bil. 4januari - jun 2010 pusat pembangunan akademik ukm ke … · ppa juga sedang dalam draf untuk...

11
Buletin Pembangunan Akademik Bil. 4 Januari- Jun 2010 Bil. 4 Januari - Jun 2010 Pusat Pembangunan Akademik UKM Ke Arah Institusi Swa-Akreditasi: Maklumbalas Positif dari Panel Juruaudit MQA Oleh: Mohd Najib Adun T umpuan dan perhatian terfokus pada tanggal 22-26 Mac 2010 oleh semua warga UKM sama ada di peringkat Fakulti, Institut, Pusat, Kolej Kediaman, Jabatan dan Bahagian. Kehadiran seramai enam panel Juruaudit dari MQA sepanjang minggu tersebut telah sedia maklum oleh warga UKM dan para pelajarnya. Komitmen yang jitu dan keterlibatan semua warga UKM dalam proses audit ini amatlah dipuji dan sangat membanggakan. Persiapan telah pun diatur oleh PPA sejak tahun 2008 di mana penilaian dalaman program prasiswazah dan pascasiswazah telah dilaksanakan dengan kerjasama semua PTJ. Penilaian dibuat berpandukan Code of Practice Programme Accreditation (COPPA) yang meliputi sembilan bahagian iaitu Visi, Misi, Matlamat Pendidikan & Hasil Pembelajaran; Reka Bentuk & Penyampaian Kurikulum; Penilaian Pelajar; Pemilihan & Khidmat Sokongan Pelajar; Kakitangan Akademik; Sumber Pendidikan; Pemantauan & Semakan Program; Kepimpinan, Governans & Pentadbiran dan Penambahbaikan Kualiti Berterusan. Barisan panel Juruaudit MQA telah mengaudit PPA pada 24 Mac 2010. Maklum balas yang diterima amatlah positif memandangkan PPA berperanan sebagai pusat yang memberikan perkhidmatan pembangunan ahli akademik, perkembangan dan inovasi kurikulum, e-pembelajaran serta Sistem Pengurusan Kualiti ISO. Sejak penubuhan PPA pada tahun 1998, kesinambungan kecemerlangannya diteruskan sehingga kini dalam membantu ahli akademik dalam pengajaran dan pembelajaran. Panel Juruaudit sangat teruja dan menyokong penuh dengan beberapa dasar berkaitan pengajaran dan pembelajaran yang diperkenalkan oleh PPA seperti Dasar Pengajaran & Pembelajaran, Dasar e-Pembelajaran, Dasar Perkembangan Profesional Ahli Akademik, Dasar Pemindahan & Pengecualian Kredit, Dasar Program Perantara Akademik, Dasar Latihan Industri & Komuniti dan Dasar Pengalaman Pembelajaran Menyeluruh. PPA juga sedang dalam draf untuk membangunkan Dasar Pembantu Pengajar dan Dasar Pengajaran Berpusatkan Pelajar. Selain itu, perancangan PPA untuk menjadi pusat kecemerlangan KPT (Centre of Excellence -CoE) juga disambut baik oleh panel Juruaudit. Dengan kejayaan PPA sebagai Coe KPT, PPA akan memperkenalkan dan menawarkan program Sarjana & Doktor Pembangunan Akademik kepada mereka yang menghadiri kursus-kursus anjuran PPA serta perlu memenuhi beberapa keperluan lain untuk pengurniaan anugerah tersebut. MPU juga telah meluluskan cadangan PPA ini untuk dilaksanakan. SPIN yang berfungsi sebagai medium alternatif antara pensyarah dan pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran juga dipuji oleh panel Juruaudit. Dengan adanya pemantauan oleh PPA dan PTJ masing- masing, penggunaan SPIN telah menunjukkan perkembangan yang baik dari setiap semester dan pencapaian ini disokong oleh Dasar e- Pembelajaran UKM. lihat halaman 3

Upload: phungtram

Post on 25-Jun-2019

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Buletin Pembangunan Akademik Bil. 4 Januari- Jun 2010

Bil. 4 Januari - Jun 2010 Pusat Pembangunan Akademik

UKM Ke Arah Institusi Swa-Akreditasi:Maklumbalas Positif dari Panel Juruaudit MQAOleh: Mohd Najib Adun

Tumpuan dan perhatian terfokus pada tanggal 22-26 Mac 2010 oleh semua warga

UKM sama ada di peringkat Fakulti, Institut, Pusat, Kolej Kediaman, Jabatan dan Bahagian. Kehadiran seramai enam panel Juruaudit dari MQA sepanjang minggu tersebut telah sedia maklum oleh warga UKM dan para pelajarnya. Komitmen yang jitu dan keterlibatan semua warga UKM dalam proses audit ini amatlah dipuji dan sangat membanggakan.

Persiapan telah pun diatur oleh PPA sejak tahun 2008 di mana penilaian dalaman program prasiswazah dan pascasiswazah telah dilaksanakan dengan kerjasama semua PTJ. Penilaian dibuat berpandukan Code of Practice Programme Accreditation (COPPA) yang meliputi sembilan bahagian iaitu Visi, Misi, Matlamat Pendidikan & Hasil Pembelajaran; Reka Bentuk & Penyampaian Kurikulum; Penilaian Pelajar; Pemilihan & Khidmat Sokongan Pelajar; Kakitangan Akademik; Sumber Pendidikan; Pemantauan & Semakan Program; Kepimpinan, Governans & Pentadbiran dan Penambahbaikan Kualiti Berterusan.

Barisan panel Juruaudit MQA telah

mengaudit PPA pada 24 Mac 2010. Maklum balas yang diterima amatlah positif memandangkan PPA berperanan sebagai pusat yang memberikan perkhidmatan pembangunan ahli akademik, perkembangan dan inovasi kurikulum, e-pembelajaran serta Sistem Pengurusan Kualiti ISO.

Sejak penubuhan PPA pada tahun 1998, kesinambungan kecemerlangannya diteruskan sehingga kini dalam membantu ahli akademik dalam pengajaran dan pembelajaran.

Panel Juruaudit sangat teruja dan menyokong penuh dengan beberapa dasar berkaitan pengajaran dan pembelajaran yang diperkenalkan oleh PPA seperti Dasar Pengajaran & Pembelajaran, Dasar e-Pembelajaran, Dasar Perkembangan Profesional Ahli Akademik, Dasar Pemindahan & Pengecualian Kredit, Dasar Program Perantara Akademik, Dasar Latihan Industri & Komuniti dan Dasar Pengalaman Pembelajaran Menyeluruh.

PPA juga sedang dalam draf untuk membangunkan Dasar Pembantu Pengajar dan Dasar Pengajaran Berpusatkan Pelajar. Selain itu, perancangan PPA untuk menjadi pusat kecemerlangan KPT (Centre of Excellence -CoE) juga disambut baik oleh panel Juruaudit. Dengan kejayaan PPA sebagai Coe KPT, PPA akan memperkenalkan dan menawarkan program Sarjana & Doktor Pembangunan Akademik kepada mereka yang menghadiri kursus-kursus anjuran PPA serta perlu memenuhi beberapa keperluan lain untuk pengurniaan anugerah tersebut. MPU juga telah meluluskan cadangan PPA ini untuk dilaksanakan.

SPIN yang berfungsi sebagai medium alternatif antara pensyarah dan pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran juga dipuji oleh panel Juruaudit. Dengan adanya pemantauan oleh PPA dan PTJ masing-masing, penggunaan SPIN telah menunjukkan perkembangan yang baik dari setiap semester dan pencapaian ini disokong oleh Dasar e-Pembelajaran UKM.

lihat halaman 3

2 3

Buletin Pembangunan Akademik Bil. 4 Januari- Jun 2010 Buletin Pembangunan Akademik Bil. 4 Januari- Jun 2010

VisiBertekad menjadi pusat rujukan dan penggerak program pembangunan

akademik bagi merealisasikan UKM sebagai Pusat Ilmu Terpilih sebelum 2015.

MisiMeneraju dan memimpin ke arah

pendidikan berkualiti yang bertaraf dunia melalui perancangan dan pelaksanaan

program pembangunan akademik, inovasi kurikulum serta pengajaran dan

pembelajaran.

PenasihatProf. Ir. Dr. Riza Atiq Abdullah O.K. Rahmat

Editor KehormatProf. Dr. Mohamed Amin Embi

Prof. Dr. Lilia HanimDr. Salleh AmatDr. Sity Daud

Ketua EditorEncik Mohd Hanafiah Omar

PenyuntingEncik Mohd Najib Adun

Pereka Grafik & Atur LetakEncik Hashim Muda

JurufotoEncik Hashim Muda

Encik Mohd Hidayat Rahim

PengedaranEncik Md Nora Md Don

Puan Nor Faridawati Bahari

Sidang Redaksi CITRA

PPA juga dalam usaha memperkenalkan Anugerah e-Pembelajaran dan Anugerah Inovasi Kandungan e-Pembelajaran kepada ahli akademik dan cadangan ini akan dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Teknologi Maklumat UKM untuk kelulusan. Pelaksanaan e-Pembelajaran yang mantap telah membolehkan UKM dilantik sebagai Pengerusi Majlis Ketua-Ketua Penyelaras e-Pembelajaran IPTA (MEIPTA) mulai 2010 – 2011.

Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) yang diperkenalkan oleh PPA kepada ahli akademik UKM juga mendapat maklum balas positif daripada panel Juruaudit. Melalui CPD, semua kursus anjuran PPA akan diberikan mata (point) untuk dikumpul oleh peserta bagi keperluan SPPU. Bagi pensyarah yang baru dilantik, Kursus Pengajaran & Pembelajaran Efektif perlu dilalui sebelum disahkan dalam perkhidmatan.

Selain itu, PPA juga melaksanakan beberapa kursus untuk pensyarah seperti Kursus Penyelidikan, Kursus Penulisan Akademik, Kursus Penyeliaan Berkesan, Kursus Pengurusan Stress, Kursus Persediaan

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera Terlebih dahulu saya

merakamkan jutaan tahniah kepada Sidang Pengarang Buletin Pembangunan Akademik UKM kerana berjaya meneruskan penerbitan kali yang ke-4. UKM baru sahaja melalui dua proses audit yang penting iaitu Audit Institusi MQA (UKM Ke Arah Institusi Swa-Akreditasi) dan Audit Pengawasan ISO SIRIM (Pengurusan Pengajian Prasiswazah dan Siswazah).

PPA sebagai pusat yang memainkan peranan penting dalam menjamin kualiti akademik UKM telah berusaha sebaik mungkin dengan bantuan daripada semua PTJ lain untuk menghadapi proses audit tersebut. Persediaan telah pun dilakukan sejak tahun 2008 di mana penilaian dalaman Program Prasiswazah dan Siswazah UKM berasaskan keperluan Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM). Komitmen yang tinggi dapat dilihat di kalangan semua warga UKM dalam menjayakan hasrat UKM untuk menjadi Institusi Swa-Akreditasi.

PPA sehingga kini telah menggubal tujuh dasar berkaitan pengajaran dan pembelajaran iaitu Dasar Pengajaran & Pembelajaran, Dasar e-Pembelajaran, Dasar Perkembangan Profesional Ahli Akademik, Dasar Pemindahan & Pengecualian Kredit, Dasar Program Perantara Akademik, Dasar Latihan Industri & Komuniti dan Dasar Pengalaman Pembelajaran Menyeluruh.

Selain itu, sebagai menyokong program transformasi negara dan UKM, PPA sedang mengorak langkah untuk menjadi Pusat Kecemerlangan KPT (Centre of Excellence –CoE) yang akan menawarkan program Sarjana & Doktor Pembangunan Akademik. Penawaran program ini telah mendapat persetujuan MPU dan proses pelantikan felo sedang dilakukan.

e-Pembelajaran juga terus dipergiatkan melalui SPIN dan UKM telah dipilih sebagai Pengerusi Majlis Ketua-Ketua Penyelaras e-Pembelajaran IPTA (MEIPTA) untuk tempoh 2010-2011. Program latihan untuk ahli akademik juga terus dilaksanakan oleh PPA dari masa ke semasa dalam memantapkan kemahiran terkini para pensyarah.

Sehubungan itu, kerjasama daripada semua fakulti/pusat/institut amatlah penting dalam membantu PPA dan UKM mencapai kecemerlangan. “Sederap Melangkah, Kejayaan Terserlah” Prof. Ir. Dr. Riza Atiq Abdullah O.K Rahmat

Cuti Belajar dan Penyelidikan, Kursus Pembangunan Kurikulum Akademik dan sebagainya.

Audit Kemudahan Mesra Pengguna OKU yang dilaksanakan oleh PPA dengan kerjasama semua fakulti juga mendapat pujian dari panel Juruaudit. Beberapa langkah telah dan sedang diambil oleh fakulti dan JPP untuk mempertingkatkan kemudahan untuk OKU di dalam kampus. Akses oleh OKU di setiap ruang kemudahan yang disediakan untuk pelajar mendapat perhatian pengurusan universiti untuk diperbaiki.

Selain itu, Sistem Pengurusan Kualiti ISO PPPS yang dilaksanakan oleh PPA untuk memenuhi piawai SIRIM QAS juga mendapat sokongan penuh dari panel Juruaudit.

Proses ISO yang bermula sejak 2002 telah banyak membantu UKM menguruskan proses kerja dengan lebih sistematik dan berkesan melalui arahan kerja dan prosedur kerja yang ditetapkan. Pembudayaan budaya kerja berkualiti telah dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa dan hasil kejayaannya dapat dilihat dengan jelas serta membanggakan.

Dari Meja Pengarah

Yang Berbahagia Prof. Tan Sri Dato’ Dr. Sharifah Habsah Syed Hasan Shahabudin bersama panel Juruaudit MQA. Turut kelihatan Pengarah PPA, Prof. Ir. Dr. Riza Atiq (barisan belakang, kanan)

Sebahagian daripada peserta yang menghadiri Majlis Perasmian Persidangan Meja Bulat MEIPTA ke-7

4 5

Buletin Pembangunan Akademik Bil. 4 Januari- Jun 2010 Buletin Pembangunan Akademik Bil. 4 Januari- Jun 2010

e-Pembelajaran e-Pembelajaran

National Workshop on Development of e-Content

Pusat Pembangunan Akademik Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama

Malaysian M-Learning Association dan In-Learn Station Sdn. Bhd. telah menganjurkan “National Workshop on Development of e-Content” pada 4 hingga 5 Disember 2009 di Cyberview Lodge Resort, Cyberjaya.

Penganjuran bengkel ini adalah bersempena dengan Persidangan Meja Bulat Majlis Ketua-Ketua Penyelaras e-Pembelajaran IPTA (MEIPTA) Ke-7. Seramai 25 peserta telah hadir yang terdiri daripada wakil IPTA seluruh Malaysia.

Melalui bengkel ini, tiga perisian bagi pengajaran dan pembelajaran interaktif diperkenalkan iaitu Camtasia Studio, Raptivity dan Code Charge. Dengan penggunaan perisian ini, kaedah pengajaran dan pembelajaran

Bengkel Penyelarasan e-Pembelajaran dan Pembangunan e-KandunganOleh: Mohd Najib Adun

Mesyuarat Majlis Teknologi Maklumat yang dipengerusikan oleh Naib Canselor

bersetuju melantik Penyelaras e-Pembelajaran di semua Fakulti/ Pusat/Institut berkuatkuasa Januari 2010. Pelantikan ini bertepatan dengan hasrat UKM untuk menggiatkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara online menggunakan e-Kandungan.

Semua Penyelaras e-Pembelajaran ini juga telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa e-Pembelajaran UKM yang akan membantu PPA mempertingkat dan membudayakan e-Pembelajaran di UKM. Terma Rujukan Penyelaras e-Pembelajaran seperti berikut:

1. Merancang dan melaksanakan program e-Pembelajaran di kalangan kakitangan akademik dan pelajar di Fakulti / Pusat

/ Institut dengan mematuhi Dasar e-Pembelajaran UKM.

2. Memantau dan melaporkan pelaksanaan e-Pembelajaran di peringkat Fakulti / Pusat / Institut.

3. Membantu Fakulti / Pusat / Institut meningkatkan literasi dan latihan berkaitan dengan e-Pembelajaran.

4. Mengawal, memantau dan menambahbaik kualiti kandungan pengajaran dan e-Pembelajaran.

5. Menggalakkan kakitangan akademik dan pelajar menggunakan SPIN sebagai medium pengajaran dan pembelajaran.

Antara peserta yang menyertai bengkel penyelarasan e-Pembelajaran dan Pembangunan e-Kandungan

Persidangan Meja Bulat MEIPTA Ke-7: UKM dipilih sebagai Pengerusi MEIPTA 2010-2011Oleh: Mohd Najib Adun

UKM telah berjaya melaksanakan Persidangan Meja Bulat Majlis Ketua-

Ketua Penyelaras e-Pembelajaran IPTA (MEIPTA) Ke-7 pada 3 Disember 2009 yang bertemakan ’Pembangunan e-Kandungan’. Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dato’ Ir. Dr. Hassan Basri, Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Akademik

antara pensyarah dan pelajar akan lebih interaktif secara online. Peserta yang ditemui amat gembira dengan pengisian bengkel ini dan berharap perkongsian pintar serta kepakaran seperti ini dapat diteruskan antara IPTA.

dan Antarabangsa) UKM. Semua 20 wakil IPTA telah hadir menjayakan persidangan kali ini yang telah berlangsung di Cyberview Lodge Resort, Cyberjaya.

Bersempena persidangan ini, portal SPIN (Sistem Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran Interaktif) dan portal eLOK (e-Learning Online Kiosk) turut dilancarkan oleh TNC HEAA UKM.

Apa yang dapat dibanggakan, UKM telah diberi penghormatan menjadi Pengerusi Sekteriat Majlis Ketua-Ketua Penyelaras e-Pembelajaran IPTA (MEIPTA) mulai 2011 setelah memenangi undian dalam persidangan kali ini. UKM diwakili oleh Prof. Dr. Mohamed Amin Embi, Timbalan Pengarah (e-Pembelajaran) Pusat Pembangunan Akademik.

Prof. Dr. Mohamed Amin Embi ketika berucap merasmikan National Workshop on Development of e-Content.

Peserta bergambar kenang-kenangan bersama TNC HEAA.

7

Buletin Pembangunan Akademik Bil. 4 Januari- Jun 2010

Latihan6

Buletin Pembangunan Akademik Bil. 4 Januari- Jun 2010

e-Pembelajaran

Pembudayaan e-Pembelajaran di UKM Oleh: Mohd Najib Adun

Pendekatan pembelajaran masa kini telah mengalami banyak perubahan

dengan kemajuan ICT. Transformasi sistem pendidikan yang begitu pantas memerlukan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran bagi menyokong perubahan. Inovasi yang dihasilkan bertujuan menambahbaik sistem sedia ada agar dapat memenuhi keperluan pelanggan dan menjamin kualiti yang ditetapkan.

Sebagai IPTA yang terus terkehadapan dalam e-Pembelajaran, UKM telah memperkenalkan Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS) baru yang dikenali sebagai Sistem Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran Interaktif (SPIN) mulai Semester 2 Sesi 2008-2009. SPIN merupakan medium komunikasi berkesan antara pelajar dan pensyarah dalam pengajaran dan pembelajaran. Mahasiswa kini yang dikenali sebagai ‘Generasi Net’ lebih proaktif dalam menggunakan ICT untuk pembelajaran sepanjang hayat.

Pembudayaan e-Pembelajaran di UKM mendapat sokongan yang baik sekali di kalangan ahli akademik. Penggubalan

Dasar e-Pembelajaran UKM oleh PPA telah mempergiatkan usaha UKM dalam pembudayaan e-Pembelajaran oleh warganya. Ini dapat dibuktikan dengan peningkatan penggunaan SPIN setiap semester seperti dalam Graf 1.0. Pembudayaan ini seharusnya boleh dibanggakan yang akhirnya dapat meningkatkan bilangan pengguna portal SPIN.

Dalam usaha mempergiatkan penggunaan SPIN, PPA telah melaksanakan siri latihan kepada ahli akademik dan juga tutorial secara online yang dimuatnaik dalam portal SPIN. Penyelaras e-Pembelajaran yang telah dilantik di setiap fakulti/institut juga berperanan membantu pensyarah dan pelajar merealisasikan penggunaan SPIN. UKM juga akan memperkenalkan Anugerah e-Pembelajaran dan Anugerah Inovasi e-Kandungan bagi menggalakkan ahli akademik membudayakan e-pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan kuiz secara On-line, Forum, Bank Soalan, On-line Tutorial, On-line Assignment dan Discussion Board melalui SPIN seharusnya dapat dimanfaatkan oleh semua ahli akademik. Kajian tentang penggunaan SPIN baru-baru ini menunjukkan bahawa tahap penggunaan SPIN untuk tujuan pengkayaan bahan pengajaran & pembelajaran secara online adalah antara 40-60% mengikut fakulti.

Graf 1.0: Perbandingan Antara Fakulti Mengikut Semester 1& 2 : 2009-2010

Kalendar Latihan PPA Tahun 2010

Pusat Pembangunan Akademik telah dan akan menganjurkan Program Pemantapan Tenaga Akademik UKM, Program Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) & Program SLAB serta ISO

bagi tahun 2010. Maklumat lengkap mengenai setiap kursus adalah seperti berikut:

A. Kursus Pemantapan Tenaga Akademik

Bil. Nama Kursus Siri 1 Siri 2 Kekerapan / Jangkaan Peserta

1. Bengkel Penyediaan Soalan 2 - 3 Mac 2010 6 - 7 Julai 2010 2 kali setahun 30 peserta

2. Kajian Tindakan 17 - 18 Mac 2010 13 - 14 Julai 2010 2 kali setahun 30 peserta

3. Kemahiran Asas Kaunseling (Pensyarah Muda) 12 - 14 Mac 2010 23 - 25 Julai 2010 2 kali setahun 30 peserta

4. Strategi Mentoran Yang Berkesan 10 Mac 2010 3 Ogos 2010 2 kali setahun 30 peserta

5. Pemantapan Strategi Pengajaran 25 Mac 2010 12 Okt 2010 2 kali setahun 30 peserta

6. Rasch Model Winstep 30 Mac - 1 April 2010 - Sekali setahun 30 peserta

7. Kursus Pengajaran dan Pembelajaran IPT 5 - 13 April 2010 - Sekali setahun 30 peserta

8. Kursus Komunikasi Silang Budaya 21 April 2010 - Sekali setahun 30 peserta

9. Kursus Asas Penyelidikan dan Penerbitan 28 - 29 Jun 2010 - Sekali setahun 30 peserta

B. Program Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) - Pensyarah dan Guru Bahasa

Bil. Nama KursusTarikh Kursus

Kekerapan / Jangkaan Pesertae-Pembelajaran (Online) Bersemuka (Face-to-face)

1. PTK 1 Guru Bahasa 22 April 2010 5 - 9 April 2010 20 peserta

2. PTK 2 Guru Bahasa 2 Feb 2010 16 - 19 Feb 2010 20 peserta

3. PTK 3 Guru Bahasa 19 April 2010 3 - 6 Mei 2010 20 peserta

4. PTK 4 Guru Bahasa 19 April 2010 11 - 14 Mei 2010 20 peserta

5. PTK 3 & 410 Mei 2010 24 Mei - 2 Jun 2010

40 peserta7 Nov 2010 22 - 29 Nov 2010

6. PTK 521 Mei 2010 7 - 12 Jun 2010

40 peserta9 Nov 2010 23 - 29 Nov 2010

7. PTK 64 Jun 2010 21 - 25 Jun 2010

40 peserta15 Nov 2010 30 Nov - 4 Dis 2010

C. Program Persediaan Cuti Belajar, Peraturan &Penyelidikan

Bil. Nama Kursus Tarikh Kumpulan Sasaran Kekerapan / Jangkaan Peserta

1. Kursus Persediaan Cuti Belajar, Peraturan & Penyelidikan Siri 1 10 - 13 Feb 2010 Pensyarah baru dan yang akan

menyambung belajar4 kali setahun

40 peserta

2. Kursus Persediaan Cuti Belajar, Peraturan & Penyelidikan Siri 2 14 - 17 April 2010 Pensyarah baru dan yang akan

menyambung belajar4 kali setahun

40 peserta

3. Kursus Persediaan Cuti Belajar, Peraturan & Penyelidikan Siri 3 4 - 7 Ogos 2010 Pensyarah baru dan yang akan

menyambung belajar4 kali setahun

40 peserta

4. Kursus Persediaan Cuti Belajar, Peraturan & Penyelidikan Siri 4

20 - 23 Oktober 2010

Pensyarah baru dan yang akan menyambung belajar

4 kali setahun 40 peserta

9

Buletin Pembangunan Akademik Bil. 4 Januari- Jun 2010

ISO8

Buletin Pembangunan Akademik Bil. 4 Januari- Jun 2010

Latihan

Dasar Pengalaman Pembelajaran MenyeluruhOleh: Mohd Hanafiah Omar

UKM menerusi Pusat Pembangunan Akademik (PPA) telah memperkenalkan

Dasar Pengalaman Pembelajaran Menyeluruh (DPPM) untuk memantapkan pengalaman pembelajaran pelajar sebagai langkah mempertingkatkan kualiti dan daya saing mereka sebelum menjejak kaki ke alam kerjaya.

Menurut Prof. Ir. Dr. Riza Atiq Abdullah O.K. Rahmat, Pengarah PPA, DPPM telah mendapat kelulusan Senat UKM pada 17 Mac lalu. Pada prinsipnya menerusi pengalaman pembelajaran yang sihat dan membina dapat membantu pelajar mencapai hasil pembelajaran program seperti yang ditetapkan oleh MQA, kompetensi generik UKM dan matlamat pendidikan UKM.

Beliau menambah, DPPM mewujudkan

persekitaran yang selesa semasa pelajar bersama UKM untuk menimba sebanyak mungkin pengalaman yang berupaya membina diri dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kerohanian. DPPM juga memberikan pelajar berpeluang merasakan pengalaman pembelajaran yang sesuai dengan keperluan kerjaya dan keperluan mereka untuk meraih kejayaan jauh ke hadapan.

Menerusi pengalaman pembelajaran yang sihat dan membina serta bersepadu, dapat membentuk keperibadian unggul untuk mengharungi kehidupan masa depan. Sementara itu, menerusi pengalaman pembelajaran yang membina jati diri dan sifat-

Juruaudit Dalaman Agen Perubahan

Juruaudit Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 merupakan agen

perubahan dan penambahbaikan kualiti di sesebuah organisasi. Juruaudit Dalaman bukannya bertugas untuk mencari kesalahan orang lain atau kelemahan organisasi. Mereka memainkan peranan penting dalam memastikan sesebuah organisasi melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) dengan cekap dan berkesan.

Demikian menurut Encik Mohd Bakri Jali, Perunding Kualiti SIRIM QAS sewaktu mengendalikan kursus Pemantapan Audit Dalaman pada 2 – 4 April yang lepas di Avillion Admiral Cove Port Dickson. Seramai 30 orang Juruaudit Dalaman SPK ISO PPPS telah menghadiri kursus tersebut.

sifat keusahawanan berinovasi, pelajar UKM mampu bersaing di peringkat antarabangsa, ujar beliau lagi.

Dalam hal ini, pelajar UKM perlu memanfaatkan pelbagai kemudahan dan ruang yang telah disediakan oleh pihak universiti untuk menimba sebanyak mungkin pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang berguna dalam tempoh mereka melanjutkan pengajian di UKM. Antara ruang dan kemudahan itu termasuklah;

• Ruang pembelajaran di kolej kediaman,

• Ruang pembelajaran di Fakulti,• Ruang pembelajaran di padang

permainan,• Ruang pembelajaran dalam latihan

industri,• Ruang pembelajaran dalam ko-

kurikulum,• Ruang pembelajaran dalam

masyarakat,• Ruang pembelajaran di alam maya,• Ruang pembelajaran dalam bidang

kesenian dan kebudayaan, • Ruang pembelajaran di perpustakaan,

serta• Ruang pembelajaran antarabangsa.

Antara kemudahan makmal yang terdapat di UKM

lihat halaman 12

E. ISOBil. Nama Kursus Tarikh Sasaran Kekerapan

1.Kursus Asas Penghayatan Sistem

Pengurusan Kualiti Mengikut Piawai MS ISO 9001:2008 Siri 1

10 Feb 2010

Pegawai Pentadbiran dan Pengurusan (Profesional), ahli akademik serta staf

kumpulan sokongan

sekali setahun

2.Kursus Asas Penghayatan Sistem

Pengurusan Kualiti Mengikut Piawai MS ISO 9001:2008 Siri 2

24 Mac 2010

Pegawai Pentadbiran dan Pengurusan (Profesional), ahli akademik serta staf

kumpulan sokongan

sekali setahun

3. Kursus Asas Audit Dalaman 29 - 30 Mac 2010

Pegawai Pentadbiran dan Pengurusan (Profesional)

serta ahli akademik

sekali setahun

4. Kursus Pemantapan Audit Dalaman 2 - 4 April 2010

Pegawai Pentadbiran dan Pengurusan

(Profesional),Ahli Akademik, Juruaudit

Dalaman yang sedia ada serta Ketua Pengurusan

Kualiti PTJ

sekali setahun

5.Kursus Asas Penghayatan Sistem

Pengurusan Kualiti Mengikut Piawai MS ISO 9001:2008 Siri 3

7 April 2010

Pegawai Pentadbiran dan Pengurusan (Profesional), ahli akademik serta staf

kumpulan sokongan

sekali setahun

6.Kursus Asas Penghayatan Sistem

Pengurusan Kualiti Mengikut Piawai MS ISO 9001:2008 Siri 4

28 April 2010

Pegawai Pentadbiran dan Pengurusan (Profesional), ahli akademik serta staf

kumpulan sokongan

sekali setahun

7.Kursus Asas Penghayatan Sistem

Pengurusan Kualiti Mengikut Piawai MS ISO 9001:2008 Siri 5

12 Mei 2010

Pegawai Pentadbiran dan Pengurusan (Profesional), ahli akademik serta staf

kumpulan sokongan

sekali setahun

8.Kursus Asas Penghayatan Sistem

Pengurusan Kualiti Mengikut Piawai MS ISO 9001:2008 Siri 6

26 Mei 2010

Pegawai Pentadbiran dan Pengurusan (Profesional), ahli akademik serta staf

kumpulan sokongan

sekali setahun

9.

Bengkel Teknik Menjawab NCR dengan Berkesan dan Bengkel Tindakan

Pembetulan dan Pencegahan MS ISO 9001:2008

28 - 30 Mei 2010

Ketua Pengurus Kualiti PTJ serta Pegawai Tadbir UKM yang bertanggungjawab

menguruskan hal ehwal kualiti di PTJ masing-masing dan Juruaudit Dalaman yang baru

dilantik

sekali setahun

10. Bengkel Teknik Analisis Data MS ISO 9001:2008 25 - 27 Jun 2010

Ketua Pengurus Kualiti PTJ serta Pegawai Tadbir UKM yang bertanggungjawab

menguruskan hal ehwal kualiti di PTJ masing-masing dan Juruaudit Dalaman yang baru

dilantik

sekali setahun

Buletin Pembangunan Akademik Bil. 4 Januari- Jun 2010 Buletin Pembangunan Akademik Bil. 4 Januari- Jun 2010

Sekitar Lawatan Audit MQA 22-26 MAC 2010

12 13

Buletin Pembangunan Akademik Bil. 4 Januari- Jun 2010 Buletin Pembangunan Akademik Bil. 4 Januari- Jun 2010

ISO ISO

Kursus Asas Penghayatan Sistem Pengurusan Kualiti Mengikut Piawai MS ISO 9001:2008Oleh: Md Nora Md Don

Jawatankuasa Publisiti dan Latihan telah membuat perancangan dan berjaya

mengadakan kursus/latihan tentang ISO bagi tahun 2010. Kursus ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan memantapkan peserta mengenai Sistem Pengurusan Kualiti Pengurusan Pengajian Prasiswazah dan Siswazah UKM. Peserta juga telah dapat memahami dengan lebih mendalam proses utama dan mampu merealisasikan kepentingan Sistem Pengurusan Kualiti kepada semua pemilik proses (PTJ).

Katanya, seseorang Juruaudit Dalaman perlu meneliti aspek pelaksanaan SPK sesebuah organisasi mengikut keperluan standard yang telah ditetapkan. Menerusi Audit Dalaman, Juruaudit berupaya melihat tahap kepatuhan dan keberkesanan SPK, sekali gus aspek disiplin, kompetensi dan produktiviti staf yang terlibat sebagai pemilik proses SPK.

Selain itu yang lebih penting lagi, seseorang Juruaudit Dalaman berpeluang meneliti kecekapan dan keberkesanan sistem dan proses kerja sesebuah organisasi serta kaitannya dengan pencapaian objektif kualiti seperti yang telah disasarkan. Menerusi pemerhatian dan penilaian yang profesional, Juruaudit Dalaman boleh membuat kesimpulan terhadap keberkesanan dan tahap kepatuhan SPK di sesebuah organisasi yang diaudit.

UKM Perkenalkan Anugerah Inovasi PendidikanOleh: Mohd Hanafiah Omar

UKM telah memperkenalkan anugerah inovasi dalam bidang pendidikan sebagai

tanda pengiktirafan kepada warga universiti yang memberikan sumbangan besar dan bermakna dalam aspek penambahbaikan kualiti menerusi inovasi dan kreativiti dalam bidang perkhidmatan, pengajaran dan pembelajaran. Buat pertama kalinya, anugerah ini disampaikan kepada pemenang dalam Majlis Anugerah Inovasi UKM tahun 2010.

UKM telah menetapkan beberapa kriteria bagi pemilihan pemenang anugerah inovasi pendidikan. Antaranya termasuklah;

• Projek inovasi mesti mempunyai matlamat yang jelas,

• Projek inovasi mesti mempunyai perancangan dan persediaan yang baik,

• Projek inovasi mesti mempunyai sistem dan kaedah yang baik (wajar),

• Projek inovasi memberikan hasil yang berimpak dalam konteks memanfaatkan proses pengajaran dan pembelajaran,

• Projek inovasi mesti didokumenkan

Kursus selama tiga hari itu telah dianjurkan oleh Unit Latihan Jabatan Pendaftar dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Kualiti (Pengajaran dan Pembelajaran) Pusat Pembangunan Akademik UKM.

dengan lengkap.Anugerah ini terbahagi kepada dua

kategori, iaitu kategori individu dan kumpulan. Mengikut amalan terbaik, setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ) perlu membuat penilaian peringkat dalaman setiap tiga bulan untuk meneliti projek inovasi yang diusahakan oleh warga kerja masing-masing.

Penilaian perlu diukur dengan melihat kesan ke atas perubahan atau inovasi yang dilakukan dalam aspek input, proses, sistem, perkhidmatan atau produk. Panel penilai peringkat PTJ akan melihat dan mentafsirkan sesuatu projek inovasi sama ada ia tergolong dalam projek peningkatan atau penambahbaikan kualiti inovasi sedia ada atau tergolong sebagai produk baru.

Setiap PTJ diminta mengemukakan kepada pihak universiti satu projek inovasi yang dianggap sebagai paling baik untuk dicalonkan sebagai pemenang anugerah ini.

Pada masa ini, penilaian projek inovasi pendidikan bagi tahun 2010 telah pun dibuka dan bermula di peringkat PTJ masing-masing. Ahli akademik, pegawai Pengurusan dan Profesional dan staf sokongan digalakkan menyertai projek inovasi pendidikan bagi membantu UKM menguruskan perubahan dan melakukan transformasi dalam era yang serba mencabar.

Barisan peserta yang menyertai kursus Pemantapan Audit Dalaman

Melalui kerjasama Pusat Pembangunan Akademik dan Unit Latihan, Jabatan Pendaftar telah menawarkan kursus melalui sistem e-SPeL kepada semua kakitangan PTJ untuk mengikuti Kursus Asas Penghayatan Sistem Pengurusan Mengikut Piawai MS ISO 9001:2008.

Berdasarkan Jadual 1 pelaksanaan latihan telah diuruskan dengan baik sekali. Seramai 45 peserta telah hadir pada Siri I , 43 peserta telah hadir pada Siri II, 42 peserta telah hadir pada Siri III dan Siri IV seramai 58 peserta telah mengesahkan kehadiran mereka.

Di akhir kursus semua peserta diberikan latihan kefahaman berbentuk soalan objektif yang berkaitan dengan objektif kursus dan kandungan kursus untuk menguji sejauh mana pengetahuan peserta dapat memahami prinsip asas MS ISO 9001:2008.

UKM Berjaya Melepasi Audit Pengawasan MS ISO 9001:2008 SPK PPPSOleh: Mohd Hanafiah Omar

UKM telah berjaya melepasi Audit Pengawasan Pensijilan MS ISO 9001:2008

Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) bagi Pengurusan Pengajian Prasiswazah dan Siswazah (PPPS) menerusi Audit Pengawasan pihak SIRIM QAS pada 13 – 16 April 2010.

Pada keseluruhannya PPA dan semua pemilik proses PPPS masih melaksanakan SPK dengan baik mengikut keperluan standard dan memenuhi piawai MS ISO 9001:2008. Walaupun Juruaudit Utama SIRIM QAS menemui lima kes ketidakpatuhan (NCR) bagi keseluruhan UKM, namun kes itu merujuk kepada NCR minor. Pada masa ini usaha telah diambil untuk menangani kes NCR yang berkenaan. Di peringkat PPA sendiri, tiada sebarang kes NCR ditemui atau direkodkan oleh pihak SIRIM QAS.

Menurut Dr. Sity Daud, Wakil Pengurusan SPK PPPS, penilaian prestasi ke atas dokumen kualiti, sistem dan proses kerja PPPS berada pada tahap yang baik dan masih memenuhi keperluan standard. Sejak penggabungan SPK PPPS pada bulan Julai 2009, budaya kualiti dan komitmen pihak pengurusan dan warga kerja di pelbagai peringkat terhadap pelaksanaan SPK

begitu membanggakan. Pihak SIRIM QAS turut berpuas hati terhadap usaha-usaha yang telah diambil dalam melakukan penambahbaikan ke atas SPK termasuk penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan Operasi (JKPO). JKPO antara lain bertanggungjawab menjadi penghubung antara PPA dengan PTJ (pemilik proses) dalam aspek pelaksanaan SPK dan menjadi medium yang berkesan dalam perkongsian amalan terbaik (best practices) di kalangan PTJ yang terbabit.

Sementara itu, Juruaudit Utama SIRIM QAS mendapati Audit Dalaman dan Mesyuarat Semakan Pengurusan (MSP) telah dilaksanakan mengikut keperluan standard. Hasil serta keputusan MSP telah dihebahkan kepada pemilik proses yang terlibat. Ekoran MSP, beberapa tindakan pembetulan dan penambahbaikan kualiti telah dapat dilaksanakan dan dapat dibuktikan dengan sewajarnya mengikut keperluan piawai MS ISO 9001:2008, ujar Encik Mohd Hamidi Yusof, Ketua Juruaudit Utama SIRIM QAS semasa beliau mempengerusikan mesyuarat penutup tidak lama dulu. Beliau turut memberikan penghargaan kepada Ketua Pasukan Audit Dalaman, Jawatankuasa Dokumentasi, Jawatankuasa Audit Dalaman, Jawatankuasa Publisiti dan Latihan serta Jawatankuasa Aduan dan Maklum Balas Pelanggan kerana telah mengambil inisiatif melakukan penambahbaikan kualiti dengan sewajarnya.

14 15

Buletin Pembangunan Akademik Bil. 4 Januari- Jun 2010 Buletin Pembangunan Akademik Bil. 4 Januari- Jun 2010

Perkembangan &Inovasi Kurikulum

Perkembangan &Inovasi Kurikulum

Roadshow Audit Institusi MQA : UKM Ke Arah Institusi SWA AkreditasiOleh: Mohd Najib Adun

UKM sedang berusaha mendapat status sebagai institusi Swa-Akreditasi daripada

pihak MQA bagi semua program pengajian yang ditawarkan. Audit oleh pihak MQA pada 22-26 Mac 2010 akan menilai sembilan kriteria yang meliputi:

1. Visi, Misi, Matlamat Pendidikan dan Hasil Pembelajaran.

2. Rekabentuk dan Penyampaian Kurikulum.

3. Penilaian Pelajar

Audit Institusi Dalaman MQAOleh: Mohd Najib Adun

Sebagai persediaan menghadapi Audit Institusi dari MQA, PPA telah menerima

lawatan Panel Audit Institusi Dalaman pada 5 Februari 2010. Panel Juruaudit terdiri daripada Prof. Madya Dr. Noor Inayah Yaakub dari GSB dan Dr. Irman Abdul Rahman (FST).

Persiapan untuk menghadapi proses ini telah dilakukan oleh PPA bermula dari tahun 2008 di mana Dokumen Portfolio Penilaian Kendiri PPA telah dihasilkan. Dokumen ini memperihalkan tentang peranan dan fungsi PPA yang meliputi Latihan dan Perkembangan Akademik; Perkembangan dan Inovasi Kurikulum; e-Pembelajaran; dan ISO Pengajian Prasiswazah dan Siswazah.

Dokumen ini dibangunkan mengikut

format Code of Practice Programme Accreditation (COPPA) yang disediakan oleh pihak MQA yang merangkumi sembilan bahagian. Cadangan dan komen positif daripada Panel Juruaudit Dalaman banyak membantu PPA menghadapi Audit Institusi pada 22 – 26 Mac 2010.

Bil. Siri Taklimat Tempat Tarikh1. Kampus Induk Bagi Dewan Persidangan CRIM 13 Jan 20102. Kampus Kuala Lumpur BMU FSKB. 14 Jan 20103. PPUKM Bilik Lembaga PPUKM 15 Jan 2010

4. PMUKM, MPP Fakulti, JAKSA KOLEJ dan Persatuan. Auditorium Siswa JPPEL. 21 Jan 2010

4. Pemilihan dan Khidmat Sokongan Pelajar.

5. Kakitangan Akademik.6. Sumber Pendidikan.7. Pemantauan dan Semakan Program.8. Kepimpinan, Governans dan

Pentadbiran.9. Penambahbaikan Kualiti Berterusan.

Peranan seluruh warga UKM amat penting dalam memastikan proses akreditasi ini dapat dilaksanakan dengan berkesan.

PPA yang telah dilantik sebagai Jawatankuasa Publisiti dan Kesedaran Audit Institusi MQA telah melaksanakan beberapa siri taklimat dalam usaha membangkitkan kesedaran serta memastikan semua kakitangan dan pelajar sentiasa berada dalam keadaan bersedia untuk proses akreditasi.

Juruaudit Dalaman sedang meneliti dokumen di PPA

YBhg. Prof. Tan Sri Naib Canselor ketika menyerahkan bunting dan poster kepada PTJ yang terlibat

Kualiti Dan Inovasi Mempertingkatkan Daya Saing Dan Kecemerlangan OrganisasiOleh: Shaidatulnurahim Mohd Bakir

Peningkatan kualiti, inovasi dan produktiviti sumber tenaga kerja dan perkhidmatan

lazimnya akan menyumbang kepada peningkatan daya saing serta kecemerlangan sesebuah organisasi.

Dalam era yang serba mencabar dan penuh persaingan masa kini setiap warga kerja di sesebuah organisasi bertanggungjawab mengambil daya usaha untuk melakukan inovasi dan penambahbaikan secara sistematik dan berterusan bagi mengekalkan daya saing pada peringkat lokal dan antarabangsa.

Demikian menurut Encik Mohd Hanafiah Omar, Ketua Penolong Pendaftar Pusat Pembangunan Akademik (PPA) sewaktu beliau menyampaikan ceramah dalam kursus induksi kepada pegawai kumpulan Pengurusan dan Profesional di Bilik Latihan Kolej Keris Mas UKM baru-baru ini. Kursus tersebut telah dianjurkan oleh Unit Latihan Jabatan Pendaftar UKM.

Katanya, warga UKM bertanggungjawab

menjadikan kualiti dan inovasi sebagai amalan dan budaya penting dalam aspek penyampaian perkhidmatan seharian bagi manfaat pelanggan dan pihak-pihak yang berkepentingan. Kehendak dan jangkaan pelanggan sering berubah-ubah dan sentiasa meningkat dari semasa ke semasa, kadang kala ia sukar diramal.

Inovasi boleh dilaksanakan di peringkat input, proses dan perkhidmatan atau produk. Elemen inovasi dan penambahbaikan kualiti dalam aspek penyampaian perkhidmatan dan pengajaran-pembelajaran sudah menjadi suatu kemestian dan keperluan dan sewajarnya direalisasikan oleh semua warga kerja mengikut peranan dan kapasiti masing-masing.

Sumber tenaga manusia yang berkualiti, inovatif dan produktif dapat membantu organisasi mencapai perubahan dan kecemerlangan serta mengekalkan daya saing dalam persekitaran yang semakin kompetitif.

En. Mohd Hanafiah Omar, Ketua Penolong Pendaftar

PPA

0.00

1.00

2.00

3.00

4.00

5.00

Vision, Mission, Educational Goaland Learning Outcomes

Curriculum Design and Delivery

Assessment of Student

Student selection and studentsupport services

Academic StaffEducational Resources

Programme monitoring and review

Leadership, governance andadministration

Total Continuous qualityimprovement

17

Buletin Pembangunan Akademik Bil. 4 Januari- Jun 2010

Berita Semasa16

Buletin Pembangunan Akademik Bil. 4 Januari- Jun 2010

Perkembangan &Inovasi Kurikulum

Kongres Pengajaran dan Pembelajaran 2009 Berjaya Mencapai MatlamatOleh: Shaidatulnurahim Mohd Bakir

Prof. Dato’ Ir. Dr. Hassan Basri selaku Pengerusi Kongres Pengajaran dan

Pembelajaran 2009 mengucapkan tahniah kepada semua Ahli Jawatankuasa yang berjaya menganjurkan kongres buat kali pertamanya tahun 2009 yang telah berlangsung di Langkawi.

Seramai 197 peserta dan pembentang telah menyertai Kongres P&P tersebut. Kertas kongres yang dianugerahkan sebagai kertas terbaik akan diterbitkan dalam jurnal dalam dan luar negara dan buku yang akan diterbitkan tahun 2010. Jumlah kertas kerja setiap gugusan yang telah dibentangkan dalam Kongres Pengajaran dan Pembelajaran UKM 2009 adalah;• Gugusan Sains Sosial sebanyak 76 kertas• Gugusan PEKA sebanyak 36 kertas• Gugusan Sains dan Teknologi Maklumat

sebanyak 29 • Gugusan Kesihatan dan Perubatan

sebanyak 27 kertas.

Empat ucaptama telah disampaikan semasa kongres iaitu:

1. YBhg. Prof. Tan Sri Dato’ Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, Naib Canselor UKM, bertajuk Preparing Graduates For The I-Economy: Enriched Learning Experience ,

2. Prof. Dato’ Ir. Dr. Hassan Basri Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Akademik & Antarabangsa), bertajuk Teaching & Learning in a Research University Realities & Challenges for UKM.

3. Prof. Keith Trigwell dari The University of Sydney, Australia, bertajuk Revitalizing Higher Education Via Scholarship of Teaching and Learning: Implication for Academia,

4. Prof. Lynne Hunt dari University of Southern Queensland, Australia, bertajuk Cross-Institutional Planning To Promote Learning And Teaching.

Pusat Pembangunan Akademik (PPA) telah diberi kepercayaan sebagai Urus Setia Kongres Pengajaran dan Pembelajaran UKM Ke-2 yang dijangka akan diadakan pada 13-15 Disember 2010. Setakat ini tempat Kongres Pengajaran dan Pembelajaran UKM 2010 belum ditetapkan. Universiti bersetuju untuk Kongres P&P tahun 2010 bahagian-bahagian berikut dijemput sama:

- Pusat Teknologi Maklumat- Pusat Perkembangan Pelajar - Perpustakaan Tun Seri Lanang UKM.

Sumbangan kertas kerja kongres dibuka mulai sekarang. Seperti biasa, sumbangan kertas kerja perlu dikemukakan kepada ketua gugusan masing-masing.

Maklumat lanjut tentang kongres ini boleh diperolehi daripada urusetia: Puan Zaharah Zainal, Tel: 03-8921 4716, [email protected] atau Puan Shaidatulnurahim Mohd. Bakir, Tel: 03-89213858, [email protected]

Antara peserta yang menyertai Kongres P &P 2009

Prof. Lynne Hunt merupakan salah seorang Penyampai Ucaptama pada Kongres P&P 2009.

Audit Dalaman Program Pascasiswazah Mengikut Keperluan MQFOleh: Mohd Najib Adun

Audit Dalaman program pascasiswazah mengikut keperluan MQF telah dilakukan

pada 1-29 Julai 2009 sebagai persediaan menghadapi Audit Institusi MQA. Sebanyak 168 program telah dinilai yang melibatkan 110 Juru Audit Dalaman. Selain fakulti, penilaian program pasca siswazah juga melibatkan GSB, ATMA, IKMAS, UMBI, LESTARI dan IKRAB.

Proses penilaian dilakukan menurut standard Code of Practice Programme Accreditation (COPPA) yang ditetapkan oleh MQA dengan menggunakan skala pemarkatan dan dilengkapkan dengan temu bual ke atas pensyarah, pelajar dan kakitangan sokongan. Sembilan domain kod amalan telah dinilai iaitu:

a. Visi, Misi, Matlamat Pendidikan, dan Hasil Pembelajaran.

b. Reka bentuk dan Penyampaian Kurikulum.

c. Penilaian Pelajar.d. Pemilihan Pelajar dan Perkhidmatan

Sokongan untuk Pelajare. Staf Akademik.

f. Sumber Pendidikan.g. Penilaian dan Pemantauan Program.h. Kepimpinan, Pentadbiran dan

Pengurusan.i. Penambahbaikan Kualiti Menyeluruh

secara Berterusan.

Secara keseluruhan min pemarkatan ialah 3.71 merentasi semua kesembilan domain kod amalan yang dinilai. Ini adalah pada tahap sederhana menurut skala yang digunakan iaitu diantara 1 hingga 5. Domain kod amalan yang mendapat min pemarkatan paling tinggi ialah: Kakitangan Akademik (4.03); diikuti oleh Kepimpinan, Governans & Pengurusan (3.84); dan Visi, Misi, Matlamat Pendidikan & Hasil Pembelajaran (3.79). Manakala domain yang mendapat min pemarkatan paling rendah ialah Pemantauan & Semakan program (3.47). Kedua terendah ialah Penambahbaikan Kualiti Berterusan - CQI (3.58) dan diikuti oleh Pemilihan dan Khidmat Sokongan Pelajar (3.58).

Program-program pengajian di Fakulti Perubatan telah mendapat penilaian tertinggi bagi lima kedudukan utama. Selain itu, program pengajian di Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina, Fakulti Pergigian, Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu, Fakulti Undang-Undang, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Lestari & UMBI mendapat pemarkatan pada 4.00 dan ke atas.

Penarafan Program-program Pengajian di UKM

18 19

Buletin Pembangunan Akademik Bil. 4 Januari- Jun 2010 Buletin Pembangunan Akademik Bil. 4 Januari- Jun 2010

Hubungan Luar Hubungan Luar

Lawatan Akademik Dari Bangor University, Wales UK Oleh: Mohd Najib Adun

PPA telah menerima kunjungan balas dari Bangor University, Wales UK pada 16 Mac

2010. Lawatan akademik ini bertujuan untuk mempertingkatkan kerjasama dalam bidang pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan penerbitan.

Perbincangan menjurus kepada kerjasama dalam program pertukaran pelajar dan program double dan tripple degree dalam kursus pengurusan perniagaan (BBA). Prof. Madya Dr. Romlah Jaafar dan Dr. Ruhanita Maelah dari Fakulti Ekonomi dan Perniagaan turut hadir dalam sesi lawatan tersebut.

Lawatan Akademik ke Bangor & Newport University, Wales UK.

Penandaarasan merupakan elemen penting dalam menjamin kualiti akademik untuk

sentiasa relevan dan memenuhi pasaran semasa.

Di bawah projek transformasi UKM, PPA telah mengadakan lawatan akademik ke Bangor University, Wales UK dan Newport University Of Wales UK pada 16 & 17 November 2009. Lawatan bertujuan berkongsi amalan terbaik dengan universiti tersebut dalam memantapkan kualiti program akademik masing-masing.

Bangor walaupun merupakan universiti pedalaman di Wales, namun kebolehpasaran graduannya menduduki tempat ke-3 bagi seluruh universiti di UK. Selain mempunyai “Centre for Career & Opportunities”, semua pelajarnya diberikan projek sebenar yang

Pada 16 dan 17 November 2009 PPA telah mengadakan lawatan ke Bangor University, Wales UK dan Newport University Of Wales UK.

didapati dari industri dalam hampir semua kursus.

Pengalaman pembelajaran menyeluruh (Total Student Learning Experience) universiti ini dirancang dengan baik sehingga ia mendapat tajaan yang paling tinggi di UK dalam bidang ini pada tahun 2008. Pelaksanaan program mentor-mentee yang berkesan dan pelantikan pembantu pengajar di kalangan pelajar PhD juga banyak membantu pensyarah memberi tumpuan dalam penyelidikan.

Begitu juga dengan Newport University, 20% pelajarnya adalah pelajar separuh masa. Ini menyebabkan universiti banyak menggunakan e-pembelajaran. Di samping itu, latihan industri bagi pelajar-pelajar pengurusan perniagaan adalah berbentuk perundingan perniagaan kepada IKS.

Prof. Ir. Dr. Riza Atiq dan Dr. Tim Mclntyre-Bhatty (Dekan fakulti Perniagaan Universiti Newport) selepas

menandatangani surat hasrat (LoI)

Ms Sarah Jones dan wakil dari Bangor University ketika melawat UKM

Pengarah dan Ketua Penolong Pendaftar PPA Melawat Universiti Turki dan SarajevoOleh: Mohd Hanafiah Omar

Program jaringan dan kerjasama Pusat Pembangunan Akademik (PPA) UKM –

Turkish – Bosnian telah diadakan pada 26 Disember 2009 – 2 Januari 2010. Delegasi PPA terdiri daripada Prof. Ir. Dr. Riza Atiq Abdullah O.K Rahmat, Pengarah dan Encik Mohd Hanafiah Omar Ketua Penolong Pendaftar PPA.

Pada umumnya program kerjasama dan jaringan antara PPA dengan beberapa buah Universiti di Turki dan Bosnia bertujuan meneroka peluang kerjasama yang baru dan memantapkan lagi kerjasama sedia ada dalam bidang pengajaran-pembelajaran, sesuai dengan misi UKM mengisi agenda pengantarabangsaan, sekali gus membantu UKM mencapai hasrat menjadi salah sebuah universiti terkemuka di dunia menjelang tahun 2018.

Bersempena dengan program ini, PPA telah berjaya menandatangani beberapa Surat Hasrat/Niat (LoI) dan Memorandum Persefahaman (MoU) serta mengadakan siri perbincangan dengan beberapa buah Universiti khasnya dalam usaha memperkukuhkan hubungan baik dalam bidang pengajaran-pembelajaran serta meneroka peluang kerjasama baru yang menguntungkan UKM.

Antara Universiti yang telah dikunjungi oleh delegasi PPA termasuk Universiti

Beykent, Universiti Fatih dan Universiti Yildzit Technical di Turki dan Universiti of Sarajevo, Universiti of International Sarajevo dan International Burch University di Bosnia. Pegawai PPA juga telah menghadiri sesi perbincangan dengan Yayasan Kewartawanan dan Penulis (Journalist and Writers Foundation) di Turki.

Secara ringkasnya, pengisian program lawatan dan kerjasama ini meliputi perbincangan dan persefahaman dalam beberapa bidang utama yang relevan termasuk program pertukaran staf, khasnya di kalangan ahli akademik, program pengajaran-pembelajaran, khasnya program E – Learning, program mobiliti pelajar dan penyelidikan. Antara aktiviti dan kejayaan program lawatan ini termasuk;

• Menandatangani LoI dengan University of Beykent untuk menggalakkan program pertukaran ahli akademik, khasnya dalam bidang e-pengajaran,

• Menandatangani MoU dengan University of Sarajevo dan melawat International University of Sarajevo, untuk memperkukuhkan program kerjasama dalam bidang pengajaran-pembelajaran dan mobiliti pelajar,

• Mengadakan perbincangan dengan International Burch University berkaitan isu kerjasama dua hala dalam bidang pengajaran-pembelajaran, program pertukaran ahli akademik dan mobiliti pelajar.

Pengarah PPA sedang menandatangani surat hasrat (LoI) dengan Prof. Dr. Mukmin Ertuk sambil disaksikan oleh Ketua

Penolong Pendaftar PPA.

Dari kiri; Prof. Ir Dr. Riza Atiq Abdullah O.K Rahmat (Pengarah PPA), Prof. Dr. Mukmin Ertuk, (Pengarah e-

Pembelajaran Universiti Beykent, Turki), En. Mohd Hanafiah Omar (Ketua Penolong Pendaftar PPA)

Buletin Pembangunan Akademik Bil. 4 Januari- Jun 2010

Dasar Pengajaran dan Pembelajaran

Dasar ini digubal bagi memberi garis panduan kepada ahli akademik dan pelajar UKM mengenai peranan dan tanggungjawab mereka dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Dasar ini juga menjadi sandaran kepada pengawalan keberkesanan serta piawaian kepada proses pelaksanaan program akademik di UKM selaras dengan keperluan Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF). Skop dasar ini meliputi Pembangunan, Rekabentuk dan Semakan Kurikulum; Sistem Penyampaian Kurikulum; Sistem Penilaian; Tenaga Pengajar; Sistem Penilaian Pengajaran Pensyarah; Penyeliaan Pelajar; Infrastruktur, Peralatan dan Persekitaran Pengajaran dan Pembelajaran; Anugerah Kecemerlangan Akademik; dan Penambahbaikan Berterusan.

Dimensi Ilmu Serta Taksonomi Pengajaran dan Pembelajaran

Domain pengajaran dan pembelajaran meliputi tiga aspek utama iaitu Kognitif (Intelek), Afektif (Sikap) dan Psikomotor (Kemahiran). Setiap domain tersebut mempunyai aras/ tahap yang dapat mengukur pencapaian hasil pembelajaran. Garis panduan ini merupakan dokumen yang sangat penting kepada pensyarah untuk mengaplikasikan pembelajaran yang efektif.

Pusat Pembangunan AkademikUniversiti Kebangsaan Malaysia,

43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan. 03-8921 4299 03-8926 4816

[email protected] www.ukm.my/ppa

Sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi: