin Ali selaku fasilitator, Hj. Omar bin Saat (ketua pasukan) serta turut disertai Husonodin bin Ahmad, Murad bin Tompang, Syed Putra bin Syed, Mohammad Al-Attas, Mahazir bin Basir, Khairul bin Buasan dan Hamid bin Atan. Kumpulan Infi niti telah berjaya memenangi Anugerah Ketua Setiausaha Negara bagi kategori Teknikal dengan menerima hadiah sampingan yang terdiri daripada piala iringan, sijil penyertaan dan sijil penghargaan serta wang tunai RM5,000.00 .Selain dari itu PKPgB Masnan bin Ali telah dipilih sebagai Fasilitator Terbaik dan membawa pulang wang tunai RM300.00. Kumpulan Infi niti juga telah diberi pengiktirafan ‘Star Rating’ dengan 5 Bintang. Sementara itu, negeri Pahang telah diwakili oleh Kumpulan PKQ dari Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas, Kuantan untuk menyertai konvensyen ini bagi kategori Teknikal. Ahli kumpulan ini daripada oleh Ab. Rahman bin Hj. Md. Safi selaku fasilitator, Mohd. Rassul bin Ghazali (ketua pasukan) serta turut disertai Mohamad bin Bakar, Wan Samsul Effendi bin Wan Mahmud, Mohd. Zuki bin Tahir, Ahmad Mudzaffar bin Mohd. Ruam dan Mohd. Zamri bin Zakaria. Pada konvensyen yang sama, kumpulan PKQ telah berjaya memenangi Anugerah Ketua Pengarah MAMPU dengan menerima hadiah sampingan seperti piala iringan, sijil penyertaan dan sijil penghargaan serta wang tunai RM2,000.00.

KPKT TERBARU RAJ.indd 4 1/29/2009 4:04:43 PM

Page 5: Bilangan 03/2008

5BULETIN KPKT 2008

MEMPERKEMASKAN HALA CARA BARU MEMPROSES CADANGAN PEMAJUAN MELALUI OSC ONLINE

Bengkel – Memperkemaskan Hala Cara Baru Memproses Cadangan Pema-juan Melalui OSC Online anjuran Jabatan Kerajaan Tempatan telah berlang-sung dengan jayanya selama 1 ½ hari pada 19 dan 20 Ogos 2008 bertempat di Dewan Chancery Diplomatik, Diplomatik Presint 15, Putrajaya. Sistem OSC Online yang diperkenalkan mencakupi proses dan prosedur berkoordinat bagi tujuan Submission, Processing, Payment dan Support Service untuk se-mua cadangan pemajuan yang dikemukakan kepada PBT. Ia dibangunkan mengikut spesifi kasi MS ISO 9001: 2000 dan MS ISO 14001: 2004 dengan meng-gunakan teknologi Geographical Information System (GIS).

Tujuan bengkel adalah seperti berikut: (i) memperkenalkan OSC Online sebagai hala cara baru mempros es cadangan pemajuan; (ii) mendapat input PBT mengenai butiran terperinci elemen-ele men kawalan perancangan, bangunan dan kejuruteraan yang diperlukan dan disemak apabila permohonan kebenaran merancang, pelan bangunan dan pelan kejuruteraan dikemukakan; dan (iii) menyeragamkan keperluan-keperluan tersebut sebagai satu template yang terpakai di kalangan PBT-PBT dan seterusnya mengaplikasikannya kepada OSC Online bagi tujuan mem perkemaskan dan memantapkan kandungan sistem tersebut.

Bengkel telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha KPKT, Y.Bhg. Dato’ Ahmad Fuad bin Ismail ini telah dihadiri peserta yang terdiri daripada pegawai-pe-gawai dari semua Majlis Bandaraya dan Majlis Perbandaran di Semenanjung Malaysia. Penerangan dan penjelasan OSC Online telah dibentangkan oleh Ir. Dr. Lee Aik Heng dari Yes Enviro Management Sdn. Bhd. Peserta bengkel telah di bahagi kepada tiga kumpulan yang terdiri dari kumpulan arkitek, kumpulan jurutera dan kumpulan perancang dimana kumpulan-kumpulan tersebut dikehendaki untuk menyemak dan membincangkan senarai semak masing-masing.Sesi rumusan bengkel telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Dato’ Ahmad Fuad bin Ismail, KSU/KPKT dimana dalam ucapannya telah menggar-iskan beberapa pemerhatiannya terhadap peranan agensi teknikal PBT yang perlu diberi keutamaan khususnya dalam melaksanakan OSC Online bagi mencapai hasrat kerajaan mempertingkatkan sistem penyampaian perkhid-matan di Pihak Kerajaan Tempatan.

PENAMBAHBAIKAN SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN MELALUI ICTSelaras dengan usaha-usaha Kerajaan untuk menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan awam, Bahagian ICT Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) akan memperke-nalkan 2 sistem yang berasaskan aplikasi ICT dan teknologi web untuk mempercepatkan dan mempermudah orang ramai berurusan dengan Agensi Kerajaan. Sistem yang menawarkan perkhidmatan online dan dijangka pelaksa-naannya pada Januari 2009 adalah ePBT Online dan OSC Online. ePBT online menawarkan permohonan perkhidma-tan, semakan, aduan dan pembayaran secara online di Portal ePBT (http://www.epbt.gov.my). ePBT Online adalah kesinambungan daripada peluasan Sistem ePBT yang se-dang dilaksanakan oleh JKT bagi penggunaan di kaunter-kaunter PBT. Melalui Portal ePBT, orang ramai boleh memo-hon lesen tanpa perlu datang ke kaunter. Tambahan pula permohonan lesen akan diproses dengan lebih sistematik dan teratur. Justeru, dapat mengurangkan rungutan orang ramai terutamanya dari segi tempoh menunggu di kaunter yang lama dan kelewatan dalam memproses kelulusan permohonan. Sistem ini juga memudahkan orang ramai untuk menyemak bil-bil seperti cukai taksiran tanpa perlu menunggu bil sebenar yang dihantar kepada pengguna, menyemak status permohonan, status aduan, menyemak kompaun dan menyemak sewaan. ePBT Online juga mem-

benarkan kemudahan pembayaran online (ePayment) di mana-mana tanpa mengira lokasi selaras dengan pelaksa-naan dasar No Wrong Door Policy seperti yang disarankan oleh Ketua Setiausaha Negara, Y. Bhg. Tan Sri Mohd Sidek bin Hj. Hassan. OSC Online pula adalah penyediaan lan-dasan pengemukaan pelan cadangan pemajuan dalam format digital secara elektronik atau lebih dikenali sebagai eSubmission. Melalui teknologi Geographical Information System (GIS) pelan-pelan digital ini boleh diproses dan diu-las secara online oleh Agensi-Agensi Teknikal. OSC Online diperkenalkan bagi memenuhi permintaan Pihak Menge-mukakan Utama atau Principal Submitting Person (PSP) yang menginginkan cara konvensional pengemukaan pelan yang membebankan (bulky) dan tidak kemas kini (outdated) digantikan dengan cara elektronik. OSC Online dapat menjana satu mekanisme yang membolehkan mak-lum balas bagi permohonan Cadangan Pemajuan dapat disampaikan secara tepat dan cepat dan maklumat men-genai pembangunan dapat disimpan secara teratur dan tidak memerlukan ruang. OSC Online berupaya mening-katkan prestasi PBT dengan mengamalkan tadbir urus yang baik serta bertindak secara lebih profesional, efektif, cekap dan bertanggungjawab bagi membolehkan orang ramai berurusan dengan lebih mudah.

KPKT TERBARU RAJ.indd 5 1/29/2009 4:04:45 PM

Page 6: Bilangan 03/2008

6 BULETIN KPKT 2008

MESYUARAT PENYELARASAN KPKT BERSAMA SUK NEGERI

Mesyuarat Penyelarasan KPKT Bersama Setiausaha-Setiausaha Kerajaan Negeri anjuran Jabatan Kerajaan Tempatan telah diadakan pada 23 Oktober 2008 di Holiday Villa Subang Jaya, Selangor dan dipengerusikan oleh Y.Bhg. Dato’ Ahmad Fuad bin Ismail, Ketua Setiausaha, Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan. Mesyuarat dihadiri Setiausaha Kera-jaan Negeri atau wakil dari pejabat SUK termasuk dari Sabah dan Sarawak. Mesyuarat yang dijadualkan setiap 4 bulan merupakan yang pertama diadakan dan bertujuan untuk membincangkan isu-isu pelaksanaan polisi dan dasar kerajaan pusat yang dilaksanakan di peringkat negeri dan PBT selain memastikan usaha pemantauan dan perhatian yang berteru-san ke atas pelbagai inisiatif baru yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Pusat.Dalam mesyuarat tersebut Y.Bhg. Dato’ KSU/KPKT telah membincangkan beberapa perkara dan isu-isu seperti berikut:

MESYUARAT PENYELARASAN MESYUARAT PENYELARASAN KPKT BERSAMA SUK NEGERIKPKT BERSAMA SUK NEGERI

(i) Pelaksanaan OSC dan CCC;

(ii) Pelaksanaan ePBT dan ePBT Online;

(iii) Pelaksanaan CCTV;

(iv) Peruntukan PBT;

(v) Lesen Perniagaan dan Lesen Komposit Hotel;

(vi) Star Rating PBT;

Mobile Number Portability (MNP) was effective launched in Malaysia on 29 August 2008. MNP allows mobile phone users registered in Malaysia to retain their Mobile Subscriber Integrated Services Digital Network Number (MSISDN), commonly known as phone number, when switching from one mobile network service provide to another. Thus, mobile phone user

Mobile Number Portability (MNP) was effective launched in Malaysia on 29 August 2008. MNP allows mobile phone users

012, 013, 014, 016, 017, 018 & 019

can avoid the inconvenience of having to notify friends and associates of changing numbers. Hong Kong has the fi rst country to introduce MNP on 1 March 1999 and currently there are many technical mode of MNP launched in the world. Introduction of MNP is aimed to results improve-ment in service quality; introduction better post paid and prepaid packages and greater customer. Network service pro-vider will be allow to charge up to RM25 each time a mobile phone subscriber changes their provider. Mobile phone users are advised to follow the basic guidelines submitting the application to switch provider:a. Settle all outstanding payment with current service provider b. Not tied to any contract with your current service provider c. Current MSISDN line must be active. d. Indicate all supplementary linesMore details and frequently-asked-questions on MNP can be accessed directly thru the Malaysian Communication and Multimedia Commission website at http://www.skmm.gov.my/consumer/mnp.asp and all Malaysian mobile network ser-vice provider’s websites.

(vii) Projek Perumahan Rakyat dan COB;

(viii) Pengurusan Sisa Pepejal;

(ix) Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam; dan

(x) Kawalan Perancangan

PROGRAM BAHAGIAN KAMPUNG BARUPada 8 hingga 9 September 2008, Bahagian Kampung Baru telahpun mengadakan Mesyu-arat Pegawai Kemajuan Perkampungan Bil. 2/2008 di Crystal Crown Hotel Petaling Jaya. Ia dihadiri seramai 80 orang peserta dan telah dirasmikan oleh Y. Bhg. Datin Arpah binti Abdul Razak, Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan. Mesyuarat tersebut diadakan ada-lah bagi membincangkan Status Pelaksanaan Projek-Projek Kecil BP31, Taklimat Cadangan Program Siri Kampung Baru di Astro dan Mesyu-arat Persatuan Pegawai Kemajuan Perkampun-gan.

6 BULETIN KPKT 2008

KPKT TERBARU RAJ.indd 6 1/29/2009 4:04:46 PM

Page 7: Bilangan 03/2008

7BULETIN KPKT 2008

lawatan dari mesir - 12 OGOS 2008

lawatan dari australia - 15 OGOS 2008

PERANAN PENGGUNA DALAM FASASPESIFIKASI KEPERLUAN PENGGUNA

• Melaksanakan pengurusan perubahan• Mengenal pasti dan mencadangkan format input/ output• Memberi maklum balas ke atas dokumen URS

Hasil dari fasa URS ini ialah satu dokumen Spesifi kasi Keperluan Pengguna yang mengandungi maklumat lengkap tentang sistem yang akan dibangunkan. Dokumen ini juga akan mengandungi cadangan-cadangan dari Pembangun Sistem bagi memudahkan proses kerja sistem yang akan dibangunkan kelak.

Pihak pengguna mesti meneliti dokumen URS ini dan membincangkan ketepatan dokumen. Penelitian rapi oleh pihak pengguna pada dokumen URS akan menjamin reka bentuk sistem aplikasi yang memenuhi keperluan pengguna, menjimatkan kos dan masa pembangunan sistem.

Kesimpulannya, pengguna memainkan peranan yang sangat penting bagi memastikan kejayaan dalam fasa keperluan pengguna dan pembangunan sistem aplikasi keseluruhannya.

Selaras dengan perkembangan teknologi ICT yang pesat , ekspektasi pengguna terhadap sistem aplikasi juga meningkat. Bagi membangunkan sistem aplikasi

yang baik dan dapat memenuhi keperluan pengguna, salah satu proses yang amat penting ialah fasa spesifi kasi keperluan pengguna (User Requirements Spesifi cation, URS)

Di dalam fasa URS, pembangun sistem akan meneliti objektif dan keperluan sistem yang hendak dibangunkan, aliran kerja bagi proses kerja semasa yang hendak dikomputerisasikan dan juga mencadangkan proses kerja akan datang. Pengguna hendaklah memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi kerana hasil dari fasa spesifi kasi keperluan pengguna ini akan diguna pakai dalam fasa reka bentuk pembangunan sistem. Pengguna yang memberi input semasa sesi ini mestilah mereka yang benar-benar memahami bisnes organisasi dan keperluan sistem yang akan dibangunkan.

Tanggung jawab pengguna semasa fasa URS adalah seperti berikut:

• Menyediakan segala maklumat yang berkaitan proses kerja• Mengenal pasti entiti yang terlibat dan isu-isu yang akan timbul dalam proses kerja

KPKT TERBARU RAJ.indd 7 1/29/2009 4:04:49 PM

Page 8: Bilangan 03/2008

8 BULETIN KPKT 2008

perhimpunan bulanan & sambutan bulan kemerdekaan - 28 OGOS 2008

soft launch hari habitat sedunia 2008 dan hari perancangan bandar sedunia 2008 - 28 ogos 2008

perhimpunan bulanan & sambutan hari raya - 23 Oktober 2008

lawatan dari iran - 28 oktober 2008

KPKT TERBARU RAJ.indd 8 1/29/2009 4:04:54 PM

Page 9: Bilangan 03/2008

9BULETIN KPKT 2008

malam simfoni alam - 05 november 2008

pelancaran hari habitat sedunia 2008 dan hari perancangan bandar sedunia 2008 - 06 november 2008

majlis perasmian expo dan FORUM tandas kebangsaan 2008 - 12 november 2008

program komuniti harmoni - 18 november 2008

KPKT TERBARU RAJ.indd 9 1/29/2009 4:05:00 PM

Page 10: Bilangan 03/2008

10 BULETIN KPKT 2008

PROGRAM INSPEKTORAT SSR - PBTSemenjak Sistem Star Rating Pihak Berkuasa Tempatan (SSR- PBT) bermula pada April 2008, sebanyak 83 PBT telah dilawati oleh Pasukan Inspektorat SSR-PBT sehingga bulan Oktober 2008. Fasa pertama merangkumi 49 PBT, manakala fasa kedua 48 PBT. Pada peringkat permulaan pelaksanaan SSR PBT, kebanyakan PBT masih kurang jelas dengan tujuan sebenar SSR PBT ini dijalankan. Namun demikian, kefahaman terhadap tujuan sebenar SSR PBT semakin meningkat di kalangan PBT setelah lawatan fasa pertama melabuhkan tirainya.

Lawatan SSR PBT ini telah dilaksanakan oleh pegawai-pegawai dari Bahagian Inspektorat dengan bantuan pegawai-pegawai daripada Jabatan Kerajaan Tempatan, Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Unit Audit Dalam dan Bahagian Kewangan KPKT. Sehingga penghujung bulan Oktober, PBT-PBT di negeri Pulau Pinang, Perlis, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya, dan Terengganu telah selesai dilawati. Lawatan SSR PBT di Semenanjung Malaysia ini dijangka selesai pada 20 November 2008.

Selain itu, penilaian ke atas PBT yang telah menyertai AKPBT juga telah dilakukan serentak bersama lawatan penggredan. PBT ini terdiri daripada 10 Majlis Daerah, 6 Majlis/Dewan Perbandaran/Bandaraya dan 3 modifi ed PBT .

Sepanjang penilaian ini dijalankan, beberapa penemuan telah diperolehi. Antaranya ialah, kebanyakan PBT masih tidak mempunyai pelan strategik yang lengkap, masih belum menubuhkan Jawatankuasa Aset dan Kewangan

(JKPAK), pengurusan pelanggan yang masih tidak teratur dan mesyuarat-mesyuarat penting tidak dijalankan mengikut tempoh yang sepatutnya. Pelbagai sebab diberikan mengenai ketidakpatuhan ini antaranya tidak mempunyai peruntukan yang cukup dan kekurangan kakitangan.

Selain itu, bagi melengkapkan 100% markah penggredan, pihak KPKT telah melantik 184 orang Pembantu Tadbir Sambilan (PTS) untuk menjalankan kajian soal selidik pandangan penduduk yang merangkumi 10% daripada markah keseluruhan penilaian SSR PBT. PTS tersebut telah diberikan tempoh selama 23 hari untuk menyiapkan kajian, yang mana keseluruhannya telah selesai pada 30 Oktober 2008. Sebelum kajian dimulakan, satu taklimat kepada PTS tersebut mengenai kaedah-kaedah dan soalan-soalan kajian telah diberikan oleh pegawai-pegawai Bahagian Inspektorat bertempat di Ibu Pejabat Bomba Negeri Johor, Perak, Kedah, Kelantan, Pahang dan Terengganu serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Setelah selesai penilaian ke atas 97 PBT di Semenanjung, analisis keputusan akan dilakukan berdasarkan taraf bintang yang diperolehi. Bagi PBT yang berprestasi rendah iaitu mendapat dua bintang dan ke bawah, Pasukan Inspektorat akan melakukan lawatan untuk kali kedua yang dijangka pelaksanaannya pada 2009. Walau bagaimanapun, Pasukan Inspektorat bersedia melaksanakan penilaian kali kedua bagi PBT yang mendapat tiga bintang dan keatas sekiranya terdapat permintaan daripada PBT terbabit. Untuk makluman, laporan lengkap mengenai SSR PBT Fasa 1 telah dibentangkan dalam Mesyuarat 3P pada 14 Ogos 2008.

pameran expo cintai malaysia 2008 - 04 disember 2008

taklimat pengurusan aset - 11 disember 2008

10 BULETIN KPKT 2008

KPKT TERBARU RAJ.indd 10 1/29/2009 4:05:03 PM

Page 11: Bilangan 03/2008

11BULETIN KPKT 2008

Seminar Kesihatan Persekitaran Peringkat Pihak Berkuasa Tempatan telah di adakan pada 7-8 Ogos 2008 bertemakan ”Menjana Ke arah Persekitaran yang Sihat dan Selamat”. Seminar yang di anjurkan oleh Bahagian Kesihatan Persekitaran ini telah di adakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC). Objektif seminar ini diadakan adalah untuk mening-katkan pengetahuan mengenai isu-isu kesihatan persekitaran yang terkini dan berkongsi maklumat mengenai aktiviti kesi-hatan persekitaran serta teknik-teknik menyelesaikan masalah mengenai kesihatan persekitaran daripada model kejayaan PBT-PBT.

Seminar Kesihatan Persekitaran Peringkat PBT

Kursus ini telah di adakan di De Palma Hotel Ampang pada 20-24 Oktober 2008 yang di hadiri oleh Pegawai Kesihatan Persekitaran/ Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran dari Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh Malaysia. Tujuan kursus ini di adakan adalah untuk memberi pengetahuan dan pendedahan pemakaian APSPP 2001 dan meningkatkan lagi ke-berkesanan aktiviti penguatkuasaan melalui penggunaan akta tersebut.

Kursus Penguatkuasaan & Pendakwaan APSPP 2001

KPKT TERBARU RAJ.indd 11 1/29/2009 4:05:10 PM

Page 12: Bilangan 03/2008

12 BULETIN KPKT 2008

Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) telah terlibat dalam pameran sempena Sambutan Hari Habitat Sedunia 2008 dan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2008 di Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya pada 5 hingga 7 November 2008. Pameran tersebut adalah anjuran Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD).

JPSPN DI SAMBUTAN HARI HABITAT 2008

‘EU-Asia Solid Waste Management Conference’ telah diadakan pada 29 dan 30 Oktober 2008 di Impiana Casuarina Hotel, Ipoh, Perak. ‘EU-Asia Solid Waste Management Conference’ ini telah dianjurkan oleh EU-Asia Sustainable Waste Management Cycle yang dibiayai oleh Asia ‘Pro-Eco Programme of the European Commission(EC)’ dengan kerjasama Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara dan agensi–agensi yang berkaitan dari dalam dan luar Negara.

Objektif ‘EU-Asia Solid Waste Management Conference’ adalah untuk melaksanakan langkah-langkah bagi memastikan proses pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam mematuhi amalan alam sekitar yang terbaik.

EU-ASIA SOLID WASTE MANAGEMENT CONFERENCE

Peserta yang mengikuti ‘EU-Asia Solid Waste Management Conference’ terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan, wakil badan bukan kerajaan, pihak berkuasa tempatan, Institut pengajian tinggi dan badan-badan swasta dari dalam dan luar Negara.

Petikan Dari KSN / KSN’s Quote

“ Dalam apa jua keadaan, anggota perkhidmatan awam perlu bertindak dengan adil dan saksama serta dengan penuh integriti untuk kepentingan orang ramai. ”

“ In whatever the situation, civil servants shall act fairly and impartially, with integrity and always in the interest of the public. ”

KPKT TERBARU RAJ.indd 12 1/29/2009 4:05:17 PM

Page 13: Bilangan 03/2008

13BULETIN KPKT 2008

KURSUS PENYEDIAAN LAPORAN PENILAIAN “OUTCOME” DAN IMPAK PROJEK/PROGRAM RANCANGAN MALAYSIA

KE SEMBILAN (RMK9) Y. Bhg. Dato’ Ahmad Fuad bin Ismail, Ketua Setiausaha KPKT telah merasmikan Kursus Penyediaan Laporan Penilaian “Outcome” dan Impak Projek/Program Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK9) pada 4& 5 Ogos 2008 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Bahagian Pembangunan dan Pelaksanaan Projek, KPKT telah bekerjasama dengan Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) dalam menganjurkan kursus ini.

Kursus ini telah diadakan sebagai usaha ke arah membudayakan penilaian “outcome” dan impak di KPKT sejajar dengan kehendak “stakeholders” dan Agensi-agensi pusat.

Kursus ini telah diadakan selaras dengan Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2005 Garis Panduan Penilaian Program Pembangunan. Tujuan utama kursus ini ialah

PERJUMPAAN KAKITANGAN JKT Majlis Perjumpaan Kakitangan JKT Bersama Ketua Pengarah JKT, Y. Bhg. Datin Arpah binti Abdul Razak telah diadakan pada 21 Oktober 2008 (Selasa) di Ruang Pejabat (Unit Korporat, JKT), Aras 3, Blok K, Pusat Bandar Daman-sara. Majlis yang kali ketiga diadakan pada tahun ini telah dihadiri lebih 100 kakitangan. Pada majlis itu juga, Penga-rah Bahagian Khidmat Pengurusan, Encik Mohd Nadzri bin Abd. Rahman telah menyampaikan taklimat pengenalan yang bertajuk “ Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja” kepada kakitangan JKT berkaitan tatacara dan kaedah dalam meningkatkan mutu kerja. Seterusnya, taklimat ini disambung oleh Pn. Afi fah Raduwan mengenai struktur dan kaedah pelaksanaan KMK. Pada majlis ini juga, kakitangan yang baru bertugas dalam tempoh 3 bulan di JKT diper-kenalkan. Pada perjumpaan ini juga, setiap bahagian menyumbangkan makanan dan kuih-muih sempena bulan Syawal bagi mengeratkan silaturahim antara pegawai dan

kakitangan dalam meningkatkan ukhuwah dan meningkatkan proses dan kecekapan bekerja.

untuk menjelaskan kepada para peserta kaedah sistematik bagi menilai “outcome” dan impak Projek/Program Pembangunan Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) yang dilaksanakan di KPKT.

Kursus ini akan membolehkan para peserta menganalisis prestasi sebenar sesuatu program/projek pada tahap tertentu berbanding dengan perancangan asal dan akan membolehkan para peserta memperbaiki proses perancangan bagi projek/program yang sama di masa hadapan.

Profesor Madya Dr. Osman bin Md. Yussoff dan Encik Ismail bin Hamad dari ICU, JPM telah memberikan ceramah dalam kursus ini di samping bertindak sebagai pakar rujuk. Seramai 54 peserta yang terdiri daripada Ketua-ketua Jabatan/Bahagian di KPKT dan pegawai-pegawai pembangunan telah mendapat manfaat dengan menghadiri kursus ini.

KPKT TERBARU RAJ.indd 13 1/29/2009 4:05:20 PM

Page 14: Bilangan 03/2008

14 BULETIN KPKT 2008

Selain tanaman hiasan, anda sebenarnya boleh menghiasi halaman rumah (sama ada di hadapan atau belakang) dengan tumbuhan seperti sayur-sayuran dan

ulam-ulaman yang boleh dimakan. Jika orang lain memilih tumbuhan berbunga, tiada salahnya anda menimbulkan kelainan dengan menanam pelbagai jenis tumbuhan yang berkonsepkan ‘Edible Garden’.

Edible Garden bermakna taman yang dibangunkan mengandungi tumbuhan yang sesuai untuk dimakan seperti pokok herba, sayuran, ulaman dan buah-

buahan. Anda tidak memerlukan halaman yang luas untuk menghiasi rumah anda dengan Edible Garden. Ia juga dikenali sebagai Kitchen Garden atau Laman Dapur yang menggambarkan tumbuh-tumbuhan yang digunakan adalah untuk keperluan dapur anda. Selain dari halaman yang indah, ‘Edible Garden’ mempunyai beberapa kebaikan seperti berikut:

1. Menjimatkan kos perbelanjaan dapur.

2. Edible garden boleh dibangunkan walaupun anda tidak mempunyai halaman yang luas. Penggunaan pasu, kasut lama, tayar dan lain-lain bahan terbuang seperti tin dan botol menjadikan anda seorang yang kreatif dan inovatif.

EDIBLE GARDEN

JLN MENERIMA PENSIJILAN MS ISO

9001:2000

JLN MENERIMA PENSIJILAN MS ISO

9001:2000Tahniah diucapkan kepada Jabatan Landskap Negara kerana telah menerima pensijilan MS ISO 9001 : 2000 bagi skop PERKHIDMATAN TEKNIKAL DAN PENGURUSAN PROJEK PEMBANGUNAN TAMAN AWAM Pada 19 September 2008 yang lalu.

Jabatan Landskap Negara telah melaksanakan MS ISO 9001 : 2000 Perkhidmatan Teknikal Dan Pengurusan Projek Pembangunan Taman Awam yang merangkumi 26 prosedur iaitu 11 prosedur wajib dan 15 prosedur sokongan. Audit Dokumen telah diadakan pada 27 Jun 2008 manakala Audit Pematuhan telah dilaksanakan pada 10 hingga 11 Julai 2008 oleh Badan Pensijilan SIRIM QAS International Sdn. Bhd. di mana projek Cadangan Pembangunan Taman Awam Tasik Cempaka, Bangi, Selangor telah diaudit di dalam skop ini.

Dengan adanya sijil penganugerahan ini Jabatan Landskap Negara akan meningkatkan lagi prestasi dari segi kualiti penyampaian perkhidmatan kepada semua warga Jabatan, agensi-agensi dan Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh negara. Jabatan juga amat komited untuk memenuhi semua objektif kualiti bagi memastikan Perkhidmatan Teknikal dan Pengurusan Projek bagi Pembangunan Taman Awam sentiasa sesuai dengan misi, visi, dan objektif Jabatan yang ditetapkan.visi, dan objektif Jabatan yang ditetapkan.

3. Aktiviti yang menyihatkan kerana anda bukan sahaja aktif secara fi zikal, malah berpeluang mendapat makanan yang segar dan menyihatkan.

4. Memupuk semangat kerjasama antara keluarga dan jiran tetangga.

5. Terdapat kajian yang menunjukkan, aktiviti berkebun dan bercucuk tanam dapat mengurangkan tekanan.

Dengan reka bentuk taman yang mengambil kira perkara-perkara berikut, Edible Garden’ anda juga dapat berfungsi sebagai sensory garden yang mempunyai nilai-nilai terapi.

1. Menggalakkan interactivity seperti menyediakan pangkin dan ruang untuk interaksi.

2. Pandangan - warna, bentuk dan ciri-ciri yang unik akan merangsang deria pandangan.

3. Pendengaran – Siulan burung, desiran angin, derapan batu-batu kecil dan kocakan air dapat menghasilkan alunan muzik yang menenangkan.

4. Sentuhan – Kepelbagaian tekstur dapat merangsang deria sentuhan contohnya tekstur dedaun tumbuhan yang halus seperti pandan dan tekstur kasar seperti sawi. Sentuhan juga dizahirkan melalui penggunaan batu-batu kecil sebagai laluan dan rumput yang berbeza spesies.

5. Bau – Kebanyakan tumbuhan herba mempunyai aroma sekiranya daun atau bahagiannya digosok. Contohnya daun pudina, daun pandan, daun kesum dan bunga kantan.

KPKT TERBARU RAJ.indd 14 1/29/2009 4:05:27 PM

Page 15: Bilangan 03/2008

15BULETIN KPKT 2008

Encik Rosmawardi Razali Ramli, Penolong Pegurus Besar, Bahagian Pengurusan Strategi, Telekom Malaysia Berhad, telah dijemput untuk memberikan ceramah bertajuk “Pelak-sanaan Strategi Melalui Balance Scorecard”. Sepanjang sesi ceramah tersebut, banyak input telah diperolehi dan boleh diaplikasi oleh KPKT pada masa hadapan.

Diharapkan agar semua Jabatan/Bahagian KPKT dapat memantapkan lagi Perancangan Strategik 2009 dengan melaksanakan lebih banyak program dan aktiviti selaras dengan Visi dan Misi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

MESYUARAT KPI 2008Encik Rosmawardi Razali Ramli, Penolong Pegurus Besar, Bahagian Pengurusan Strategi, Telekom Malaysia Berhad, telah dijemput untuk memberikan ceramah bertajuk “Pelak-sanaan Strategi Melalui Balance Scorecard”. Sepanjang sesi ceramah tersebut, banyak input telah diperolehi dan boleh diaplikasi oleh KPKT pada masa hadapan.

Diharapkan agar semua Jabatan/Bahagian KPKT dapat memantapkan lagi Perancangan Strategik 2009 dengan melaksanakan lebih banyak program dan aktiviti selaras dengan Visi dan Misi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

MESYUARAT KPI 2008

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengadakan Mesyuarat Perancangan Strategik KPKT 2009 dari 19 sehingga 22 November 2008 bertempat di Hotel Holiday Inn, Melaka. Mesyuarat tersebut telah dipengerusi-kan oleh Ketua Setiausaha KPKT, Y. Bhg. Dato’ Ahmad Fuad Bin Ismail dan telah dihadiri oleh 68 orang ahli mesyuarat yang terdiri daripada Pengurusan Tertinggi KPKT, Ketua Jabatan, Setiausaha Bahagian dan pegawai-pegawai Ja-batan/Bahagian KPKT. Mesyuarat tersebut bertujuan untuk menyemak dan menilai pencapaian semua Jabatan/Ba-hagian bagi tahun 2008 serta mengkaji dan melulus Peran-cangan Strategik bagi tahun 2009. Selain itu, Pelan Strategik KPKT 2008-2020 turut dibincang dan dimantapkan.

Sistem Aduan BersepaduKPKT sentiasa berusaha memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan kementerian. Selaras dengan perkembangan tersebut, satu Sistem Aduan Bersepadu telah dibangunkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) dengan kerjasama syarikat pembekal yang dilantik iaitu Data Envelopment Analysis Sdn Bhd (DEA). Unit Perhubungan Awam dan Komunikasi Korporat (UPA) dipertanggungjawabkan sebagai penyelaras sistem ini.

Sistem aduan bersepadu dibangunkan bertujuan untuk mengurus dan mengendalikan aduan dan pertanyaan yang diterima daripada pengguna. Objektif utama sistem ini adalah untuk merekodkan segala aduan dan pertanyaan yang seterusnya akan diagihkan secara online kepada pengurus, pegawai dan kerani aduan terlibat di Jabatan / Bahagian / Unit seperti berikut:-

1. Jabatan Perumahan Negara

i. Bahagian Pemantauan Perumahan Swasta

ii. Bahagian Pemberi Pinjam Wang dan Pemegang Pajak Gadai

iii. Bahagian Pemulihan Projek Terbengkalai

iv. Bahagian Penguatkuasaan Perumahan

v. Bahagian Penyelarasan Pesuruhjaya Bangunan

dan Pengurusan Aset

vi. Bahagian Skim Pinjaman Perumahan

2. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

3. Jabatan Kerajaan Tempatan

4. Jabatan Landskap Negara

5. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa

6. Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara

7. Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah

8. Unit Perhubungan Awam dan Komunikasi Korporat, Bahagian Korporat

Satu sesi latihan telah dijalankan pada 17 November 2008 di Bilik Gerakan 1, Tingkat 7, Blok K, KPKT. Latihan yang dikendalikan oleh Cik Norlaili Kamarulzaman, Penolong Setiausaha, BTM telah dihadiri oleh pegawai-pegawai yang dilantik sebagai pengendali aduan di Jabatan / Bahagian / Unit masing-masing. Daripada respon awal, Jabatan / Bahagian / Unit menyatakan sokongan dan menyambut baik usaha yang dilakukan bagi menambah baik pengurusan aduan dan pertanyaan di KPKT.

Sistem aduan bersepadu dijadual akan digunakan sepenuhnya berkuatkuasa pada Januari 2009. Kerjasama Jabatan / Bahagian / Unit dituntut agar menguna sepenuhnya sistem ini secara efektif dalam menguruskan aduan dan pertanyaan bagi meningkatkan prestasi penyampaian perkhidmatan KPKT.

KPKT TERBARU RAJ.indd 15 1/29/2009 4:05:46 PM

Page 16: Bilangan 03/2008

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATANParas 1 - 7, Blok K, Pusat Bandar Damansara

Peti Surat 12579, 50782 Kuala Lumpur

No. Telefon : 03-2094 7033,No. Faksimile : 03-2094 9720

Website : www.kpkt.gov.my

HARI PERANCANGAN BANDAR SEDUNIA

PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS DI DALAM PERJANJIAN JUAL DAN BELI TERHADAP PEMBELI RUMAH

Bertemakan ’Perancangan Ke Arah Kemampanan’. Fokus utama adalah sumbangan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) terhadap Pambangunan Mampan dari aspek Perancangan Bandar dan Desa. Majlis yang telah berlangsung pada 5 hingga 7 Novem-ber 2008 lalu di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) telah menyaksikan penglibatan pelbagai peringkat Kementerian, Jabatan dan Agensi. Pelbagai program telah dirangka, antaranya Seminar Perancangan Bandar, pameran, pertandingan pidato dan sebagain-ya bagi menyemarakkan lagi sambutan HPBS 2008 tersebut. Seperti yang sedia maklum, HPBS adalah suatu hari khas yang disambut pada 8 November setiap tahun. Sambutan ini bermula 56 tahun lalu, untuk mengingati betapa pentingnya perkhidmatan perancangan ban-dar dan desa di dalam membina persekitaran dan kualiti hidup yang sempurna dan selesa. Selain itu, ia turut memperingati peranan dan sumbangan perancangan bandar dan desa dalam pembangunan mampan dan pewujudan persekitaran kehidupan berkualiti, Kini HPBS disambut di hampir 30 buah negara di seluruh dunia, termasuk Malay-sia. Semenjak 1988, sambutan hari tersebut menjadi acara tahunan JPBD. Majlis Perasmian sambutan HPBS 2008 telah disempurnakan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Y.B. Dato’ Seri Ong Ka Chuan dan hadir sama Ketua Pengarah JPBD, Y.Bhg. Dato’ Mohd Fad-zil bin Hj. Mohd. Khir.

Berikutan artikel di dalam Akhbar Utusan Malaysia yang ditulis pada 14 September 2007 hasil temubual bersama-sama pengerusi Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah , Tuan Hamdan Bin Indah mengenai kesan penggunaan bahasa inggeris di dalam Perjanjian Jual dan Beli, pihak tribunal mendapati masih ramai pembeli rumah yang datang di kaunter pejabat tribunal membuat aduan bahawa mereka memerlukan penerangan semula mengenai hak dan liabiliti di mana kebanyakan daripada pembeli-pembeli tersebut mengakui mereka tidak pernah mengetahui bahawa hak dan liabiliti mereka telah tertulis di dalam Perjanjian Jual dan Beli tersebut. Sebab utama kepada permasalahan ini adalah kerana kebanyakan daripada pembeli tersebut tidak memahami gaya dan penggunaan bahasa ing-geris di dalam perjanjian yang ditandatangani.Akibatnya pembeli-pembeli yang majoritinya tidak menguasai bahasa inggeris sering sahaja tertipu dan terpedaya kerana tidak faham dengan setiap dokumen perjanjian yang mereka tandatangani. Sebagai contohnya, ramai pembeli mem-buat rungutan setelah diberitahu bahawa mereka tidak boleh lagi membuat tuntutan seperti gantirugi kecacatan

pada rumah yang dibeli kerana tidak memenuhi syarat seperti di dalam klausa tempoh liabiliti kecacatan dan tidak memahami prosedur yang tertulis dalam peruntukkan klausa tempoh liabiliti kecacatan tersebut.Ada juga timbul permasalahan lain di mana sesetengah pembeli mengakui walaupun mereka fasih dan faham bahasa inggeris tetapi mereka tidak pernah meneliti setiap peruntukkan dan isi kandungan di dalam dokumen perjanjian itu kerana tidak dapat menterjemahkan penggunaan bahasa undang-undang dalam bahasa inggeris yang dirasakan agak rumit seterusnya menyebabkan mereka tidak mengetahui hak dan liabiliti yang telah termaktub.Sehubungan dengan ini, ramai pembeli telah dinasihatkan supaya meminta peguam yang menyediakan perjanjian jual beli tersebut memberi penerangan terperinci kepada setiap peruntuk-kan yang tidak difahami sebelum menandatangani doku-men itu. Selain daripada itu, pembeli perlu mengetahui ba-hawa mereka mempunyai pilihan dan hak untuk meminta peguam yang menyediakan Perjanjian Jual Beli mengikut bahasa pilihan mereka sama ada dalam bahasa melayu ataupun bahasa inggeris.

KPKT TERBARU RAJ.indd 16 1/29/2009 4:05:49 PM