arahan pentadbiran bilangan 2/2010 ... 2.1 urusan penanggungan kerja di mqa dirujuk pada arahan...

Click here to load reader

Post on 15-Jan-2020

11 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • 1

    Rujukan Kami : MQA 07/02 (30) Tarikh : 30 November 2010

    ARAHAN PENTADBIRAN BILANGAN 2/2010

    PERATURAN PENANGGUNGAN KERJA BAGI KEKOSONGAN JAWATAN DI AGENSI KELAYAKAN

    MALAYSIA (MQA)

    Semua Pengarah Bahagian

    Semua Ketua Unit

    Semua warga MQA

    1. TUJUAN

    1.1 Arahan Pentadbiran ini bertujuan untuk menetapkan

    peraturan urusan penanggungan kerja bagi

    kekosongan jawatan di Agensi Kelayakan Malaysia

    (MQA).

    1.2 Arahan Pentadbiran ini menjelaskan tatacara urusan

    penanggungan kerja apabila seseorang pegawai

    dikehendaki menanggung kerja tugas jawatan lain

  • 2

    demi kepentingan perkhidmatan tertakluk kepada

    kelulusan pihak berkuasa yang berkenaan.

    2. LATAR BELAKANG

    2.1 Urusan penanggungan kerja di MQA dirujuk pada

    Arahan Pentadbiran Bilangan 5/2009 (AP 5/2009) yang

    disesuaikan daripada Pekeliling Perkhidmatan

    Bilangan 17 Tahun 2007. Penanggungan kerja yang

    dibenarkan melalui AP 5/2009 adalah untuk

    kekosongan jawatan yang disebabkan pegawai cuti

    bersalin.

    2.2 MQA telah mengkaji semula peraturan penanggungan

    kerja bertujuan untuk menambah baik

    pelaksanaannya.

    3. TAFSIRAN

    Bagi maksud pemakaian Arahan Pentadbiran ini;

    3.1 Hubungan taraf tinggi rendah ialah pertalian antara

    jawatan dalam satu susunan kuasa (span of control)

    yang berbeza taraf atau grednya. Jawatan yang lebih

    tinggi itu bertanggungjawab secara langsung menyelia

    jawatan yang lebih rendah.

    3.2 Ketua Jabatan ialah mana-mana pegawai yang

    bertanggungjawab mengetuai atau yang diarahkan

  • 3

    mengetuai bahagian termasuk unit-unit di Pejabat

    Ketua Pegawai Eksekutif.

    3.3 Pihak Berkuasa Melulus ialah pegawai yang diberi

    kuasa meluluskan penanggungan kerja di MQA

    berdasarkan Arahan Pentadbiran ini.

    3.4 Kekosongan hakiki ialah kekosongan jawatan yang

    wujud secara mutlak iaitu jawatan yang tidak

    mempunyai penyandang kerana kenaikan pangkat,

    bersara, meninggal dunia, meletak jawatan, dibuang

    kerja, ditamatkan perkhidmatan, dilantik ke skim

    perkhidmatan lain atau bertukar.

    3.5 Kekosongan operasi ialah kekosongan jawatan

    secara sementara kerana penyandangnya bercuti,

    menjalankan tugas rasmi di luar pejabat, berkursus,

    dipinjamkan atau ditukar sementara, memangku,

    ditahan/digantung kerja atau tidak hadir bertugas dan

    tidak dapat dikesan kecuali kekosongan kerana

    pegawai bercuti melanjutkan pelajaran.

    3.6 Penanggungan kerja ialah pelaksanaan tugas suatu

    jawatan oleh seseorang pegawai di samping

    melaksanakan tugas jawatannya sendiri bagi suatu

    tempoh yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Melulus.

  • 4

    4. PELAKSANAAN URUSAN PENANGGUNGAN KERJA

    4.1 Penanggungan kerja bagi jawatan dari Gred 1 hingga

    Gred 40 boleh dilaksanakan jika terdapat kekosongan

    hakiki atau kekosongan operasi seperti di Lampiran A.

    4.2 Penanggungan kerja bagi jawatan Gred 41 dan ke atas

    hanya boleh dilaksanakan bagi kekosongan operasi

    yang disebabkan cuti bersalin sahaja.

    4.3 Arahan penanggungan kerja hendaklah dibuat secara

    bertulis oleh Ketua Jabatan. Sekiranya kekosongan

    melibatkan jawatan Ketua Jabatan arahan

    penanggungan kerja hendaklah dibuat oleh pegawai

    atasannya.

    4.4 Tempoh penanggungan kerja hendaklah tidak melebihi

    enam (6) bulan. Sekiranya ada keperluan, Ketua

    Jabatan hendaklah membuat permohonan semula

    kepada Pihak Berkuasa Melulus supaya pegawai

    diluluskan untuk terus menanggung kerja.

    4.5 Ketua Jabatan boleh memperakukan kepada Pihak

    Berkuasa Melulus untuk penamatan penanggungan

    kerja seseorang pegawai atau mengarahkan pegawai

    lain untuk menanggung kerja jika difikirkannya perlu.

    4.6 Jika penanggungan kerja pegawai terputus selama 14

    hari atau lebih berturut-turut, Ketua Jabatan hendaklah

    membuat perakuan baru kepada Pihak Berkuasa

  • 5

    Melulus sama ada meneruskan penanggungan kerja

    pegawai berkenaan atau memperakukan pegawai lain.

    4.7 Pegawai yang layak diperakukan menanggung kerja

    ialah:

    4.7.1 Pegawai yang telah disahkan dalam

    perkhidmatan;

    4.7.2 Sekiranya tiada pegawai yang telah

    disahkan dalam perkhidmatan, pegawai yang

    telah berkhidmat sekurang-kurangnya setahun

    boleh diperakukan; dan

    4.7.3 Keutamaan untuk penanggungan kerja

    hendaklah diberi kepada pegawai yang paling

    layak dari segi pengalaman, kelayakan,

    kemahiran, kepakaran dan berprestasi baik.

    4.8 Jawatan yang dibenarkan untuk penanggungan kerja

    ialah:

    4.8.1 Jawatan yang diwujudkan dalam Waran

    Perjawatan;

    4.8.2 Jawatan yang hendak ditanggung kerja itu tidak

    melangkau dua (2) gred yang lebih tinggi dan

    bidang tanggungjawab jawatan ditanggung kerja

    tidak terlalu berat dibandingkan dengan

  • 6

    kebolehan dan gred hakiki pegawai yang

    diperakukan untuk menanggung kerja. Pegawai

    yang lebih tinggi grednya boleh diperakukan

    penanggungan kerja jawatan yang lebih rendah

    grednya, dengan syarat jawatan yang hendak

    ditanggung kerja itu tidak ada hubungan taraf

    tinggi rendah. Pihak Berkuasa Melulus semasa

    menimbangkan sesuatu perakuan

    penanggungan kerja hendaklah mengambil kira

    faktor ‘kemunasabahan’ dan ‘beban

    tanggungjawab’ jawatan yang hendak

    ditanggung kerja;

    4.8.3 Jawatan yang ditanggung kerja hendaklah

    berada dalam struktur organisasi dan lokasi yang

    sama. Dalam keadaan tertentu jika organisasi

    berada di lokasi berlainan tetapi dalam

    lingkungan 25km, perakuan khas Pihak

    Berkuasa Melulus diperlukan terhadap perakuan

    penanggungan kerja dengan mengambil kira

    keperluan dan keberkesanan pelaksanaan

    tugas secara tanggung kerja; dan

    4.8.4 Bagi jawatan yang memerlukan kemahiran

    khas, kelayakan kepakaran, lesen, pentauliahan,

    sijil kemahiran khusus dan lain-lain yang

    ditetapkan oleh skim perkhidmatan atau

    undang-undang yang berkenaan, pegawai yang

  • 7

    diarahkan menanggung kerja hendaklah

    memenuhi syarat dan keperluan tersebut.

    4.9 Jawatan yang tidak dibenarkan penanggungan kerja

    ialah:

    4.9.1 Jawatan yang tiada senarai tugas secara

    khusus contohnya jawatan kumpulan;

    4.9.2 Jawatan yang pelaksanaan tugasnya mengikut

    giliran atau syif contohnya Pengawal

    Keselamatan; dan

    4.9.3 Jawatan yang bentuk tugasnya tidak

    membenarkan atau tidak praktikal dilakukan

    secara penanggungan kerja contohnya

    Pemandu Kenderaan.

    4.10 Kuasa melulus penanggungan kerja

    Penanggungan kerja seseorang pegawai yang diarah

    menanggung kerja boleh dipertimbang oleh Pihak

    Berkuasa Melulus yang disenaraikan dalam Lampiran

    B.

  • 8

    4.11 Elaun Penanggungan Kerja (EPK)

    4.11.1 Bagi melayakkan pembayaran EPK,

    tempoh kekosongan jawatan yang perlu

    penanggungan kerja mestilah tidak kurang

    daripada 28 hari.

    4.11.2 Pegawai yang telah diluluskan

    penanggungan kerja seterusnya boleh

    dibayar EPK tertakluk kepada syarat-syarat

    berikut:

    (i) Telah melaksanakan tugas jawatan

    yang ditanggung kerja selama 28

    hari berturut-turut termasuk hari cuti

    mingguan, kelepasan am dan

    juga cuti rehat atas sebab

    kecemasan serta cuti sakit

    secara terkumpul tidak melebihi

    daripada lima (5) hari bekerja;

    (ii) Seseorang pegawai yang sedang

    menanggung kerja tetapi

    meninggalkan tugas jawatan yang

    ditanggung kerja itu selama 14 hari

    atau lebih berturut-turut iaitu

    termasuk cuti mingguan dan

    kelepasan am maka pembayaran

    EPK hendaklah dihentikan;

  • 9

    (iii) Seseorang pegawai yang pernah

    diluluskan menanggung kerja

    kemudian diluluskan menanggung

    kerja jawatan yang sama, boleh

    dibayar EPK sekiranya tempoh

    penanggungan kerja kali kedua dan

    seterusnya tidak kurang 14 hari

    berturut-turut termasuk cuti

    mingguan dan kelepasan am.

    Jawatan yang sama bermaksud

    jawatan yang pernah ditanggung

    kerja sebelumnya;

    (iv) Jika pegawai yang menanggung kerja

    layak menerima Bayaran Lebih Masa

    bayaran tersebut hanya boleh

    dibayar bagi tugas yang dilaksanakan

    selepas dua (2) jam lima belas

    (15) minit daripada waktu bekerja

    pejabat; dan

    (v) Seseorang pegawai hanya boleh

    dibayar satu EPK sahaja pada satu

    masa.

    4.11.3 Kadar Elaun Penanggungan Kerja (EPK)

    ialah 25 peratus daripada gaji permulaan

    jawatan yang ditanggung kerja.

View more