bil lkan tajuk isu penemuan ringkasan … politeknik banting, selangor.pdf · januari 2014...
TRANSCRIPT
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA (LKAN) 1/2013 - POLITEKNIK BANTING, SELANGOR (REKA DAN BINA): PAKEJ 2- BANGUNAN DAN KERJA-KERJA BERKAITAN, JABATAN KERJA RAYA
1
BIL LKAN TAJUK ISU PENEMUAN RINGKASAN MAKLUMBALAS STATUS
1 1/2013 Politeknik
Banting,
Selangor (Reka
dan Bina): Pakej
2- Bangunan dan
Kerja-kerja
Berkaitan,
Jabatan Kerja
Raya
Pentadbiran
Kontrak -
Kelewatan
Pembayaran
Kepada
Kontraktor Dan
Bayaran
Diperakukan
Kurang
Bagi Pakej 1, sebanyak 3 bayaran interim lewat
dibuat kepada kontraktor dengan kelewatan
antara 8 hingga 60 hari, manakala 4 bayaran
diperakukan dan dibayar kepada kontraktor
kurang daripada amaunyang disyorkan oleh
Pegawai Pengesyor dengan perbezaan antara
RM0.27 juta dan RM2.37 juta. Bagi Pakej 2,
sebanyak 15 bayaran interim telah diperakukan
dan dibayar kurang daripada amaun yang
disyorkan oleh Pegawai Pengesyor dengan
perbezaan antara RM0.11 juta dan RM14.77
juta.
Setakat 13 Februari 2014, kelewatan bayaran
bagi Pakej 1 berlaku di awal tahun 2009 dan
2010 adalah kerana kelewatan menerima
waran peruntukan dari Kementerian Pengajian
Tinggi. Waran peruntukan diterima 4 kali
setahun iaitu pada bulan Januari, April, Julai
dan Oktober. Bagi bayaran yang kurang dari
diperakukan adalah disebabkan baki
peruntukan di JKR adalah kurang dari nilai
kerja di tapak pada masa bayaran dibuat.
Tarikh dikemaskini
12-03-2015
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA (LKAN) 1/2013 - POLITEKNIK BANTING, SELANGOR (REKA DAN BINA): PAKEJ 2- BANGUNAN DAN KERJA-KERJA BERKAITAN, JABATAN KERJA RAYA
2
BIL LKAN TAJUK ISU PENEMUAN RINGKASAN MAKLUMBALAS STATUS
2 Kualiti
Pembinaan -
Masalah
Mendapan
Tanah
Berlaku mendapan tanah yang agak serius di
Bangunan Politeknik Banting, Selangor.
Mendapan tanah yang berlaku telah
menyebabkan keretakan dinding, jalan
mendap, kerosakan longkang, kecerunan
longkang berubah dan air longkang tidak dapat
mengalir.
Setakat 13 Februari 2014, keseluruhan tapak
bina merupakan tanah yang ditambak. Reka
bentuk telah mengambil kira pemendapan
dengan membina semua struktur bangunan di
atas cerucuk. Manakala keretakan pada
dinding tembok pagar STP merupakan binaan
tambahan oleh pihak kontraktor untuk tujuan
kecantikan dan melindungi daripada dimasuki
oleh binatang dan binaan ini tiada di dalam
lukisan pembinaan. Bagi jalan mendap pula,
tindakan telah diambil untuk meratakan jalan.
Mendapan tanah bagi tanah yang ditambak
merupakan proses yang biasa berlaku within
the tolerance dan akan stabil dalam tempoh 5
tahun. Kerosakan longkang telah dibaiki pada
bulan November 2013 dan tidak mengganggu
fungsi bangunan secara keseluruhan. Lawatan
oleh pihak Audit pada bulan Disember 2013
dan lawatan oleh Cawangan Forensik
Geoteknik, JKR Ibu Pejabat pada bulan
Januari 2014 mendapati tiada mendapan baru
dikesan. Mendapan yang berlaku tidak
menjejaskan keselamatan bangunan. Jika
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA (LKAN) 1/2013 - POLITEKNIK BANTING, SELANGOR (REKA DAN BINA): PAKEJ 2- BANGUNAN DAN KERJA-KERJA BERKAITAN, JABATAN KERJA RAYA
3
berlaku
BIL LKAN TAJUK ISU PENEMUAN RINGKASAN MAKLUMBALAS STATUS
kegagalan reka bentuk, pihak
kontraktor/juruperunding akan
dipertanggungjawabkan seperti di Klausa 2.2.
Tarikh dikemaskini
12-03-2015
3 Kerja Mekanikal
Dan Elektrikal
Yang Kurang
Sempurna
Terdapat beberapa kelemahan dalam hasil
kerja mekanikal dan elektrikal seperti air
bertakung, ruang servis yang terlalu sempit,
tiada lukisan skematik dan Earth Chamber
telah tenggelam.
Setakat 13 Februari 2014, kerja-kerja elektrikal
dan kerja-kerja mekanikal telah dibaiki. Bagi
teguran Audit berkaitan dengan ruang servis
untuk papan suis utama sempit (Gambar
8.59), ruang servis yang disediakan adalah
mencukupi berdasarkan Laporan Audit
Teknikal Mei 2012 oleh Cawangan Pendidikan
dan Pengajian Tinggi (Pakar), JKR.
Penambahbaikan juga telah dilakukan dengan
penggunaan Hinge Door yang boleh ditanggal
untuk tujuan penyenggaraan.
Tarikh dikemaskini
12-03-2015
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA (LKAN) 1/2013 - POLITEKNIK BANTING, SELANGOR (REKA DAN BINA): PAKEJ 2- BANGUNAN DAN KERJA-KERJA BERKAITAN, JABATAN KERJA RAYA
4
BIL LKAN TAJUK ISU PENEMUAN RINGKASAN MAKLUMBALAS STATUS
4 Penggunaan
Jenis Siling Yang
Tidak Sesuai
Suspended ceiling telah dipasang di tempat
terbuka/semi outdoor seperti di kantin dan
koridor di luar Bilik Tangki Air, Jabatan
Mekanikal. Penggunaan jenis siling yang tidak
sesuai ini telah menyebabkan siling di tempat
tersebut tertanggal apabila dilanda angin kuat.
Setakat 13 Februari 2014, dalam lukisan
Tender Dokumen, jenis siling yang
dicadangkan oleh pihak kontraktor di kantin
adalah jenis siling gantung sebagaimana yang
dipasang di tapak. Tindakan pembetulan telah
diambil oleh kontraktor pada 14 Disember
2013. Sekiranya ia masih gagal berfungsi dan
tertanggal, pihak kontraktor masih
bertanggungjawab untuk membaikinya dalam
tempoh kecacatan serta tertakluk dalam
klausa 2.2.
Tarikh dikemaskini
12-03-2015